Khamis, 5 November 2009

NAMPAK JIN...VIDEO DAN GAMBAR...

...iaitu nampak jin melalui rakaman video
atau ditangkap dengan kamera...

Ia ada 2 sebab...

Pertama : sengaja...

...iaitu jin itu sengaja menampakkan
dirinya kerana ia merasa selamat...
...tidak ada sesiapa yang ada di sana akan
membahayakannya...

...ertinya jin itu taklah sehebat mana...
ada batas kekuatan dan kemampuannya.
...ia tak akan berbuat sesuatu secara
membuta tuli...
kerana silap langkah boleh menyebabkan
ia cedera ataupun terbunuh...

...kadang-kadang pula...
...jin itu tahu...seseorang itu berpenyakit...
contohnya sakit jantung...
...atau ia sangat lemah semangat...
maka...
ia sengaja menampakkan dirinya
dengan maksud mendatangkan mudarat...
...hingga manusia tadi jatuh sakit...
malah ada juga yang terkejut membawa
kepada maut...

...ia sukar diambil gambarnya secara
langsung...
kalau anda sengaja berniat nak tangkap
gambar jin...
...kerana niat itu menunjukkan anda berani
maka 'mereka' takut dan menghindar...

...atau...
'mereka' memang takut pada anda...
dan berusaha menghindar...
...dan...
kerana 'mereka' takutkan anda
itulah sebabnya anda tak takut pada
'mereka'...

...lebih-lebih lagi...
kalau anda mengamalkan Doa atau Ayat-Ayat
Qur'an pendinding jin...
kerana...
di mana saja perhatian anda tertumpu...
bagi jin...itu suatu bentukTenaga Penghindar...
...maka baru saja anda berniat...
'mereka' sudah siap bertempiaran lari...

Kedua : Jin itu tak tahu...

...iaitu jin itu tak tahu gambarnya ditangkap
atau dirakam...
maka ia tak berusaha menghindar...

...walaupun makhluk halus...jin ini tak
akan tahu semua perkara ghoib...
kecuali secara terbatas pada yang Allah
izinkan...
sama halnya seperti kita manusia.

...bukan sahaja jin itu boleh memperdayakan
manusia...
sebaliknya manusia itu juga boleh
memperdayakan 'mereka'...

...cuma mereka ada kelebihan kerana tubuh
halusnya...
tapi tak bererti 'mereka' akan lebih tahu
segala-gala dari manusia...

Wallohu a'lam

1 ulasan:

  1. bila isteri ana amik gambar anak atau bergambar dgn anak guna hp... nampka la lembaga hitam..... tapi bila ana sengaja amik gambar dalam penjuru setiap rumah...tak dak pulak.... memang ana tak puas hati.....

    BalasPadam