Ahad, 31 Oktober 2010

PERHATIAN...MENARIK JIN...

Ada benarnya kata orang...kalau nampak perkara
pelik...jangan ditegur atau dipedulikan...

Apabila anda memberi perhatian...termasuk ber-
cerita tentang mana-mana jin...
maka perhatian itu seolah-olah menarik dan
menjadi laluan jin itu datang kepada anda...

Apabila anda memutuskan perhatian...maka se-
olah-olah putus pula laluannya kepada anda.

Maka apalagi kalau perhatian anda itu ber-
campur dengan perasaan kagum...takut...dan
sebagainya...maka akan dapat dikesan oleh
jin tersebut...

Jin itu perangainya...semakin diperkatakan
semakin menjadi-jadi pula ianya...maka jangan
dipedulikan sangat...buat tak tau dengan dia.

Maka akan 'kurang semangatnya' nak mengada-
ngada...

Kalau nak pandang jin mana pun...pandang ia
kecil...supaya semangat anda besar...dan jin
itu pula rasa kecil...

Walohu a'lam

MALAIKAT PENJAGA PINTU ALAM BARZAKH...

Sebuah kitab menyebutkan...apabila mayat itu sudah
ditimbus...
maka akan datang padanya satu Malaikat yang bernama
Malaikat Ruman AS...(tak termasuk antara sepuluh
malaikat yang wajib diketahui).

Maka Malaikat itu menyuruh si mati menulis segala
amalannya semasa hidup di Alam Dunia tanpa terting-
gal suatu apa pun...

Setelah selesai...Malaikat Ruman AS seraya berkata
" wahai si pulan anak si pulan...ketahuilah engkau
...bahawa...engkau sedang memasuki ke suatu Alam
baru...iaitu Alam Barzakh..." kemudian diterangkan
kepada si mati itu akan segala peraturan di Alam
Barzakh...

Apabila roh itu sudah melangkah ke Alam Barzakh...
maka terpisahlah ia dari Alam Dunia untuk selama-
lamanya...

Maka apapun kisahnya hantu orang mati...roh ber-
gentayangan...roh balas dendam...roh pulang kepada
keluarganya...dan sebagainya...itu semua adalah
ulah jin syaitan semata-mata...
dan tak ada kena mengena dengan roh orang yang
sudah meninggal dunia.

Setelah Malaikat Ruman AS selesai dan pergi...maka
barulah roh itu didatangi olah Malaikat Kubur...
iaitu Malaikat Munkar AS dan Nakir AS...

wallohu a'lam

Jumaat, 29 Oktober 2010

AL HIKAM...Kewajipan Berjihad...

Sesiapa yang tidak ada sedikit pun dalam
hatinya semangat untuk berjihad...
maka hendaklah ia memilih samada untuk
mati sebagai Nasrani...Yahudi atau Majusi.

( Huraian Hadis).

Nota

1.Jihad itu ialah perjuangan membangunkan
tamadun manusia...dan bukan memusnahkannya.

2.Antara syarat jihad perang ( jika jihad
bentuk perang )...maka hendaklah ia di-
isytiharkan oleh sebuah kerajaan...bukan
oleh perorangan atau perkumpulan...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Banyak Cakap...

Siapa banyak cakap kosong...akan kurang
berfikirnya...

Siapa kurang berfikir...maka akan banyak
silapnya...

Siapa banyak silap...maka banyak dosanya.

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Banyak Cakap...

AL HIKAM...Tanda Tuhan Marah...

Apabila seseorang itu merasa marah dengan
takdir Tuhan...
maka ia marah kepada Tuhan yang menentu-
kannya...
Dan siapa marah kepada Tuhan...maka Tuhan
murka kepadanya...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Tanda Redha Tuhan...

Satu tanda Tuhan meredhai seseorang hambanya
iaitu...
hambanya itu redha dengan takdir Tuhan...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...3 Tanda Rahmat...

Ada 3 perkara...barangsiapa yang kesemuanya itu
terdapat pada dirinya...
maka dia dikurniakan tempat oleh Allah dalam
lindungan dan dilimpahi rahmat...
serta dimasukkan ke dalam Syurga...

1.Bersyukur bila diberi...

2.Memaafkan orang yang berkelakuan buruk padanya
walaupun ia dapat membalasnya...

3.Dan kalau ia marah...segera reda...tidak terus
mendendam...

( HR Abbas RA )

Khamis, 28 Oktober 2010

AL HIKAM...Kisah Saidina Umar RA...

Kerana unta hanya seekor...maka Saidina Umar RA
menetapkan bahawa ia akan bergilir-gilir menung-
gang unta itu dengan khadamnya...

Ketika sampai di sempadan wilayah yang akan di-
lawatinya...kebetulan kena gilirannya pula ber-
jalan kaki...

Sambil menarik kekang unta...ia berkaki ayam...
kedua-dua kasut dipegangnya kerana mereka baru
saja melintas kawasan berair...sedangkan khadam-
nya enak-enak duduk di belakang unta...

Demi melihat keadaan yang sedemikian...Gabenor
Wilayah itu berkata...

"Wahai Amirul Mukminin...sesungguhnya dibelakang
sana...penduduk-penduduk wilayah ini sedang ber-
himpun menunggu kedatanganmu...
apa nanti kata mereka......beginikah rupanya
pemimpin orang-orang Islam...
ia berjalan berkaki ayam sambil menarik unta....
sedangkan khadamnya enak-enak duduk di belakang
unta itu...?".

Jawab Saidina Umar RA " Sesungguhnya Allah telah
memuliakan diri kita dengan memilih kita ke dalam
agamanya...maka kita tidak perlu lagi kepada di-
muliakan oleh sesama manusia.."

Wallohu a'lam.

SELAYANG PANDANG...Kecewa...

Cuma satu perkara saja yang akan
membuat anda rasa kecewa...
iaitu perasaan berputus asa...

Wallohu a'lam

Selasa, 26 Oktober 2010

JIN DALAM KAKI...RENJATAN TENAGA DALAM...

Waktu baru menerima ijazah tenaga dalam...
ustaz memberi peluang kepada semua orang
untuk merasakan gelombangnya...

Saya duduk melunjurkan kaki kedepan...dan
seorang rakan memasukkan gelombang dengan
mengarahkan kedua tapak tangannya ke hujung
jari-jari kaki saya...

Dua tiga minit berlalu...saya tak merasakan
apa-apa...

Tapi tujuh minit kemudian...saya dikejutkan
oleh rasa seperti terkena renjatan letrik
dari hujung kaki sampai ke pinggang...
cuma ianya tak panas atau menyakitkan...

Untuk beberapa bulan...setiap kali beramal
tapak kaki hingga kepinggang rasa panas mem-
bahang...dan ada saja seperti ulat bergerak
terutama pada tapak kaki...

Satu hari...seorang anak buah menegur...
"...kaki pakcik penuh jin...dari tapak sampai
pinggang...besarnya macam lalat...".

Bayangkan saja...kalau sebesar lalat memenuhi
kedua belah kaki...tak ribu pun...sekurang-
kurang beberapa ratus jin boleh muat...

"cuba tengok...pakcik nak tembak..apa jadi.."

Anak buah itu ketawa kecil "..tak sempat tu..
semuanya dah cabut lari...".

Kadang-kadang budak-budak yang menceritakan
perkara-perkara ganjil...mudah saja dituduh
berbohong...tapi kenyataannya banyak perkara
asas yang saya pelajari dari golongan mereka.

Wallohu a'lam

RAWATAN JARAK JAUH...

Seorang rakan menceritakan...anaknya yang
berumur lima tahun...tiba-tiba demam....

Kerana dirasa ada yang tak kenanya...ia
menelefon ustaz yang berada di kota Kin-
abalu...lebih kurang 80 km jauhnya dari
Ranau...

Ustaz menyuruhnya menyediakan dua botol
air mineral...dan memberi anaknya minum
selepas setengah jam...

Setengah jam kemudian...rakan itu memberi
anaknya minum air doa tadi...
anaknya berpeluh...dan turun demamnya...

Wallohu a'lam.

Isnin, 25 Oktober 2010

AKHIR SEBUAH PERSAHABATAN...

Ketika akan melangkah keluar...saya sempat
berpaling dan memandang rakan yang sedang
duduk di atas tilam di ruang tamu rumahnya.

Matanya kelihatan hitam...dengan renungan
tajam...

Terbayang pada mata dan wajahnya...cahaya
kebencian...kemarahan dan dendam...

Saya berfikir sejenak...dan keluar...

Tak sangka...itu adalah renungan akhir se-
orang rakan baik sejak sekolah rendah...

Seminggu lebih kemudian...saya datang ke-
rumahnya...dan ikut menghantar jenazahnya
ke perkuburan di lereng bukit Kilimu...

Walaupun begitu akhirnya...saya tak merasa
kesal...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Perangai Nafsu...

Nafsu itu umpama keldai...
menjerit-jerit bila lapar...
menendang bila kenyang...

Wallohu a'lam

KELAHIRAN KEDUA...?

Kisah dari Barat...

Ketika ia berjalan di kota lama yang sudah
separuh musnah itu...tiba-tiba ia merasa
pernah hidup di kota itu pada seribu tahun
lalu...

Ia tahu semua lorong dan bilik bawah tanah
nya secara tepat...malah ia menunjukkan ke-
satu tempat...di mana ia telah mati dibunuh
pada waktu itu...

Dan ini bererti...ia pernah dlahirkan di-
pada zaman lampau...
dan sekarang adalah kelahiran kali keduanya
di dunia ini...

Sungguh ajaib?...tak adalah...jin yang hidup
ditempat itu sejak ribuan tahun lalu masuk
dan meresap dalam dadanya...

Maka ia dapat merasa tempat itu tak asing
lagi padanya...( perasaan jin la tu...)

Macam-macam cara syaitan nak menyesatkan
manusia...

Wallohu a'lam

..oh...Nafsuku...!

Dunia ini sentiasa melambai...

...dan...

Nafsu itu memandangnya dengan penuh keinginan
serta pesona...

Maka...berdatanganlah syaitan...lalu ia berkata
kepada si nafsu...

"...bukankah dunia ini indah...penuh kepuasan
dan kenikmatan...engkau boleh mendapat
segala-galanya yang engkau inginkan...
keseronokan...kegembiraan...ketenangan dan
apa saja engkau mahu...!".

Nafsu menjawab "...benar engkau wahai teman
yang memberi petunjuk kepada kepuasan hidup".

Maka berlarilah si nafsu...mengejar...merebut
segala idamannya...hingga ia tenggelam dalam
kesibukan dunia...

Ia menyangka kehidupan ini kekal...dan...ia
sendiri telah penuh dengan berbagai penyakit.

Mungkin engkau menyangka...keresahan...keri-
sauan...kedengkian...cinta harta dan
kebesaran...cinta kepada kesronokan dan se-
gala macam kesenangan...dan lupa Tuhan itu
perkara biasa...

Sedangkan semua itu adalah penyakit...iaitu
penyakit roh yang akan membawamu ke Neraka...

Walohu a'lam

Ahad, 24 Oktober 2010

Menjaga Kesihatan Mata...

1.Bersyukur...kerana bersyukur akan menambahkan nikmat
Tuhan...

2.Selalu memandang benda-benda atau apa saja yang ber-
warna hijau...kerana ia menambah terangnya mata...

3.Memakai celak ketika akan tidur malam...kerana ia akan
mencuci mata..

4.Jangan biasakan duduk membelakangi Kiblat..

5.Jangan pandang benda-benda yang menjijikkan...

6.Jangan pandang aurat orang lain tanpa keharusan syarak.

7.Tidur dalam keadaan kenyang...ia bukan hanya kurang baik
untuk kesihatan mata...tapi juga untuk telinga...

8.Untuk menambah terang...atau memelihara mata...baca Qur'an
dengan melihat mashafnya...

9.Untuk mata yang rabun...sentiasa amalkan diawal pagi...
pandang daun-daun hijau...atau bukit-bukit yang menghjau...
sekurang-kurangnya dala masa lima minit...

Dan sebagainya..

wallohu a'lam

AL HIKAM...Doa Mengubah Takdir...

Menurut para Ulama...setiap sesuatu yang akan
terjadi itu ada dalam catitan Luh Mahfuz yang
tersimpan di langit ke tujuh...

Sebahagian Ulama berpendapat...doa itu akan
dapat mengubah takdir Tuhan yang belum IA
perintahkan kepada para malaikat akan
perlaksanaannya...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Tiga Jenis Takdir...

1.Yang tidak akan dapat diubah...

Contohnya kelahiran...jantina...masa dan
tempatnya...

2.Yang tidak dapat dielak...tapi boleh di-
tambah atau dikurangkan...

Contohnya...sifat pemarah...pemalu dan pen-
yabar secara semulajadi...

3.Yang boleh ditolak...juga dengan takdir...

Contohnya...lapar dengan makan...haus dengan
minum...sakit kepada berobat dan sebagainya.

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Anda Iman Beri...Atau Iman Pinjam...?

Iman itu ada dua jenis...iaitu Iman Beri dan
Iman Pinjam...

Iman Beri itu ialah iman yang kekal dibawa
sesorang ke Alam Akhirat...dan membawa kepada
kehidupan kekal di Syurga...

Iman Pinjam itu ialah iman yang tuhan beri
kepada seseorang...tapi oleh kerana ia hanya
pinjaman...maka Tuhan akan mengambilnya balik
selewat-lewatnya ketika roh seseorang dicabut
dari badannya...

Iman Pinjam itu adalah untuk orang Beriman yang
bakal mati sebagai seorang kafir...dan akan
menjadi penghuni Neraka yang abadi...

Perkara-perkara yang boleh menyebabkan seseorang
itu sekadar mendapat Iman Pinjam...

1.Amal yang tidak ikhlas...sentiasa riak..ujub
dan sebagainya...

2.Beramal baik...tapi dalam masa yang sama...
sentiasa beramal buruk...

3.Syirik...

4.Tak bersyukur dengan Iman...

Sebuah kata Hikmah menyebutkan...Siapa yang tidak
khuatir akan kehilangan imannya...nescaya benar-
benar ia akan mati tanpa imannya lagi...

Na uuzu billahi min zaalik...

Walllohu a'lam.

ANDA TAK PERLU BERAMAL SENDIRI KALAU...

1.Sekali sahaja berjumpa perawat...anda dah
sembuh seratus peratus...
dan jin itu tak datang kembali kepada anda.

2.Anda sentiasa berkepit dengan perawat itu
24 jam sehari tak kira siang dan malam...
sampai anda sembuh...

Kalau anda tak cukup dua syarat di atas...
anda sebaiknya beramal sendiri...
dan tak terlalu bergantung kepada perawat
semata-mata...

Wallohu a'lam...

ANDA TAK PERLU PERAWAT KALAU...

1.Anda tahu kelebihan dan kelemahan jin yang
mengganggu anda....

2.Anda tahu samada jin itu masih kuat atau
semakin lemah.

3.Anda tahu semua tipudaya jin tersebut...

4.Anda tahu macamana cara untuk mengatasi...
atau menewaskannya...

5.Anda sentiasa tahu dan dapat mengeluarkan
jin itu dari badan...

6.Anda dapat menghalang ia masuk semula...
atau membuat ia tak sanggup bertahan lama
dalam badan...

7.Anda tahu samada jin itu masih dalam badan
atau di luar badan anda....

8.Anda tahu semua kesan dan gejala gangguan
jin tersebut kepada diri anda samada pada
fikiran ...perasaan atau jasad anda...

9.Anda tahu di mana tempat singgah...tempat
bersembunyi...atau tempat tinggal jin terse-
but di dalam badan anda...

10.Anda dapat memusnahkan semua angin bisa
dalam badan anda....

...dan sebagainya...

Kalau anda tak cukup syarat di atas...maka
anda sebaiknya mendapat rawatan...

Wallohu a'lam.

Sabtu, 23 Oktober 2010

TANDA JIN LANGGAR PAGAR....

Iaitu kalau rumah anda dipagar dengan pagar rohani sam-
ada dengan doa..atau renjisan air doa dan sebagainya...

Dan ada jin yang cuba masuk tapi ia tak mampu kerana
terhalang oleh pagar rumah dengan izin Allah...

Maka antara tandanya adalah...

1.Anda merasa rumah anda bergegar tanpa sebab muna-
sabah...

Gegarannya mungkin kuat hingga ada bahagian rumah
yang berbunyi seperti berdentum...atau seperti di-
tolak sesuatu...

Atau seperti ada gempa bumi...anda rasa lantai atau
rumah terhoyong hayang tapi biasanya dalam masa yang
singkat...

...atau mungkin anda rasa lantai rumah anda bergegar
perlahan...iaitu antara rasa dengan tidak...

2.Kadang-kadang...jin itu tak akan terlanggar 'sesuatu'
...sebaliknya ia akan berubah menjadi serangga sebaik
saja termasuk ke dalam kawasan pagar...

Contohnya...ia mungkin menjadi serangga berbisa...seperti
lipan...labah-labah...atau serangga lain...sebaik saja
jin itu terkena 'pukulan' pagarnya...

Biasanya serangga itu boleh dikenali..iaitu kalau anda
merenungnya...anda akan rasa gelisah...ada yang tak kena
atau mungkin juga rasa seram...

Serangga itu boleh dibunuh...dan seandainya ia adalah
dari jelmaan jin...maka ia akan mati kekal...

Kalau ia jenis 'boleh makan'...maka boleh diberi atau di-
biar kucing anda memakannya...

Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Jumaat, 22 Oktober 2010

...Engkau Roh Pengembara...

Dulu...
engkau hanya suatu hidupan halus...
yang bernama roh...

Sekian lama engkau tersimpan...
hinggalah...tiba jadualnya...
engkau akan berpindah ke alam baru...

Maka Tuhan ciptakan...
bermula dari setitis air...menjadi darah...
kemudian menjadi daging...suatu tubuh di-
Alam Kandungan...

Ketika saatnya...
engkau dipindahkan ke dalam tubuh itu...
dan bermulalah perkembangan suatu kehidu-
pan baru...

Genap sembilan bulan...kurang atau lebih
sedikit...engkau keluar ke kehidupan
dunia.

Kini engkau dikenali sebagai manusia...
dan engkau lupa...hakikat diri engkau...
adalah roh yang menghuni suatu tubuh...

...iaitu tubuh kasar...


Dengannya...engkau akan melaksanakan ke-
wajibanmu..sebagai Hamba dan khalifah Tuhan
di atas muka bumi ini...kerana inilah engkau
diciptakanNYA...

Dalam detik masa yang terus berlalu...ber-
bagai pengalaman...peristiwa dan cabaran
yang engkau tempuhi...

Dan pada itu...engkau telah menyaksikan
tubuh kasarmu...dulunya kecil...sekarang
semakin besar...dulu muda...menjadi dewasa...
kemudian akan menjadi tua mengecut...

Adakah engkau mengerti?...bahawa itu semua
adalah tanda...bahawa akan tiba suatu ketika
kelak...tubuh kasarmu ini akan sampai kepada
pengakhirannya...

Waktu itu...tubuh ini tak akan dapat diguna-
kan lagi...dan jadualmu telah sampai...
engkau akan meninggalkannya...

Tubuh ini akan menjadi sejuk...pucat...kaku...
dan perlahan-lahan menjadi bengkak kebiruan...
pecah dan akhirnya...hancur menjadi tanah...

Sedangkan...engkau tetap hidup...tetap berfikir
dan tetap merasa...tapi...tanpa tubuh kasar...
kerana inilah asalnya engkau dahulu.

Dan apa juga yang engkau telah perbuat dengan
tubuh kasarmu dahulu...engkaulah yang akan men-
anggung hasil akibat baik buruknya...kerana...
tubuh itu dah tak ujud lagi...

Engkau akan sendirian meneruskan perjalananmu
ke alam yang baru...iaitu Alam Barzakh...
Kehidupan engkau...tak akan ada penghujungnya.

...engkau adalah roh pengembara...

Walohu a'lam

Khamis, 21 Oktober 2010

KHASIAT AFAHASIBTUM...Dan anjing pengesan kedatangan jin...?

Kadang-kadang...anjing itu dapat 'memberitahu'
kita akan kedatangan jin...

Satu malam...waktu bulan gelap...saya mendengar
sayup-sayup bunyi salakan anjing kerana jauhnya.

kemudian salakan anjing-anjing itu berhenti dan
diganti oleh salakan anjing-anjing yang lebih
dekat...

Apabila salakan anjing-anjing itu berhenti...
ia diganti pula oleh salakan anjing jiran sebe-
lah rumah...

Saya yang merasa tertarik dengan salakan-salakan
anjing tadi terus memasang telinga apabila sala-
kan anjing jiran berhenti...

Tiba-tiba terdengar suara menderam di luar rumah
...dua kali...dan saya amat pasti bukan deraman
anjing..tapi seolah-olah deraman suatu makhluk
yang lebih besar daripada anjing...

Dan ada satu petua..saya dah mencubanya beberapa
kali...iaitu khasiat ayat Afahasibtum...iaitu
Ayat 115,116,117 dan 118 Suroh Al Mukminun...

kalau anjing menyalak di luar rumah...kita nak
tahu samada ia menyalak makhluk halus ( jin ) atau
benda kasar ( manusia atau binatang )...

...Caranya...tumpukan perhatian anda pada bunyi
salakan anjing itu dan bayangkan seolah-olah
hati anda sedang memerhatikan makhluk yang di-
lihat oleh anjing tersebut...

...Kemudian baca Ayat Afahasibtum sekali saja.

Kalau anjing itu berhenti menyalak ketika anda
baru mula...atau sebaik saja anda habis memba-
canya...maka yang demikian itu menandakan anjing
itu sedang menyalak makhluk halus...dan makhluk
tadi dah lari...

Kalau anjing itu tak berhenti dan terus saja men-
yalak...maka bererti ia menyalak manusia atau
binatang.

Kalau tiba-tiba ia berhenti menyalak...kemudian
tak lama...anjing itu menyalak semula..maka kem-
ungkinan besar jin yang lari tadi...datang semula.

Ia bukan saja untuk anjing di sekitar rumah...
bahkan asalkan saja kita dapat mendengar bunyi
salakan anjing sayup-sayup dari jauh...maka kita
boleh guna kaedah yang sama...

( Kajian terbatas pada rakan-rakan dan uji sendiri
tapi anda boleh mengujinya...kerana kalau kita tahu
kedatangan 'musuh'..sekurang-kurangnya kita dapat
berikhtiar...sediakan payung sebelum hujan...

...tentu saja kedatangan makhluk halus itu ikhtiar-
nya berbeza daripada persediaan menghadapi sebarang
gangguan dari makhluk kasar...

...persediaan juga kalau diniatkan untuk menjaga
diri...keluarga dan harta dengan niat mencari kered-
haan Allah...maka ia jadi ibadah...iaitu jadi amal
Akhirat...Wallohu a'lam..)

Rabu, 20 Oktober 2010

...Aku Ingin Membelimu...

Wahai engkau...
sesungguhnya aku seorang kaya raya...
Hartaku melimpah ruah...
Tak habis walau sampai tujuh
keturunanku...

Tapi...
aku kemalangan...keretaku remuk...
kedua kakiku putus...kedua tanganku
hancur...
kedua mataku buta....jantungku cedera...
telingaku sebelah...hilang entah ke-
mana...

Mahukah engkau...?
jualkan kepadaku kedua kakimu...
setiap satu RM10 juta...
maka engkau akan dapat RM20 juta...

Mahukah engkau...?
Jualkan kepadaku kedua tanganmu...
setiap satu Rm7 juta...
maka engkau akan dapat rm14 juta...

Mahukah engkau...?
jualkan kepadaku kedua biji matamu...
setiap satu RM10 juta...
maka engkau akan dapat RM20 juta...

Mahukah engkau...?
jualkan kepadaku jantungmu...
aku sanggup beli dengan harga RM70 juta...

Dan...

Mahukah engkau...?
jualkan kepadaku sebelah telingamu...
aku sanggup beli dengan harga RM5 ribu...

Walaupun engkau bakal tak berkaki...
tak bertangan...buta...dan bergantung
pada jantung tiruan...dan...tinggal
sebelah telinga...

Tapi dengan wang Seratus Dua Puluh Empat
Juta Lima Ribu Ringgit...yang bakal engkau
dapat...
engkau boleh mengupah pembantu...
dan boleh beli seberapa banyak bateri
jantung buatan yang engkau suka....
dan engkau akan hidup mewah...dilayan
seperti Raja seumur hidupmu...

Mahukah engkau menjualkannya kepadaku?

Atau...

Baru saat ini engkau sedar...bahawa...
baru kedua belah kaki...kedua tangan...
kedua biji matamu...jantung dan sebelah
telingamu itu saja...
lebih mahal daripada sekadar wang Seratus
Dua Puluh Empat Juta Ringgit...?

Pernahkah engkau bersyukur kepada Tuhanmu?

Wallohu a'lam

TENAGA DALAM...MEMBUNUH JIN?

Saya kategorikan jin dari segi mudah atau sukar bunuh
pada beberapa bahagian...

1.Jin tua yang berilmu tinggi...(ilmu sihir atau ilmu
batinnya tinggi)...

Ia mungkin sudah ratusan atau mungkin ribuan tahun men-
dampingi manusia sebagai jin saka atau jin sihir...

2.Jin muda berilmu tinggi...

Ia mungkin baru beberapa tahun...bulan..minggu atau be-
berapa hari mendampingi manusia...

3.Jin liar yang pernah mendampingi manusia...dan mungkin
'tuannya' meninggal dunia atau membuangnya...

4.Jin liar...bebas tak pernah mendampingi manusia...dan
ini baru pertama kalinya...

5.Jin liar yang tinggal di merata tempat...seperti pokok
...batu...lubang tanah...air mata air dan sebagainya
yang tak berminat mendampingi atau mengganggu manusia...

6.Jin liar yang takut dan menghindar diri dari bertemu
atau 'cari pasal' dengan manusia...

Dan sebagainya...

( Adapun tenaga dalam yang akan saya maksudkan di sini
adalah tenaga dalam yang disatukan dengan Rukyah...

Dan bukan tenaga dalam yang berlatih pernafasan semata-
mata sambil mengosongkan fikiran...termasuk melupakan
Allah...yang biasanya boleh menambah banyakkan jin
dalam badan...

...atau tenaga dalam yang bertunjangkan kekuatan jin...
yang biasanya jin itu lari takut atau 'berkecuali'
apabila 'tuannya' di serang jin...)

ADAPUN... golongan jin mudah bunuh atau mudah terbunuh
(tak disengajakan)...

1.Jin-jin liar yang tinggal di merata tempat...maka ter-
bunuhnya oleh kerana...

a.Dipijak atau disepak...atau dilanggar manusia...

b.dilempar sesuatu...

c.Disiram air panas...

d.Dilanggar kereta...

e.Dihempap pokok tumbang...

Dan sebagainya...

Terbunuh oleh Rukyah ( doa dan bacaan ayat Qur'an ) atau
pukulan tenaga dalam...

1.Jin liar yang terbunuh kerana termasuk ke dalam kawasan
rumah contohnya yang telah dipagar rohani...

2.Jin yang terbunuh kerana tak sempat lari ketika seseorang
manusia membaca Ayat Kursi...atau ayat-ayat rukyah lain...

3.Ada bentuk pagar tenaga dalam berserta Doa atau ayat-ayat
Qur'an yang dibuat dari tengah rumah...kemudian tenaga itu
menyebar ke sekeliling seperti gelombang air tenang apabila
seketul batu jatuh padanya...

a.Maka...ada jin lemah dalam rumah yang tak sempat lari ke-
luar...dan ia terbunuh...

b.Atau ia tinggal...atau singgah dikawasan luar rumah seperti
pokok-pokok kayu dan ia terbunuh...

seorang rakan kata...kadang-kadang ada daun kering seolah-olah
terkena bahang panas dalam kalangan daun-daun segar...
maka ia adalah kesan jin terbakar...( wallohu a'lam )

c.Ada jin yang kebetulan lalu dan terkena 'pukulan pagar'
dan ia terbunuh...

Dan sebagainya...

Terbunuh dalam badan...

Ia terutamanya jin-jin liar yang masuk ke dalam badan manusia
kerana mengikut jin saka atau sihir..kemudian ia terbunuh bila
orang itu dirawat dengan Rukyah atau tenaga dalam...

Dan biasa juga terjadi..jin liar yang baru masuk ke dalam badan
seseorang cabut lari ketika ia tahu orang itu akan berjumpa pe-
rawat...atau lari sebaik saja berhadapan dengan perawat...

JIN SUKAR DIBUNUH...

Biasanya jin-jin tua yang berilmu tinggi dan sudah lama berda-
mping dengan manusia...

Kerana...biasanya ia banyak pengalaman menghadapi cabaran
atau serangan dari orang yang diganggunya juga dari perawat...

Maka kalau ia 'tak cukup ilmu'...ia samada dah lama lari atau
terbunuh...

Cara bertahannya...

1.Dengan ilmu kebatinannya menentang ilmu perawat...

2.Ia tahu mencari tempat bersembunyi dalam badan manusia...

3.Ia tahu bila masanya nak bertahan...dan bila masanya bersem-
bunyi atau lari...

4.Dengan berbagai tipu helahnya terhadap perawat juga orang yang
diganggunya...

5.Ia menumpang kekuatan roh manusia..terutama manusia yang keliru
dan tak tahu sebenarnya ia sedang menguatkan jin yang mengganggu-
nya...

Dan sebagainya...

Manakala lain-lain golongan...ia boleh jadi mudah dibunuh...
atau agak sukar dibunuh...

Dengan menggunakan tenaga dalam...anda boleh menyerang jin-jin
liar di mana-mana saja...dan dengan izin Allah...
sekali serang saja boleh mengakibatkan puluhan...ratusan atau
ribuan jin terbunuh...termasuk yang 'kanak-kanaknya'...'orang-
orang tuanya'..'orang-orang sakitnya'...dan lain-lain lagi yang
lemah...yang mana 'mereka' ini sepatutnya dikasihani...

Begitu juga...jin liar masuk badan...ada rakan-rakan berpenga-
laman membunuh atau meletupkan puluhan jin hanya dengan sekali
pukulan...

Cuma biasanya...ketua jin liar itu agak liat...tapi tak sampai
kemana...

Namun pada keadaan lain...cara serangan yang sama...mungkin
hanya membuat jin tua cedera ringan atau mungkin sekadar
cedera parah...tapi tak mati dan akan cepat pulihnya...

Ia menunjukkan jurang ketahanan dan dan kekuatan yang amat
jauh berbeza dalam kalangan bangsa jin sendiri...

Setakat yang saya faham...disekeliling kita lebih banyak jin
yang mudah dibunuh...daripada yang sukar dibunuh...
maka gangguan pada manusia yang biasanya dibuat oleh jin-jin
yang agak sukar...atau sukar dibunuh...terutama oleh jin saka
dan jin sihir...adalah kes istemewa...

Dan sekali-kali tak bermakna bahawa jin itu lebih hebat dari-
pada manusia...

Tak ada sebabnya kita perlu takut...segan atau merasa martabat
kejadian kita lebih rendah daripada jin...hanya semata-mata
kerana kita tak nampak mereka...

Kita adalah khalifah Allah di atas muka bumi ini...

Wallohu a'lam.

Sabtu, 16 Oktober 2010

TENAGA DALAM VS JIN...

Di suatu senja...entah dari mana datangnya belalang
pelesit itu...

Tiba-tiba saja bunyinya amat bingit memenuhi ruang
dapur...sampai macam nak pekak telinga dibuatnya...

Saya rasa ada bendanya yang tak kena...bunyinya yang
luarbiasa kuatnya menimbulkan rasa agak seram...

Setelah dicari..belalangnya tak kelihatan di mana-
mana...dan saya mengambil keputusan untuk menyerang
benda tersebut...

Caranya..dengan menggunakan pukulan tenaga dalam...

Kepada para pengamal tenaga dalam...dan siapa saja
yang mampu...atau dalam keadaan terdesak nak mencuba
...bagaimana caranya nak menyerang jin yang tak keli-
hatan oleh kebanyakan orang...samada dengan mata kepa-
la atau mata hati...termasuk saya sendiri?

Rahsianya...untuk menyerang jin dengan tenaga dalam...
anda tak perlu nampak jinnya...atau di mana kedudukan-
nya...atau berapa jumlahnya...

Anda cuma perlu kata kunci...iaitu sekurang-kurangnya
satu maklumat yang ada kaitan dengan jin yang nak di-
sasarkan...

Contohnya di sini...saya niatkan untuk menyerang bela-
lang tersebut jika ianya adalah jelmaan jin...dan juga
menyerang semua jin yang datang bersama belalang ter-
sebut jika belalang itu adalah belalang biasa...

Maka pukulan tenaga dalam itu dibuat ke arah hadapan
dengan meniatkan anda memukul semua benda yang anda
tentukan dengan kata kunci tadi...

Saya satukan pernafasan...gerak pukul dengan zikir dan
ayat Afahasibtum yang biasanya digunakan untuk menghalau
...menyeksa atau malah jika Tuhan izinkan...membunuh jin.

Cuma sekali pukul...ternyata ia amat berkesan...bunyi itu
segera beralih keluar dapur...dan menjauh menuruni ke arah
bawah bukit...

Akhirnya bunyinya yang sayup-sayup kedengaran itu hilang
dan tiba-tiba terdengar bunyi seperti pokok besar tumbang
dipukul ribut...

Saya pasti benar..bunyi belalang pelesit itu menuju ke-
arah satu kawasan di bawah bukit di mana terdapat sebuah
batu besar..

Esok harinya...saya ke sana dan melihat ada sebatang pokok
yang tumbuh atas batu besar tersebut...
dan seseorang menceritakan ia bermimpi melihat pokok itu
terbakar...

Saya dapati seluruh daun pokok itu kelihatann kering seperti
dipanggang bahang api...dan seminggu kemudian...
seluruh daun pokok tersebut menguning kering...dan pokoknya
juga mati kering...

Seperkara yang perlu di ambil perhatian...ketika itu saya
sentiasa mengamalkan Ayat Manzil setiap pagi dan petang..
(..sekarang biasanya cuma setiap malam sahaja...)
maka tentu saja keberkatan amalan tersebut...berperanan
besar dalam menjadi 'bisa' kepada tenaga dalam...

Semuanya terjadi dengan izin Allah belaka....

Pada hakikatnya...tenaga dalam merupakan salah satu daripada
kekuatan roh manusia...dan istemewanya..anda cuma perlu me-
masang niat...dan kekuatan roh itu sendiri akan memastikan...
tenaga itu mengenai atau memusnahkan jin sasaran...
walaupun andainya ketika itu...jin itu sudah lari dan berada
beribu batu jauhnya jarak dari anda...

Pukulan yang anda niatkan sekelip mata...akan mengenainya
pada saat yang sama...

Kalau pada jasad kita...mungkin jin nampak ianya lemah dan
banyak kekurangan untuk menghadapinya...tapi tidak pada roh
kita...

( Nota...akan datang...ADAKAH TENAGA DALAM AKAN MEMBUNUH ATAU
MEMBAHAYAKAN SEMUA JENIS JIN?...dalam...TENAGA DALAM MEMBUNUH
JIN?...Insya Allah...)

Wallohu a'lam

Jumaat, 15 Oktober 2010

RAHSIA BAYANGAN MISTERI..

( Iaitu sambungan dari BAYANGAN MISTERI...)

Rahsianya...rakan itu beritahu...ketika ia berdiri
dan beredar...ia terus membayangkan dirinya masih
duduk berhadapan dengan jin yang merasuk wanita
tersebut...

Maka pada pandangan jin itu...rakan tadi masih
duduk...
tanpa menyedari rakan itu sebenarnya dah keluar
dari bilik...

Ketika rakan itu dah hilang tumpuannya bahawa ia
masih duduk dalam bilik...dirinya di hadapan jin
itu hilang serta merta...

Diri rakan yang masih duduk dihadapan jin itu ada-
lah sebahagian daripada roh...dengan 'ibu rohnya'
adalah pada tubuh kasar di luar bilik...

Walaupun roh itu seolah terbahagi dua...sebenar-
nya ia tetap berkait dan masih dikira satu...

Agar lebih mudah di faham...seperti yang disebut da-
lam hadis...roh orang-orang yang tidur itu akan kel-
uar berkumpul ke suatu tempat antara langit dan bumi
dan akan berbual sesama mereka dalam apa juga perkara.

Maka pada masa itu...roh itu ada di antara langit dan
bumi...sedangkan pada masa yang sama...roh itu ada
dalam jasad yang tidur...
kerana sekiranya keseluruhan roh itu keluar dari jasad
maka terjadilah Maut...iaitu jasad itu akan mati...

Agar lebih mudah difahami...roh yang keluar semasa se-
seorang itu tidur dipanggil rawan...iaitu sebahagian
roh...

...Wallohu a'lam...

Satu persoalannya di sini...adakah semua orang itu akan
dapat melakukan seperti yang dibuat oleh rakan tadi?

Jawapan saya.." maaf...saya tak tahu... "
kerana kajian saya cuma terbatas pada rakan-rakan ahli
tenaga dalam...maka saya tak tahu..adakah orang yang
tak belajar 'apa-apa' akan dapat melakukan perkara yang
sama...malah kebanyakan rakan juga tak faham...atau
tak dapat melakukannya...

Cuma saya pernah terbaca kisahnya...ketika Tok Kenali
( yang pada pandangan ramai ia seorang wali Allah..)
bersama beberapa orang muridnya berkeliaran di pantai
membawa jamung ( obor? ) pada suatu malam...orang
Inggeris yang datang membawa kapal perang melihat
jamung yang begitu banyak..seperti seluruh pantai di-
penuhi oleh orang...menyebabkan tentera laut Inggeris
itu takut dan berundur...dan rasa-rasanya Tok Kenali
bukan seorang ahli tenaga dalam ( wallohu a'lam ).

Iaitu tak mustahil...orang-orang yang belajar Rukyah
atau sebagainya dapat melakukannya...
yang mana jin dapat melihat sesuatu yang dibayangkan
dalam fikirannya..atau diniatkan dalam hatinya akan
kelihatan benar-benar ujud pada penglihatan bangsa
jin.

Tapi tujuan saya mendedahkan perkara ini cuma satu...
iaitu kehebatan roh manusia pada pandangan jin...

Maka tak kira siapa dapat melakukan..atau siapa tak
dapat melakukan...ia tetap memperlihatkan kehebatan
roh manusia...sedangkan selama ini kita cuma didedah-
kan kehebatan jin pada pandangan manusia...

Kita perlu sedar...' jin bukanlan segala-galanya...".

Wallohu a'lam

Khamis, 14 Oktober 2010

BAYANGAN MISTERI...

Seorang rakan sedang bertikam lidah dengan jin
jantan yang merasuk tubuh seorang wanita...

Jin itu memang sangat pintar dan petah bercakap
dan nampak sangat ia pakar menegakkan benang
basah...sangat banyak tipu helahnya...

Rakan tadi menyuruh kami keluar dari bilik...
dan tak lama..ia pula keluar...sambil ter-
sengih...

Saya rasa agak aneh...jin itu masih bercakap den-
gan lantang seolah olah sedang betengkar dengan
seseorang...seperti rakan itu masih duduk dihada-
pannya...

Tapi tak lama kemudian...jin itu terdiam...tiba-
tiba kedengaran ia berkata..."eh!...mana sudah
kau tu...?".

Ia bererti...setelah rakan tadi keluar dari bilik
...jin itu masih melihatnya duduk di depan...

Persoalannya...siapa yang dilihat oleh jin tu...
...kalau jin...tentu ia sangat kenal dan tak
akan tertipu...

Wallohu a'lam.

Rabu, 13 Oktober 2010

ROH...ATAU JIN...MANA LEBIH HEBAT...

Ketika bertemu seorang rakan seperguruan yang
sudah lama berpisah...ia menceritakan keadaan
rumahtangganya yang hampir tak pernah aman...

Ia suami isteri sering bertengkar dan kadang-
kadang hingga hampir-hampir bercerai...
malah ketika itu pun mereka tinggal berasingan
rumah...

Pada pandangan rohaninya...ia melihat rumah me-
reka diliputi oleh perisai sihir yang berbentuk
tudung makanan...

Sudah beberapa kali ia cuba memecahkan perisai
itu dengan mengerah 300 tentera jin...
namun setiap kali tentera jin itu menghayun pe-
dang untuk memecahkannya...
perisai itu serta merta bercantum semula sehing-
galah tentera jin itu berhenti kelelahan.

Saya cadangkan ia menggunakan tenaga dalam berserta
3 Fatihah senafas dan mengelakkan diri dari sengaja
terlibat dengan penggunaan jin...

Syukurlah...rakan itu berjanji akan cuba memecahkan
perisai sihir itu tanpa menggunakan jin...

Seminggu kemudian...rakan itu datang menceritakan
perisai sihir itu sudah musnah sepenuhnya...
malah jin yang membinanya tak mampu lagi membina pe-
risai baru...

Rakan itu cuma menggunakan pukulan tenaga dalam jarak
jauh dan 3 fatihah senafas...

Maknanya..kalau ada 300 tentera jin yang menjaga anda
...tak ada apa-apa yang dapat anda banggakan...
kerana kalau anda tahu menggunakan kekuatan roh anda
...anda sendiri lebih hebat daripada mereka...

Wallohu a'lam

Selasa, 12 Oktober 2010

PANDANGAN MATA JAHAT (AIN)...

Iaitu pandangan mata jahat seseorang kepada orang
lain...

Iaitu...kalau anda ingin memiliki pandangan jenis
ini...anda hendaklah memenuhi beberapa syarat...

1.Tumpuan...

Beri tumpuan penuh kepada seseorang yang anda sasar-
kan...dan jangan ingat benda-benda lain...
nanti kekuatan pandangan mata anda itu tak akan ter-
tumpu sebagaimana yang anda perlukan...

2.Benci...

Tentu saja orang yang anda pandang itu hendaklah orang
yang sangat anda benci...anda sangat marah...anda
sangat meluat...dan sebagainya....

3.Dengki...

Iaitu punca anda benci kepada orang tersebut hendaklah
kerana anda sangat-sangat dengki padanya...

Punca dengki tu...mungkin kerana kecantikannya...keram-
ahannya sehingga disukai ramai...
atau kerana pangkat dan kedudukannya...kerana hartanya
yang melimpah ruah...

Malah tak kurang...kerana dia tu suka sangat menyakitkan
hati anda...suka menunjuk-nunjuk...
memang dia nak kena sangat ni...dia belum tahu siapa anda?

3.Dendam...

Kalau dah dengki tu...lagi baik kalau bercampur dendam
kesumat...tak kira anda yang betul atau dia yang betul.

..yelah...kalau hati dah dendam...peduli apa semuanya
tu...

4.Doa...

Jangan anda hairan...bukan dengan tujuan baik saja baru
ada doanya...
nak 'menjahanamkan' orang dengan pandangan mata ni pun
ada doanya juga...

...iaitu cacian...makian...kutukan...dan sumpah seranah
semoga apa saja kelebihan yang ada pada dia tu hancur...
hangus...lesap...lingkup...dan sebagainya...
tapi mesti dalam hati saja tau...tak boleh cakap...
nanti kekuatan dalaman anda 'lari' keluar ikut suara...

Malah kalau masa tu juga dengan sekelip mata 'dia padam'
dari dunia yang fana lagi melalaikan ini...lagi baik.

5.Terus tenung dia dengan segala kejahatan yang bergelo-
ra dalam dada anda...

Kalau nak tenung tu...jangan 'alang-alang'...seperti
kata 'kerengge'...alang-alang menyeluk pekasam...
biar sampai habis sebelanga...

Tenung betul-betul...kalau boleh..jangan kelip mata...
supaya pandangan mata jahat anda itu tambah berbisa.

Kalau waktu itu..orangnya nampak mata anda...tentu dia
akan kecut perut dengan cahaya mata anda yang membara
memancarkan cahaya kebencian...kemarahan dan dendam...
serta ancaman...

Dan sekarang bayangkan pula...tanpa pengetahuan anda...
ada seseorang sedang merenung anda dengan pandangan
mata yang sangat jahat...

Maka ada beberapa kemungkinan...

1.Kalau kekuatan pandangan jahat orang itu cukup kuat...
melebihi kekuatan roh anda...dan anda pula tak ada seba-
rang amalan pendinding diri...

...maka ada kemungkinan anda akan terkena kesannya...iaitu
bermacam gejala seolah-olah terkena gangguan atau serangan
jin...kecuali kerasukan...

...kerana roh itu tak akan terbang dan merasuk orang lain.

2.Tapi kalau kekuatannya tak cukup disebabkan roh anda
lebih kuat...atau anda ada pendinding diri yang kuat...
maka pandangan jahatnya tak akan dapat memudaratkan anda.

Pada hakikatnya...pandangan mata jahat adalah satu cara men-
yerang manusia lain dengan menggunakan kekuatan roh...
dan menjadi senjata kepada seseorang yang sangat kotor dan
cemar jiwanya...

Oleh kerana roh kita juga makhluk ghoib...seperti jin juga
makhluk ghoib...maka cara rawatannya lebih kurang sama...

Cuma pandangan mata jahat ini...kekuatannya sukar diduga...
di mana ada kisahnya seorang lelaki...pandangan jahatnya
boleh membunuh seekor kuda...

Ketika ia cuba mengenakan seorang lelaki yang kebetulan
ada amalan pendinding diri...matanya tercabut dan terkeluar
dari tempatnya...

Sekurang-kurangnya untuk mengelak kesan pandangan mata jahat
anda boleh amalkan Ayat Kursi..3 Qul...dan Surah Zalzalah...
(izaa...zul) setiap pagi dan petang...

Wallohu a'lam

Sabtu, 9 Oktober 2010

DUNIA MISTERI...Tipu Daya Jin...

Setelah dirawat...rakan itu akhirnya terlepas dari
gangguan jin 'terpelajar' yang mengikatnya sekian
lama...

Selama dalam kawalan jin tersebut...rakan ini sen-
tiasa menulis siang dan malam...dan tak mempedulikan
dunia sekelilingnya...
malah ia makan sekali saja dalam masa tiga hari..
namun ia terus sihat dan bertenaga...

Ia menulis berbagai ilmu seperti aura manusia...
ilmu perang..tentang wanita dan sebagainya...
kemudian buku yang telah penuh ditulis itu sama-
ada dibakar atau ditanam dalam hutan...

Dalam masa sihatnya itu ia terus mengamalkan susunan
wirid yang telah diajarkan oleh ustaz...

Beberapa bulan kemudian ia mula mempertikaikan amalan
tersebut dan menuduh ia adalah ajaran sesat...
malah semua orang yang mengamalkannya juga dituduhnya
sesat...

Entah apa yang jin itu ajarkan kepadanya...sehingga
ia mula pula meninggalkan solat...malah turut minum
arak...

Yang pasti..walaupun telah tewas...jin itu tak berputus
asa dan perlahan-lahan membisikkan berbagai hasutan dan
tipudaya...yang akhirnya berjaya mempengaruhi semula
rakan tadi...hingga meninggalkan amalan pendinding diri
dan malah solat...serta mula meminum arak...

Ketika ustaz sampai di hadapan rumah...rakan itu terjun
dari kaki lima dan menyusup masuk ke dalam hutan...

Asal saja ustaz datang...ia boleh mengesan kedatangan-
nya setengah jam sebelum ustaz sampai ke rumah...
dan ia akan lari ke dalam hutan...

Siapa saja yang sangat dibencinya...kalau tak cukup
amalan pendinding akan mengalami demam panas
dan leher bengkak bernanah...terutama dalam kalangan
keluarganya sendiri...

Ia dapat mengesan setiap air yang didoakan...dan akan
mengelak daripada meminumnya...

Pada kemuncaknya...semua air doa itu dibuangnya ke-
dalam tandas...

Bezanya..dulu ia benar-benar nak buang jin tersebut...
tapi kali ini ia mempertahankannya pula...

Akhirnya ia kembali seperti dulu...menulis dan menulis
...tak peduli dengan dunia sekeliling...

Wallohu a'lam

...Selamat Pulang ke kota raya...

Di sini...
sebuah kota raya...
penghuninya ramai...
berhimpit-himpit...

Namun..
suasana sepi...
tanpa suara...
tanpa kehidupan...

Di sini...
semuanya ada...
yang tua...pulang ke sini..
yang muda...juga pulang
ke sini...
yang lelaki..dan wanita...
semuanya pulang ke sini...

Si polan...anak si polan...
dulunya hidup mewah...
sentiasa ria...
dikelilingi keluarga...
dan teman-teman...
akhirnya...
ia pulang ke sini...

si polan...anak si polan...
dulunya tak berharta...
hidupnya serba kurang...
ia selalu merana...
akhirnya...
ia pulang ke sini...

si polan...anak si polan...
dulunya sering bersuka ria...
hidup sibuk dengan hiburan...
akhirnya...
ia pulang ke sini...

si polan...anak si polan...
dulunya...takut keseorangan...
dan ia ngeri dengan kegelapan...
akhirnya...
ia pulang ke sini...

Kota raya ini...
penduduknya...
tak pernah berkurang...

Hari demi hari...
bulan demi bulan...
dan tahun demi tahun...
penghuninya terus
bertambah...

Namun...
ia masih seperti dulu...
siangnya sepi...
malamnya gelita...

Rasanya...
tak ada sesiapa suka
datang...
ke kota raya ini...
malah mereka...
selalu melupakannya...

Tapi...
untuk semua orang...
dan...engkau sendiri...
suatu ketika kelak...
engkau akan ingat...
ucapan ini...

Selamat pulang...
ke kota raya ini...
kota raya...
perkuburan...


Nota .

...sesungguhnya...Tuhan memperingatkan
engkau kepada kematian...bukan untuk
engkau merasa lemah dan berputus asa...
...tapi agar engkau tak berkeluh kesah
dengan apa yang tak tercapai olehmu...
...dan agar engkau tak bergundah gulana
dengan apa yang hilang dari tanganmu...

Wallohu a'lam

Selasa, 5 Oktober 2010

..DIA ADA PENDAMPING...?

Saya sebenarnya tak suka dengan apa yang akan saya
nyatakan dibawah ini...kerana walaupun pada sebaha-
gian orang ia cuma maklumat biasa sahaja...

...namun pasti dengan sedikit 'salah laku' sahaja
ia akan menimbulkan berbagai fitnah dan tuduhan...
sangka buruk...malah mungkin perasaan takut...benci
atau bermusuh di kalangan keluarga...rakan...jiran
malah dengan orang yang tak di kenali...

Maka sangat penting...saya harap anda mengambil
perhatian...bahawa kita tak boleh sesuka hati men-
yangka buruk atau menuduh orang lain mempunyai
jin pendamping...yang mungkin menjerumuskan diri
ke lembah dosa yang berpanjangan ( kerana sentiasa
menyangka buruk terhadap orang lain di sana sini ).

Maklumat ini boleh anda pergunakan dalam satu dua
perkara sebagai langkah berhati-hati...
dan antaranya...

1.Anda berurusan...tidur sebilik atau rakan sekerja
dengan seseorang yang belum anda kenali...dan seba-
gainya...kerana pada segelintir orang...

a.Ia terpengaruh dengan hasutan atau tipudaya jin
pendampingnya...

b.Kadang-kadang jin itu akan menyerang orang lain
tanpa pengetahuan atau kawalan 'tuannya'...

Nota : Kadang-kadang kalau anda mengikuti sesuatu
seminar dalam satu dewan besar contohnya bersama
orang ramai...tak mustahil akan ada serangan jin
pendamping dari orang-orang yang tak ada sebarang
urusan pun dengan anda....

2.Bagi pesakit...kalau ada tanda pendamping...maka
anda sebagai perawat boleh memeriksa jika ada kaitan-
nya tanpa perlu banyak bertanya semata-mata nak
'korek' rahsia (samada ia ada pendamping...)

3.Paling penting...kalau tanda-tanda itu ada pada
diri anda...sedangkan anda rasa anda tak ada pun pen-
damping...sebaiknya anda minta 'scan' untuk pastikan-
nya...

...kerana kalau kebetulan ada pendamping...sekurang-
kurangnya anda tahu dan tak kena 'makan' dalam diam
dan kalau benar-benar dah disahkan tak ada......
Alhamdulillah...

Dan sebagainya...

Jin pendamping itu biasanya dari jin saka...jin
kiriman sihir...jin amalan sihir...jin alat sihir...
jin buangan...jin yang menempati sesuatu tempat...
jin liar...jin yang jatuh cinta pada anda dan
sebagainya...

Dan boleh jadi..orang itu tahu...atau tak tahu...
bahawa ia ada jin pendamping...

ADAPUN TANDA-TANDANYA...

...MATA...

1.Matanya sentiasa merah dan antaranya...

a.Mata sangat merah dan berair...

b.Mata agak merah dan kelihatan bercahaya...

2.Mata yang kelihatan gelap...ada cahaya asing...
dan dengan pandangan tajam...

Hati anda merasa pandangan itu bukan dari orangnya
...tapi dari sesuatu makhluk lain yang ada dalam
badannya...

3.Matanya merah dan sentiasa mengelak daripada ber-
tentangan mata dengan orang lain...

4.Matanya merah dan sentiasa meliar tak tentu hala....

5.Ia suka merenung orang lain dari belakang dengan
pandangan yang tajam dan lama....

6.Pandangan matanya kosong...iaitu ia merenung sesuatu
tapi perhatiannya jelas jauh ke tempat lain...

7.Ada cahaya aneh pada pandangan matanya...

8.Kalau anda menentang pandangannya matanya...anda mula
rasa pening..terasa kejahatannya...takut atau tak sedap
hati...rasa terpukau...nak pitam dan sebagainya...

9.Kadang-kadang matanya yang normal..menjadi merah ber-
serta perubahan sikap yang aneh tak seperti biasa..atau
kelam kabut...

10.Matanya sentiasa mengantuk memanjang tanpa sebab yang
munasabah...di waktu siang...
...kadang-kadang tidur di merata tempat...tapi pada waktu
malam pula...matanya sentiasa segar...

11.Pandangan matanya penuh kemarahan atau kebencian...tanpa
sebab yang munasabah.

Nota : Ciri-ciri gangguan pada mata itu bergantung kepada
bentuk atau sebati tidaknya gangguan...tapi ia menunjukkan
bahawa seseorang itu ada gangguan pada bahagian kepala...
(fikiran).

...dan besar kemungkinannya ada gangguan juga pada bahagian
dada (perasaannya).

SEBAB-SEBAB LAIN MATA MERAH...

1.Kurang tidur malam kerana belajar...mencari rezeki tambahan
...tuntutan tugas...insomnia...sakit...dan sebagainya...

2.Sakit mata...

3.Sakit kepala...

4.Masuk habuk...

5.Cedera...

6.Sedih...takut...yang melampau...

7.Menangis...

8.Terlalu lama membuka mata tak berkelip...

9.Semula jadi...

...dan sebagainya...

Maka jangan sekali-kali menyangka orang yang merah mata
itu kerana ada pendamping...kecuali jika ada keperluan...
maka anda hendaklah perhatikan berbagai tanda-tanda lain
...dan barulah anda boleh membuat kesimpulan...

...itu pun umpama ramalan cuaca...kadang-kadang mendung
itu tanda nak hujan...tapi kadang-kadang...mendung itu
sirna berganti cuaca panas....iaitu tanda-tanda itu
tak semestinya menjamin kebenaran...

...MUKA...

1.Air mukanya menunjukkan ia sentiasa dalam kebingungan
tanpa sebab munasabah...

2.Mukanya..selalu atau kadang-kadang menjadi merah tanpa
sebarang sebab munasabah...

