Selasa, 29 Disember 2009

MENGENAL GANGGUAN...Sakit Jantung 10 Tanda...

Iaitu sakit jantung dari sebab gangguan jin.

Gejalanya :

1.Anda selalu rasa berdebar-debar tanpa
sebab...

...kadang-kadang seolah-olah anda dapat
mendengar degupan jantung anda sendiri...

...atau anda rasa berdebar-debar tanpa sebab
bila berdepan dengan perawat...
atau bila di bacakan Rukyah...

2.Anda sering mengalami gejala Rasukan
Perasaan...seperti sedih...gembira...takut...
benci...marah...dan sebagainya...tanpa sebab.

3.Anda sering...atau kadang-kadang merasa
berat dada seperti dihimpit...sesak nafas...
atau sebagainya...

...tapi biasanya anda akan merasa nafas di-
tarik tak habis...nafas dilepas pun tak habis...
dan ubat biasanya tak mendatangkan kesan...

Biasanya ia datang tiba-tiba...kemudian akan
hilang sendiri...kadang-kadang cuma sekejap...
kadang-kadang ia berlangsung lama berjam-jam
lamanya...

4.Anda mengalami kesukaran mengawal per-
asaan marah...kerana ia biasanya tiba-tiba
melonjak naik tanpa kawalan....

...dan anda akan merasa sangat marah walaupun
pada perkara-perkara yang anda sendiri anggap
perkara kecil...

...kemudian rasa marah itu lambat hilang...
kadang-kadang menjadi dendam...

...biasanya anda hanya akan dapat berpuas hati
jika dapat melepaskan marah tanpa dikawal...
malah kalau boleh...mengamuk.....dan jika ditahan
...pada sebahagian orang akan merasa sakit dada...
kepala...atau seluruh badan.

...semuanya bergantung kepada tahap penguasaan
jin dalam dada seseorang...

5.Anda selalu atau kadang-kadang suka bersendirian.

...dan biasanya merasa kurang selesa atau takut
berada didepan...atau dikhalayak ramai...

6.Kadang-kadang rasa sakit pada jantung...seperti
dicucuk sesuatu...atau digenggam...atau seperti
pembuluh darah dipicit...dan sebagainya.

7.Ada juga orang yang dapat merasakan sesuatu
bergerak dalam dadanya...

...mungkin seperti semut-semut...angin...dan se-
bagainya.

...atau mungkin anda tak rasa...kecuali apabila
anda dibacakan Rukyah.

8.Kadang-kadang terasa sesuatu menyucuk dalam
dada...dan kalau lebih teruk ia terasa tembus
dari depan kebelakang dada...

9.Kadang-kadang terasa sakit dalam dada...dan ia
berpindah-pindah tempat...

10.Kadang-kadang terasa panas dalam dada...
atau seluruh tubuh...

Biasanya orang yang mengalami gangguan pada
dada akan serentak sekali mengalami gangguan
pada bahagian kepala...

Gejalanya :

1.Suka berkhayal...

2.Sangat pelupa...

3.Sukar menumpukan perhatian pada pelajaran...

4.Cepat mengantuk dimajlis ilmu...terutama majlis
Agama...

5.sering rasa pening...

6.Sering rasa sakit kepala...

7.Kadang-kadang...sering pitam terutamanya jika
gangguan cukup kuat...

Pihak Hospital :

1.Mengesahkan anda sihat...sedangkan anda rasa
sakit...

2.Mensyaki anda ada masalah jantung...tapi tak
dapat mengesannya...

3.Ubat tak berkesan.

Cuma ada keadaannya...dimana ada bangsa jin yang
alah pada dadah pengawet ubat...atau alah pada
bau ubat Hospital...

...maka ia akan keluar dari bahagian dada...
dan anda akan rasa lebih sihat...

...cuma dalam kebanyakan kes...rawatan Rohani
lebih sesuai untuk rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

8 ulasan:

  1. Assalammualaikum WBT..

    Alhamdulillah, dengan membaca blog saudara ini banyak info yang telah saya perolehi. sebelum ini saya hanya mengenal jin hanya pada nama sahaja. suatu ketika ketika sy sedang solat sy akan merasa sangat lemah dan mengantuk yang teramat sangat. rasa mengantuk ini tidak boleh ditahan2 sehinggakan sy tidak fokus pada bacaan solat. sy berusaha untuk solat dengan sepenuh hati namun tiba2 tersedar yang sy telah tertidur sekejap. bila dah sedar sy akan fokus lagi dan serangan rasa mengantuk itu datang lagi seolah2 seluruh deria termmasuk otak sy ditutup. keadaan itu berulang sehinggalah sy selesai solat. kadang2 sy tidak sempat membaca doa, doa pendek kerana sy tidak pasti apa yang sy doakan dan bacaan solat tidak sempurna. yang peliknya, selesai solat, rasa mengantuk hilang (rasa segar) namun badan masih terasa letih dan sengal2. kadang2 semua sendi terasa lemah atau bisa. perkara ini akan berulang tidak kira masa tapi tak terlalu kerap. adakah ini sebahagian daripada tanda-tanda adanya gangguan jin? (perkara ini berlaku walaupun sy cukup tidur). dan satu lagi, secara tiba2 sy menjadi seorang yang sangat pelupa. sy seolah2 kehilangan dairy hidup untuk waktu tertentu dan sy tidak sedar apa yang telah berlalu dalam kehidupan harian sy. banyak perkara yang sy lupa, dari sekecil2 hingga ke perkara yang besar. sy juga merasa sy tidak sedar apa yang telah sy lakukan sebelumnya. dalam situasi ini sy sering berfikir, kenapa sy buat begitu? begitukah yang sy lakukan? adakah situasi ini juga adalah disebabkan oleh gangguan? terima kasih atas kesempatan ini.

