Isnin, 21 Disember 2009

DUNIA MISTERI...Lapisan Aura?

Seorang rakan sedang kerasukan jin saka
silat...duduk di hadapan seorang rakan
lain yang melayannya...

Rakan pelayan itu bertanya kepadanya...
...bagaimana jin itu boleh mengetahui
samada ia dapat mengalahkan seseorang
manusia itu atau tidak...tanpa perlu ber-
tarung...

Dan rahsianya...
bagi orang yang ada amalan bersih...
iaitu menggunakan zikir atau Ayat-Ayat
Quran semata-mata...
...ada satu lapisan cahaya putih yang
menyelubungi tubuhnya...

Daripada ukuran lapisan itu...ia dapat
mengukur kekuatannya samada orang
itu dapat ditumpaskan...

Dan ia dapat mengenal orang yang lebih
'kuat'...iaitu orang yang lapisan cahaya
putihnya lebih tebal...

Dan ketika disuruh menyerang seorang
rakan lain...
...rakan yang kerasukan itu memerhati-
kannya beberapa saat...
...kemudian ia tunduk sambil menggeleng
kepala..." saya tak dapat kalahkan dia..."

...saya tak ada komen...cuma itu yang ia
beritahu...Allah lebih tahu...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan