Rabu, 15 Disember 2010

"SCAN' MUDAH TD...Persediaan..

Iaitu 'scan' mudah dengan menggunakan Tenaga Dalam
maka syaratnya...

1.Oleh kerana ia menggunakan Tenaga Dalam maka hendak-
lah anda itu seorang ahli Tenaga Dalam...

2.Aura anda hendaklah aktif..iaitu anda bukan sekadar
ahli..tapi juga mengamalkannya...

Kalau aura anda tak aktif sebagaimana sepatutnya...
ia akan mempengaruhi masa dan keperluan 'scan'...
contohnya anda mungkin perlu lebih banyak doa sebelum
'scan'...ia akan saya jelaskan kelak Insya Allah...

3.Sebaik-baiknya anda mengamalkan pendinding diri de-
gan doa atau ayat-ayat Qur'an...samada secara langsung
atau tak langsung...

4.Namun yang terbaik adalah Tenaga Dalam yang mengguna-
kan zikir dan Rukyah...

Bagi Tenaga dalam yang langsung tak menggunakan zikir
atau Rukyah...mungkin akan dapat mengatasi jin dalam
beberapa perkara...tapi Tenaga Dalam berserta zikir dan
Rukyah sangat jauh lebih berkesan dalam menangani jin...

ANDA BUKAN AHLI TENAGA DALAM...?

Apabila saya menyatakan antara syarat 'scan' mudah TD
maka hendaklah ia ahli Tenaga Dalam...
tapi ahli Rukyah (bukan tenaga dalam) juga boleh'scan'
dengan cara ini...

'SCAN' MUDAH AHLI RUKYAH...

Beberapa tahun lalu...
rombongan anak-anak buah Ustaz Haron Din datang ke-
masjid Daerah Ranau...

Berpuluh orang lelaki dan perempuan menunggu samada mi-
nta 'scan' atau rawatan...dan saya juga tak lepaskan
kesempatan ini...

Saya bukannya ragu dengan Ustaz (guru)...tapi peluang
ini mungkin hanya sekali seumur hidup...dan bukan soal
kerana menuntut atau tak menuntut...

Tapi kalau keputusan 'scan' menunjukkan saya mengguna-
kan jin tanpa sedar maka saya boleh minta rawatan dan
juga berbincang dengan Guru tentang puncanya serta ra-
watan selanjutnya...

Sebenarnya bukannya rahsia...ada ilmu-ilmu yang diajar
...tak menggunakan jin...tapi apabila dah sampai ke-
tangan anak-anak murid...
ada yang menggunakan kelebihan jin sakanya agar ilmu
yang diterima itu jadi 'lebih hebat'...samada secara
sedar atau tak sedar...

Golongan lelaki dan wanita diminta duduk dilantai
masjid dalam bentuk barisan memanjang yang diasing-
asingkan mengikut jantina...

Kemudian seorang Perawat yang masih muda membacakan
Rukyah dengan suara lantang dan jelas teratur...

Tak silap saya..susunan Rukyahnya...

1.Suroh Al Fatihah...

2.5 ayat pembuka al Baqoroh...

3.Ayat Kursi...

4.2 Ayat selepas ayat Kursi...

5.3 Ayat penutup Al Baqoroh...

6.Kumpulan Ayat-Ayat Sihir...

7.3 Qul...

(kalau silap...harapnya rakan pembaca yang tahu
dapat membetulkannya..)

Kemudian perawat muda itu menekan hujung jari te-
lunjuknya ke ubun-ubun ke seorang demi seorang.

Kalau seseorang itu mengalami gangguan jin...maka ia
akan merasai sakit atau ada jarum menyucuk bila jari
telunjuk perawat itu ditekan sedikit pada ubun-ubun.

Malah beberapa orang wanita tak payah menunggu lama...
semasa Rukyah dibaca..dah ada yang menangis atau se-
paruh kerasukan oleh jin dalam badan...

Dalam masa yang singkat..perawat muda itu mengasing-
kan antara orang yang sihat dan orang yang mengalami
gangguan...

Alhamdulillah...apabila perawat muda itu menekan jari
telunjuknya...saya tak merasa sebarang kesakitan atau
jarum menyucuk pada ubun-ubun...

Perawat itu masih muda..tapi kebolehannya mengendali-
kan 'scan' dan rawatan untuk orang ramai secara
seorang diri itu sangat mengagumkan...

Malah ada pesakit lelaki yang termangu-mangu kehair-
an...tak sampai seminit sakit badannya dah hilang
apabila ditepuk-tepuk oleh perawat muda tadi...
dengan izin Allah...

Pesakit-pesakit yang dirawat juga ada yang diminta
datang pagi esoknya untuk rawatan lanjut...

Dari sini...saya yakin...ahli Rukyah semata-mata
juga boleh 'scan' dengan kaedah yang akan saya ny-
atakan nanti...(malah mungkin dah biasa dibuat...)

PENGAMAL AYAT MANZIL

Ketika saya mengamalkan Ayat Manzil (tanpa sebarang
ijazah khusus daripada mana-mana guru atau perguruan
dan saya belum mengenali tenaga dalam)...

..saya pernah meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun
seorang bayi...dan secara spontan bayi itu tersentak
seperti terkejut kemudiannya saya tahu ada gangguan
padanya..

Iaitu setiap tindakbalas spontan ketika itu termasuk
mata berkedip..terkejut..jari-jari bergerak...
menangis dan sebagainya menunjukkan bayi itu ada ga-
ngguan...

Pengalaman lain...apabila seorang rakan menegur...
" panas betul la kau ni.."
Ketika saya masuk kelas di sebuah sekolah komputer
tiba-tiba pekerjanya melenting..." siapa ba kamu
yang panas ni..."
...ia adalah satu tindakbalas spontan dari seorang
pekerja yang terkenal dengan mulut 'lazer'nya...

Maka bagi anda...juga boleh mencuba dengan cara
'scan' yang akan saya nyatakan kelak..Insya Allah.

Wallohu a'lam

7 ulasan:

  1. terima kasih junied..
    amat membantu..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...-xdeath
    sama-sama...

    BalasPadam
  3. bagaimanakah untuk menjadi ahli tenaga dalam? dan tenaga dalam manakah yg bersih drp penggunaan jin serta bagaimanakah ingin mengetahui yg tenaga dalam yg kita ingin pelajari ini bebas drp penggunaan makhluk ghaib?

    Apa yg saudara junied pelajari? Tenaga dalam yg mana satu ya?

    Harap pencerahan...

    BalasPadam
  4. salam saudara mohd...

    Secara mudahnya...kalau secara resmi...maka
    sertai perguruan-perguruan tenaga dalam yang berdaftar...

    Kalau nak tahu samada ia bebas daripada pen-
    ggunaan makhluk ghaib...selidiki kemudian be-
    rtanya pada orang yang lebih tahu...

    Dan mungkin serba sedikit dapat saya nyatakan
    tenaga dalam yang mungkin menggunakan makhluk ghaib...atau kurang sesuai dengan kita...

    Antaranya...

    1.Sebahagian kaedah latihan tenaga dalam me-
    rupakan salah satu cara memuja dewa...terut-
    amanya dari perguruan agama lain...

    ...maka ia dikira sebagai upacara agama lain.

    2.Elakkan perguruan yang melibatkan sebarang
    rasukan atau penggunaan makhluk halus...
    walau dengan apa cara sekalipun...

    3.Elakkan perguruan yang melibatkan sebarang
    pemujaan atau seruan kepada makhluk-makhluk
    nyata...atau ghaib...tak kira siapa pun 'makhluk-makhluk' tersebut...

    ...tak kira samada makhluk-makluk itu datang atau tak datang...atau kelihatan atau tak
    kelihatan...dan sebagainya...

    ...juga tak kira dari mana pun asal-usul atau tempat makhluk ghaib itu datang...

    4.Elakkan perguruan yang mengosongkan fikiran
    (termasuk atas alasan untuk mencari ketenangan
    diri...) kerana sengaja melupakan Allah walau
    atas alasan apa sekalipun maka terlarang dalam
    agama kita...

    5.Elakkan perguruan yang menggunakan muzik sebagai cara menenangkan diri...

    6.Elakkan perguruan yang menggunakan doa atau
    mentera yang berunsur syirik...atau yang kita tak faham maksudnya...dan tak ada cara nak
    faham maksudnya...ditakuti ada unsur-unsur
    yang dilarang dalam agama...

    7.Elakkan perguruan yang ilmunya boleh memba-
    wa kepada gila isim atau ilmu makan tuan...
    kerana ia mungkin menggunakan makhluk halus...

    8.Elakkan perguruan yang mengadakan upacara
    yang diragui samada ketika ijazah...atau tamat
    dan sebagainya...seperti membakar kemenyan...
    menyembelih binatang dan darahnya diguna minum
    ...lumur pada badan...dicampur pada air mandi
    dan sebagainya...juga disertai mentera-mentera
    yang tak difahami...