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam wbkth imdad...

    Terima kasih atas ulasannya...dan biasanya
    gejala yang imdad alami itu menunjukkan
    angin bisa jin yang agak padat pada bahagian
    kepala (otak)...

    Semua gejala semasa solat itu juga gangguan
    fikiran seperti lupa dan sebagainya adalah
    tindakbalas juga kesan angin bisa tersebut.

    Sengal-sengal...bisa dan lemah sendi juga
    adalah kesan angin bisa jin pada otot juga sendi...

    Kesan atau gejala itu cuma akan hilang apa-
    bila angin bisa jin dibuang darinya melalui rawatan juga amalan...Insya Allah...

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum WBT..

    Alhamdulillah, terima kasih di atas penerangan saudara. setakat bacaan sy dalam blog ini, angin bisa itu ialah LALUAN atau BEKAS tempat tinggal atau PENEMPATAN jin dalam tubuh badan seseorang..(kalau salah mohon dibetulkan).

    adakah dengan adanya angin bisa dalam badan sesorang itu petanda PASTI bahawa badan itu pernah DIMASUKI jin? atau, diekori dan diperhati jin sahaja sudah mampu meninggalkan angin bisa dalam badan?...

    adakah terdapat perbezaan diantara angin biasa dengan angin bisa dalam badan seseorang? maksud sy dari segi rasa atau simptom dan bagaimana mengenal angin tersebut dalam keadaan biasa (tidak discan atau dirawat). terlebih dahulu sy minta maaf sekiranya pertanyaan sy ini sudah ada dalam penulisan saudara tetapi sy belum sempat membacanya.. andai ada, apakah tajuknya?

    apakah bacaan yang perlu untuk dijadikan pendiding segera ketika kita berjalan jauh atau kemana sahaja selain menjadikan Ayat Manzil sebagai amalan?
    (sekiranya belum menjadikan Ayat Manzil sebgai amalan)...

    dalam Al-Quran, Allah telah berfirman; Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu...maksudnya, bangsa jin juga dituntut agar beribadah kepada Allah, begitu juga manusia, beribadah dan menjadi khalifah di muka bumi. Di akhirat kelak, segala amalan manusia akan ditimbang seadil-adilnya untuk menentukan kesudahan syurga atau neraka. bagaimana dengan jin?

    adakah yang dikenali sebagai 'orang bunian' itu juga adalah jin?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    1.Angin bisa ialah angin jin...atau bisa
    jin...

    Angin bisa itu samada sebagai laluan atau
    penempatan jin...atau ilmu sihir jin ter-
    sebut...

    Ada angin bisa..maka ada jin asalnya...sa-
    mada jin itu masih di dalam atau telah ke-
    luar...

    Sisa angin bisa menunujukkan pernah ada jin
    ..atau sedang ada jin...atau akan di datangi
    semula olah jin...

    2.Angin biasa sakitnya tetap...tak tak ber-
    ubah-ubah dengan amal...atau ke mana-mana
    juga kita pergi...

    Angin bisa biasanya memberi tindakbalas pa-
    da amalan...hilang-datang...ada masa bertam-
    bah kuat...ada musim..dan sebagainya...

    Juga mungkin akan bertindakbalas apabila
    kita bertemu orang ramai...atau memasuki
    seseuatu tempat...dan biasanya juga menye-
    babkan gangguan fikran dan perasaan...
    dan sebagainya...

    3.Pendinding...sentiasa amalkan Ayat Kursi
    tiap lepas solat...keluar masuk rumah atau
    tempat kerja...atau apabila akan memasuki
    sesuatu tempat...majlis...pasar...kampung
    dan sebagainya...Insya Allah...kalau di-
    izinkanNYA..saya akan menulis serba sedikit
    mengenainya pada blog nampak hati...

    4.Bangsa jin yang berakal juga akan memasuki
    Syurga atau Neraka...

    5.Bunian...oleh kerana kewujudannya lebih
    seperti jin...maka ia adalah jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalammualaikum WBT...

    Alhamdulillah, terima kasih atas penjelasan yang mudah difahami. sekiranya sy mempunyai kemusykilan lagi tentang perkara ini, sy akan bertanya lagi.InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth Imdad...

    Sama-sama...Insya Allah silakan...

    BalasPadam
  7. alhamdullillah.....selepas pengambilan produk sne.,mak saya tak jadi buat bypass, skrg cuma checkup setahun sekali sahaja....berikhtiarlah menggunakan produk sne ini utk sesiapa yg ada masalah jantung....www.produksne.com.my

    IKHTIAR dengan produk SNE untuk ANDA yang bermasalah:
    1.Lumpuh/Strok/Saraf
    2.Jantung/Darah tinggi
    3.Koma/Patah Tulang
    4.Buah Pinggang/Gastrik
    5.SakitPinggang/Sendi
    6.Buasir/Haid/Sembelit
    7.KencingManis
    8.SLE/Luekimia/Thalassemia
    9.Gout/Sakit Lutut
    10.Asma/Lelah/Resdung
    11.Thyroid/Bisul/Jerawat
    12.SukarMengandung/Keguguran
    13.Kanser/Fibroid
    14.Penyakit Kulit((Psoriasis/Ekzema)
    15.Prostat/Hati/Paru-Paru
    16.Masalah Seksual/Berat Badan
    17.Batu Karang/Tidak Lawas
    18.Penyakit yg sukar di ubati.....

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...semoga rakan-rakan
    pembaca di mana-mana juga dapat
    memanafaatkan maklumat ini...

    Terima kasih saudara atas perkong-
    siannya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam