Rabu, 30 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN JIN CARA MUDAH...

Iaitu bagaimana anda nak pereksa diri sendiri
samada ada gangguan jin atau tiada...

Iaitu...
tapak tangan sentiasa lebih panas daripada
suhu badan...

Caranya...
lekap tapak tangan anda ke lengan sebelah...
samada tangan kiri ke kanan atau sebaliknya...

Kalau anda rasa tapak tangan anda itu panas...
sedangkan anda tak demam...
atau anda sentiasa rasa sihat sekalipun...

...bererti...
ada angin bisa dalam badan anda...

Angin bisa ini lain...dan angin biasa itu suatu
yang lain pula...

Angin bisa bererti angin yang berpunca dari
jin...atau kita boleh katakan itu kepandaian
atau auranya...

Kalau dalam badan anda ada gangguan dan
anda kuat beramal dengan amalan yang tidak
jin sukai...seperti Ayat-Ayat atau Doa...
biasanya tapak tangan bertambah panas...

Dan kalau ia berpeluh...atau anda berpeluh
di mana-mana bahagian badan atau anggota...
itu bisa yang keluar dari dalam diri anda...

Atau kalau titik peluhnya besar...
kemungkinan besar itu sebab jin keluar me-
ngikut lubang roma anda....

Kemudian tak semestinya kalau ada jin dalam
badan...anda akan jatuh sakit...
kerana ia mungkin belum sebati dengan badan
atau mana-mana anggota atau bahagian dalaman...

Tapi akhirnya ia akan membawa kepada sakit...
atau kalau anda sakit biasa...maka sakit biasa itu
akan lebih berat dan susah sembuh atau lambat
sembuh dari yang sepatutnya...

Atau anda akan mengalami gejala-gejala sakit
yang sepatutnya tidak ada...atau yang tidak sesuai
dengan sakit biasa yang di alami...

Kalau anda merasa tanda di atas...
sebaiknya anda minta ' scan ' dengan perawat-
perawat yang pakar dan tidak melencong dari
ajaran Agama...

Dan jangan sekali-kali dengan perawat jin...yang
mungkin akan menambahnya lagi samada sedar
atau tidak...

Wallohu a'lam

Selasa, 29 Disember 2009

DUNIA MISTERI...The Bodyguard...?

Malam itu saya tidur di ruang tamu
bersama seorang anak buah 8 tahun...
dikerusi panjang yang berasingan...

Sepanjang malam tidur rasa cukup rimas...
panas...sakit-sakit badan...mengereng ke-
kanan ke kiri...tidur-tidur 'ayam itik'...
sampaikan tak sempat nak bermimpi...

Esok pagi...
anak buah itu menceritakan...
sepanjang malam ia ketakutan...
dia melihat dua lembaga berkain putih...
panjang rambut tak nampak muka....

Berdiri sepanjang malam...
Satu dekat kepala...
dan yang satu lagi di sebelah hujung
kaki saya...

Begitu rupanya rasa tidur kena jaga
'bodyguard jin'...

Sampai sekarang saya tak pasti asal
usul jin tu...dan tujuannya...

Kejadian pada umur belasan tahun.

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Keris Sakti...?

Keris pendek itu hadiah dari
seseorang.

...hujungnya memancarkan satu
cahaya lurus ke hadapan...

...bila keris itu ditujukan kepada
seorang rakan dari jarak 2 meter..
dia dapat merasakan hujung keris
itu menyucuk ke kulitnya...

...kerana ada jin yang sebati dalam
badannya...

...bila ditujukan kearah seorang
rakan lain yang mengamalkan Ayat
Qur'ran sebagai pendinding...

...cahaya lurus dari hujung keris itu
melencong sebaik saja menghampiri
tubuh rakan tadi...

...dan setiap kali dihayunkan ke arah
rakan itu...

...cahaya lurus dari keris tadi sentiasa
melencong sebaik saja menghampiri
tubuhnya...

...saya hadiahkan keris itu pada Ustaz...
biar 'kesaktian' keris itu dimatikan...

...sebenarnya keris itu tak ada apa-apa...
tak ada sakti-saktinya...
hanya ada jin yang mendampingi...

...jin itulah yang ada 'apa-apa'...

...dan bahaya untuk disimpan...

...kalau tak makan tuan...
lain kali mungkin makan anak cucu...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Jin Ikut Sms...

Jam 9.00malam...

...isyarat sms HP berbunyi...

...serentak itu seorang anak buah
kelihatan terkejut...

...dan menunjuk ke arah jendela
dapur yang sedang terbuka...

...ada kelibat kepala manusia tak
bertubuh melayang di luar...

...cuma sesaat...makhluk itu hilang
menghilang begitu saja...

...ketika saya membaca sms...

...dari seorang adik yang rumahnya
200 meter jauhnya dari sini...

...dia mendengar suara tangisan
perempuan...jauh di atas rumahnya...

Sms dan bayangan kepala manusia itu
sampai serentak ke tempat saya...

Wallohu a'lam

MENGENAL GANGGUAN...Sakit Jantung 10 Tanda...

Iaitu sakit jantung dari sebab gangguan jin.

Gejalanya :

1.Anda selalu rasa berdebar-debar tanpa
sebab...

...kadang-kadang seolah-olah anda dapat
mendengar degupan jantung anda sendiri...

...atau anda rasa berdebar-debar tanpa sebab
bila berdepan dengan perawat...
atau bila di bacakan Rukyah...

2.Anda sering mengalami gejala Rasukan
Perasaan...seperti sedih...gembira...takut...
benci...marah...dan sebagainya...tanpa sebab.

3.Anda sering...atau kadang-kadang merasa
berat dada seperti dihimpit...sesak nafas...
atau sebagainya...

...tapi biasanya anda akan merasa nafas di-
tarik tak habis...nafas dilepas pun tak habis...
dan ubat biasanya tak mendatangkan kesan...

Biasanya ia datang tiba-tiba...kemudian akan
hilang sendiri...kadang-kadang cuma sekejap...
kadang-kadang ia berlangsung lama berjam-jam
lamanya...

4.Anda mengalami kesukaran mengawal per-
asaan marah...kerana ia biasanya tiba-tiba
melonjak naik tanpa kawalan....

...dan anda akan merasa sangat marah walaupun
pada perkara-perkara yang anda sendiri anggap
perkara kecil...

...kemudian rasa marah itu lambat hilang...
kadang-kadang menjadi dendam...

...biasanya anda hanya akan dapat berpuas hati
jika dapat melepaskan marah tanpa dikawal...
malah kalau boleh...mengamuk.....dan jika ditahan
...pada sebahagian orang akan merasa sakit dada...
kepala...atau seluruh badan.

...semuanya bergantung kepada tahap penguasaan
jin dalam dada seseorang...

5.Anda selalu atau kadang-kadang suka bersendirian.

...dan biasanya merasa kurang selesa atau takut
berada didepan...atau dikhalayak ramai...

6.Kadang-kadang rasa sakit pada jantung...seperti
dicucuk sesuatu...atau digenggam...atau seperti
pembuluh darah dipicit...dan sebagainya.

7.Ada juga orang yang dapat merasakan sesuatu
bergerak dalam dadanya...

...mungkin seperti semut-semut...angin...dan se-
bagainya.

...atau mungkin anda tak rasa...kecuali apabila
anda dibacakan Rukyah.

8.Kadang-kadang terasa sesuatu menyucuk dalam
dada...dan kalau lebih teruk ia terasa tembus
dari depan kebelakang dada...

9.Kadang-kadang terasa sakit dalam dada...dan ia
berpindah-pindah tempat...

10.Kadang-kadang terasa panas dalam dada...
atau seluruh tubuh...

Biasanya orang yang mengalami gangguan pada
dada akan serentak sekali mengalami gangguan
pada bahagian kepala...

Gejalanya :

1.Suka berkhayal...

2.Sangat pelupa...

3.Sukar menumpukan perhatian pada pelajaran...

4.Cepat mengantuk dimajlis ilmu...terutama majlis
Agama...

5.sering rasa pening...

6.Sering rasa sakit kepala...

7.Kadang-kadang...sering pitam terutamanya jika
gangguan cukup kuat...

Pihak Hospital :

1.Mengesahkan anda sihat...sedangkan anda rasa
sakit...

2.Mensyaki anda ada masalah jantung...tapi tak
dapat mengesannya...

3.Ubat tak berkesan.

Cuma ada keadaannya...dimana ada bangsa jin yang
alah pada dadah pengawet ubat...atau alah pada
bau ubat Hospital...

...maka ia akan keluar dari bahagian dada...
dan anda akan rasa lebih sihat...

...cuma dalam kebanyakan kes...rawatan Rohani
lebih sesuai untuk rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

Isnin, 28 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Tekanan Darah Tinggi (11 Tanda)...

Iaitu tekanan darah tinggi yang disebabkan
oleh gangguan jin...

Gejalanya :

1.Anda sering mengalami kerunsingan dan
tekanan perasaan yang datang tiba-tiba dan
tanpa sebab yang munasabah.

...kalau ada sebabnya pula...terlalu kecil ber-
banding dengan kerunsingan dan tekanan
perasaan yang anda rasa...
yang bagaikan dunia nak roboh...

...dari sebab kerunsingan dan tekanan
perasaan yang berlebihan dan tak terkawal
ini...tekanan darah menjadi tinggi...

...ertinya...
sekiranya kerunsingan dan tekanan perasaan
itu tidak ada...

...maka anda tak ada masalah tekanan darah
tinggi...

...atau tak seberat mana...bagi orang yang
memang ada masalah tekanan darah tinggi...

2.Tekanan darah tak menentu...
Sekejap tinggi...sekejap normal...sekejap tinggi
sikit...sekejap...' melambung tinggi '....

...seolah-olah dah kronik sangat...walaupun se-
benarnya tak sebegitu teruk...

3.Tekanan darah naik tak menentu masa...
bila-bila masa saja kalau dah naik...maka ia
naik tanpa sebarang amaran...

...terutamanya...bila tiba-tiba anda menjadi
runsing dan perasaan sangat tertekan tanpa
sebab munasabah...

...biasanya kalau tekanan darah tinggi normal
akan naik bila anda tersalah makan...

4.Ubat Hospital kurang...atau seperti langsung
tak berkesan...

5.Tekanan darah tiba-tiba naik...tapi kemudian
turun mendadak tanpa sebab...

...kadang-kadang tekanan darah tinggi anda
menyerang di rumah...
tapi tiba-tiba turun sebaik saja anda sampai di-
Hospital...

6.Kadang-kadang anda merasa sakit atau panas
pada tempat-tempat tertentu di bahagian dada
dan kepala...

...samada semasa sakit menyerang...atau anda
dalam keadaan normal ( tiada masalah )...

7.Penyakit bertambah teruk bila ia datang
apabila anda memakan 3 jenis makanan yang
menjadi pemberi tenaga pada jin dalam badan
iaitu telur ayam...

...termasuk bahan makanan yang ada campuran
telur ayam...
daging binatang 4 kaki...dan buah pisang...

8.Fikiran dan perasaan menjadi ringan semasa
dirukyah atau minum air doa yang sesuai...

9.Anda mengalami segala gejala tekanan darah
tinggi..tapi Pihak Hospital mengesahkan anda
tiada masalah tekanan darah.

10.Asal saja anda didatangi masalah tekanan
darah tinggi...
biasanya disertai oleh tekanan perasaan putus
asa ( hasutan jin )....

11.Anda mengalami gejala-gejala gangguan jin...
...iaitu apa saja gejala gangguan seperti sukar
tidur malam...mimpi buruk...sakit berpindah-
pindah tempat...panas badan tanpa sebab dan
sebagainya...

Wallohu a'lam.

Rabu, 23 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...12 Tanda Wanita Di Cintai Jin..

Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan...

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...

...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...

...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...

...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...

...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...

...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...

2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...

...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...


3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...

...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...

...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...

...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...

...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...

...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..

...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...

...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...

...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...

10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...

...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...

...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...

2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...

...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...

3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...

...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...

...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...

...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...

wallohu a'lam.

Isnin, 21 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Lapisan Aura?

Seorang rakan sedang kerasukan jin saka
silat...duduk di hadapan seorang rakan
lain yang melayannya...

Rakan pelayan itu bertanya kepadanya...
...bagaimana jin itu boleh mengetahui
samada ia dapat mengalahkan seseorang
manusia itu atau tidak...tanpa perlu ber-
tarung...

Dan rahsianya...
bagi orang yang ada amalan bersih...
iaitu menggunakan zikir atau Ayat-Ayat
Quran semata-mata...
...ada satu lapisan cahaya putih yang
menyelubungi tubuhnya...

Daripada ukuran lapisan itu...ia dapat
mengukur kekuatannya samada orang
itu dapat ditumpaskan...

Dan ia dapat mengenal orang yang lebih
'kuat'...iaitu orang yang lapisan cahaya
putihnya lebih tebal...

