Isnin, 11 Jun 2012

KHADAM PENDEKAR...PUTERI JIN ISLAM ?

Saya pernah merasakan 'kehebatannya'...terasa ada suatu
tenaga meresap dari kaki naik ke seluruh tubuh...

Hati terasa menjadi sangat yakin...tubuh rasa ringan dan
bertenaga...

Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku...tapi hati saya
marasakan ia adalah suatu tenaga dan kekuatan yang ber-
asal dari luar diri....

Ketika saya mula mengamalkan Ayat Manzil...ternyata
ianya tidak terjejas...hinggalah apabila saya mengambil
ijazah amalan Pusat Rawatan Iman Theraphy...dan
terus mengamalkan Manzil...

Setiap kali beramal pagi petang...saya merasakan bahagian
pinggang dan seluruh kaki panas membahang...dan ketika
itu saya tidak tahu puncanya...

Suatu ketika seorang rakan seperguruan menegur...katanya
ia 'nampak' makhluk-makhluk seperti 'lalat' memenuhi
seluruh bahagian kaki saya hingga ke pinggang...

Saya percaya dengan cakapnya kerana saya tidak pernah
memberitahunya apa yang saya rasakan tersebut...

"Cuba tengok...saya 'tembak' dorang guna bola aura..."
tapi tiba-tiba rakan itu ketawa kecil..."semuanya sudah
cabut lari..." rupanya benda itu benda hidup dan faham
dengan apa yang sedang berlaku...

Kalau ikutkan petuanya...jin yang menyerupa sebesar
lalat dalam badan...maka ia biasanya adalah jin ilmu...
maka bererti...ia adalah jin ilmu pendekar yang berjumlah
ratusan atau mungkin ribuan ekor...

Patutlah kawan yang kena sepakan ringan saya mengadu
kesakitan walaupun ia sendiri mengakui sepatutnya se-
pakan saya itu perlahan saja...

Saya tidak pernah menuntut sebarang ilmu di mana-
mana...dan saya sendiri tidak tahu asal usulnya makhluk-
makhluk tersebut...dan kenapa ia begitu banyak...

Ia masih mengambil masa beberapa bulan sehinggalah
bahang panas kaki kepinggang itu tidak lagi terasa...

JIN ILMU KEBAL ISLAM ?

Saya beli talipinggang kebal itu dari seorang penjual
keris...katanya ia ditulis dengan ayat-ayat Qur'an...

Maharnya Rm 80...dan cara terima dengan berkait jari
kelingking penjual tadi serta mengucapkan Bismillah
...shahadat...serta berapa ayat zikir lazim yang lain.

Ternyata ianya 'hebat'...apabila saya tinggalkan ia da-
lam bilik yang tertutup dan berkunci...kemudian saya
tinggalkan...orang dari luar akan nampak bilik itu
terang seperti siang dan ada benda berjalan di dalamnya.

Iaitu ia bukan hanya untuk tujuan kebal...tapi juga ber-
guna untuk menjadi penjaga harta...

Bertahun saya menyimpannya tanpa sebarang masalah
hinggalah saya mula mengamalkan Ayat Manzil...
setiap masuk waktu Maghrib tubuh saya akan terasa
panas membahang...dan ia berlanjutan hampir sebulan
apabila keadaan manjadi normal...

Dari seorang ustaz saya yakin tangkal itu puncanya...
iaitu jin tangkal itu mula meresap dan cuba menjadi se-
bati dengan tubuh saya...kerana itulah yang akan mem-
buat tubuh saya kebal...iaitu jin itu yang sebenarnya
kebal dengan izin Tuhan( ...tapi wallohu a'lam...saya
tidak pernah 'mencubanya'...malah saya tak yakin
langsung dengan tangkal tersebut...saja-saja ikut kawan
...namun setakat tak yakin atau tak percaya...rasa itu
tak akan manjadi pendinding dari gangguan...)

Saya ambil dan buka tangkal tersebut...tiada ayat Qur'an
seperti dakwaan penjual tersebut...yang ada hanyalah
huruf-huruf seperti cacing kerawit tunggang terbalik...

Tangkal itu saya buang ke air deras Sungai Liwagu...dan
untuk dua petang...saya merasa kesan cubaan serangan
khadam tersebut...

Saya dapat merasakan ia marah kerana dibuang setelah
sekian lama mendamping dan 'berkhidmat'...

PUTERI JIN ISLAM ?

Beberapa orang saudara mara juga rakan pernah melihat-
nya...dari jauh...ia seorang perempuan bertudung dan ber-
pakaian serba merah duduk di tempat duduk sebelah
pemandu...

Kemudian akan bertanya...mana perempuan bertudung
merah tadi...malah seorang rakan menceritakan pada
rakannya...ia nampak saya memandu ke arah Kundasang
bersama seorang anak dara orang yang ia tidak kenali...
juga berpakaian serba merah...

Saya pula tidak menyedari sebarang kehadiran makhluk
lain dalam kereta...

Jam 8 malam...ketika seorang saudara masuk rumah...
ia terus saja ke dapur tanpa menegur saya lagi sebagai-
mana biasanya...dan lepas mkan...ia terus keluar...

Kemudian saya tahu ceritanya..ia nampak seorang pere-
mpuan muda berpakaian serba putih...panjang rambut
sedang menyandar manja dibahu saya...malah ruang
tamu dipenuhi oleh lelaki perempuan yang tidak di-
kenalinya...dan ia ketika itu tidak tahu...sebenarnya
hanya saya dan seorang anak buah saja berada di situ.

..dan saya juga tidak menyedari tentang adanya makhluk-
makhluk tersebut...

Kemudian ia pernah melihat perempuan muda tersebut
semasa berjalan kaki pulang dari surau...

Perempuan muda itu sedang duduk di tepi jalan dan me-
renung ke arah bilik saya yang ketika itu kosong kerana
saya tidur ditempat lain...

Saya cuma sekali melihatnya dalam keadaan antara tidur
dan jaga...seorang perempuan muda bermata bundar...
berpakaian serba putih yang datang menembusi dinding
dan ia hilang apa bila saya baca Fatihah...5 ayat awal
Al Baqoroh dan Ayat Kursi...

Suatu malam...jam 2 pagi saya bangun dan melangkah ke-
bilik air untuk mengambil wuduk...dan ketika sampai di-
ruang tengah...saya dapat merasakan ruang itu dipenuhi
ramai 'orang'...dan saya dapat merasakan ada seorang
perempuan muda cuba menarik tangan saya sambil mera-
yu-rayu agar saya membatalkan saja niat tadi...

Setelah mengambil wuduk...perasaan saya mengatakan...
ruang tadi dah kosong...tiada 'sesiapa' lagi berada di situ.

Banyak perkara yang saya lalui tanpa saya fahami...tapi
saya terus saja menjaga amalan...tanpa menyedari...ia
juga senjata dan  kekuatan menghadapi gangguan tersebut.

Setelah meneliti semula pengalaman-pengalaman tersebut
saya dapati ada beberapa perkara yang ketika itu jauh
dari pengetahuan saya...

Utama  sekali...selama didampingi 'perempuan muda'
tersebut...saya sentiasa merasakan kelebihannya...
iaitu tentang lapisan 'aura' jin pada bahagian muka.

Aura ini 'faedahnya'...apabila seseorang memandang anda
ia akan merasakan samada suatu daya tarikan...atau timbul
rasa simpati...maka ke mana-mana...anda tak perlu risau
akan kejahatan orang lain...malah mungkin orang lain akan
merasa segan kepada anda...

Bagi saya lapisan aura jin ini sama saja seperti aura jin
para pengamal sihir penarik atau pelembut hati...cuma
bezanya...benda ini datang sendiri dan bukan dicari...

Apabila saya mula mengamalkan Ayat Manzil...aura ter-
sebut mula 'terbakar'...

Air muka saya mula menjadi gelap...dan saya merasa
ada bahang panas pada kulit muka...seolah-olah saya
sedang menghadap unggun api...

Olah kerana angin bisa itu juga sudah masuk ke bahagian
dada...maka apa juga jin tersebut rasa...seperti rasa tak
puas hati....marah...sedih...malah ketika pada puncaknya
dalam perasaan saya terbayang seorang muda meraung-
raung kerana sangat sedih sambil berguling-guling atas
tanah...saya dapati...itulah perasaan yang saya tanggung
dan memang cukup berat hingga rasanya kalau Tuhan
tak bagi cukup kekuatan ketika itu...pasti ia akan mem-
bawa kepada 'gila'...apa lagi saya masih tak faham...apa
sebenarnya yang saya alami...

Begitulah kesedihan jin tersebut kerana tidak mahu ter-
pisah dari saya...dan ada buktinya..ia akan menghalang
siapa juga perempuan dari kalangan manusia mengganti
tempatnya atau berkongsi saya dengannya...

Maka saya mudah faham apabila membaca suatu cerita
bagaimana jin hutan (yang dikatakan puteri ) 'menyela-
matkan' lelaki yang dicintainya dari diambil semula
oleh keluarganya (ia suami orang)...iaitu dengan meman-
ggilnya masuk lebih jauh kedalam hutan hingga ia men-
jadi sasaran binatang buas...

Dengan izin Tuhan...setakat yang saya faham...pada
ketika ini...ia sudah putus hubungan dengan saya kerana
ia sudah berpindah kepada orang lain...

Salah satu hikmahnya dari pengalaman ini...saya guna-
kan ia dalam ilmu 'scan' mudah tenaga dalam...iaitu
kalau seseorang itu merasa ada bahang panas pada
bahagian kulit mukanya...maka ia ada aura daya tarik
jin...(ada angin bisa jin).

Anda tak semestinya mengamalkan sihir...tapi ia ada-
lah satu cara jin saka atau jin yang memilih untuk
mendampingi anda...agar anda tidak diganggu oleh
orang lain...iaitu salah satu caranya jin itu menjaga
anda...

Bukan hanya kesan buruk suatu masa nanti...tapi le-
bih berat...ia merosakkan akidah...iaitu kita mengharap
kepada perlindungan kekuasaan ghaib selain daripada
Tuhan...malah baru saja minta jaga malaikat pun...dan
jatuh syirik...

Dalam satu buku sejarah ada diceritakan...apabila Nabi
Zakaria as yang bersembunyi dalam pokok mula
sampai gergaji pada bahagian kepalanya...maka ia
terpanggil...bermaksud...ah Jibril...iaitu dikatakan se-
patutnya ia terus memohon pada Tuhan dan tidak
perlu  Malaikat Jibril as...

Maka datanglah Malaikat Jibril as dengan membawa
amaran dari Tuhan...bermaksud...seandainya sekali
lagi engkau bersuara...maka nama engkau akan di-
padam dari senarai nama para Rasul...dan engkau
akan dihumban ke neraka...

Maka dikatakan...tiga batang jari Nabi Zakaria as ter-
putus apabila digigitnya sendiri untuk menahan diri
dan kesakitan hingga akhirnya ia wafat digergaji
hingga terbelah dua...

( Segala sesuatu itu sentiasa dalam genggaman keku-
asaan Tuhan semata-mata...apa yang dikehendakiNYA
pasti akan terjadi..dan apa yang tidak dikehendakiNYA
pasti tak akan terjadi... )

Wallohu a'lam






13 ulasan:

  1. salam saudara junied..saya cuma ingin tahu...ayat manzil yang paling muktabar yang mana satu..yang dimasukkan surah al baqarah ayat 102 ke atau ayat manzil yg tidak dimasukkan surah tersebut.minta pencerahan....saya budak baru belajar

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth naruto...

    Setakat yang saya tahu dari hadisnya...tiada
    ayat 102 Al Baqoroh...namun tiada halangan
    untuk menambahnya sebagai amalan malah
    Insya Allah lebih baik lagi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. baik untuk tatapan....keajaiban

    BalasPadam
  4. Salam saudara...

    Terima kasih atas ulasannya...

    BalasPadam
  5. Agak seram dan ngeri pengalaman saudara..

    Pasal jin ilmu, sy mau minta pndapat saudara, ibu sy pandai mengurut, bila sy tanya sejak bila pandai, dia kata masa muda remaja dulu xpandai tp dia kata smkin lama, smkin blh urut org. Ibu kata jg dia tau mgurut bukannya dri tunjuk ajr org tp pandai sndiri.

    Ibu sy jg pernah brmimpi ubat ubatan herba. Pernah skali bapa sy kena sihir dn ada anggota bdn membengkak, suda ramai yg cuba mgubati bapa sy tp xmnjadi. ibu sy trmimpi ubat dri sjnis daun pokok, dan bila diubatknn, bengkak sembuh.

    Ibu sy selalu mgadu, badan dia selalu rasa panas spt dicili. Kdg2 sakit bdn brpindah2, rsa spt dicucuk jarum dbadan. Selalu nampak makhluk hlus brmata satu n sbgainya. Ibu jg slalu brmimpi mnyusukn ank.

    Klu baca dari blog saudara, gangguan sbegitu ialah dari saka tp sy xpasti klu jin ilmu atau apa. Sy pernah mgajak ibu brubat, tp dia slalu menolak dn mbri byk alasan...

    BalasPadam
  6. As salam Syera...

    Ia jin ilmu...cuma persoalannya dari mana jin tersebut
    datang...boleh jadi dari keturunan..atau tangkal-tangkal...
    jin buangan atau kehilangan tuan...atau mungkin sese-
    rang lain sengaja pindahkan dan sebagainya...Wallohu
    a'lam...

    Sebaiknya ibu Syera itu berubat...kerana sudah ada
    tanda angin bisa jin itu sudah mula meracuni tubuh...
    maka jadi penyakit atau gangguan...dan jin itu sudah
    jadi saka kepadanya...

    Kalau angin bisanya sudah semakin lama dan padat
    maka semakin kuat kesannya...dan perlu lebih banyak
    usaha untuk rawatannya...

    Usahakanlah pujuk ibu..mungkin kalau ia faham keadaan-
    nya juga kesan masa akan datang...mudah-mudahan
    terbuka hatinya...yang penting...pujuk cara lembut...
    dan berhikmah...

    Insha Allah Syera ya...

    BalasPadam
  7. Terima kasih bnyk2 saudara Junied... smoga Allah mberkati saudara. Slmt berpuasa esok, slmt beribadah.

    BalasPadam
  8. Amiin...Sama-sama Syera...semoga perkongsian
    ini memberi manafaat kepada kita semua...

    Selamat menyambut bulan puasa...semoga segala
    amal ibadah kita diterima Tuhan...terima kasih...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. makhluk halus memang wujud cuma sebagai manusia kita tidak harus terlalu memikirkannya kerana boleh mempengaruhi kehidupan dan pemikiran...cukup la sekadar pengetahuan kita saja..mereka pun tak sanggup nak hidup dalam kehidupan kita...bgitu la kita sebagai manusia...jgn la terpedaya dgn tipu daya kelebihan mereka..makhluk yang beriman tidak menganggu kehidupan manusia lain,semua dtgnya dari Allah s.w.t, Allah s.w.t jadikan pelbagai kehidupan dgn pelbagai jenis dan mempunyai cara masing2..setiap kejadian pasti ada kelebihan dan kekurangan masing2...kagumi la kelebihan makhluk lain krn untuk mengikhlaskan hati kerana Allah s.w.t..walauapapun manusia adalah makhluk yang sgt istimewa yg Allah s.w.t jdkan...lihat bagaimana Allah s.w.t memerintah para malaikat untuk tunduk menghormati kepada Nabi Adam a.s..kita mencari sesuatu yang hebat untuk memenuhi keinginan yang kita sendiri x pasti. sedangkan kita mempunyai pilihan dalam kehidupan.terserahlah dgn cara bagaimana kita nak mengorak langkah.tiada apa yang lebih hebat melainkan memelihara solat sekaligus menyempurnakan rukun islam yang telah diperintahkan dan menjaga hubungan sesama insan..sebelum tiba hari kita bertemu dengan-Nya..tarik nafas dalam-dalam...Alhamdulillah kita masih diberi kehidupan sehingga kini..belajarlah untuk menghargai kehidupan kita sbg manusia...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah malconstrukt...

    Terima kasih atas perkongsiannya...semoga dapat
    jadi renungan pada kita dan rakan-rakan pembaca
    di mana-mana juga...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  11. asalamualaikum...
    saya ingin berkongsikan dgn saudara tntg diri sy... dalam 2bulan lepas sy kena santau sgt teruk oleh orang iban... selepas sy dapat rawatan islam... badan sy dimasuki oleh kuasa yg xnampak.... pada mulanya sy hnya nampak byangan seorang perempuan tua berkebaya hitam dan rambut bersanggul... benda itu masuk dalam badan dan cuba mengubati diri saya.... pada mulanya di soal oleh pengamal perubatan dia merupakan seekor kerbau yg dijadikan sbg penjaga kwasan pd zaman dahulu dan kini berubah menjadi jelmaan lain... malah ia masuk dalam bdn sy kerana sya sentiasa berzikir mengingati allah... benda itu juga pandai berzikir dan menggunakan doa2 yg elok serta ayat al quran... malah ada satu ketika sy menolong adik beradik yg sakit dan perubatan itu mengandungi zikir dan ayat2 al quran yg sgt indah dan merdu apabila dialunkan.... baru2 nie sy dpt byangan bhwa benda itu mgaku dia jin islam dan bernama balqis serta memakai pakaian jubah putih... jd sy nk minta penjelasan en. tentang perkara ini....

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth saudara...

    1. Kuasa tidak nampak itu adalah jin...dan
    perempuan tua berkebaya hitam itu mungkin
    jelmaan...dan nyata ia adalah jin perubatan.

    2. Kerbau itu maksudnya...samada ia jelmaan
    daripada jin yang berbentuk kerbau...atau
    pernah berlaku kerbau dijadikan persembahan
    untuk memanggil jin tersebut...

    Kalau ia jin kerbau dan berubah...ia mungkin
    saja bererti rupanya dulu memang 'macam
    kerbau'...tapi setelah ia mendampingi sese-
    orang manusia maka ia dapat meniru rupa
    tuannya tersebut yang mungkinnya seorang
    perempuan tua seperti bayangan tersebut...

    Kini tuannya sudah tiada....maka ia cari
    tuan atau rumah baharu...

    3. Dalam kalangan jin...antara kebiasaannya
    kalau berpakaian hitam...bererti ia jin yang
    ada ilmu (sihir)...dan jenis jin inilah yang
    biasa mendampingi manusia...

    4. Walaupun ia tahu membaca Qur'an...tapi
    tidak semestinya ia baik...kerana yang di-
    sebut dalam hadis terkenal...jin-jin sebegitu
    hanya alah terutamanya pada Ayat Kursi...

    5. Kalau ia jin Islam sebenar...maka jin fasik
    kerana apabila seseorang meminta bantuan
    kepadanya melalui saudara...maka orang itu
    jatuh syirik kerana minta bantu jin...

    Dan secara semula jadi...tubuh kita ini Tuhan
    ciptakan khusus untuk alat bagi roh kita hidup
    di alam dunia sementara ini...

    Setiap benda asing termasuk jin yang turut
    masuk badan bererti ia penceroboh dan meng-
    ingkari tujuan asal tubuh kita ini diciptakan.

    Jin itu ada tubuh dan dunianya sendiri...maka
    apabila ia masuk badan manusia...maka jin itu
    telah berbuat fasik...dan segala penguasaan-
    nya ke atas diri saudara maka jadi satu peng-
    aniayaan terhadap seorang manusia...dan
    dosa kepadanya...

    6. Kemungkinan besar yang mengaku Balqis
    tersebut masih jin perempuan tua berkenaan
    kerana biasanya ia mempergunakan ayat
    Quran...dan pakar buat cerita atau psikologi
    adalah jin tua...

    BalasPadam
  13. 6. Dan seperkara perlu kita ingat...bahawa
    pendampingan dan masuknya jin dalam
    badan bererti jin itu buat laluan masuk
    serta penempatan dalam badan dengan
    angin bisanya...

    Angin bisanya ini adalah racun bagi tubuh
    kita dan akan memudaratkan dengan izin
    Tuhan samada jin tersebut 'berniat jahat'
    atau 'baik'...

    Kesan biasanya pada jangkamasa panjang
    boleh menyebabkan gangguan atau sebarang
    ketidakselesaan atau malah penyakit-penyakit
    misteri...

    Ia juga akan menyebabkan seseorang manusia
    itu mengalami berbagai gejala gangguan fikiran
    dan perasaan...malah rasukan-rasukan
    perasaan...dan rasukan-rasukan besar yang
    tidak dapat dikawal...

    Apa yang sebaiknya saudara buat ialah minta
    rawat pada perawat yang benar-benar pakar...
    kerana pasti jin jenis ini akan banyak tipu
    daya..dan tipu helahnya...

    Kemudian biasanya jin itu biasanya akan mem-
    buat peraturan sendiri...mana yang boleh dan
    mana tidak boleh kita buat...malah mana
    boleh pergi atau mana tak boleh pergi...atau
    nak jumpa siapa dan sebagainya...atau ia
    cuba menguasai fikiran atau perasaan sese-
    orang rakan agar sentiasa sesuai dengan
    kesenangan dan kemahuannya...

    Malah bagi yang bujang kadang-kadang jin
    itu cuba halang jodohnya...atau merasuk..
    atau mengganggu pasangannya...

    Jangan sekali-kali terpedaya dengan segala
    ceritanya...kalau ia benar jin baik ia tak
    mengganggu atau masuk dalam badan ma-
    nusdia...kerana ia pasti tahu kesannya pada
    manusia itu sendiri...

    Bagi saudara...amalkan juga pendinding diri
    seperti Ayat Manzil...Ma'surat...dan sebagai-
    nya...sambil minta rawat...

    Jangan biarkan diri dipergunakan oleh makhluk-
    makhluk jin ini...kerana ia juga bererti...tubuh
    saudara rumahnya...dan dalam 'rumahnya' itu
    banyak makanannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam