Isnin, 24 Disember 2012

Iman Theraphy...' Aura Pasang Siap ' ?

Seorang  rakan  yang  sedang  dirasuki  jin 
silat...untuk beberapa saat ia merenung air 
dalam gelas...tiba-tiba ia senyum...geleng
kepala dan menghulurkan semula air yang
saya beri kepadanya tadi...

...ternyata  ia  tidak  mahu  meminumnya 
walaupun setahu saya...ianya adalah air 
kosong...

Seorang  rakan lain yang lebih berpengala-
man menerangkan...bahawa  semasa saya
memegang  gelas  tadi...maka  aura  dari
tapak  tangan  masuk  ke dalamnya walau
tanpa saya niatkan...

Oleh kerana saya amal Fatihah...juga zikir
amalan IT serta  Ayat  Manzil  maka...air
itu dengan izin Tuhan jadi orang doa...
mengikut amalan-amalan tersebut...

Ini menunjukkan  aura yang aktif pasang
siap walau tanpa kita niatkan  atau kita 
bersedia...

' Aura  pasang  siap '  ini  adalah  antara
ciri-ciri utama kesan amalan IT...di mana
ia  sangat  penting  terutamanya kerana
anda  mungkin  menghadapi  kejadian-
kejadian  yang  di luar dugaan...seperti
serangan...gangguan...kemalangan  dan 
sebagainya...

Maka  walaupun Ustaz lebih menekankan
perkara berkaitan perubatan...namun se-
benarnya amalan IT ini mempunyai ke-
gunaan atau fungsi umum...terutamanya
mengikut kehendak atau keperluan
masing-masing...

Ianya  termasuk  dalam  berurusan  dengan
orang lain seperti temuduga...urusan kerja
...urusan perniagaan...atau tugas-tugas
anggota keselamatan  yang seringkali
menghadapi situasi bahaya...dan sebagai-
nya...

Iaitu  aura  itu  akan bertindak mengikut
niat atau usaha anda...atau ia bertindak-
balas tanpa niat atau mungkin tanpa
pengetahuan anda...bergantung kepada
keperluan serta keadaan...

Contohnya  anda  disihir...tanpa  dilihat
malah tanpa pengetahuan anda...namun
aura anda akan bertindakbalas terhadap
serangan itu ( jin sihir atau angin bisanya )
sehingga serangan itu terhenti...menjadi 
lemah...atau mungkin musnah sekadar 
mana izin Tuhan...

Rakan-rakan  ada  yang  berpengalaman
gelasnya meletup atau tertumpah tanpa
diketahui puncanya ketika akan minum
di rumah juga di gerai...

Begitu  pula...kalau  ada  orang  berniat 
jahat kepada anda...ia mungkin merasa
pening...lesu...lemah tanpa anda sedari
sehingga niat jahatnya tadi hilang...

Kadang-kadang  pula...apabila kejahatan
seseorang itu dari sebab hasutan jin saka
atau jin sihirnya...ia ' menjadi baik '
dengan anda apabila jin pendampingnya
lari menjauh daripada diri anda...

...atau mungkin jin itu akan ' membawa
tuannya ' menjauh dari anda...

' Aura pasang siap ' ini juga antara sebab-
nya rukyah menjadi lebih berkesan...
kerana apabila anda mula berniat merukyah
maka aura anda mula bertindak sebelum
anda mula membacanya lagi...

Ada  juga  terjadi seseorang yang tidak di-
kenali tiba-tiba sakit kepala sebaik berada
di sebelah seorang rakan....

Ia  biasanya  kerana  ada  gangguan  pada
orang tersebut...dan aura anda menyerang
pendampingnya untuk mencegah sebarang
serangan...

Namun  orang  tadi  turut  merasa kesannya
kerana jin atau angin bisa jin itu ada dalam
badannya...

Begitu pula...serangan ' aura pasang siap '
juga boleh berlaku kepada jin luar badan
contohnya jin yang cuba mengganggu di-
tepi jalan...di rumah kosong...laut...jin
dalam hutan dan sebagainya...bergantung
kepada amalan anda serta pagar kalau
anda juga buat pagar khas...

Namun  semuanya  itu  hanya akan terjadi
atas izin Tuhan...tapi ianya telah terbukti.

Wallohu a'lam

26 ulasan:

  1. Salam Lsp...

    Iaitu nama perguruan yang menggabungkan
    antara rukyah dengan ilmu pernafasan...

    Silalah buka blognya ya...pada profil
    saya...RAWATAN IMANTHERAPHY...

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum saudara..
    Saya ingin tahu beberapa perkara iaitu:
    1) ayat manzil
    2) bismillah 7

    jazakumullah khair... semoga Allah memberi ganjaran pahala atas perkongsian saudara insyaAllah..

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth nurdeena...

    1.Silalah lihat ya...catitan berkaitan Manzil pada
    tajuk-tajuk catitan bulan Mei dan April 2010...

    2.Kemudian berkaitan Bismillah 7 pada catitan
    Mac 2011...

    dan tambahan..kehebatan ayat-ayat dalam Suroh
    Al A'rof...catitan dalam bulan Julai 2010...

    ...serta Senarai amalan pendinding catitan Bulan
    September 2010...

    In-shaa Allah nur ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum...
      Jazakumullah khair..bagaimana saya dapat ikuti semua catitan catitan yg saudara junied maksudkan? Adakah saya perlu subscribe ? Jika yg,bagaimana caranya? Jazakumullah sekali lagi..

      Padam
  4. Salam.. saya nak tanya, saya akan rasa marah dan benci pada suami tanpa sebab. kdg2 sampai rasa nak tgl, pada waktu malam hati sy akan rasa berdebar2. penah satu malam saya dan suami mendengar ada sesuatu yg membuka almari baju bila suami tengok tiada sesiapa pun. sy hanya tgl berdua dgn suami..minta pendapat.. buntu sangat2..

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Rasa berdebar dan benci suami itu dari satu
    punca...iaitu ada jin atau angin bisa dalam
    bahagian dada...dan kalau ianya sudah lama
    maka kemungkinan ia sudah jadi saka....

    2. Almari baju itu tandanya ada jin yang sudah
    biasa atau selalu masuk ke dalam bilik sejak
    sekian lama...tapi...

    Kalau rumah puan itu baru...atau baru saja
    puan masuk tinggal dan timbul masalahnya...
    maka mungkin gangguan itu berpunca dari
    jin yang menghuni atau singgah-singgah
    di situ...

    Puan perlu rawatan...juga sebaiknya rumah
    itu juga dipagar...dan sesuai juga kalau
    suami puan di 'scan' untuk memastikan
    benda yang ikut puan itu benci pada suami
    atau sesuatu yang juga ikut suami...

    Kalau mampu amal Manzil...3 qul pernafasan
    Ayat Kursi sehari-hari dan sebagainya sambil
    berusaha mencari perawat pakar yang diyakini...
    dan dapatkan nasihat juga rawatan...

    Jadikan air doa minuman hari-hari serta
    renjis empat penjuru bilik dan setiap ruang
    dalam rumah kecuali tandas...

    In-shaa Allah puan ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. salam tuan...
    mohon pendapat, apabila sy merukyah isteri sy yg sakit, terasa di tapak tangan saya sakit bagai di cucuk cucuk jarum, panas dan seolah2 ada arus elektrik d sekitar tapak tangan...mohon pandangan, terima kasih.

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    Ia menunjukkan orang yang dirawat agak kuat
    gangguannya...(agak padat angin bisa)

    ...terutama contohnya kalau kita hadapkan ke-
    bahagian perut...ada tindakbalas yang agak kuat
    pada tapak tangan maka ada gangguan yang
    agak kuat pada bahagian tersebut ( ada jin atau
    anginbisa jin )...

    Kalau tapak tangan kita di atas ubun-ubunnya...
    maka angin bisa atau gangguannya boleh jadi
    dari mana juga...iaitu mana-mana bahagian juga
    atau memang di seluruh tubuh...

    Tindakbalas semakin kurang menunjukkan angin
    bisa atau gangguan semakin kurang juga...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. ..ia juga menunjukkan ada lapisan aura di tapak
    tangan kita yang menghalang jin atau angin
    bisa masuk tangan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. semalam sy terus merawat dn selepas sj sesi rawatan, bahagian bahu sy sakit seperti terseliuh..sblm itu bhg hujung jari jari sy sj yg semacam dicucuk jarum dan tengah tapak tangan yg panas dn gatal...mohon pandangan.

