Ahad, 24 Jun 2012

SMTD (02)...Tujuannya...

Ibu itu cuma memberitahu lutut kanannya sakit
sejak beberapa hari lalu...

Ternyata ada laluan masuk jin pada ibu jari kaki
kanannya...saya menyentuh hujung jari tersebut
dengan hujung jari telunjuk dan membuat bebe-
rapa set pernafasan...

Ibu  itu  merasa  ada  tusukan benda tajam di-
dalam lututnya yang sakit menunjukkan sakit
lututnya itu adalah dari sebab gangguan jin...

Tidak lama kemudian ibu itu mengadu tiba-tiba
ia merasa pening dan ada aliran-aliran letrik pada
segenap tubuh dan anggotanya....

Barulah ibu itu menceritakan ketika ia mula sakit
lutut...ia turut sakit kepala dan demam...

Setelah memakan ubat sakit kepala dan demam-
nya sembuh...namun keputusan 'scan' tadi menun-
jukkan ada angin bisa pada bahagian kepala dan
seluruh tubuhnya...

Ibu itu tak merasa kesan angin bisa tersebut.tapi
sebenarnya ada kemungkinan lain kesannya yang
'samar-samar'...

Angin  bisa  pada  bahagian  kepala  itu  mungkin
menyebabkan  ia  kurang  nyenyak  tidur  malam
atau ada gangguan-gangguan fikiran yang mungkin
berupa  kerunsingan  dan  kebuntuannya  dalam
menghadapi sakit lututnya...

Pada badan....ia mungkin berupa rasa lesu atau
rasa berat badan yang menyukarkan lagi ibu itu
yang berjalan bertongkat...

Dalam jangka masa panjang...tanpa rawatan atau
halangan....biasanya  gangguan  fikiran  itu akan
semakin menjadi-jadi.....dan  tubuhnya  mungkin
akan bertambah lemah disamping  sakit  lutut itu
mungkin melarat ke sendi-sendi lainnya...

Ini adalah antara kemungkinannya...maka SMTD
itu  bertujuan  mengesan  gangguan semasa juga
kemungkinan-kemungkinan lain pada jangka
masa panjang...

TUJUAN SMTD....

1.Mengesan  kehadiran  jin dan angin bisa dalam
badan...

2.Mengesan kedudukan jin dan angin bisa dalam
badan...

3.Mengesan  laluan  keluar masuk jin atau angin
bisa dalam badan...

...dan dari maklumat di atas....beberapa perkara
dapat di ketahui...

1.Kalau  rakan  yang  di'scan' (RYDS) itu menga-
lami sebarang  gangguan  atau  sakit...anda boleh
mengenal pasti samada ia sakit biasa semata-mata
atau penglibatan gangguan jin...

2.Mengesan kehadiran jin atau angin bisa dalam
badan...dan daripada kedudukannya...anda dapat
mengetahui kemungkinan gangguan yang RYDS
itu sedang alami dan ia mungkin diluar pengetahuan-
nya sendiri...

3.Daripada kehadiran jin juga angin bisa serta ke-
dudukanya (penempatannya) dalam badan...anda
boleh mengetahui kemungkinan-kemungkinan kesan
yang bakal RYDS itu hadapi suatu masa nanti ber-
kaitan gangguan atau penyakit...


4.Pengetahuan SMTD mungkin serba sedikitnya da-
pat membantu rawatan...contohnya untuk menarik
jin atau angin bisa keluar juga membuat pengisian
pada penempatannya...


5.Dengan SMTD sesuatu gangguan atau penyakit itu
dapat dikenalpasti rawatan yang sesuai dengannya
contohnya samada ia sesuai dengan rawatan hospital
atau rawatan gangguan jin atau perlu kedua-duanya
sekali...


...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Khamis, 21 Jun 2012

'SCAN' MUDAH TENAGA DALAM (1)...Tanda Saka?

Sejak petang kelmarin semasa membersihkan kawasan
halaman rumah...pakcik itu mula rasa kurang sihat...


Ceritanya lagi...apabila ia pergi ke kebun getahnya...ia
juga selalu merasa bulu roma bahagian tengkuk...kepala
dan belakangnya meremang...malah rambutnya dirasa 
tegak berdiri...


