Rabu, 30 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN JIN CARA MUDAH...

Iaitu bagaimana anda nak pereksa diri sendiri
samada ada gangguan jin atau tiada...

Iaitu...
tapak tangan sentiasa lebih panas daripada
suhu badan...

Caranya...
lekap tapak tangan anda ke lengan sebelah...
samada tangan kiri ke kanan atau sebaliknya...

Kalau anda rasa tapak tangan anda itu panas...
sedangkan anda tak demam...
atau anda sentiasa rasa sihat sekalipun...

...bererti...
ada angin bisa dalam badan anda...

Angin bisa ini lain...dan angin biasa itu suatu
yang lain pula...

Angin bisa bererti angin yang berpunca dari
jin...atau kita boleh katakan itu kepandaian
atau auranya...

Kalau dalam badan anda ada gangguan dan
anda kuat beramal dengan amalan yang tidak
jin sukai...seperti Ayat-Ayat atau Doa...
biasanya tapak tangan bertambah panas...

Dan kalau ia berpeluh...atau anda berpeluh
di mana-mana bahagian badan atau anggota...
itu bisa yang keluar dari dalam diri anda...

Atau kalau titik peluhnya besar...
kemungkinan besar itu sebab jin keluar me-
ngikut lubang roma anda....

Kemudian tak semestinya kalau ada jin dalam
badan...anda akan jatuh sakit...
kerana ia mungkin belum sebati dengan badan
atau mana-mana anggota atau bahagian dalaman...

Tapi akhirnya ia akan membawa kepada sakit...
atau kalau anda sakit biasa...maka sakit biasa itu
akan lebih berat dan susah sembuh atau lambat
sembuh dari yang sepatutnya...

Atau anda akan mengalami gejala-gejala sakit
yang sepatutnya tidak ada...atau yang tidak sesuai
dengan sakit biasa yang di alami...

Kalau anda merasa tanda di atas...
sebaiknya anda minta ' scan ' dengan perawat-
perawat yang pakar dan tidak melencong dari
ajaran Agama...

Dan jangan sekali-kali dengan perawat jin...yang
mungkin akan menambahnya lagi samada sedar
atau tidak...

Wallohu a'lam

Selasa, 29 Disember 2009

DUNIA MISTERI...The Bodyguard...?

Malam itu saya tidur di ruang tamu
bersama seorang anak buah 8 tahun...
dikerusi panjang yang berasingan...

Sepanjang malam tidur rasa cukup rimas...
panas...sakit-sakit badan...mengereng ke-
kanan ke kiri...tidur-tidur 'ayam itik'...
sampaikan tak sempat nak bermimpi...

Esok pagi...
anak buah itu menceritakan...
sepanjang malam ia ketakutan...
dia melihat dua lembaga berkain putih...
panjang rambut tak nampak muka....

Berdiri sepanjang malam...
Satu dekat kepala...
dan yang satu lagi di sebelah hujung
kaki saya...

Begitu rupanya rasa tidur kena jaga
'bodyguard jin'...

Sampai sekarang saya tak pasti asal
usul jin tu...dan tujuannya...

Kejadian pada umur belasan tahun.

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Keris Sakti...?

Keris pendek itu hadiah dari
seseorang.

...hujungnya memancarkan satu
cahaya lurus ke hadapan...

...bila keris itu ditujukan kepada
seorang rakan dari jarak 2 meter..
dia dapat merasakan hujung keris
itu menyucuk ke kulitnya...

...kerana ada jin yang sebati dalam
badannya...

...bila ditujukan kearah seorang
rakan lain yang mengamalkan Ayat
Qur'ran sebagai pendinding...

...cahaya lurus dari hujung keris itu
melencong sebaik saja menghampiri
tubuh rakan tadi...

...dan setiap kali dihayunkan ke arah
rakan itu...

...cahaya lurus dari keris tadi sentiasa
melencong sebaik saja menghampiri
tubuhnya...

...saya hadiahkan keris itu pada Ustaz...
biar 'kesaktian' keris itu dimatikan...

...sebenarnya keris itu tak ada apa-apa...
tak ada sakti-saktinya...
hanya ada jin yang mendampingi...

...jin itulah yang ada 'apa-apa'...

...dan bahaya untuk disimpan...

...kalau tak makan tuan...
lain kali mungkin makan anak cucu...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Jin Ikut Sms...

Jam 9.00malam...

...isyarat sms HP berbunyi...

...serentak itu seorang anak buah
kelihatan terkejut...

...dan menunjuk ke arah jendela
dapur yang sedang terbuka...

...ada kelibat kepala manusia tak
bertubuh melayang di luar...

...cuma sesaat...makhluk itu hilang
menghilang begitu saja...

...ketika saya membaca sms...

...dari seorang adik yang rumahnya
200 meter jauhnya dari sini...

...dia mendengar suara tangisan
perempuan...jauh di atas rumahnya...

Sms dan bayangan kepala manusia itu
sampai serentak ke tempat saya...

Wallohu a'lam

MENGENAL GANGGUAN...Sakit Jantung 10 Tanda...

Iaitu sakit jantung dari sebab gangguan jin.

Gejalanya :

1.Anda selalu rasa berdebar-debar tanpa
sebab...

...kadang-kadang seolah-olah anda dapat
mendengar degupan jantung anda sendiri...

...atau anda rasa berdebar-debar tanpa sebab
bila berdepan dengan perawat...
atau bila di bacakan Rukyah...

2.Anda sering mengalami gejala Rasukan
Perasaan...seperti sedih...gembira...takut...
benci...marah...dan sebagainya...tanpa sebab.

3.Anda sering...atau kadang-kadang merasa
berat dada seperti dihimpit...sesak nafas...
atau sebagainya...

...tapi biasanya anda akan merasa nafas di-
tarik tak habis...nafas dilepas pun tak habis...
dan ubat biasanya tak mendatangkan kesan...

Biasanya ia datang tiba-tiba...kemudian akan
hilang sendiri...kadang-kadang cuma sekejap...
kadang-kadang ia berlangsung lama berjam-jam
lamanya...

4.Anda mengalami kesukaran mengawal per-
asaan marah...kerana ia biasanya tiba-tiba
melonjak naik tanpa kawalan....

...dan anda akan merasa sangat marah walaupun
pada perkara-perkara yang anda sendiri anggap
perkara kecil...

...kemudian rasa marah itu lambat hilang...
kadang-kadang menjadi dendam...

...biasanya anda hanya akan dapat berpuas hati
jika dapat melepaskan marah tanpa dikawal...
malah kalau boleh...mengamuk.....dan jika ditahan
...pada sebahagian orang akan merasa sakit dada...
kepala...atau seluruh badan.

...semuanya bergantung kepada tahap penguasaan
jin dalam dada seseorang...

5.Anda selalu atau kadang-kadang suka bersendirian.

...dan biasanya merasa kurang selesa atau takut
berada didepan...atau dikhalayak ramai...

6.Kadang-kadang rasa sakit pada jantung...seperti
dicucuk sesuatu...atau digenggam...atau seperti
pembuluh darah dipicit...dan sebagainya.

7.Ada juga orang yang dapat merasakan sesuatu
bergerak dalam dadanya...

...mungkin seperti semut-semut...angin...dan se-
bagainya.

...atau mungkin anda tak rasa...kecuali apabila
anda dibacakan Rukyah.

8.Kadang-kadang terasa sesuatu menyucuk dalam
dada...dan kalau lebih teruk ia terasa tembus
dari depan kebelakang dada...

9.Kadang-kadang terasa sakit dalam dada...dan ia
berpindah-pindah tempat...

10.Kadang-kadang terasa panas dalam dada...
atau seluruh tubuh...

Biasanya orang yang mengalami gangguan pada
dada akan serentak sekali mengalami gangguan
pada bahagian kepala...

Gejalanya :

1.Suka berkhayal...

2.Sangat pelupa...

3.Sukar menumpukan perhatian pada pelajaran...

4.Cepat mengantuk dimajlis ilmu...terutama majlis
Agama...

5.sering rasa pening...

6.Sering rasa sakit kepala...

7.Kadang-kadang...sering pitam terutamanya jika
gangguan cukup kuat...

Pihak Hospital :

1.Mengesahkan anda sihat...sedangkan anda rasa
sakit...

2.Mensyaki anda ada masalah jantung...tapi tak
dapat mengesannya...

3.Ubat tak berkesan.

Cuma ada keadaannya...dimana ada bangsa jin yang
alah pada dadah pengawet ubat...atau alah pada
bau ubat Hospital...

...maka ia akan keluar dari bahagian dada...
dan anda akan rasa lebih sihat...

...cuma dalam kebanyakan kes...rawatan Rohani
lebih sesuai untuk rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

Isnin, 28 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Tekanan Darah Tinggi (11 Tanda)...

Iaitu tekanan darah tinggi yang disebabkan
oleh gangguan jin...

Gejalanya :

1.Anda sering mengalami kerunsingan dan
tekanan perasaan yang datang tiba-tiba dan
tanpa sebab yang munasabah.

...kalau ada sebabnya pula...terlalu kecil ber-
banding dengan kerunsingan dan tekanan
perasaan yang anda rasa...
yang bagaikan dunia nak roboh...

...dari sebab kerunsingan dan tekanan
perasaan yang berlebihan dan tak terkawal
ini...tekanan darah menjadi tinggi...

...ertinya...
sekiranya kerunsingan dan tekanan perasaan
itu tidak ada...

...maka anda tak ada masalah tekanan darah
tinggi...

...atau tak seberat mana...bagi orang yang
memang ada masalah tekanan darah tinggi...

2.Tekanan darah tak menentu...
Sekejap tinggi...sekejap normal...sekejap tinggi
sikit...sekejap...' melambung tinggi '....

...seolah-olah dah kronik sangat...walaupun se-
benarnya tak sebegitu teruk...

3.Tekanan darah naik tak menentu masa...
bila-bila masa saja kalau dah naik...maka ia
naik tanpa sebarang amaran...

...terutamanya...bila tiba-tiba anda menjadi
runsing dan perasaan sangat tertekan tanpa
sebab munasabah...

...biasanya kalau tekanan darah tinggi normal
akan naik bila anda tersalah makan...

4.Ubat Hospital kurang...atau seperti langsung
tak berkesan...

5.Tekanan darah tiba-tiba naik...tapi kemudian
turun mendadak tanpa sebab...

...kadang-kadang tekanan darah tinggi anda
menyerang di rumah...
tapi tiba-tiba turun sebaik saja anda sampai di-
Hospital...

6.Kadang-kadang anda merasa sakit atau panas
pada tempat-tempat tertentu di bahagian dada
dan kepala...

...samada semasa sakit menyerang...atau anda
dalam keadaan normal ( tiada masalah )...

7.Penyakit bertambah teruk bila ia datang
apabila anda memakan 3 jenis makanan yang
menjadi pemberi tenaga pada jin dalam badan
iaitu telur ayam...

...termasuk bahan makanan yang ada campuran
telur ayam...
daging binatang 4 kaki...dan buah pisang...

8.Fikiran dan perasaan menjadi ringan semasa
dirukyah atau minum air doa yang sesuai...

9.Anda mengalami segala gejala tekanan darah
tinggi..tapi Pihak Hospital mengesahkan anda
tiada masalah tekanan darah.

10.Asal saja anda didatangi masalah tekanan
darah tinggi...
biasanya disertai oleh tekanan perasaan putus
asa ( hasutan jin )....

11.Anda mengalami gejala-gejala gangguan jin...
...iaitu apa saja gejala gangguan seperti sukar
tidur malam...mimpi buruk...sakit berpindah-
pindah tempat...panas badan tanpa sebab dan
sebagainya...

Wallohu a'lam.

Rabu, 23 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...12 Tanda Wanita Di Cintai Jin..

Iaitu tanda-tanda seseorang wanita manusia yang
dicintai jin jantan...

Gejala-gejalanya :

1.Wanita itu selalu bermimpi berjumpa lelaki...
samada lelaki yang sama...atau silih berganti...
samada yang di kenalinya ataupun lelaki asing...

...bagaimanapun ia mempunyai ciri-ciri yang
sama iaitu semuanya ' hensom ' dan menawan
hati...

...kadang-kadang hanya saling berpandangan...
seperti orang yang baru mula berkenalan dan
bercinta...

...atau kadang-kadang ada juga hingga ke tahap
melakukan hubungan badan...

...tapi ada juga keadaannya...bukan lelaki ' hensom '
sebaliknya makhluk-makhluk ganjil yang menakut-
kan...

...ia bergantung kepada keadaan...dan jin bagaimana
yang mengganggu...

2.Jika jin jantan itu saka keturunan...
biasanya seseorang wanita itu akan bermimpi lelaki
sejak dari kanak-kanaknya lagi...

...untuk rawatan...
wanita ini juga perlu beramal sendiri...
...kerana biasanya jin itu sangat degil...dan 'cintanya'
sampai ke mati...


3.Kadang-kadang ia didatangi makhluk ganjil...orang
asing...atau seperti rupa suaminya sendiri pada alam
antara tidur dan jaga...

...kadang-kadang hanya didatangi...atau mungkin di-
ganggu...atau buat hubungan badan sukarela...atau
mungkin wanita itu diperkosa...

4.Kadang-kadang ia merasa ada sesuatu bergerak di-
dalam saluran sulitnya...gatal atau hingga menimbul-
kan rasa birahi yang memuncak...

...ini salah satu sebab utama wanita jenis ini sangat
cenderung berbuat hubungan merata-rata tanpa
mengenal batas...

...iaitu ia sering merasa bernafsu tiba-tiba tanpa
sebab...

...dari satu segi...
ia adalah wanita manusia yang teraniaya oleh
kejahatan jin...
dan kadang-kadang di luar kawalan...

...dan rahsia utamanya...iaitu kerana jin itu turut
serta dalam hubungan badan dengan wanita tersebut.

5.Selalu atau kadang-kadang ia mengalami sakit pada
bahagian kepala...

6.Ia mudah jatuh hati kepada mana-mana lelaki...
walaupun ia telah bersuami..

...dan besar kecenderungannya berlaku curang
terhadap pasangannya...

...ia ada daya penarik tersendiri...terutama kepada
lelaki yang ada gangguan jin dalam dirinya...

7.selalu atau kadang-kadang sukar tidur di waktu
malam...

...dan siangnya ia sering merasa lemas badan...

8.Selalu atau kadang-kadang ia dapat merasa sesuatu
yang aneh masuk ke dalam tubuhnya...

9.Selalu atau kadang-kadang terbayang suatu
lembaga ganjil atau bayangan lelaki memerhatikan-
nya dari mana-mana...

10.Sukar mengerjakan solat...ada-ada saja halangan-
nya termasuk menunda-nunda hingga terlewat
masa...

11.Sering merasa lemas badan seolah-olah sangat
letih tanpa sebab munasabah.

12.Kadang-kadang di antara tidur dan jaga...ia di-
datangi makhluk menyerupai suami...atau orang
lain...atau makhluk aneh yang mengganggu atau
menyetubuhinya.

Nota :

1.Kadang-kadang ia berlaku apabila suami atau
pasangannya ada jin jantan dalam badan...
samada kerana saka...menuntut ilmu...menyimpan
tangkal dan sebagainya...

...apabila ia melakukan hubungan badan...jin tersebut
itu turut sama samada sengaja atau tidak...
maka jin itu mula ketagih dan buat 'kerja sendiri'
tanpa kawalan tuannya...

...itu antara seburuk-buruk akibat berdamping dengan
jin walau apa pun caranya...

2.Wanita yang ada gangguan ini...
kadang-kadang masa bercinta semuanya indah...
tapi setelah berkahwin jin jantan itu cuba menghancurkan
rumah tangganya kerana takut atau benci...
atau cemburu pada si suami yang...

...tapi kalau sekedar membuat hubungan tanpa ikatan...
jin itu suka...kerana ia haram...dan tiada ikatan yang
mengganggunya...

3.Bagi yang sudah bersuami...
kecenderungannya berlaku curang sangat besar...
dari sebab hasutan jin...

...ia masih mudah jatuh cinta kepada sesiapa saja...
terutama lelaki yang didampingi jin betina...

...malah kadang-kadang lelaki tersebut akan merasa
kemahuan yang sangat hebat untuk merampas wanita
itu dari suaminya yang halal...
juga dari sebab hasutan jin betina...

...kalau ia terlepas dari hasutan jin betina itu...
nescaya tak ada padanya perasaan nak berbuat jahat
pada wanita tadi...

wallohu a'lam.

Isnin, 21 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Lapisan Aura?

Seorang rakan sedang kerasukan jin saka
silat...duduk di hadapan seorang rakan
lain yang melayannya...

Rakan pelayan itu bertanya kepadanya...
...bagaimana jin itu boleh mengetahui
samada ia dapat mengalahkan seseorang
manusia itu atau tidak...tanpa perlu ber-
tarung...

Dan rahsianya...
bagi orang yang ada amalan bersih...
iaitu menggunakan zikir atau Ayat-Ayat
Quran semata-mata...
...ada satu lapisan cahaya putih yang
menyelubungi tubuhnya...

Daripada ukuran lapisan itu...ia dapat
mengukur kekuatannya samada orang
itu dapat ditumpaskan...

Dan ia dapat mengenal orang yang lebih
'kuat'...iaitu orang yang lapisan cahaya
putihnya lebih tebal...

Dan ketika disuruh menyerang seorang
rakan lain...
...rakan yang kerasukan itu memerhati-
kannya beberapa saat...
...kemudian ia tunduk sambil menggeleng
kepala..." saya tak dapat kalahkan dia..."

...saya tak ada komen...cuma itu yang ia
beritahu...Allah lebih tahu...

Wallohu a'lam.

Khamis, 17 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Serangan Jin Sihir.

awal pagi...
Seorang rakan meminta tolong.
Ketika mencapai sebiji gelas kaca digerainya ,
tiba-tiba gelas itu meletup dan berkecai .

Masih ragu-ragu...
dia mencapai sebiji gelas lagi ,
...baru menyentuh tangkainya saja...gelas itu
juga meletup dan berkecai...

Kali ini serpihan kaca yang melayang mengenai
ibujari tangan kirinya...darah memancut...
Rakan itu membungkus luka ibujarinya dengan
kertas tisu...

Ketika sampai...
saya dapati serpihan kaca dan darah di merata
lantai dapur gerainya...
...bau hamis darah memenuhi ruang...

Air yang dibacakan Fatihah dn Ayat kursi
saya percik ke penjuru-penjuru bilik dapur...

Ketika rakan itu mencapai sebiji gelas kaca...
...tiada lagi perkara ganjil berlaku...

Tapi...
di luar sana...di bawah sinar mentari pagi...
Satu bayangan hitam tinggi berlegar-legar...
...nampaknya jin itu belum berpuas hati...

Tiba-tiba rakan itu mengaduh...
dia merasa dua tusukan pisau serentak di-
belakangnya...

Ia mula menjadi lemah...mujur
dia sempat duduk dikerusi berhampiran
meja...
kalau tidak sudah tentu ia tersungkur
ke lantai...

Dalam keadaan menelengkup di meja...
rakan itu sempat beri amaran...jin itu
akan menyerang saya...

Saya tak kisah...
saya lekapkan dua tapak tangan ke-
belakangnya...untuk menarik keluar
bisa tikaman sihir tadi...

Tiba-tiba nafasnya menjadi berat dan
besar seperti nafas lembu kepenatan...

Rupanya jin itu menyelinap masuk
melalui luka tikaman sihir...dan mula
merasuknya...

Saya bacakan fatihah , Ayat Kursi dan
3 Qul...
Sebaliknya rakan itu mula menggeram.
(seperti bunyi anjing yang sedang marah)

Sebagai orang yang kurang
berpengalaman...dan jadi 'bidan terjun'
pagi itu...
bermacam perasaan datang...

Rasa nak tentang habis-habisan pun ada...
...rasa nak cabut lari menyelamatkan diri
sendiri pun ada...

Memang 'agak seram' juga kalau kita dah
tau akan menjadi sasaran serangan jin...
...jin sihir pula tu...

Tapi saya buat keputusan tak akan
mengalah begitu saja...

sementara rakan itu sudah kerasukan
sepenuhnya...

Dia cuba menggerakkan tubuh...tapi
semua sendinya telah dapat saya kunci
dengan ayat-ayat tadi...

Dia tak sanggup bangun walau se inci
pun dari kerusi...

Tapi jin ini ada 'teknik' lain...
semua kekutannya ditumpukan pada
lengan kanan...
dengan susah payah akhirnya dia dapat
mengangkat tangannya...

Dan tapak tangannya mula dihadapkan
betul-betul ke arah muka saya...

Ketika ini...rakan itu dapat merasakan
pusaran angin kuat ( aura )pada tapak
tangannya...
dan tinggal nak di 'tembak'kan saja...

Kebetulan saya baru habis membacakan
Ayat-Ayat sihir...iaitu ayat-ayat qur'an
yang mengisahkan tentang Nabi Musa AS
menentang tukang sihir Raja Fir'aun...

Dan bila saya tepukkan ke bahu
kanannya...serta merta tangan itu jatuh
terkulai...

Jin itu juga tak dapat bertahan lagi dan
lari keluar...

Tak sampai 10 minit...rakan itu pulih
hampir sepenuhnya...

ketika di rasuk tadi...dia dapat merasakan
jin itu mengalami luka parah pada bahagian
kanan belakangnya...

Tapi nampaknya serangan itu belum tamat
lagi...atau mungkin masa itu saya memang
dah 'cedera '...
cuma bisanya belum lagi terasa...

Masuk Waktu Maghrib...
saya mula rasa sakit pada belakang bahu...
rasanya seperti bekas tikaman benda
tajam...

Ketika tidur malam...
bisanya naik...bertambah sakit...
badan rasa demam panas dan lemas...
kepala pula rasa pening dan berat...

Tak dapat tidur sepanjang malam...
saya asyik berpindah kedudukan tidur...

Sampai Subuh...
tinggal sakit bekas tikaman yang terasa...
...hinggalah matahari tegak di atas kepala
barulah sakit itu hilang sepenuhnya...

Alhamdulillah...

Pagi ini serangan itu datang lagi...
tapi dah cukup lemah...rakan itu dapat
mengatasinya sendiri...

Nota :

1.Kadang-kadang bila jin menyerang...
serangan pertama itu sangat penting...
kerana kalau kena tempat dan masanya...

...orang yang diserang itu mungkin
tumbang...atau patah semangat...

Ertinya kalau belum tewas pun...
sekurang-kurangnya seseorang itu patah
...atau lemah semangat...
dan menganggap jin itu hebat...

Maka ini akan memberi kelebihan besar
kepada jin yang menyerang...

Ingat satu perkara...
kalau anda menganggap jin itu hebat atau
kuat...
...maka aura anggapan anda itu akan
menambahkan kekuatannya dalam
menghadapi atau menyerang anda .

Iaitu jin itu menumpang dan mendapat
tenaga dari kekuatan aura anda sendiri...

Wallohu a'lam

Rabu, 16 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Tanda Dunia Mendekati Kehancuran...

...dulu...
sehari...
ada 24 jam...

...sekarang...
sehari...
ada 24 jam...

...dulu...
24 jam itu...
setiap jam berlalu...
sangat terasa...

...sekarang...
24 jam itu...
umpama bayu lalu...

...malah...
seminggu...
sebulan...
setahun...
seolah masa itu hilang...
...begitu saja...

...dulu engkau kecil...
comel...kesana kemari...
pakai baju tak ada seluar pun...
...rasa tak apa...

...sekarang...
tiba-tiba...engkau sedari...
...engkau sudah sampai...
di penghujung umur...

...bila dunia semakin menghampiri...
kehancuran yang telah dijanji...
...masa berlalu semakin pantas terasa...
itulah yang hati engkau kata...
...kerana itulah yang hati engkau rasa...

...benarlah...
hidup di dunia ini...

...hanya sekedar...
dari pagi ke petang...
...atau sejam dua...
atau umpama...
...sekelip mata...

Wallohu a'lam

Selasa, 15 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Kerunsingan (6 Tanda)...

Iaitu ada kerunsingan dan keresahan
yang punca utamanya bukan kerana
perkara atau masalah yang sedang
anda hadapi...

...tapi dari sebab gangguan...bisikan
dan hasutan jin...

Gejala-gejalanya :

1.Fikiran anda sangat runsing...
perasaan anda pula resah gelisah...
seolah-olah banyak sangat perkara
nak difikir...atau nak di buat...

...tapi anda tak tau apa perkara...
atau bendanya...

2.anda sedang atau akan menghadapi
hal-hal atau perkara yang pada
pandangan anda...
...cuma perkara mudah...kecil atau
remeh temeh...

...tapi fikiran anda sangat runsing...dan
perasaan tertekan...
dan...
anda sendiri dapat merasakan ia tak
berbaloi dengan hal atau perkaranya...

3.Sukar menenangkan diri...
...iaitu anda masih dapat berfikir atau
mempertimbangkan sesuatu secara tepat
dan rasional...

...tapi kerunsingan dan keresahan tetap
rasa mencengkam...
seolah-olah kebijaksanaan anda itu tak
ada kesan motivasi dan faedahnya...

4.kerunsingan dan keresahan yang tak
berkesudahan...

...tak kira apa pun yang anda buat...malah
anda sedang ria bersama keluarga atau
teman-teman contohnya...

...kerunsingan dan keresahan tetap anda
terasa...
atau sekurang-kurangnya anda lupa
untuk sementara...

...tapi kemudiannya akan terasa semula...

5.Tiba-tiba fikiran menjadi runsing...
dan perasaan jadi resah gelisah...
...tanpa sebab...

6.Kalau anda dirukyah...
...atau minum air doa...iaitu anda
mendapat kaedah rawatan yang sesuai...
kerunsingan dan kegelisahan hilang serta
merta...

...bererti...
semua kerunsingan dan kegelisahan yang
hilang itu adalah dari sebab gangguan jin.

...kalau hanya sebahagian hilang...
maka bahagian yang hilang itu adalah dari
sebab gangguan jin...

...bagaimanapun anda perlu ambil
perhatian...bahawa jarang sekali ia akan
hilang begitu saja...

...biasanya...ketenangan itu hanya
sementara...dan bila jin yang lari itu datang
semula kepada anda...
maka anda akan merasakannya semula...

...ia boleh dirawat...tapi perlu berterusan
dan sebaiknyanya anda sendiri juga ber-
amal dengan amalan pembenteng jin dari
amalan doa dan ayat Qu'ran.

...kalau dirawat juga menggunakan jin...
asal saja jin perawat dan yang mengganggu
itu berperang...
maka anda akan rasa lebih tak tentu arah
tanpa sebab...
malah anda mungkin mengamuk...atau
rasa 'jadi gila'...

...penting sekali anda berpantang sementara
makan telur ayam...atau bahan yang ada
campuran telur ayam...daging binatang
empat kaki...juga pisang...

...kerana jenis makanan ini akan memberi
tenaga dan kekuatan kepada jin dalam
badan...

...kalau anda rasa sihat...anda boleh makan...
cuma kalau ada kesannya seperti gangguan
datang atau bertambah kuat...
maka sebaiknya anda berpantang sementara...

Wallohu a'lam.

Khamis, 10 Disember 2009

10 Antara Jalan ke Neraka...

1.meninggalkan solat wajib.

2.minum arak.

3.berzina.

4.Derhaka kepada ibu bapa.

5.Berbuat fitnah.

6.Suami dan ibu bapa yang dayus.

7.Mendapat dan memakan harta haram.

8.Berbohong ( berdusta ).

9.Ilmu sihir.

10.Dengki dan khianat.

Wallohu a'lam.

Rabu, 9 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Rasa Marah (7 Tanda)...

Iaitu perasaan marah dari sebab
gangguan jin...

Gejala :

1.Anda merasa marah...
tapi anda sendiri tak tahu...
kenapa anda merasa marah...

2.Anda tahu sesuatu itu hanya
perkara kecil...
tapi anda merasa sangat marah...

...dan biasanya anda tahu...
anda tak sepatutnya begitu marah...

3.Sukar mengawal perasaan marah...
kerana perasaan marah biasanya me-
lonjak tiba-tiba...

4.Perasaan marah lambat reda...
malah biasanya menjadi dendam...
...walaupun dalam perkara kecil...

5.Tiba-tiba anda merasa marah...
atau benci kepada seseorang...dan...
anda sendiri tau...tak ada sebabnya...

6.Kalau perasaan marah tak di-
lempiaskan...maka menyebabkan sakit
dada...atau sakit kepala...atau seluruh
badan...

7.Kadang-kadang perasaan marah itu
bermula dari sebab resah...bosan...
risau yang tak ada sebab munasabah...
atau anda tak tau sebabnya...

...dan sila rujuk kepada gejala gangguan
pada kepala dan dada...rohani dan secara
fizikal...

Wallohu a'lam

Selasa, 8 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Pandangan Mata Hati...

Pernahkah anda...
...di tengah pekan...
tiba-tiba anda tergerak hati menoleh kesatu
arah...tanpa sebab...
dan anda dapati seseorang cepat-cepat ber-
paling ke arah lain...

...ertinya sebelumnya ia sedang melihat atau
merenung anda tanpa anda sedari...

...itu namanya pandangan matahati...
iaitu mata kepala anda tak nampak...tapi mata
hati anda nampak...

...dan pernahkah anda...
berjalan di waktu malam...
tiba-tiba tanpa sebab...atau niat...
anda berpaling menoleh ke satu arah...
...dan menumpukan perhatian...sedangkan
anda tak melihat sesuatu pun di sana...

...99 peratus kemungkinan...
sebenarnya ada sesuatu berdiri di sana...
yang tak terlihat oleh mata kepala...tapi dapat
dikesan (dilihat) oleh mata hati...

...iaitu pandangan mata hati adalah suatu
gerak hati spontan tanpa alasan...tanpa sebab...

...sedangkan kalau sebelumnya anda sudah
fikir-fikir...sangka-sangka atau takut-takut...
maka walaupun ia boleh jadi pandangan mata
hati...tapi...
biasanya ia lebih kepada permainan perasaan...

Beberapa orang rakan...
berjalan malam pada satu jalan yang di kanan
kirinya belukar...

...salah seorang rakan melihat bayang-bayang
hitam bersimpang siur menyeberang jalan...

...seorang rakan lain...yang tidak nampak jin...
tiba-tiba bercakap besar...
kononnya dia tak takut apa-apa pun...

...bayang-bayang hitam yang tadinya lalu
lalang dengan arah masing-masing...
...tiba-tiba mula mengelilingi rakan yang ber-
cakap besar tadi...

...ketika itu juga...rakan itu merasa takut...
dan diam...sepanjang jalan...

...ertinya...
walaupun ia tak nampak jin dengan mata
kepala...tapi...mata hatinya nampak...
...kerana itu hatinya merasa takut...

...semua orang ada pandangan mata hati...
cuma kekuatan dan kepekaannya berbeza...

...bergantung kepada kepercayaan...
keyakinan...sikap...pengetahuan...dan
keadaan sekeliling...samada membantu...
atau membantutkan ketajaman pandangan
mata hatinya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 4 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Bola Aura Jin...

Seorang rakan...
berkata kepada jin yang merasuk seorang
wanita...

..."keluar kau dari badan perempuan ini...
kalau tidak saya tembak kau guna aura..."

..."Aura apa..." tanya jin yang merasuk...

..."Aura Dragon Ball...",

..."Bodoh!...bukan Aura Dragon Ball...
Aura Ayat Qur'an..."

Tu lah kawan tu...melawak tak kena
tempat...
...kan dah kena seranah 'Ustaz Jin'...

Tak cukup...
tiba-tiba seorang lagi rakan menyampuk
dari belakang...

"...saya tembak kau guna pancaran
Ultraman..."

"...Ultraman...? ulang 'jin' itu serius...
sambil merenung tajam...

...tiba-tiba tanpa sebarang amaran...
dengan pantas ia melontar sesuatu...
...tapi sempat di elakkan oleh rakan yang
menyampuk tadi...

...dan rakan yang duduk di belakangnya
yang jadi mangsa...

..."aduh!" sesuatu benda yang tak kelihatan
tapi panas mengenai mukanya...

...untuk beberapa minit...mukanya terasa panas...
tapi tak perlu dirawat...
kerana dia tahu merawat diri sendiri..

Wallohu a'lam

Khamis, 3 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Bola Aura...

Yang saya tahu...Bola Aura itu boleh dibuat
dengan gabungan antara pernafasan dan
ma'rifat ( membayangkan )...

...ia boleh dibuat di hujung jari...tapak tangan...
antara dua tapak tangan...dan sebagainya...

...Jam 1 pagi...
di hadapan rumah...seseorang bersama
rakannya...

...seseorang itu membaca Suroh Fatihah...
dan membuat Bola Aura berwarna putih
sebesar buah kelapa muda di atas tapak
tangan kanannya...

...kemudian bola itu di lancarkan ke
kawasan sebelah kiri rumah...tapi Bola
Aura Putih itu mengubah hala...

...pusing ke kawasan belakang rumah dan
terus menjunam laju ke satu kawasan
belukar...yang terletak di kawasan sebelah
kanan rumah...

...tak semena-mena...
satu lembaga hitam melompat keluar dari
belukar itu...
dan dengan pantas melarikan diri...

...Bola Aura Putih tadi terus membelok
dan mengejar lembaga hitam....

...hampir setengah minit...
lembaga hitam itu masih berlari seperti
terbang lajunya...
di ekori Bola Aura Putih yang masih
mengejarnya dari belakang...

...seseorang tadi membaca Ayat Kursi...
dan membuat sebiji lagi Bola Aura...
kali ini warnanya kemerah-merahan...

...dan ia melancarkan lagi Bola Aura
Merah itu...

...kali ini Bola Aura Merah itu datang dari
depan...
dan lembaga hitam itu tak sempat
mengelak lagi....

...kedua-dua Bola Aura itu serentak
melanggar tubuh lembaga hitam...
...dan satu letupan api berlaku...

...sebaik saja api letupan itu padam...
tiba-tiba lembaga hitam itu
memunculkan diri...

...mencebik bibir...dan memalingkan
muka...gaya orang menyombong...
...lalu menghilangkan diri...

...Sebenarnya kekuatan bola aura itu
bergantung kepada kualiti niat...
amalan dan latihan seseorang...

...sedangkan kehebatan sebenar
Suroh Fatihah dan Ayat Kursi itu jauh
lebih hebat daripada sekedar sebiji
Bola Aura...

Nota :

1.Biasanya Bola Aura hanya dapat di
lihat oleh Jin...

atau...
...manusia yang memandang sesuatu
dengan pandangan mata jin...(ada jin
dalam badan...
atau sekurang-kurangnya pada mata )...

Wallohu a'lam

Selasa, 1 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Si Dia Dari Alam Jin...

Ketika terjaga di tengah malam...
...ada sesuatu yang ganjil...lampu telah saya
padamkan sebelum tidur...
...tapi keadaan bilik terang benderang seperti
siang...

Ketika saya cuba bergerak...seluruh tubuh
terkunci...

Seketika...
tiba-tiba dari bahagian dinding bilik (...ada
jendela...) muncul seorang perempuan muda
berpakaian serba putih...
...melangkah masuk...terus ke arah saya...

...semakin hampir...dan saya tak dapat berbuat
apa-apa selain memerhati...

...perempuan muda itu duduk di samping...dan
perlahan-lahan baring...bersandar dibahu kiri...

...nampaknya dia sangat bahagia...
senyuman dan jelingan manjanya membuatkan
saya rasa suasana sangat romantik...
...kalaulah dia itu bukan 'pontianak'...

...saya mula membaca Suroh Fatihah...
dan dia terus senyum dan menjeling manja...
...kemudian 5 Ayat awal Al Baqoroh...

...senyumnya mula hilang...renungannya menjadi
sangat tajam seperti marah...
seolah-olah menyuruh saya menghentikan bacaan...

...kemudian saya sambung dengan Ayat Kursi...
dengan penuh kemarahan...perempuan muda
itu mencubit pipi saya sekuat hati...

...tapi cara cubitnya lain 'fesyen'...
jari telunjuknya masuk ke dalam mulut...
kemudian ia memicit dari luar menggunakan
ibu jari...

...boleh tahan juga sakitnya...
tapi saya teruskan juga membaca Ayat Kursi...

...dari dinding tempat ia muncul tadi...tiba-tiba
datang kegelapan...
semakin menghampiri dan mula 'menelan'
perempuan muda itu...

...dari hujung jari kaki...ke lutut...ke pinggang...
dada...leher...
...dan perempuan muda itu hilang ditelan
kegelapan...

...suasana bilik kembali normal dalam cahaya
lampu dari luar yang suram...

...ini kali pertama 'si dia' menampakkan diri...
iaitu di alam antara tidur dan jaga...

...sebelumnya cuma komen kawan dan saudara
mara...biasanya di waktu siang...terutama
di sebelah petang...

...ketika saya turun dari kereta...dah beberapa
kali orang bertanya..."mana kawan kamu tadi tu?..."

..."kawan mana?..."..."perempuan yang bertudung
merah tu...duduk sebelah kamu..." padahal saya
cuma seorang diri...

Nota :

1.Cinta dengan jin ada 2 jenis...iaitu sehala dan dua
hala...

...dua hala maksudnya...suka sama suka...
samada jinnya muncul di depan mata iaitu nampak...
atau tak nampak ( di alam nyata )...
antara dua alam atau dalam mimpi...

...iaitu bergantung kepada kekuatan gangguan dan
pendinding diri seseorang...
...terutama sekiranya sudah melakukan hubungan
jenis samada di alam nyata...antara dua alam...
atau dalam mimpi...
...tambah-tambah lagi kalau dah dapat anak di
alam jin...

...sehala biasanya jin yang cinta...tapi manusia tak
cinta...malah dalam kes saya...tak tau pun...
...dan dah nampak pun...tak juga cinta...pun belum
faham kena cinta jin...

...bagaimanapun kesannya...ada persamaan...
iaitu rasukan perasaan...seperti gembira...sedih...
takut...rindu...dan sebagainya tanpa sebab
munasabah...

...dan penghujungnya...
tujuannya sama...agar manusia itu jadi gila...
kerana bila dah 'senget'...seseorang itu akan
kurang kemampuan melawan atau merawat
diri...

...dan kalau jadi kahwin...akan ada kesannya
pada rumahtangga...Insya Allah mungkin saya
dapat mengongsi maklumatnya dengan anda...

Wallohu a'lam

Isnin, 30 November 2009

DUNIA MISTERI...Penghuni Batu Besar...

Ada sebuah batu besar berwarna kelabu
bercampur hitam...
...di atasnya tumbuh sepohon pokok langsat
dan tumbuh-tumbuhan menjalar berdaun
lebar...

Jam 4 petang...
...dari jarak 100 meter...seseorang membuat
pukulan jarak jauh ke arah batu itu...
...tiba-tiba satu lembaga besar muncul hingga
keparas dadanya dari permukaan batu...

Lembaga itu meliar menoleh ke sana sini...
mungkin 'dia' sedang mencari punca gangguan
'rumahnya'...

Tapi ternyata makhluk halus itu gagal mengesan
kehadiran dua makhluk kasar yang berdiri tak
jauh dari sana...di sebuah kawasan lapang...

Tak lama kemudian...
ia masuk semula seolah-olah menyelam ke dalam
permukaan batu yang keras itu...

Nota.

1.Ertinya walaupun jin ini makhluk halus tapi itu
tak bererti ia tahu tentang semua perkara...
...malah ketka Nabi Allah Sulaiman As wafat di
depan mereka...
tak ada sesiapa pun antara mereka yang tahu...

2.Kadang-kadang jin ini...kalau ia ditanya sesuatu
yang ia sendiri tak tau...
dia akan buat cerita hentam keromo...
...lain kali bila ceritanya manusia tau tak betul...
dia akan bagi alasan...
...kononnya lain yang jadi kerana sebabnya begitu
begini...

...jangan anda hairan...
kalau ia dah ada pengalaman ratusan atau
mungkin ribuan tahun bercampur dengan manusia
...putar belitnya kelas 5 bintang...

3.6 tahun kemudian...
...seorang kawan membersihkan tumbuh-tumbuhan
menjalar di sekeliling pokok langsat tersebut...
malamnya...
ia mimpi lembaga-lembaga hitam hitam
datang menyerangnya dirumah...
...ia mengalami demam panas dan sakit seluruh
sendi...
...tiga hari menerima rawatan...baru ia mula sembuh...
Garang juga rupanya 'uncle batu' tu...

Wallohu a'lam

Khamis, 26 November 2009

NAMPAK JIN...RAWAN...

Rawan maksudnya roh...tapi hanya
sebahagian roh...
manakala roh bermaksud roh
keseluruhannya...

...kalau rawan keluar maka
seseorang itu tidur...kalau roh
keluar...maka jasadnya mati...

...kalau roh umpama badan...maka
rawan umpama tangannya...
...dan tangan itu boleh bergerak ke
mana saja...
tapi ia akan tetap bersambung
dengan badan...

MASA-MASA RAWAN KELUAR
DARIPADA JASAD...

1.Masa tidur...

2.Masa sakit tenat (...dan koma...)

3.Masa Nazak...

4.Gangguan jin...

...iaitu rawan diganggu...'diculik'...
ditangkap...atau diperangkap jin...

...dan ia ada 2 keadaan...

a.Anda benar-benar rasa berada
didunia asing (alam jin)...

...dalam keadaan ini...anda
mungkin boleh nampak jin...

...dan jasad anda mungkin dalam
keadaan koma atau tak sedar....

b.Anda tak merasakan sesuatu
keganjilan......tapi anda sentiasa
rasa tak sihat...
selagi rawan anda belum kembali...

...dan semasa dirukyah...anda mungkin
boleh merasakan keadaan rawan anda...

...dan salah satu tujuan amalan-amalan
pendinding diri adalah untuk memagar
roh dari terkena gangguan jin...

5.Berdamping dengan jin

...iaitu jenis sihir yang membolehkan
anda berhubungan dengan jin
terutamanya jin ilmu yang anda tuntut...

...mungkin anda akan dibawa pergi ke
mana-mana...sedangkan jasad anda
tetap dirumah...

...dan anda mungkin nampak jinnya...

6.Rawan terkawal...

...iaitu rawan anda keluar dari jasad
semasa anda sedar...tanpa melibatkan
kerja jin...

...mungkin kerana amalan...latihan...
atau kebolehan semulajadi...

...dan jasad anda mungkin dalam
keadaan separuh sedar...kerana anda
'sudah meninggalkan jasad anda'...

...anda boleh nampak jasad anda...
dan sekeliling...dan mungkin juga
anda nampak jin...

...biasanya ia digunakan dengan tujuan
perubatan dengan istilah perubatan
'tidur'...

Wallohu a'lam

Selasa, 24 November 2009

...saat maut menjelang...

Ketika kematian seseorang itu bermula
pada kakinya...
...hujung jari kakinya akan melurus
kebawah...seolah-olah ditarik...
...rasa sejuk mula menjalar...

...kerana bila ia mula kosong daripada roh..
maka darahnya akan mulai dingin dan
membeku...

...kesejukan terus meresap...kebuku lali...
ke lutut...hingga ke pinggang...naik ke
perut...ke dada...

...nafasnya seolah-olah tinggal satu-satu...
ia menarik nafas...dan lepas...
tarik nafas...dan lepas...ia
menarik nafas lagi...dan...
...itu yang terakhir...

...ia sudah dapat semua nafas yang Allah
tentukan untuknya...sebelum ia lahir
ke Alam Dunia lagi...

...ketika pada peringkat akhir kematian
seseorang manusia itu...setelah kesejukan
meresapi tubuhnya...
...pandangannya tiba-tiba menjadi gelap...
hilang...iaitu bila roh mula ditarik dari
matanya...
...ketika itu matanya mula dingin dan
membeku...

...ia tak akan memerlukan mata kepalanya
lagi...
kerana mata rohnya akan terbuka......
dan...
akan melihat pandangan yang hebat...iaitu
dunia baru...Alam Kubur (Barzakh)...

...hidup di dunia ini umpama tidur...dan
apabila mata roh itu terbuka sepenuhnya...
...tidak terikat lagi dengan pandangan mata
kepala yang sangat terbatas ini...
ia seperti...
anda bangun dari tidur yang lena...

Wallohu a'lam

Isnin, 23 November 2009

NAZAK...2 Tanda Akan Mati...

Tandanya banyak...
tapi di sini disebutkan 2 sahaja
cara fizikal...

1.coba anda gosokkan antara dua kulit...
contohnya...
sapu dengan tapak tangan kekulit
lengan sebelah...
ada bunyi seolah-olah gemersik...

...kalau tak ada bunyinya...
tandanya tak lama lagi sampai ajalnya...

...contohnya...
seseorang perawat dipanggil merawat
seorang lelaki tua yang tenat...
tapi bila di sapunya...tak ada bunyi...
...disuruhnya keluarga lelaki itu terus
membacakan Yasin sahaja...

...masa dipereksanya lebih kurang jam
dua petang...
lelaki itu meninggal dunia sebelah
malamnya...

2.Anda lihat pada mata seseorang...
ada bayang anda dimatanya...
...kalau tak ada bayang...
maka orang itu sudah menghampiri
saat kematiannya...

...ada tanda-tanda rohani lain...
seperti anda rasa akan 'berjalan jauh'..

...tiba-tiba selalu melihat benda dan
mendengar suara-suara ghoib...

...takut bersendirian...( tapi kadang-
kadang cuma sekedar gangguan jin )...

...kadang-kadang seseorang itu rasa
sedih...rasa seperti akan berpisah
dengan orang atau benda-benda yang
disayangi...

...atau anda pergi ke suatu tempat yang
anda selalu datang...
tapi pada kali itu...
anda merasakan seolah-olah kali terakhir...

...atau nak keluar rumah...
atau nak ke tempat-tempat jauh...
...anda rasa sayu seolah-olah...
anda tak akan kembali lagi...

...kadang-kadang anda tiba-tiba rasa
sedih...
dan merasa akan berpisah dengan
keluarga atau teman-teman...

...atau tiba-tiba ceria...tak ada sebab
munasabah...

...dan sebagainya...

Cuma anda kena tahu...
kadang-kadang kelainan pada fikiran
dan perasaan itu...
dari sebab gangguan jin pada kepala
dan dada...

...ada orang rasa dah nak mati
bertahun-tahun lalu...
sekarang ia sihat ceria...

...maka anda kena tahu juga gejala
gangguan...agar anda tak terburu-
buru ingatkan anda dah nak pergi...
dan putus asa nak berusaha...
terutamanya kepada orang yang
sedang sakit...

...cuma teknik sapuan kulit dan cahaya
mata... ia menandakan 'kemungkinan'
yang sangat besar...

Wallohu a'lam

Khamis, 19 November 2009

NAZAK BESAR...NAMPAK MALAIKAT MAUT...

...iaitu sakit yang disebabkan oleh proses
kematian...
...iaitu peristiwa pemisahan roh dari jasad
seseorang manusia...
( nazak yang membawa kepada kematian ).

...bezanya dari Nazak Kecil...
Nazak Besar melibatkan pemisahan
antara roh dari jasad kasar...
...iaitu sakit dari Alam Ghoib...
maka...
kesakitannya amat luar biasa sekali...

...seperti dikatakan...
dunia ini tak akan hancur dengan
sebab ramai orang sakit kaki...
tapi...
dunia ini boleh hancur dari sebab
seorang yang sakit hati ...

Adapun...
roh itu meliputi dalam segenap jasad
manusia...
pada kulit...darah...urat...daging...
tulang...otak dan keseluruhannya...

...dan ketiadaan roh pada sesuatu
bahagian itu dapat dikenal pada
kerosakannya...

...contohnya...
jari seseorang itu putus...
dan...disambung (jahit) oleh
Pihak Hospital...

...sekiranya roh menempati semula
jari tadi...
maka ia akan sembuh dan pulih
seperti sediakala...

...tapi seandainya...
roh tidak ada lagi pada jari tersebut...
maka jari itu mulai membengkak...
menghitam...dan mereput...

Pada proses kematian...
...roh seseorang manusia itu akan
ditarik keluar dari jasad...
...melalui ubun-ubun (bahagian
atas kepala)...

...maka kematian itu akan bermula
dari hujung-hujung jari
kaki...
naik ke lutut...
ke pinggang...
ke dada...
ke leher...dan terhenti seketika...
...kemudian...
keseluruhan roh akan keluar dari
ubun-ubun...
...maka sempurnalah kematian itu...

Dalam proses Nazak ini Besar...
...manusia mungkin akan nampak jin
sebagaimana pada Nazak Kecil...

...dan yang pengalaman yang jauh
lebih hebat...
adalah seseorang itu
akan dapat melihat sendiri
Malaikat Maut di hadapannya...

...pada kisah Nabi Idris AS...
ada disebutkan...
bahawa Malaikat-Malaikat Penjaga
Neraka yang begitu gagah pun...
sangat gerun pada Malaikat Maut kerana
kehebatannya...
...ini pula kita manusia serba lemah
tak berdaya dan yang tak tau
nasibnya lagi...

...mungkin kerana itu...
ada riwayat menyebutkan...
...bahawa Malaikat Maut itu
mempunyai alamnya yang
tersendiri...dan... terasing
daripada malaikat-malaikat lain...

...dan yang biasa terlihat itu adalah
penyamarannya sesuai dengan
keadaan dan tugas...
dan...
dalam bentuk penyamarannya...
malaikat-malaikat biasa tak
mengenalnya...kecuali mana-mana
yang di izinkan Allah...

...riwayat juga menyebutkan...
seandainya Malaikat Maut itu
berwujud dalam bentuk asal...
dan air lautan 7 dunia dituangkan
ke atas kepalanya...
nescaya air itu tak akan mengalir...
...dari sebab saiznya yang sangat besar...

Malaikat Maut itu bukan hanya
mencabut roh manusia...jin...binatang...
malah para malaikat sendiri...
...iaitu ketika berlakunya Kiamat besar...

Wallohu a'lam

Rabu, 18 November 2009

NAMPAK JIN...SEMASA NAZAK...

...yang biasanya disebut nazak itu ialah sakit tenat
yang dijangkakan akan membawa kematian...

...kerana itu ia ada 2 bahagian...

NAZAK KECIL

...iaitu sakit tenat yang berpunca daripada
penyakit...kecederaan...dan kelemahan
pada jasad...

...dan seolah-olahnya pesakit itu akan mati...
tapi kemudiannya ia sedar semula...

...dalam masa nazak ini...
ia mungkin rasa sakit...

...atau tak rasa sakit...
sebaliknya ia melalui pengalaman
-pengalaman aneh...
sebagaimana orang yang sakit tenat...

...cuma mungkin ada pengalaman yang
berbeza...contohnya ia merasa keluar dari
tubuhnya...
dan nampak tubuhnya sendiri yang terlantar
...di atas katil...

...ini ialah kerana rawannya keluar dari
tubuh...

...kemudian ia pergi ke mana-mana dan
berjumpa orang yang tak dikenal...
atau...keluarga...saudara...kawan-kawan
yang sudah meninggal dunia...
dan sebagainya...

...itu semua hanyalah jin yang menyamar
semata-mata...

...dan satu lagi bahagian ialah Nazak Besar...

Wallohu a'lam

Selasa, 17 November 2009

NAMPAK JIN...MASA NAZAK...

Nazak ialah sakit berat yang dialami oleh
seseorang manusia yang sedang
menghampiri saat-saat kematiannya...


...dan ia terbahagi kepada 2 ...iaitu
nazak kecil dan nazak besar...


Nazak kecil - iaitu sakit berat yang dialami
tapi selepas nazak itu ...ia sedar semula...

...iaitu sakitnya dari sebab penyakit atau
kelemahan pada tubuhnya...


Nazak besar - iaitu sakit berat yang
membawa seseorang itu kepada
kematiannya...

...dan sakitnya adalah dari sebab proses
kematian...

...iaitu proses pemisahan roh ( nyawa )
dari jasadnya...

Walohu a'lam

Isnin, 16 November 2009

...5 tanda gangguan jin...azan

Iaitu antara tindakbalas orang
yang ada gangguan jin dengan
azan...

1.semasa mendengar Azan...
...rasa pening...
...rasa gelisah...
...rasa takut...
...rasa sangat benci tanpa sebab
yang munasabah...

2.Tiba-tiba rasa berdebar-debar...
cemas tanpa sebab beberapa detik
sebelum azan dikumandangkan...

3.Tiba-tiba rasa Sangat mengantuk
semasa mendengar suara Azan..
atau beberapa ketika sebelum
mendengar Azan...
...Kalau gangguan ( terutama saka )
yang berat...anda akan tertidur...

4.Bagi orang sedang sakit tenat...
atau berat ...semasa tidur...
...kadang-kadang ia terkejut ...
atau terjaga...cemas semasa
mendengar Azan...

5.Badan anda yang rasa berat...
tiba-tiba rasa ringan semasa
...atau selepas mendengar
suara Azan...

Wallohu a'lam.

...padah menghina orang mukmin...

Sesiapa yang menghina ( atau memandang hina )
seseorang mukmin dengan sebab dosa yang di-
lakukannya...
...nescaya orang yang menghina itu tidak akan
mati...sebelum ia melakukan dosa ( kejahatan )
seperti mana yang ia hinakan...Maksud Hadis.

...iaitu kalau anda menghina seseorang mukmin
yang mencuri...
maka anda tak akan mati sebelum anda juga
mencuri...

...kalau anda menghina atau memandang hina
orang yang mengumpat...
maka anda tak akan mati sebelum anda juga
mengumpat...atau jadi pengumpat...

...seseorang menghina suami isteri yang
bergaduh....
2 tahun selepas kedua-duanya meninggal...
ia pula bergaduh suami isteri...
malah lebih teruk lagi...

...seseorang menghina anak orang lain kerana
mencuri...
2 minggu selepas itu...anaknya pula mencuri...

...seseorang menghina kawannya yang mati
bunuh diri dengan meminum racun...
...2 tahun selepas itu...
ia membunuh diri dengan cara yang sama...

Bukan kebetulan...tapi
itu yang Rasulullah SAW telah peringatkan...
...sebesar-besar musuh seseorang manusia
itu ialah lidahnya sendiri...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 13 November 2009

...anda hebat...

Anda yakin...
diri anda cemerlang...
maka anda berusaha cemerlang...
dan anda berjaya menjadikan
diri anda cemerlang...
...anda hebat...

Anda yakin...
diri anda sederhana...
maka anda berusaha sederhana...
dan anda berjaya menjadikan
diri anda sederhana...
...anda hebat...

Anda yakin...
diri anda seorang yang gagal...
maka anda berusaha sebagaimana
sepatutnya orang yang gagal...
dan anda berjaya menjadikan
diri anda gagal...
...anda hebat...

Siapa pun anda...
anda ada keyakinan...
dan dari keyakinan anda akan
menjadi siapa saja...
maka...
semua anda adalah hebat...

Anda cuma perlu berfikir sejenak...
ke arah mana kehebatan itu anda
pergunakan...

Fikirkanlah...
suatu pilihan yang lebih baik
untuk diri anda...

Wallohu a'lam.

...pagi yang terakhir...

Pagi...
menjelma lagi...
kokokan ayam...
kicauan burung...
indah sekali...

Tapi sayang...

pagi ini akan sirna...
bumi diselimuti malam...
keindahan hilang...
di kegelapan...

...dan...

Esok...
pagi menjengah lagi...
mentari lembut...
menyinari...
tapi...
adakah engkau pasti...
engkau...
masih di sini...?

Betapa...
ramai manusia...
ia menyambut pagi...
dan...
ia berkata...
esok...aku...
akan buat begitu
dan..
begini...

sedangkan...

Pagi ini...
yang terakhir...
dan...
tiada pagi...
untuknya lagi...

Esok...

Pagi...
datang lagi...
tanpanya di sini...
jasadnya...
bersemadi...
didakapan bumi...
di tanah sepi...

wallohu a'lam

NAMPAK JIN...DALAM MIMPI...

Seseorang manusia itu...
bila ia tidur...
roh (rawan) nya keluar dari jasadnya...
...dan...
akan berkumpul di suatu tempat...
yang terletak di antara langit ...
dan bumi...
( maksud Hadis ).

...roh itu...
bila ia keluar dari jasad...
atau...
dalam perjalanan untuk kembali...
...kalau jin dah pilih jadi sasaran
gangguan...
maka dikejarnya...

...dan...
diperlihatkan kepadanya makhluk-
makhluk aneh...
...atau gambaran-gambaran kejadian
buruk...
...ini salah satu punca anda nampak jin
dalam mimpi...

Selain itu...
kadang-kadang jin akan menjadikan
alam mimpi itu sebagai tempat
pertemuannya dengan seseorang
manusia...

...tak kiralah...
kerana dia suka damping...
atau...
mengajar ilmu...menakut-nakutkan...
'dating'...berasmara 'sangkut '...
buat hubungan badan...
...atau
malah jadi ruang serangan...
samada oleh jin sihir...saka...
jin liar...dan sebagainya...

...bagi seseorang manusia...
mungkin itu hanya mimpi...
tapi bagi jin...itu adalah dunia
yang sebenar...

...jin yang anda nampak dalam
mimpi itu...
mungkin rupanya sebenar...
tapi lebih sering...rupa samaran...
...terutama kalau seperti rupa
manusia...

...penampilan jin dalam mimpi itu...
ia boleh jadi seseorang yang sangat
'lawa' sampaikan anda rasa nak
jatuh hati...

...atau rupa makhluk yang mengerikan...
sampaikan anda rasa nak jatuh
tangga...
pendek kata...macam-macam ada...

Seperkara yang anda perlu faham...
segala mimpi buruk itu...
adalah daripada gangguan syaitan...

...malah kalau ada orang yang
trauma dengan sesuatu kejadian...
seringkali...
akan diambil kesempatan...
oleh makhluk-makhluk halus
ini...

...agar anda bertambah-tambah
trauma...
yang akan memberikan kesan
buruk...
kepada kesihatan jiwa dan
jasad diri...

Wallohu a'lam.

Rabu, 11 November 2009

NAMPAK JIN...ALAM ANTARA TIDUR DAN JAGA...

Iaitu ketika anda mula lelap...tapi
anda belum 'masuk' ke alam tidur
sepenuhnya...

...sebuah Hadis menyebutkan...
-bacalah Ayat Kursi ketika kamu ber-
siap-siap di tempat tidur...
kerana Jin Ifrit akan mendatangi
setiap orang pada saat itu...

...biasanya ketika di alam tengah ini...
anda dapat merasa satu suasana seolah-
olah anda sudah jaga (...bangun...)
tapi dalam keadaan suasana sekeliling
yang aneh...kadang-kadang memeningkan...

...bagi orang yang ada gangguan...jin
akan mendatanginya dengan berbagai
bentuk dan cara...

...anda mungkin nampak perempun tua...
wanita muda berpakaian putih..lelaki tua...
lelaki muda...budak-budak...

...atau lembaga hitam...beruk atau monyet
besar...anjing hitam...lembaga pendek...
dan apa saja...
...bergantung kepada makhluk-makhluk
yang mengganggu anda...

...kalau anda ada amalan pendinding...
mungkin makhluk-makhluk yang datang
itu tak dapat dekat...
...tengok anda dari jauh saja...

...kalau tak ada...
anda mungkin diserang...ditindih...
dicekik...dicakar...diperkosa...

...atau kalau 'ia' orang 'baik-baik'...
tak suka gaduh-gaduh...
...suka kawan-kawan...mungkin
anda di ajar ilmu...apa-saja...
atau...diceritakan hal tepi kain orang
sekampung ( mengumpat )...

...dan sebagainya...

Kemudian...
masa didatangi jin itu...
anda mungkin terkunci sendi-sendi...
tak dapat bergerak...bercakap...dan
sebagainya...

...cara melawannya...
anda cuma perlu kuatkan zikir
dalam hati...apa saja...
...tak perlu gerak lidah...
kerana ia tetap berkesan kepada jin
yang datang...
...teruskan zikir...sampai kunci sendi
anda 'terlerai'...

...biasanya kalau gangguan jenis ini
berulang-ulang...kemungkinan besar
ia adalah jin saka...

Adapun...
alam tengah ini...
ia ada 2 tempat...iaitu ketika anda
mula lelap...
dan ketika anda tidur dan nak terjaga.

...ada orang masa nak tidur...aman
damai...
tapi di tengah malam...atau
dinihari...atau masa-masa sebelum
masuk subuh...
...sebelum ia terlepas ke
alam jaga...ia didatangi jin terlebih
dahulu...
iaitu ia nampak jin...

...kadang-kadang ia datang bila-bila
masa saja...
atau kadang-kadang pada waktu
yang tertentu...

...contohnya...ada orang yang
didatangi perempuan muda setiap
waktu hampir masuk waktu Subuh...
...setiap hari...
hinggalah ia dirawat...dan
jin itu tak muncul lagi...

...ada juga orang terjaga di tengah
malam...
dan terbayang kelibat perempuan
tua mengerbang rambut...
sebesar pintu...sebelum jaganya...
duduk seolah-olah menjaga mereka
tidur...

...dan sebagainya...

Biasanya jin akan datang diwaktu
malam...
tapi tak pula mustahil ia datang pada
anda...
di alam tengah...pada waktu siang...

...ia bergantung kepada kekuatan
dan kesempatan 'mereka'...
...kerana ada juga jin yang tak tahan
dengan cahaya siang...
atau tidur diwaktu siang...iaitu malam
bagi 'mereka'...

Wallohu a'lam

Selasa, 10 November 2009

...hidup yang singkat...

Hidup ini...
umpama...seekor burung...
hinggap diranting kecil...
lalu...terbang pergi...

Hidup ini...
umpama...mentari...
belum puas kau nikmati...
engkau...tenggelam dalam kelam...

Hidup ini...
umpama...angin lalu...
menyapa pipi...
bila kau menoleh...
segalanya...tinggal secebis kenangan...

Sudut mana...
engkau memandang...kehidupan ini...
hingga...
kau tak peduli...
nasibmu di Akhirat abadi...?

Sudut mana...
engkau rasa...hebatnya dunia...
hingga...
hidupmu di Akhirat...
sanggup kau persia...?


Wallohu a'lam

NAMPAK JIN...SEMASA DIRUKYAH...

Dirukyah...
maksudnya anda dibacakan doa-doa
terutamanya doa-doa daripada Rasulullah SAW
atau Ayat-Ayat Qur'an...
dengan tujuan perubatan...atau rawatan dari
sebab sakit akibat gangguan jin...

...kalau anda dirukyah...dan kebetulan ada
gangguan jin pada diri anda...
maka anda akan dapat merasakan berbagai
bentuk tindakbalas...
bergantung kepada bentuk...dan kekuatan
gangguan...
...juga kepada kualiti diri perawat...kaedah
rawatan...doa dan ayat-ayat yang digunakan...

...dan ada keadaannya...anda boleh nampak jin...
iaitu jika ada gangguan pada bahagian mata
dan otak...

Jin yang anda boleh nampak...

1...jin yang tinggal dalam badan anda...

2...jin yang duduk dekat anda...atau yang ada
di kalangan orang di sekeliling anda...

3...jin yang ada di sekitar rumah...atau ladang
anda...

4...atau di mana-mana juga...dan biasanya
yang ada kaitan dengan gangguan pada diri
anda...

Pengalaman-pengalaman pesakit yang
dirukyah...(...antaranya...)

1.Pesakit nampak 'pontianak' yang sedang
duduk di atas pokok...di Tanah Perkuburan
yang jauhnya 1 km dari rumahnya...

2.Pesakit nampak bukit yang terbakar
hangus...dan ia tidak pernah nampak bukit
itu di alam biasa...

3.Pesakit yang mendapati dirinya berada
di sebuah taman jauh di dalam hutan
belantara...

4.Pesakit yang nampak beratus rumah
di dalam dadanya sendiri...
dan rumah itu diserang taufan dan api...
dan dalam masa yang sama...ia merasakan
letupan-letupan kecil dalam dadanya...

5.Pesakit nampak lembaga hitam besar
yang mengganggunya lari ketakutan...
dan masuk ke dalam mata air di bawah
sebuah batu besar...

6.Pesakit nampak jin jantan berserban
jubah putih sedang menggigit pehanya...
kerana mencabar perawat...

7.Pesakit nampak lelaki bersayap
terbang keluar dari badannya kerana
takut ancaman perawat...

