Sabtu, 16 Januari 2016

PUKULAN ' ILMU HITAM '

Hari ketiga...tiba-tiba kakak menelefon saya...ia
beritahu pakcik tu yang sepatutnya minta rawat
ulangan diri dan anak perempuannya ternyata
berubah fikiran.

Dari penerangan kakak saya saya simpulkan
kerana pakcik itu  mengatakan  saya meng-
amalkan sejenis ilmu hitam...dan bila saya
ingatkan kembali keadaan ketika saya ber-
jumpa dengannya dua hari lalu...saya andai-
kan...faham sebabnya.

Pakcik itu minta rawat anak perempuannya...
saya tidak mengesan sebarang benda yang
tak kenanya...namun apabila saya hendak
pulang rumah pakcik itu memberitahu saya.

Petang itu ia tertidur...tiba-tiba ia bermimpi
seorang lelaki datang kepadanya dan berkata
" hantar saya pergi ke tempat lain...saya tidak
mahu lagi menunggu di sini..." tiba-tiba
pakcik itu terjaga dikejutkan oleh deringan
telefon dari kakak saya memberitahu bahawa
saya akan datang ke rumah sewanya sebentar
lagi.

Ketika saya masuk dan duduk didepannya...
tiba-tiba pakcik itu merasa sangat sakit ter-
utama pada bahagian belakangnya seolah-olah
isi dan dagingnya di pulas-pulas.

Silapnya saya kerana lupa memberitahu
pakcik itu sebabnya hanya sekadar menyapu
dan ' membuang ' rasa sakit itu dari belakang-
nya.

Sebenarnya saya tidak tahu samada pakcik itu
berkata benar tidak pernah menuntut apa juga
ilmu tapi keadaan itu menujukkan ada jin
yang sebati dalam badannya.

Saya tidak membuat sebarang pagar berbentuk
perisai...pagar cahaya...tembok atau sebagainya
hanya doa dan amalan IT...Ayat Manzil dan
yasin jadi amaln tetap Insha Allah.

Namun aura kita akan menyerang jin bila ia-
nya secara agresif sedemikian menunjukkan
potensi dan niat jahat jin tersebut sendiri pada
kita.

Dan ini sangat jarang berlaku...tapi saya ber-
pengalaman ketika masih sekadar mengamal
ayat Manzil mendapat serangan keras dari
jin pendamping seorang rakan tanpa peng-
tahuannya sendiri menyebabkan dalam tempoh
cuma setengah jam saya mengalami demam
panas kuat...bisa seluruh sendi dan sakit kepala.

Tidak pula bererti pakcik itu ada amalan jin
kerana kalau dulu orang sibuk cari jin jaga
tapi zaman saka sekarang jin pula yang sibuk
cari orang untuk 'dijaga'....Wallohu a'lam

51 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. As salam sara...

    1. Biasanya kerana ada angin bisa dalam jin...tapi kalau 'scan' menunjukkan tiada jin...maka ia samada jin itu
    dapat mengelak 'scan'...atau serangan dari jauh...atau
    ada kaitan dengan ganguan rawan iaitu ada rawan ( se-
    bahagian roh kita ) ada di alam jin dan disakiti...
    atau berkaitan sihir...iaitu rawan kita di tarik ke
    dalam sesuatu objek seperti patung atau lain-lain dan
    ia di panaskan...dan sebagainya..

    2. Bagaimanapun cuba sara rujuk pada blog nampak hati
    ya catatan bebrapa bulan lalu mengenai rawatan diri
    (kisar)...dan cuba rawat pada bahagian dada...juga
    cuba buat air sendiri serta rawatan dengan fatihah
    pernafasan...wallohu a'lam

    Secara khususnya ia bukanlah berkaitan dosa...tapi
    lebih kepada gangguan tapi mudah-mudahan akan mem-
    bawa kita lebih dekat kepada Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. wasalam. t.kasih banyak2 atas respon. in shaa Allah sy akan usaha yg terbaik.

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah...sama-sama sara...Insha Allah semoga Tuhan
    mempermudahkan segala urusan kita semua...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum w.b.t ustaz..

