Rabu, 30 Jun 2010

15 TANDA BESAR ADA SAKA....Gangguan Tahajjud...

Iaitu semasa anda mengerjakan Solat Sunat
tahajjud...

1.Ada lintasan-lintasan jin samada di-
hadapan atau pada pandangan ekor mata...

2.Ada jelmaan-jelmaan aneh...seperti orang
tua..kanak-kanak...bungkusan mayat...
di hadapan anda...

3.Anda merasa seperti ada orang di tepi atau
di belakang anda...

4.Rasa berat badan tanpa sebab munasabah...

5.Rasa panas badan...iaitu samada bahang panas
itu di dalam atau luar badan (kulit)...

6.Sangat mengantuk...tiba-tiba...

7.sangat takut tanpa sebab munasabah...

8.Sangat bingung tanpa sebab munasabah...

9.Rasa sedih tanpa sebab munasabah...

10.Rasa marah tanpa sebab munasabah...

11.Ada suara memanggil...tapi tak ada sesiapa...

12.Ada benda datang di luar jendela...

13.Ada benda-benda bergerak sendiri...

14.Anda terhidu bau aneh...

15.Tiba-tiba sakit kepala...atau mana-mana
bahagian anggota serta tubuh...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Nota

1.Tanda-tanda lain...ada bisikan dalam hati yang
sangat kuat menghalang anda daripada bersegera
mengerjakan Sunat tahajjud...

2.Juga anda tak dapat bangun samada kerana di-
tindih sesuatu atau kerana badan terasa sangat
berat...

3.Kerasukan...apa juga jenis rasukan...

AL JIN...PENUNDUK JIN...

Iaitu 5 ayat awal Suroh Al Jin...
diamalkan setiap malam...atau bila-bila
masa sekali dalam setiap hari...

Caranya...

Baca lima ayat awal Al jin...4x.

Wallohu a'lam

LAU ANZALNA PENGGERUN JIN...

Di amalkan setiap kali sebelum tidur...dan
sebaik saja anda bangun dari tidur...sebelum
anda turun dari katil...

Caranya...

1.Baca Ayat Lau anzalna 1x pada kedua tapak
tangan...

Pastikan semasa anda membacanya...nafas anda
sampai ke tapak tangan...

2.Ludah ringan ( ludah syarat sahaja )...
bukan ludah betul-betul...

3.Sapu pada muka...

Iaitu...dengan izin Allah...gerun gementar
manusia atau jin yang berniat khianat pada
anda...

wallohu a'lam.

YASIN 'BERBISA'...

Iaitu kalau anda membaca Yasin...dan
nak jadikan ia pembenteng daripada
gangguan jin yang lebih hebat...

...maka sebaik saja tamat Suroh yasin
sebelum anda membaca lain-lain seperti
fatihah atau Suroh Al Ikhlas...
dan sebagainya...

...terlebih dahulu anda baca Ayat Lau-
Anzalna sekali...atau lebih baik kalau
dapat...tiga kali...

Ia juga sangat baik kalau dibaca pada
orang sakit...atau pada air yang akan
digunakan untuk perubatan atau pagar...

Ia seperti yang disebut dalam sebuah
kitab doa...( lupa tajuknya..)

Iaitu kalau yasin dibaca...diikuti Ayat
lau Anzalna...dan tiga Qul...maka jin
akan lari lintang pukang darinya...

Tapi kalau air Yasin (telah dibacakan
Yasin)...maka baca padanya...
Fatihah 1x...salawat 3x...
dan Ayat Lau Anzalna 1x atau 3x...

Wallohu a'lam

DUNIA MISTERI...Jin Penghalang Tahajjud...

Seorang rakan menceritakan...
ketika ia mula berazam mengerjakan Sunat
Tahajjud...

Jam 2 pagi...ketika ia keluar dari bilik
untuk mengambil wuduk...ruang diluar sangat
terasa seperti 'ramai orang'...

Semasa ia terus melangkah...'orang ramai'
itu menangis merayu-rayu agar ia membatalkan
niatnya...malah terasa bayangan 'dua orang
perempuan muda berambut panjang' menangis
dan berpaut pada kaki juga menarik tengannya.

Walaupaun agak seram...rakan itu terus juga
ke bilik air dan mengambil wuduk...

ketika ia kembali ke bilik...ruang yang tadinya
di penuhi 'orang ramai' dah menjadi kosong...

wallohu a'lam

NOTA

1.Baru niat dan berwuduk saja pun dah jadi
pembenteng jin...

HALANGAN ROHANI SUNAT TAHAJJUD...

Banyak perkara biasa yang memudahkan atau
menyukarkan mendirikan Solat Sunat tahajjud...

Contohnya yang memudahkan...tidur sekejap
lebih kurang jam 11.30 pagi sehingga hampir
masuk Solat Zuhur...tidur awal...kurang makan
berat di waktu malam...dan berazam...serta
lain-lain lagi...

Contoh yang menyukarkan...penat dan kurang
rehat...terlalu kenyang...lewat tidur dengan
di isi perkara sia-sia...dan sebagainya...

Tapi cuma ada 2 halagan rohani...

1.Jiwa seseorang yang kotor dengan berbagai
kejahatan dan maksiat...

2.Orang yang bercita-cita untuk mengerjakan
sesuatu dosa keesokan harinya...

Wallohu a'lam

18 KHASIAT SUNAT TAHAJJUD...

Iaitu antara khasiat mengamal dan membiasakan
Solat Sunat Tahajjud...

1.Menguatkan iman...

2.Menguatkan jiwa...

3.Menyihatkan rohani...

4.Menyihatkan tubuh badan...

5.Ubat kepada penyakit-penyakit rohani ( jiwa ).

6.Menyingkirkan penyakit daripada tubuh badan...

7.Mencegah penyakit-penyakit rohani ( jiwa )...

8.Mencegah penyakit-penyakit tubuh badan...

9.Menjadi cahaya pada wajah...

10.Pembenteng daripada kejahatan manusia...

11.Pembenteng daripada kejahatan jin...

12.Amalan murah rezeki...

13.Amalan pengasih...

14.Mencerdaskan fikiran...

15.Doa makbul...

16.Masin lidah...

17.menjadikan diri lebih berwibawa...

18.Mudah segala urusan...

Dan sebagainya...

Kesan awalnya...anda akan merasa lebih tenang
dan yakin dalam menghadapi segala permasalahan
hidup sehari-hari...

Adapun kesan ketara mengamalkan Sunat Tahajjud
akan anda rasai setelah mendirikannya dalam
masa tujuh malam berturut-turut...

Bagaimanapun ia mungkin lebih awal...iaitu setelah
mendirikannya pada tiga malam berturut-turut...

Namun sebaik-baiknya...jadikan Sunat Tahajujud itu
amalan sepanjang hayat...kerana sangat besar rahsia
dan khasiatnya...samada yang kita tahu atau pun tidak.

wallohu a'lam