Sabtu, 5 Mac 2011

3 QUL...DAN PETUA PERNAFASAN....

Caranya...

1.Angkat kedua-dua tangan seperti berdoa...dan
rapatkan antara dua tepi tapak tangan...

2.Dekatkan kedua-dua tapak tangan tadi ke bibir...

3.Baca Fatihah 1 x...

- pastikan nafas sampai ke kulit tapak tangan
semasa membacanya...

4.Baca salawat 3 x...

5.Baca Al Ikhlas 1 x...

6.Baca Al Falaq 1 x...

7.Baca An Naas 1 x...

8.Ludah syarat ke tapak tangan...iaitu asal
ludah...tak perlu benar-benar ada ludahnya...

9.Tutup muka dengan tapak tangan tadi...sambil
menutup mata...

10.Tarik nafas dalam-dalam sambil berzikir Allah...
Allah dalam hati seberapa banyak dengan syarat...

- Lebih perlahan nafas ditarik...lebih baik...

- Lebih lembut...lebih panjang masa menarik nafas
lebih baik...

- Lebih dalam nafas ditarik...lebih baik...

Perhatikan...semasa menarik nafas...perlahan-lahan
kempiskan perut...sambil perlahan-lahan kembangkan
dada...serta perlahan-lahan luruskan tulang bela-
kang...

11.Setelah nafas habis ditarik...tahan nafas...
sambil teruskan berzikir Allah...Allah seberapa ba-
nyak dalam hati...

12.Semasa mula menahan nafas itu...tapak tangan ta-
di...dari muka...perlahan-lahan sapu naik ke atas
kepala...

13.Kemudian turun ke belakang kepala...dengan tapak
tangan kanan menyapu bahagian kepala belakang daun
telinga kanan...

...dan tapak tangan kiri pula menyapu bahagian kep-
ala belakang daun telinga kiri...serentak...

14.Kemudian turun ke belakang leher ke dada kanan
dan dada kiri serentak...

15.Kemudian sapu ke mana saja bahagian badan yang
dapat dicapai ke dua-dua tapak tangan...

...hingga ke hujung jari kaki...iaitu tapak tangan
kanan berakhir di hujung jari kaki kanan...

...dan tapak tangan kiri berakhir di hujung jari
kaki kiri...secara serentak....

16.Genggam kedua-dua tapak tangan sambil perlahan-
lahan lepaskan nafas melalui hidung...

Semasa melepaskan nafas itu...teruskan berzikir
Allah...Allah seberapa banyak dalam hati...

Badan yang tadi lurus...perlahan-lahan lembut dan
bongkokkan...

Perhatikan...lebih perlahan...lebih lama...lebih se-
nyap nafas dilepaskan...lebih baik...

17.Setelah semua nafas habis dilepaskan...telan liur
dan...buka mata...

18.Ulang semula...angkat tangan seperti berdoa dan
dekatkan ke mulut...cuma kali ini cuma baca...

- Al Ikhlas 1 x...

- Al Falaq 1 x...

- An Naas 1 x...

Tutup muka...dan tarik nafas seperti tadi hingga ke-
nombor 17...

19.Dan ulang semula seperti nombor 18...

20.Perhatikan...semasa proses menyapu dari muka...
hinggalah ke hujung jari-jari kaki...sebaiknya ta-
pak tangan tak terangkat daripada badan...

Maka anda telah membaca Fatihah 1 x...Salawat 3 x...
Al Ikhlas 3 x...Al Falaq 3 x...dan An Naas 3x...

Amalan ini sekurang-kurangnya di amal sekali setiap
malam...atau lebih baik kalau dapat ditambah pagi
petang...

Bagi wanita yang uzur...semua suroh itu boleh di-
ganti dengan membaca...Bismillaa hirrohmaa nirrohiim
dengan niatkan ia sebagai doa...

Sebaiknya ia dibaca 34 x...33 x dan 33x...jadi semua-
nya 100 x...

Tujuan Petua Pernafasan...

1.Apabila anda membaca suroh...gelombangnya anda ta-
kung ke tapak tangan...

Apabila anda menutup muka dan menarik nafas...gelom-
bang itu akan anda sedut ke dalam diri ( jasad )...

2.Sementara wap-wap dari nafas semasa anda membacanya
masih ada pada tapak tangan...dan ia disapu ke muka
dan seluruh tubuh sebagai perisai dari luar...

3.Kesan bacaan suroh juga ada pada liur dalam mulut...
maka itu sebabnya kemudian telan liur...

4.Maka pengisian diri tak bergantung semata-mata kep-
ada membacanya semata-mata...dimana bagi kebanyakan
kita lalai hatinya...

...maka kesan amalan membaca begitu sahaja akan pada
tahap minima...hingga kadang-kadang kita tuduh...
amalan membaca suroh ini kurang berkesan...atau sep-
erti tak ada apa-apa kesan...

5.Sedangkan sebenarnya...kita sendiri tak cukup syarat
iaitu banyak lalai dan lewanya...malah mungkin dengan
penuh ragu-ragu...

Berbanding dengan petua pernafasan ini...maka suroh
yang sama dibaca...tapi anda akan merasakan kesan yang
lebih nyata...

6.Kalau tapak tangan anda ada angin bisa...baru sahaja
anda menakung gelombangnya pun...anda akan merasa suam
atau panas pada tapak tangan...

TINDAKBALAS...

1.Kalau dalam badan ada gangguan jin yang nyata...atau
angin bisa...maka sekali amal...anda mungkin dah boleh
merasa kesannya...

Ada juga yang amal...dan pada hari ketiga baru rasa ke-
sannya...dan didapati ada jin saka bersembunyi dalam
badan...

2.Secara umum...tindakbalas yang dirasai oleh seseor-
ang itu bergantung kepada ada atau tak adanya gangguan
dalam badan...dan kalau ada...bagaimana bentuk dan kek-
uatannya...

Lebih banyak angin bisa dalam bada...semakin nyata tin-
dakbalasnya seperti panas dan sakit...benda bergerak...
dan sebagainya...

3.Amalan ini berfungsi sebagai...mengesan gangguan da-
lam badan...menyerang jin dalam badan..rawatan diri...
dan amalan pendinding...

4.Walaupun biasanya pernafasan itu dibuat semasa memba-
ca 3 Qul...tapi pada pendapat saya...tak ada halangannya
kalau kita guna Ayat atau Suroh lain...

Wallohu a'lam

48 ulasan:

  1. slm, tuan 4 hari yg lepas saya ada memberi bantuan kpd seorang makcik yg meminta tlg dari saya untuk dibuatkan air doa,oleh kerana saya tak hafal ayat manzil( buat masa ini saya amalkan ayat manzil yg tuan perturunkan dlm lmn ini) saya bacakan fatihah 1x, selawat 3 x ayat kursi 1x dan ayat peletup jin1 x.Makcik tersebut mengadu sakit mata hampir 3 minggu, dah gi ambil ubat klinik sapu dan antibiotik tapi tak berkesan.dia kata matanya mcm ada pepasir bergerak dan ada mcm kekabur yg menghalang di mata kirinya.mulanya saya x pasti nak buat mcmmana,lepas baca fatihah saya dpt ilham menggunakan cara scan mudah yg tn berikan dlm lmn ini iaitu dgn zikir allah sambil tarik, tahan dan lepas dgn kiraaan 11 kali semuanya dan saya letakkan jari telunjuk saya pada lutut kiri mcm tersebut,terkejut saya tiba-tiba makcik tu mcm org kesejukan dan mcm nak pitam.Jadi saya tenangkan makcik tu dgn menyapukan air pd mukanya dgn air yng dibacakan selawat, bila makcik dah mcm stabil aje, terus saya buatkan doa seperti di atas tadi dan suruh makcik tu minum sedikit air dan basuh mukanya.Lepas dia buat demikian sakit seperti pepasir bergerak dah hilang cuma tinggal sedikit kekaburan pd matanya.tuan ,adakah cara yg saya buat itu betul, dan kalau lepas scan terjadi perkara pelik mcm mana nak buat sebabnya mungkin saya terlepas pandang dengan artikel tuan yang pernah tuan catatkan sebelum ini. bolehke saya berikan amalan tiga qul ini pada makcik tersebut.tq harap sudi tuan perjelaskan

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kilat...

    Alhamdulillah...pada saya tak ada silapnya.

    Saya terangkan antara perkara asas sahaja...
    dan selebihnya terpulang pada daya kreativ-
    iti Kilat dan rakan-rakan pembaca...

    Adapun amalan 3 Qul itu saya niat sampaikan
    pada kilat..pembaca dan rakan di mana-mana juga...agar mudah2an dapat diamalkan...
    Insya Allah.

    Dan kalau difikir baik...boleh pula diajar-
    kan kepada sesiapa sahaja..semoga bermanaf-
    aat...

    Kemudian hal lain pula akan saja perjelaskan
    nanti ya...Insya Allah...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. ULASAN...

    1.walaupun kita sekadar bacakan fatihah
    atau sebagainya...tapi 'gelombang' amalan
    ayat manzil akan turut menjadi 'bisanya'.

    Maka bagi seseorang yang mengamalkan Ayat
    Manzil...kesan fatihahnya lebih besar da-
    ripada berbanding ia tak amal Ayat Manzil.

    2.Sejuk itu antaranya...

    a.Angin bisa penuh dalam makcik tersebut...

    b.Malah boleh jadi jin meresap dalam badan
    iaitu...yang kesejukan tu...sebenarnya ada-
    lah jin...

    Kadang-kadang sejuk seluruh badan itu boleh
    membawa kepada rasukan...

    Gelombang yang terbentuk daripada amalan ma-
    nzil...ia mengalir pada hujung jari dan mer-
    esap ke seluruh tubuh makcik tadi...
    ...dan setiap tindakbalas itu menunjukkan kehadiran angin bisa...atau malah jin dalam
    badan...

    ...kalau pitam...boleh jadi membawa kepada
    kerasukan...

    3.Apa saja tindakbalas yang kuat dari sebab
    meminum air doa...atau dibacakan Ayat-Ayat
    Qur'an...maka penawar untuk mengurang atau menghilangkanya...adalah samada dengan air
    kosong yang dibacakan salawat...atau baca-
    kan salawat dan tiup...atau pesakit itu se-
    ndiri membacanya atau membacakannya pada air
    serta meminum...dan lebih baik juga menyapu
    ke mukanya...

    Tindakan Kilat di atas mungkin telah meng-
    halang makcik itu daripada kerasukan...ia-
    itu dengan menggunakan Air Salawat...

    4.Jika sakit mata...maka air doa itu guna-
    kan untuk mencuci mata..sapu pada dahi...
    belakang kepala dan belakang dua daun
    telinga (pada bahagian kepala)...

    5.Sejuk badan itu menunjukkan...gangguan
    mungkin sudah lama ...malah ada
    kemungkinannya dah jadi saka dalam badan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. salam nak tanya,

    En. Junied ada buat scan jarak jauh tak?kalau untuk kes pesakit jauh

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam NNTR...

    Maaf ya...tak ada...kerana itu saya berusaha
    untuk memberi berbagai tanda setakat mampu...
    agar pembaca di mana-mana juga dapat 'scan'
    juga mengetahui tanda-tanda gangguan pada
    diri..juga keluarga terutamanya...
    Insya Allah.

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. Saya memang ada masalah gangguan saka tapi masih belum dpt diselesaikan lagi sampai sekarang.. Sejak saya mengamalkan amalan bacaan manzil, tapak kaki saya sentiasa membahang dan seperti panas bahang tu sentiasa keluar dari tapak kaki. Baru sahaja sekali saya buat bacaan 3 Qul dan petua pernafasan spt di atas, saya jadi sendawa tak berhenti-henti... Amalan yg saudara bagi telah banyak membantu saya. Terima kasih..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah...

    ...sama-sama Riscorn...sekuat mana pun
    kita berusaha...rahmat Allah sentiasa
    jadi tempat pergantungan hati....

    Wallohu a'alm

    BalasPadam
  8. saya ingin bertemu tuan pada cuti sekolah ini boleh ke

    BalasPadam
  9. Salam sejahtera izat...

    Saya minta maaf banyak-banyak izat ya...

    Saya berusaha menulis tentang segala-
    galanya sedikit rahsia yang saya tahu...maka saya harap ianya memadai untuk rakan-rakan
    di mana juga...

    Kalau ada sebarang kemusykilan maka bolehlah kemukakan disini secara bebas dan terbuka.

    Dan untuk rakan-rakan di mana juga..sebarang
    ijazah mengenai aliran tenaga dalam ini
    ...saya tak ada sebarang kebenaran atau
    kedudukan selain sebagai ahli biasa...

    Cuma kalau ada rakan-rakan yang berminat...
    saya Insya Allah sedia memberi nombor
    hubungan telefonnya agar rakan-rakan sendiri dapat berhubung dengan pihak pengasas...
    (...dan juga Guru).

    Bagaimana pun...segala yang saya tulis-
    kan di sini...semua orang bebas menggunakan serta mengamalkannya...dan Insya Allah...
    ia berkesan dan bermanafaat setakat mana izin Allah...

    Cuma dalam kajian-kajian yang saya buat... hingga serba sedikit dapat mengumpul beberapa
    maklumat perubatan dan gangguan...saya banyak
    menggunakan tenaga dalam...

    Saya minta maaf sekali lagi ya...

    BalasPadam
  10. asalamualaikum saudara junied

    BalasPadam
  11. Salam Junied,
    Izinkan saya amalkan ayat ini.
    Tapi saya dan print dah.
    Insyallah nak amalkan.

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth En Shari...

    Alhamdulillah...silakan...

    BalasPadam
  13. Salam,
    Terima kasih di atas penjelasan mengenai pernafasan ini.
    Saya ada kemuskilan sikit. Saya mengalami sakit bahu sebelah kiri hampir 2 thn. Saya juga mengalami kaki sejuk seperti demam tapi tdk demam dan lenguh lenguh yg teruk di betis. Sebelum ini saya tdk ambil pusing mungkin di sebabkan stress. Tpi bila byk membaca tentang saka dan gangguan. Rasa seperti yang tak kena pada saya. Apakah pendapat encik?

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam NAD...

    Sepintas pandang...ia seperti tanda-tanda
    ada saka...terutama kalau dah berurut dan
    ke hospital..rawatan kurang berkesan...

    Kemungkinan besar hujung jari kaki menjadi
    laluan masuk...dan yang betis yang lenguh
    itu samada ada angin bisa atau ada jin tin-
    nggal...

    Sakit bahu kalau ianya gangguan...maka bo-
    leh jadi laluan masuknya adalah melalui
    kaki sebelah kiri...dan sakit berpanjangan
    biasanya menunjukkan ada penempatan jin
    padanya...

    Kecuali kalau sakitnya terasa dari luar...
    maka boleh jadi ada sesuatu yang menekan
    atau bertenggek di atasnya...

    Kalau ada air doa...maka sapu juga pada
    seluruh bahagian yang sakit di samping
    meminumnya...dan lebih baik amalkan pen-
    dinding diri...

    Walau bagaimana pun...kalau mampu...se-
    baiknya minta 'scan' ya...dan biasanya
    ia memerlukan rawatan...

    Walohu a'lam

    BalasPadam
  15. Seperkara NAD ya...cuba perhatikan tajuk
    gejala gangguan pada bahagian kepala...
    rohani dan fizikal...
    catitan Julai 2009...dan bandingkan dengan
    gejala sressnya...Insya Allah ya...

    BalasPadam
  16. Terima kasih encik junied diatas penerangan yg jelas. Memang urut dan ubat hospital tak jln. Ubat hospital cuma bagi saya tidur. Esok bgn rasa sakit lagi. Kejadian ini juga telah menyebabkan suami spt benci dgn saya, baru2 ini kami hampir berpisah. Tapi saya masih sabar disebabkan anak2. Saya brtafakur memohon petunjuk dari Allah. Semoga Allah menunjukkan jalan kesembuhan dan kebaikan kepd saya.

    BalasPadam
  17. Sana-sama Pn NAD...

    Maaf...sedikit pembetulan ya...kalau
    sakit bahu itu di bahagian dalam
    ( bawah kulit ) maka biasa laluan masuk
    angin bisanya dari hujung jari tangan
    kiri...

    Jaga solat wajib...amal sunat Hajat se-
    tiap malam...dan yang sangat penting...
    kalau mampu amalkan Tahajjud...mohonlah
    kekuatan dan pertolongan sentiasa dari
    Allah...

    Sejuk kaki itu menunjukkan angin bisa
    agak sedikit padat ya...maka berubat itu
    kena banyak-banyak bersabar...

    Dan apabila kita megalami stress dan pa-
    da masa yang sama...kta mengalami sakit
    bahu...ada kemungkinan stress itu serba
    sedikit ada gangguan angin bisa...maka
    kita akan mengalami gangguan fikiran
    agak lebih daripada sepatutnya...

    Berusaha berubat...dan kalau mampu amal-
    kan Manzil atau mana-mana yang terdaya.

    Sakit yang hilang dan datang balik ada-
    lah lumrah bagi gangguan angin bisa...
    tapi Insya Allah...kalau kena rawatannya
    ia boleh sembuh terus...cuma agak perl-
    kan sedikit masa...

    Setiap malam sebelum tidur baca salawat
    11 kali niat hadiah pada suami...apalagi
    selepas tahajjud..banyakkan baca salawat
    bila-bila masa juga...Insya Allah...

    Ingatlah...hakikat kekuatan...ketabahan
    ...pertolongan itu dari Allah...maka
    dekatkan hati pada Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. Salam encik Junied,
    Terima kasih atas nasihat yang saya amat hargai.
    Semasa rehat tadi, saya selawat dan niat hadiahkan kepada suami, saya terus berselawat, dlm masa itu saya spt dapat rasa marah dan benci suami saya kpd saya. Hati terasa sgt sayu, sedih sgt rasa. Saya lawan dan terus berselawat, terasa seperti semut semut di kedua belah tapak dan jari tangan. Akhir sekali saya cuma beristighfar kerana tak tahu nak teruskan membaca apa lagi. Krn sekarang sy sedang uzur syarie.

    Pada pendapat encik adakah ini mainan perasaan shj? Klu saya dptkan rawatan perlukah suami juga dapat rawatan?

    Tentang sakit bahu, kekadang bila datang sakitnya, terasa seperti besi menusuk hingga ke tulang. Bila di picit dan cari tmpt sakit tak terasa pulak. Sbb tu saya tak tahu nak explain mcmmana sakitnya.

