Isnin, 29 Jun 2009

DIRI MANUSIA ADALAH GABUNGAN DARI DUA ALAM

Badan (jasad) anda di Alam Dunia...
kemudian roh anda (nyawa) berada di alam Ghoib...

...seperti di katakan ...roh dalam jasad,tapi bila jasad
di belah...roh itu tak akan pernah kelihatan...

...jadi apa buktinya keujudan roh di dalam jasad...?

Tak perlu anda jelajah jauh...

...teman anda sedang tidur...kaki tangannya kaku...
matanya tertutup...lidahnya terkunci dan telinganya
tuli...

Tapi...teman itu sedang bercakap...dan mendengar
suara yang terang...padahal malam sunyi sepi...malah
dia sedang bertengkar dengan seseorang...
menghayunkan penumbuknya...

kemudian ia kalah dalam pergelutan...dan buka langkah
seribu...

...jantungnya berdegup kencang dengan rasa takut yang
bukan mainan...

...sedangkan teman itu sedang tidur kaku...

Jadi lidah siapa yang berkata-kata...? telinga siapa yang
mendengar...?

...mata siapa yang sedang melihat...?tangan apa yang
menghayun...?

Kaki siapa pula yang melangkah lari...?dan siapa yang
merasa takut...?

...itulah roh dengan kesedaran yang amat terbatas...
kerana ia masih terikat dengan jasad kasar....

Dan apabila jasad anda telah kaku ...(maaf)...anda (roh)
akan bebas...dan anda akan sedar...sesedar sedarnya...

Rupa-rupanya ada alam baru...alam yang sangat hebat...
...iaitu Alam Baru(Barzakh)...dan alam itu lebih luas...
seluas-luasnya... daripada Alam Dunia ...
seumpama antara Alam perut ibu dengan Alam Dunia...

Dan di sana ada kehidupan yang dahsyat...

...dahsyat kerana kebahagiaannya... dan dahsyat kerana
kesengsaraannya...

Untungnya...anda masih di sini...maka renungkanlah ...
...kehidupan bagaimanakah...yang anda impi2kan di sana...

(RENUNGAN HATI)

Wallohu a'lam.




Rabu, 24 Jun 2009

(catitan)...Kamal tak gila...

...setelah berjaya menamatkan pengajian nya di peringkat diploma,Kamal sepatutnya terus belajar ke peringkat yang lebih tinggi lagi...atau mencari kerja...
...tapi kenyataannya,Kamal terpaksa mula menghabiskan masanya menerima rawatan
dari Pusat Rawatan Orang Sakit Jiwa,malah pernah di kurung di pusat tersebut beberapa lama..puncanya...?
...kerana Kamal gila...
...Kamal sering bercakap seorang diri dan malah pernah bertengkar...sedangkan ia sendirian..
...tidurnya di waktu siang,malam ia merayau di luar rumah ...Kamal selalu merasa takut tanpa sebab...selalu rasa bingung seolah kerana terlalu banyak perkara nak di fikir tapi Kamal tak tau apa yang di fikirkannnya...sangat pelupa...ada masanya ia melamun memanjang...kadang-kadang agresif ...cuma Kamal tak pernah menyakiti sesiapa....
...kerana itu keluarga Kamal menghantar nya ke pusat rawatan tersebut...maka ia di suntik dan makan ubat yang di khaskan kepada orang yang di sahkan gila oleh doktor...
...saya sempat berjumpa dengan Kamal berpandukan maklumat dari seorang makcik yang pernah cuba merawat nya...
...dan saya yakin Kamal tak gila .ia bukan bercakap seorang diri,tapi dengan seseorang yang yang selalu menemaninya...(bangsa jin)...
...jin telah memasuki mata kirinya...tembus ke belakang telinga kiri...
...kemudian dari jari tengah kaki kanan tembus ke dadanya...menandakan Kamal juga mengalami tekanan perasaan dari sebab gangguan jin...
...saya beritahu abangnya...
...Kamal perlukan rawatan sakit dari sebab gangguan jin...dan Kamal tak perlukan suntikan atau ubat untuk orang gila...
...kerana Kamal tak gila...

Isnin, 22 Jun 2009

...nampak jin...ada syoknya..tapi risikonya pada anda..?

kalau gangguan jin kuat,kita boleh nampak jin
terang macam nampak orang...
...dan kita tidak dapat bezakan ia jin atau
manusia bila ia menyerupai seperti manusia...

...atau kadang-kadang kita boleh nampak bayan-
gan jelmaan jin...bagaimana ia terjadi...?

Iaitu jin masuk ke dalam mata (mungkin juga ke-
otak depan)...kalau bisanya meresap di dalam
mata...maka kita boleh nampak jin...

...kemudian jin itu akan masuk ke dalam kepala...
lalu berumah di bahagian belakang telinga...

kalau masuk mata kanan......biasanya ia membuat
laluan tembus ke belakang telinga kanan...jadi
kita juga akan dapat dengar suara jin...

...kadang-kadang suara halus,kadang-kadang suara
perempuan...kadang-kadang suara lelaki...dan ka-
dang-kadang seperti orang yang ramai bercakap
serentak...

Kemudian seringkali ia juga masuk ke dalam otak...
maka jadi penyakit dalam kepala...iaitu penyakit
yang tak dapat di ubati di hospital..

...seperti pening memanjang...sakit kepala...
kadang-kadang sakit berdenyut-denyut ...kadang-
kadang rasa ada jarum menyucuk...kadang-kadang
sampai rasa nak pecah kepala...dan sebagainya...

Namun yang paling sering terjadi...adalah ganggu-
an dalam hidup sehari-hari..

..seperti bingung memanjang,terlebih aktif...tak
dapat menumpukan perhatian bagi pelajar-pelajar...
tekanan perasaan kerana sering nampak lembaga atau
jelmaan yang menakutkan...juga suara-suara asing...

...dan jika jin nya suka bermusuh...maka kita juga
akan rasa suka bermusuh....sangka buruk... atau me-
lakukan kejahatan dengan lidah ...atau perbuatan...
kerana jin yang menempati belakang telinga itu akan
terus menerus menghasut..

...hingga tak mustahil mengakibatkan kehancuran ru-
mah tangga...juga keluarga...dan merosakkan hubungan
baik kita dengan orang lain...

..dan tak kurang juga orang yang disangka gila
kerana bercakap malah bertengkar dan bergaduh
seorang diri semata-mata...
kerana orang lain tak nampak dengan 'teman'nya...

...saya pernah berjumpa budak-budak yang berhenti
sekolah semata-mata kerana sering mendengar suara
yang melarang...malah menyuruh ponteng ke tempat-
tempat lain...

...juga yang berhenti sekolah ...kerana nampak or-
ang yang selalu menghalang di tengah perjalanan...

... semua ini adalah kemungkinan...
dan kita akan menanggung mana-mana saja akibatnya
bergantung kepada bangsa jin,jantina,perangainya...
dan sebab apa ia masuk ke dalam diri(kepala/otak)
kita...

Seperkara yang perlu kita ingatkan...mula-mula ia
mungkin terasa seronok dan buat kita rasa hebat diri..
...tapi akhirnya pasti akan memakan diri...

Jadi elakkan...dan mana-mana yang memang dah ada gej-
ala gangguan sebegini...berubatlah dan jangan putus
asa...

...penting sekali ,ingat Allah....
dan selalu mengharap pertolongan NYA dalam berusaha..

...wallohu a'lam...