Dan ketika disuruh menyerang seorang
rakan lain...
...rakan yang kerasukan itu memerhati-
kannya beberapa saat...
...kemudian ia tunduk sambil menggeleng
kepala..." saya tak dapat kalahkan dia..."

...saya tak ada komen...cuma itu yang ia
beritahu...Allah lebih tahu...

Wallohu a'lam.

Khamis, 17 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Serangan Jin Sihir.

awal pagi...
Seorang rakan meminta tolong.
Ketika mencapai sebiji gelas kaca digerainya ,
tiba-tiba gelas itu meletup dan berkecai .

Masih ragu-ragu...
dia mencapai sebiji gelas lagi ,
...baru menyentuh tangkainya saja...gelas itu
juga meletup dan berkecai...

Kali ini serpihan kaca yang melayang mengenai
ibujari tangan kirinya...darah memancut...
Rakan itu membungkus luka ibujarinya dengan
kertas tisu...

Ketika sampai...
saya dapati serpihan kaca dan darah di merata
lantai dapur gerainya...
...bau hamis darah memenuhi ruang...

Air yang dibacakan Fatihah dn Ayat kursi
saya percik ke penjuru-penjuru bilik dapur...

Ketika rakan itu mencapai sebiji gelas kaca...
...tiada lagi perkara ganjil berlaku...

Tapi...
di luar sana...di bawah sinar mentari pagi...
Satu bayangan hitam tinggi berlegar-legar...
...nampaknya jin itu belum berpuas hati...

Tiba-tiba rakan itu mengaduh...
dia merasa dua tusukan pisau serentak di-
belakangnya...

Ia mula menjadi lemah...mujur
dia sempat duduk dikerusi berhampiran
meja...
kalau tidak sudah tentu ia tersungkur
ke lantai...

Dalam keadaan menelengkup di meja...
rakan itu sempat beri amaran...jin itu
akan menyerang saya...

Saya tak kisah...
saya lekapkan dua tapak tangan ke-
belakangnya...untuk menarik keluar
bisa tikaman sihir tadi...

Tiba-tiba nafasnya menjadi berat dan
besar seperti nafas lembu kepenatan...

Rupanya jin itu menyelinap masuk
melalui luka tikaman sihir...dan mula
merasuknya...

Saya bacakan fatihah , Ayat Kursi dan
3 Qul...
Sebaliknya rakan itu mula menggeram.
(seperti bunyi anjing yang sedang marah)

Sebagai orang yang kurang
berpengalaman...dan jadi 'bidan terjun'
pagi itu...
bermacam perasaan datang...

Rasa nak tentang habis-habisan pun ada...
...rasa nak cabut lari menyelamatkan diri
sendiri pun ada...

Memang 'agak seram' juga kalau kita dah
tau akan menjadi sasaran serangan jin...
...jin sihir pula tu...

Tapi saya buat keputusan tak akan
mengalah begitu saja...

sementara rakan itu sudah kerasukan
sepenuhnya...

Dia cuba menggerakkan tubuh...tapi
semua sendinya telah dapat saya kunci
dengan ayat-ayat tadi...

Dia tak sanggup bangun walau se inci
pun dari kerusi...

Tapi jin ini ada 'teknik' lain...
semua kekutannya ditumpukan pada
lengan kanan...
dengan susah payah akhirnya dia dapat
mengangkat tangannya...

Dan tapak tangannya mula dihadapkan
betul-betul ke arah muka saya...

Ketika ini...rakan itu dapat merasakan
pusaran angin kuat ( aura )pada tapak
tangannya...
dan tinggal nak di 'tembak'kan saja...

Kebetulan saya baru habis membacakan
Ayat-Ayat sihir...iaitu ayat-ayat qur'an
yang mengisahkan tentang Nabi Musa AS
menentang tukang sihir Raja Fir'aun...

Dan bila saya tepukkan ke bahu
kanannya...serta merta tangan itu jatuh
terkulai...

Jin itu juga tak dapat bertahan lagi dan
lari keluar...

Tak sampai 10 minit...rakan itu pulih
hampir sepenuhnya...

ketika di rasuk tadi...dia dapat merasakan
jin itu mengalami luka parah pada bahagian
kanan belakangnya...

Tapi nampaknya serangan itu belum tamat
lagi...atau mungkin masa itu saya memang
dah 'cedera '...
cuma bisanya belum lagi terasa...

Masuk Waktu Maghrib...
saya mula rasa sakit pada belakang bahu...
rasanya seperti bekas tikaman benda
tajam...

Ketika tidur malam...
bisanya naik...bertambah sakit...
badan rasa demam panas dan lemas...
kepala pula rasa pening dan berat...

Tak dapat tidur sepanjang malam...
saya asyik berpindah kedudukan tidur...

Sampai Subuh...
tinggal sakit bekas tikaman yang terasa...
...hinggalah matahari tegak di atas kepala
barulah sakit itu hilang sepenuhnya...

Alhamdulillah...

Pagi ini serangan itu datang lagi...
tapi dah cukup lemah...rakan itu dapat
mengatasinya sendiri...

Nota :

1.Kadang-kadang bila jin menyerang...
serangan pertama itu sangat penting...
kerana kalau kena tempat dan masanya...

...orang yang diserang itu mungkin
tumbang...atau patah semangat...

Ertinya kalau belum tewas pun...
sekurang-kurangnya seseorang itu patah
...atau lemah semangat...
dan menganggap jin itu hebat...

Maka ini akan memberi kelebihan besar
kepada jin yang menyerang...

Ingat satu perkara...
kalau anda menganggap jin itu hebat atau
kuat...
...maka aura anggapan anda itu akan
menambahkan kekuatannya dalam
menghadapi atau menyerang anda .

Iaitu jin itu menumpang dan mendapat
tenaga dari kekuatan aura anda sendiri...

Wallohu a'lam

Rabu, 16 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Tanda Dunia Mendekati Kehancuran...

...dulu...
sehari...
ada 24 jam...

...sekarang...
sehari...
ada 24 jam...

...dulu...
24 jam itu...
setiap jam berlalu...
sangat terasa...

...sekarang...
24 jam itu...
umpama bayu lalu...

...malah...
seminggu...
sebulan...
setahun...
seolah masa itu hilang...
...begitu saja...

...dulu engkau kecil...
comel...kesana kemari...
pakai baju tak ada seluar pun...
...rasa tak apa...

...sekarang...
tiba-tiba...engkau sedari...
...engkau sudah sampai...
di penghujung umur...

...bila dunia semakin menghampiri...
kehancuran yang telah dijanji...
...masa berlalu semakin pantas terasa...
itulah yang hati engkau kata...
...kerana itulah yang hati engkau rasa...

...benarlah...
hidup di dunia ini...

...hanya sekedar...
dari pagi ke petang...
...atau sejam dua...
atau umpama...
...sekelip mata...

Wallohu a'lam

Selasa, 15 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Kerunsingan (6 Tanda)...

Iaitu ada kerunsingan dan keresahan
yang punca utamanya bukan kerana
perkara atau masalah yang sedang
anda hadapi...

...tapi dari sebab gangguan...bisikan
dan hasutan jin...

Gejala-gejalanya :

1.Fikiran anda sangat runsing...
perasaan anda pula resah gelisah...
seolah-olah banyak sangat perkara
nak difikir...atau nak di buat...

...tapi anda tak tau apa perkara...
atau bendanya...

2.anda sedang atau akan menghadapi
hal-hal atau perkara yang pada
pandangan anda...
...cuma perkara mudah...kecil atau
remeh temeh...

...tapi fikiran anda sangat runsing...dan
perasaan tertekan...
dan...
anda sendiri dapat merasakan ia tak
berbaloi dengan hal atau perkaranya...

3.Sukar menenangkan diri...
...iaitu anda masih dapat berfikir atau
mempertimbangkan sesuatu secara tepat
dan rasional...

...tapi kerunsingan dan keresahan tetap
rasa mencengkam...
seolah-olah kebijaksanaan anda itu tak
ada kesan motivasi dan faedahnya...

4.kerunsingan dan keresahan yang tak
berkesudahan...

...tak kira apa pun yang anda buat...malah
anda sedang ria bersama keluarga atau
teman-teman contohnya...

...kerunsingan dan keresahan tetap anda
terasa...
atau sekurang-kurangnya anda lupa
untuk sementara...

...tapi kemudiannya akan terasa semula...

5.Tiba-tiba fikiran menjadi runsing...
dan perasaan jadi resah gelisah...
...tanpa sebab...

6.Kalau anda dirukyah...
...atau minum air doa...iaitu anda
mendapat kaedah rawatan yang sesuai...
kerunsingan dan kegelisahan hilang serta
merta...

