Sabtu, 2 April 2011

DUNIA MISTERI...Bermusuh Kerana Jin Pendamping...?

Seorang rakan ( AA ) menceritakan...ia telah bertemu
dengan seorang lagi rakan ( BB ) dalam satu majlis
kenduri di rumah jirannya...

Sebaik ia berpandangan dengan si BB...si AA melempar-
senyum sapa mesra sebagai rakan...tapi si BB bersikap
aneh...

Si BB bukan sahaja tak membalas senyum...malah mema-
ndangnya dengan pandangan tajam dan penuh kebencian...

Si AA tak putus asa...dan bebisik dalam hati dengan
niat ia tujukan pada si BB..."...kita kawan...".

Tiba-tiba si AA dapat 'mendengar' bisikan hati si
BB menyambut bisikannya tadi..."...tidak!"...dan
ternyata si BB kelihatan sangat marah...

Beberapa tetamu lain dapat mengesan 'ketidakharmo-
nian' antara si AA dan si BB...tapi mujur tak ada
sesuatu yang tak diingini berlaku...

Beberapa minggu kemudian saya terjumpa dengan si BB
...dan kerana yakin tak memudaratkan...saya berta-
ya dengan si BB...apa sebabnya ia marah sangat deng-
an si AA pada majlis tersebut...

Si BB memberitahu...si AA datang bersama 3 jin penda-
mpingnya...

Salah satu jin pendamping si AA...lelaki berpakaian
silat serba hijau...dan jin pendamping si BB...juga
jin silat...sangat benci padanya...serta melarang si
BB dariada mendekati si AA...

Tapi yang buat si BB marah sangat pada si AA...kerana
ada dua ekor lagi jin pendamping si AA yang seniasa
duduk berlindung di belakang si AA...

Kedua-dua ekor jin itu sentiasa memerli...mengejek
dan mentertawakan si BB...

Itu yang membuat si BB sangat marah...dan dengan ga-
ya penuh dendam si BB berkata "...masa tu bolehlah
si AA senyum-senyum...tapi..."

"Hey...jangan pula kerana jin kamu berdua yang tak
ber'ngam'...kamu pula yang bermusuh..." saya mene-
gur dengan mengangkat sedikit suara...si BB kelihat-
an agak terkejut...terdiam seperti berfikir sebent-
ar...kemudian ia tersenyum...

Rupanya tanpa sedar...BB sebenarnya yang tak ada se-
masalah dengan peribadi si AA...namun ia menaruh de-
ndam pada si AA semata-mata kerana kebencian dan ra-
sa permusuhan jin pendampingnya terhadap jin pendamp-
ing si AA...

Si BB pernah bersekolah di semenanjung beberapa bul-
an...dan ia dah bebrapa kali kerasukan oleh jin pen-
dampingnya...

Ia sedar apa yang berlaku...tapi tak dapat mengawal
emosinya..dan mengamuk...

Empat orang rakan yang cuba memegangnya...dengan mu-
dah saja di humban ke dinding...

kalaulah ia tak dapat mengawal emosi dan menyerang
si AA semasa majlis itu..tentu huru hara dibuatnya.

Seperkara yang dapat kita perhatikan di sini...ba-
gaimana kebencian atau permusuhan antara jin pend-
amping boleh membawa kepada kebencian dan rasa per-
musuhan antara sesama manusia...

Lain ceritanya dengan dua orang rakan lain...yang
bertumbuk dalam surau semata-mata kerana masing-
masing jin pendampngnya nak tunjuk lebih hebat...

walohu a'lam

6 ulasan:

  1. salam encik junied.

    perkara ni pernah berlaku pada rakan saya di sekolah. dia mempunyai jin pendamping dan jin tersebut suka membuat huru hara dalam kelas setiap minggu.

    kadang2 dia menjadi pendiam dan kadang2 dia sangat talkative. pada mulanya kami berasa takut dan pelik tetapi lama kelamaan kami dah jadi biasa.

    saya juga pernah bercakap dengan jin pendampingnya beberapa kali. dan rakan saya tu memang ada ramai jin pendamping dan sebab itulah perangainya sering bertukar.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam ButirStar...

    ...kerana itu...ada orang yang tak cukup
    sekadar kounseling...kerana kalau dah ada
    pengaruh jin pendamping...sering kali ia
    tak dapat mengawal emosi dan pengaruh da-
    laman...

    Terima kasih di atas perkongsian pengala-
    mannya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. slam, tuan junied saya ada cerita pengalaman tempat kerja saya pada tahun ini. ada dua pelajar saya yang sentiasa bermusuhan, yg sorang(A) tu sebelum ni kerap juga kena macam histeria tapi tak le jerit-jerit nangis-nagis tapi selalu macam ada org lain dalam Si A ,suka nyorok bawah meja itupun selepas peristiwa dia kena rasukan . yang sorang tu pulak(B) cakap selalu nampak jin yang si A punya. Yang si A pulak selalu cakap dia selalu dengar bisikan (pendampingnya atau Sakanya saya pun tak tahu le) beritahu si A ada beberapa tempat ada jin.sayapun malas nak layan sangat ,bila Si A kena rasukan aje ,kami panggil bapa dia datang bawak balik.sebabnyanya saya bukanle seorang perawat secara kebetulan saya embantu pd masa tu(saya ada amalkan beberapa amalan yg tuan turunkan dilaman web ini) pada awal januari tahun ini Si A ni kena rasukan dan diikuti dengan 4 pelajar lain.Jadi rakan tempat kerja saya panggil le saya untuk membantu. Mula-mula sekali saya gi pada pelajar Si A ni sebab dia yang mula-mula kena ,rakan yang lain takut memegang si A sebab pd masa tu di tak mahu dipegang ole sesiapa dan asyik cakap kalau tak cukup ilmu jangan nak berhadapan dengannya.so bila saya sampai aje saya terus tepuk belakang dia dan tanya ngape kecoh-kecoh ni, pas tu jin tu pun cakaple dengan saya kau tak ada hak, ini hak keluarganya ,aku nak bapa dia datang sekarang juga. Jin tu cakap lak kau gi uruskan yg 4 yang lain tadi.Jadi saya pun cakaple dengan bebaik pada jin tu ,apasal lak aku tak ada hak,ini tempat kerja aku,pelajar aku,kau dah kira ceroboh ni, lagi pun kau masuk kat dia dah kira dosa besar ni,kau islam ke tak. Jin pun cakap aku islam le( sambil ngucap syahadah, saya tak suruhpun dia ngucap).saya suka sakat jin ni,saya tanya le dia nama kau sapa ,tiba-tiba dia cakap dengan marah " manusia memang sama suka menjaja-jaja nama kami. sayapun pelik le juga dengan jawapannya. saya katale aik tanye namapun marah ,kalau kau tak bagi nama aku bagi kau nama amacam, dia diam aje tapi saya x le bagi nama kat jin tu sebab itu idea spontan aje saje nak nyakat jin.Saya pun terus cakap dengan jin itu, lepasni kalau bapak dia datang kau balik le jangan kacau-kacau kat sini ok.lepastu muncul le bapa Si A ,selang beberapa saat dia pun sedarle saya takle baca apa-apapun ayatke, atau scanke kat Si A tu.Pada Pelajar yang lain saya terus buatkan air penawar(baca Fatihah,selawat,ayat peletup jin) kasi sapu muka dan minum, alhamdulillah yag lainnya sedar seperti biasa.Tuan pengalaman ni agak mengeliru kan saya, sebabnya nape Si A tadi boleh cakap mcm tu dengan saya dan apabila bapa dia sampai dia ok pulak.lain kali kalau dia kena rasukan bolehke saya membantu Si A sebabnya bapa Si A tak de le cakap minta tolong dan sebagainya.Dan yang keduanya sejak peristiwa Si A kena rasukan dia selalu bermusuhan dengan pelajar Si B. Kalau mereka duduk dekat dekat mesti Pelajar Si B, sakit le,demamle dan sebagainya sebab itu le kami pisahkan tempat duduk mereka berdua.bolehke tuan berikan sedkit pencerahan dengan masalah ini,tima kasih

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam Kilat...

    Alhamdulillah...

    Antara kemungkinannya...

    1.Ia jin saka yang menjaga keluarga...

    2.Atau ia bukan jin saka...hanya sekadar
    berbohong dan memfitnah...

    3.Ia sekadar cuba mengalih perhatian....
    kerana tak mahu berkonflik dengan Kilat...

    4.Atau ia mendapat sesuatu kejutan daripada
    tepukan kilat tersebut...maka ia menjadi ta-
    kut...lemah...terkunci...segan..tunduk...
    panas...kesakitan atau sebagainya...maka
    ia 'berundur' sebaik sahaja bapa pelajar itu
    datang sebagaimana yang Kilat syaratkan...

    ...dan sebagainya...

    Penting sekali...walaupun tanda zahir menu-
    njukkan ia jin saka...tapi jangan sekali-
    kali kita percayakannya...kerana ia boleh
    berbohong (fitnah)...tapi maklumat tersebut
    boleh kita 'simpan' dan boleh diguna kaji
    semula jika ada seseuatu berlaku kemudian.

    Kalau nak ikhtiarkan...sebaiknya minta izin
    atau bincang dengan bapanya...kerana mungk-
    in kita akan tahu sesuatu yang sebelumnya
    di luar pengetahuan kita...dan ia mungkin
    boleh jadi panduan...samada pelajar itu bo-
    leh dirawat...atau perlu berjumpa perawat
    sepenuh masa yang berpengalaman...

    Guru saya sangat menekankan...jangan mera-
    wat kalau orang tak minta...kecuali kelua-
    rga atau keadaan memerlukan..maka boleh di-
    ikhtiarkan...

    Antara sebabnya...kadang-kadang sesuatu ra-
    watan itu memerlukan masa...dan kesungguhan
    serta ketabahan pesakit itu sendiri...teruta-
    ma jika ia berkaitan saka atau sihir yang dah sebati...

    Pada pelajar lain tu...Alhamdulillah...oleh
    kerana dah tak perawat dalam keadaan yang serba mendesak itu...
    saya bersetuju dengan ikhtiar Kilat...dan
    semuanya dengan izin Allah...

    Adapun mengenai pelajar B...mungkin kerana ia
    lemah semangat...atau ada gangguan (angin bi-
    sa) dalam diri...mana-mana sahaja boleh jadi.

    Kalau kita melekapkan tapak tangan pada be-lakangnya dan ia merasa sesuatu tindakbalas
    atau kita boleh rasa tapak tangannya dengan
    belakang tapak tangan kita...samada panas
    membahang atau sejuk tak normal...
    maka kemungkinan besar...ada saka dalam badannya...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam Kilat...
    ..sama-sama...

    BalasPadam