    Saya seorang wanita dan telah berkahwin. Sejak kecil saya kerap mengalami gangguan 'tindih' ketika tidur. Saya juga seorang yang mudah marah dan baran sejak kecil. Sehingga sekarang umur saya 27 tahun pun saya masih kerap mengalami perkara yang sama. Biasanya saya tidak melihat apa2 makhluk aneh sewaktu di 'tindih'. Cuma baru2 ni waktu saya kena tindih saya ada melihat satu tangan hitam berbulu sedang mencekik leher dan mencengkam pergelangan tangan di bahagian nadi. Nak sedapkan hati saya andaikan itu hanya mimpi saja.

    Saya pernah buat scan. Kaedah scan ustaz tu ialah dia minta saya pejam mata dan lunjurkan kedua tangan kedepan, dan uztaz tu ada baca ayat2 alquran dan ayat2 arahan kepada jin. Tiba2 tangan sebelah kiri saya bergerak turun sendiri tanpa saya kawal. Tapi saya tidak teruskan rawatan kerana kesuntukan masa. Ustaz bagitahu saya ada gangguan tapi tak bagitahu detail gangguan jenis macam mana.

    Dan saya sekarang mempunyai bayi berusia 2 bulan. Bayi saya kerap memandang pada satu sudut tertentu dlm bilik & tersenyum sendiri seolah2 ada yang mengacah dia. Ada satu masa pula dia akan menangis bila pandang pada sudut tsbt. Setiap kali waktu maghrib dia akan menangis bila ditinggalkan sendiri, dan kalau sedang tidur pula dia akan tiba2 terjaga seolah2 dikejut. Amalan saya sekarang ialah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah 3 Qul lalu tiup dia ubun2 dia. Dan pasang Ruqyah dan surah Al-Baqarah sepanjang malam. Baru dia tidur lena. Masalahnya bila pasang al-Quran saya pula jadi ngantuk teramat.

    Untuk pengetahuan ustaz juga kebanyakan adik beradik saya selalu nampak makhluk halus dlm pelbagai rupa (pontianak, toyol dll). Cuma saya je Alhamdulillah tak pernah nampak.

    Adakah saya ada ciri2 gangguan jin ustaz? Atau saka? Saya taknak saya menjadi penyebab gangguan kpd anak saya. Terima kasih ustaz.

    As-salam.

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Assalammualaikum w.b.t ustaz..

    Saya seorang wanita dan telah berkahwin. Sejak kecil saya kerap mengalami gangguan 'tindih' ketika tidur. Saya juga seorang yang mudah marah dan baran sejak kecil. Sehingga sekarang umur saya 27 tahun pun saya masih kerap mengalami perkara yang sama. Biasanya saya tidak melihat apa2 makhluk aneh sewaktu di 'tindih'. Cuma baru2 ni waktu saya kena tindih saya ada melihat satu tangan hitam berbulu sedang mencekik leher dan mencengkam pergelangan tangan di bahagian nadi. Nak sedapkan hati saya andaikan itu hanya mimpi saja.

    Saya pernah buat scan. Kaedah scan ustaz tu ialah dia minta saya pejam mata dan lunjurkan kedua tangan kedepan, dan uztaz tu ada baca ayat2 alquran dan ayat2 arahan kepada jin. Tiba2 tangan sebelah kiri saya bergerak turun sendiri tanpa saya kawal. Tapi saya tidak teruskan rawatan kerana kesuntukan masa. Ustaz bagitahu saya ada gangguan tapi tak bagitahu detail gangguan jenis macam mana.

    Dan saya sekarang mempunyai bayi berusia 2 bulan. Bayi saya kerap memandang pada satu sudut tertentu dlm bilik & tersenyum sendiri seolah2 ada yang mengacah dia. Ada satu masa pula dia akan menangis bila pandang pada sudut tsbt. Setiap kali waktu maghrib dia akan menangis bila ditinggalkan sendiri, dan kalau sedang tidur pula dia akan tiba2 terjaga seolah2 dikejut. Amalan saya sekarang ialah baca Al-Fatihah, Ayat Kursi dan surah 3 Qul lalu tiup dia ubun2 dia. Dan pasang Ruqyah dan surah Al-Baqarah sepanjang malam. Baru dia tidur lena. Masalahnya bila pasang al-Quran saya pula jadi ngantuk teramat.

    Untuk pengetahuan ustaz juga kebanyakan adik beradik saya selalu nampak makhluk halus dlm pelbagai rupa (pontianak, toyol dll). Cuma saya je Alhamdulillah tak pernah nampak.

    Adakah saya ada ciri2 gangguan jin ustaz? Atau saka? Saya taknak saya menjadi penyebab gangguan kpd anak saya. Terima kasih ustaz.

    As-salam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth aiai...

      1. Ia gangguan jin dan sedang jadi saka...yang aiai
      nampak itu bukan mimpi tapi kejadian sebenar...
      biasanya kita dalam keadaan antara tidur dan jaga.

      2. Biasanya gangguan pada ibu akan cuba turun pada
      anak dan anak kecil itu melihatnya.

      3. Sebaiknya minta rawatan pakar...dan untuk amalan
      sendiri silalah rujuk pada blog nampak hati ya...
      amalan fatihah dan 3 Qul pernafasan..buat air doa
      sendiri jadikan minuman diri juga bayi sehari-hari
      ...renjis keliling bilik tidur...

      Mangantuk itu adanya angin bisa pada bahagian
      kepala...buat rawatan kisar pada ubun-ubun atau
      bahagian kurang selesa pada kepala.

      Kalau sekeluarga ada gangguan ia lebih kepada
      jin saka...toyol pontianak adalah jin ilmu...

      Yang penting amalan dan rawatan berterusan...
      kalau cuti niatkan baca doa bagi ayat-ayat
      Quran dan tak perlu putus amalan...Insha
      Allah puan ya...dan kalau puan terbaca mana-
      mana juga ulasan berkaitan rawatan anak kecil
      dalam blog ini atau blog nh saya izinkan puan
      kalau mahu mengamalkannya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  9. Salam ustaz,

    macam mana saya nak contact ustaz?

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam wbkth Nur...maaf ya...kalau Nur orang Ranau
    ( dekat ) boleh bagi no hp untuk saya hubungi...tapi kalau
    luar Ranau harapnya Nur dapat hubungi tuan guru saya ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. terima kasih tuan.. boleh saya tahu nama tuan guru dan cara saya boleh hubungi beliau? facebook atau no telefon..

    terima kasih sudi respon saya..

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah sama-sama yana...fbnya Muhammad Abdullah
    Imantheraphy...silalah ya...no hpnya lihat pada profil
    saya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum

    Saya mengalami simptom tersebut;

    - sakit kepala ketika membaca ayat2 al-quran
    - sakit bahagian kaki selepas membaca ayat manzil
    - berdebar2 (dan kadang2 susah bernafas) solat terutama semasa solat maghrib dan isyak
    - sering membayangkan dan memikirkan benda2 pelik
    - sendawa sewaktu hendak mula solat, semasa solat dan selepas membaca al-quran
    - terasa benda bergerak di bawah kulit beralih2 tempat

    Mohon pertolongan.
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Meeza...

      Sila rujuk penerangan mengenai persoalan ini dalam
      blog nampak hati ya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  14. Assalamualaikum..sy nk tnya tuan junied
    Blehkh klau kita mngambil amalan dngn dua guru..mksudnya guru yg brlainan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth ratna...

      Secara umum...kalau ilmunya bersih maka tiada masalah.

      Wallohu a'lam

      Padam
  15. Salam saudara,
    Baru sahaja tadi 10 Mei 2016 (00.30am) sebelum saya tidur..saya cuba ingin mengawal mimpi saya..Saya niatkan dalam hati untuk bertemu dengan anak saudara sy yg telah meninggal dunia pada ogos 2015..Dalam sekelip mata sy terus berada dialam mimpi dan ternampak wajahnya tersenyum..tiba-tiba keadaan menjadi gelap gelita..Hanya kedengaran suara manusia lelaki dan wanita meraung-raung,menjerit serta mengilai..Dalam kegelapan itu saya nampak sekujur tubuh berkain kapan..Saat itu juga saya terdengar suara lelaki seakan petir menyabung sedang marah..Tidak jelas perkataannya tetapi begitu bengis..hanya perkataan BANGSAT yg sy dengar dgn jelas..Sy meronta-ronta ingin keluar dari mimpi yg saya sedang kawal itu..Mujur emak seakan mengerti..emak menghubungi saya ditengah malam itu utk bertanyakan samada sy telah sampai ke rumah atau belum kerana td sy baru pulang dari IPOH.Sy bimbang tindakan sy cuba mengawal mimpi itu kelak membinasakan sy sendiri jika ia melibatkan jin.Harap saudara dpt kongsi pengalaman.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth wawa...

      Soal nak kawal mimpi tak ada masalah sebaliknya baik
      wawa minta scan atau buat amalan fatihah...
      dan 3 Qul pernafasan...seperti dalam blog nampak
      hati tulisan-tulisan akhir tahun 2015...sebarang
      tindakbalas menunjukkan adanya gangguan jin.

      Semua yang wawa nampak dalam mimpi itu adalah jin
      dan wawa.

      wallohu a'lam

      Padam
    2. ...tak di galakkan mengulanginya kecuali Wawa rasa
      bersedia dan faham kata pemutus...namun sebaiknya
      minta scan atau cuba scan sendiri dulu untuk me-
      mastikan tak ada gangguan pada diri.

      wallohu a'lam

      Padam
  16. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum..

    Saya sudah bertunang 3 bulan yg lepas tapi putus sebulan yg lepas tanpa sebab yg kukuh. Selepas putus, saya telah dimaklumkan bahawa saya dan bekas tunang saya masing2 ada gangguan saka yg berlaga angin dan mengganggu hubungan kami. Sebelum bertunang, semuanya berjalan lancar tapi selepas bertunang, bekas tunang saya berubah menjadi pendiam dan pemarah. Bekas tunang juga ada bagitahu pada saya yg dia rasa ada perubahan pada diri dia selepas bertunang. Seolah olah dia benci dan begitu marah kpd saya.

    Alhamdulillah, saya sedang dalam proses rawatan dan ada perubahan yg saya alami. Sebelum putus, ada perawat yg mengatakan bekas tunang saya juga ada terkena buatan orang tapi keluarganya seolah olah tak percaya dgn keadaan ni. Bagi mereka, apa yg terjadi adalah qada' dan qadar Allah tapi kita sebagai manusia, mesti berikhtiar utk selesaikan masalah selebihnya tawakal kpd Allah.

    Walaupun sudah putus, saya masih ingin membantu bekas tunang saya dgn izin Allah supaya dia juga boleh kembali jadi sediakala (tak pemarah), saya sudah redha dgn ujian Allah ini namun Allah gerakkan hati saya utk bertanya kpd encik mengenai masalah ini. Dgn izin Allah, bolehkah encik membantu saya dlm masalah ini?

    Terima kasih encik.Semoga Allah mengurniakan rahmat kepada kita semua. InshaaAllah

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. Salam Saudara Junied,

    Saya ingin bertemu dengan tukang urut untuk betulkan peranakan saya. Bagaimana ingin mengetahui tukang urut itu menggunakan pendamping?
    Jika saudara scan saya, apakah punca saya masih belum hamil ini ada kaitan dengan jin makan janin?

    Mohon dijauhkan dari kesyirikan.

    BalasPadam
  20. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Wallohu a'lam...cuma mungkin perhatikan ianya tidak
    membakar sesuatu semawa mengurut...tidak membaca mentera...
    tidak menyimpan benda-benda aneh dalam rumah...dan
    sebagainya...

    ...atau cuba perhatikan samada puan rasa gelisah atau ada
    yang tak kena apabila berniat berjumpa...atau ketika
    berdepan rumah...atau ketika masuk rumah atau bilik
    rawatanya...termasuk rasa berdebar...takut dan sebagainya
    semasa melihat orang atau wajahnya...

    2. Saya tidak pandai scan jarak jauh...tapi kalau ada
    sesuatu gejala tak biasa atau tak selesa
    berkaitan bahagian perut...perasaan..kepala atau mimpi...
    atau sebagainya...mungkin saya boleh cuba tafsirkan
    sekadar mampu...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  22. Salam Saudara Junied,

    Terima kasih atas maklumbalas.

    1. Tujuan berurut ini pun saya anggap sebagai salah satu ikhtiar. Tukang urut yang disyorkan ini pun mendapat maklumbalas yang baik daripada orang-orang setempat. Cumanya, saya belum pernah bertemu lagi dengannya & nak elakkan diri dari bertemu dengan tukang urut yang menggunakan khidmat khadam/pendamping. Sekiranya saya telah memasuki rumah beliau untuk tujuan berurut & mendapati ada sesuatu yang tidak enak di hati.. apa yang perlu saya lakukan? Bolehkah suruh dia berhenti mengurut atau memadai jika saya baca ayatul kursi sahaja di dalam hati?
    Atau tiba-tiba tengah berurut dia meminta nama ibu.. bolehkah saya beri nama selain nama ibu bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini? Bagaimana hendak mengelak?

    2. Gejala pada perut yang biasa saya alami adalah perut sentiasa kembung atau banyak angin.
    Setiap bulanan saya rasa seperti sudah lekat. Tapi tak bertahan lama, akhirnya datang bulan. Sakit perut teramat sangat bila angin nak keluar bagai perut ni direntap anginnya ke bawah.

    Pernah bermimpi, dalam keadaan mimpi itu sedang riang gembira bagaikan bakal mendapat anak pertama. Tetapi dalam mimpi tersebut datang abang ipar memberitahu supaya jangan terlampau seronok kerana tiada pun berita gembira tersebut.
    Sudahnya.. beberapa hari kemudian datang bulan.

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam wbkth puan...sama-sama...

    1. Minum air doa sebelum jumpa tukang urut...atau minum
    air doa beberapa hari sebelum jumpa tukang urut...amal
    Tiga Qul pernafasan ( lihat blog nampak hati kaedahnya )
    ada wuduk ketika pergi jumpa...baca fatihah dan ayat
    kursi kalau tahu sebelum masuk rumahnya...sentiasa ber-
    zikir atau boleh baca Ayat Kursi berulang-ulang semasa
    berurut.

    Kalau guna jin maka sentuhan tapak tangannya akan me-
    masukkan angin bisa atau jin dalam badan...tapi Insha
    Allah kalau ada pendinding atau perisai badan...jin
    atau angin bisanya tak akan dapat masuk.

    Minta nama ibu tak semestinya menunjukkan ianya perubatan
    sihir...dan tak jadi persoalan....dan tak mengapa...cuma
    kalau ragu...terpulang kalau puan bagi mnama lain.

    2. Ianya seperti angin bisa yang buat perut kembung dan
    rasa kena rentap...dan boleh jadi pula ada jin merentap
    nya keluar...kalaulah begitu maka angin dalam perut itu
    angin bisanya.

    3. Mimpi boleh jadi biasa...boleh jadi jin yang menyerupa
    dalam mimpi.

    Untuk rawatan diri...Amalan Fatihah pernafasan...3 Qul
    pernafasan...rawatan kisar pada bahagian perut...buat
    air doa sendiri minum mandi seharian...atau kalau mampu
    amal Ayat Kursi atau Ayat Manzil...Insha Allah mudah-
    mudahan ada keberkatannya.Silalah rujuk pada blog nampak
    hati ya...dan kalau boleh rasa ada pengganggunya...
    atau kehadiran jin yang mengganggu...atau jumpa dalam mimpi...

    BalasPadam
  24. ...buat kata pemutusnya...kalau rasanya ia saka...buat
    kata pemutus sakanya...dan sebagainya sambil berubat.

    Pantangkan sementara makan telur ayam...daging binatang
    berkaki 4...buah pisang semasa berubat atau merawat diri
    sehingga rasa yakin dan sihat...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum ustaz,
    Saya nak bertanya, di tempat kerja saya, ade seorang boss perempuan yang berasal dari sabah. Dia pernah mengaku yang dia mengamalkan ilmu seri wajah dengan salah sorang staff di sini. Semenjak 2 menjak nie staff2 di sini seolah2 perasan yang apabila boss perempuan tu bagi arahan , sama ade diorang setuju atau tidak setuju, masing2 akan ikut dengan arahan tu padahal sebelom nie mereka tidak berapa suka dengan boss mereka tu. Tetapi bila diarah buat ape2, mereka akan buat . Dan apabila boss mereka menepuk bahu mereka, mereka seolah2 kaku dan mengikut sahaja arahan dia. Selain itu ustaz, saya dan 2 rakan saya pernah bercakap2 pasal boss tersebut sebelom nie tentang ilmu seri wajah dia. Sejak tu, satu persatu dari kami bertiga alami sakit bahu dan sakit belakang yang teramat sangat. Ustaz, mcm ana kami nak mematahkan ilmu seri wajah atau ilmu penuduk boss tu andai benar dia mengamalkannya?.

    BalasPadam
  26. Wa alaikum salam wbkth UK...

    1. Silalah rujuk pada blog nampak hati...amal Fatihah pernafasan...3 Qul Pernafasan...kalau mampu ayat kursi...
    dan lihat tajuk Cara Buat air doa sendiri jadi minuman
    harian.

    Dengan kaedah baca pernafasan dan sapu...kesan amalan
    kita adalah serta merta dan cepat sebati...amal setiap
    hari pagi petang atau pagi malam.

    Namun kalau kita ada gangguan dalam badan...tindakbalas
    nya juga Insha Allah terasa serta merta...perkara ini
    perlu kita ambil perhatian kerana orang mudah masuk
    sihir atau kena serangan mungkin ada angin gangguan
    atau benda duduk dalam badan.

    Maka buat dan minum air doa sendiri juga sangat penting
    secara berterusan samada rasa sihat atau tidak...dan
    juga berfungsi sebagai amalan pendinding.

    Kalau tahu baca Ayat Kursi baca sekurang-kurangnya sekali
    hujung ayat 11 kali tiup sapu pada muka dan badan seperti
    pada kaedah 3 Qul pernafasan.

    Sebaiknya ada wuduk ketika sampai pejabat...atau sentiasa
    berwuduk...ia juga berkhasiat sebagai pendinding...selain
    mandi air doa setiap hari.

    Baca fatihah dan ayat Kursi keluar rumah...dan ketika
    nampak bangunan pejabat walau dari jauh...baca lagi
    kemudian tiup arah pejabat niat dalam hati sekali
    Ya Allah lindungilah saya daripada kejahtan setiap
    makhluk yang ada dalam tempat ini...dan baca Al Ikhlas
    3 kali sebaik melangkah masuk pejabat.

    Jangan takut atau anggap besar ilimu berkaitan jin...
    jangan dihairankan kerana bangsa jin ada makhluk darjat
    rendahan berbanding manusia...maska tempatkan diri kita
    pada kedudukan yang betul...sebaliknya sentiasa ber-
    gantung harap pada Tuhan semata-mata...amalan dan doa
    sekadar ikhtiar kita...Insha Allah..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  27. Salam.apa maksud Fatihah 3 pernafasan ustaz? Waktu time tahan nafas bca Fatihah 3 kali ke?

    BalasPadam
  28. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  29. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    Ya...biasanya pada peringkat awal ia agak sukar tapi Insha Allah semakin mudah bacaan lebih lancar dan tepat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. Salam.ustaz.time kita pegang ubun2 pesakit.kita buat pernafasan Fatihah.apa yg kita niat kan?gelombang ayat masuk ke badan pesakit dan menghancurkan jin ke

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    1. Sebelum memulai rukyah lagi kita perlu niatkan tujuan dan niat kita merukyah...contoh lafazkan niat...Ya Allah...
    bentengilah pesakit ini...dan musnahkan hilangkan semua
    penyakit...angin bisa...sihir dan segala gangguan jin padanya.

    Biasanya saya niatkan tenaga yang terhasil dari berkat
    fatihah masuk menghancurkan dan mengeluarkan penyakit..
    bisa-bisa...jin dan laluan serta penempatannya dari
    tubuh pesakit...seterusnya menjadi benteng...

    ...bagaimanapun ia masih terpulang pada individu cuma
    saya biasanya mengelakkan guna ' gelombang ayat'...
    kerana secara peribadi saya ragu hukum boleh tidaknya menggunakan isitilah ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  34. Salam.ustaz.apa beza seorang yg boleh bca Fatihah 3 kali dengan seorang yg mampu bca sampai 5 kali.lgi lma thn nafas lgi tajam ke serangan nya?

    BalasPadam
  35. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  36. Salam.ustaz.mgpa 2016 ni kurang sgt cerita pertembungan dgn jin dari ustaz.?sudilah kira nya klu tidak menulis bab ini ustaz ajarkn lh kmi Syarah Hikam.

    BalasPadam
  37. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  38. Wa alaikum salam wbkth Polaju...

    ...agaknya pengetahuan yang sedikit ini dah nak habis saya
    kongsikan...saya tak layak mengajarnya...saya sekadar tahu
    sedikit dengan izin Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum ustaz..
    Saya baru baru ni ada mimpi tentang ular.. Saya nak tanya ada kaitan dengan sihir ke?? Sebelum ni saya ada bermimpi kawan saya kena patuk dengan ular sampai mati.. Bila ular tu datang dekat saya, saya pijak kepala ular tu sampai mati..

    BalasPadam
  40. Assalam ustaz.. Saya selalu rasa rambut saya ternaik... Tk jira tmpt atau masa.. Dalam solat makan dan sebagai nya... Sudah pergi jumpa pakar... Sudah mandi dan di ajar cara mandi ttp sama... Pakar kata saya ade saka dari sejak remaja lagi.. Tapi alhamdulillah.. Sudah di buang. Cuma tunggu minggu dpn utk pergi ketempat tanah pusaka nenek saya... Bukan itu aje... Ramai perubat kata mmg saya ade jin wali ikut.. Bukan satu tapi bnyk yg kata gitu.... Saya keliru ni... Sbb simtom ni slalu berlaku....

    BalasPadam
  41. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    iaitu ada jin ikut sejak remaja dan cuba mendamping seumur
    hidup...maksud ada saka sejak remaja.

    Yang dibuang dan jin wali itu mungkin jin yang sama atau
    ada lebih dari jin ikut.

    Jin wali bermaksud jin yang berpenampilan seperti wali atau orang-orang soleh...mungkin berserban atau berkopiah putih
    dan berjubah...tapi biasanya ia jin kafir atau jin munafik
    dan rupa serta pakaian itu hanyalah penyamarannya.

    Sebaiknya jin itu juga dibuang kerana biasanya jin itu
    akan mencampuri hal ehwal hidup kita...termasuk dari segi
    kesihatan tubuh dan mental...soal rezeki dan jodoh dan
    sebagainya...malah ditakuti akan mengganggu keluarga dari
    kalangan orang perempuan.

    Sudah berbagai kes saya jumpa berkaitan jin wali ini dan
    saya kalau dulu sebelum tahu rahsia kelemahannya...biasanya
    saya akan cuba memusnahkannya...kerana selagi mampu jin ini
    tak akan lepaskan manusia yang dipilihnya.

    Malah ada tempatnya jin ini lebih jahat daripada jin yang
    kafir sama sekali.

    Sudara boleh cuba kaedah kata pemutus seperti yang ada dalam
    blog nampak hati...tutup mata dan bayangkan jin itu ada
    didepan dan buat kata pemutus dengan nada tegas dan memerintah...tapi kalau ia datang dengan sebab berguru maka
    buat kata pemutus guru disamping minta rawat dan buat amalan pendinding sendiri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  42. salam tuan tlg padamkan komen saya.sy first comment kat post ni. tq atas kerjasama☺️

    BalasPadam
  43. Great work. Truly speaking I never seen a blog like that. Absolutely superb work. Good luck. Thanks for such an informative post. For more information visit k2 incense

    BalasPadam