Ahad, 5 Disember 2010

DUNIA MISTER..Jin Penjaga...

Ketika jin jantan itu melalui rasukannya pada
seseorang mengisytiharkan bahawa ia menjadi
pelindung...
jin itu mengenakan peraturan bahawa saya di-
larang pergi ke rumah lama keluarga kami...

Sebabnya...rumah itu banyak jin (jin yang
'seekor'ini tak mengaku sebagai jin...
tapi sebagai roh orang mati)...

Peraturannya itu tak saya endahkan...malah
saya tak mengakui bahawa makhluk halus itu
adalah pelindung saya...

Suatu petang apabila saya pulang dari rumah
lama itu...saya menghadapi serangan jin...

Pelik...sejak dulu saya tak pernah merasa
jenis serangan tusukan-tusukan jarum yang
menyasarkan ke bahagian kepala...

Apabila saya kaji...saya dapati serangan itu
adalah daripada jin 'pelindung' itu sendiri.

Kalau saya keliru...tak faham...maka saya
akan meminta rawatan pada jin 'pelindung' itu
dan ia akan menambahkan lagi 'perisanya' (ke-
sakitannya)...
agar menjadi pengajaran kepada saya...
bahawa pantang larang jin 'pelindung' itu tak
boleh dibantah...atau saya akan menerima padah-
nya...

Nampaknya jin itu sangat-sangat tak berpuas ha-
ti...

Suatu ketika apabila adik saya merawat seorang
lelaki dari Tambunan...dan kami tak pernah ber-
jumpa...

Jin dalam badan lelaki itu memberitahu...bahawa
sebelum itu ia dah beberapa kali datang ke Ranau
kerana di panggil oleh ketuanya untuk menyerang
saya (jin itu kenal saya...padahal lelaki yang
dirasuknya tak pernah mengenal saya).

Perkara lain yang jin itu sebutkan adalah nama
orang yang di dampingi oleh ketua mereka...
dan kampungnya...

Wallou a'lam

Nota

1.Kalaulah jin dari Tambunan itu tak menyebut-
kan perkara-perkara berkaitan pun...kami semua
dah maklum tentang serangan dan kedudukan jin
'penjaga' itu....

Asalnya dari negara jiran seberang laut...dan
jin itu telah datang sejak tahun 50 an lagi.

Ia mengembangkan 'orang-orangnya' ke merata
tempat melalui iimu dan perubatan...

2.Untuk sebahagian besarnya...jin yang ter
desak biasanya akan bercakap bohong..terut-
amanya untuk menyebarkan fitnah dan permusu-
han antara manusia...maka jangan sekali-kali
anda terlalu mudah percayakannya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan