Sebaik saja melelapkan mata...saya dapati diri ber-
ada dalam satu tempat seperti gelanggang silat yang
berbentuk bulat...
Kawasan dalam gelanggang itu terang seperti siang
manakala kawasan sekelilingnya gelap gelita seperti
gelap malam yang sangat pekat...
Dari kegelapan itu tiba-tiba tiga makhluk yang ber-
tubuh besar..tegap berwarna hitam melompat keluar
ke tepi gelangggang...
Ketiga-tiga lembaga itu mundar mandir tak keruan...
dan tanpa sebarang amaran mereka menyerbu ke arah
saya...
Sebagai seorang yang pernah belajar silat walaupun
setakat sekerat jalan...secara spontan saya melang-
kahkan kaki kiri ke belakang membuka kuda-kuda...
Namun saya terasa kaki kiri saya memijak suatu ruang
kosong...menyebabkan saya jatuh terlentang macam
tarzan jatuh dari atas pokok...
Lembaga-lembaga itu menyerbu pantas dalam keadaan se-
paruh terbang...dan membelasah saya dengan hayunan-
hayunan penumbuk yang sangat cepat...dan saya dapat
melihat kilatan pisau belati daripada salah satu lem-
baga tersebut...
Dari pergerakan tangan yang cukup pantas seperti ki-
pas angin itu...saya dapati tak ada peluang untuk
menepis walau hanya satu hayunan...malah dalam hati
saya sempat terdetik...habislah muka saya yang mem-
ang dah tak seberapa 'hensom' ini koyak rabak kena
mata belati...
Semua serangan itu tertumpu kebahagian muka...dan
saya tak mampu berbuat apa-apa...
Namun seperti ada suatu lapisan beberapa sentimeter
tebal yang menghalang hayunan-hayunan lembaga itu
daripada menyentuh kulit muka saya...
Saya dapat merasakan kipasan-kipasan angin dari ser-
gan tersebut...tapi tak merasakan sebarang sentuhan.
Serangan lembaga-lembaga hitam yang sangat pantas itu
ternyata tak bertahan lama...
mungkin hanya dalam masa kurang sepuluh saat apabila
satu demi satu lembaga itu melompat jauh ke belakang
lalu terjun meghilangkan diri ke dalam alam kegelapan
yang mengelilingi gelanggang...
Saya terjaga serta merta...seolah-olah baru sedar dari
suatu alam antara jaga dan tidur...
Ketika itu saya baru beberapa minggu saja mengamalkan
Ayat Manzil...ternyata ia amalan yang ampuh sebagai
pembenteng sihir...
Ia adalah serangan jin-jin besar dari satu kumpulan jin
ilmu yang berasal daripada negara jiran...
Ketua jin itu marah kerana saya tak mahu meminta per-
lindungannya...tak mahu mematuhi pantang larangnya...
dan saya pasti jin itu sangat marah dan berusaha untuk
menghentikan saya dari amalan Ayat Manzil...
Ulasan
1.Biasanya apabila anda mengalami gangguan jin...dan mula
mengamalkan sesuatu yang dapat atau bakal menjadi ancaman
kepada jin yang mengganggu anda..maka pasti ia akan cuba
menghentikan amalan anda..
Antaranya dengan...
- memperdayakan anda dengan mimpi-mimpi aneh atau mimpi-
mimpi buruk...
- membisikkan nada dengan berbagai tipudaya...sangkaan bu-
ruk yang berkaitan dengan amalan anda...
- malah kadang-kadang jin itu membisikkan kepada anda
bahawa anda itu dah tak ada harapan...dan sebagainya...
- kadang-kadang ia membisikkan anda supaya berubat pada se-
seorang...atau belajar ilmu yang lebih hebat dari seseorang
yang sebenarnya juga menggunakan ilmu jin...
...dan tentu saja yang di suruhnya anda itu pada sesuatu
yang tak menjadi ancaman...malah mungkin 'satu geng' dengan
jin pengganggu anda...
- Menyakitkan anda...iaitu gangguan dan serangan yang hebat
atau bertambah sakit anda rasakan...
- menyakit atau menyerang sesorang yang anda kasihi..contohnya
ahli keluarga sebagai ugutan untuk menghentikan amalan anda...
...dan sebagainya...
Anda perlu 'memahami akan kerumitan' jin pengganggu anda itu...
iaitu semakin lama anda beramal...pertahanan anda semakin kuat
dan satu segi..jin itu akan bertambah lemah untuk menghadapi
anda...maka jin itu perlu menghentikan anda...
Maka antara tanda amalan yang sesuai dan baik diteruskan adalah
apabila anda merasakan ada usaha jin pengganggu anda untuk meng-
hentikannya...
2.Apabila saya terbaca satu cerita seorang guru silat yang ber-
mimpi anak muridnya dibelasah oleh beberapa orang lelaki silat
dari suatu perguruan lain...saya teringat kepada mimpi saya dulu.
Ia sebenarnya dalam suatu keadaan seperti dalam keadaan jaga tapi
berada di alam yang aneh...
Cerita selanjutnya...guru silat itu menceritakan...isteri anak
muridnya itu menelefon ke rumah pada malam itu juga...
...ia mendapati anak muridnya itu tidur apabila didapati meninggal
dunia dalam keadaan tubuh lebam dan biru seperti telah dibelasah.
3.Pada pendapat saya ia adalah salah satu cara serangan sihir mela-
lui mimpi bertunjangkan kepada jin ilmu...
***Sekadar Renungan***
Hidup Mati Engkau Itu Di'tangan' Allah...
...dan Bukan Di 'tangan' Jin.
*** *** ***
Wallohu a'lam
Ahad, 28 November 2010
Jumaat, 26 November 2010
DUNIA MISTERI...Roh Gentayangan Kerana Hutang?...
Sejak pulang daripada menziarahi jirannya yang
sakit kerana barah petang tadi...ibu itu merasa
seram...
Bau si sakit seperti mengekorinya pulang...dan
merebak di merata tempat di dalam rumahnya...
Suami dan anak-anaknya pula tak dapat menghidu
baunya...
Si ibu menyapu minyak angin pada hidung...bau
si sakit hilang...tapi hanya untuk beberapa
minit sahaja...
Sebaik saja bau minyak angin itu hilang...ia di-
ganti semula oleh bau si sakit...
Apabila si ibu membaca Fatihah 3 kali pada tapak
tangan...
kemudian menyapu muka sambil menarik nafas dalam-
dalam...barulah bau itu hilang...
Beberapa hari kemudian...jirannya itu meninggal
dunia...
Setelah jenazahnya dikebumikan...ternyata roh si-
mati datang ke rumah si ibu tadi...
Sudah seminggu lebih...si ibu tak dapat tidur...
samada siang atau pun malam...
Sebaik saja ia cuba melelapkan mata...tiba-tiba
muncul wajah si mati yang kesedihan...
Kadang-kadang si ibu ternampak jelas bayangan roh
si mati berdiri di tepi pintu biliknya...
Maka si ibu tidur di ruang tamu...kerana memikir-
kan bahawa roh itu hanya akan datang ke bilik...
Sebaliknya sebaik saja ia mula melelapkan mata...
si ibu ternampak si mati duduk mencangkung memer-
hatikan mukanya dari dekat...
Si ibu berpendapat...roh si mati tak di terima
bumi kerana ia banyak berhutang semasa hidupnya...
Ketika ia mula jatuh sakit...ia tak mampu lagi
pergi ke pasar menjual sayur...dan tak mampu lagi
membayar hutang-hutangnya secara beransur-ansur...
Arwah itu dulunya banyak berhutang untuk menyara
keluarga...membiayai pelajaran anak-anaknya ke-
sekolah...serta membaiki rumah mereka yang dah
uzur.
Suaminya masih sihat...tapi ketika itu tak pernah
'berminat' nak cari kerja dari sebab pengaruh arak.
( suaminya sudah mula berkerja sejak isterinya sakit
dan kelihatannya dah insaf...
ia juga sentiasa menemani isterinya apabila isteri-
nya itu di masukkan ke hospital )
Si ibu berpendapat...roh arwah tu datang kepadanya
kerana mereka sangat rapat semasa hidupnya...
dan roh arwah tu nak minta tolong kerana ia tertah-
an di dunia ini...tak dapat meneruskan perjalanannya
ke 'dunia sana' kerana hutangnya yang yang belum
selesai...
Si ibu kelihatan letih...kerana siangnya ia berkerja
dan malamnya pula tak dapat tidur hingga ke pagi...
Ia sentiasa ternampak roh jirannya itu berkeliaran
dalam rumahnya...
Roh gentayangan kerana banyak hutang?...pandainya
jin tu 'buat skrip' dan mengambil kesempatan dari
sebab salah faham seseorang terhadap perjalanan roh
manusia yang sudah meninggal dunia...
Tanpa memeberitahu si ibu...malam itu saya membuat
serangan jarak jauh pada 'roh' yang bergentayangan
dalam rumahnya...
Tiga hari kemudian...kebetulan saya berjumpa dengannya
dan bertanya tentang roh gentayangan tu...'roh' itu
dah tak ada lagi dalam rumahnya...alhamdulillah...
Nota
1.'Bau si sakit mengekori pulang'...boleh menunjukkan be-
berapa perkara pada anda...antaranya...
-Si sakit itu samada ia ada penyakit biasa...atau tak
ada...namun itu menunjukkan ada penglibatan gangguan jin
pada sakitnya...
-Kemungkinan besar ada antara jin yang mengganggu si
sakit 'berminat' pada anda...maka ada baiknya apabila
anda nak melawat si sakit...sebaiknya dalam keadaan ber-
wuduk dan bacalah apa-apa ayat atau Surah untuk mengelak-
kan gangguan jin...
-ada antara jin pengganggu si sakit mengikut anda pulang.
-sebaiknya si sakit mendapat dua jenis rawatan..iaitu hos-
pital juga rawatan gangguan jin...
2.'Roh si mati' itu sangat besar kemungkinannya adalah jin
yang mengganggu semasa hidupnya...kerana itu jin tersebut
dapat meniru rupa si mati dengan cukup baik..
Apabila 'rumahnya' dah mati...maka jin itu nak cari 'rumah'
baru pula...
Walaupun arwah itu ada keluarganya sendiri...tapi jin itu
tak semestinya memilih kalangan mereka terutama kalau tak
ada yang sesuai dan mudah 'di mangsakan'....maka siapa pun
boleh menjadi pilhannya...
Si ibu tadi...selain kerana rapat...sebenarnya ada sebab
lain ia menjadi pilihan...antaranya kurang menjaga solat...
kurang amalan pendinding diri...dan juga sedang mengalami
gangguan jin terutamanya saka dalam badan...maka sangat ber-
potensi untuk menjadi mangsa mudah...
Kalau jin dari si sakit tadi dapat masuk ke dalam badannya
maka sangat besar kemungkinannya si ibu itu akan mengalami
penyakit yahg sama dengan arwah tadi...
3.Tak ada roh orang mati yang tak diterima dan berkeliaran
di atas muka bumi...yang ada hanyalah jasad kasar yang tak
diterima atau tak 'disukai' bumi...
4.Roh orang baik-baik...ada taman Syurga menantinya di Alam
barzakh...roh orang yang banyak dosa dan tak di ampuni Tuhan
...ada lubang Neraka menantinya di Alam Barzakh...
***Sekadar Renungan***
...Janganlah engkau risaukan tentang
tempat engkau di alam Barzakh...
...biar bagaimana baik atau buruk pun
amal engkau...
...dataran Barzakh itu masih terlalu
luas untuk dipenuhi...
*** *** ***
Wallohu a'lam
bumi...

Rabu, 24 November 2010
AL HIKAM...Nafsu Pendorong Amal...
Adakalanya keterburuanmu dalam mengerjakan
segala amalan wajib dan yang sunat sekaligus
sehingga memberatkan itu dirimu adalah dari-
pada dorongan nafsu...
Maka ketika engkau merasa kepayahan dan lelah
...engkau mula meninggalkan amal...
wallohu a'lam

AL HIKAM...Tuhan Itu Kenal Dirimu...
Sesungguhnya Tuhan itu mengetahui akan batas-
batas kemampuan dirimu...
...maka IA wajibkan engkau pada sebahagian
amal...
...kemudian sebahagiannya pula IA serah-
kan kepada engkau ( perkara-perkara sunat )
agar engkau melaksanakannya sesuai dengan
kesempatan dan pengetahuanmu...

Al HIKAM...Putus Asa Dalam Syirik...
Tuhan itu Maha Besar...bermaksud Tuhan itu
Maha besar dalam segala sifat keagungan dan
kemuliaannya...
Apabila engkau merasa bahwa Tuhan itu tidak
dapat mengampuni dosamu...
...maka dosa dari sebab sangkaanmu itu jauh
lebih besar daripada dosa yang engkau laku-
kan...
...kerana engkau mengiktikadkan bahawa ada
makhluk ( iaitu dosa ) yang lebih besar dari-
pada rahmat Tuhan...

AL HIKAM...Tipudaya Syaitan...
Sebahagian daripada tipudaya syaitan itu...
ia membisikkan agar engkau berbuat taat ala
kadar...iaitu asal ada sahaja kerana Tuhan
itu Maha Mengasihani...
Sebahagian daripadanya pula..syaitan itu mem-
bisikkan engkau agar meninggalkan ketaatan...
kerana Tuhan itu maha Pengampun...
Kemudian sebahagiannya lagi...syaitan itu mem-
bisikkan agar engkau melakukan berbagai kejaha-
tan dan kemungkaran...agar engkau benar-benar
dapat merasakan kemanisan taubat kelak...
Akhir engkau terjerumus ke dalam golongan manu-
sia yang tertipu...iaitu...mengharapkan Rahmat
Tuhan semata-mata tanpa beramal...

Selasa, 23 November 2010
AL HIKAM...Pandangan Mata Hati...
Dengan mata hati...engkau dapat melihat
tiap sesuatu yang tak dapat engkau lihat
dengan pandangan mata kepala...
Namun tanpa ilmu...engkau akan hidup
dengan mata kepala celik tapi mata hati
yang buta...
Satu daripada sebesar-besar tanda butanya
hati...iaitu engkau berusaha mengumpulkan
kesenangan dan kemuliaan dunia yang akan
engkau tinggalkan...
...tapi engkau lupa dengan amalan yang dapat
engkau bawa ke Alam kubur...

Langgan:
Catatan (Atom)