Ahad, 31 Oktober 2010

PERHATIAN...MENARIK JIN...

Ada benarnya kata orang...kalau nampak perkara
pelik...jangan ditegur atau dipedulikan...

Apabila anda memberi perhatian...termasuk ber-
cerita tentang mana-mana jin...
maka perhatian itu seolah-olah menarik dan
menjadi laluan jin itu datang kepada anda...

Apabila anda memutuskan perhatian...maka se-
olah-olah putus pula laluannya kepada anda.

Maka apalagi kalau perhatian anda itu ber-
campur dengan perasaan kagum...takut...dan
sebagainya...maka akan dapat dikesan oleh
jin tersebut...

Jin itu perangainya...semakin diperkatakan
semakin menjadi-jadi pula ianya...maka jangan
dipedulikan sangat...buat tak tau dengan dia.

Maka akan 'kurang semangatnya' nak mengada-
ngada...

Kalau nak pandang jin mana pun...pandang ia
kecil...supaya semangat anda besar...dan jin
itu pula rasa kecil...

Walohu a'lam

MALAIKAT PENJAGA PINTU ALAM BARZAKH...

Sebuah kitab menyebutkan...apabila mayat itu sudah
ditimbus...
maka akan datang padanya satu Malaikat yang bernama
Malaikat Ruman AS...(tak termasuk antara sepuluh
malaikat yang wajib diketahui).

Maka Malaikat itu menyuruh si mati menulis segala
amalannya semasa hidup di Alam Dunia tanpa terting-
gal suatu apa pun...

Setelah selesai...Malaikat Ruman AS seraya berkata
" wahai si pulan anak si pulan...ketahuilah engkau
...bahawa...engkau sedang memasuki ke suatu Alam
baru...iaitu Alam Barzakh..." kemudian diterangkan
kepada si mati itu akan segala peraturan di Alam
Barzakh...

Apabila roh itu sudah melangkah ke Alam Barzakh...
maka terpisahlah ia dari Alam Dunia untuk selama-
lamanya...

Maka apapun kisahnya hantu orang mati...roh ber-
gentayangan...roh balas dendam...roh pulang kepada
keluarganya...dan sebagainya...itu semua adalah
ulah jin syaitan semata-mata...
dan tak ada kena mengena dengan roh orang yang
sudah meninggal dunia.

Setelah Malaikat Ruman AS selesai dan pergi...maka
barulah roh itu didatangi olah Malaikat Kubur...
iaitu Malaikat Munkar AS dan Nakir AS...

wallohu a'lam

Jumaat, 29 Oktober 2010

AL HIKAM...Kewajipan Berjihad...

Sesiapa yang tidak ada sedikit pun dalam
hatinya semangat untuk berjihad...
maka hendaklah ia memilih samada untuk
mati sebagai Nasrani...Yahudi atau Majusi.

( Huraian Hadis).

Nota

1.Jihad itu ialah perjuangan membangunkan
tamadun manusia...dan bukan memusnahkannya.

2.Antara syarat jihad perang ( jika jihad
bentuk perang )...maka hendaklah ia di-
isytiharkan oleh sebuah kerajaan...bukan
oleh perorangan atau perkumpulan...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Banyak Cakap...

Siapa banyak cakap kosong...akan kurang
berfikirnya...

Siapa kurang berfikir...maka akan banyak
silapnya...

Siapa banyak silap...maka banyak dosanya.

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Banyak Cakap...

AL HIKAM...Tanda Tuhan Marah...

Apabila seseorang itu merasa marah dengan
takdir Tuhan...
maka ia marah kepada Tuhan yang menentu-
kannya...
Dan siapa marah kepada Tuhan...maka Tuhan
murka kepadanya...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Tanda Redha Tuhan...

Satu tanda Tuhan meredhai seseorang hambanya
iaitu...
hambanya itu redha dengan takdir Tuhan...

Wallohu a'lam