Khamis, 14 Jun 2012

Dunia Misteri...Keluarga Jin Islam?

Sebelum keluar ke pekan FZ memberitahu ibubapanya
bahawa isteri serta keluarganya akan datang ke rumah
mereka...

Ibu bapa FZ merasa pelik...kerana setahu mereka....
anak lelaki mereka itu belum pernah berkahwin.

Namun kemudian....benar-benar datang sekeluarga
seorang ibu..bapa dan seorang perempuan muda ber-
baju kurung dan bertudung...dan ketika itu FZ masih
belum pulang dari pekan...

Ibu bapa FZ merasa suatu keanehan...keluarga ter-
sebut tidak banyak bercakap...malah naik rumah dan
terus saja masuk ke dalam bilik FZ...kemudian senyap.

Ketika ibu FZ menjenguk ke dalam bilik...ibu bapa
perempuan tadi ternyata tidak ada di situ....namun
ia menyaksikan suatu pemandangan yang agak 'meng-
erikan'...perempuan muda itu sedang duduk di atas
kelambu...

Jeritan ibu FZ mengejut semua orang hingga ke jiran
mereka...dan ketika mereka menyerbu masuk ke-
bilik....ternyata perempuan muda itu juga tiada lagi
di situ...

Sebenarnya dari awal lagi mereka mendapati suatu ke-
anehan pada keluarga tadi...iaitu apabila mereka ber-
jalan...kaki mereka sentiasa lurus...seolah-olah tiada
lutut...

Saya masih ingat pada satu rancangan Seekers...se-
orang peserta perempuan telah berjaya diam pada
satu tempat pada masa yang telah ditetapkan...dan
ia kelihatan ceria dan sihat sahaja ketika ditemuram-
ah...namun apabila ia membelakangi kamera untuk
pulang...saya juga dapat merasakan suatu keanehan
pada cara berjalannya...

Ternyata apabila petugas seekers mengejarnya...mata
perempuan tersebut dalam keadaan terbeliak...dan
ia dalam keadaan dirasuk...

Apabila saya cuba ingatkan kembali apa yang anah-
nya cara ia berjalan...saya yakin...cara melangkahnya
seperti apa yang pernah ibu bapa FZ saksikan...
iaitu langkah kaki tak berlutut...

Sekarang FZ terus tinggal di pondok kebun bapanya
seorang diri...ia sentiasa mengasingkan diri dari ke-
luarganya juga orang lain...

Saya sudah lama mengenali FZ...dan saya tahu sudah
beberapa kali ia berminat dengan anak dara orang
tapi ada-ada saja halangannya maka hubungan mereka
putus begitu saja...

Dan ia pernah menceritakan kepada saya...ketika ia
sudah bertekad untuk mengambil seorang gadis sebagai
isterinya...ia mengalami mimpi buruk diserang puluhan
lembaga hitam 'penjaga'  gadis tadi yang memberi ama-
ran agar mebatalkan niatnya atau akan diserang semula.

Akhirnya...hubungan mereka juga putus begitu saja....

FZ juga dari dulu....sering bertukar tempat kerja...ia mu-
dah bosan...dan akhirnya ia menjauhkan diri dari orang
ramai...

Dari gejalanya...saya yakin ia sudah lama didampingi
jin betina tersebut...hingga akhirnya jin tersebut mampu
menjelma diri seperti manusia biasa di siang hari...

Samada jin tersebut berniat baik...atau buruk...namun
kesannya pada FZ...ia tak dapat hidup sebagaimana
orang biasa yang berkeluarga dan bermasyarakat....
malah keluarganya sendiri...menganggap ia gila...

Wallohu a'lam




4 ulasan:

  1. ....dibandingkan dengan jasad kasar
    kita...jin hebat...tapi dibandingkan
    dengan kekuatan sebenar roh kita...
    jin sangat tak hebat..

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  2. boleh terangkan serba sedikit mengenai manusia yg bergenetik jin?

    BalasPadam
  3. Saya minta maaf soma liyah...

    Saya kurang tahu mengenainya...tapi
    biasanya yang disebut dan banyak di-
    dapati adalah anak yang jadi dari
    turutnya jin semasa hubungan badan
    manusia...maka yang paling ketaranya
    anak itu boleh dapat saka dari jin
    tadi...atau perangainya ada pengaruh
    gangguan jin...

    Kemudian yang disebut bunian kononnya
    hasil perkahwinan antara jin dan
    manusia...juga Puteri Balqis pada
    zaman Nabi Sulaiman as...(wallohu
    a'lam)...

    Cuma pada pendapat saya...kalau ujud-
    nya manusia...ia manusia...kalau
    ujudnya macam jin (tidak dapat dilihat
    dengan mata)...maka ia jin...

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam