Ahad, 30 Mei 2010

Al-Hikam...Malaikat Rahmat...

Tidak akan masuk ke dalam sebuah rumah yang
di dalamnya ada gambar-gambar haiwan atau
patung...atau ada orang derhaka terhadap ibu
bapanya...atau rumah yang tak dimasuki oleh
tetamu...

( Catitan Terjemahan Hadis )

Wallohu a'lam

Al-Hikam...Keutamaan Sedekah...

Sedekah sembunyi memadamkan kemurkaan Tuhan
dan menarik keberkatan rezeki yang banyak...
dan berpagi-pagilah olehmu dengan mengeluarkan
sedekah..
kerana bala itu turun sebelum pagi-pagi...maka sedekah
itu akan menolak qodho ' dihawa '....

Satu sedekah yang engkau keluarkan sebelum engkau
mati itu lebih baik daripada 100 masykal sedekah
keluargamu untuk engkau setelah mati...

( Catitan Terjemahan Hadis )

Wallohu a'lam

Al-Hikam...Jangan Membenci Orang Lain...

Berbuat baiklah engkau walau terhadap orang yang
bila diberi peringatan...tak menerima...
dan jika ditegah tak tunduk...
dan tidak memperdulikan apa yang ia kata...
dan tidak pula memperdulikan apa yang dikatakan
oleh orang lain padanya...

( Catitan Terjemahan Hadis )

Wallohu a'lam

Sabtu, 29 Mei 2010

BUAT SENDIRI...MENGESAN JIN DALAM BADAN...

Di bawah ini merupakan satu petua semata-mata yang boleh
di buat sendiri oleh sesiapa juga tak kira umur atau 'masa
cuti' (...niat sebagai doa ) dan pada bila-bila masa saja...

01.Ayat yang di gunakan cuma...BISMILLAA HIR ROH MAA
NIRROHIIM...dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi
Maha Penyayang...

02.Caranya...

a.Tadahkan tangan seperti berdoa dengan kedua-dua tepi
tapak tangan di rapatkan...
sehinggakan seandainya air dituang...anda dapat menakung
air...

b.Rapatkan bibir pada ke tapak tangan...dan pastikan bahawa
kalau anda membaca sesuatu...nafas anda 'jatuh bertakung'
atas tapak tangan...

c.Baca BISMILLAH....seperti di atas sebanyak 7 kali...

d.Muncungkan bibir...dan sedut nafas anda yang 'berisi'
dengan BISMILLAH....7 kali tadi dengan hujung bibir.

Cara sedutan yang lebih berkesan...

1.Tutup mata semasa menyedut...

2.Tumpukan perasaan pada gerakan nafas yang masuk...

3.Sedutan lebih panjang lebih berkesan...tumpukan per-
hatian kepada nafas yang masuk ke dalam tubuh...

4.Sedutan lebih senyap kurang bunyi nafas sedutan lebih
berkesan...

Tanpa wuduk pun boleh dibuat..tapi kalau dalam keadaan
ada wuduk...ada kelebihan dan kehebatannya yang ter-
sendiri...

5.Apabila sedutan dah penuh...tahan nafas...telan liur...
baru lepaskan nafas melalui hidung perlahan-lahan sambil
terus tumpukan perhatian ke dalam seluruh jasad anda
sendiri bermula dari kepala...turun ke leher...kedada...
ke perut dan ke hujung jari-jari kaki.

SANGAT PENTING ketika anda menyedut...sambil tum-
pukan perhatian kepada serbuan nafas ke dalam...
anda terus berzikir dalam hati...Allah...Allah...sepanjang
masa..tak perlu kira berapa kali...

03.DAN anda ingat satu formula asasnya...KALAU ADA
SEBARANG TINDAKBALAS DALAMAN..BERERTI ADA
JIN ATAU ADA ANGIN JIN...seperti pening...berdebar
...rasa semut-semut...sejuk atau panas...takut...marah...
ada suara berbisik dan sebagainya..iaitu bergantung apa
yang ada dalam jasad anda...dan semuanya itu adalah ta-
nda-tanda ada gangguan jin dalam badan...

04.Untuk lebih berkesan lagi...semua langkah di atas tadi
di buat 3 kali...iaitu baca Bismillah...7x...sedut dan telan...
bacakan lagi Bismillah...7x...sedut dan telan...dan bacakan
lagi Bismillah...7x...sedut dan telan.

Kalau anda nak lebih berkesan lagi...Bismillah...pertama
di baca 33x...kedua 33x dan untuk yang akhir itu 34x...
jadi semuanya 100 kali.

Wallohu a'lam.

NOTA .

1.Dari mana asal usul kaedah di atas ? iaitu para Ustaz
...para perawat...para bomoh dan sebagainya...yang memba-
cakan ayat-ayat Qur'an...doa-doa...mentera-mentera dan
sebagainya...kemudian ditiup pada air...maka dengan izin
Allah iadi air penawar untuk diminum...mandi...atau dipe-
rcik di penjuru -penjuru bilik jadi pagar...

...maka kalau nafas itu tak ada 'apa-apa'...masakan air
yang ditiup itu menjadi 'air hikmat'...untuk pelbagai
guna.

Ayat Kursi dibaca dan tiup pada jin...kalau nafas itu tak
ada apa-apa...masakan jinnya terbakar atau kepanasan...
atau ditiup pada anak-anak...atau orang lain...maka jadi
pagar atau rawatan...

Maka apabila anda membaca sesuatu...dan disambut atau di-
takung pada tapak tangan anda boleh menyedut 'hikmatnya'
tanpa perlu alat ketiga seperti air dan sebagainya... dan
ia akan memberi kesan 'lebih secara langsung'...

Kerana itu...anda akan merasa kesannya apabila anda men-
yedutnya kedalam diri...

RAHSIA SEMUT-SEMUT ATAS KULIT...

Iaitu rasa ada semut-semut atau serangga bergerak
atas kulit...dan boleh jadi ia satu...dua...berbelas...
berpuluh dan sebagainya...

1.Ia boleh jadi di mana-mana saja...samada di tangan
atau di kaki...dibelakang...di muka...dan sebagainya...
malah kalau dah agak berat...ia boleh dirasa di mera-
ta tubuh dan anggota sekaligus...

2.Anda mungkin menyangka ada semut atau serangga
dan kadang-kadang membuat anda terkejut...
tapi sebaik saja anda menampar...menggaru...atau
memeriksanya...tak ada semut atau serangganya...
sedangkan mungkin anda dapat merasakan kuku
kakinya yang merayap menimbulkan rasa gatal...

3.Maka yang demikian itu adalah pergerakan jin di-
atas kulit...

4.Kadang-kadang ia cuma atas kulit...tapi kadang-ka-
dang anda mungkin dapat merasakan pergerakan semut
atau serangga di bawah kulit...bererti ia sudah masuk ke-
dalam anggota atau badan...

