Isnin, 13 Disember 2010

' SCAN ' MUDAH..Bukan Tenaga Dalam...

Iaitu bagaimana nak tahu seseorang itu ada angin
bisa jin ( atau mugkin ada jin dalam badannya ).

TANDA PADA MATA...

1.Matanya merah...kemerahan atau sederhana atau
sangat merah dan bercahaya...dan kadang-kadang
nampak seperti berair...

Tapi jangan sekali-kali anda cepat-cepat 'meng-
hukum' bahawa orang yang matanya merah itu ada
angin bisa dalam badannya...kerana masih banyak
sebab mata merah...seperti semulajadi...kurang
tidur...sakit mata...alahan pada cahaya atau
angin...baru digosok...baru dari menyelam...
kurang sihat...dan sebagainya...

Maka apabila anda melihatnya di mana-mana sedang-
kan anda tak ada sebarang urusan dengannya...
saya menegah keras pada anda daripada bersangka
buruk terhadap orang lain...kerana kadang-kadang
sangka buruk itu jadi dosa...

Jka anda ada urusan pula...kalau anda rasa per-
lukan 'scan'...atau rasa ada keperluan nak scan'
maka ia satu daripada perhatian awal untuk anda
terus mempertimbangkan 'scan-scan' seterusnya...

Contohnya anda ada urusan...atau mungkin melawat
keluarga..saudara mara atau rakan yang sedang
sakit...dan sebagainya...

Contohnya...dari mata si sakit...dan beberapa ka-
edah lain anda mungkin dapat sebarang tanda baha-
wa ia bukan hanya perlukan rawatan hospital semata
-mata...dan sebagainya...

2.Matanya sentiasa meliar...tanpa sebarang kepe-
rluan yang nyata...

3.Matanya sentiasa cepat mengelak daripada ber-
tentang dengan orang lain...

4.Ada cahaya aneh...atau sesuatu yang menggerun-
kan pada pandangan matanya...

5.Pandangan matanya aneh dan sangat tajam atau
dalam seolah-olah menembusi ke dalam diri anda.

6.Suka merenung tajam dari belakang kepada sese-
orang lain...tanpa sebarang sebab yang munasabah.

...tapi apabila orang yang dipandang itu melihat-
nya...cepat-cepat ia memalingkan muka ke arah
lain.

7.Orang itu mempunyai ciri-ciri pandangan kosong
iaitu satu cara memandang...ia merenung seseorang
tanpa sebab...pandangannya itu nampak kosong
tak ada sebarang niat atau tujuan...

Ia juga boleh dipanggil pandangan bingung...iaitu
ia merenung tepat ke arah anda...sedangkan air mu-
kanya kelihatan bingung atau kaku...terpaku tanpa
sebab...

Pandangan matanya tepat ke mata anda..atau ke muka
anda tapi sangat jelas pandangannya itu tak ada
sebarang niat...atau seperti sedang mencari-cari
sesuatu yang ia sendiri tak tahu pada diri anda...

8. Pandangan matanya memancarkan cahaya kemarahan
dan kebencian...sedangkan ada tak ada sebarang ur-
san dengannya...

...dan sebagainya...

TAPAK TANGAN...

Kalau seseorang itu dalam keadaan sihat...tapi apa-
bila anda bersalaman dengannya...anda merasakan
tapak tangannya panas...iaitu panasnya kita dapat
andaikan lebih panas daripada suhu badan biasa...
maka ia antara dari beberapa sebab...

1. Ada angin bisa jin pada dirinya...

2. Rakan itu ada pendinding diri bersih...tak guna
jin...maka bererti...pada diri anda ada angin bisa
jin...

Ada angin bisa jin itu bererti...hanya kemasukan
angin bisa jin...atau tak ada jin pada masa itu...
tapi ada laluan atau tapak keluar masuk...atau
persinggahan jin...atau ada jin di dalamnya.

Tapi bila pada pandangan matanya ada tanda-tanda
angin bisa jin...panas tapak tangannya itu meng-
uatkan kemungkinan tersebut...

Saya biasa gunakan cara melekapkan belakang tapak
tangan...ke tapak tangan seseorang...contohnya
bila nak 'scan' mudah bayi atau kanak-kanak...
atau orang yang minta 'scan'...

Apabila suhu badannya normal...tapak tangannya
pula panas membahang atau suam bila anda lekap-
kan kebelakang tangan anda...maka besar kemungk-
inan ia ada angin bisa jin...dan kalau anda nak
'scan' kehadiran jin dalam badannya...bolehlah
anda teruskan...

Dari awal-awal blog ini...saya mencatitkan ber-
bagai gejala atau tanda kehadiran jin...serta ga-
ngguan jin pada diri kita sendiri...juga orang
lain yang boleh kita lihat dengan mata...setakat
mana pengetahuan yang Tuhan berikan...

Ia bererti...kalau anda faham tentang gejala
atau tanda-tanda tersebut...tanpa perlu mem-
pelajari sebarang ilmu kebatinan atau ilmu
ghoib...atau tenaga dalam dan sebagainya...
anda boleh mengetahui kehadiran gangguan da-
lam diri seseorang seperti anak-anak anda...
suami atau isteri...ahli keluarga lain...
malah rakan-rakan atau mungkin kebetulan or-
ang lain yang tak pernah anda kenali...

Paling penting...anda tahu kalau seseorang
itu sebenarnya memerlukan rawatan rohani...
samada ia tampak sihat atau sedang sakit...
dan anda tahu kemungkinan yang bakal dihad-
api oleh seseorang jika ia terus terbiar
tanpa sebarang rawatan...

Sasaran paling utama jin pada seseorang man-
usia itu ialah pada bahagian kepala dan dada-
nya...maka sebaiknya anda fahamkan tentang
gejalanya yang ada pada catitan-catitan awal
blog ini...kemudian berbagai sumber dan tanda-
tanda ada pendamping...juga saka...

Kadang-kadang jin tidak merosakkan seseorang
itu dengan menyakiti jasadnya...tapi membuat
gangguan dan tipudaya pada fikiran dan pera-
saannya...

...contohnya...menjauhkan hati dari Tuhan...
membisik berbagai kejahatan...berlaku syirik
sesat malah murtad...memusuhi orang lain walau
dengan cara apa sekalipun...
...menganiaya malah mungkin mem-
bunuh orang lain atau diri sendiri...cinta
kepada maksiat dan kezaliman...berbagai keke-
liruan fikiran...tekanan jiwa...dan sebagainya.

...dan apabila ia turut merosakkan jasad...
maka segala tandanya akan lebih jelas lagi...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. salam..
    ada tak kaedah utk scan diri sendiri?

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam zeti...

    Nanti saya akan nyatakan pada
    tajuk besar...petua amalan dan
    'scan' diri...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam