Selasa, 30 Mac 2010

GEJALA GANGGUAN...Mata Nampak Jin...

1.Puncanya iaitu...jin masuk dan menguasai
bebola mata...

2.Maka anda nampak jin...terang macam
nampak orang...

3.Anda mungkin nampak...

a.Jin pendamping anda sahaja...
b.Jin lain sahaja...
c.Atau jin pendamping dan jin lain-lain juga...

Iaitu bergantung kepada bentuk dan kemahuan
gangguan ( jin ).

4.Anda juga boleh nampak jin kalau ia tak ada
dalam bebola mata...iaitu dengan ia meninggal-
kan angin berbisanya...

Maka anda akan nampak apa saja yang jin
empunya angin itu nampak...

Contohnya...anda nak tengok sebuah rumah
kosong yang jauhnya berbatu-batu daripada
tempat anda...

Mula-mula anda berniat ( niat adalah suatu
tenaga ) yang ada bekas...atau memberi
bekas di alam jin...dan jin akan berpandu malah
bergantung kekuatannya dengan niat (aura atau
kekuatan roh ) anda menuju ke sasaran...

Apabila jin itu sampai...dan ia ( jin ) nampak jin
lain...maka anda juga akan nampak jin tersebut.

5.Maka...untuk menghilangkan 'pandangan
ajaib' itu...jin dan angin bisanya hendaklah di-
buang semuanya...

6.Cabaran dalam rawatan ada dua...iaitu buang
jin dan angin bisanya..kemudian pertahankan
bebola mata itu dari dimasuki semula...

7.Kalau nak buat anda nampak jin...jin penda-
mping anda itu cuma perlu masuk ke dalam
bebola mata...

Tapi biasanya gangguan pada mata itu akan
melibatkan gangguan pada kepala keseluru-
hannya...

Dan mungkin juga ia meresap keseluruh tubuh
atau sekurang-kurangnya hingga ke bahagian
dada...

8.Nampak jin ini biasanya kerja saka...dan boleh
jadi juga disihir...atau anda menuntut ilmu sihir
yang selalunya...secara tak sengaja...

Wallohu a'lam

SELAYANG PANDANG...ANDA TAK SEMPURNA...

Tak mengapalah...samada anda dapat apa yang
anda inginkan atau tidak...

Yang penting cuma berfikir secara positif...dan
menerima segala-galanya dengan hati terbuka
tak kira samada ia anda suka atau tidak...

Kerana segala sesuatu itu kalau diterima dengan
sikap positif...maka hasilnya juga positif...

kalau anda fikir baik...maka apa saja yang anda
dapat...juga baik.

Tak akan ada sesiapa pun yang sempurna...
tapi menerima diri seadanya...adalah sikap yang
sempurna...

Wallohu a'lam.

SELAYANG PANDANG...HIDUP INI INDAH...

Dalam hidup ini amat banyak perkara yang
menarik...

Dan dalam hidup sehari-hari itu ada-ada saja
perkara yang anda suka...
tapi...ada juga yang anda tak suka...

Perkara mana yang anda lebih-lebihkan...
dan perkara mana yang lebih anda tumpu-
tumpukan...
inilah yang akan menentukan samada anda
merasakan hidup ini indah atau tidak...

Perkara terbaik yang anda boleh hadiahkan
kepada kepada diri anda sendiri...
ialah fikirkan perkara-perkara baik dan ber-
manafaat...

Dan...sentiasa jadikan semua masa itu...
adalah masa yang terbaik untuk diri anda...
serta memberi manafaat kepada orang lain
samada secara langsung...atau tak langsung...

kerana masa ini sangat singkat untuk setiap
kita...
sebelum saat di panggil pulang kepadaNYA.

Wallohu a'lam

Khamis, 25 Mac 2010

AL HIKAM...Bala Cinta Dunia...

Bagi seseorang yang memilih cintanya untuk Dunia
semata-mata...

Maka cukuplah ketamakan itu sebagai seksaan
kepadanya di Dunia ini lagi...
sebelum ia mendapat seksaan yang lebih hebat di-
Akhirat kelak...

Dunia kepadanya seumpama seseorang yang me-
minum air masin lautan...
semakin banyak diminum...semakin bertambah
dahaganya...

Akhirnya ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan
papa...

Iaitu ia meninggalkan segala kemewahan dan
kemegahannya...
dan berpindah ke Alam Kubur tanpa sebarang
bekal...

Maka hidupnya di Dunia dengan hati papa...iaitu
ia tak pernah merasa cukup...dan sentiasa inginkan
lebih banyak lagi...
kemudian ia berpindah ke Alam barzakh juga dalam
keadaan papa...


Bukankah segala kemewahan dan kemegahan yang
pasti akan engkau tinggalkan itu...
hanya barangan murah semata-mata...?

Seolah-olah ia hanyalah suatu permainan...

Wallohu a'lam.

AL HIKAM...Syukur...

Mintalah engkau rasa syukur...
kerana seandainya Allah memberikan segala-galanya
kepadamu kecuali rasa syukur...
nescaya tidak akan ada sesuatu pun yang dapat mem-
buat engkau merasa cukup...

Wallohu a'lam.

CONTOH GUNA...GANGGUAN PADA BAYI.

A.Bayangkan seseorang bertanya pada anda melalui
telepon adakah bayinya sakit biasa semata-mata
atau ada penglibatan gangguan jin...

Sedangkan anda tak pernah nampak bayinya...dan
yang lebih penting...anda tak pernah pun menuntut
ilmu kebatinan.

B.Maklumat yang diberi...

1.Mimpi ganjil...semasa bayi itu sedang sakit...

Ibunya pernah bermimpi nampak bayinya tidur
dalam ayunan di atas sebuah kubur...

2.bayinya sudah 2 minggu ceret beret...

Rawatan Hospital juga penukaran susu tepung
sangat kurangberkesan...

C.Panduan :

1.Kalau ibu bermimpi aneh tentang bayinya...ada
kemungkinan bayi itu ada gangguan...
kerana itu menunjukkan ibunya ada gangguan...
dan gangguan pada ibu biasanya akan melibatkan
juga pada bayinya...

2.Rawatan biasa kurang berkesan dalam masa yang
boleh di anggap agak lama...kemungkinan besar bayi
itu perlu juga kepada rawatan alternatif.

3.Rasa pada tapak kaki dan tapak tangannya...kalau
lebih panas daripada suhu badan...ada angin bisa
dalam badan bayi...( ibu bayi pereksa sendiri...)

Tanda-tanda di atas sudah cukup untuk menunjukkan
kemungkinan yang sangat besar bahawa bayi itu
mengalami gangguan jin...dan perlu rawatan Rohani.

D.Dan kalau nak ditambah...

4.Kalau bahagian kepalanya lebih panas daripada
suhu badan...ada angin bisa pada kepalanya...
maka ia menghadapi gejala gangguan pada bahagian
kepala...rohani dan jasmani...

5.Rasa pada bahagian perutnya...kalau panas...ada
angin bisa dalam perutnya...

6.Rasa pada bahagian tulang belakang...betul-betul
di tengah pinggang...kalau panas...ada gangguan pada
bahagian peranakannya...
(...rahim kalau bayi perempuan ).

E.Dan lain-lain...

7.Ada kemungkinan juga bayi itu turut mengalami
gangguan pada bahagian dadanya...iaitu ada masanya
pernafasan atau dadanya berombak lebih kuat...
tanpa sebab yang munasabah...

8.Dan perhatikan semua tanda-tanda gangguan jin
semasa tidur...

Dan sebagainya...

Walohu a'lam.

Nota :

1.Gunakan tapak tangan atau belakang tapak tangan
untuk merasa suhu pada badan bayi.

2.kalau bayinya demam...rasa samada panas badan-
nya sama atau ada yang lebih panas atau lebih sejuk
pada mana-mana bahagian...menandakan ada angin
bisa...

...juga tapak tangannya...samada lebih panas atau lebih
sejuk daripada suhu badan...menandakan ada angin
bisa.

Rabu, 24 Mac 2010

SELAYANG PANDANG...Takut...Hina...

Hati anda sekali-kali tak akan merasa takut...
selagi fikiran anda tak menakut-nakutkan
hati anda sendiri...

Dan hati anda sekali-kali tak akan merasa
hina...selagi fikiran anda tak mengapi-apikan
hati anda sendiri...

Bukan orang lain...tapi fikiran anda sendiri yang
menentukan...apa yang hati anda mahu rasa.

kalau cara berfikir anda berkualiti tinggi...rasa
hati anda juga berkualiti tinggi...

kalau cara berfikir anda berkualiti rendah...rasa
hati anda juga berkualiti rendah...

kalau anda mahu jadi yang lebih baik...ubah saja
cara berfikir anda kepada yang lebih baik...

Wallohu a'lam.