    BalasPadam
  10. sy mencuba kaedah (jurus) musnah dan tarik keluar, tp tidak tahu adakah kaedah sy betul..al maklum masih belajar.

    BalasPadam
  11. ..nampaknya ada serangan...dan serba sedikit ada
    yang tembus masuk...

    Kalau begitu sebelum mula rawatan cuba bacakan
    ayat Kursi sekali pada tapak tangan...dengan ayat
    mula..walaa yauuduhu...sampai habis ulang 11
    kali...ludah ringan pada tapak tangan kedua-duanya
    atau yang akan guna untuk rawatan...

    Sesuatu kaedah itu biasanya akan bertambah mantap
    apabila sering dilatih atau digunakan..dan sentiasa
    dapatkan maklumat tindakbalas yang dirasa oleh
    yang dirawat...

    In-sha Allah ya...

    BalasPadam
  12. terima kasih atas perkongsian...mudah2n banyak manafaatnya...

    BalasPadam
  13. assalam....bersua kembali, baru2 ini sy merukyah seorang kawan yg menghadapi jantung selalu berdebar secara tiba2, apabila sy letakkan tangan di belakang dia, terasa gatal di telapak tangan dn pabila letak di atas kepala terasa panas..mohon bantuan penjelasan dr tuan..terima kasih

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth mys himra...

    1.Gatal tapak tangan...tandanya ada jin dalam bahagian
    dada kawan tersebut...kalau berdebar...samada jin
    itu dalam atau duduk atas...atau bergayut pada
    jantungnya...

    Gatal-gatal itu maksudnya...secara 'aura' tapak tangan
    kita 'sudah sampai' kepada jin tersebut...

    2. Angin bisa dari dalam badannya keluar ikut ubun-
    ubun...termasuk angin bisa jin dari dalam bahagian
    dadanya..

    ..iaitu tapak tangan kita sedang menarik keluar angin bisanya...maka boleh dirukyah bersama pernafasan...

    ...angin biasanya akan semakin kurang...dan kalau
    boleh buat berterusan sehingga angin itu tidak rasa lagi...
    bererti...sebanyak itulah angin bisa yang sudah kita
    tarik keluar...In-sha Allah...

    3.Kalau seseorang itu sakit apa juga termasuk yang
    kelihatan seperti sakit biasa...maka letak tapak
    tangan atas kepalanya...kalau ada angin panas...
    tandanya sakit itu ada penglibatan gangguan jin.

    Ini salah satu dari cara 'scan'...untuk mengetahui
    samada seseorang itu sakit biasa semata-mata
    atau ada gangguan jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. t.kasih atas penjelasan, insyaallah byk manafaatnya..

    BalasPadam
  16. ada berapa jeniss rasa yer contoh sejuk panas mencucuk dan selain tu apa lg dn maksud nye..

    BalasPadam
  17. Ringkasnya..rasa sebarang tindakbalas...tidak kira
    panas...sejuk...rasa wap..angin...letrik...gatal...
    semut-semut...mencucuk...menolak ...menarik..
    kesans...lemah tangan...rasa berat dan apa juga
    bergantung pada amalan diri serta latihan masing-
    masing...

    Ia berlaku dari sebab adanya angin bisa yang keluar
    dari ubun-ubun...atau tindakbalas aura pada diri kita...
    atau ada angin bisa pada tapak tangan kita...iaitu
    ada gangguan pada diri kita sendiri..dan sebagainya.

    Tanda mudah ada angin bisa jin pada tapak tangan
    kita...angin bisa atau jin dari pesakit mudah masuk
    dan meresap ke dalam tangan atau malah hingga
    ke dalam tubuh kita...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Assalam ustaz junied, boleh tak ajar amalan doa dan zikir aura pasang siap?
    Jazakallah khairan kasira.

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth SJ...

    Semua amalan fatihah pernafasan dan 3 Qul pernafasan adalah
    analan aura pasang siap...kalau nak lebih khusus maka silalah
    hubungi guru utama saya ya...amalan fatihah dan 3 Qul itu
    juga ada pada blog nampak hati...Wallohu a'lam

    BalasPadam