8.Pesakit merasa dirinya dikurung
dalam sebuah rumah di kawasan
kampung yang aneh...
...dan dia nampak perawat setinggi balak
datang mengamuk menghancurkan
kawasan itu kerana marah ia tidak
dilepaskan...
...'orang kampung' itu yang ketakutan
bertempiaran lari...tak tentu hala...

9.Pesakit nampak makhluk aneh
bertanduk dua...dan bertelinga runcing
di kawasan berbatu besar berhampiran
rumahnya...

10.Pesakit nampak lembaga hitam
setinggi 4 kaki...keluar dari badannya...
...makhluk itu berjalan menjauh...
tapi kemudian kembali ke arah pesakit...
...dan pesakit itu ketakutan...kerana ia
dapat merasakan...makhluk itu mahu
masuk kembali ke dalam badannya...

...dan sebagainya...

Syarat nampak jin itu biasanya ada
gangguan pada bahagian otak...mata...
dan pesakit hendaklah menutup mata
semasa dirukyah...

...tapi kalau gangguan kuat...
tak payah tutup mata pun ia boleh
nampak jin...

Wallohu a'lam

Isnin, 9 November 2009

...jangan memaki orang lain...

...jangan memandang mudah amal ma'ruf
walaupun hanya sekedar dengan menuangkan
air ke dalam gelas orang lain...
...atau dengan memaniskan muka...

...dan jika kamu dimaki orang lain dengan
sesuatu yang tidak ada kamu kerjakan...
...jangan pula membalasnya dengan memaki
apa yang benar-benar orang itu kerjakan...

...sebaliknya biarkan ia sendiri menanggung
apa-apa yang telah diperbuatnya dengan azab
Tuhan...
...dan kamu pula mendapat pahala dari apa
yang berlaku...

...dan ingatlah...
jangan sekali-kali memaki orang lain...

Maksud Hadis.

Wallohu a'lam

NAMPAK JIN...SEMASA DIRASUK...

Iaitu...
semasa seseorang itu dirasuk jin...
maka ia boleh nampak jin.

Rasukan itu boleh jadi dengan sengaja......
seperti menurun kerana nak mengubat...
atau nak cari nombor...cari harta karun...
panggil jin...roh orang mati (...pun jin juga...)
...dan sebagainya...

...biasanya jin yang masuk itu...jin saka...
jin ilmu...jin penjaga ( keris...cincin...dll)...
...jin yang mendiami sesuatu tempat...
atau malah jin liar yang kebetulan lalu
di situ...dan sebagainya...

Rasukan tak disengajakan pula...
iaitu jin itu datang... dan merasuk seseorang...
(...tanda-tanda serangan jin...sila lihat pada
tajuk...Radar pengesan serangan Jin...)

Antara tanda-tanda rasukan jin...
...sebelum dirasuk seseorang itu biasanya
merasa pening...dan letih badan tanpa
sebab yang munasabah...

...atau anda terus rasa pening melampau...
hingga rasa seperti hilang ingatan...
...dan pada masa hilang ingatan itulah
anda akan kerasukan...

...atau anda nampak sesuatu yang sangat
menakutkan...seperti jelmaan-jelmaan
hodoh mengerikan...

...atau anda rasa seperti disentuh oleh suatu
makhluk yang tak kelihatan...
atau ditarik...ditolak...malah diangkat dan
sebagainya...

...atau anda dalam suatu ruang yang mana
barang-barang seperti perabot bergerak
...ditolak...melayang atau sebagainya...

...maka dalam keadaan sangat terkejut
atau sangat takut itu...
jin akan mudah saja melompat atau
menyerap masuk ke dalam badan anda...

Kemudian sebab lain...
jangan tenung tepat kemata orang yang
sedang kerasukan...
kerana jin itu boleh berpindah kebadan
orang lain melalui pandangan mata...

Ada beberapa keadaan anda akan dapat
merasakan jin masuk kebadan anda...

...antaranya...
anda rasa beribu 'semut-semut' masuk
ke hujung jari tangan atau jari-jari kaki...

...kadang-kadang ada keadaannya anda
terasa darah seperti mendidih...dan
meresap masuk lebih jauh ke dalam...

...atau anda rasa seperti angin sejuk...
dan bila rasa-rasa itu sampai ke kepala...
maka anda akan hilang kesedaran...
dan anda kerasukan...

...atau sekiranya jin itu guna jalan
singkat...
dan kebetulan itu kepandaiannya...
ia cuma perlu masuk ke bahagian otak...
anda rasa pitam...dan anda kerasukan.

...atau sekiranya jin itu tinggal di dalam
badan anda...
bila-bila masa saja anda boleh hilang
ingatan dan kerasukan serta merta...

Semasa dirasuk...
anda boleh nampak jin...iaitu mungkin
jin yang mengganggu anda...
atau...jin lain yang ada kaitan dengan
diri anda...atau ada kaitan dengan jin
yang mengganggu anda...

...atau jin yang mendampingi orang
lain...dan sebagainya...
...dan kalau anda kerasukan di tengah
rimba...anda mungkin nampak jin yang
menghuninya...
seperti pada batu-batu...dan
pokok-pokok besar...rumpun buluh...
dan sebagainya...

Bagaimana pun...sekiranya gangguan
itu tidak melibatkan mata dan
bahagian otak...maka anda tak akan
nampak jin...

atau pun...
jika ia melibatkan gangguan
pada bahagian otak yang menyebabkan
anda hilang kesedaran...
iaitu suatu keadaan seperti 'otak koma'...
maka anda juga tak akan nampak jin...

...tiba-tiba anda akan sedar tanpa dapat
mengingati sesuatu...
melainkan rasa letih...dan aneh...

nota :

1.Ada empat emosi melampau...
jin mungkin dapat masuk ke dalam
badan anda ketika saatnya...
iaitu...
...anda sangat marah...
...sangat takut...
...sangat terkejut...
...sangat bernafsu...
hingga lupa dunia.

Wallohu a'lam

Jumaat, 6 November 2009

NAMPAK JIN...SEMASA SAKIT TENAT...KOMA...

...mungkin banyak sebabnya seseorang
mengalami koma...

...antaranya...

...ia mungkin mengalami kecederaan di-
bahagian otak yang menyebabkan ia
hilang kesedaran...

atau...

...ia hilang keupayaan menguasai tubuhnya
hinggakan ia tak berupaya membuka
matanya...mulut...menggerakkan lidahnya...
atau menggerakkan semua anggotanya..
...sedangkan pada masa yang sama...fikiran
dan perasaannya (...kesedarannya...)
tak terjejas...masih berfungsi sepenuhnya...

atau...

...jin masuk dan menempati bahagian-bahagian
tertentu pada otaknya...
menyebabkan ia koma...atau seperti koma...

...biasanya...

kesedaran orang ini tetap berfungsi penuh...
...cuma bukan bersama-sama jasadnya...

...ada orang koma hampir seminggu...
hidupnya bergantung kepada alat-alat bantuan
hayat di bilik kecemasan...
...tapi ia tak tau dirinya koma...
sepanjang masa itu...ia rasa berbaring di katil
hospital...
dan menerima kunjungan orang-orang yang
tak dikenali...

...suatu ketika ia menerima kunjunga se-
kumpulan lelaki berpakaian putih....
berkopiah putih...
...dan ia berkata pada seorang darinya yang
kelihatan seperti ketua...
"...saya tengah susah ni Tuan Haji..."
...orang itu tersenyum dan mengangguk...
(...iaitu dalam komanya...ia tak koma...)

...semua orang dilihatnya masa koma itu
adalah jin semata-mata...
tak ada kena mengena Malaikat...atau roh
manusia yang masih hidup atau sudah
meninggal...

...dan...

...boleh jadi orang yang sedang koma itu
mengalami berbagai macam lagi peristiwa
dalam komanya...

...ia mungkin pergi ke tempat-tempat yang
jauh atau tinggi...
...atau sedang tersesat di dalam hutan
belantara...
...atau terperangkap dalam rumah aneh...
dan sebagainya...

...iaitu ia bergantung kepada kepandaian
dan asal usul jin yang mengganggunya...

...dari satu sudut pandangan lain...
ia juga disebut gangguan jin kepada roh
manusia...
(...tapi jin tak ada kuasa membunuh...
atau menarik roh keluar dari jasad
kasar...
...yang terganggu itu adalah rawan...
iaitu seperti bahagian roh yang keluar
semasa seseorang manusia itu tidur...
...kemudian...
yang boleh mencabut keluar roh
sepenuhnya dari jasad...hanyalah
Malaikat maut...itupun hanya atas
perintah Allah semata-mata...)

...bagi gangguan jenis ini...
kalau jin yang menempati otaknya itu
dapat di usir...
maka ia akan sedar...

Wallohu a'lam

NAMPAK JIN...SEMASA SAKIT TENAT...

...iaitu...
semasa seseorang itu sedang sakit tenat...

...hubungannya dengan gangguan jin itu
ada 3 keadaan...
...iaitu...

Pertama :
...seseorang itu sakit biasa...
dan bila sakitnya tenat...maka jin mula
mengambil kesempatan.

Kerana...

...biasanya orang yang sakit tenat itu
lemah jasmaninya...maka ikut lemah
rohaninya (semangatnya)...
...maka lemah pula auranya...dan per-
tahanannya terhadap gangguan makhluk-
makhluk halus juga berkurang...

Kedua :
...seseorang itu sakit biasa...
tapi kemudiannya jin masuk ke dalam
dirinya...
...dan membawa kepada sakit-sakit yang
sepatutnya tidak ada...
hingga si pesakit tadi menjadi tenat...

Ketiga :
...iaitu orang tadi sebenarnya tak ada sakit...
tapi jin masuk ke dalam dirinya...
...membuat penempatan dengan menyebarkan
angin bisanya...
...dan menimbulkan berbagai gangguan serta
penyakit rohani ( gangguan fikiran dan tekanan
perasaan ) serta penyakit jasmani...

Antara ketiga-tiga keadaan di atas...
...keadaan ketiga akan mengalami gangguan
paling banyak...dan berat...

...selain menanggung gangguan fikiran dan
tekanan perasaan...
biasanya ia juga akan diganggu dengan
mimpi-mimpi ganjil dan buruk...

...juga sakit-sakit fizikal yang tak dapat
dikesan punca sakitnya...
...iaitu samada sakit yang datang mengejut
dan hilang begitu saja...
atau sakit yang berpanjangan siang
dan malam...

...bila ia dalam keadaan paling lemah...
ada kemungkinan ia akan nampak jin...
iaitu bayangan-bayangan hitam...
makhluk-makhluk aneh...atau
wajah-wajah buruk mengerikan...

...dan...mungkin ada masa-masanya...

...si pesakit dalam suatu keadaan
yang kelihatan biasa ( sedar )...
...tapi kesedarannya bercampur baur
antara alam manusia dan alam jin...
...mungkin ia duduk di atas katil...
dan bercakap atau berbual-bual dengan
seseorang yang anda lihat tiada sesiapa
di sana...
...sedangkan bagi si pesakit...
ia sedang menerima kunjungan orang-orang
yang tak di kenali...
atau kawan-kawan...biasanya yang sudah
meninggal...dan siapa saja...
...ketika itu ...ia tidak lagi nampak anda
dan...
orang-orang sekeliling yang benar-benar ujud...

Gangguan-gangguan yang berat itu biasanya
kepada orang-orang yang sudah lama
berdamping... atau didampingi jin...
...iaitu samada kerana saka...belajar sihir...
disihir...atau menyimpan benda-benda seperti
tangkal...keris...cincin...batu dan sebagainya
yang dijaga jin...
...atau ia tinggal di kediaman (rumah) yang
dijaga jin...

...satu persoalan...
iaitu...
kadang-kadang orang yang menuntut ilmu
yang mendampingkan ia dengan jin...
ia sudah membuang ilmunya...
...mungkin sejak bertahun lalu (sudah lama).

...tapi tiba-tiba masa tenatnya itu...
jin ilmu yang dibuangnya itu pula yang
'menyerangnya'...
itu kerana...
hanya ilmu yang dibuang...tapi tidak jinnya...

...jin ini sifatnya...kalau dia rasa sudah ber-
khidmat dengan seseorang manusia...
...maka tak mudah untuk membuangnya...
biasanya jin itu akan marah...

...kadang-kadang masa dibuang itu ia
menyerang...
atau ia terus mendampingi tuannya diam-
diam...
...dan tak akan melepaskan kesempatan
jika ada peluang terbaiknya untuk
membalas dendam...(...'dia' tuduh tuannya
itu tak tahu mengenang budi...)

...maka bagi orang yang membuang ilmunya...
sebaik-baiknya ia juga belajar amalan-amalan
pendinding diri...
dan amalan terbaik adalah doa-doa Nabi...zikir
-zikir danAyat-Ayat Qur'an.

...akan bersambung

Wallohu a'lam

Khamis, 5 November 2009

NAMPAK JIN...VIDEO DAN GAMBAR...

...iaitu nampak jin melalui rakaman video
atau ditangkap dengan kamera...

Ia ada 2 sebab...

Pertama : sengaja...

...iaitu jin itu sengaja menampakkan
dirinya kerana ia merasa selamat...
...tidak ada sesiapa yang ada di sana akan
membahayakannya...

...ertinya jin itu taklah sehebat mana...
ada batas kekuatan dan kemampuannya.
...ia tak akan berbuat sesuatu secara
membuta tuli...
kerana silap langkah boleh menyebabkan
ia cedera ataupun terbunuh...

...kadang-kadang pula...
...jin itu tahu...seseorang itu berpenyakit...
contohnya sakit jantung...
...atau ia sangat lemah semangat...
maka...
ia sengaja menampakkan dirinya
dengan maksud mendatangkan mudarat...
...hingga manusia tadi jatuh sakit...
malah ada juga yang terkejut membawa
kepada maut...

...ia sukar diambil gambarnya secara
langsung...
kalau anda sengaja berniat nak tangkap
gambar jin...
...kerana niat itu menunjukkan anda berani
maka 'mereka' takut dan menghindar...

...atau...
'mereka' memang takut pada anda...
dan berusaha menghindar...
...dan...
kerana 'mereka' takutkan anda
itulah sebabnya anda tak takut pada
'mereka'...

...lebih-lebih lagi...
kalau anda mengamalkan Doa atau Ayat-Ayat
Qur'an pendinding jin...
kerana...
di mana saja perhatian anda tertumpu...
bagi jin...itu suatu bentukTenaga Penghindar...
...maka baru saja anda berniat...
'mereka' sudah siap bertempiaran lari...

Kedua : Jin itu tak tahu...

...iaitu jin itu tak tahu gambarnya ditangkap
atau dirakam...
maka ia tak berusaha menghindar...

...walaupun makhluk halus...jin ini tak
akan tahu semua perkara ghoib...
kecuali secara terbatas pada yang Allah
izinkan...
sama halnya seperti kita manusia.

...bukan sahaja jin itu boleh memperdayakan
manusia...
sebaliknya manusia itu juga boleh
memperdayakan 'mereka'...

...cuma mereka ada kelebihan kerana tubuh
halusnya...
tapi tak bererti 'mereka' akan lebih tahu
segala-gala dari manusia...

Wallohu a'lam

Isnin, 2 November 2009

...dunia sepi...

Dunia ini...
dulunya sepi...
tanpa namamu...
tanpa tawamu...
tanpa gurau sendamu...

kini...

...engkau berdiri disini...
...oh...
inikah rupanya...
yang namanya engkau?...

Semuanya berubah...

...pagi... menyambut ceria...
petang... mewarna indah...
malam... diselimuti bahagia...
...hidup ini...
serasa...
tiada noktahnya lagi...

Tiba-tiba...Izrael menyapa...
"...wahai engkau!..."
...kau sudah sampai ke penghujung mimpi...
mimpi-mimpi syahdu...
mimpi-mimpi yang dulunya...
tak pernah kau batasi...

kini...

...tanpa namamu...
tanpa tawamu...
tanpa gurau sendamu...
...dunia ini...
kembali sepi...

...usah menoleh...
usah dipeduli...
teruskan langkah kaki...
merentasi...
...Dataran Barzakh...

...dan yang pasti...
pulanglah engkau...
...ke Syurga...
atau...
...ke Neraka...
yang abadi...

NOTA :

...kadang-kadang...
hidup ini sangat indah...
dan...kita bercita-cita...
...andainya hidup ini lebih lama lagi...

Dan...

...kadang-kadang...
hidup ini terasa derita...
dan...kita bercita-cita...
...andainya hidup ini sudah singkat...

Tapi...

...bukan ukuran lama atau singkat...
atau derita bahagianya kita di
Dunia ini...

kerana yang pasti...
Dunia ini akan kita tinggalkan...

sebaliknya...
persediaan pindah ke Alam barzakh...
...laluan ke Alam Akhirat yang abadi...
itu perkara utama...

Kerana...yang mengerikan...
kalau ketika itu kita tiada di Syurga...
ertinya...
kita sedang menempati jurang-jurang
Neraka yang sangat gelap...

...kita berlindung dengan Rahmat Allah
dari azab yang tak terperi dahsyatnya...

(Renungkanlah...sementara renungan itu
masih bermanafaat untukmu...)

Rabu, 28 Oktober 2009

NAMPAK JIN...MASA SEDAR...MATA TERTUTUP

Iaitu anda menutup mata...
dan anda nampak jin...

Ia ada 3 keadaan...

1.Jin menampakkan dirinya...

...biasanya ia 'nampak sesaat'...
iaitu anda menutup mata...
dan anda nampak jin...

Contohnya...
Anda sedang membaca buku...dan anda
terlelap sesaat...
atau...
anda mencuci muka...
...masa mata anda tertutup 'sesaat' itu...
anda terbayang wajah hodoh penuh kudis...
atau...
...anda terbayang lembaga hitam yang
sedang duduk di penjuru bilik...

...gejala di atas biasanya menunjukkan
bahawa anda ada gangguan jin...
...dan biasanya...
benda-benda yang anda
nampak itu terlibat secara langsung
pada gangguan diri anda...
...kerana itu anda boleh terbayang ia...

...dan ada juga ...
orang yang terbayang muka hodoh penuh
biji-biji daging bergantungan...
pada masa yang sama...
kulit orang tadi juga sedang tumbuh
biji-biji daging halus...

2.Ada jin dalam badan (...mata..) anda..

...kerana itu anda boleh nampak jin...
terang macam nampak orang...

...kalau mata terbuka...anda boleh
nampak jin yang ada di depan anda...

...tapi kalau anda menutup mata...
maka anda boleh nampak jin yang ada
di belakang anda juga...

...malah di sekitar rumah anda...
atau...
tempat yang berbelas kilometer
jauhnya dari tempat anda...

(samada anda nampak terang atau kabur
...bergantung kepada kekuatan
gangguan...
juga kepandaian jin yang
ada dalam mata atau badan anda...
serta kebolehan serta bakat anda sendiri...)

...dan kalau anda tahu petuanya..
anda boleh minta pertolongan kawan
agar pandangan jarak jauh anda terang...
seolah-olah anda sendiri berada di tempat
yang anda nak tengok itu...
...iaitu jin anda menumpang kekuatan
roh anda juga kawan anda...

(...samada kita guna jin...atau menyuruh
orang lain guna jin...hukumnya sama..
adalah di larang...dan ada padahnya...
...penerangan di atas sekedar pengetahuan..
jangan sekali-kali dipraktikkan...harap
difaham ya...)


3.Pandangan matahati...

...kalau anda 'nampak' jin dengan matahati...
maka 'penglihatan' itu akan bertambah jelas
dengan menutup mata...

...biasanya ia digunakan untuk melihat
jarak jauh...
iaitu sesuatu yang jauh...

...gunanya untuk 'melihat' tempat jauh...seperti
orang hilang...benda dicuri...punca gangguan...
keadaan seseorang...penyihir...dan sebagainya...

(...kadang-kadang anda boleh merasa sesuatu
yang jauh...

...seperti tiba-tiba risau atau gelisah semasa
anda teringat seseorang yang jauh...
kebetulan ada sesuatu yang kurang baik
berlaku padanya...
seperti jatuh sakit tiba-tiba...

...ia samada penglihatan mata hati anda...
atau ada gangguan jin pada orang tadi...
dan anda ada kaitan dengannya...

...mungkin jin yang sama juga ada gangguan
nya pada anda... iaitu angin bisa jin itu ada dalam
badan anda...terutamanya jenis jin saka...)


wallohu a'lam

Selasa, 27 Oktober 2009

NAMPAK JIN...MASA SEDAR...DENGAN MATA TERBUKA..

NAMPAK JIN...MACAM NAMPAK
ORANG...
( lawannya...nampak jin dengan menutup
mata...)

1.Kalau jin itu menyerupai lelaki tampan
atau perempuan cantik...
(...samaran saja...mungkin rupa asalnya
macam beruk...pontianak...toyol
dan sebagainya )...
...dan ia berada di kalangan manusia...
anda akan sangka ia juga manusia...

2.Ada 2 perkara saja yang membolehkan anda
nampak jin terang macam nampak manusia...

PERTAMA : Jin itu sengaja menampakkan dirinya
kepada anda...

dan ada 2 sebab utama :

iaitu BERKAITAN DENGAN JIN...

a. jenis jin yang kuat berbanding jenis yang
lain...

Kekuatannya itu kerana...
...samada itulah asal kejadiannya...

atau...

-ia dibela manusia... atau pernah dibela...
...atau sudah lama hidup
bercampur dengan manusia...

-Iaitu...
kalau jenis yang sama pun..jin
yang berdamping dengan manusia itu
lebih kuat daripada jin liar.

...mungkin kerana diberi makan...
atau tumpang makan...
atau...
ia menumpang kekuatan roh manusia...

b.Ia 'jin samseng'...jadi buat kerja samseng...

...tak boleh duduk diam...ada-ada saja
kerja haram nak dibuatnya...
kerana tak boleh tengok manusia senang...

..sikit-sikit nak menyusahkan orang...
sikit-sikit nak menyesatkan orang...
...dia buat kerja menyelam sambil minum air...

...iaitu kerja menganiaya orang ...
sambil mencari kemewahan diri...cari makan...
cari tempat tinggal...dan kalau yang tinggi
ilmu itu...jadi tukang ubat...jadi tok guru...
jadi tukang ramal...dan sebagainya...

(...Jadi kalau jin nampakkan dirinya...
samada...

...saja nak menyakat...terutama kerana
anda dianggap tak dapat mengancam
keselamatannya...

...atau dia nak 'lantik' anda jadi 'duta'nya...
jadi tuan...sebenarnya hamba...untuk
dirasuk dan jadi 'alat perhubungannya'
menyesatkan manusia lain...)

Dan BERKAITAN DENGAN DIRI ANDA...

.1.Pendinding diri anda tak cukup kuat...
...dan jin itu rasa boleh 'makan'...

.2.Pilihan utama adalah orang yang ada
gangguan jin dalam badan...
kerana ertinya sudah ada laluan tersedia...

.3.Anda kurang tahu tentang 'benda-benda'
jin...
...anda takut dan hormat pada jin...
dan anda fanatik tapi kurang faham tentang jin...

.4.Anda tunjuk belang tak tentu pasal...
...biasanya tak jaga kata-kata...atau suka cakap besar...
di tempat-tempat 'keras'...
yang biasanya akan mengundang gangguan
dan serangan...

KEDUA : Ada jin dalam badan anda...

...iaitu sekurang-kurangnya...jin masuk ke dalam
mata...dan anda akan nampak jin macam nampak
orang...
(...bagaimanapun bila jin masuk ke dalam mata
biasanya ia pasti masuk ke dalam otak...
samada otak depan...atas...belakang...atau
tepi...
...mana-mana saja...)



NAMPAK JIN...DENGAN MATA HATI...

1.Iaitu...mata anda tak nampak jin...
tapi hati anda kuat merasakan kehadiran
sesuatu benda tak terlihat oleh mata kepala...
dan...
ianya berbeza antara seorang dengan
seorang yang lain...

...satu contohnya...
anda melintas di hadapan sebuah rumah kosong...
tiba-tiba hati anda tergerak...
...dan perhatian anda tertumpu pada salah satu
daripada jendelanya...
...tidak ada apa-apa yang kelihatan di situ...
tapi kemungkinannya sangat besar...
...di jendela itu ada makhluk yang tak terlihat
dengan mata kepala...
tapi hati anda 'melihatnya'...

2.Tingkat tertinggi pandangan mata hati ini...
iaitu...anda tak nampak jinnya...
tapi anda tahu ia ada di sana...
bentuknya...saiznya...warnanya...
malah rupanya...

...ia seperti anda letakkan sebiji buah limau
di hadapan anda...
perhatikan bentuknya...saiznya...warnanya...
dan tutup mata...

...sekarang...walaupun anda tak nampak
buah limau itu...
tapi hati anda tahu ia ada...bentuknya...
saiznya...dan warnanya...

...dengan kata lain...
mata kepala anda tak nampak...
tapi mata hati anda nampak...

3.Ketajaman mata hati itu bergantung
kepada ketajaman semulajadi...
...amalan...keyakinan dan latihan
seseorang...

wallohu a'lam







_

Isnin, 26 Oktober 2009

NAMPAK JIN...MASA SEDAR...DENGAN EKOR MATA...

1.Ia paling banyak berlaku di mana-mana juga
bagi orang yang ada gangguan (jin) dalam diri...

...atau ia sedang berada pada satu tempat
juga kediaman yang jadi tempat persinggahan
atau penempatan jin.

...pandangan ekor mata ini ialah...anda nampak
lintasan-lintasan biasanya berupa bayang hitam
melalui pandangan tepi mata...

...tapi kadang-kadang bagi setengah-setengah
orang...ada juga yang berupa
lembaga-lembaga putih...
atau kucing atau sebagainya...

2.Kenapa ia boleh berlaku..

a.Tanpa niat..
...iaitu anda tak berniat untuk melihat jin.
kalau ada niat nak nampak jin...
maka ia lebih sukar...


b.Ekor mata...
...iaitu suatu pandangan antara nampak dan tidak.
Ia seperti alam antara tidur dan jaga...
dimana kadang-kadang kedatangan jin
sangat jelas...

3.Kalau anda selalu...atau kadang-kadang
tapi berterusan nampak lintasan dengan
ekor mata...
...ia samada diri anda atau tempat itu ada
gangguan...
...tapi biasanya anda adalah faktor utama...

4.Adapun lintasan-lintasan itu...
... ia biasanya makhluk-makhluk halus (jin)
yang terlibat...samada secara langsung...
atau tak langsung...dengan gangguan diri
anda sendiri...

5.Sebaik-baiknya anda minta 'scan' dengan
Ustaz-Ustaz yang mahir...
atau perawat-perawat (Islam) yang tak
menggunakan jin...

...kerana gangguan jin pada diri seseorang itu
tak semestinya menimbulkan gejala penyakit
fizikal secara ketara...

...tapi pasti anda ada gangguan rohani...
yang kadang-kadang ketara...
tapi kebanyakan orang yang mengalaminya
tak faham...
(...anda boleh merujuk pada tajuk gejala-gejala
gangguan pada kepala dan dada...
rohani dan jasmani..)

...maka gangguan itu terus bertambah sedikit
demi sedikit...
dan akhirnya menimbulkan kesan yang
serius pada rohani dan jasmani...

Wallohu a'lam

NAMPAK JIN...11 KEADAAN ANDA NAMPAK JIN...

11 keadaan anda boleh nampak jin...

Iaitu :

1.Nampak jin...masa sedar...dengan ekor mata.

2.Nampak jin...masa sedar...dengan mata terbuka.

3.Nampak jin...masa sedar...dengan mata tertutup.

4.Nampak jin...video dan gambar.

5.Nampak jin...masa sedar...masa sakit tenat.

6.Nampak jin...masa sedar...kerasukan.

7.Nampak jin...semasa di Rukyah.

8.Nampak jin...di alam antara tidur dan jaga.

9.Nampak jin...dalam mimpi.

10.Nampak jin...masa nazak.

11.Nampak jin...Rawan.

Wallohu a'lam.

Jumaat, 23 Oktober 2009

NAMPAK JIN???...anda tak akan nampak segalanya...

Adapun...
kisahnya manusia yang nampak jin...
...maka penglihatannya itu sangat
terbatas...

...anda mungkin nampak jin...tapi
cuma seekor dua...
atau sekumpulan...

...atau paling hebat pun...yang lalu
lalang depan anda...
tapi mungkin hanya berbelas...
atau berpuluh..

...sedangkan kalau anda
nampak kesemuanya...
mungkin beribu...
malah berjuta...

...iaitu bergantung kepada gangguan
yang anda sedang alami...

...cuma biasanya...
anda akan nampak hanya jin saka...
sihir...atau jin liar yang mengganggu
anda...

...atau kalau anda bomoh jin..
hanya jin yang ada kaitan
dengan anda dan pesakit...

...manakala kalau lebih kuat
gangguannya...
jin masuk mata...
anda nampaklah seekor dua sana...
seekor dua sini...
taklah sampai beribu-ribu...

...kalau anda nampak semuanya..
anda tak akan ada ruang nak
terus hidup atas muka bumi ini...
...penuh jin...

Wallohu a'lam

Rabu, 21 Oktober 2009

SAKA...12 CARA DAPAT SAKA

1.WARISAN KETURUNAN...

...iaitu jin saka yang menurun dari
seorang keseorang yang lain...
yang dalam satu keturunan...

...ia seperti harta warisan...
dan berpindah secara bersyarat...
seperti...
melalui upacara khas...

...atau tak bersyarat...
iaitu...
samada anda mahu atau tidak...
malah...
samada anda tahu atau tidak...
saka itu tetap menurun kepada anda...

2.SAKA TERBIAR...

...iaitu saka yang dibuang...
atau...
ditinggal mati oleh tuannya...
mungkin kerana tak ada pewaris...
atau tak sempat dipindahkan...

...maka saka itu berkeliaran mencari
tuan baru...
dan ia akan memilih siapa saja...
termasuk orang yang tak ada hubungan
pertalian darah dengan tuannya...

...saka ini terutamanya akan memilih
orang ada laluan jin dalam badannya...
...iaitu laluan dari sebab saka...sihir...
atau gangguan jin liar...

3.MENUNTUT ILMU...

...biasanya ilmu kebatinan yang
menggunakan jin...
maka jin dari Tuan Guru tadi akan
berpindah kepada anak muridnya...

...dan seperkara lagi...
anda menuntut ilmu yang tidak
menggunakan jin...
tapi kebetulan Tuan Guru tadi
ada saka...
maka saka itu juga boleh berpindah
kepada anda...

4.MENYIMPAN TANGKAL AZIMAT...

...iaitu tangkal yang dijaga jin...
dan tangkal itu mungkin anda dapat
dari keluarga...
Tuan Guru...kawan-kawan...kenalan...
atau anda jumpa tercicir di mana-mana...

...jin dari tangkal itu akan mengikut dan
menjadi saka kepada anda...
keluarga...dan keturunan anda...

...untuk mengelak risiko...
tangkal yang anda jumpa tak perlu
disentuh...
apalagi dibawa pulang...

5.BENDA-BENDA ANTIK DAN PERHIASAN...

...contohnya senjata-senjata lama...patung...
batu-batu...cincin...kalung...
dan sebagainya...
ada yang di jaga jin...
...dan antaranya mungkin anda beli
dikedai barang-barang antik...
...malah mungkin anda jumpa di
dalam tong sampah...

...jin yang mendampinginya akan
berkeliaran di dalam rumah...
...dan...
akan masuk ke dalam tubuh siapa saja
yang dipilihnya...
... menjadi saka yang mendampingi
keluarga itu turun temurun...

6.SAKA DARI JIN LIAR...

...iaitu...
mungkin anda berjalan malam...
atau...
masuk kerumah-rumah kosong...
...gua...
atau menurun nombor ekor
di kubur atau pokok-pokok besar...
...maka ia boleh masuk ke dalam
tubuh anda...
dan menjadi saka...

7.SERANGAN BALAS JIN LIAR...

...mungkin anda menyakiti tanpa sedar...
seperti terlanggar...
atau melempar batu...
...maka ia membalas...masuk tubuh
dan menjadi saka...

8.PENGUBATAN BOMOH JIN...

...perubatan menggunakan jin
juga boleh melibatkan
pemindahan saka...
iaitu...
dari perawat kepada pesakit...

Nota :

a.Air jampi bomoh jin...
adalah air sihir...
gunanya untuk membuka laluan
jinnya masuk ke dalam tubuh anda...

...tapi jin dari mana juga boleh
masuk melaluinya...

maka...
anda akan terdedah kepada
lebih banyak gangguan dan serangan
jin...
termasuk yang sebelumnya
belum pernah 'menampakkan muka'.
...dan ia sangat bahaya...

b.Bukan sedikit sebenarnya
bomoh jin itu yang ikhlas dalam
membantu orang lain...

...dan mereka juga sangat berharap
kepada kesembuhan pesakit...

cuma...
mungkin mereka sendiri kurang
faham dengan hakikat
amalan mereka...

...dan sering kali...
mereka tak ada kawalan terhadap
dampingannya...

...itu antara sebab anda perlu
mengelakkan dari rawatan
bomoh jin...
dan yang paling penting...
...tak halal...

9.BERAMAL TANPA GURU...

...ada kisah seorang ibu...
setiap malam...
dia membaca Surah Al Fatihah 1000x.
Ia beramal tanpa guru...tanpa panduan...
tanpa orang yang mengawasinya...

...akhirnya dia di datangi 'jin Islam'???
lelaki tampan berserban jubah putih...
ibu itu dirasuk...
...dan hebat bercakap soal agama...
gayanya...
macam Tuan Guru Pondok...

...Air Yasin diminumnya...
macam minum oren...
tapi akhirnya...
ibu itu sakit...anaknya sakit...
dan bercerai dengan suaminya...

...tapi seorang kawan beritahu...
jin itu sebenarnya jin Ifrit...
...masa minum Air Yasin
mulutnya terbakar...
tapi dia tahan...
tak tunjuk sakit...
malah minta tambah lagi...

10.ADA JIN JATUH CINTA PADA ANDA...

...mungkin si 'dia' ternampak
anda mandi...
atau tidur tak berkain...
maka mula la dia datang
'dating' dengan anda...
akhirnya susah dipisahkan ...
dan jadi saka...

...atau anda 'sweet 17'...
keluar bersolek..
bergaya seksi (...dosa tu...)
tiba-tiba..."feewwiit..."
tapi masalahnya...
yang 'fewit' anda tu ...
jin jantan...
...nampaknya...
anda bakal ada masalah...
dan tak mustahil anda dapat saka...

11.'RUMAH' PENUH SESAK...

...jin saka yang beranak pinak dalam
tubuh badan seseorang...
mungkin akan keluar berkeliaran...
dan cari 'rumah baru'...

...mungkin dalam sekeluarga...
atau mungkin juga orang lain
bergantung kepada...
peluang dan laluan...

12.SAKA DISURUH PINDAH...

...iaitu..
tuannya suruh masuk kedalam
tubuh anda...
walaupun anda tak ada hubungan
keluarga dengannya...

Wallohu a'lam

Selasa, 20 Oktober 2009

GANGGUAN JIN...JANGAN SAHUT PANGGILAN

Mungkin...
anda pernah mendengar
petua...
orang tua-tua kata...
jangan menyahut panggilan...
apalagi di waktu malam...
kalau anda belum nampak orang
yang memanggil...

...tapi tak pula diberitahu
sebabnya...

Sebabnya...
kalau panggilan itu dari jin...
apabila anda menyahut...
maka suara sahutan anda...
atau perhatian anda kepada
suara itu...
akan menjadi laluan jin masuk
ke dalam badan anda...

Seorang kawan beritahu...
sudah beberapa kali dia mendengar
suara memanggil namanya...
...tapi dia tak perlu menyahutnya
lagi...
kerana dia telah pasti...
bahawa suara panggilan itu
datang dari dalam kepalanya
sendiri...

Kejadian sebegini amat jarang
berlaku...
seringkali panggilan itu
datangnya dari luar rumah...

...dan biasanya ia suara jin saka yang
mungkin akan menjadikan anda
sebagai tuan baru...
atau badan anda sebagai rumah
barunya...

Wallohu a'lam

SELAYANG PANDANG...TAK SALAH MARAH

Rasa marah itu
...bukan suatu pertimbangan...
tapi hanya sekedar
suatu tindakbalas perasaan...

Anda tidak melakukan kesilapan
kalau anda merasa marah...
...tapi anda melakukan kesalahan
kalau terikut-ikut dengan
perasaan marah...

Wallohu a'lam

GANGGUAN SAKA...BAYI (6 Tanda)...

Tanda kanak-kanak diganggu saka :

...ia biasanya bermula sejak bayi dalam
kandungan...

Semasa mengandung...

1.Ibunya selalu mimpi buruk...
atau mimpi ganjil...

2.Ibunya selalu sakit...
apa saja jenis sakit...
terutama sakit yang menunjukkkan
gejala gangguan jin...
( apa juga jenis
gangguan )...

3.Kadang-kadang didatangi orang tak di
kenali atau lembaga-lembaga ganjil...
terutama dalam keadaan separuh tidur...
...iaitu antara alam sedar dan alam tidur...
atau dalam mimpi.

...kalau dalam mimpi...
kadang-kadang benda itu
mengatakan sesuatu yang ada
kaitan dengan bayi dalam kandungan...

...atau selalu mimpi ganjil tentang bayi itu...

4.Bayi dalam kandungan selalu seperti
dalam keadaan gelisah...sangat aktif bergerak
...tapi dalam masa lain...seolah-olah lemah
dan lama kurang bergerak...

5.Perut mengeras sekali sekala mungkin
normal terutama pada kandungan yang
menghampiri masa lahirnya...

...tapi kalau masa masih jauh...
contohnya baru beberapa bulan ia selalu
mengeras...kemungkinan gangguan saka
adalah 50/50...

Setelah lahir...

1.Tanda paling utama...
bayi selalu demam...dan untuk
lebih lanjut...
...rujuk tajuk gejala-gejala
gangguan jin pada kanak-kanak...

Seperkara yang amat penting perlu
di fahami...
...bahawa setiap kanak-kanak yang mengalami
gejala-gejala gangguan jin berpanjangan
maka amat besar kebarangkaliannya....
yang mengganggu itu adalah jin saka...

...dan dalam kata lain...bayi itu akan
didampingi jin saka...
mungkin sampai dewasa...
atau seumur hidupnya...

Dalam perubatan bayi yang mengalami
gangguan jin...
apa saja jenis gangguan...
ibunya sebaik-baiknya juga beramal...
atau dirawat...
kerana seringkali gangguan pada bayi itu
ada kaitan dengan ibunya...
terutama jika gangguan saka ....

...ertinya kalau ada kaitan...
kalau cuma bayi dirawat...maka sukar
atau lambat sembuhnya...

Wallohu a'lam