5.Kalau pergerakan bawah kulitnya melalui laluan pem-
buluh yang agak sempit...maka pergerakannya juga dapat
menimbulkan rasa gatal sehingga anda tak dapat menahan
diri daripada menggarunya...

6.Ada peringkatnya...dalam masa panjang...orang yang
selalu merasa semut-semut atau serangga atas kulit akan
mengalami taburan kudis di merata tempat terutamanya
pada bahagian kaki...tangan dan sebagainya...

Kalau dah sampai ke peringkat yang demikian...maka da-
lam kudis-kudis itu ada penempatan jin...

7.Antara ciri gangguan ini adalah

a.ubat-ubatan biasa seperti berbagai ubat makan dan
gosok yang tak berkesan

b.Gatalnya kerap menjadi-jadi di waktu malam...atau
ada juga yang merasa gatal-gatal setiap kali mandi...

c.Kadang-kadang rasa panas pada badan...atau pada
kudis...

d.Ada benda bergerak atas atau di dalam kudis...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 28 Mei 2010

ANDA NAK TENGOK JIN?..CARA MUDAH...

Iaitu nak nampak jin terang macam nampak orang
dan 'lebih syok' lagi...sampaikan jin yang anda nam-
pak itu...anda sangka orang...bagaimana caranya?

1.Pada asasnya...manusia tak akan nampak jelmaan
jin kecuali jika jin itu sengaja memperlihatkan dirinya.

2.Dan semudah-mudah cara nak nampak jin...ialah
dengan memasukkan jin ke dalam mata anda...

3.Caranya dengan mempelajari sihir khusus untuk
tujuan yang demikian...atau minum air sihir...
atau minta di masukkan jin oleh 'rakan-rakan'
atau oleh tukang sihir...

4.Itu pun...belum tentu anda akan nampak jin kecuali
dengan izin Allah.

5.Seperkara perlu anda ingat...jin ini perangainya tak
lah seperti manusia yang kalau 'di beri betis nak paha'
tapi jin ini 'di beri betis...nak baham orangnya...
keluarganya...dan anak cucunya sekali'.

6.Sekali masuk ke dalam badan...walau dengan niat
nak simpan di mata saja...pasti jin itu akan melajak
jauh dan kalau boleh nak tinggal sampai mati...

7.Maka kalau setakat nak nampak jin bukan kerana
dalam keadaan darurat ( biasanya tak ada darurat-
daruratnya... ) apalagi untuk berseronok atau saja
nak melihat benda-benda ghoib semata-mata...
elakkan...kerana keputusan anda mungkin akan
menjadi 'barah dalam daging' kepada diri anda...
keluarga anda...dan anak cucu anda...

...seperti kata pepatah...terlajak perahu boleh di-
tarik...terlajak kata buruk padahnya...terlajak
masuk jin dalam badan...kadang-kadang saja
boleh ditarik...tak jumpa rawatan serasi...anda tak
dapat melawannya sendiri...menderita sampai mati.

8.Namun ada cara lain juga nak nampak jin cara
selamat...iaitu dengan menggunakan kamera...
macam-macam caranya...macam Uncle Seekers.

9.Tapi kalau jin tu dah nak mengada-ngada...tak
payah pening kepala nak fikir caranya...
seorang rakan mengambil gambar rakan-rakan
lain dalam bilik...
rakan-rakannya itu lima orang...dah cuci...dalam
gambar ada sepuluh...cuma 'rakan-rakan' lain
dalam gambar itu ada 'lain sikit'...saja jin yang nak
menyakat...

10.Ada alasan lain orang nak nampak jin...ter-
utama kalau anda seorang perawat...maka secara
lojik...kalau nampak jin akan lebih mudah kenal
pasti gangguan...
tapi tak ada jaminan akan tambah mudah rawatan
iaitu kalau cara anda tak serasi atau mantap...sama
saja...nampak jin pun tak ada faedahnya...

...malah kalau anda seorang perawat dan ada jin
dalam badan...anda akan menghadapi ancaman yang
lebih besar...terutama kalau jin orang yang di rawat
itu lebih kuat...atau ia rasa lebih kuat...pasti anda
di pandang lekeh...

11.Rakan-rakan yang ada jin saka silat...jumpa bom-
oh...puas ia bersilat...agaknya saja jin itu tunjuk
bunga silatnya yang cantik sambil tunjuk 'power'
...tapi kalau jumpa perawat tak guna jin...tak ada
silat-silatnya...

12.Dan ada satu cara nak nampak jin...iaitu kalau
jin itu tinggal pada otak seseorang...ada caranya ia
boleh nampak jin berkenaan...malah ia mungkin
nampak tempat asalnya...dan pada cara yang
mungkin ada persamaan...anda nampak jin di-
hutan rimba...padahal jin itu ada dalam kepala
anda sendiri...

wallohu a'lam

TANDA BESAR SAKA KELUARGA...SAKIT 'BERPINDAH RENDAH'...

1. Iaitu tanda besar sesebuah keluarga itu ada saka
adalah penyakit yang sama dan berpindah rendah
dalam kalangan ahli keluarga...

2. Contohnya...ibu sakit anak sihat...anak sakit ibu
pula sihat...atau abang sakit adik sihat...adik sakit
abang pula sihat dan sebagainya...

...kemudian penyakit itu pula mempunyai gejala-
gejala yang sama...

3. Antara sebab jin saka berpindah rendah dalam
ahli sekeluarga...

a. Nak cari tempat yang lebih sesuai...

b. Nak cari penempatan baru atau tambahan...

c. Manusia yang ditumpanginya meninggal dunia...

d. Tak dapat bertahan tinggal di badan orang yang
samada dirawat atau beramal...

4. Biasanya jin saka akan cuba kembali kepada
tubuh asal yang ditumpanginya...
atau kalau tak mampu kerana terhalang oleh sebab
kesan rawatan...ia cari ahli keluarganya yang lain.

Wallohu a'lam

Khamis, 27 Mei 2010

NAMPAK JIN...DULU DAN SEKARANG...

1. Pada zaman dulu-dulu...sebahagian para Nabi
dan Rasul boleh nampak jin...kerana mereka ada
mukjizat...

Sebahagian para wali-wali Allah boleh nampak
jin...kerana mereka ada karomah...

Tapi zaman ini...seseorang itu boleh nampak jin
...kerana ia ada masalah...

2. Kalau seseorang boleh nampak jin...iaitu nam-
pak jin terang macam nampak orang...
maka ia dari antara 3 sebab...iaitu...
a. Jin itu dalam matanya...
b. Jin itu dalam kepala ( otaknya )...
c. Jin itu di luar...tapi sengaja menampakkan
dirinya kepada anda...

3. kalau jin sengaja memperlihatkan dirinya
kepada anda...ia memperlekehkan anda dan
menganggap ia lebih hebat daripada anda...

Maka bila-bila masa saja anda mungkin men-
jadi sasaran gangguan atau serangan...

Wallohu a'lam.

Isnin, 24 Mei 2010

ANGIN PANAS PERISAI JIN DALAM BADAN...

Iaitu anda merasa panas pada mana-mana
bahagian tubuh atau anggota...
terutamanya pada tempat-tempat sakit...
maka antara sebabnya ialah serangan kuman...
dan sebab lain ialah hawa panas itu sebenarnya
adalah angin berbisa daripada jin yang masuk
dalam badan...

Di tengah-tengah kawasan panas itu ada 'tuan
punya angin'...

Sekiranya angin bisa itu dapat dimusnahkan
atau dapat di tarik keluar dari badan...
maka anda akan dapat merasakan semut-semut
bergerak...atau diam setempat...

Ia mungkin satu...berbelas...berpuluh...beratus...
atau mungkin beribu...iaitu bergantung pada
banyaknya jin berkenaan...setiap satu itu adalah
seekor...

kalau pergerakan jin dapat dirasa bererti jin itu
dalam keadaan lemah...hilang perisai dan kubu.

Maka setiap serangan dari tenaga rawatan akan
mengenainya secara langsung...

Anda mungkin dapat merasakan semut-semut
itu lari ke sana sini mencari tempat persembun-
yian dalam badan...dan mungkin ia lari keluar
mengikut lalauan jari-jari tangan dan kaki...
atau ubun-ubun...

...dan anda mungkin boleh merasakan ia meletup
atau ada letupan-letupan lain angin berbisa
dalam badan...

Ada seseorang yang mengalami gangguan saka
pada tahap sangat serius...ia bukan saja dapat
merasakan ada benda berlari dalam badan..
malah ia dapat merasakan 'benda' itu ialah seorang
perempuan tua yang menjerit-jerit ketakutan dan
kesakitan ( jin ) ...

Wallohu a'lam.

Ahad, 23 Mei 2010

Rahsia Di Ambang Maut...

Bahawa disebutkan...setiap orang yang akan
meninggal dunia itu akan mengulang-ulangi
sesuatu yang paling banyak di lakukan sem-
asa hidupnya...

Sesorang yang sedang nazak...ketika di bisik
kalimah Syahadah...sebaliknya ia seolah-olah
tak mendengar...jari-jari tangannya 'sibuk'
seperti bermain daun terup...

Seseorang yang sedang nazak...ia 'sibuk' ber-
cakap pada seseorang tentang pembinaan
rumah...

Ingat Allah semasa hidup...mudah-mudahan
kita akan ingat Allah ketika tiba di ambang
kematian...

Wallohu a'lam

4 Amalan Untuk Selamat Dari Azab Kubur...

1.Menjaga sembahyang lima waktu...

2.Banyak bersedekah...

3.Banyak membaca Qur'an...

4.Banyak bertasbih ( menerangkan
dan meluaskan kubur ).

Dan hendaklah ia meninggalkan 4 perkara...

1.Berdusta...

2.Khianat...

3.Mengadu domba...

4.Menjaga kencing...

Iaitu ada orang kencing berdiri...maka air
itu terpercik pada kaki atau seluarnya...
maka dibawanya solat...

...dan ada orang kencing dan airnya tak
habis keluar..maka lebihan air itu tumpah
dalam seluarnya...lalu dibawanya solat...

Iaitu 2 perkara yang menjadikan kencing
itu membawa kepada dosa besar dan azab
kubur...

Dan jauhi zina...kerana jika dosanya tak di-
ampun...maka ia pasti diazab dalam Kubur.

Wallohu a'lam

Sabtu, 22 Mei 2010

4 Tanda Mati Husnul Khotimah...

Iaitu tanda-tanda seseorang itu meninggal dalam
keadaan kesudahan yang baik...

1.Sempat mengucap Dua Kalimah Syahadah...

2.Berpeluh pada dahi...

3.Mati di malam Jumaat...atau Hari Jumaat...
dijaga dari fitnah Kubur...

4.Mati Syahid di medan perang kerana membela
Islam.

wallohu a'lam.

Nota :

1.Kalau tak dapat mengucap dengan lidah...maka
memadai dalam hati...

2.Mati meletupkan diri di kalangan orang awam
samada orang awam itu Islam atau tidak...
maka ia mati dalam maksiat iaitu derhaka kepada
Allah kerana membunuh diri tanpa hak...
dan membunuh orang awam yang haram ditumpah-
kan darahnya...

3.Disebutkan kalau orang yang meninggal di malam
Jumaat itu banyak dosa dan tidak diampunkan...
maka menjelang sabtu ia akan tetap akan di azab
dalam Kubur.

Amal baik itu lebih penting daripada masa mana se-
seorang meninggal.

7 Keadaan Mayat Dalam Kubur...

Iaitu disebutkan bahawa mayat itu bila sudah ditimbus
tanah maka ia akan berkedudukan sesuai dengan amal-
nya semasa hidup...

Iaitu antaranya 7 keadaan...

1.Berpaling dari arah Kiblat...

-Ia seseorang yang mempunyai kepercayaan yang salah
semasa hidupnya...

2.Semua kuku tangan dan kaki mencengkam bumi...

-Ia berbuat kesalahan bersangkutan dengan sesama
manusia...

3.Menjadi batu hitam...

-semasa hidup...ia durhaka kepada ibu bapanya...

4.Perutnya menjadi buncit...penuh ular bisa dan berbau
amat busuk...

-Semasa hidupnya...ia seorang peminum arak...

5.Mengalir darah...nanah...dan lain-lain daripada tiap-
tiap liang roma dan lubang pada badannya...baunya lebih
busuk daripada bau bangkai...

-Ia berzina semasa hidup...

6.Mayatnya bertukar menjadi babi...

-orang yang meninggalkan solat...

7.Cantik..putih kuning...senyum manis dan berbau harum...

-Tanda keimanan semasa ia masih hidup...

( Daripada catitan 1987 )...Wallohu a'lam.

KALAU JIN MASUK BADAN...

Kalau jin nak masuk ke dalam badan manusia
maka mesti ada laluannya...

Kalau dah ada laluan dan masuk badan...maka
jin itu akan buat penempatan ( tempat tinggal )
dengan mengumpulkan angin berbisanya di -
mana-mana saja bahagian badan yang sesuai
padanya...

Semakin lama angin bisanya itu akan bertambah
padat dan tebal...dan ia seperti seseorang yang
sampai ke suatu tempat lalu mendirikan pondok
kemudian pondok akan berganti rumah papan
dan akhirnya rumah papan itu akan menjadi
rumah batu...malah sekaligus menjadi kubu.

Ini sebabnya rawatan awal sangat penting...
kerana semakin kukuh kediamannya...maka se-
makin mencabar untuk menghancurkan jin itu
yang pastinya akan berlindung dalam 'kubu'.

kalau dah ada penempatan tetap...maka jin itu
akan membuat laluan dan penempatan baru.
Tujuannya agar ia lebih bebas bergerak dan ber-
operasi...dan guna lainnya adalah sebagai laluan
untuk melarikan diri juga tempat persembunyian.

Bahagian yang sering menjadi tempat persembu-
nyian antaranya ialah tulang belakang...belakang
telinga...ketiak...ke bahagian kaki dan tangan...
dan sebagainya...

Ketika seorang perawat merukyah seorang kanak-
kanak lelaki...jin ada dalam kepalanya...
tapi bila perawat itu menekan ubun-ubunnya den-
gan jari telunjuk...kanak-kanak itu tak terasa jar-
um menyucuk sebagai sepatutnya...
maka perawat itu berkata...''engkau tak ada jin".

Bila kemudiannya saya bertanya pada kanak-
kanak itu...ia beritahu jin itu masih ada tapi ber-
sembunyi pada hujung jari kaki kirinya...

wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Jin Barah Dan Batuk...

Seorang rakan menceritakan...ada seseorang yang
tiba-tiba mengalami ketumbuhan pada salah satu
organ dalam badannya...di mana munculnya secara
tiba-tiba...

Beberapa bulan lalu...ia dikesan Pihak Hospital cuma
sebesar biji guli...tapi kini ia sudah sebesar bola tenis.

Namun secara pandangan rohaninya...rakan itu nam-
pak satu makhluk...berupa lembaga hitam dan bertel-
inga panjang dan bentuknya runcing ke atas yang
tinggal dalam ketumbuhan itu.

Iaitu...ketumbuhan itu bukan ketumbuhan biasa...
sebaliknya dari sebab gangguan jin.

Kemudian pada seseorang lain...yang tiba-tiba mula
mengalami batuk-batuk yang berpanjangan dengan
rasa gatal yang teruk pada kerongkongnya..
rakan itu 'nampak' suatu makhluk seperti binatang
yang juga bertelinga runcing...berwajah seperti babi...
dan bulu badannya agak 'keriting' seperti bulu biri-
biri...tapi tajam seperti jarum...yang banyak dan
duduk bertindih-tindah dalam dada orang orang
tersebut...

Bulu 'binatang' itulah yang menyebabkan rasa amat
gatal pada dada dan kerongkong orang tadi...

Untuk jangka masa panjang...batuk berpanjangan itu
akan mengakibatkan pendarahan dalam dada...
dan biasanya juga ia kan menyebabkan seseorang itu
muntah darah...

Namun ada sesuatu yang menarik di sebalik 'penyakit'
kedua-dua mereka...
iaitu ia adalah kesan pembalikan sihir yang mereka
upah seseorang untuk menjahanamkan seseorang lain.

Cuma kebetulannya...sasaran mereka itu mengamal-
kan sejenis Tenaga Dalam yang berteraskan kepada
amalan membaca Fatihah setiap pagi dan petang...
sambil membaca banyak-banyak Ayat Kursi ketika
ia tiba-tiba merasa kurang sedap badan tanpa sebab
yang munasabah...

Ia mula rasa 'lemas badan' sejak zuhur...dan ketika
berdoa selesai Solat Maghrib...sebaik saja terdetik
dalam hatinya perkataan ..."ada serangan sihir"...
tangannya tiba-tiba membuat beberapa kali gera-
kan menikam ke hadapan...

Ketika itu ia sempat melihat satu kilatan cahaya
putih dari arah tangannya...yang 'menghentam' ke-
arah jendela...iaitu menunjukkan ada sesuatu di-
sana...( biasanya serangan sebegini menyasarkan
kepada makhluk berbangsa jin...dan dalam kes ini
kemungkinan besarnya jin sihir }.

Kesimpulannya...'penyakit' itu adalah kesan pem-
likan sihir yang mereka upah pada bomoh untuk
menganiaya orang lain yang kebetulan ada perta-
hanan diri secara Doa dan pernafasan ( Tenaga
dalam )...

Oleh kerana ia adalah pembalikan dari Tenaga
Dalam...penyakit itu sukar di ubati kecuali empu-
nya tenaga itu berniat menarik balik tenaganya...
kerana bila ia meniatkan sihir itu balik kepada
tuannya...maka orang yang terkena balikan itu
hakikatnya bukan hanya sekedar mengalami
serangan jin..,tapi juga kekuatan tenaga dalam...

(Untuk sementara ini...hanya sampai di sini ceri-
tanya yang dapat di ketahui...Insya Allah jika ada
cerita selanjutnya...atau ada ceritanya yang pada
pendapat saya 'melencong' kita akan kongsi bersama
kelak...ini adalah cerita dari rakan 3 hari lalu..)

Walloohu a'lam.

Khamis, 20 Mei 2010

Al Hikam...Jaga Rahsia mu...Atau Engkau dipandang Hina...

Tak akan ada kehormatan diri
orang yang tak ada rahsianya...

Tanpa rahsia...engkau akan di-
perlekeh oleh kawan dan juga
lawanmu...

Wallohu a'lam.

Al Hikam...Orang Yang Patut Engkau Takuti...

Bukan orang yang membencimu itu yang
patut engkau takuti...

Tapi orang yang patut engkau takuti itu
ialah orang yang banyak memegang
rahsiamu...

Wallohu a'lam

Al Hikam...Sebab Engkau Lemah...

Keinginan hatimu kepada sanjungan dan
penghormatan...

...tidak akan menambahkan kepada engkau
kecuali merasa takut dan lemah terhadap
celaan dan penghinaan daripada sesama
manusia...

Wallohu a'lam

Selasa, 18 Mei 2010

AL HIKAM...Engkau Sungguh Aneh...

Engkau sungguh aneh...
Engkau nampak masa depanmu
sepuluh tahun akan datang...

Dan engkau merancang serapi-
rapinya kehidupanmu...
padahal belum tentu usiamu
mencapai waktunya...

Tapi engkau selalu lupa...
tanah di bawah tapak kakimu...
yang pasti engkau sampai padanya...

Dan engkau selalu lupa...
apa yang akan engkau bawa...
ketika tubuhmu kembali padanya...

Dan rohmu...
yang akan kembali kepada penciptanya...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...7 Perkara Dalam Bala...

Iaitu 7 perkara yang ada dalam bala...

1.Sebagai pembalasan di dunia sebelum mendapat pembalasan
yang lebih dahsyat di Akhirat kelak...

2.Allah mahu menguji keimananmu...adakah engkau bersungguh-
sungguh dalam kehambaanmu...

3.Peringatan Allah terhadapmu...agar engkau insaf dan kembali
mencari keredhaan Allah...

4.Kifarah...iaitu pembalasan yang disegerakan di Dunia...dan di-
Akhirat kelak engkau mendapat keselamatan daripada azab
yang sangat hebat...

5.Seseorang yang bakal menjadi ahli Syurga...tapi Allah mengkhen-
daki untuknya tempat yang lebih tinggi...sedangkan amalannya
tak bertambah...

...maka Allah akan mengujinya dengan bala...hingga ia layak kepada
kurniaan Allah iaitu darjat yang lebih tinggi di Syurga...

6.Sebagai peringatan dan pengajaran untuk orang lain yang mahu
berfikir...

7.Tuhan mahu mengambil semula sesuatu yang sangat engkau sukai
...sangat engkau senangi...dan sangat engkau cintai...yang melalaikan
dan menjauhkan engkau dari Allah...

...dan kerananya engkau kehilangan sesuatu yang sangat besar erti-
nya bagimu...tapi sangat kecil berbanding dengan keredhaan Allah
yang engkau peroleh dari sebab kehilangannya...

Namun apa pun bentuk bala yang menimpa seseorang ada sesuatu
yang ada dalam semua bala...
iaitu peringatan kepada hakikat engkau diciptakan...

Maka kerana itulah peri pentingnya ilmu...kerana engkau umpama
pengembara di malam hari...dan ilmu itu penyuluhnya...
tanpa cahaya...engkau akan terus sesat dalam kegelapan...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 14 Mei 2010

...Berakhirnya Kehidupan...

Betapa ramai...
orang yang merebahkan diri di katil
dan bantal empuk di malam hari...

Tapi esok pagi...
Ia terdampar di katil besi di bilik mati...

Betapa ramai...
orang yang bangun menikmati indahnya
mentari pagi...

Tapi petangnya...
ia tak kelihatan di mana-mana lagi...

Dan betapa ramai...
orang yang berketawa ria bersama teman
-teman di siang hari...

Tapi malamnya...
jasadnya terbujur kaku dikelilingi keluarga
dan sanak saudara yang menangisi...

Betapa ramai orang yang memandang jauh
ke hadapan...

Padahal kematiannya cuma tinggal sesaat
merenggut kehidupan...

Yang ada padamu itu adalah antara dua
bekalan...

Iaitu bekalan untuk hidupmu..dan bekalan
untuk matimu...

Renungkanlah...

wallohu a'lam

...'Rahsia' Sup Kenduri...

Rakan ini adalah antara salah seorang tukang masak
sup yang paling handal dalam kampung...

Setiap kali ada kenduri...bila-bila masa ia akan datang
kalau dijemput oleh tuan rumah untuk memasak sup
secara percuma dengan semangat gotong royong se-
kampung...

Biasanya selepas sup masak...ia akan tinggalkan agar
semua orang dapat menyeduk sup masing-masing...

Cuma kali ini...rakan itu lebih rajin dan komited...walau-
pun sup dah masak...ia masih mengacaunya...malah
tolong menyeduk sup pada siapa saja yang nak merasa
...hinggalah sup itu tak sampai pun setengah belanga lagi...

Di hadapan rakan-rakan lain yang sedang enak menikm-
ati sup masakannya...tiba-tiba rakan itu berjaya menye-
duk keluar 'sesuatu' dari belanga...

Patutlah ia sanggup duduk lama-lama di situ...rupa-rupa-
nya rakan itu sedang sibuk mencari gigi palsunya yang ter-
jatuh ke dalam sup semasa memasak tadi...

wallohu a'lam.

DUNIA MISTERI...Dilawat 'Roh' Orang mati...

Ketika mula dirukyah...rakan itu merasa tubuh-
nya dilapisi oleh suatu lapisan tubuh halus...

Setelah dirukyah selama 15 minit...lapisan aneh
itu hilang...dan ia dapat merasakan ada makhluk
halus tinggal dalam rusuk kanannya...

Rakan itu beritahu...makhluk itu sudah lama nak
keluar...tapi tak ada laluannya.

Mungkin itu yang makhluk halus berkenaan bisik-
kan kepadanya...tapi ia hanyalah satu tipu jin helah
untuk terus tinggal dalam badan...

kalau ada jalan masuk..tentu saja ada jalan keluar-
nya....

Saya dapati ada laluan pada kaki kiri...maka saya
menarik makhluk itu keluar melaluinya...

Dalam keadaan sedar tapi menutup mata...rakan
itu memberitahu...ia nampak datuk yang sudah
meninggal sejak 19 tahun lalu datang kepadanya...
tak lama kemudian...neneknya yang sudah menin-
ggal sejak 23 tahun lalu pula menyusul...

'Mereka' datang dari rumah lama yang masih pada
bentuk asal...padahal ketika itu rumah itu sudah di-
tambah besar dan di ubahsuai...

Tak lama kemudian..moyangnya yang sudah meni-
nggal sejak lebih 40 tahun lalu juga datang sambil
tersengih-sengih...
dimana ketika hidupnya...moyang itu adalah se-
orang tinggi ilmu kebatinannya...

Ada kisahnya yang menceritakan bagaimana
moyang itu pernah menyerang dan membunuh
tentera Jepun hanya dengan bersenjatakan
pedang dan peluru senapang tak memberi
sebarang kesan pada tubuhnya..

Dalam keadaan begini...tak perlulah nak pening
kepala...walaupun 'orang-orang' yang dah
meninggal dunia datang 'melawat'...

Sebenarnya ia adalah hanyalah jin saka yang
tinggal pada bahagian otak belakang...dan pada
otak depan (di dalam dahinya)...
iaitu menunjukkan ia bukan saja nampak jin...
tapi juga sering mengalami mimpi-mimpi aneh.

Setelah ditarik keluar...kelibat makhluk-makhluk
hilang tak kelihatan lagi...

wallohu a'lam.

Rabu, 12 Mei 2010

19 CARA JIN MENGHALANG REZEKI...

Iaitu cara jin menghalang rezeki seseorang manusia teruta-
manya manusia yang didampinginya...
samada jin ini adalah jin saka...jin sihir...atau jin yang datang
atas sebab-sebab tertentu...

Iaitu...

1.Anda tak minat belajar...dan anda tak minat nak cari kerja
tanpa sebab yang munasabah...

2.Anda tak mampu bertahan dalam keadaan terikat kepada
sebarang undang-undang atau peraturan...maka anda tak
berminat nak berkerja...

3.Anda tak suka diarah-arah...sangat mudah rasa dicabar...
mudah meluat...tak tentu pasal...

4.Sukar tidur malam...maka siangnya sentiasa rasa letih dan
mengantuk...

5.Sakit-sakit badan tanpa sebab yang munasabah...terutama
ketika bangun pagi...

6.Selalu bingung...pelupa...maka anda tak dapat merancang
kegiatan hidup sehari-hari sebagaiman sepatutnya kemamp-
uan sebenar anda...

7.Sakit yang tak munasabah...tanpa tanda-tanda awal...atau
tanpa punca yang pasti...

8.Tak dapat bertahan lama tinggal pada satu tempat di luar
kampung halaman...maka ada orang sanggup berhenti belajar
atau bekerja semata-mata kerana nak pulang kampung...

Semua gejala di atas adalah gangguan biasa...terutamanya dari
gangguan saka...yang secara tak langsung menyekat atau mem-
bataskan perancangan dan kemampuan seseorang dalam
berusaha...

Manakala antara yang berkaitan secara langsung dengan rezeki
adalah...

1.Cepat merasa bosan dengan kerja...dan bagi orang yang rajin
bekerja pula...akan sentiasa bertukar-tukar pekerjaan...

2.Duit tak dapat dikumpul...asal saja ada duit...ada-ada saja nak
beli sampai habis tak tersimpan...

3.Duit habis...tapi anda sendiri tak ingat ke mana anda belanjakan.

...dan sebagainya...

Kalau anda berniaga sendiri...

1.Duit hilang...samada kerana 'hilang dari peti simpanan'...atau
'hilang' semasa berbelanja...iaitu duit dah dikira cukup...tapi apabila
diguna...duit tak cukup...

...iaitu barang-barang belum dibeli semuanya tapi duit dah habis...
dan bukan kerana salah kira harga ...dan sebagainya...

2.Air muka anda kelihatan gelap...tak menarik...orang yang mem-
andang rasa kurang selesa...seolah-olah ada sesuatu yang tak
kena dengan anda atau dengan mereka...

3.Premis anda kelihatan 'suram'...dan pelanggan akan rasa nak men-
gelak sebaik saja melintas atau melihatnya...

4.Pelanggan nak melangkah ke premis anda...tapi seolah-olah ada
'kuasa' yang tak kelihatan melencongkan arah anda ke tempat atau
premis sebelah...

5.Pelanggan melihat pintu premis anda tertutup...padahal sedang
dibuka...terutamanya pada pandangan dari jarak yang agak jauh...

6.Pelanggan seolah-olah tak nampak premis anda...samada tak nam-
pak itu kerana tiada perhatian...atau betul-betul tak nampak seolah-
olah premis anda tak ada...

7.Pelanggan rasa tak selesa dalam premis anda tanpa sebab yang
munasabah...

8.Anda panas baran tak sabar melayan kerenah pelanggan...atau
merasa benci kepada mana-mana pelanggan tanpa sebab yang
munasabah....

Dan sebagainya...

Kalau gangguan saka biasanya segala masalah itu adalah pada diri
anda...dan kalau sihir...masalah itu pada premis anda...
dan kalau kedua-duanya ada...bererti anda bukan hanya mengha-
dapi masalah dengan diri sendiri...tapi juga dengan premis anda.

Namun pada hakikatnya...jin hanya mampu berusaha...sedangkan
hakikat rezeki setiap manusia itu sentiasa dalam ketentuan Allah.

Kalau Allah mengkhendaki untuk mengurniakan seseorang maka
tak akan ada sesiapa pun yang akan dapat menghalang...

Cuma pada adat biasanya...kalau 'sakit' maka hendaklah berubat
dan selebihnya serah pada Allah....

Wallohu a'lam.

Ahad, 9 Mei 2010

DUNIA MISTERI : Manzil vs Jin Kebal...

Ketika hari pertama mula mengamalkan Ayat Manzil
saya mulakan pada waktu Subuh...kemudian selepas
Solat Maghrib...

Ketika masuk waktu Isya'...seluruh tubuh mula rasa
panas membahang...dan berterusan hingga ke sepan-
jang malam...

Saya membasahkan kain dan sapu pada badan sambil
menghadap kipas...baru rasa lega sedikit...tapi hanya
untuk beberapa minit sebelum terasa membahang se-
mula...

Sia-sia saja usaha saya...malah kalau pergi mandi pun
sejuknya semasa disiram air saja...sebelum panas itu
terasa membahang dari dalam tubuh...

Sepanjang malam..badan terus merasa panas...dan
hanya hilang pada waktu Subuh...

Begitulah keadaannya selama hampir sebulan...masuk
saja Waktu Maghrib...tubuh mula rasa panas memba-
hang...dan selama itu saya terus mengamalkan Ayat
Manzil...selepas Solat subuh dan Maghrib...

Akhirnya panas itu hilang begitu saja...dan ketika itu
pun saya masih tak faham punca tubuh rasa panas...

SEBENARNYA...saya pernah membeli talipinggang
kebal dari seorang penjual keris dari Tanah Seberang.

Bertahun-tahun saya menyimpannya dalam bilik...
saya tak pernah yakin 'khasiatnya'...hanya untuk suka-
suka...lagi pun hadiahnya cuma rm88...cara terimanya
pula dengan doa yang halal...

Bila saya tinggalkan bilik dalam keadaan berkunci...
setiap tengah malam...ahli kelurga bilik sebelah men-
dengar macam-macam bunyi didalamnya...iaitu seperti
suara orang bercakap...berjalan dan memindahkan
barang-barang...

Ia adalah aktiviti dari jin tangkal kebal...dan selama itu
rupanya ia juga mula meresap masuk ke dalam tubuh...
kerana itu tubuh rasa panas membahang...apabila angin
bisanya mula terbakar dan terhakis...oleh amalan mem-
baca Ayat Manzil...dengan izin Allah...

Sebelum saya membuang tangkal itu kedalam sungai
Liwagu...saya membukanya...dan mendapati tulisan
yang dulu pernah di dakwa oleh penjualnya sebagai
Ayat-Ayat Qur'an..hanyalah huruf-huruf asing yang
berbentuk seperti cacing-cacing...

Dan untuk waktu Asar hari itu dan hari esoknya...saya
mengesan serangan...dan ikut rasa hati...ia adalah ser-
angan jin tangkal yang nak membalas dendam kerana
dibuang setelah lama 'dijaga'...yang dahlah tak ada fae-
dah...nak makan tuan pula tu...

Wallohu a'lam.

DUNIA MISTERI : Di Ambang Maut...?

Ia adalah mengenai suatu wap panas yang keluar
dari ubun-ubun...

Iaitu apabila seseorang mengalami gangguan jin...
ia boleh di ketahui dengan wap panas yang keluar
daripada ubun-ubun...terutamanya sebelum ia di-
rawat...

Biasanya ia boleh dikesan pada seseorang dengan
meletakkan tapak tangan 'anda' di atas ubun-ubun
nya...anda dapat merasakan bahang panas yang
naik keatas...

Cuma setakat yang saya tahu sekurang-kurangnya
hingga ke saat ini...'anda' adalah seorang pengamal
tenaga dalam...atau ada amalan pendinding diri dari
doa-doa...dan...maaf...saya belum pasti lagi tentang
siapa semuanya 'anda' itu...

Apabila seseorang itu mengalami gangguan jin...
lebih-lebih lagi bila ia telah sampai ke peringkat ten-
at...tapi tiada wap panas yang keluar dari ubun-ubun
nya...seolah-olah ia menandakan jasad seseorang itu
sudah menghampiri 'tarikh lupusnya'...

Umpama bateri...kalau cahaya mentol dah semakin
malap...maka bateri itu sedang menghampiri 'masa
penutupnya'...

Seorang rakan...dari masa dikesan 'hilang' wap
panasnya...ia hidup tinggal seminggu lebih saja lagi...

Dan seorang lain...ia dikesan genap seminggu...sebelum
meninggalnya...dan ustaz menyatakan...ketiadaan wap
panas itu menandakan 'auranya' sudah cukup lemah...
dengan kata lain...kekuatan tubuhnya sudah sampai
ke peringkat cukup lemah...

Mungkin semuanya cuma kebetulan...atau ada rahsia
lain...cuma mungkin sebaiknya kita ingat...jasad kita
adalah pakaian sementara...dan pasti akan sampai ke-
saat 'tarikh lupusnya'...menandakan sudah sampai masa-
nya kita meninggalkan Alam Dunia ini...dan berpindah
ke alam yang baru...iaitu Alam Barzakh...

Wallohu a'lam.

20 TANDA JIN ISLAM ITU SYAITAN....

Iaitu anda berdamping atau didampingi...atau ber-
sahabat dengan jin...

...dan jika ada antara tanda-tanda berikut..maka
jin dampingan atau sahabat anda itu...
adalah syaitan...

1.Hubungan itu bersyarat...seperti anda mesti ber-
tapa...berpuasa...berzikir dengan zikir tertentu...
wajib solat dan sebagainya...

Kalau anda tak buat...maka jin itu tak akan men-
dampingi anda...

Iaitu secara tak sedar...anda tak ikhlas beribadah...
melainkan 'kerana nak bersahabat...atau nak dam-
ping jin...(syirik besar).

2.Jin itu merasuk anda tak kira walau apa pun jenis
rasukan...kerana tak halal jin masuk kedalam jasad
manusia...

Perumpamaannya...sedangkan orang menceroboh
rumah kita pun...kalau kita mati kerana nak mem-
pertahankan diri...keluarga atau harta...maka...
mati syahid...ertinya wajib kita pertahankan...

...inikan pula makhluk halus yang menceroboh masuk
jasad manusia...dan kalau anda membunuhnya secara
suka-suka pun...Islam tak menyediakan sebarang
hukum jenayah kepada anda...

3.Anda mula nampak jin...mendengar suara atau bisikan
halus...atau mengetahui perkara-perkara yang sepatut-
nya tak dapat diketahui oleh manusia biasa...

...iaitu antara tanda-tanda pencerobohan jin ke dalam
diri manusia...

4.Anda mulai selalu rasa pening...sakit...panas...kebas...
atau berat pada bahagian kepala tanpa sebab yang muna-
sabah...menunjukkan kemasukan jin atau angin bisa jin...

5.Anda rasa berat pada anggota atau...sebahagian...atau
keseluruhan tubuh...tanpa sebab yang munasabah...

6.Anda mulai mendapat apa juga jenis petunjuk dalam
mimpi...iaitu jin mendatangi anda dalam mimpi...

7.Jin itu mencampuri urusan dalam hidup anda...tak kira
dalam segi apa pun...samada yang terang jahatnya...atau
berbentuk baik termasuklah membangunkan anda untuk
mengerjakan solat...

Penipuan jin...adakalanya tak bersistem langsung...tutup
mata saja pun...anda tahu jin itu penipu...

Tapi kadang-kadang ia sangat menggalakkan anda ber-
buat baik dan rajin beribadah...
sedangkan dalam masa-masa itulah anda akan mula rasa
pasrah menerimanya...kerana menyangkanya makhluk
yang baik-baik...

...dan jin itu akan mula meresapkan angin bisanya ke dalam
jasad anda...dan merosakkan anda dalam diamnya...

Akhirnya anda akan mendapati...anda sedang berada dalam
'mulut syaitan'...

8.Anda perlu menyediakan sesuatu kepadanya...samada asap
-asap...pakaian...tempat tinggal...tempat perjumpaan...
hidangan makan minum dan sebagainya...

Iaitu anda memberi sebarang khidmat kepadanya...dan dengan
kata lain...anda berkhidmat kepada jin...

Sedangkan Khalifah Allah atas muka bumi ini...adalah manusia
tapi sebaliknya anda merendahkan darjat khalifah anda kepada
jin...
iaitu makhluk yang sangat jauh lebih rendah darjat kejadian-
nya daripada manusia...anda mengubah hukum Tuhan...

9.Anda perlu menyeru...memuji atau memandang tinggi kepada-
nya...iaitu anda menghormati jin...

10.Anda mulai sakit dan berperangai ganjil yang sebelumnya tak
ada...

11.Anda mulai malas kerja atau malas belajar...tanpa sebab yang
munasabah...

12.Anda mulai jadi pemanas dan sombong tanpa sebab yang mun-
asabah...suka bertengkar atau bergaduh...

13.Anda mula suka 'test power' tak tentu pasal...semata-mata ker-
na suka-suka atau kerana tak mau kepandaian anda itu tak terguna
atau semata-mata kerana nak berbangga diri...

Atau kerana ada desakan halus dari dalam diri...iaitu daripada hasu-
tan jin...

14.Anda mula rasa diekori atau dijaga oleh makhluk halus...iaitu jin.

15.Makhluk halus itu mengaku sebagai malaikat...orang-orang soleh
...roh manusia yang sudah mati atau masih hidup...dewa-dewa dan
sebagainya...

16.Makhluk halus itu berkeliaran dalam rumah anda...atau mendiami
salah satu ruang dalam rumah anda...

17.Mahkluk itu mendatangi atau mendampingi salah seorang ahli
rumah anda...

18.Anda suami isteri mula tak aman...asyik bertengkar...bergaduh...
cemburu buta...atau hati panas tak tentu pasal...

Malah kadang-kadang...makhluk itu berusaha menghancurkan rumah
tangga orang yang didampinginya...agar tak ada orang nak kacau daun
dia 'nak jaga' manusia dampingannya...

19.Anda perlu mematuhi pantang-pantang tertentu...kalau tak...anda
akan menghadapi tindakan disiplin dari 'bapak jin'...

20.Jin itu suruh anda buat itu dan ini...tak kira apa pun perkaranya...
tapi yang nyata anda dah jadi orang suruhan jin...

...dan sebagainya...Iaitu anda mula mengalami berbagai tanda-tanda
gangguan jin...sebaik saja anda berdamping...didampingi...atau
bersahabat dengan jin...

Dan walaupun jin itu mengaku dirinya orang-orang soleh...atau jin
Islam...tapi jin anda itu adalah syaitan...

Pada peringkat awal...anda akan sesat akidah...dan hujungnya...
jasad anda akan jadi 'mamahannya'...

Sayangi diri...keluarga dan keturunan anda...jauhi jin...jauhi syaitan...

Wallohu a'lam

Nota.

1.kalaulah anda mampu mengusir jin tanpa perlu membunuhnya...
itu rasanya lebih baik daripada membunuh semata-mata.

2.Tapi kalau anda hanya buat apa yang anda mampu...dan tak tahu
atau tak sedar ia menyebabkan pembunuhan jin...tak apa...darurat.

3.Yang terbaik...kalau anda mampu berdakwah kepadanya...tapi...
kalaulah anda betul-betul tak tahu apa pun 'teknik' selain daripada
teknik yang akan menyebabkan jin terbunuh semata-mata...silakan.

4.Yang penting...yang terbunuh itu adalah jin dalam badan...dan jangan
sekali-kali yang ada dalam lubang...pada pokok-pokok kayu...batu...
iaitu jin yang tak mengganggu manusia....

...tapi kalau ia sengaja mengganggu atau menyerang manusia dari tem-
pat-tempat tersebut...mana-mana sajalah...kalau hidup...hiduplah...
kalau terbunuh...siapa suruh cari pasal dengan khalifah Allah...

5.Kemudian satu lagi tanda jin itu adalah syaitan adalah hubungan ber-
alat...iaitu anda berhubung dengan jin melalui pemilikan sesuatu senjata
...cicin...batu...tongkat...tangkal dan sebagainya...

Iaitu anda tahu alat itu ada jin penjaganya...dan anda sengaja menyimpan
atau menggunakannya...dan berharap bantuan jinnya...

Pemilikan alat-alat syarat sangat mendorong seseorang itu berharap
kepada 'power' alatnya terutama apabila terjadinya sesuatu kecemasan...
dan ia adalah syirik besar...srta sebahagian daripada kerja syaitan...

wallohu a'lam.

Sabtu, 1 Mei 2010

36 TANDA ANDA MENUNTUT ILMU SIHIR...

Iaitu tanda-tanda anda menuntut ilmu sihir iaitu
termasuk ilmu yang anda anggap bukan ilmu sihir
kerana ia mungkin hanya menggunakan ayat-ayat
Qur'an atau zikir-zikir tertentu...

Biasanya tanda-tanda ini mula muncul ketika anda
mula beramal...atau setelah beberapa lama meng-
amalkannya...iaitu...berbagai gejala yang tak ada pen-
jelasan munasabah...

1.Tapak tangan dan tapak kaki menjadi panas.

2.Atau rasa sejuk...terutamanya yang mula menjalar
dari kaki...dan sejuknya mungkin hanya pada tapak...
atau mungkin hingga ke betis dan sebagainya...

3.Kepala rasa panas...sedangkan anda rasa sihat...

4.Mata rasa panas...merah...dan anda bukannya sakit
mata...

5.Seluruh tubuh...atau sebahagian...menjadi panas...
samada sepanjang masa atau pada masa-masa ter-
tentu...

6.Anda menjadi panas baran...iaitu marah mendadak
dan tak kena tempat...
(...kalau anda ada jin dampingan tak kira dari mana...
anda juga boleh jadi panas baran kalau mengamalkan
ilmu yang membuat jin itu kepanasan atau kesakitan
tapi panas baran ini akan hilang apabila jin itu mula
terlepas penguasaan terhadap diri anda...)

7.Sukar tidur malam samada kerana terus rasa segar
atau sangat letih tapi tak dapat tidur...atau kerana
resah gelisah berpanjangan tanpa sebab munasabah.

8.Anda mula bermimpi ganjil...atau mimpi buruk
yang berulang-ulang...seperti mimpi terbang...jatuh...
berguru...didatangi seseorang...bertarung...diserang...
dan sebagainya...

9.Selalu didatangi seseorang atau suatu makhluk
aneh ketika anda mula terlelap...iaitu ketika antara
tidur dan jaga..

10.Anda seperti sedang makan...padahal anda sed-
ang lena...

11.Anda menjadi pendiam...suka berkhayal dan ber-
sendirian buat hal sendiri...hilang minat belajar atau
kerja sekiranya gangguan lebih kuat...

12.Anda mula merasa bingung...pening atau sakit
kepala tanpa sebab yang munasabah...

13.Air muka sentiasa tegang...atau mungkin seperti
orang marah tanpa sebab munasabah...

14.Tiba-tiba nda suka menguji dan mengeji orang
lain...

15.Anda mula mengalami rasa berdebar-debar...
gelisah atau takut tanpa sebab yang munasabah...

16.Anda mula merasa takut...benci...pada seseorang
tanpa sebab yang munasabah...

17.Anda mula merasa berat dan letih mengerjakan
solat...

18.Anda mula merasa takut membaca ayat-ayat
Qur'an tertentu...

19.Anda mula merasa takut atau benci pada suara
Azan solat...

20.Anda mula mengalami apa saja gejala rasukan
samada semasa anda jaga atau ketika anda sedang
tidur...

21.Anda mula nampak lintasan-lntasan...bayangan
atau makhluk-makhluk halus (jin)...

22.Anda mula mendengar bisikan atau suara-suara
halus...samada diluar telinga...dalam telinga...dalam
kepala...dalam dada...dalam rusuk...atau anda mung-
kin tak dengar...tapi sekedar merasa bisikan-bisikan
halus...

23.Anda mula berubah perangai tanpa sebab yang
munasabah...

24.Anda mula rasa menyombong...pantang dicabar
atau mungkin juga suka mencabar ilmu orang lain
tanpa sebab yang munasabah...

25.Tiba-tiba anda merasa benci dan cuba mengha-
lang sesorang lain dari solat..membaca Qur'an...dan
sebagainya...

26.Anda mula tak memperdulikan orang lain...ter-
masuk keluarga...rakan-rakan...dan sebagainya ker-
ana asyik dengan hal diri sendiri...

27.Mata mula meliar...juga ada gejala merenung se-
seorang lain sedangkan anda sendiri tak atau sebab-
nya...

28.Ada benda keluar masuk...atau masuk tinggal
dalam tubuh...

29.Ada benda bergerak dalam tubuh...samada ber-
bentuk smut-semut...cacing-cacing...angin...hawa
panas dan sebagainya...

30.Anda kepanasan meminum air Yasin...dan se-
bagainya.

31.Anda mula hilang selera makan tanpa sebab
yang munasabah...

32.Selalu rasa meremang bulu tengkuk...atau bulu
roma...sebahagian atau seluruh tubuh...

33.Kadang-kadang anda rasa tubuh anda menge-
mbang menjadi besar...

34.Anda mula sensitif terhadap orang lain...atau tem-
pat-tempat yang dihuni jin...anda akan mengalami
berbagai gejala dan bentuk tindakbalas...

Juga terhadap orang yang ada pendinding diri...

35.Anda merasa kebas pada sebahagian anggota...
atau sebahagian tubuh...atau keseluruhannya...

36.Selalu jatuh sakit tanpa sebab yang munasabah...

Dan sebagainya...

Anda akan mengalami mana-mana saja gejala...iaitu
bergantung kepada bentuk dan kekuatan gangguan..

Wallohu a'lam.