Khamis, 25 Oktober 2012

Iman Theraphy...Rukyah...saka...jin sihir...

Seorang  ibu  menelefon  minta buatkan pagar
untuk rumahnya apabila bomoh yang dijemput-
nya tiba-tiba sakit kaki...

Ini kali kedua bomoh itu tidak dapat datang
dan pada kali pertama alasannya ia dipanggil
oleh orang yang sedang dalam keadaan 
kecemasan...

Saya rasa amat berterima kasih pada rakan
juga guru peringkat kedua.... iaitu Ustaz 
Salehuddin kerana minta saya membantunya
memagar sebuah rumah di kawasan kota
Kinabalu beberapa bulan lalu...

Sekurang-kurangnya walaupun saya sedikit 
pengalaman namun saya lebih yakin dan
serba sedikit tahu ikhtiarnya...

Rumah tersebut dikatakan berhantu...dengan
jelmaan perempuan tua...jelmaan pocong...
bunyi ketukan bilik di waktu malam...ruang-
ruang tertentu yang menyeramkan dan
sebagainya...

Malah ketika Ustaz membuat rawatan...tuan
rumah yang dirasuk cuba membuka silat
namun dengan izin Tuhan nak duduk saja
pun ia tak larat...

...dan saya harap oleh kerana saya berseorang-
an tak adalah jadi sebarang rasukan...

Dari seorang rakan...ia memberitahu keadaan
dalam rumah itu sudah kembali pulih....dengan
izin Tuhan...

Kali ini pula...sebelum memagar tuan rumah 
minta bacakan doa selamat terlebih dahulu...

Berpandukan pada buku saya baca fatihah
3 kali...Insyiroh...4 Qul...Alif Lam Mim...Ayat 
Kursi dengan ayat akhirnya dibaca 11 kali...
penutup Al baqoroh...tahlil 33x kemudian
doa selamat...(tanpa menggunakan pernafasan)

Selesai saja...saya dapati salah seorang tetamu 
lelaki yang tadinya segar bugar telah tertidur
nyenyak di kerusi...dan dua orang anak remaja
tuan rumah tiba-tiba mengalami sakit kepala...
(yang biasanya tanda-tanda kemungkinan ada
saka...)

Seperti yang pernah ustaz ajarkan...saya guna
air doa bercampur garam bukit rukyah untuk
membuat pagar rumah...dan Alhamdulillah
semuanya berjalan lancar...

Dari pengalaman sendiri...kesan rukyah sebelum 
dan selepas ijazah itu jauh berbeza kesannya...
dan ini adalah antara kelebihan amalan Iman 
Theraphy...

Berbalik  pada  bomoh  tadi...ia  adalah  pakar
'scan'...tak pernah sampai tapi ia tahu keadaan
sekeliling rumah rakan tadi termasuk kubur lama
....busut...bekas tempat pemujaan jin dan seba-
ganya...

Biasanya tempat-tempat seperti ini adalah agak
keras dan biasanya dihuni jin ilmu juga jin-jin
tua...

Maka halangan malah sakit si bomoh itu boleh
jadi antara beberapa kemungkinan...

1. Hanya suatu kebetulan...

2. Ada halangan atau serangan awal dari jin 
sekitar rumah ibu tadi...

3. Dan bagi mana-mana bomoh yang guna jin
kadang-kadang sakit itu adalah ulah jinnya
sendiri yang takut atau untuk mengelakkan
sebarang 'perang' dengan jin lain yang lebih
kuat...

...malah kadang-kadang jin tilik itu sekadar
tau menilik tapi tiada kepakaran 'perang'...
maka ia menggunakan berbagai alasan ter-
masuk 'loyar buruk'... malah sehingga tanpa 
pengetahuan menyakitkan tuannya sendiri 
semata-mata nak mengelak pertembungan 
dengan jin lain yang lebih kuat...

Yang penting...tuannya terus nak jaga dan
bergantung harap padanya...dan sebagainya.

Wallohu a'lam



12 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Salam tuan,
    ini ada video untuk di kongsi bersama.
    http://www.youtube.com/watch?v=6cf-x7xGYEw

    kejadian diatas berlaku minggu ke 3 bln ramadhan lps.
    urutan peristiwa ini membawa kepada campurtangan jin penjaga keturunan SUKARNO yg dtg 1 jam sebelum asar Sabtu akhir ramadhan.
    Asalnya mereka kristian, tetapi lps di dakwah kesemuanya masuk islam.
    Mlm raya lps buka puasa hingga ke subuh berlaku pertempuran antara tentera jin penjaga keturunan SUKARNO dengan tentera jin bomoh di luar rumah sy.
    Mlm raya kedua bomoh hantar 10 ribu (kali ini jin liar yg di paksa) lg tentera jin dan pertempuran berlaku lps jam 10 mlm. Mana2 yg tidak mahu maju bertempur, telah di rentap hingga putus kepalanya.
    Mlm 3-5 jin hanya berkawal.
    Sy cakap pada mereka, jika kamu bantu sy kerana ALLAH .. silakan. Tetapi jika kamu bantu sy kerana nak jadi kan sy tuan kamu, sy tak redho.


    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth jakionline inc...

    Alhamdulillah...semuanya atas izin Tuhan
    ...suatu pengalaman yang menarik...

    Seperti kata orang...kalaulah jin itu
    benar kuat..taklah ia akan datang
    sampai beribu-ribu ekor sekali...

    Terima kasih atas perkongsiannya...

    BalasPadam
  4. Salam tuan. Kalau boleh sy nk menghubungi tuan dengan lebih kerap kerana saya merasakan tuan boleh membantu sy. Kalau boleh sy mahu minta email dr tuan atau tuan balas ke email sy di alfaridmohamad@gmail.com. Terima kasih

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth saudara...
    Insya Allah...

    BalasPadam
  6. salam tuan saya ingin mendapat pertologan dari pihak tuan dari jauh.boleh hubungi saya norashikin yusof dari johor bahru.

    sila email kepada saya caranya
    dankiny2@gmail.com/0167008493

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth KIN...

    BalasPadam
  8. Asslmkm. mohon en junied hubungi sy d email terataiputih_8906@yahoo.com.
    saya ingin meminta nasihat dgn segera

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth nur...
    Insha Allah...

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum tuan...saya nak tanya, boleh berubat dari jauh ke?atau boleh baca ayat doa pada air untuk minum melalui telifon ke?

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth Aina...

    Sebaiknya berubat secara berdepan...namun kalau sekadar air doa...Insha Allah
    saya ikhtiarkan.

    Sediakan beberapa botol atau bekas air....sebaiknya air yang tidak dimasak...
    seperti air mineral atau mesin.

    Baca Fatihah sekali...salawat 3 kali...Ayat Kursi 1 kali dan tiup perlahan ke
    arah air teresbut sambil niat dalam hati minta buat pengisian saya dengan
    tujuan perubatan sebut sekali sakit-sakit atau gangguan yang dirasa.

    Atau baca Bismillah sekali dan salawat tiga kali dan tiup pada air tersebut
    sambil niat seperti tadi....dan boleh letakkan air itu dimana-mana seperti
    dalam bilik atau sebagainya...dan Insha Allah...jam 10 malam ini boleh
    guna minum dan sapu muka.

    Air itu sebaik-baiknya disediakan sebelum jam 7 malam...walaupun pada
    waktu tersebut Aina sedang perjalanan pulang ( dalam kereta )...tak
    perlu guna telefon atau sebarang maklumat lain.

    Tutup bekas atau botol tidak perlu dibuka...kecuali apabila hendak minum.

    Baca Bismillah sekali...salawat tiga kali...niat doa pada Tuhan minta air
    itu mudah-mudahan jadi penawar kepada bisa-bisa dalam badan...minum
    3 teguk iaitu dari setengah gelas air...tinggalkan sedikit sapu muka dan
    boleh juga seluruh badan.

    Kalau dengan izin Tuhan ada tindakbalas seperti panas atau sebagainya
    dan rasa tidak tahan...ambil air lain yang masih kosong dan baca salawat
    7 kali dan minum serta sapu muka.

    Insha Allah Aina ya

    BalasPadam