...bererti...
semua kerunsingan dan kegelisahan yang
hilang itu adalah dari sebab gangguan jin.

...kalau hanya sebahagian hilang...
maka bahagian yang hilang itu adalah dari
sebab gangguan jin...

...bagaimanapun anda perlu ambil
perhatian...bahawa jarang sekali ia akan
hilang begitu saja...

...biasanya...ketenangan itu hanya
sementara...dan bila jin yang lari itu datang
semula kepada anda...
maka anda akan merasakannya semula...

...ia boleh dirawat...tapi perlu berterusan
dan sebaiknyanya anda sendiri juga ber-
amal dengan amalan pembenteng jin dari
amalan doa dan ayat Qu'ran.

...kalau dirawat juga menggunakan jin...
asal saja jin perawat dan yang mengganggu
itu berperang...
maka anda akan rasa lebih tak tentu arah
tanpa sebab...
malah anda mungkin mengamuk...atau
rasa 'jadi gila'...

...penting sekali anda berpantang sementara
makan telur ayam...atau bahan yang ada
campuran telur ayam...daging binatang
empat kaki...juga pisang...

...kerana jenis makanan ini akan memberi
tenaga dan kekuatan kepada jin dalam
badan...

...kalau anda rasa sihat...anda boleh makan...
cuma kalau ada kesannya seperti gangguan
datang atau bertambah kuat...
maka sebaiknya anda berpantang sementara...

Wallohu a'lam.

Khamis, 10 Disember 2009

10 Antara Jalan ke Neraka...

1.meninggalkan solat wajib.

2.minum arak.

3.berzina.

4.Derhaka kepada ibu bapa.

5.Berbuat fitnah.

6.Suami dan ibu bapa yang dayus.

7.Mendapat dan memakan harta haram.

8.Berbohong ( berdusta ).

9.Ilmu sihir.

10.Dengki dan khianat.

Wallohu a'lam.

Rabu, 9 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Rasa Marah (7 Tanda)...

Iaitu perasaan marah dari sebab
gangguan jin...

Gejala :

1.Anda merasa marah...
tapi anda sendiri tak tahu...
kenapa anda merasa marah...

2.Anda tahu sesuatu itu hanya
perkara kecil...
tapi anda merasa sangat marah...

...dan biasanya anda tahu...
anda tak sepatutnya begitu marah...

3.Sukar mengawal perasaan marah...
kerana perasaan marah biasanya me-
lonjak tiba-tiba...

4.Perasaan marah lambat reda...
malah biasanya menjadi dendam...
...walaupun dalam perkara kecil...

5.Tiba-tiba anda merasa marah...
atau benci kepada seseorang...dan...
anda sendiri tau...tak ada sebabnya...

6.Kalau perasaan marah tak di-
lempiaskan...maka menyebabkan sakit
dada...atau sakit kepala...atau seluruh
badan...

7.Kadang-kadang perasaan marah itu
bermula dari sebab resah...bosan...
risau yang tak ada sebab munasabah...
atau anda tak tau sebabnya...

...dan sila rujuk kepada gejala gangguan
pada kepala dan dada...rohani dan secara
fizikal...

Wallohu a'lam

Selasa, 8 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Pandangan Mata Hati...

Pernahkah anda...
...di tengah pekan...
tiba-tiba anda tergerak hati menoleh kesatu
arah...tanpa sebab...
dan anda dapati seseorang cepat-cepat ber-
paling ke arah lain...

...ertinya sebelumnya ia sedang melihat atau
merenung anda tanpa anda sedari...

...itu namanya pandangan matahati...
iaitu mata kepala anda tak nampak...tapi mata
hati anda nampak...

...dan pernahkah anda...
berjalan di waktu malam...
tiba-tiba tanpa sebab...atau niat...
anda berpaling menoleh ke satu arah...
...dan menumpukan perhatian...sedangkan
anda tak melihat sesuatu pun di sana...

...99 peratus kemungkinan...
sebenarnya ada sesuatu berdiri di sana...
yang tak terlihat oleh mata kepala...tapi dapat
dikesan (dilihat) oleh mata hati...

...iaitu pandangan mata hati adalah suatu
gerak hati spontan tanpa alasan...tanpa sebab...

...sedangkan kalau sebelumnya anda sudah
fikir-fikir...sangka-sangka atau takut-takut...
maka walaupun ia boleh jadi pandangan mata
hati...tapi...
biasanya ia lebih kepada permainan perasaan...

Beberapa orang rakan...
berjalan malam pada satu jalan yang di kanan
kirinya belukar...

...salah seorang rakan melihat bayang-bayang
hitam bersimpang siur menyeberang jalan...

...seorang rakan lain...yang tidak nampak jin...
tiba-tiba bercakap besar...
kononnya dia tak takut apa-apa pun...

...bayang-bayang hitam yang tadinya lalu
lalang dengan arah masing-masing...
...tiba-tiba mula mengelilingi rakan yang ber-
cakap besar tadi...

...ketika itu juga...rakan itu merasa takut...
dan diam...sepanjang jalan...

...ertinya...
walaupun ia tak nampak jin dengan mata
kepala...tapi...mata hatinya nampak...
...kerana itu hatinya merasa takut...

...semua orang ada pandangan mata hati...
cuma kekuatan dan kepekaannya berbeza...

...bergantung kepada kepercayaan...
keyakinan...sikap...pengetahuan...dan
keadaan sekeliling...samada membantu...
atau membantutkan ketajaman pandangan
mata hatinya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 4 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Bola Aura Jin...

Seorang rakan...
berkata kepada jin yang merasuk seorang
wanita...

..."keluar kau dari badan perempuan ini...
kalau tidak saya tembak kau guna aura..."

..."Aura apa..." tanya jin yang merasuk...

..."Aura Dragon Ball...",

..."Bodoh!...bukan Aura Dragon Ball...
Aura Ayat Qur'an..."

Tu lah kawan tu...melawak tak kena
tempat...
...kan dah kena seranah 'Ustaz Jin'...

Tak cukup...
tiba-tiba seorang lagi rakan menyampuk
dari belakang...

"...saya tembak kau guna pancaran
Ultraman..."

"...Ultraman...? ulang 'jin' itu serius...
sambil merenung tajam...

...tiba-tiba tanpa sebarang amaran...
dengan pantas ia melontar sesuatu...
...tapi sempat di elakkan oleh rakan yang
menyampuk tadi...

...dan rakan yang duduk di belakangnya
yang jadi mangsa...

..."aduh!" sesuatu benda yang tak kelihatan
tapi panas mengenai mukanya...

...untuk beberapa minit...mukanya terasa panas...
tapi tak perlu dirawat...
kerana dia tahu merawat diri sendiri..

Wallohu a'lam

Khamis, 3 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Bola Aura...

Yang saya tahu...Bola Aura itu boleh dibuat
dengan gabungan antara pernafasan dan
ma'rifat ( membayangkan )...

...ia boleh dibuat di hujung jari...tapak tangan...
antara dua tapak tangan...dan sebagainya...

...Jam 1 pagi...
di hadapan rumah...seseorang bersama
rakannya...

...seseorang itu membaca Suroh Fatihah...
dan membuat Bola Aura berwarna putih
sebesar buah kelapa muda di atas tapak
tangan kanannya...

...kemudian bola itu di lancarkan ke
kawasan sebelah kiri rumah...tapi Bola
Aura Putih itu mengubah hala...

...pusing ke kawasan belakang rumah dan
terus menjunam laju ke satu kawasan
belukar...yang terletak di kawasan sebelah
kanan rumah...

...tak semena-mena...
satu lembaga hitam melompat keluar dari
belukar itu...
dan dengan pantas melarikan diri...

...Bola Aura Putih tadi terus membelok
dan mengejar lembaga hitam....

...hampir setengah minit...
lembaga hitam itu masih berlari seperti
terbang lajunya...
di ekori Bola Aura Putih yang masih
mengejarnya dari belakang...

...seseorang tadi membaca Ayat Kursi...
dan membuat sebiji lagi Bola Aura...
kali ini warnanya kemerah-merahan...

...dan ia melancarkan lagi Bola Aura
Merah itu...

...kali ini Bola Aura Merah itu datang dari
depan...
dan lembaga hitam itu tak sempat
mengelak lagi....

...kedua-dua Bola Aura itu serentak
melanggar tubuh lembaga hitam...
...dan satu letupan api berlaku...

...sebaik saja api letupan itu padam...
tiba-tiba lembaga hitam itu
memunculkan diri...

...mencebik bibir...dan memalingkan
muka...gaya orang menyombong...
...lalu menghilangkan diri...

...Sebenarnya kekuatan bola aura itu
bergantung kepada kualiti niat...
amalan dan latihan seseorang...

...sedangkan kehebatan sebenar
Suroh Fatihah dan Ayat Kursi itu jauh
lebih hebat daripada sekedar sebiji
Bola Aura...

Nota :

1.Biasanya Bola Aura hanya dapat di
lihat oleh Jin...

atau...
...manusia yang memandang sesuatu
dengan pandangan mata jin...(ada jin
dalam badan...
atau sekurang-kurangnya pada mata )...

Wallohu a'lam

Selasa, 1 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Si Dia Dari Alam Jin...

Ketika terjaga di tengah malam...
...ada sesuatu yang ganjil...lampu telah saya
padamkan sebelum tidur...
...tapi keadaan bilik terang benderang seperti
siang...

Ketika saya cuba bergerak...seluruh tubuh
terkunci...

Seketika...
tiba-tiba dari bahagian dinding bilik (...ada
jendela...) muncul seorang perempuan muda
berpakaian serba putih...
...melangkah masuk...terus ke arah saya...

...semakin hampir...dan saya tak dapat berbuat
apa-apa selain memerhati...

...perempuan muda itu duduk di samping...dan
perlahan-lahan baring...bersandar dibahu kiri...

...nampaknya dia sangat bahagia...
senyuman dan jelingan manjanya membuatkan
saya rasa suasana sangat romantik...
...kalaulah dia itu bukan 'pontianak'...

...saya mula membaca Suroh Fatihah...
dan dia terus senyum dan menjeling manja...
...kemudian 5 Ayat awal Al Baqoroh...

...senyumnya mula hilang...renungannya menjadi
sangat tajam seperti marah...
seolah-olah menyuruh saya menghentikan bacaan...

...kemudian saya sambung dengan Ayat Kursi...
dengan penuh kemarahan...perempuan muda
itu mencubit pipi saya sekuat hati...

...tapi cara cubitnya lain 'fesyen'...
jari telunjuknya masuk ke dalam mulut...
kemudian ia memicit dari luar menggunakan
ibu jari...

...boleh tahan juga sakitnya...
tapi saya teruskan juga membaca Ayat Kursi...

...dari dinding tempat ia muncul tadi...tiba-tiba
datang kegelapan...
semakin menghampiri dan mula 'menelan'
perempuan muda itu...

...dari hujung jari kaki...ke lutut...ke pinggang...
dada...leher...
...dan perempuan muda itu hilang ditelan
kegelapan...

...suasana bilik kembali normal dalam cahaya
lampu dari luar yang suram...

...ini kali pertama 'si dia' menampakkan diri...
iaitu di alam antara tidur dan jaga...

...sebelumnya cuma komen kawan dan saudara
mara...biasanya di waktu siang...terutama
di sebelah petang...

...ketika saya turun dari kereta...dah beberapa
kali orang bertanya..."mana kawan kamu tadi tu?..."

..."kawan mana?..."..."perempuan yang bertudung
merah tu...duduk sebelah kamu..." padahal saya
cuma seorang diri...

Nota :

1.Cinta dengan jin ada 2 jenis...iaitu sehala dan dua
hala...

...dua hala maksudnya...suka sama suka...
samada jinnya muncul di depan mata iaitu nampak...
atau tak nampak ( di alam nyata )...
antara dua alam atau dalam mimpi...

...iaitu bergantung kepada kekuatan gangguan dan
pendinding diri seseorang...
...terutama sekiranya sudah melakukan hubungan
jenis samada di alam nyata...antara dua alam...
atau dalam mimpi...
...tambah-tambah lagi kalau dah dapat anak di
alam jin...

...sehala biasanya jin yang cinta...tapi manusia tak
cinta...malah dalam kes saya...tak tau pun...
...dan dah nampak pun...tak juga cinta...pun belum
faham kena cinta jin...

...bagaimanapun kesannya...ada persamaan...
iaitu rasukan perasaan...seperti gembira...sedih...
takut...rindu...dan sebagainya tanpa sebab
munasabah...

...dan penghujungnya...
tujuannya sama...agar manusia itu jadi gila...
kerana bila dah 'senget'...seseorang itu akan
kurang kemampuan melawan atau merawat
diri...

...dan kalau jadi kahwin...akan ada kesannya
pada rumahtangga...Insya Allah mungkin saya
dapat mengongsi maklumatnya dengan anda...

Wallohu a'lam