Apabila pakcik itu membaca Fatihah..ayat Kursi...dan
3 Qul kemudian tiup keliling...keadaan tadi menjadi
pulih...tapi tidak lama kemudian...romanya terasa 
meremang semula...


Apabila di 'scan'...saya dapati ada angin bisa yang agak
padat pada bahagian kepala...tengkuk dan belakang...


Maka roma meremang itu adalah kesan dari tindakbalas
angin bisa tersebut pada kehadiran jin dalam kawasan
kebun getahnya di mana terdapat kawasan mata air...


Pada bahagian bahu kanannya ada kesan tinggalan
angin bisa atas kulit...menunjukkan ada masa-masa ter-
tentu ada 'benda halus' datang dan bertenggek pada
bahagian tersebut...kerana itu kadang-kadang pakcik
ini merasa lesu letih tanpa sebab...


Juga ada angin bisa jin pada tapak tangan kirinya...me-
nunjukkan pakcik itu didampingi jin ilmu yang sudah
menjadi saka...kerana itu ia menarik perhatian 'makhluk-
makhluk' halus dalam kebun getahnya...dan kadang-
kadang pendampingan sebegini boleh mengundang
serangan jin...


Apabila ditiup...roma meremang itu hilang...kemudian
berulang kerana makhuk-makhluk  tersebut menjauh
kemudian datang semula...menunjukkan amalan pagar
pakcik itu masih agak kurang sebati...tapi ianya sudah
terbentuk dan boleh meningkat dengan amalan  ber-
terusan atau ditambah...


Wallohu a'lam











Khamis, 14 Jun 2012

Dunia Misteri...Keluarga Jin Islam?

Sebelum keluar ke pekan FZ memberitahu ibubapanya
bahawa isteri serta keluarganya akan datang ke rumah
mereka...

Ibu bapa FZ merasa pelik...kerana setahu mereka....
anak lelaki mereka itu belum pernah berkahwin.

Namun kemudian....benar-benar datang sekeluarga
seorang ibu..bapa dan seorang perempuan muda ber-
baju kurung dan bertudung...dan ketika itu FZ masih
belum pulang dari pekan...

Ibu bapa FZ merasa suatu keanehan...keluarga ter-
sebut tidak banyak bercakap...malah naik rumah dan
terus saja masuk ke dalam bilik FZ...kemudian senyap.

Ketika ibu FZ menjenguk ke dalam bilik...ibu bapa
perempuan tadi ternyata tidak ada di situ....namun
ia menyaksikan suatu pemandangan yang agak 'meng-
erikan'...perempuan muda itu sedang duduk di atas
kelambu...

Jeritan ibu FZ mengejut semua orang hingga ke jiran
mereka...dan ketika mereka menyerbu masuk ke-
bilik....ternyata perempuan muda itu juga tiada lagi
di situ...

Sebenarnya dari awal lagi mereka mendapati suatu ke-
anehan pada keluarga tadi...iaitu apabila mereka ber-
jalan...kaki mereka sentiasa lurus...seolah-olah tiada
lutut...

Saya masih ingat pada satu rancangan Seekers...se-
orang peserta perempuan telah berjaya diam pada
satu tempat pada masa yang telah ditetapkan...dan
ia kelihatan ceria dan sihat sahaja ketika ditemuram-
ah...namun apabila ia membelakangi kamera untuk
pulang...saya juga dapat merasakan suatu keanehan
pada cara berjalannya...

Ternyata apabila petugas seekers mengejarnya...mata
perempuan tersebut dalam keadaan terbeliak...dan
ia dalam keadaan dirasuk...

Apabila saya cuba ingatkan kembali apa yang anah-
nya cara ia berjalan...saya yakin...cara melangkahnya
seperti apa yang pernah ibu bapa FZ saksikan...
iaitu langkah kaki tak berlutut...

Sekarang FZ terus tinggal di pondok kebun bapanya
seorang diri...ia sentiasa mengasingkan diri dari ke-
luarganya juga orang lain...

Saya sudah lama mengenali FZ...dan saya tahu sudah
beberapa kali ia berminat dengan anak dara orang
tapi ada-ada saja halangannya maka hubungan mereka
putus begitu saja...

Dan ia pernah menceritakan kepada saya...ketika ia
sudah bertekad untuk mengambil seorang gadis sebagai
isterinya...ia mengalami mimpi buruk diserang puluhan
lembaga hitam 'penjaga'  gadis tadi yang memberi ama-
ran agar mebatalkan niatnya atau akan diserang semula.

Akhirnya...hubungan mereka juga putus begitu saja....

FZ juga dari dulu....sering bertukar tempat kerja...ia mu-
dah bosan...dan akhirnya ia menjauhkan diri dari orang
ramai...

Dari gejalanya...saya yakin ia sudah lama didampingi
jin betina tersebut...hingga akhirnya jin tersebut mampu
menjelma diri seperti manusia biasa di siang hari...

Samada jin tersebut berniat baik...atau buruk...namun
kesannya pada FZ...ia tak dapat hidup sebagaimana
orang biasa yang berkeluarga dan bermasyarakat....
malah keluarganya sendiri...menganggap ia gila...

Wallohu a'lam




Isnin, 11 Jun 2012

KHADAM PENDEKAR...PUTERI JIN ISLAM ?

Saya pernah merasakan 'kehebatannya'...terasa ada suatu
tenaga meresap dari kaki naik ke seluruh tubuh...

Hati terasa menjadi sangat yakin...tubuh rasa ringan dan
bertenaga...

Saya tidak tahu apa yang sedang berlaku...tapi hati saya
marasakan ia adalah suatu tenaga dan kekuatan yang ber-
asal dari luar diri....

Ketika saya mula mengamalkan Ayat Manzil...ternyata
ianya tidak terjejas...hinggalah apabila saya mengambil
ijazah amalan Pusat Rawatan Iman Theraphy...dan
terus mengamalkan Manzil...

Setiap kali beramal pagi petang...saya merasakan bahagian
pinggang dan seluruh kaki panas membahang...dan ketika
itu saya tidak tahu puncanya...

Suatu ketika seorang rakan seperguruan menegur...katanya
ia 'nampak' makhluk-makhluk seperti 'lalat' memenuhi
seluruh bahagian kaki saya hingga ke pinggang...

Saya percaya dengan cakapnya kerana saya tidak pernah
memberitahunya apa yang saya rasakan tersebut...

"Cuba tengok...saya 'tembak' dorang guna bola aura..."
tapi tiba-tiba rakan itu ketawa kecil..."semuanya sudah
cabut lari..." rupanya benda itu benda hidup dan faham
dengan apa yang sedang berlaku...

Kalau ikutkan petuanya...jin yang menyerupa sebesar
lalat dalam badan...maka ia biasanya adalah jin ilmu...
maka bererti...ia adalah jin ilmu pendekar yang berjumlah
ratusan atau mungkin ribuan ekor...

Patutlah kawan yang kena sepakan ringan saya mengadu
kesakitan walaupun ia sendiri mengakui sepatutnya se-
pakan saya itu perlahan saja...

Saya tidak pernah menuntut sebarang ilmu di mana-
mana...dan saya sendiri tidak tahu asal usulnya makhluk-
makhluk tersebut...dan kenapa ia begitu banyak...

Ia masih mengambil masa beberapa bulan sehinggalah
bahang panas kaki kepinggang itu tidak lagi terasa...

JIN ILMU KEBAL ISLAM ?

Saya beli talipinggang kebal itu dari seorang penjual
keris...katanya ia ditulis dengan ayat-ayat Qur'an...

Maharnya Rm 80...dan cara terima dengan berkait jari
kelingking penjual tadi serta mengucapkan Bismillah
...shahadat...serta berapa ayat zikir lazim yang lain.

Ternyata ianya 'hebat'...apabila saya tinggalkan ia da-
lam bilik yang tertutup dan berkunci...kemudian saya
tinggalkan...orang dari luar akan nampak bilik itu
terang seperti siang dan ada benda berjalan di dalamnya.

Iaitu ia bukan hanya untuk tujuan kebal...tapi juga ber-
guna untuk menjadi penjaga harta...

Bertahun saya menyimpannya tanpa sebarang masalah
hinggalah saya mula mengamalkan Ayat Manzil...
setiap masuk waktu Maghrib tubuh saya akan terasa
panas membahang...dan ia berlanjutan hampir sebulan
apabila keadaan manjadi normal...

Dari seorang ustaz saya yakin tangkal itu puncanya...
iaitu jin tangkal itu mula meresap dan cuba menjadi se-
bati dengan tubuh saya...kerana itulah yang akan mem-
buat tubuh saya kebal...iaitu jin itu yang sebenarnya
kebal dengan izin Tuhan( ...tapi wallohu a'lam...saya
tidak pernah 'mencubanya'...malah saya tak yakin
langsung dengan tangkal tersebut...saja-saja ikut kawan
...namun setakat tak yakin atau tak percaya...rasa itu
tak akan manjadi pendinding dari gangguan...)

Saya ambil dan buka tangkal tersebut...tiada ayat Qur'an
seperti dakwaan penjual tersebut...yang ada hanyalah
huruf-huruf seperti cacing kerawit tunggang terbalik...

Tangkal itu saya buang ke air deras Sungai Liwagu...dan
untuk dua petang...saya merasa kesan cubaan serangan
khadam tersebut...

Saya dapat merasakan ia marah kerana dibuang setelah
sekian lama mendamping dan 'berkhidmat'...

PUTERI JIN ISLAM ?

Beberapa orang saudara mara juga rakan pernah melihat-
nya...dari jauh...ia seorang perempuan bertudung dan ber-
pakaian serba merah duduk di tempat duduk sebelah
pemandu...

Kemudian akan bertanya...mana perempuan bertudung
merah tadi...malah seorang rakan menceritakan pada
rakannya...ia nampak saya memandu ke arah Kundasang
bersama seorang anak dara orang yang ia tidak kenali...
juga berpakaian serba merah...

Saya pula tidak menyedari sebarang kehadiran makhluk
lain dalam kereta...

Jam 8 malam...ketika seorang saudara masuk rumah...
ia terus saja ke dapur tanpa menegur saya lagi sebagai-
mana biasanya...dan lepas mkan...ia terus keluar...

Kemudian saya tahu ceritanya..ia nampak seorang pere-
mpuan muda berpakaian serba putih...panjang rambut
sedang menyandar manja dibahu saya...malah ruang
tamu dipenuhi oleh lelaki perempuan yang tidak di-
kenalinya...dan ia ketika itu tidak tahu...sebenarnya
hanya saya dan seorang anak buah saja berada di situ.

..dan saya juga tidak menyedari tentang adanya makhluk-
makhluk tersebut...

Kemudian ia pernah melihat perempuan muda tersebut
semasa berjalan kaki pulang dari surau...

Perempuan muda itu sedang duduk di tepi jalan dan me-
renung ke arah bilik saya yang ketika itu kosong kerana
saya tidur ditempat lain...

Saya cuma sekali melihatnya dalam keadaan antara tidur
dan jaga...seorang perempuan muda bermata bundar...
berpakaian serba putih yang datang menembusi dinding
dan ia hilang apa bila saya baca Fatihah...5 ayat awal
Al Baqoroh dan Ayat Kursi...

Suatu malam...jam 2 pagi saya bangun dan melangkah ke-
bilik air untuk mengambil wuduk...dan ketika sampai di-
ruang tengah...saya dapat merasakan ruang itu dipenuhi
ramai 'orang'...dan saya dapat merasakan ada seorang
perempuan muda cuba menarik tangan saya sambil mera-
yu-rayu agar saya membatalkan saja niat tadi...

Setelah mengambil wuduk...perasaan saya mengatakan...
ruang tadi dah kosong...tiada 'sesiapa' lagi berada di situ.

Banyak perkara yang saya lalui tanpa saya fahami...tapi
saya terus saja menjaga amalan...tanpa menyedari...ia
juga senjata dan  kekuatan menghadapi gangguan tersebut.

Setelah meneliti semula pengalaman-pengalaman tersebut
saya dapati ada beberapa perkara yang ketika itu jauh
dari pengetahuan saya...

Utama  sekali...selama didampingi 'perempuan muda'
tersebut...saya sentiasa merasakan kelebihannya...
iaitu tentang lapisan 'aura' jin pada bahagian muka.

Aura ini 'faedahnya'...apabila seseorang memandang anda
ia akan merasakan samada suatu daya tarikan...atau timbul
rasa simpati...maka ke mana-mana...anda tak perlu risau
akan kejahatan orang lain...malah mungkin orang lain akan
merasa segan kepada anda...

Bagi saya lapisan aura jin ini sama saja seperti aura jin
para pengamal sihir penarik atau pelembut hati...cuma
bezanya...benda ini datang sendiri dan bukan dicari...

Apabila saya mula mengamalkan Ayat Manzil...aura ter-
sebut mula 'terbakar'...

Air muka saya mula menjadi gelap...dan saya merasa
ada bahang panas pada kulit muka...seolah-olah saya
sedang menghadap unggun api...

Olah kerana angin bisa itu juga sudah masuk ke bahagian
dada...maka apa juga jin tersebut rasa...seperti rasa tak
puas hati....marah...sedih...malah ketika pada puncaknya
dalam perasaan saya terbayang seorang muda meraung-
raung kerana sangat sedih sambil berguling-guling atas
tanah...saya dapati...itulah perasaan yang saya tanggung
dan memang cukup berat hingga rasanya kalau Tuhan
tak bagi cukup kekuatan ketika itu...pasti ia akan mem-
bawa kepada 'gila'...apa lagi saya masih tak faham...apa
sebenarnya yang saya alami...

Begitulah kesedihan jin tersebut kerana tidak mahu ter-
pisah dari saya...dan ada buktinya..ia akan menghalang
siapa juga perempuan dari kalangan manusia mengganti
tempatnya atau berkongsi saya dengannya...

Maka saya mudah faham apabila membaca suatu cerita
bagaimana jin hutan (yang dikatakan puteri ) 'menyela-
matkan' lelaki yang dicintainya dari diambil semula
oleh keluarganya (ia suami orang)...iaitu dengan meman-
ggilnya masuk lebih jauh kedalam hutan hingga ia men-
jadi sasaran binatang buas...

Dengan izin Tuhan...setakat yang saya faham...pada
ketika ini...ia sudah putus hubungan dengan saya kerana
ia sudah berpindah kepada orang lain...

Salah satu hikmahnya dari pengalaman ini...saya guna-
kan ia dalam ilmu 'scan' mudah tenaga dalam...iaitu
kalau seseorang itu merasa ada bahang panas pada
bahagian kulit mukanya...maka ia ada aura daya tarik
jin...(ada angin bisa jin).

Anda tak semestinya mengamalkan sihir...tapi ia ada-
lah satu cara jin saka atau jin yang memilih untuk
mendampingi anda...agar anda tidak diganggu oleh
orang lain...iaitu salah satu caranya jin itu menjaga
anda...

Bukan hanya kesan buruk suatu masa nanti...tapi le-
bih berat...ia merosakkan akidah...iaitu kita mengharap
kepada perlindungan kekuasaan ghaib selain daripada
Tuhan...malah baru saja minta jaga malaikat pun...dan
jatuh syirik...

Dalam satu buku sejarah ada diceritakan...apabila Nabi
Zakaria as yang bersembunyi dalam pokok mula
sampai gergaji pada bahagian kepalanya...maka ia
terpanggil...bermaksud...ah Jibril...iaitu dikatakan se-
patutnya ia terus memohon pada Tuhan dan tidak
perlu  Malaikat Jibril as...

Maka datanglah Malaikat Jibril as dengan membawa
amaran dari Tuhan...bermaksud...seandainya sekali
lagi engkau bersuara...maka nama engkau akan di-
padam dari senarai nama para Rasul...dan engkau
akan dihumban ke neraka...

Maka dikatakan...tiga batang jari Nabi Zakaria as ter-
putus apabila digigitnya sendiri untuk menahan diri
dan kesakitan hingga akhirnya ia wafat digergaji
hingga terbelah dua...

( Segala sesuatu itu sentiasa dalam genggaman keku-
asaan Tuhan semata-mata...apa yang dikehendakiNYA
pasti akan terjadi..dan apa yang tidak dikehendakiNYA
pasti tak akan terjadi... )

Wallohu a'lam