Ahad, 31 Januari 2010

10 Punca Jin Tinggal Serumah...

Iaitu 10 punca jin tinggal dirumah manusia...

1.Tapak rumah...ada punca air mata air...

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman
semulajadi jin...
ada punca mata air...
kerana punca mata air adalah tempat kediaman
semulajadi jin...
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa
mengalir...walaupun di musim kemarau...

Kalau dibuat kediaman...
maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal
dalam rumah...dan...
tambahan pula jika dibina kediaman...biasanya
ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja...
maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam...

kalau anda nak buat juga kediaman...maka minta
bantuan orang yang pakar...
kalau mata airnya kering...bererti jin dikawasan
itu sudah berpindah...

Dan...kalau tak kering...bererti penempatan itu
masih ada...jangan sekali-kali dibina rumah...

Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bang-
unan seperti disekolah...kawasan perumahan...
bandar-bandar dan sebagainya yang 'berhantu'...
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin...

Ia bukannya tak boleh...kerana di atas muka
bumi ini...kita adalah khalifah...tapi harus kena
caranya...juga jin adalah makhluk Tuhan seperti
kita juga...

...kalau punca mata air itu ada masa keringnya...
maka ia tidak ada penempatan jin...dan tak ada
masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman...

2.Tapak rumah...ada kubur...

Biasanya kubur lama...tapi kesannya sama saja
dengan kubur baru...

Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur...
atau di kubur...atau di mana tempatnya ada
jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana
dibunuh atau kemalangan )...

Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bang-
unan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..

Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur
dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya...

Maka tempat itu akan jadi 'berhantu'...sehingga-
lah jasad atau tulang-tulang dipindahkan...

3.Tapak rumah...bekas tempat pembuangan jin...

Iaitu tempat pembuangan jin...samada kerana
'buang ilmu'...'buang penyakit gangguan'...atau
sebagainya...

Contohnya...mungkin sesuatu tempat itu merupa-
kan kawasan hutan... yang menjadi tempat pem-
buangan jin...
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan per-
umahan...
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan
atau rumah yang dipilihnya...

4.Dalam rumah ada tangkal sihir...

Iaitu...
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir...
dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru di-
bina dengan tujuan menjadi 'pagar rumah'...

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam...
atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah
satu tiang rumah...atau digantung...dan sebagainya...

Atau...tangkal yang baru dipasang dalam rumah
setelah sekian lama ia didirikan...walau apa pun tu-
juannya...

kemudian salah satu lagi...iaitu tangkal yang di-
gantung atau dibawa pada badan salah seorang atau
lebih...yang tinggal dalam rumah berkenaan...

Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal...biasanya
tak akan tinggal lama dalam tangkal...malah lebih
banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal...

Ia akan berkeliaran dalam rumah...dan tak mustahil
akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya
menjadi tuan...malah menjadi 'rumah'nya...

Maka rumah itu akan mula 'berhantu'...

5.Saka yang beranak pinak dalam badan manusia...

Iaitu...kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan
dan betina...biasanya ia akan membiak...dan tinggal di-
merata bahagian badan terutamanya bahagian perut
dan dada...

Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari
badan pada masa-masa tertentu...

Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi 'hantu' yang
berkeliaran dalam rumah...

6.Rumah yang banyak maksiat didalamnya...

Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal...
orang tak sembahyang...atau ada gambar-gambar juga
patung-patung makhluk bernyawa...percampuran bebas...
dan sebagainya...yang dibenci Malaikat Rahmat...

...kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat...pasti
akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal
jin kafir yang selalu menjadi 'dalang' kepada rumah-rumah
'berhantu'...

(...patung-patung manusia atau binatang yang menjadi
barang permainan kanak-kanak...maka ia tak mengapa
tapi dengan dua syarat...iaitu hendaklah dibuat permainan
dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi...
hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia...).

Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi
dan minum arak...kerana kedua-duanya adalah kegemaran
syaitan...dan turut ikut serta di dalamnya...

7.Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin...

Kerap kali...secara tradisinya...ada laluan yang menjadi
tempat laluan jin sejak lama dahulu...

Samada memang itu laluannya...atau bagi jin yang datang
dari tempat-tempat lain...dan di panggil ke satu-satu tempat
oleh manusia yang bersahabat dengan mereka...
...maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluan-
nya pada masa-masa tertentu...

Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu...
nescaya jin akan masuk singgah...dan biasanya akan buat ga-
ngguan didalamnya...maka jadilah ia rumah 'berhantu'...
kemudian...samada ia hanya singgah...atau kalau dirasanya
sesuai...jin akan turut tinggal didalamnya...

Dan...pada kes lain...tak semestinya rumah itu dibina di tengah
laluan...malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan lalu-
annya...menjadi tempat persinggahan...dan gangguan...
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya...
samada kerana saka...sihir...atau sebagainya...

8.Rumah yang disihir...

Jin dikirim melalui angin...atau diletak...atau ditanam benda
sihir...samada di hadapan...di dalam atau di bawah rumah...

Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang men-
jadi sasaran...malah akan tinggal dalam rumah...

kemudian...ketika itu...siapa saja orang dalam rumah akan terde-
dah dengan serangan dan sasaran gangguan jin...
terutama kanak-kanak...juga orang yang sedang sakit atau lemah
semangat...

9.Mengamalkan ilmu sihir...

Tak kira apa pun tujuannya...sihir yang 'menjadi' atau berbisa
itu adalah kerana penglibatan jin di dalamnya...

Biasanya..
kalau seseorang itu belajar sihir...atau diturunkan ilmu sihir...
maka pulangnya ke rumah...dengan membawa jin baru...
mungkin seekor dua...mungkin berduyun-duyun...
mana-mana saja pun boleh jadi...

Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga...dan di masa tidur...
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang 'mengamb-
ilnya'...

Seburuk-buruk pilihan...adalah anda membela jin...
kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan
anda sehingga ratusan...malah mungkin ribuan tahun...
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda se-
orang...

10.Jin liar ikut pulang...

Iaitu...biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana
...samada siang...apalagi di waktu malam...tanpa pendinding
atau persediaan...
maka ia dilihat mana-mana jin liar...
yang kemudiannya dengan sesuatu sebab...jin itu ikut pulang
ke rumah...

Tanpa halangan...tanpa tentangan...maka jin itu boleh tinggal
terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka...

Wallohu a'lam

Nota :

1.Sepuluh punca itu hanya antara sebab jin tinggal bersama
manusia...sedangkan mungkin lebih banyak punca lain yang
kita tak tahu...atau tak sedar...

Akan bersambung...

10 ulasan:

  1. adakah rumah saya menjadi tempat laluan jin jika saya kerap mendengar bunyi manusia berjalan berulang-alik dari pintu depan ke pintu belakang rumah setiap malam?

    BalasPadam
  2. Ia antara dua...iaitu samada jin itu tinggal
    serumah dan itu laluannya berulang alik dalam rumah...

    Atau mungkin rumah itu kebetulan didirikan di-
    tengah-tengah laluannya sejak dahulu...
    terutama kalau bunyi manusia berjalan itu
    jelas masuk dari luar...dan keluar dari rumah.

    Tapi kalau ada tangkal yang meragukan dalam rumah...tak mustahil pula jin itu adalah 'orangnya'...maka cuba keluarkan tangkal
    itu dari rumah...

    Cuma masalahnya...ada tangkal yang dipasang
    dalam tiang...atau dalam tanah tapak rumah...
    maka tangkal itu tak akan dapat dikesan...

    Antara cara nak uji...kalau pintu depan dan pintu belakang itu dipagar percik dengan Air
    Yasin atau Air Manzil...atau sebagainya...
    masih ada bunyi manusia berjalan...maka kemung-
    kinan besar jin itu dari dalam rumah...

    Tapi kalau bunyi berjalan itu hilang...maka mungkin jin itu sememangnya dari luar.

    Cukup percik pada daun pintu...dan tutup pintu
    itu dengan membaca Bismillah...
    dan jangan sekali-kali parcik pada lantainya
    untuk mengelak jin itu terpijak 'periuk api'
    kecuali kalau anda yakin pendinding diri anda
    mantap dengan izin Allah.

    Kalau masih ada...percik air doa tadi kesetiap
    penjuru ruang dalam rumah kecuali tandas.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...

    sama-sama saudara...

    BalasPadam
  4. Salam, saya nak tanya pula mengenai point no. 2 tu. Apa kaitan nya tempat mayat/kubur dengan kediaman jin? Macam mana boleh jadi macam tu yer?

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Roy...

    Jin suka tinggal atau bermain pada kawasan
    tersebut...sama seperti tempat kemalangan
    maut atau tempat dimana ada orang dibunuh
    atau bunuh diri...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Adakah mereka menjadikan cebisan mayat atau darah manusia sebagai makanan? Saya pernah menonton dalam satu program dari Indonesia, dikatakan bahawa jin-jin di sesuatu tempat itu bersukaria sekiranya berlaku kemalangan maut dan malah 'sengaja' menimbulkan gangguan supaya pengguna di jalan tersebut terlibat dalam kemalangan dan meninggal...

    BalasPadam
  7. Pada pendapat saya bukan daging...tapi sesuatu
    zat dari daging dan darah yang menjadi makanan
    jin...

    Kesannya daging tersebut akan lebih cepat men-
    jadi busuk dan buruk...

    Kalau ianya makanan atau masakan hidangan ke-
    pada jin...maka ia akan menjadi lebih tawar juga
    cepat membusuk...

    Begitu pula...apabila kita memakannya...maka
    rasa tak kenyang-kenyang atau cepat lapar...

    Kecuali pada darah dalam badan manusia...jin
    suka memakan sel darah merah yang berfungsi
    membawa oksigen...

    Biasanya jin pada tempat tersebut punya kepa-
    karan membuat gangguan hingga menyebabkan
    kemalangan...tujuannya untuk makanan juga
    naluri gembira dan bersukaria atas bencana yang menimpa manusia...

    Ada juga jin yang melakukannya untuk mendapat-
    kan darah persembahan kepada raja-raja mereka.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. Assalammuaikum..

    Macam mana nak m'gesan keberadaan lokasi tankal tu?

    BalasPadam
  9. Wa alaikum salam wbkth hamba Allah...

    Saya kurang tahu tentang ini dan belum
    pernah kecuali melalui angin bisa pada
    pesakit.

    Namun bagi ahli tenaga dalam...buat per-
    nafasan dalam-dalam sambil hadapkan
    tapak tangan kanan ke mana-mana
    arah yang difikirkan...kalau ada sebarang
    tindakbalas apa juga bentuknya...mungkin
    ada sesuatu tersembunyi di situ.

    Tanda-tanda lain....bahagian yang berkaitan
    menimbulkan sakit...gangguan atau rasa
    kurang selesa apabila dihampiri atau dilintasi
    atau ketika di langkah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam