Isnin, 8 Oktober 2012

...Tawaran Istimewa....

Seorang rakan rapat sanggup mengeluarkan
belanja yang banyak semata-mata untuk
membawa seorang guru ilmu (kebatinan) dari
negara seberang ke Ranau.

Guru itu bukan sekadar merawat dan memberi
ijazah amalan...malah rakan tersebut menawar-
kan saya ijazah  amalan dari guru tersebut...

......di mana dengannya sesiapa yang berhajat
kepada ilmunya...tidak perlu lagi jumpa tuan
guru berkenaan.

...kerana saya akan di beri keizinan untuk meng-
ijazahkannya kepada sesiapa yang dirasa sesuai...

Mungkin ia juga bererti saya akan menjadi 'orang
teratas' dalam perguruan tersebut...sekurang-
kurangnya di Ranau...

Tapi ada sesuatu yang saya fikirkan...

Saya pernah bertanya pada Mus (adik) yang sama-
sama mengambil ijazah amalan Iman Theraphy dari
Guru Utama dalam tahun 2001...

(Ketika itu Mus sudah ada sekurang-kurangnya 7
perguruan termasuk perguruan rukyah dan jurus)

Setelah 10 tahun...saya ingin tahu amalan apakah
lagi yang Mus jadikan amalan utamanya...yelah
banyak sangat perguruan...takkah 'bingung' di-
buatnya mana satu nak amal...masa juga tentu tak
cukup...

Mus beritahu...amalan asasnya adalah Fathah 9...
iaitu amalan  asas Iman Theraphy...dan ia yakin...
itulah amalannya yang menjadi asas kekuatannya
dalam perubatan juga pertahanan...dengan izin
Tuhan...

Dan saya sependapat dengan Mus...kalau saya
terima pun tawaran tersebut...saya yakin amalan
asas Iman Theraphy inilah yang akan menjadi
asas kekuatan amalan...

...maka bagaimana saya akan ijazahkan orang
lain sesuatu amalan....sedangkan saya yakin
amalan itu tidak lebih hanyalah sekadar amalan
sampingan semata-mata...

Maka tawaran istimewa rakan baik tersebut saya
tolak...

Semalam...jam 8.30 malam...seorang rakan rapat
dari KK menelefon....saya sangkakan seperti
biasa...hanya sembang-sembang sambil bertukar-
tukar pengalaman...

Rupanya rakan itu sedang duduk di depan Guru
Utama Ustaz Muhammad...

" kau mau cakap dengan Ustaz...nah..."

Ini kali pertama saya dengar suara ustaz sejak
ambil ijazah amalan pada tahun 2001...tapi
sampai sekarang saya masih ingat akan pesan
ustaz ketika itu...dan masih saya jadikan pand-
uan penting sehingga kini...

Selepas itu banyak perkara yang rakan juga guru
( ke peringkat dua ) iaitu Ustaz Salehuddin ajar-
kan...cuma agaknya saya tidak sampai ke tahap-
nya...maka serba sedikit saja saya tahu tentang
perkara-perkara umum mengenai cara guna
Iman Theraphy....

Cara guna umum lainnya saya juga merujuk dengan
Mus...yang juga banyak pengalaman perubatan
juga menghadapi serangan jin...selain merujuk
kepada pengalaman rakan-rakan lain...

Gelabah juga saya dibuatnya...ia saat-saat yang
tidak saya sangkakan...walaupun ada mesej pada
blog agar menelefon ustaz...

...tapi saya masih menunda-nunda kerana tidak
tahu nak cerita apa pada ustaz...

Tapi kali ini ada pelawaan yang lebih istimewa....
agar datang bila-bila masa...

...semakin banyak amalan perubatan yang ustaz
ajarkan di pusat ( putatan )...

Insya Allah...kalau ada rezeki...saya akan sampai
ke sana juga...

Walloohu a'lam

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah, kerana tak semua orang mendapat peluang mcm ni. Ada org yg tak tahu lgsg, belum terbuka pintu untuknya atau sibuk dgn urusan dunia semata. Ada org yg mencari tetapi belum pula menemui. Rezeki setiap orang berbeza dan sudah ditentukan Allah. Wallahualam.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth Ummi...

    Saya setuju dengan Ummi...

    Dan mana-mana yang sudah Tuhan tetapkan
    sebagai rezeki kita...maka Tuhan akan
    memberi kita jalan kepadanya...atau
    Tuhan membuka laluan rezeki itu sampai
    pada kita...

    Terima kasih atas ulasan Ummi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum...saya setuju dengan pendapat tuan Junied, banyak ijazah pun akan jadi bingung mana nak amal....nanti akan jadi sekadar perhiasan diri atau sekadar cerita yang kita ada banyak ijazah amalan....
    bagi saya semua umat islam perlu ambik ijazah amalan tak kira dari mana pusat rawatan @ perguruan asalkan tidak lari dari akidah Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth
      PedangSkan...

      Terima kasih atas
      perkongsiannya...

      Padam