    Saya mohon maaf sekiranya, saya banyak bertanya. Adakah pertanyaan saya di ruang ini di izinkan? sebab semakin lama semakin byk persoalan datang.

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth Pn NAD...

    Ruangan ini terbuka...cuma jangan sekali-
    kali mendedahkan pengenalan atau tempat
    peribadi diri ya...

    Pn NAD...

    1.Perasaan itu lebih kepada permainan
    syaitan (jin)...seperti ada makhluk-
    nya yang mahu memisahkan Pn dengan
    suami...

    2.Semut-semut itu biasanya ibu angin
    bisa...

    3.Sakit bahu itu adalah gangguan...

    4.Sebaiknya suami juga minta 'scan'
    dan kalau perlu...rawatan...

    Kalau ada sebarang pertanyaan...silakan
    Insya Allah saya akan menjelaskan seki-
    ranya kebetulan perkara tersebut saya
    tahu serba sedikit mengenainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. Salam en.Junied,
    Lama juga tak singgah disini. Saya cuma nak minta pendapat sedikit. Memang betul pandangan en junied ttg ada makhluk yg nak memisahkan saya dan suami. Baru2 ini saya cuba berubat alternatif kerana suami mcm nak bercerai tanpa sebab munasabah dan secara2 tiba2 dia spt mmbenci saya.Masa berubat tu pengamal perubatan tu ckp, ada perempuan tlh guna2kan suami saya.
    Sekarang ini walaupun masih sebumbung tapi spt ada penghalang antara kami.
    Saya cuba ajak suami pergi berubat tapi dia enggan.
    Haruskah saya mengalah dan menurut saja kemahuan dia sedangkan saya rasa saya belum habis ikhtiar lg. Saya masih mahu menyelamatkan rumahtangga 13 thn ini.Sy sedia memaafkan dia walau apa yg dia dah lakukan.
    Klu en.Junied pernah brhadapan dgn situasi ini, harap encik dpt beri sedikit pandangan.terima kasih.

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam wbkth NAD...

    Sebaik-baiknya suami isteri berubat secara
    berdepan dan berterusan hingga gangguan
    benar-benar telah hilang...

    Jangan putus asa ya...kerana ia nyata gan-
    gguan...dan pada pandangan perubatan...
    biasanya kita katakan suami sebenarnya tak
    pernah meminta perpisahan tapi gangguan itu yang mempengaruhinya...malah kadang-kadang
    ia adalah diluar kemampuan suami tersebut
    dari sebab angin bisa yang padat dalam
    bahagian kepala dan dadanya...

    Perasaan sebenar suami hanya akan nyata apa-
    bila angin bisa itu telah habis di tarik ke-
    luar...dan yang sekarang itu kita katakan
    kemahuan syaitan yang mengganggu...

    Bacakan pada air...Fatihah 7 kali...salawat
    7 kali dan ayat 102 Al baqoroh 7 kali...gu-
    na air minum...mandi...dan renjis 4 penjuru
    semua ruang bilik...tetamu...dapur dan se-
    bagainya...(air doa untuk sihir pemisah).

    Pastikan ia kegunaan berterusan...dan amal
    juga semuanya sebagai amalan biasa...kalau
    tak mampu...biar tiga-tiga kali semuanya
    baca pada tapak tangan dan sapu muka tarik
    nafas dalam-dalam...sambil niatkan doa ber-
    kaitan...

    Banyakkan bersabar...amal Tahajjud 4 rakaat
    ...dua salam...pada rakaat pertama lepas
    fatihah baca al Kafirun 3 x...kedua...Al
    Ikhlas 3x...ketiga Al Falaq 3x...keempat
    An Naas 3x...setiap kali sujud terakhir
    doalah dalam hati mengenai perkaranya...

    Setiap pagi baca Yasin 1x...Lau anzalna
    3x...dan 3 Qul...dan kalau mampu...buat
    juga petang atau malam...dan tambahlah
    amalan setakat mampu..dan antara yang
    terbaik amal ayat Manzil pagi petang...
    5 waktu atau setiap malam...juga buat
    air kegunaan biasa...

    Insya Allah...

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum saudara Junied
    Saya ingin bertanya,adakah anak yang pembengis dan pemarah juga termasuk dalam ganguan jin? Apakah doa untuk anak yang kuat melawan dan malas belajar? Anak saya sekarang cukup malas belajar sedangkan dia tahu dia akan mengambil peperiksaan PMR tahun ini dan dia juga tidak bercakap dengan saya dan ayahnya sedangkan sebelum ini dia anak yang baik. Bila tidur malam dia kerap mengigau menjerit ,menangis dan minta tolong,bila saya tanya dia hanya diam saja. Diajak jumpa ustaz untuk minta air penawar dia tak mahu. Susah hati saya dibuatnya. Minta tolong ya saudara junied.

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam wbkth ummuwafa67...

    Tak semestinya...ia boleh jadi sebab peng-
    aruh rakan...keadaan sekeliling...dan se-
    bagainya...

    ...tapi pada perkara anak puan ini...ter-
    utamanya gejala gangguan pada masa tidur
    malamnya...juga perubahan sikapnya...
    menunjukkan kemungkinan yang sangat besar
    ia ada gangguan jin...

    Anak puan nampaknya memerlukan rawatan ga-
    ngguan jin...dan biasanya selagi adanya gangguan itu...maka ia terus dengan sikap-
    nya tersebut...dan tak mustahil akan timbul
    pula gejala lainnya kalau ianya tak dapat rawatan...

    Doa pelembut hati agar baik juga terang ha-
    tinya antaranya Ayat 1 hingga 4 Suroh Toha
    baca pada air dan boleh buat sendiri...

    Caranya...

    Istighfar...3x

    Bismillah..3x

    Shahadat...3x

    Salawat...3x sambil niatkan dalam hati semo-
    ga lembut hati anak..dan jauh dari gangguan
    jin dan sebagainya...

    Fatihah...7x

    Fatihah pertama niat hadiah pada Rasulullah
    SAW...dan sekelian orang Islam...khususnya
    pada anak...

    Fatihah kedua...hadiahkan pada niat...semo-
    ga dengan keberkatan Fatihah dan ayat-ayat
    Allah ini...dimudahkan Tuhan akan segala
    niat...

    ...dan teruskan membaca yang limanya lagi...

    Ayat Toha tadi...7x

    Al Ikhlas...3x

    Al Falaq...3x

    An Naas...3x

    Boleh buat sendiri sekurang-kurangnya se-
    lagi anak itu tak mahu berjumpa ustaz...

    Dan cara bacanya...Fatihah itu 7 Wakaf...
    kemudian lebih baik selepas Fatihah...
    ayat Kursi...3x...7x...atau 11x...

    Ayat Kursi sebaiknya baca 9 wakaf...iaitu
    9 kali berhenti untuk mengambil nafas...

    Dan sebelum 3 qul itu pula...lebih baik ba-
    ca alam Nashroh 7x...

    Baca pada botol mineral besar...dan dekat-
    kan mulut pada muncung botol...dan pastikan
    nafas sentiasa sampai pada air...minumkan
    ...kalau boleh guna juga untuk mandi...
    dan renjis 4 penjuru bilik...

    Iaitu air doa di atas bukan hanya untuk
    penerang hati semata-mata...tapi juga rawa-
    tan gangguan jin...

    Buat air baru kalau habis...dan jadikan am-
    alan diatas amalan biasa sekurang-kurangnya
    pagi petang...kalau kurang masa...fatihah...
    ayat kursi dan ayat Toha itu baca sekadar
    tiga-tiga kali...

    Kalau nak minta air doa..ia tak mahu jumpa
    ustaz...maka puan boleh minta saja ustaz air doanya...

    Atau beri air Manzil...samada buat sendiri
    atau minta buatkan orang lain...Wallohu
    a'lam

    Atau...minta terus buat rawatan gangguan pa-
    da mana-mana ustaz...kerana kalau gangguan
    itu lari...maka gangguan sikapnya tadi juga
    Insya Allah hilang atau berkurang...

    Setakat air doa penerang hati...tapi tanpa
    rawatan gangguan jin...saya pasti...sangat-sangat tak memadai...kerana perubahan sikap-
    nya itu lebih disebabkan oleh pengaruh jin.

    Rawatan pula selain air doa...sebaiknya juga
    secara berdepan dengan perawat...

    Anak puan perlu rawatan khusus untuk gangguan
    jin...

    Insya Allah puan ya...

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum saudara junied
    terima kasih kerana membalas pertanyaan saya. saya seola-olah mendapat kekuatan. saya tahu saya sedang diuji oleh ALLAH dengan benda2 yang demikian.Hari saya sedih sangat sebab anak saya memanggil saya gampang dan ayahnya celaka.Pecah hati saya,tapi saya tahu, itu bukan anak saya yg cakap,kerana fikirannya terganggu,jadi saya maafkan dia. terima kasih kerana membantu saya, akan saya usahakan, Insya'allah. Saya yakin ALLAH itu adil ada hikmah disebaliknya.

    BalasPadam
  25. Wa alaikum salam wbkth ummuwafa67...

    Sama-sama...gejala sebegitu adalah perkara
    biasa bagi kebanyakan jenis gangguan yang
    melibatkan fikiran dan perasaan...

    ..maka kita kena faham..banyak-banyak sabar
    dan terus berikhtiar...

    Semoga Tuhan mempermudahkan kita kepada se-
    gala kebaikan dunia akhirat...Insya Allah...

    BalasPadam
  26. aslmkm saya kurang faham dengan teknik pernafasan boleh saudara terangkan pada saya apa itu dan mcm mana teknik pernafasan itu

    BalasPadam
  27. Wa alaikum salam wbkth am...

    Di atas maksudnya...tarik nafas...tahan...
    dan lepas nafas...

    Tarik melalui hidung...lepas juga melalui
    hidung...

    Tarik '10' saat...tahan lebih kurang '10'
    saat....lepas nafas juga '10' saat...

    Tarik nafas..sambil kembangkan dada...tahan
    dan kemudian lepas nafas sambil 'kempiskan'
    dada...

    Insya Allah am ya...

    BalasPadam
  28. Assalammualaikum..apabila saya baca manzil, last2 nk habis tu saya jadi pening n sakit kepala..ada kaitan dengan gangguan or biasa saja..kawan saya pula, tertidur apabila baca manzil..

    BalasPadam
  29. Wa alaikum salam wbkth jiha...

    Kedua-dua tindakbalas iaitu pada jiha dan
    kawan itu menunjukkan ada angin bisa pada
    bahagian kepala (otak)...

    Teruskan saja amalannya...dan apabila tin-
    dakbalas itu semakin berkurang...maka angin
    bisanya juga semakin kurang...

    Letak air di hadapan semasa membaca...dan
    guna minum dan sapu muka samada ia dapat
    habis dibaca atau hanya sebahagian...

    Kalau jiha dan rakan boleh dapat rawatan
    disamping beramal...Insya Allah...lebih
    baik...(jangan saja salah pilih perawat).

    Boleh baca juga pada minyak wangi...guna
    sapu sedikit pada bahagian hidung agar
    ia terbau...atau sapu sedikit pada tepi
    dahi...dahi...belakang daun telinga...dan sebagainya...

    (Tapi jangan sampai baunya dapat pada orang
    lain apalagi lelaki...kerana ia tak halal).

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum wrwb tuan junied,

    Izinkan saya bertanya ya tuan, disepanjang proses tersebut, adakah kita perlu dalam keadaan berwuduq dan jika tidak dalam keadaan berwuduq boleh tak tuan?

    Izinkan saya mengamalkannya ya tuan junied.

    Sekian, terima kasih.

    Hamba Allah Swt

    BalasPadam
  31. Wa alaikum salam wbkth Ahbas Asbag...

    Ia sebaiknya berwuduk...tapi tidak semestinya...

    Berwuduk itu sangat banyak kelebihannya...
    dan mudah-mudahan apa juga kita buat akan jadi
    lebih berkat...In-shaa Allah...

    Cuma seperkara...bagi yang ada angin bisa dalam
    badan...mungkin angin kan keluar semasa proses
    ini ( sendawa atau kentut )...maka jangan ditahan..
    dan boleh diteruskan terutama kalau selepas itu
    angin akan keluar lagi...

    Alhamdulillah..silakan...mudah-mudahan bermana-
    faat dengan izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  32. 3 Qul ini memang sudah menjadi sunnah Rasulullah s.a.w.
    Inilah amalan yang digunakan oleh semua ahli jemaah Tabligh, memang sesiapa yang berniat buruk, perbuatan itu akan kembali kepada penghantarnya semula.

    Cuma ada penambahan dari segi teknik pernafasan itu, menjadikan amalan ini lebih nampak meyakinkan, sebab itulah banyak amalan petua Melayu menggunakan kaedah dan petua pernafasan ini.

    Memang 3 Qul ini antara pendinding yang paling ampuh...dengan izin-Nya jua.

    BalasPadam
  33. Alhamdulillah...terima kasih jati Diri atas per-
    kongsiannya...

    Semoga Tuhan memberi kita kekuatan untuk
    amalan yang sangat berkat ini...Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  34. Asalnya saya gunakan 3 Qul ini untuk keberkatan rezeki, berpandukan kepada sebuah hadith Rasulullah s.a.w.
    Pengalaman saya sendiri, walaupun ada gaji setiap bulan dulu....masih putus duit, sehinggalah saya amalkan 3 Qul ini pagi dan petang....Alhamdulillah tak pernah kering duit, dan saya berjaya yakinkan 2 orang kawan untuk mengamalkannya.

    3 Qul ini bersifat lembut, macam pantulan, setiap sihir dan santau yang dihantar, akan dipantulkan semula kepada pengirimnya, tidak seperti ayatul kursi yang bersifat panas.

    Sepanjang pengamalan saya mengikut petua daripada saudara admin, banyak angin-angin di dalam badan keluar, Alhamdulillah.

    BalasPadam
  35. Alhamdulillah...terima kasih Jati Diri atas perkongsian
    pengalaman dan ilmunya...malah saya baru kali ini
    tahu keberkatannya berkaitan rezeki....

    Mudah-mudahan jati Diri terus dapat berkongsi
    pengalaman dan ilmu diruang yang tak seberapa
    ini...

    Memang adatnya kalangan kita ada yang suka
    mencari amalan-amalan yang susah-susah
    malah mungkin membebankan kerana dalam
    tak sedar kita menyangka lebih susah...lebih
    baik amalannya...

    Sedangkan amalan-amalan mudah yang Rasul-
    lullah SAW ajarkan Insha Allah...lebih berkat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  36. Betullah tu saudara admin, saya memang dari dulu cari amalan yang mudah sahaja, kerana saya tahu kemampuan saya dalam beramal.

    Ada juga yang menggunakan surah al-waqiah dalam beramal tentang rezeki, kerana ada sandarannya, tetapi 3 Qul ini bukanlah untuk diamal supaya kaya-raya, tetapi rezeki itu menjadi berkat dan cukup, dapat sikit pun cukup, dapat banyak pun cukup juga.

    Asalnya saya memang pelik juga dengan amalan rezeki 3 Qul ini, kerana gaji kan sama je setiap bulan, jadi apa yang sebenarnya rahsia di dalamnya, sehingga rezeki itu menjadi cukup setelah mengamalkannya.

    Rupa-rupanya bukan rezeki itu bertambah, tidak, tetapi hati kita itu telah berubah dengan izin Allah. Masa tak cukup dulu, rupa-rupanya kehendak kita melebihi dari keperluan. Dengan pengamalan 3 Qul itu, kita lebih mengutamakan keperluan harian, dan kehendak itu menjadi kurang secara kita tidak sedar, di situlah pointnya.

    Tentang pantulan ilmu sihir dan santau itu, pernah diceritakan oleh sekumpulan jemaah Islam, mereka mengamalkan 3 Qul dan tiup di tapak tangan, lalu disapu ke muka dan badan mana yang sampai, sebelum tidur. Di suatu pagi muncul seorang pengamal ilmu hitam yang hebat, datang berlutut dan merayu-rayu minta diampunkan dan jangan dibalas, rupa-rupanya orang tua ilmu hitam ini telah menghantar ilmu sihir kepada jemaah itu, dan makhlus halus itu kemudiannya telah kembali menyerang semula tuannya. Jemaah itu tak tahu menahu pun tentang sihir itu, hanya selepas pengamal ilmu hitam itu sendiri menceritakan dan bersungguh-sungguh meminta maaf.

    Semuanya keberkatan dari sunnah Rasulullah s.a.w.

    BalasPadam
  37. Alhamdulillah Jati Diri...perkongsian yang sangat
    besar manafaatnya...

    Semoga kita berubah dari mencari yang susah-
    susah atau pelik-pelik...kepada sunnah Rasul-
    lullah...

    Rezeki yang tidak berkat biasanya memang dari
    hati yang tak pernah puas...seperti meminum
    air laut...tidak menambah selain kehausan...
    maka sebesar manapun lautannya...tak hilang
    dahaganya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum..tuan junied izinkan saya amalkan ilmu yang ada di dalam blog tuan

    BalasPadam
  39. Wa alaikum salam wbkth ratna...

    Alhamdulillah..silakan...semoga bermanafat untuk kita semua dunia akhirat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum ..

    Badan saya ada rasa semut2 kebas dan gatal dalam kulit. Dah lama benda ni berlaku. X tau benda apa. Mungkin saka.. mak saya pun ada rasa yang sama. Begitu juga dgn mak sedara saya. Macam mana nak buat ya nak bagi dia keluar. Harap tuan boleh bagi panduan.

    BalasPadam
  41. Wa alaikum salam wbkth Ani....

    Ia mungkin antara isi dan kulit...dan sebaik-baiknya minta rawatan...amal pendinding
    dan sentiasa minum mandi air doa...

    Maaf Ani ya...cuba rujuk ya pada ulasan-ulasan lain....saya harap ani dapat amalkan
    sama apa yang termampu saya terangkan mengenai amalan diri serta lain-lain yang
    berkaitan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  42. Salam Saudara Junied,

    Bolehkah amalan ini dilakukan ketika tidak bersuci (wanita)?

    BalasPadam
  43. Wa alaikum salam wbkth Maixara...

    Insha Allah boleh...niat baca suroh itu sebagai baca doa
    dan bukan niat baca Qur'an...kerana semua siroh itu juga
    adalah doa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  44. ...di atas bagi yang cuti bulan...tapi kalau sekadar tak ada wuduk niat baca Qur'an pun tak apa...Wallohu a'lam

    BalasPadam