Khamis, 25 Mac 2010

CONTOH GUNA...GANGGUAN PADA BAYI.

A.Bayangkan seseorang bertanya pada anda melalui
telepon adakah bayinya sakit biasa semata-mata
atau ada penglibatan gangguan jin...

Sedangkan anda tak pernah nampak bayinya...dan
yang lebih penting...anda tak pernah pun menuntut
ilmu kebatinan.

B.Maklumat yang diberi...

1.Mimpi ganjil...semasa bayi itu sedang sakit...

Ibunya pernah bermimpi nampak bayinya tidur
dalam ayunan di atas sebuah kubur...

2.bayinya sudah 2 minggu ceret beret...

Rawatan Hospital juga penukaran susu tepung
sangat kurangberkesan...

C.Panduan :

1.Kalau ibu bermimpi aneh tentang bayinya...ada
kemungkinan bayi itu ada gangguan...
kerana itu menunjukkan ibunya ada gangguan...
dan gangguan pada ibu biasanya akan melibatkan
juga pada bayinya...

2.Rawatan biasa kurang berkesan dalam masa yang
boleh di anggap agak lama...kemungkinan besar bayi
itu perlu juga kepada rawatan alternatif.

3.Rasa pada tapak kaki dan tapak tangannya...kalau
lebih panas daripada suhu badan...ada angin bisa
dalam badan bayi...( ibu bayi pereksa sendiri...)

Tanda-tanda di atas sudah cukup untuk menunjukkan
kemungkinan yang sangat besar bahawa bayi itu
mengalami gangguan jin...dan perlu rawatan Rohani.

D.Dan kalau nak ditambah...

4.Kalau bahagian kepalanya lebih panas daripada
suhu badan...ada angin bisa pada kepalanya...
maka ia menghadapi gejala gangguan pada bahagian
kepala...rohani dan jasmani...

5.Rasa pada bahagian perutnya...kalau panas...ada
angin bisa dalam perutnya...

6.Rasa pada bahagian tulang belakang...betul-betul
di tengah pinggang...kalau panas...ada gangguan pada
bahagian peranakannya...
(...rahim kalau bayi perempuan ).

E.Dan lain-lain...

7.Ada kemungkinan juga bayi itu turut mengalami
gangguan pada bahagian dadanya...iaitu ada masanya
pernafasan atau dadanya berombak lebih kuat...
tanpa sebab yang munasabah...

8.Dan perhatikan semua tanda-tanda gangguan jin
semasa tidur...

Dan sebagainya...

Walohu a'lam.

Nota :

1.Gunakan tapak tangan atau belakang tapak tangan
untuk merasa suhu pada badan bayi.

2.kalau bayinya demam...rasa samada panas badan-
nya sama atau ada yang lebih panas atau lebih sejuk
pada mana-mana bahagian...menandakan ada angin
bisa...

...juga tapak tangannya...samada lebih panas atau lebih
sejuk daripada suhu badan...menandakan ada angin
bisa.

5 ulasan:

  1. terima kasih.. sangat berguna...
    anak saudara saya menangis tak henti dari 2 pagi sampai 2 petang...

    BalasPadam
  2. salam.. encik junied... sy rse ank sy mcm ade gangguan tp sy x pasti.dan dia kerap demam sebulan skali msti demam dan last month pnasnya smpai kena tarik.Allah saja yg tahu mcmmana perasaan sy ketika itu, boleh encik ubati anak sy kalau boleh secara jauh pon tak mengapalah kasihan saya melihat dia kebetulan sy bkerja dan sy slalau ambik dia pulang dr umah pengasuh waktu maghrib.skrang ni pula dia kadang2 akan menangis tanpa sebab dlm 10mnt cmtu tanpa sebab,makan xnak susu xnak,perut pn x kembung sudah di sapu minyak .harap dpt membantu.t.kasih

    BalasPadam
  3. ...saya dah hubungi emailnya ya...terima
    kasih kerana pn sudi 'jalan-jalan' ke-
    blog ini...

    BalasPadam