Khamis, 29 April 2010

SIHIR : Manusia + Jin..

1.Tukang sihir adalah manusia yang mendampingi jin
dan ia boleh dengan berbagai bentuk dan tujuan...

2.Ada orang belajar sihir kerana nak jadi tukang sihir
dan ada orang belajar sihir...bukan kerana ia nak jadi
tukang sihir...tapi ia tak tahu bahwa ia sedang belajar
ilmu sihir....

3.Walaupun antara kedua golongan itu mempunyai
tujuan yang berbeza...contohnya kalau nak jadi tukang
sihir...biasanya seseorang itu ada niat 'songsang'...

...manakala yang tak tahu ia sedang belajar ilmu sihir
biasanya belajar untuk tujuan baik...seperti untuk men-
cari amalan pendinding diri serta keluarga...

...namun antara keduanya ada satu keadaan yang sama
iaitu jin akan masuk ke dalam jasadnya...

4.Maka sihir adalah satu tenaga gabungan antara kekua-
tan roh manusia dengan jin...

5.kedua-duanya akan saling menyokong...dan samada
manusianya atau jinnya...kedua-duanya akan mempunyai
kebolehan dan kekuatan yang lebih berbanding tanpa
gabungan...

Contohnya...manusia akan dapat melihat...bercakap dan
mengetahui alam jin (tapi secara sangat terbatas)...dan jin
pula akan mendapat kekuatan dari gabungannya dengan
'tenaga' roh manusia...

6.Apabila seseorang manusia itu berniat nak menganiaya
seseorang manusia lain dengan sihir...maka niatnya itu men-
jadi 'tunggangan jin' serta membuka laluan masuk kepada
jasad manusia yang menjadi sasaran...

7.Begitu juga...jin mungkin boleh sampai ke tempat yang
jauh daripada 'jangkauan' asalnya melalui niat manusia...
contohnya melepasi lautan luas...

Malah...kalau anda tahu dan cukup syaratnya...anda boleh
memberi laluan kepada jin untuk sampai ke satu-satu tem-
pat dalam beberapa saat atau minit...yang sekiranya tanpa
'sokongan' jin itu hanya sampai ke tempat yang sama dalam
beberapa hari atau minggu...dan sebagainya...

8.Namun anda ingat satu perkara...berbanding dengan jin...
jasad manusia itu mungkin lebih lemah...tapi kekuatan roh
manusia itu lebih hebat daripada jin...

9.Tapi kalau anda berdamping dengan jin...bererti anda men-
yerahkan diri anda kepadanya...yang mana jasad anda ada
ruang tempat tinggal dan makan...

...dan anda akan jadi makanannya...

wallohu a'lam.

Selasa, 27 April 2010

8 PENENTU SASARAN SIHIR...

Iaitu antara perkara-perkara yang menentukan
siapa yang akan menjadi sasaran kiriman sihir...

1.Pendengki yang mengupah penyihir.

Si pendengki itu akan menyasarkan sesiapa saja
yang menyakitkan hatinya...dan mengupah si-
penyihir.

2.Orang yang dipilih sendiri oleh si penyihir...sama
ada kerana nak 'test power'...dengki...marah...syarat
perjanjian dengan jin sihirnya...dan sebagainya...

3.Jin sihir...

Kadang-kadang jin sihir ini menghasut manusia
dampingannya untuk menyihir seseorang manusia
lain...

...bukan kerana orang itu memusuhi atau menyusahkan
si penyihir...
tapi kerana jin itu sendiri yang membenci atau marah
kepadanya...kerana orang itu berpotensi menyedarkan
si penyihir...
atau boleh mengancam hubungan jin sihir dengan
manusia dampingannya...dan sebagainya...

Maka jin sihir itu menghasut manusia dampingannya...
sehingga jin sihir itu dapat menumpang kekuatan roh
si penyihir untuk menyerang orang tadi...

4.keluarga sasaran...

Iaitu kadang-kadang jin sihir tak mampu menyerang
seseorang...tapi api dendamnya atau manusia dampin-
gannya yang membara biasanya akan mendorong ia ke-
sasaran lain yang ada kaitan dengan orang tadi...
terutama ahli keluarganya.

5.Liasan...

Iaitu ada jenis pendinding diri berbentuk pelias...sihir
yang disasarkan kepadanya akan terlias...dan mungkin
akan mengenai seseorang lain yang tak ada kena mengena.

6.kesepakatan antara manusia dan jin sihirnya...

Mungkin kerana perjanjian antara keduanya...dan mereka
memilih sasaran yang sesuai dengan syaratnya.

7.Sasaran rambang...

Jin sihir ini boleh jadi akan menyerang sesiapa saja yang
dirasakan dapat ditembusi...semata-mata kerana panik...
dendam...terdesak...sebagai tipudaya dan sebagainya...

8.'Silap teknik' atau silap orang...tapi kalau dah jin sihir...
asal saja orang ia kira sama saja...yang penting 'boleh
makan'....

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

HAKIKAT SIHIR : Tiada Jin Tiada Sihir...

1.Walau apa pun caranya sihir ini dibuat...maka tak
akan ada kesannya kecuali kalau ada penglibatan jin.

2.Bila terjadinya sihir...maka ia kerana ada penglibatan
jin.

3.kalau anda mengalami gangguan atau sakit dari sebab
terkena sihir...bererti jasad anda dimasuki jin...yang
biasanya di istilahkan sebagai jin sihir...

...iaitu jin yang dikirim kepada anda untuk melaksanakan
tugas-tugas seperti yang dikehendaki oleh si penyihir.

4.Maka apa pun kesan dan gejala yang anda rasa...samada
yang berupa gangguan...penyakit...atau kesakitan...ia ada-
lah dari sebab kerja jin sihir yang telah berjaya masuk ke-
dalam jasad anda.

5.Contohnya...nama anda dipuja...tiba-tiba anda merasa
bingung...gambar anda dilayur...anda kepanasan...dada pat-
ung dicucuk jarum...dada anda terasa sakit seperti di tusuk
benda tajam...dan sebagainya...

...tapi kalau jin sihir yang dikirim tak dapat mendekati atau
masuk masuk ke dalam jasad anda...maka nama anda dipuja
...gambar anda dilayur...dada patung dicucuk jarum...dan
sebagainya...tak akan mendatangkan sebarang kesan kepada
anda.

6.Minyak sihir yang ada penunggu jin...jika disapu pada sese-
orang akan mengakibatkan gangguan perasaan atau jatuh
sakit...maka puncanya adalah kerana jin masuk ke dalam
jasadnya.

...iaitu kalau anda ada pendinding diri yang dapat mencegah
jin sihirnya dari memasuki jasad anda...dengan izin allah...
maka sapuan minyak itu tak akan memberi sebarang kesan
kepada anda...ia sama seprti minyak yang 'kosong'.

7.Racun yang dikirim melalui angin yang biasanya disebut
santau...hakikatnya adalah racun yang dibawa oleh jin...
dan kalau jin itu tak dapat menembusi pendinding diri anda
maka ia juga tak akan memberi sebarang kesan kepada
anda.

8.Ada bemacam jenis dan kaedah sihir...dan antaranya patung
yang diniatkan oleh si penyihir sebagai diri anda...yang di -
simpan dalam tempat gelap...sempit dan terkurung...

...maka tiba-tiba anda merasa sesak nafas...kepanasan dan ter-
himpit...sedangkan anda pada ruangan yang luas.

Namun hakikatnya...apa pun yang anda rasa itu adalah berkai-
tan jin sihir dalam jasad anda...dan tak ada kena mengena den-
gan patung tadi.

9.Biasanya berbagai alat sihir itu cuma merupakan syarat...dan
punca gangguan serta kesakitan...adalah jin sihir dalam jasad.

10.Dan biasa juga terjadi...jin tak dapat masuk kedalam jasad
anda tapi anda masih merasakan kesan sihir...
itu adalah kerana angin bisanya dapat masuk ke dalam tubuh...

..tapi kesannya lebih ringan daripada yang sepatutnya dan lebih
mudah sembuh dirawat.

wallohu a'lam.

Ahad, 25 April 2010

GEJALA GANGGUAN : Dalam Solat...

Iaitu antara beberapa gangguan dalam solat dan
jalan menanganinya...

1.Lupa rakaat..

Iaitu anda lupa dah berapa rakaat anda solat...
Penyelesaiannya...
...contohnya kalau anda Solat Zuhur...anda ragu-ragu
samada anda sudah ke rakaat ke-tiga atau ke-empat.
maka anda dianggap sedang pada rakaat ke-tiga dan
perlu tambah satu rakaat lagi...iaitu hendaklah anda
memilih rakaat yang kurang...tak perlu berhenti dan
mengulangi solat dari awal....

2.Lupa dah baca Fatihah atau belum...

Kadang-kadang gangguan jin akan membuat anda
lupa...dah baca Fatihah atau belum...
maka anda dianggap belum...dan wajib baca fatihah.

Dan adapun bacaan dalam solat tak kira samada yang
wajib atau sunat...kalau dibaca lebih daripada sekali...
tak akan membatalkan solat.

Yang membatalkan solat adalah gerak rukun solat yang
sengaja ditambah...contohnya dua kali rukuk dalam satu
rakaat.

3.Lupa samada ada rukuk...

Iaitu apabila anda sampai pada sujud kedua dalam satu
rakaat contohnya..anda ragu-ragu samada tadinya anda
ada rukuk atau tiada...

Maka anda tak perlu berhenti...anda bediri...baca fatihah
dan buat seperti biasa secara lengkap sebagai ganti rakaat
tadi yang anda ragu-ragukan...iaitu rakaat tadi tak dikira.

Ertinya kalau solat Asar contohnya...anda dah ke-lima
rakaat...tapi sebenarnya hanya empat...kerana yang satu
tadi tak dikira...

Untuk nak lebih pasti...anda bertanyalah pada yang lebih
tahu.

Adapun berbagai gangguan dalam solat...adalah agar anda
rasa letih atau bosan...dan tinggalkan solat....tapi kalau anda
dah tau penyelesaiannya...maka ia lebih mudah...

Kemudian ada orang yang tinggalkan solat...kerana masa
solatnya syaitan melalaikan fikirannya...kemudian syaitan
itu membisikkan...solat pun tak guna...penuh kelalaian...
sama saja seperti tak solat...jadi tak payah solat...tak penat.

Menurut kaedahnya...kalau lalai dalam solat pun...tapi ma-
sih ada masanya hati hadir walaupun beberapa minit...atau
setengah minit contohnya...maka solat itu sah....iaitu jangan
saja dalam solat itu langsung tak ada masanya ingat kepada
Allah walaupun dalam beberapa saat...

Dan anda bertanyalah pada orang yang lebih tahu...

Wallohu a'lam

Al-Hikam...Seksaan Dunia...

Adapun segala keresahan yang engkau rasa itu
adalah denda dari sebab jauhnya hati engkau
daripada Allah...

Semakin jauh dari Allah...maka semakin resah-
lah hati engkau dengan sebab berbagai hal
keduniaan.

Hanya dengan dekatnya hati kepada Allah...
engkau akan rasa tenang...

Wallohu a'lam

Selayang Pandang...Rahsia Ketamakan...

Adapun setiap orang yang berusaha mengejar dunia
bukan atas niat kerana mencari keredhaan Allah...
nescaya akan terkikis rasa kemanusiaannya...

Harta bertimbun...dirasanya tak cukup...dan ia tak akan
membelanjakan kepada sesuatu kecuali apabila ia meng-
harap akan dapat suatu ganjaran atau pembalasan...

Wallohu a'lam

Al-Hikam...Doa Diterima...

Sesungguhnya Allah akan menunaikan sesuatu
doa hambanya pada masa yang Ia kehendaki...
dan bukan pada masanya yang hambanya itu
kehendaki...

Kerana Allah lebih tahu bila masanya seseorang
itu akan sangat memerlukan apa yang di-
pintanya...samada di Dunia atau di Akhirat...

Mungkin seseorang itu memohon keselamatan...
namun kemudiannya ia mati dibunuh...atau mati
kerana sakit...dan sebagainya...

...namun bukankah keselamatan dari seksaan Neraka
itu lebih utama daripada sekedar selamat daripada
bala yang menimpa di Dunia yang sementara ini...?

Wallohu a'lam.

Al-Hikam...Kehebatan Amalan Doa...

Sesungguhnya sesuatu doa itu pasti akan diterima
selagi engkau tak keburu...iaitu engkau berkata...
"sesungguhnya aku telah berdoa...tapi tak di-
terima..." Maksud Hadis...

Tiada seseorang berdoa melainkan pasti diterima
akan doanya...
atau dihindarkan daripadanya bahaya...
atau diampunkan sebahagian daripada dosanya...

...iaitu selama ia tidak berdoa untuk menuntut se-
suatu yang mendatangkan dosa...atau untuk mem-
utuskan silaturahim...Anas RA.

Adakalanya Allah sengaja melambat-lambatkan
untuk menunaikan doa seseorang hambanya...
kerana kalau ia diberi...mungkin hambanya itu akan
berhenti berdoa...sedangkan Allah rindu mendengar
suaranya...

Namun pada itu...Allah akan mengurniakan ia per-
kara-perkara yang tak pernah dimintanya...

...dan Allah jadikan doanya itu sebagi pembenteng ia
dari segala bahaya di Dunia dan di Akhirat...

Wallohu A'lam

Al-Hikam...Yang Baik Tak Semestinya Indah...

Mungkin kamu membenci sesuatu...padahal itulah
yang baik untuk kamu...

Dan kamu mungkin menyukai sesuatu...padahal ia
bahaya untukmu...

Sesungguhnya Allah itu Maha mengetahui...sedang-
kan kamu tidak mengetahui...

Terjemahan Al baqoroh : 216.

wallohu a'lam.

Al-Hikam...Tanda Suka memperturuti Nafsu...

Adapun kecenderunganmu menilai sesuatu yang
baik itu adalah sesuatu yang hati engkau sukai...
dan sesuatu yang buruk itu ialah sesuatu yang
hati engkau benci...

...maka ia adalah tanda sifat engkau yang suka
memperturuti dan menilai sesuatu mengikut
kemahuan nafsu engkau sendiri...

Setiap orang yang dekat kepada nafsunya...maka
jauh ia daripada Tuhannya..

Wallohu a'lam.

Jumaat, 23 April 2010

MANZIL...Tertib membaca...

Ia boleh terus saja di baca atau menggunakan tertib
dibawah...( sebaik-baiknya dalam keadaan berwuduk
tapi kalau terus dirujuk pada Kitab Al Qur'an...wajib
wuduk kecuali jika buku Tafsirnya...digalakkan ber-
wuduk...)

1.Istighfar...3x

2.Bismillaa hirrohmaa nirrohiim...3x

3.Salawat...3x

4.Syahadat...1 atau 3x

5.Ya Allah...ampunilah dosa-dosa saya...ibubapa saya
dan seluruh orang Islam samada yang masih hidup...
atau sudah meninggal dunia...

6.Saya hadiahkan Fatihah ini kepada Rasulullah SAW...
keluarga dan sahabat-sahabatnya...diri saya sekeluarga
...ibubapa saya...dan seluruh orang Islam...mudah-muda-
han di mudahkan Allah segala urusan kami Dunia Akhirat
Al fatihah....

Dan sehabis membaca Ayat Manzil...maka dibaca...
Laa haula walaa quwwata illaa billah...3x
...iaitu tiada kekuasaan
dan kekuatan kecuali dengan ( milik ) Allah semata-mata.

Untuk permulaan biasanya ia mungkin dapat dibaca habis
dalam masa setengah jam...tapi kalau dah lancar atau hafal
ia boleh selesai dalam masa antara 10 hingga 15 minit...

Wallohu a'lam.

MANZIL ...PERLUKAH IJAZAH ?

Iaitu...untuk mengamalkan Ayat manzil samada untuk
wirid harian...atau untuk perubatan dan sebagainya...
anda tak perlu minta ijazah ( kebenaran ) daripada sesia-
pa...

Cuma kalau anda tak berpengalaman atau tak berguru
dalam perubatan...saya harap anda tak menggunakannya
kecuali untuk diri...keluarga...dan mungkin teman rapat
itupun kalau gangguannya tak serius...

Tapi kalau anda berguru...atau sudah sedia terlibat dalam
bidang perubatan...maka tak ada halangan...anda boleh
menggunakannya hingga setakat mana saja yang anda
mahu...

Ini adalah untuk keselamatan terutama diri anda sendiri
kerana melibatkan diri dalam bidang ini...apalagi kalau
melibatkan gangguan sihir atau saka...mungkin akan
ada serangan balas...juga berbagai tipu daya jin...

Ada beberapa perkara yang boleh menjadikan anda seba-
gai sasaran serangan jin...iaitu...

1.Anda perawat...

2.Anda membantu perawat...

3.Anda hadir dalam majlis atau ruang perubatan...

4.Anda memperkenalkan perawat...

5.Anda rakan perawat...

6.Anda menemani rakan yang sakit...

7.Anda seorang yang lemah semangat...

...dan mungkin juga menjadi sasaran atas sebab yang jin
itu ada-adakan...termasuk sebab yang tak masuk akal...
atau saja jin itu nak menganiaya...atau memilih anda...

Kalau perawat...keluarganya juga boleh menjadi sasaran
maka ia juga perlu mengamalkan 'amalan pendinding'
untuk keluarganya...

Bagaimanapun kalau anda selalu mengamalkan membaca
Ayat manzil pagi petang...iaitu Subuh...dan Asar atau
maghrib atau selepas solat Isya'...dengan izin Allah...anda
terdinding daripada serangan jin liar atau jin sihir...dan
memberi 'pukulan hebat' pada jin saka anda sekiranya ada.

Wallohu a'lam.

Rabu, 21 April 2010

SELAYANG PANDANG...KITA SATU BAHASA...

Dalam dunia ini sangat banyak bahasa
pertuturan(bahasa lidah)...

Ada yang anda guna...ada pula yang anda
faham sedikit...dan ada yang anda tak
faham langsung...

Tapi dimana pun anda...dan siapa pun
anda...kita ada satu bahasa yang sama...
iaitu bahasa hati...

Rasa gembira...sedih...suka benci...rindu
...takut...gelisah...dan berbagai gambaran
perasaan...itu semua adalah bahasa hati...

Kalaupun anda tak faham bahasa lidahnya...
namun anda masih dapat memahami
bahasa hatinya...kerana...bahasa hati anda
dan bahasa hatinya...adalah sama...

Wallohu a'lam

MINYAK WANGI MANZIL...

1.Iaitu minyak wangi yang dibacakan Ayat Manzil...
maka cara bacanya hendaklah dibuka tutupnya...
dan dekatkan ke hujung bibir...
...pastikan bahawa pada setiap kali bacaan...nafas
anda hendaklah terus sampai ke minyak...

2.Atau boleh juga di baca tanpa dibuka tutupnya...
(...ada jenis tutup tak dapat dibuka...) baca sambil
dekatkan ke hujung bibir...

...atau jika jauh sedikit...boleh dibaca sambil ditiup
sekali sekala pada minyak...

3.Gunanya...minyak wangi saja sudah tak disukai
oleh banyak jenis jin yang rata-ratanya suka bau
busuk...

...dan bila dibacakan Ayat Manzil...minyak itu bukan
saja wangi biasa...tapi ada 'bisanya'....

Insya Allah mungkin ia akan mencegah dari sebaha-
gian makhluk halus itu dari mendekati...bukan saja
ada wanginya...malah ada 'panasnya'...

4.Ia boleh digunakan oleh sesiapa saja...seperti min-
yak wangi biasa...atau sekurang-kurangnya sapu pada
bahagian dahi...untuk mencegah gangguan setakat ma-
na yang di izinkan Allah.

5.kemudian ia boleh disapu pada tempat sakit sebagai
kaedah rawatan tambahan...

6.Kalau anda menggunakannya dan bercampur dengan
orang ramai di mana-mana seperti di pasar...bas...pekan
dan sebagainya......anda mungkin akan 'menerima' pand-
angan-pandangan kosong...

...pandangan kosong itu ialah suatu keadaan di mana anda
memandang seseorang secara spontan...tanpa sebarang
niat nak pandang ...atau tanpa sebarang komen...iaitu
seperti tak ada sebabnya...

7.Kadang-kadang pandangan itu akan menjadi renungan
kosong...iaitu suatu keadaan dimana anda merenung se-
seorang dengan fikiran kosong...tak ada apa-apa yang men-
arik...atau tak ada apa-apa yang nak diulas dalam hati...
tapi saja nak pandang...tanpa niat...

8.Reaksi sebegini adalah perkara biasa...di mana pada diri
anda yang diperhatikan...ada sesuatu yang menarik perha-
tian makhluk-makhluk halus...termasuk yang mendampingi
sesorang lain...

Yang memandang anda itu...bukan orangnya...tapi jin yang
mendampinginya...

...atau sekurang-kurangnya jika pada diri orang itu tak ada
jin...tapi yang pasti ada angin bisa jin...
menunjukkan kemungkinan besar orang itu ada gangguan
jin...

9.Kalau anda membalas pandangan...biasanya ia menoleh ke
arah lain...tapi jika gangguannya kuat...terutama yang me-
libatkan gangguan pada bahagian kepala...ia mungkin secara
spontan akan memandang anda kembali...sebaik saja anda
mengalih pandangan...

10.Biasanya pandangan-pandangan ini jarang melibatkan
sebarang gangguan atau serangan ke atas anda...iaitu jarang
sekali ada niat yang tak baik...

...kecuali jika ia pandangan berisi...iaitu dengan pandangan
mata tajam bercahaya penuh kebencian atau kemarahan
tanpa sebab munasabah...( cahaya merah atau cahaya
putih)...

11.Perlu diperhatikan...ini hanya satu panduan bila anda rasa-
kan perlu guna...dan jangan sekali-kali anda mudah menyan-
gka buruk terhadap orang lain...

...mungkin ada sebab lain orang merenung anda...yalah...
manalah tahu anda seorang yang 'hensem' atau 'comel'...

...yang penting...selalulah berzikir dengan lidah atau hati...
bukan sahaja kerana ia antara ibadah utama...tapi berkhasiat
sebagai pembenteng diri...

Wallohu a'lam

Isnin, 19 April 2010

AIR MANZIL : UNTUK MANDI...

duaAir Manzil juga boleh digunakan untuk mandi khasnya
sebagai rawatan tambahan...

Berbagai cara mandi boleh digunakan...tapi di sini ada
dua cara yang mungkin lebih mudah...

Iaitu...

1.Tambahkan Air Manzil kepada segayung air terakhir
iaitu setelah selesai mandi biasa...

...dan tuangkan air ini dari ubun-ubun ke seluruh anggota
dan tubuh...

2.Atau selesai mandi biasa...selepas wuduk jika nak wuduk
...siramkan segelas Air Manzil dari ubun-ubun dan meratai
keseluruh anggota dan tubuh...

Syarat selanjutnya...jangan lap tubuh dengan tuala atau
sebarang kain...

kalau anda nak cepat kering...sapu dengan tapak tangan
sahaja...

Tujuan mandi sebagai rawatan tambahan...

1.Ia perlu terutamanya jika gangguan jin berlaku pada
lapisan kulit luar...contohnya mungkin jin itu suka duduk
atas kepala...atau bergayut mana-mana bahagian tubuh
anda....

2.Sebagai pendinding diri tambahan...Air Manzil ber-
sifat panas bagi makhluk jin...

Semuanya bergantung kepada pertolongan dan perlin-
dungan Allah semata-mata...umpama kita membina pagar
kebun...kita buat sebaik-baiknya.

Tapi samada kebun kita akan selamat dari binatang...itu
semuanya ketentuan Allah.

Penting sekali...jangan sekali-kali anda fikir...Air Manzil
itu berkuasa melindungi diri anda...

Wallohu a'lam

Ahad, 18 April 2010

AIR MANZIL...PAGAR RUMAH...

1.Iaitu air yang telah dibacakan dengan Ayat Manzil
boleh digunakan untuk pagar rumah.

Tapi ia lebih sesuai digunakan di dalam rumah dari-
pada di luar...

2.Cara asasnya ialah anda merenjis air ke 4 penjuru
setiap ruang atau bilik yang nak dipagar...

Anda cuma perlu baca Bismillah...dan renjiskan air.

3.Seorang rakan sekeluarga menyewa di sebuah bilik
hotel di Labuan...ia menceritakan...ketika mereka
sedang nyenyak tidur kecuali salah seorang anaknya...
tengah malam itu sebiji bola api terbang terapung-
apung di luar jendela hotel yang sengaja dibuka luas.

Bola api itu seperti cuba masuk ke dalam...tapi sehin-
gga beberapa lama...seperti ada sesuatu yang
menghalangnya...dan akhinya ia pergi...

Sebelum tidur...rakan itu telah merenjiskan Air
Manzil ke empat penjuru bilik...

4.Dan kisah lain...ketika seorang rakan merenjiskan
Air Manzil ke sebuah bilik di tingkat atas dirumah-
nya...anak-anaknya yang sudah lama tidur di ruang
tamu tingkat bawah...tiba-tiba jadi berani dan selesa
tidur di bilik tadi...

Sebelumnya...seperti ada sesuatu yang menakutkan
mereka...malah pernah ternampak kelibat lembaga
perempuan aneh duduk dalam bilik itu....

5.Kalau nak buat pagar 'lebih panas'...maka Air Manzil
itu hendaklah di renjis di sepanjang tepi dinding...
caranya mula dari pintu masuk...baca Bismillah...dan
mula renjis ke sudut sebelah kiri...dan seterusnya
hingga kembali semula ke tempat bermula tadi...

6.Ia boleh dibuat ke mana-mana bilik...ruang tamu...
ruang bacaan dan mana-mana saja yang anda fikir
perlu...

7.Selain pagar...ia juga untuk menghalau makhluk
halus dari mana-mana ruang...tapi anda mesti
pastikan dulu...kosongkan ruang itu daripada se-
barang tangkal...patung-patung termasuk yang
jadi hiasan juga apa saja benda yang pelik yang
berpotensi ada jin seperti senjata-senjata lama...

8.Untuk bahagian pintu...cukup dengan renjis pada
daun pintu...kerana jika ia direnjiskan ke lantai...
sseorang yang kuat gangguan jin dalam badannya
mungkin akan jatuh sakit apabila melangkahnya.

Yang sakit sebenarnya bukan orang..tapi jinnya...
cuma bila jin itu sudah sebati dalam badan...apa
saja jin itu rasa...akan turut dirasa oleh badannya.

9.Kalau nak lebih panas lagi...semasa merenjis...baca
Ayat Kursi dari penjuru penjuru...iaitu ada 4 kali
ayat Kursi...dan kalau nak tambah lagi...boleh buat
3 pusingan...

Kalau anda tak hafal Ayat Kursi...maka ganti den-
gan fatihah...

10.Kalau ada jin yang berkeras juga nak bertahan
dalam bilik itu...dengan izin Allah ia boleh terbakar
malah anda mungkin boleh terhidu baunya seperti
getah terbakar...

11.Bekas renjisan air itu juga boleh jadi 'jerangkap
samar'...iaitu jin nampak 'dah kering'...tapi kakinya
akan terbakar sebaik saja ia memijaknya.

12.Cuma untuk umum...cukup dengan direnjis ke-
penjuru...sementara lain-lain kaedah terutama
seperti pada n0.9...sebaiknya tidak dibuat kecuali
oleh orang yang ada 'pertahanan diri'...kerana ia
mungkin akan melibatkan ujian atau serangan
balas...

Wallohu a'lam

RUMUSAN PENTING...TANDA-TANDA ADA JIN...

1.Iaitu...adapun segala tanda-tanda seseorang itu ada jin
atau mengalami gangguan jin...samada jin itu jin sihirnya
sendiri...atau jin sihir yang dikirimkan kepadanya...

...atau jin yang dicarinya sendiri...atau yang menurun dari
keturunan...guru...kenalan-kenalan...perawat...atau yang
tanpa sedar ia dapat dari benda-benda sihir seperti tangkal
atau barang-barang lama...atau sesuatu yang dijumpainya
tercicir dimana-mana...atau jin yang datang sendiri kepada-
nya...dan sebagainya...

...maka tanda-tanda itu sangat banyak...dan ia mungkin
tanda biasa atau sesuatu yang sangat diluar dugaan...

2.Namun ia ada satu ciri iaitu...ia merupakan suatu keadaan
atau kejadian yang tidak ada penjelasan rasionalnya jika ber-
pandukan kepada alam nyata semata-mata...

...atau sekurang-kurangnya cuma sekedar suatu penjelasan
tapi ia ada sedikit...atau mungkin banyak keraguan...

3.Maka bila anda mengalami keadaan yang sedemikian...
contohnya...anda berkata "...oh! saya begini MUNGKIN ke-
rana begitu dan begini..." tapi dalam masa yang sama ada
keraguan dalam hati anda...
seolah-olah penjelasan itu cuma 'separuh jalan' dan ada per-
kara yang masih 'tersembunyi'...

Maka sebaik-baiknya anda mencari jawapannya dari orang
yang lebih tahu tentang alam yang tak kelihatan..

4.Tak kurang juga orang yang mengalami keadaan atau keja-
dian pelik...tapi terus menanggung tanpa ikhtiar untuk meng-
atasinya...
semata-mata kerana tak faham bahawa sebenarnya ia sedang
menghadapi rantaian tenaga dari makhluk-makhluk alam
ghaib...

5.Anda sebenarnya tak perlu mempunyai suatu bentuk pe-
mikiran yang dengan cepat saja...suka mengaitkan sesuatu
dengan gangguan yang tak kelihatan...

...tapi bila anda merasa hairan...atau ada keraguan dalam
hati yang tak dapat difahami oleh fikiran anda sendiri...
mungkin itu kerana hati anda sebenarnya 'melihat' sesuatu
yang tak pernah anda nampak dengan pandangan mata
kepala...maka sebaiknya anda ambil perhatian...

Kerana rasa hati itu datang dari dari roh ( alam ghaib )...
maka hati itu dapat melihat perkara-perkara nyata...
dan hati itu dapat 'melihat' sesuatu yang tersembunyi

...dan untuk kebanyakan orang...rasa hairan itu tandanya
mata hati sedang 'melihat sesuatu' yang tak kena...

6.Perumpamaannya...ia seperti anda melihat Gunung
Kinabalu dari jarak 30 kilometer...

Pada pandangan mata kepala...jari telunjuk anda lebih tinggi
daripada Gunung Kinabalu...tapi hati anda tahu ( melihat )
sebenarnya Gunung Kinabalu itu lebih tinggi dari pada jari
telunjuk anda...

Tapi kalaulah anda tak faham...dan lebih mempercayai pan-
dangan mata kepala anda...

...hati anda tetap akan merasa hairan...bagaimana jari yang
panjangnya tak sampai pun 4 inci...boleh jadi lebih tinggi
daripada Gunung Kinabalu yang setinggi 4100 meter itu...

7.Yang penting...setiap kita ada mata kepala...dan juga ada
mata hati...dan kedua-duanya perlu digunakan...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 16 April 2010

JUMPA PERAWAT...16 TANDA ADA JIN

Iaitu anda berjumpa dengan perawat (yang tidak
menggunakan jin)...
maka ada beberapa tanda yang menunjukkan
anda ada gangguan jin...

Tanda-tanda sebelum berjumpa...iaitu sebaik saja
anda berniat nak jumpa perawat...

1.Anda merasa takut tanpa sebab yang munasabah...

2.Anda merasa berdebar-debar dan gelisah tanpa
sebab yang munasabah...

3.Ada bisikan-bisikan atau suara halus yang cuba
menghasut dan menghalang...atau cuba memberi
'tunjuk sebab' kenapa esok sajalah baru pergi...dan
biasanya esok ada 'tunjuk sebab' lain pula...

4.Anda mungkin rasa pening dan sangat letih tanpa
sebab yang munasabah...dan mungkin juga hingga
tertidur...

5.Anda akan jatuh sakit tiba-tiba...atau salah seorang
keluarga anda...terutamanya anak-anak akan jatuh
sakit...terutama sakit yang berkaitan dengan demam
...sakit perut dan sebagainya...

Di hadapan perawat...

6.Anda mersa takut...berdebar-debar atau gelisah tanpa
sebab yang munasabah...

7.Ada bisikan atau suara halus yang cuba menakutkan
...atau menghalang anda...atau merendah-rendahkan
kemampuan perawat...agar anda merasa putus asa...

8.Anda merasa sangat marah atau benci kepada perawat
tanpa sebab yang munasabah...iaitu anda sendiri tak tahu
sebabnya...

9.Anda kerasukan di hadapan perawat...tak kira apa juga
jenis rasukan...

10.Anda merasa kepala atau tubuh anda mengembang
seolah-olah menjadi besar...perasaan saja dan bukannya
betul-betul jadi besar...

11.Bulu roma meremang samada pada tempat tertentu
atau seluruh badan...

12.Badan rasa panas...atau rasa sejuk...tanpa sebab yang
munasabah...

13.Anda jatuh sakit tiba-tiba...atau berambah sakit tanpa
sebab yang munasabah...

14.Atau tiba-tiba anda menjadi sihat...

Balik dari jumpa perawat...

15.Anda mungkin dapat serangan pengajaran...atau timbul
bermacam jenis sakit...

16.Atau anda mungkin rasa lebih sihat dan bersemangat...

dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Khamis, 15 April 2010

LALUAN 'POPULAR'...

Iaitu laluan paling kerap adalah...

1.Ubun-ubun kepala...

2.hujung jari kaki...

3.Hujung jari tangan...

4.Angin...samada melalui hidung atau mulut...

5.Mata...

6.Telinga...

7.Liang roma pada tubuh...

Wallohu a'lam.
.

TANDA-TANDA LALUAN JIN KE DALAM JASAD...

A. Ubun-ubun kepala...

iaitru jin masuk ke dalam jasad melalui ubun-ubun
maka ia ada beberapa tanda...

1.Anda selalu rasa pening kepala...dan mengantuk...

2.Kalau gangguan lebih kuat...kadang-kadang anda
rasa sakit kepala...

3.Fikiran anda selalu runsing atau bingung tanpa se-
bab yang munasabah.

4.Kadang-kadang anda ada perasaan takut kepada
'hantu' yang berlebih-lebihan...

5.Kadang-kadang anda mungkin rasa semut-semut
bergerak samada diatas kulit kepala...atau di bawah
kulit kepala...atau mungkin dalam kepala iaitu ber-
gantung kepada kekuatan dan bentuk gangguan...

6.Jika ia kerap sangat keluar masuk...anda mungkin
mengalami keguguran rambut yang berlebihan tanpa
sebab yang munasabah...

Dan sebagainya...iaitu gejala-gejala lain gangguan pada
bahagian kepala...

B. Mata...

1.Kalau jin masuk ke dalam bebola mata...maka anda
mungkin akan nampak jin...

...tapi kalau ia cuma menggunakan laluan lubang mata
pada tengkorak kepala...anda mungkin cuma rasa se-
mut-semut...atau gatal-gatal mata...

2.Mata merah bercahaya...dan biasanya liar juga tak
berani menentang renungan mata orang lain...

Atau renungannya kepada orang lain boleh membawa
kepada bahaya gangguan...

Tapi ada sebab lain mata merah...contohnya sakit
mata atau sakit kepala yang melibatkan gangguan
pada mata...maka tak boleh terlalu mudah menyangka
jin masuk mata orang lain...

Cuma kalau perlu...maka ia adalah panduan anda untuk
memilih bentuk perubatan yang anda rasakan sesuai
...terutama kepada diri sendiri serta keluarga...
juga tujuan beringat-ingat demi keselamatan...

C. Telinga...

1.Ada semut-semut bergerak dalam saluran telinga...

2.Mungkin ada sesuatu yang bergetar dalam telinga...

3.Kalau sakit...biasanya berdenyut-denyut...

4.Mungkin saluran telinga sentiasa berair tanpa sebab
yang munasabah...

5.Anda mungkin mendengar bisikan atau suara dalam
telinga anda sendiri...

Dan sebagainya...

D. Hidung dan mulut....

Biasanya tak rasa kerana jin terus masuk ke dalam jasad
tanpa singgah padanya...

Cuma mungkin dalam beberapa keadaan ia dapat di rasai
contohnya anda merasa ada sesuatu yang masuk...

...atau mulut anda terbuka secara paksa...dan anda keras-
ukan.

Wallohu a'lam...

E. Hujung jari-jari kaki dan tangan...

1.Rasa semut-semut pada hujung jari...atau kadang-kadang
ia dapat dirasa masuk hingga ke dalam tubuh...

2.Atau anda mungkin merasa panas contohnya pada sebat-
ang dan ia cuma terhenti di situ...

...atau panas hingga ke buku lali atau pergelangan tangan
contohnya...atau lebih jauh...menandakan kawasan yang
sudah dimasukinya...

3.Sakit nyilu pada urat-urat tangan atau kaki...rasanya
samada sangat lenguh...atau seperti urat yang dipicit...
dan biasanya seperti bisa-bisa yang terasa kemudian
hilang...dan rasa semula...

4.Kadang-kadang rasa sakit bisa pada sendi-sendi...seperti
pada pergelangan...siku...atau pengkal lengan...pada lengan...
atau pada buku lali...lutut...dan pengkal paha pada kaki...

4.Anggota ( kaki atau tangan ) rasa berat tanpa sebab yang
munasabah...

5.Atau kalau lebih berat...mungkin ada bengkak pada
mana-mana bahagian samada pada sendi-sendi...atau bawah
kulit...

6.Kadang-kadang kemasukan jin boleh di rasa seperti beribu-
ribu semut bergerak...darah mendidih...rasa panas...atau rasa
sejuk yang meresap...

7.Jari-jari bergerak semasa seseorang itu sedang tidur...

8.Anggota yang sering 'terkejut' semasa seseorang itu sedang
tidur...terutama ketika mata mula lelap..

9.Rasa jarum-jarum menyucuk di hujung-hujung jari...

10.Rasukan anggota...

F. Liang roma...

Iaitu jin masuk melalui liang-liang roma...mungkin secara
selesa ( tak rasa ) atau secara paksa iaitu rasa sakit....

1.Tanda biasanya adalah rasa tusukan hujung jarum ke
kulit...hilang...kemudian anda rasa panas atau sesuatu
yang bergerak di bawah kulit menandakan ia telah ber-
jaya menembusi liang roma...

Tapi kalau laluannya luas...maka ia dapat menembusi
kulit anda begitu sahaja tanpa rasa sebarang halangan...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Rabu, 14 April 2010

8 LALUAN JIN KE DALAM JASAD...

Iaitu laluan jin masuk ke dalam jasad
manusia...

1.Ubun-ubun kepala...

a. Biasanya sasaran utama adalah kepala...
...maka seseorang itu akan mengalami gejala gangguan pada
bahagian kepala...termasuk juga kemungkinan gangguan
bahagian mata...

b. Kalau ia masuk lebih daripada kepala...biasanya sasaran
utama lain adalah bahagian dada...
maka seseorang itu juga akan mengalami gejala gangguan
bahagian dada...

Kemudian kalau lebih daripada kepala dan dada...maksimanya
ia boleh meresap ke seluruh tubuh dan anggota...

2. Mata...

a. Iaitu jin masuk melalui mata...maka sasaran utama biasanya
mata...iaitu seseorang akan mengalami gejala gangguan bahagian
mata ( seperti nampak lintasan atau jelmaan jin...)

b. Kalau lebih daripada mata...sasaran utamanya adalah kepala
termasuk bahagian otak belakang yang membuat seseorang itu
selalu bermimpi aneh atau menakutkan...

...dan biasanya anda juga akan mengalami gejala gangguan baha-
gian kepala...

Kemudian...kalau jin masuk melalui mata...tidak semestinya ia
akan membuat gangguan pada mata...terutama kalau tak masuk
ke dalam bebola mata...kerana ia mungkin cuma menggunakan
laluan lubang mata pada tengkorak kepala...

Tapi kadang-kadang ia ada gangguan lain...contohnya anda mer-
asa bebola mata anda sangat gatal...dan anda mungkin rasa 'semut'
merayap atas bebola mata...atau merasa ada 'sampah-sampah'...
sedangkan pihak hospital tak akan dapat mengesan puncanya...

3.Telinga...

a. Sasaran utamanya adalah telinga...atau dalam saluran telinga...
dan anda mungkin akan rasa sakit...atau ada sesuatu bergerak...
atau dengar bunyi berdengung...atau mengalami masalah pende-
ngaran...

Kadang-kadang ia menyebabkan telinga yang sentiasa berair tapi
dikesan oleh Pihak Hospital...tiada serangan bakteria...

Kalau sakit...ia mungkin bermasa atau sakitnya berdenyut-denyut.

Kalau gangguannya lebih berat...anda mungkin suara berbisik...
ketawa..atau suara menjerit di dalam telinga anda sendiri...

...juga kadang-kadang mungkin anda mendengar suara memanggil...
sedangkan rakan-rakan lain tak dengar...kerana suara itu dari dalam
telinga anda sendiri...dan sebagainya...

4. Hidung...

a. Iaitu melalui tarikan nafas...lebih-lebih lagi jika ada 'pemangkinnya'
seperti menarik nafas panjang sambil sengaja mengosongkan fikiran...
atau anda mengamalkan sihir...

...kemungkinan lain adalah melalui sihir yang sengaja dikirim pada anda
atau...jin sengaja menyerang anda...
seperti kisahnya Nabi Ayub Alaihissalam...syaitan meniup bisa melalui
hidungnya dengan izin Allah...

b. Sasaran biasanya ke mana-mana saja mengikut aliran nafas ke dalam
tubuh...iaitu mengikut ruang mudah bagi jin yang masuk...

5. Mulut...

a. Iaitu samada melalui nafas...makanan atau minuman...

b. Kalau mengikut nafas...mana-mana bahagian saja boleh menjadi sasa-
ran...tapi kalau melalui makanan atau minuman...sasaran utamanya ada-
lah perut...kemudian boleh meresap atau tinggal di mana-mana saja...

6. Hujung jari-jari tangan...

a. Kalau masuknya jin melalui hujung-hujung jari tangan...maka sasaran
biasanya adalah mana-mana saja bahagian lengan...terutama pada urat
atau sendi...hingga ke pangkal tangan...juga bahu...

b. kalau lebih daripada itu...sasaran biasanya adalah bahagian rusuk...
bahagian dada...bahagian belakang seperti belikat...dan sebagainya...

7. Hujung jari-jari kaki...

a. Sasaran biasanya boleh di mana-mana saja bahagian kaki...sampai ke-
pangkal peha...dan antara yang paling kerap adalah sendi lutut...

b. Kalau lebih...maka sasaran lain adalah perut...pinggang...juga sampai
ke ulu hati dan bahagian dada...

8. Liang roma...

a. Tubuh kita di penuhi oleh liang roma...malah laluan pada ubun-ubun
kepala juga adalah juga liang roma...

b. Sasaran utama lain adalah bahagian rusuk...bahagian dada...bahagian
belakang...tapak kaki terutama tumit dan sebagainya...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Ahad, 11 April 2010

DUNIA MISTERI : Tangkal Pontianak...

Isteri kepada seorang rakan menyimpan tangkal
yang merupakan sebiji kemenyan...' khasiatnya '
untuk menjaga rumah dari gangguan pencuri.

Sejak menyimpannya...isteri rakan tu mula berat
nak mengerjakan solat...selalu gelisah...runsing dan
marah-marah tak tentu pasal...

Asal saja duduk dalam rumah ia tak pernah tenter-
am...dan bilik anak sulungnya pula menjadi tempat
yang menyeramkan...seolah-olah ada sesuatu yang
tak kelihatan...tinggal di dalamnya...

Bukan saja pencuri tak pernah datang...malah per-
niagaan kedai runcit yang dibukanya satu bangun-
an dengan rumahnya juga sangat ' selamat ' dari-
pada pelanggan...hingga terpaksa ditutupnya...

Seorang budak tahun enam...pada suatu malam
nampak lembaga berbaju putih... rambut panjang
mengurai duduk melambung-lambung anak kecil
di atas atap rumahnya...

Ketika di rawat oleh seorang perawat...ia kerasu-
kan...ia masih sedar tapi ada sesuatu yang menga-
wal jasadnya...

Makhluk itu menghalangnya dari membuka mulut
malah empat orang dewasa yang memegangnya...
dengan mudah saja ditewaskannya...

Ketika ia minta tolong untuk membuang tangkal itu
...saya buangkan ke sungai...tapi sebelumnya saya
sempat menggenggem kemenyan itu saja nak 'cari
pengalaman'...

Semakin lama digenggam...saya dapat rasakan bisa-
bisa yang mula meresap masuk dari tapak tangan
dan sendi siku mula rasa lenguh dan sakit ber-
denyut-denyut...

Rasanya itu dah cukup...kalau digenggam lebih lama
takut ' terlebih pengalaman ' pula.

Sejak itu ia mula rasa tenang semula dalam rumahnya
dan pada malam kedua selepas tangkal itu dibuang...
anak sulung bermimpi melihat satu lembaga berpakaian
putih...dengan rambut panjang mengurai berdiri di hada-
pan pintu depan tapi tak dapat masuk ke dalam rumah...

Wallohu a'lam.

DUNIA MISTERI : Dendam Jin...

Petang itu seorang rakan datang berjumpa saya...
sembang-sembang kosong...

Tapi kemudiannya rakan itu kelihatan gelisah...
matanya mula liar dan menjadi merah...

Tak lama kemudian ia minta diri...dan kebetulan
juga saya ada urusan keluar...

Lima belas minit kemudian rakan itu menghantar
mesej...'' saya jumpa kau tadi tu...saya rasa dada
saya sakit macam kena tikam besi..."

Saya balas " mungkin dalam badan kamu tu ada
gangguan..."

Beberapa minit kemudian ia menghantar mesej
"...saya mula rasa marah pada kau ni..."

Tadi baik-baik saja...tiba-tiba rakan tu mula me-
rasa marah pada saya...tapi sebenarnya ia tak
apa-apa...cuma jin dalam badannya itu yang
marah pada saya...dan rakan itu cuma terikut-
ikut saja...

Saya menyuruhnya ambil wuduk dan zikir apa-
apa saja...

Sepuluh minit kemudian ia menghantar mesej
ia dah agak tenang semula...

Ia satu dari kisahnya bagaiman jin cuba menim-
bulkan permusuhan antara sesama manusia...

Bayangkan saja kalau kita tak faham...tentu saja
kita akan sangka rakan itu saja nak ' cari pasal '
dan bermula lah satu permusuhan dari sebab
kita tak faham kerja syaitan-syaitan ini...

Wallohu a'lam.

AIR MANZIL : 17 Tanda Gangguan Pada Tubuh Dan Anggota...

Iaitu anda minum Air Manzil dan anda mengalami tanda-tanda
gangguan pada bahagian tubuh dan anggota tangan atau kaki...

Iaitu...

1 . Rasa panas atau sakit pada mana-mana bahagian tubuh atau
anggota...

2. Jika anda ada sesuatu masalah kesihatan ( apa sahaja )...tiba-
tiba bertambah ringan terutamanya kalau ianya masih baru...
tapi biasanya ia akan bertambah sakit atau teruk...sekurang-
kurang untuk sementara...

3 . Tempat sakit sedia ada menjadi panas atau sakit...atau sakit
berdenyut-denyut...

4 . Ada benda bergerak pada tempat yang sakit...atau di mana-
mana juga...

5 . Tubuh atau anggota tiba-tiba menjadi berat...atau lemas...
atau rasa sangat letih...

kadang-kadang tubuh itu rasa berat pada bahagian-bahagian ter-
tentu saja ...

6 . Tubuh rasa menjadi kembang...atau berlapis dengan bayangan
halus dan sebagainya...

7 . Rasa bahang panas terutamanya di bahagian belakang...

8 . Anda mengalami rasukan...

9 . Nafas menjadi panas...

10 . Kejang pada seluruh atau sebahagian tubuh atau anggota...

11 . Rasa sakit atau nyilu pada mana-mana sahaja bahagian sendi-
sendi...

12 . Tubuh atau anggota menggeletar...atau rasa seperti mengge-
letar

13 . Rasa sejuk dalam tubuh atau anggota...

14 . Tubuh terasa sangat ringan...

15 . Berpeluh seluruh tubuh atau sebahagian...

16 . Bulu tengkuk atau bulu roma meremang...

17 . Tapak tangan menjadi panas atau menjadi sejuk...dan kadang-
kadang boleh jadi berpeluh...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

AIR MANZIL : 6 Tanda Gangguan Pada Dada...

Iaitu anda minum Air Manzil dan mengalami tanda-tanda
gangguan pada bahagian dada...

Tanda-tandanya...

1 . Dada berdebar-debar...

2 . Rasa Panas samada keseluruhan dada atau sebahagian-
nya...iaitu pada tempat-tempat tertentu sahaja...

3 . Sesak nafas atau rasa berat dada...

4 . Marah tiba-tiba tanpa sebab munasabah...

5 . Rasa takut tanpa sebab munasabah...perasaan jadi tak
tentu...

6. Ada sesuatu bergerak dalam dada...seperti semut-semut
dan sebagainya...

7 . Ada suara bisikan atau menjerit dalam dada...

6 . Anda merasa sangat tenang...iaitu rupa-rupanya anda
mengalami gangguan tanpa disedari...
tenangnya itu kerana penghasutnya dah lari...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

GEJALA GANGGUAN : 5 'Cahaya Jin' Pada Muka...

A . Iaitu bentuk-bentuk gangguan jin pada muka samada
ia sesuatu yang sengaja anda cari...disihir atau gangguan
jin saka...

1. Muka berseri bercahaya...menjadi pemanis...pemikat
atau pelaris...

Kalau jinnya lari...biasanya air muka anda akan kelihatan
gelap...samada kerana anda beramal atau dirawat...

2. Muka anda sentiasa kelihatan garang...atau sedang
marah...padahal anda rasa seperti biasa sahaja...tak ada
rasa marah...benci atau sebagianya...

Gunanya untuk mengelak kejahatan orang lain...tapi
dalam masa yang sama anda akan jauh dari pergaulan
disebabkan orang segan atau takut pada anda...
malah ia boleh menyebabkan anda sukar mencari pasa-
ngan hidup...

3. Muka anda menakutkan atau ada bayangan aneh yang
menakutkan...

kadang-kadang ia menyebabkan muka anda 'tak makan
gambar'...

4. Muka anda seperti berlapis dengan suatu wajah asing
atau mungkin boleh 'berubah rupa' ( dilapisi bayangan
muka makhluk halus...).

5. Muka yang sentiasa mnggerunkan...biasanya guna asal
nya adalah untuk menggerunkan musuh dalam perang...

Dan sebagainya...

B . Kalau anda mengalami tanda-tanda gangguan pada
muka...sapu muka anda juga bahagian belakang kepala
termasuk pada bahagian belakang kedua-dua telinga
anda...dengan Air Manzil...

Wallohu a'lam.

AIR MANZIL : 5 Tanda Gangguan Pada Muka...

Iaitu anda meminum Air Manzil...dan mengalami tindak baalas
yang menunjukkan ada gangguan pada muka...

Iaitu...

1.Muka anda terasa panas dan berubah menjadi merah...dan
mungkin tiba-tiba kelihatan seperti sangat marah...
bahang panasnya dari dalam...

2.Muka terasa pedih tanpa sebab-sebab yang munasabah...

3.Muka terasa panas...tapi panasnya bukan dari dalam muka
sebaliknya anda seperti sedang menghadap bahang panas un-
ggun api...

4.Anda merasa jarum-jarum halus yang menyucuk di muka...

5.Air muka menjadi gelap...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

AIR MANZIL : 7 Tanda Gangguan Pada Mata...

Iaitu anda meminum air yang telah dibacakan Ayat Manzil
dan mengalami tindak balas yang menunjukkan ada gangg-
an pada bebola mata...

Iaitu...

1.Mata terasa panas...dan biasanya tiba-tiba menjadi merah
dan kadang-kadang cuma sebelah mata sahaja yang menjadi
merah.

2.Mata terasa sejuk...dan kadang-kadang ia berserta deng-
an seperti ada angin sejuk yang meniup mata anda...

3.Mata terasa pedih...atau sakit...

4.Kelopak mata menjadi berat...kalau gangguannya berat...
anda mungkin tertidur...

5.Mata menjadi liar tak tentu arah...kalau anda tertidur...
mungkin ia akan berkedip dan bergerak seperti anda se-
dang jaga...

6.Rasa semut-semut bergerak dalam mata...

7.Anda mula nampak lintasan atau jelmaan-jelmaan jin..

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 9 April 2010

AIR MANZIL : 9 Tindakbalas Bahagian Kepala...

A. Iaitu seseorang yang meminum air yang telah didoa
atau dibacakan Ayat Manzil...
maka hendaklah anda ingat 2 formula ini...
iaitu...

( 1 )kalau anda merasakan sebarang tindakbalas walau
apa pun bentuknya...ia menunjukkan anda ada angin
bisa (...atau gangguan jin )...

( 2 )Di mana saja tindakbalas itu anda rasa...maka di-
situ ada angin bisa atau gangguan jin...

B.Tanda-tanda gangguan pada bahagian kepala...

1.Tiba-tiba anda rasa pening...samada pening ringan
...sederhana...atau kuat sehingga anda rasa nak rebah.

Dan samada sepintas lalu...atau terus berpanjangan...
( tapi ia akan pulih sendiri...tak payah ambil ubat...
...cukup dengan berehat sahaja ).

2.Tiba-tiba anda rasa bingung...samada sepintas lalu..
kadang-kadang ia datang begitu kuat tapi dengan cepat
menghilang...
atau ia mengambil sedikit masa sebelum pulih.

Bezanya dengan pening...pening itu rasa kurang sihat..
bingung pula fikiran bercelaru tanpa sebab yang muna-
sabah.

3.Tiba-tiba kepala anda rasa berat...dan kurang sihat.

4.Tiba-tiba anda rasa sangat mengantuk tanpa sebab
yang munasabah...kalau anda tertidur ia menandakan
gangguan yang agak kuat...

5.Sakit kepala samada keseluruhan atau sebahagian...
samada sakit begitu saja atau sakit berdenyut-denyut...

6.Kepala rasa panas samada keseluruhan atau sebahagian...
atau cuma pada tempat-tempat tertentu...

7.Sakit kepala seperti dipukul benda tumpul...atau dicucuk
benda tajam...

8.Kepala terasa seperti mengembang...

9.Ada gerakan semut-semut pada mana-mana bahagian
kepala...samada di dalam atau di atas kepala...

dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Rabu, 7 April 2010

...Mentari Senja Ini...

Mentari senja ini...
Aku lihat...sejak dulu lagi...
Bersama ayah...bersama ibu...
bersama adik...abang...dan kakak ku...

Mentari senja ini...
sangat aku kagumi...
Setiap detik...setiap saat berlalu...
Namun...ia masih indah...seperti dulu...

Mentari senja ini...
Yang ku tatap di kala ini...
Tapi tanpa ayah...tanpa ibu...
Tanpa adik...tanpa abang...tanpa kakak ku...

Mentari senja ini...
Walau rindu menusuk hati...
Namun...segala yang berlalu...
Akan hilang...di celah kenangan lalu...

Wallohu a'lam.

KENAPA...Anda Beramal...Mula Mimpi Buruk...

a. Iaitu anda mula beramal dengan Ayat-Ayat Qur'an atau
Doa-Doa dari Nabi SAW terutamanya...dan dari Ulama yang
di perakui juga dari mana saja yang halal...maka anda mula
bermimpi buruk...

b. Lagi banyak anda beramal...lebih buruk anda bermimpi...

c. Ia menunjukkan anda ada gangguan makhluk halus ( jin )
dan amalan anda itu memberi kesan kepada 'mereka' dengan
izin Allah...

d. Lebih buruk anda bermimpi...tandanya lebih berkesan
dan sesuai amalan itu dengan anda....

e. Mimpi buruk itu dari 2 perkara...
iaitu...

1. Umpamanya seseorang menghayun penamparnya ke-
arah anda dari jauh...mungkin anda buat tak tau saja...
yalah...apa yang nak disibukkan...bukannya sakit...

Tapi kalau dia hayun dari dekat dan buat lima bekas 'jalur
lebar ' di pipi anda...tentu saja anda akan ' mengamuk
sakan '...

Begitu perumpamaan jin dan mimpi buruk...kalau ia men-
gamuk dalam mimpi anda ...tanda ' terkena ' la tu...teruskan
amalan anda...

2. Mimpi buruk itu menunjukkan ketakutan jin terhadap
amalan yang anda buat...dengan kata lain amalan anda itu
sangat berpotensi menyeksa atau menewaskan 'mereka'.

Maka ia akan sengaja membayangkan seburuk-buruk mim-
pi agar anda takut dan berhenti...padahal jin itu yang takut...

f. Kalau anda mula beramal...maka ' kekuatan ' anda mula me-
ningkat...sedangkan...kekuatan jin itu akan semakin lemah...

Maka sementara ia masih kuat dan anda pula baru mula
meningkat...ia adalah masanya yang sangat sesuai untuk me-
nghentikan anda walau dengan cara apa sekalipun...termasuk
dengan ' karangan-karangan ' mimpi buruk...

Hasilnya...tak sedikit orang yang rasa selesa dengan berhenti
beramal...dan ia mula tidur lena semula di malam hari...
sedangkan disebaliknya...jin itu akan terus dengan proses
' memakan ' anda dari dalam...

g. kalau anda terus bertahan dan beramal...maka akan sampai
peringkatnya mimpi-mimpi aneh atau buruk itu akan terhenti.

Atau...perlahan-lahan menjadi semakin kabur dan jauh...
hinggakan pada satu peringkat...mungkin anda cuma rasa ada
bermimpi buruk tapi anda tak ingat ( kerana gangguan mimpi
itu yang semakin lemah dan tak berkesan...).

h. Mimpi buruk itu biasanya menunjukkan anda mengalami gan-
gguan bahagian kepala dan dada...
di samping sekiranya anda turut mengalami gangguan pada
bahagian lain di tubuh atau anggota...

i. Mimpi buruk termasuk perang psikologi yang makhluk halus
' lancarkan ' ke atas anda...kerana kalau anda termakan ' cerita '
mereka...anda mungkin akan mula rasa lemah semangat atau ber-
putus asa...dan memudahkan anda menjadi mangsa...

j. Maka pergantungan hati terhadap Allah sangat penting...
kerana kekuasaanNYA tak pernah terbatas...di samping anda
berusaha juga minta rawatan terutamanya kalau anda kurang
faham atau kurang pengalaman dengan apa yang anda lalui...

Wallohu a'lam.

Jumaat, 2 April 2010

MANZIL...17 Tindakbalas Diri...

Iaitu...kalau anda mula mengamalkan Ayat Manzil maka anda
mungkin akan mula mengalami beberapa bentuk tindakbalas.

Iaitu bergantung kepada kedudukan dan bentuk gangguan
dalam diri anda...samada ketika membaca...selepas atau di mana-
mana masa selama anda terus mengamalkannya...

1.Bebola mata terasa panas dan berair...terutama semasa mem-
bacanya...

Tandanya...ada gejala gangguan jin pada mata anda...seperti selalu
nampak lintasan...atau makhluk-makhluk halus ( jin )...

Iaitu gejala jin atau angin bisa dalam bebola mata anda...

2.Kepala rasa pening...panas...sakit...atau ada gejala aneh seperti
ada tangan yang menggenggam kepala anda...atau tiba-tiba rasa
sangat mengantuk terutama semasa membacanya...

Tandanya ada gangguan pada bahagian kepala...

3.Anda selalu menguap terutama semasa membaca...

Tandanya anda ada saka...dan bila-bila masa saja anda mengalami
keadaan menguap berpanjangan...
atau tiba-tiba...tanpa sebab yang munasabah...menunjukkan keha-
diran jin saka anda...

Dan antara ciri-cirinya...anda menguap tanpa dapat dikawal dan
kadang-kadang hingga rasa sakit mulut...kerana menguap besar...

4.Rasa berdebar-debar tanpa sebab munasabah...

Tandanya..ada gangguan pada bahagian dada...

5.Rasa sedih tanpa sebab yang munasabah...semasa membacanya
atau bila-bila masa...

Tandanya...ada gangguan pada bahagian dada...

6.Rasa marah...atau anda jadi pemanas tanpa sebab munasabah...

Tandanya ada gangguan pada bahagian dada ( jin yang mendampingi
anda mungkin jenis jin kuat...jin silat...jin jurus...lain-lain ilmu dan bagi
orang perempuan...biasanya menandakan ia jin jantan ).

7.Telinga mendengar bunyi berdengung...

Tandanya...ada gangguan ada gangguan pada bahagian kepala dan juga
bisikan-bisikan samada yang terdengar atau tidak...

( Biasanya gejala ini dialami seseorang yang mengalami gangguan walau
pun ia tak mengamalkan Ayat manzil...)

8.Tapak tangan rasa panas...

Tandanya ada angin bisa dalam badan...atau mungkin juga ada angin
bisa pada tapak tangan iaitu...ada jin pada tapak tangan...biasanya di-
tengah-tengah...( jin ilmu...contohnya ilmu mengurut...).

kalau panasnya sampai ke pergelangan...maka tandanya ada angin bisa
( jin ilmu meresap )...atau mungkin juga laluan masuk ke dalam badan...

Dan begitu juga kalau rasa panas pada bahagian tapak kaki...

Kalau tapak tangan dan tapak kaki sekaligus rasa panas...banyak angin
bisa dalam badan...kadang-kadang panasnya itu rasa pedas...

9.Kulit muka rasa tegang dan air muka menjadi gelap...

Tandanya ada gangguan pada muka...

Iaitu ada angin bisa pada muka yang dengannya anda mungkin selalu ke-
lihatan sangat manis...ceria...menawan...bercahaya...menarik simpati...
atau mungkin orang nampak air muka anda sentiasa garang menakutkan...

( kalau anda guna air doa...sapu muka juga di bahagian belakang telinga
kanan kiri ).

10.Kalau anda berpeluh samada seluruh...atau pada bahagian-bahagian
tertentu sahaja

Tandanya ada angin bisa keluar melalui liang roma...dan kalau peluhnya
besar-besar...mungkin jinnya yang keluar....

11.Rasa berat kepala atau pada mana-mana anggota...terutama semasa
membacanya...

Tandanya ada gangguan pada kepala dan tempat-tempat berkenaan..

12.Rasa berat badan...dan kadang-kadang membawa kepada tertidur...

Tandanya ada gangguan pada bahagian belakang bahu...( penempatan
jin atau banyak angin bisanya ).

13.Tiba-tiba sakit perut nak ke tandas...semasa membaca atau bila-
bila masa...

Tanda ada sesuatu nak keluar ikut saluran bawah...mungkin bisa-bisa...
jin...bangkai jin atau sebagainya...

14.Rasa benda-benda bergerak dalam badan samada berupa semut-
semut...cacing-cacing...dan mungkin juga ia terasa sepintas lalu...

Ia adalah keujudan jin dalam pembuluh-pembuluh darah...tandanya
laluan agak sempit...kerana itu pergerakannya dapat dirasa...

Kalau ia nak keluar...rasa semut-semut di tangan atau hujung-hujung
jari kaki...menunjukkan itu laluan masuknya...

Tanda-tanda lain adalah rasa sakit nyilu urat yang biasanya seperti
'lintas lalu' terutama pada bahagian tangan dan kaki...

15.Tiba-tiba bersin...atau muntah...atau sendawa...semasa membaca
atau selepasnya...

Tandanya ada sesuatu yang nak keluar ikut mulut...

kalau hanya rasa nak muntah ( tapi tak muntah )...ada bisa dalam badan
atau anda mungkin termakan atau terminum benda sihir...

16.Lihat pada jari anda...jika ia menggeletar tanpa sebab yang munasa-
bah...

Ia adalah tanda jin menahan sakit atau seksa dari sebab amalan Manzil
tapi ia masih cuba bertahan...

Biasanya ia menunjukkan angin bisanya padat dalam tubuh badan anda...
tapi pasti...ketahanan pasti ada hadnya...dengan izin Allah.

17.Rasa panas seluruh tubuh...samada semasa membacanya...selepas...
atau ia datang pada masa-masa tertentu seperti masuk Maghrib...waktu
malam atau sepanjang masa...

Tandanya jin cuba meresap ke seluruh tubuh anda dan ia adalah antara
persediaan kepada rasukan...dan ia mungkin jenis jin ilmu...

Contohnya anda ditetak dengan benda tajam...tapi tak luka...itu bukan
kerana anda kebal...
tapi jin yang meresap dalam tubuh anda yang kebal...atau jin bersilat
sendiri dan sebagainya...

Dan sebagainya.....

Wallohu a'lam.

Khamis, 1 April 2010

MANZIL...7 Pencegahan Serangan...

Iaitu...amalan membaca Ayat-Ayat Manzil membentuk
suatu kawasan panas di sekeliling diri seseorang...

Semakin lama ia diamalkan...maka semakin jauh jang-
kauan kawasan panasnya...

Dan antaranya ada 7 cara ia berfungsi mencegah serangan
dan gangguan...

1.Sebelum jin nampak anda....terlebih dahulu ia merasakan
bahang panas...maka ia awal-awal lagi akan menjauh...
(...untuk sebahagian jenis jin...)

2.Kadang-kadang kejahatan fikiran...perbuatan...dan perkata-
aan seseorang manusia itu bukan hanya dari hasutan nafsu
jahat dan bisikan syaitan asli sahaja...
tapi tak kurang juga dari hasutan jin ( tak kira jin Islam atau
Jin kafir )...di mana hasutan jin ini lebih nyata dan berkesan.
( iaitu kadang-kadang hingga boleh terdengar suara bisikannya)

Tapi bila jin ini rasa panas dan menjauh...maka seseorang itu
akan dekat pada anda tanpa sebarang niat jahat...kerana
'Tukang Hasutnya' tak ada ketika itu...( biasanya kalau ia dah
jauh dengan anda maka jin itu akan kembali 'menemaninya' ).

3.'Pukulan' cahaya Manzil ini kadang-kadang memberi kesan
perasaan kepada jin liar...jin pengganggu atau jin pendamping
seseorang lain.

Iaitu...apabila seseorang yang ada gangguan atau pendamping
itu melihat anda...ia merasa sangat segan...sedangkan orang itu
sendiri akan tertanya-tanya dalam hatinya...
kenapa ia rasa segan sangat pada anda...

Orang itu mungkin sudah mengenal anda...atau pertama kali
melihat...atau berjumpa dengan anda...

Rahsianya kerana jin yang mendampingi atau mengganggunya
itu rasa sangat segan pada anda...maka orangnya turut men-
anggung perasaan segan 'jinnya'.

4.Bagi orang yang tubuhnya sebati dengan jin...tak kira saka...
dari sihir atau sebagainya...maka ia dapat merasakan bahang
panas secara langsung dari tubuh anda...

Kalau berhadapan...ia merasa panas pada muka dan bahagian
depan tubuhnya...
kalau membelakang...ia merasa bahang panas pada bahagian
belakangnya...

Biasanya bahang panas itu dapat mencegahnya dari berniat
jahat terhadap anda...

5.Dan kadang-kadang ia memberi kesan yang mengganggu
dan menyakitkan...seperti...

Seseorang yang mendampingi jin...atau didampingi jin akan
merasa resah gelisah...berdebar-debar...takut tanpa sebab...
rasa lemah...atau sakit kepala...dan sebagainya...apabila
dekat dengan anda...

Pada hakikatnya ia adalah kesan 'pukulan' cahaya amalan
Manzil yang mengenai jinnya...tapi turut ditanggung oleh
orang tadi...kerana samada jin itu sebati dalam tubuh...atau
angin bisanya padat dalam tubuh...

Dan biasanya ini akan mencegah sebarang serangan zahir
atau ghoib...

6.'Pukulan" cahaya Manzil boleh sampai ke tahap memba-
kar...iaitu akan ada suatu jarak dari tubuh anda...jin akan
terbakar apabila melangkauinya...

7.Serangan jarak jauh jin ( kerana ia tak dapat mengham-
piri anda ) dengan izin Allah boleh 'lumpuh' atau 'patah'
sebelum dapat menyentuh anda...
atau ia sampai dalam keadaan lemah dan 'tawar' hingga
tak membahayakan...

8.Dan sebagainya...

Wallohu a'lam.

Nota :

1.Ayat-Ayat Manzil itu tak berkuasa nak melindungi
sesiapa pun...yang ada itu...semuanya kekuasaan Allah.

Maka beramal...dan harapkan perlindungan Allah se-
mata-mata...

Ia umpama...kalau gula ada rasa manisnya...kalau garam
ada rasa masinnya...tapi rasa manis dan masin itu hakikat-
nya dari Allah...bukan dari gula atau garamnya...