    Adapun mandi ketika nak diijazah...atau tamat
    ...maka ada yang beralasan untuk membersihkan
    badan penuntut dari sebarang gangguan atau
    sebagainya...tapi cara mandi juga boleh di-
    gunakan untuk membuka ruang masuk jin kedalam
    badan...maka sebaiknya anda selidiki...

    Cuma pada asasnya...ijazah tenaga dalam tak
    perlu mandi...dan kalau ada..selidiki dahulu
    tujuannya...

    ..dan sebagainya...

    (saudara juga boleh merujuk tajuk berkaitan...
    iaitu...36 TANDA ANDA MENUNTUT ILMU SIHIR catitan Mei 2010...dan semua gejala gangguan jin secara umum..)

    Tenaga dalam yang saya pelajari adalah dari
    Pusat Rawatan Iman Theraphy...dirasmikan
    pada Tahun 2000...tak silap saya diasaskan di
    K.Kinabalu...

    Asasnya Fatihah beberapa kali ( kurang sepuluh kali ) yang di hadiahkan kepada Rasulullah SAW dan sekelian kaum muslimin Muslimat...(tidak
    dapat saya terangkan secara terperinci...kera-
    na ada rahsia perguruan...)

    Cuma itu asasnya...kemudian yang selebihnya terpulang kepada individu masing-masing...

    Cuma bagi orang yang langsung tak ada sebarang amalan...maka digalakkan mengamalkan Ayat Kursi
    ...4 Qul...ayat seribu Dinar dan sebagainya...

    Ia sebagai ibadah harian...dan boleh digunakan
    untuk amalan pendinding juga rawatan...

    Namun bagi orang sudah ada amalan tertentu...
    contohnya saya telah mengamalkan ayat Manzil
    sejak sekian lama sebelumnya...saya dapati
    rukyah selepas ijazah lebih berkesan daripada sebelumnya...

    Seperkara lagi...walaupun perguruan ini ber-
    teraskan tenaga dalam...tapi seseorang itu bebas untuk menjadi ahli Rukyah sahaja...
    atau Rukyah bersama tenaga dalam...

    Saya menulis bukan bagi pihak perguruan...
    saya hanyalah seorang penulis dan pengkaji bebas...tapi Alhamdulillah...saya gunakan se-
    dikit kelebihan dari perguruan ini...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum wrwb,

    Terima kasih di atas perkongsiannya ya tuan, moga tuan junied dirahmati Allah swt...

    Terima kasih...

    BalasPadam
  6. tuan junied, bagaimana tatacara untuk mengamalkan amalan manzil dan ruqyah? ada tatacara serta tertib tak? saya kurang faham dalam penggunaan tenaga dalam, bagaimanakah caranya utk mengaktifkan tenaga dalam kita? terima kasih

    BalasPadam
  7. Wa alaikum salam wbkth...sama-sama
    abas2013...

    Biasanya saya akan duduk dan baca ayat manzil
    dan kalau boleh mengadap kiblat lagi baik...
    dan sebaiknya amal pagi petang...

    1.Fatihah 3 senafas dan 3 Qul pernafasan adalah
    salah satu bentuk ilmu pernafasan...dan serba
    sedikit boleh mengaktifkan tenaga dalam...
    atau sekurang-kurangnya apa saja yang kita
    amal akan lebih berkesan terutama untuk merawat
    dan membenteng diri...

    2.Kalau kita ada amalan ilmu pernafasan dari mana-
    mana persatuan atau perguruan...kiraan satu
    dua tiga semasa prosese pernafasan ganti dengan
    zikir sekurang-kurangnya Allah...Allah...

    3.Kalau nak lebih maksima kekuatannya..bolehlah
    ambil ijazah pada perguruan Iman Theraphy...saya
    tidak ada kebenaran untuk memberi ijazah IT...

    ...dan bolehlah cuba berhubung terus pada Yang
    Berbahagia Tuan Guru Utama Ustaz Muhammad
    Abdullah ( Putatan kk ) 0132073001atau 0168803001.

    Dalam perguruan ini kita akan dapat 3 sumber kekuatan
    iaitu pernafasan...penggunaan ayat dan zikir...serta
    berkat perguruan...In-sha Allah...

    Saya pernah merukyah sebelum ambil ijazah...sangat
    kurang berkesan...cuma air doa manzilnya...Alhamdulillah
    memberi kesan malah sesuai untuk perubatan...pagar
    dan sebagainya...

    Setelah ambil ijazah IT...barulah saya dapati kesannya
    yang jauh lebih jelas dan ketara...

    Ijazah dan amalan pernafasan akan lebih mengaktifkan
    tenaga dalam kita...In-shaa Allah abas2013 ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam