Selasa, 12 April 2011

DUNIA MISTERI...Wali Allah...Atau Wali Syaitan ?

Cuma sekadar sebiji batu hitam...saya membelek-
beleknya beberapa kali sebelum mengembalikannya
kepada seorang rakan karib...

Namun kisah bagaimana ia mendapat batu tersebut
agak menarik...

Ia dan beberapa orang rakannya telah berjumpa de-
ngan seorang guru kebatinan dari negara seberang.

Malam itu...di sebuah rumah...guru tersebut meng-
unci diri dalam bilik..sementara rakan-rakan tadi
menunggu di ruang tamu...

Tak lama kemudian...guru itu keluar dari bilik...
dan meberitahu...untuk memenuhi hajat mereka...
(saya lupa apa bendanya)...ia perlu balik ke kam-
pung untuk mengambil sesuatu...

Walau jauh merentasi lautan di negara seberang...
tapi tak payah tambang tiket kapal terbang...ker-
ana ia akan pergi pulang balik dengan ilmu terbang.

Tapi masalahnya...ada syarat yang belum dipenuhi...
...kerana tanpanya guru itu tak pergi...iaitu perlu
duit Rm 800.00...

Kebetulan...hanya rakan tadi membawa duit lebih...
maka diberinya kepada guru tersebut...

Lewat tengah malam...guru itu keluar dari bilik...

Guru itu telah berjaya mendapat bendanya...dan men-
urutnya...ia baru sahaja sampai setelah pergi kampu-
ngnya dengan menggunakan ilmu terbang...

Menurut guru tersebut...sepanjang masa perjalanan
itu ia ditemani oleh dua Malaikat..iaitu Malaikat
Jibril di sebelah kanan...dan Malaikat Mikail di
sebelah kiri...

Kedua-dua malaikat itu menjaganya dari sebarang gan-
gguan jin yang bertebaran di sepanjang perjalanan...

Untuk rakan karib tadi...guru itu membawa khabar gem-
bira...iaitu sebiji batu hitam hadiah daripada seorang
Wali Allah besar...dan seluruh Wali Allah dari tanah
seberang juga berkirim salam kepadanya...

Memang hebat ceritanya...tapi ia ada beberapa kemungk-
inan lain...

1. Guru itu terbang dengan bantuan jin...dan apa yang
disangkanya malaikat itu juga sebenarnya adalah jin be-
laka...

2. Guru itu tak ke mana-mana...tapi ia merasa terbang
dan pergi ke tempat jauh...padahal ia sebenarnya tak
ke mana-mana dari sebab tipudaya jin ke atasnya...

3. Ia tak kemana-mana..dan sedar...hanya sekadar duduk
menunggu masa yang dirasanya sesuai untuk keluar...dan
mereka-reka cerita...

...dan sebagainya...Wallohu a'lam...

Sebaik sahaja rakan itu keluar..saya mula rasa tak se-
dap badan...sakit kepala...badan rasa panas sejuk...
dan rasa bisa-bisa seluruh sendi...

Saya masih duduk diam untuk 'merasa' perkembangan sela-
njutnya...

Kurang sejam...sakit kepala menjadi-jadi...badan demam
panas bercampur sejuk...seluruh sendi rasa bisa sakit
berdenyut-denyut...

Saya bingkas berdiri mengambil wuduk...kemudian mula
membaca Ayat Manzil...

Badan mula bermandi peluh...dan perlahan-lahan sakit
serta demam beransur kurang...

Kurang sejam juga...saya merasa sihat sepenuhnya...
dengan izin Tuhan...

Esoknya saya memberitahu rakan tersebut...dan mudah
saja ulasannya..." mungkin kamu perlu dimandikan
dengan air rendaman batu itu...".

Dari tanda-tandanya...batu hitam itu di jaga oleh jin
ilmu...dan biasanya kafir atau munafik...dan tanpa
pertolongan Tuhan...
...ia bakal menjadi jin saka keturunan...

Mengembara Ke Langit...

Ada kisahnya...seorang Syeikh mendapati salah seorang
muridnya sudah lama tidak menghadiri kelas pengajian-
nya...

...maka disuruhnya dua pelajar lain untuk menziarahi
rakan mereka tadi...

Pelajar itu memberitahu...ia tak perlu lagi belajar
agama kerana ia telah mencapai taraf ilmu yang sangat
tinggi...

Setiap malam...dua orang malaikat dengan membawa Buroq
datang...dan membawanya bersiar-siar hingga ke langit
ke tujuh...

Apabila diketahui yang demikian itu...Syeikh tersebut
memanggil anak muridnya tadi dan berpesan kepadanya de-
ngan suatu pesanan...

Ketika malaikat bersama Buroq itu datang...sebagai men-
urut pesanan gurunya...pelajar itu membentak..." Pergi !
kamu syaitan..."

Kedua-dua malaikat itu dengan Buroqnya sekali...terkejut
besar...dan bertempiaran lari hilang entah ke mana...

Seketika itu juga...murid tadi mendapati ia sedang berada
di tempat pembuangan sampah...dan sedang duduk di atas
timbunan bangkai binatang...

Naik Haji Dalam Hutan...

Kisah dari negara seberang...setiap kali ia pergi ke tanah
Suci...kalau ia pergi dengan 'perjalanan ghoibnya' di wa-
ktu pagi...maka ia akan kembali ke kampungnya...juga sebelah
pagi...

Maka kisahnya itu ia sebarkan pada kalangan orang sekampung...

Seorang guru agama memanggilnya dan meminta ia sampaikan se-
pucuk surat kepada rakannya...iatu penjaga Kaabah...

Ketika ia pergi ke Mekah...maka diberikan surat tadi pada
penjaga Kaabah...

Sebaik sahaja penjaga Kaabah itu membuka surat tersebut...
tiba-tiba ia terkejut...lalu lari menghilang.

Kaabah serta kawasan sekelilingnya juga turut hilang...dan
serta merta lelaki itu mendapati dirinya sedang berada dalam
sebuah gua batu jauh di tengah hutan belantara...

Ia mengambil masa tiga minggu untuk keluar dan pulang ke ka-
mpungnya...


DI KALANGAN kisah-kisah ajaib yang terkenal bagaimana ada or-
ang yang boleh ke tempat jauh dengan masa yang begitu pantas...

...ada juga kisahnya yang tak terkenal...bagaimana liciknya
permainan syaitan ke atas orang-orang yang alpa...

wallohu a'lam

Ahad, 10 April 2011

DUNIA MISTERI...Gangguan Jin Hutan ?

Sudah sepuluh hari ibu itu ditahan di-
hospital...namun doktor tak dapat men-
gesan sebarang penyakit padanya...

Ibu itu mengalami gejala kesejukan tan-
pa sebarang sebab munasabah...dan sakit
tekak...

Petang itu saya memberinya Air Manzil
kemudian tengah hari esoknya...ibu itu
telah dibenarkan pulang...bukan kerana
dah sembuh...tapi doktor mengesahkannya
tak ada sebarang penyakit...

Tiga hari kemudian...ibu itu menelefon
...rupa-rupanya ia telah mengambil nom-
bor telefon bimbit saya daripada seorang
jiran yang juga ditahan dihospital...

Jiran itu yang meminta rawat...tapi be-
berapa orang pesakit lain...turut meng-
ambil kesempatan meminta rawat...teruta-
manya setelah ditahan beberapa lama tanpa
sebarang perubahan atau tanda-tanda akan
sembuh...malah penyakitnya tak dapat di-
kesan...

Bagi saya...tak ada pilihan...samada saya
berpengalaman atau tidak...malah ada gej-
ala gangguan yang tak pernah saya jumpa
tapi sekurang-kurangnya saya ikhtiarkan
juga setakat mampu kerana tak ada perawat
lain...

Apabila sampai dirumah...ibu itu terbaring
di tengah ruang tamu...

Oleh kerana semasa di hospital..saya tak
ada 'scan' maka saya cuba 'scan' pada titk
2 bahagian kepalanya...

Semasa menutup mata itu...ibu itu memberit-
ahu ia nampak sekumpulan lelaki keluar dari
hutan dan datang kepadanya...

Kumpulan lelaki itu minta 'dilayan'...atau
mereka mengancam...ibu itu akan menderita
sakit sampai mati...

Saya bertanya padanya...hutan mana asalnya
tapi ibu itu tak tahu tempatnya...

Tiba-tiba ibu kepada ibu tadi menyampuk...
benda itu datang dari hutan di kampung asal
mereka...

Ketika itu...pinggang ibu tadi mula sakit
secara tiba-tiba semasa mengetam padi bukit.

Apabila di'scan'..ternyata makhluk-makhluk
itu tinggal pada bahagian tekaknya...dengan
laluan masuk dari tengkuk...

Angin bisa makhluk-makhluk itu juga memenuhi
tubuhnya...dan terdapat laluan masuk pada
hujung jari-jari kaki...kerana itu ia mera-
sa kesejukan...

Setelah setengah jam Rukyah...ibu itu mula
berpeluh...dan suhu badannya menjadi normal.

Sakit tekaknya juga beransur kurang dan hil-
ang...dengan izin Allah...

Wallohu a'lam

Sabtu, 9 April 2011

DUNIA MISTERI..Jin Saka Pembunuh...?

Baru sahaja saya selesai memberi panduan kepada
seorang rakan baru untuk mencari Blog Rnj...
apabila tiba-tiba bahagian belakang kepala sa-
ya terasa sakit seperti dipukul benda tumpul...
dan serentak itu juga badan terasa panas seperti
demam...

Dari gejalanya...ia adalah tanda dipukul jin...

Ketika itu jam 5 petang...dan ia berterusan hin-
gga masuk waktu Maghrib...

Sebaik sahaja selesai wirid Maghrib...sakit serta
demam itu hilang dengan izin Allah...

Esoknya...saya tahu satu kisah yang buat saya ra-
sa seperti sengaja 'nak cari penyakit'...iaitu...
dah 4 orang perawat meninggal dunia secara menge-
jut kerana cuba merawat rakan tersebut...termasuk
seorang makciknya sendiri...

Malah salah seorang perawat...iaitu seorang bomoh
terkenal di sini meninggal dunia secara mengejut
sebelum sempat berjumpa dengannya lagi...

Sebelumnya..bomoh itu telah berpesan melalui sese-
orang agar rakan tadi berjumpa dengannya pada masa
yang sesuai...

Saya baru sahaja memperkenalkan rakan itu dengan
blog Rnj kerana merasakan ia perlu untuk mengetah-
ui gangguan yang sedang dialaminya...dan nampaknya
saya dah terima 'salam perkenalan' benda yang 'men-
jaga' rakan tersebut...

Yang 'tak sedapnya'...saya juga telah berjanji un-
tuk berjumpanya kelak...terutamanya bagi tujuan
'scan'...

Maka untuk beberapa hari saya sentiasa cuba mengesan
jika ada sebarang serangan..dan Alhamdulillah...3
hari dan selepasnya iaitu setelah berjumpa dengan
rakan tadi...dengan izin Tuhan...tak ada lagi sebara-
ng serangan...

Daripada 'scan'...ia menunjukkkan gejala kehadiran
dan 'penjagaan' jin saka...

Setakat yang saya faham...biasanya gejala mati meng-
ejut ini menunjukkan tanda seperti serangan sakit
jantung (sakit dada)...dan biasanya juga ia dalam
keadaan yang meragukan..iaitu sepatutnya ia bukan
pada tahap bahaya sehingga boleh menyebabkan kemati-
an...

..tapi oleh kerana dah tak ada 'benda lain' nak letak
maka dikatakan serangan sakit jantung...

Antara syarat utamanya...seseorang itu...ada gangguan
atau angin bisa pada jantungnya...dan bila seseorang
yang diserang itu dah ada sedia gangguannya...maka le-
bih cepat 'jalannya '...( itu pun kalau Tuhan izinkan
...kerana pada hakikatnya...sesama makhluk tak akan
memberi sebarang bekas...samada baik atau buruk...ter-
masuk pada perkara hidup matinya ).

Sebulan lebih kemudian...seorang anak buah saya yang
juga kawan rapat rakan tadi membawa satu berita yang
'serba sedikit' mengejutkan saya...pakcik rakan itu
baru sahaja meninggal dunia secara mengejut...

( Kemudiannya saya telah berjumpa rakan tadi...dan ia
memberitahu sebab kematian...kerana serangan sakit
jantung...tapi agak meragukan kerana masalah jantung-
nya masih diperingkat ringan...berbanding hingga boleh
menyebabkan kematian...Wallohu a'lam...

Saya pernah melihat seseorang yang saya syaki sebagai
sakit jantung buatan...iaitu gangguan jin...dan dika-
takan lemah jantung...

Apabila serangan itu datang...serta merta badannya ke-
jang...nafasnya terhenti...mata terbeliak...

Ia biasanya mengambil masa kurang 15 saat hingga sese-
orang itu pulih sendiri...dan bertanya..." kenapa dengan
saya tadi ?"...

Ia tak nampak mengalami sebarang kesakitan...tapi ta-
hu ada sesuatu berlaku...seolah-olah tahu ia kehilangan
kesedaran untuk beberapa ketika...

Semasa di hospital..apabila mesin menunjukkan degupan
jantungnya dalam keadaan sangat lemah...ia menjadi cer-
gas dan aktif...tapi seperti sedang berada pada satu
tempat lain...

Ia tersenyum dan rancak berbual dengan rakan-rakan yang
disebut-sebut namanya...semuanya adalah rakan-rakan yang
sudah lama meninggal dunia...

Dan bagi pengalaman saya sendiri...apabila jantung ter-
asa sakit...terasa seperti ada sesuatu memicit salur da-
rah di dalamnya...dan saya biasanya akan terfikir...kuat
sedikit lagi picitan tu...alamatnya...' mati tekejut ').

"...tapi..kalau saya fikir-fikirkan...saya hairanlah pak-
cik..." luah anak buah saya itu...

"...hairan apa bendanya..."

"...kenapa pula...bukan pakcik yang meninggal dunia..."

"...hiss...anak buah ni..." bisik hati saya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 8 April 2011

Ayat Seribu Dinar...

Siapa mengamalkannya...

1.Akan terlepas daripada segala macam
kesusahan Dunia dan Akhirat...

2.Terpelihara dari mara bahaya...sama-
da pada diri...keluarga...mahu pun
hartanya...

3.Murah rezekinya...dengan tak terkira-
kira dan dari jalan yang tak disangka-
sangka...

4.Menjadi dinding di waktu kecemasan
membawa kepada kebahagiaan Dunia Akh-
irat.

5.Kalau tahu cara gunanya...untuk me-
nghancurkan jin...

Antara cara amal terbaiknya...iaitu
dibaca 3 kali setiap kali selepas So-
lat Fardhu...dan sebahagian Ulama
menyatakan...selepas membaca ia 3
kali...baca pula...

Laa haula walaa quwwata illa billah
...10 atau 11 kali...

Wallohu a'lam

1.Seorang isteri...dah bertahun berka-
hwin...ia tak dapat mengandung...

Apabila saya mengarahkan jari telu-
njuk ke perutnya...dan membaca Ayat
Seribu Dinar 3 kali...ia merasa sak-
it dalam perutnya...menunjukkan ke-
mungkinan besar ada gangguan padanya.

2.Apabila saya menghadapkan tapak tangan
ke arah kudis gatal dan berair seorang
sepupu...ia merasa semut-semut bergerak
di atasnya...dan ia sebenarnya adalah
jin...maka kudis itu dari sebab gangguan
jin...

Baru sekali dibacakan (3 kali baca)...
esoknya kudis itu mula kering...

3.Jika dibuat air...baca 3 kali pada sa-
kit...dan tiup...kemudian dibacakan 3
kali pada air...dan tiup untuk diguna
minum....

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Rabu, 6 April 2011

Ayat-Ayat Sihir...

Iaitu ayat-ayat daripada 3 Suroh...yang ter-
utamanya menceritakan tentang kisah Nabi Musa
alaihis salam... menentang sihir Raja Fir'aun
...iaitu...

1. Ayat 81 dan 82 daripada Suroh Yunus...

...dengan ayat...INNALLOOHA SAYUBTHILUHuu...
boleh diulang 3...7...11 kali atau lebih...

2. Ayat 117 hingga ayat 122 daripada Suroh
Al A'rof...

..dengan ayat..WA ULQIYAS SAHAROTUS SAAJIDIIN...
boleh diulang 3...7...11 kali atau lebih...

3. Ayat 69 daripada Suroh Thoha...

...dengan ayat...WALAA YUFLIHUSSAAHIRU HAITSU-
ATAA...boleh di ulang 3...7...11 kali...atau
lebih...

( nota...bacaan rujuk pada teks arabnya...)

Cara amal...

1.Sekurang-kurangnya baca 3 atau 7 kali atau
lebih...pagi petang...

...dan antara khasiatnya menjadi pembenteng
sihir ( pelumpuh serangan jin )...dan rawatan
diri...

2.Dibaca pada air...3 atau 7 kali...

- Untuk guna minum bagi orang yang sakit gang-
guan...atau minum sebagai pembenteng tambahan.

- Dan untuk mandi...untuk rawatan juga pemben-
teng tambahan...

- Juga untuk pagar ruang...renjis pada penjuru
atau sekeliling sesuatu ruang...

- Rendam alat-alat sihir untuk mematikan atau
membatalkannya...

- Boleh di'spray' kabus pada diri sebagai ra-
awatan atau pembenteng tambahan...atau pada
sesuatu ruang...atau pada orang lain...

3. Baca 7 kali pada orang yang sakit gangguan
dan beri minum serta mandi...Insya Allah...

Oleh kerana kisahnya khusus mengenai sihir...
maka jin atau benda sihir sangat 'sensitif'
pada ayat ini...

Minyak Wangi Ayat-Ayat Sihir...

Boleh juga dibacakan pada minyak wangi dengan
khasiat seperti tersebut di atas...dan mungkin
tukang sihir...atau orang yang ada gangguan
akan memberi atau merasa sebarang tindakbalas
apabila terhidu bau wanginya...

Dan boleh juga disapu pada tempat-tempat sa-
kit...dan kalau gangguan dari luar...mungkin
jinnya akan lari...dengan izin Allah...

Jika disapu pada mana-mana tempat sakit...dan
anda merasa ada sesuatu tindakbalas pada tempat
sakit tersebut...ia menunjukkan ada penglibatan
gangguan jin...

...malah mungkin sakit itu dari sebab gangguan
jin semata-mata...

Kalau anda ke mana-mana dan ada jin pada tempat
tersebut...jin itu akan menghindar...dengan iz-
in Allah...

Amalan Membaca Ayat-Ayat Sihir...

Pengalaman saya sangat sedikit...tapi saya ber-
peluang menggunakan ayat-ayat ini sekali...ket-
ika seorang rakan kerasukan dan cuba mengamuk.

Dengan membaca Ayat-Ayat Sihir sekali ...saya
mengulang 3 kali ayat...WALAA YUFLIHUSSAAHIRU
HAITSU ATAA...lalu menepuk bahunya...ternyata
jin perasuk tak dapat bertahan...dan rakan itu
pulih...dengan izin Allah...

Kalau anda cuma membacanya...maka antara cara
sebaiknya...bacakan pada tapak tangan seperti
berdoa...

...pastikan nafas sampai pada kulit tangan...
tutup muka...tarik nafas dalam-dalam dan telan
liur...

...kemudian sapu ke seluruh muka...dan kalau
anda nak buat lebih...sapu hingga ke hujung-
hujung jari kaki...

Kalau untuk rawatan...boleh dibaca 3 atau 7
kali dan tiup pada tempat sakit...

...namun sebaiknya sambil juga bacakan pada
air untuk minum...guna mandi dan sebagainya..

...atau pada minyak wangi jika gangguannya
'kecil'...atau kebetulan hanya ada minyak wa-
ngi...

Wallohu a'lam

Isnin, 4 April 2011

DUNIA MISTERI...Jin Kaki Tolak...

Ketika seorang budak lelaki berada di-
atas atap pondok untuk menampal lubang-
lubang bocornya...

...tiba-tiba ia merasa sepasang tangan
menolaknya dari belakang menyebabkan ia
terjatuh daripada ketinggian 15 kaki...

Mujur saja tanah agak lembab kerana hu-
jan turun setiap petang...namun kepalanya
luka sepanjang seinci terkena bucu zing
lama yang dikumpul di tepi pondok...

Beberapa tahun sebelumnya...pada satu pe-
tang seorang datuk( orang tua ya...bukan
pangkat datuk )...yang sedang mengalami
sakit-sakit dan bengkak lutut...mengambil
angin di kaki lima...

Tiba-tiba muncul seorang lelaki muda ber-
pakaian serba putih...dan terus menolaknya
ke lereng bukit...( rumah tersebut terlet-
ak di lereng bukit )...

Datuk itu sempat mencapai dan berpaut pada
sebatang besi yang terpacak di tepi kaki
lima...

Jeritan datuk itu menarik perhatian anak-
anaknya yang kebetulan berada di ruang tamu
tapi sehingga anak-anaknya muncul...lelaki
muda itu masih cuba menjatuhkannya...dengan
memijak dada datuk tadi...

Datuk itu berjaya diselamatkan...dan kalau
ia jatuh kebawah...sekurang-kurangnya ce-
dera parah...kerana banyak batu-batu timbul
pada kawasan tersebut...

Tanda-tanda saka...

1.Budak itu adalah cicit kepada datuk tadi
dan ada kemungkinannya...ia adalah kerja
jin yang sama...

...iaitu antara tanda-tanda saka...ada-
lah bentuk gangguan yang sama...

wallohu a'lam

Sabtu, 2 April 2011

DUNIA MISTERI...Bermusuh Kerana Jin Pendamping...?

Seorang rakan ( AA ) menceritakan...ia telah bertemu
dengan seorang lagi rakan ( BB ) dalam satu majlis
kenduri di rumah jirannya...

Sebaik ia berpandangan dengan si BB...si AA melempar-
senyum sapa mesra sebagai rakan...tapi si BB bersikap
aneh...

Si BB bukan sahaja tak membalas senyum...malah mema-
ndangnya dengan pandangan tajam dan penuh kebencian...

Si AA tak putus asa...dan bebisik dalam hati dengan
niat ia tujukan pada si BB..."...kita kawan...".

Tiba-tiba si AA dapat 'mendengar' bisikan hati si
BB menyambut bisikannya tadi..."...tidak!"...dan
ternyata si BB kelihatan sangat marah...

Beberapa tetamu lain dapat mengesan 'ketidakharmo-
nian' antara si AA dan si BB...tapi mujur tak ada
sesuatu yang tak diingini berlaku...

Beberapa minggu kemudian saya terjumpa dengan si BB
...dan kerana yakin tak memudaratkan...saya berta-
ya dengan si BB...apa sebabnya ia marah sangat deng-
an si AA pada majlis tersebut...

Si BB memberitahu...si AA datang bersama 3 jin penda-
mpingnya...

Salah satu jin pendamping si AA...lelaki berpakaian
silat serba hijau...dan jin pendamping si BB...juga
jin silat...sangat benci padanya...serta melarang si
BB dariada mendekati si AA...

Tapi yang buat si BB marah sangat pada si AA...kerana
ada dua ekor lagi jin pendamping si AA yang seniasa
duduk berlindung di belakang si AA...

Kedua-dua ekor jin itu sentiasa memerli...mengejek
dan mentertawakan si BB...

Itu yang membuat si BB sangat marah...dan dengan ga-
ya penuh dendam si BB berkata "...masa tu bolehlah
si AA senyum-senyum...tapi..."

"Hey...jangan pula kerana jin kamu berdua yang tak
ber'ngam'...kamu pula yang bermusuh..." saya mene-
gur dengan mengangkat sedikit suara...si BB kelihat-
an agak terkejut...terdiam seperti berfikir sebent-
ar...kemudian ia tersenyum...

Rupanya tanpa sedar...BB sebenarnya yang tak ada se-
masalah dengan peribadi si AA...namun ia menaruh de-
ndam pada si AA semata-mata kerana kebencian dan ra-
sa permusuhan jin pendampingnya terhadap jin pendamp-
ing si AA...

Si BB pernah bersekolah di semenanjung beberapa bul-
an...dan ia dah bebrapa kali kerasukan oleh jin pen-
dampingnya...

Ia sedar apa yang berlaku...tapi tak dapat mengawal
emosinya..dan mengamuk...

Empat orang rakan yang cuba memegangnya...dengan mu-
dah saja di humban ke dinding...

kalaulah ia tak dapat mengawal emosi dan menyerang
si AA semasa majlis itu..tentu huru hara dibuatnya.

Seperkara yang dapat kita perhatikan di sini...ba-
gaimana kebencian atau permusuhan antara jin pend-
amping boleh membawa kepada kebencian dan rasa per-
musuhan antara sesama manusia...

Lain ceritanya dengan dua orang rakan lain...yang
bertumbuk dalam surau semata-mata kerana masing-
masing jin pendampngnya nak tunjuk lebih hebat...

walohu a'lam