3.Air mukanya gelap...tapi ada cahaya misteri atau meng-
gerunkan.

4.Mukanya sentiasa pucat dan lesu tanpa sebab munasabah...

5.Mukanya sentiasa kelihatan garang..atau marah tanpa di-
sedarinya...

6.Ada cahaya pada mukanya...yang sangat mudah menarik
simpati orang lain yang memandangnya...

7.Mukanya...kadang-kadang cantik...kadang-kadang tak
cantik...kadang-kadang menawan...kadang-kadang menyeram-
kan...kadang-kadang muda...kadang-kadang tua...dan se-
bagainya...

8.Mukanya nampak biasa saja...tapi apabila anda tenung lama-
lama...anda merasa seram...seolah-olah ada lapisan muka yang
sangat asing atau menakutkan...

9.Siang mukanya nampak lesu...waktu malam pula berseri-seri.

Dan sebagainya...

...TAPAK TANGAN...

1.Iaitu biasanya orang yang baru berjumpa itu bersalaman
tangan...maka...
anda dapat merasakan tapak tangannya panas...
dan kadang-kadang boleh dirasa...ada bahang panas keluar
dari tapak tangannya.

2.Kadang-kadang ada orang yang bahang panas tapak tangannya
itu meresap masuk ke dalam tapak tangan anda dan menjalar
mungkin hingga ke pangkal lengan...

3.Tapak tangannya berbisa..contohnya kalau ia menampar se-
seorang...maka bekas tamparan itu menjadi panas dan pedih
dan kalau gangguannya kuat...boleh menyebabkan orang yang
ditampar itu demam...muntah darah...badan menjadi lebam
dan sebagainya...

Tapi biasanya agak jarang ia begitu berbisa...kerana keba-
nyakan orang mendapatnya dari saka...dan bukan dengan
sengaja mempelajarinya...

Namun bisa itu tetap terasa walaupun dengan niat bergurau...
cuma mungkin ia tak sampai ke tahap mencederakan...

...KEPALA...

1.Ia selalu pening kepala tanpa sebab munasabah...walaupun
nampak kecil...kadang-kadang ini adalah satu tanda besar
seseorang itu ada pendamping...

2.Ia selalu sakit kepala tanpa sebab munasabah...

3.Ia selalu atau kadang-kadang pitam tanpa sebab munasabah.

4.Kadang-kadang kepala terasa berat atau panas tanpa sebab
munasabah...

5.Sangat pelupa...kadang-kadang 'luar biasa' lupanya...

6.Selalu mengantuk tanpa sebab munasabah...

7.Sangat mengantuk semasa solat...kadang-kadang tertidur
semasa solat...

8.Banyak berkhayal dan melamun...kadang-kadang senyum dan
bercakap seorang diri kerana khusyuknya tenggelam dalam
khayalan dan angan-angan...

Dan sebagainya...

...PADA BADAN...

1.Selalu rasa letih tanpa sebab munasabah...

2.Selalu sakit-sakit badan tanpa sebab munasabah...

3.Selalu merasa badan berat tanpa sebab munasabah...

4.Kadang-kadang seseorang itu semasa berjalan...kelihatan
seolah-olah ia sedang menanggung beban berat...

5.Selalu meremang bulu roma tanpa sebab munasabah...

6.Ada sakit berpindah-pindah tempat pada badannya...

7.Terdapat bengkak tanpa sebab munasabah...tak kira pada
badan atau tapak akainya...

8.Kudis-kudis tumbuh pada merata badan...terutama pada
kaki atau tangan...dan kadang-kadang ia rasa gatal se-
olah-olah ada semut-semut...

9.Rasa gatal-gatal tanpa kudis pada badan...terutamanya
kalau ia bertambah gatal semasa disirami air mandi...
atau menjadi-jadi di waktu malam...

10.Jarang mandi...atau selalu lupa mandi...atau takut
mandi...

Kalau ia tak tahu guna berwangi-wangian...'bau tulinnya'
dapat dihidu...

...DADA...

1.Sering berdebar-debar tanpa sebab...

2.Sering merasa sesak atau berat dada tanpa sebab...

3.sering sakit dada tanpa sebab...

4.Ada suara berbisik dalam dada...

5.Ada benda bergerak dalam dada...

6.Sering merasa sedih tanpa sebab munasabah...

7.Sering merasa rindu tapi ia tak tau pada siapa...

8.Sering merasa gembira tanpa sebab munasabah...

9.Sering merasa takut tanpa sebab munasabah...

Dan sebagainya...

...BENDA BERGERAK...

1.Ada benda bergerak dalam badan...

2.Ada semut-semut dalam badan atau di atas kulit..

3.Ada benda menyucuk dalam badan...

Dan sebagainya...

...PERUT...

1.Ada benda bergerak dalam perut...seperti semut-semut
atau angin dan sebagainya...

2.Perut sering kembung...atau panas tanpa sebab munsabah.
kadang-kadang angin atau gasnya itu pada ulu hati..

3.selalu sakit perut tanpa sebab munasabah...

4.Ia baru saja habis makan...tapi serta merta lapar se-
mula tanpa sebab munasabah...

Dan sebagainya...

...TELINGA...

1.Sering mendengar bisikan atau suara-suara halus...

2.Sering mendengar bunyi berdengung atau berdesing...

3.Sering mendengar namanya dipanggil...padahal tak ada
orangnya...

Dan sebagainya...

...TIDUR...

1.Sering mengigau...

2.Sering bermimpi aneh atau mimpi buruk...

3.Sering di tindih sesuatu...samada lembaga ganjil atau
sesuatu yang tak kelihatan semasa tidur...

4.Sering mendapat mimpi yang berulang-ulang...termasuk
sering datang ke satu tempat yang sama...

5.Sering bermimpi orang yang sudah meninggal...

6.Sering bermimpi...orang atau makhluk-makhluk aneh...
datang meminta disembelihkan binatang...

Dan sebagainya...

...PENYAKIT...

1.Ia menanggung penyakit-penyakit ganjil yang tak dapat
dikesan oleh pihak hospital akan punca-puncanya...
dan kadang-kadang disangkakan serangan kuman...atau
barah...

2.Demam panas berpanjangan...

dan sebagainya...

...SUAMI...

1.Sangat cemburu pada isteri tanpa sebab munasabah...
sering mengakibatkan penganiayaan terhadap si isteri...

2.Sentiasa merasa marah pada isteri tanpa sebab munasabah.

3.Sentiasa merasa benci pada isteri tanpa sebab munsabah...

Dan sebagainya...

...ISTERI..

1.Sering mengkhayalkan lelaki lain...dan sangat besar kece-
nderungannya berbuat curang...

2.Selalu bermimpi lelaki...terutamanya lelaki lain...maka
ia bermesra dengannya...(dalam mimpi)...

3.Sering marah-marah tak tentu pasal...atau sangat marah
walau atas sebab yang sangat kecil...

4.Sangat malas nak buat kerja di rumah...kadang-kadang ia
dihalang oleh suara atau bisikan-bisikan halus...

Dan kadang-kadang malasnya itu kerana badan terasa sangat
berat...atau letih tanpa sebab munasabah...

5.Sentiasa cuba menghalang suami dari solat berjemaah di-
masjid atau surau...

Dan sebagainya...

...RUMAH TANGGA...

1.Sering bertengkar atau bergaduh...suami isteri atau anak-
anak...

2.Sering kematian pasangan...atau pasangannya sering sakit
tanpa sebab munasabah...

3.Kalau selalu perang laki bini...tak pernah ada aman damai-
nya...sehingga jadi penceraian...

...bila dah cerai...biasanya hubungan antara mereka akan jadi
baik dan mesra...maka ini adalah sebesar-besar tanda rumah-
tangga mereka dulu ada pihak ketiganya iaitu syaitan...

Dan sebagainya...

...KANAK-KANAK...

1.Sangat malas...atau takut ke sekolah tanpa sebab munasabah.

2.Sering pening...letih...berkhayal...atau tertidur dalam
kelas.

( Sila rujuk pada tanda-tanda kanak-kanak ada gangguan jin
kerana biasanya yang mengganggu kanak-kanak itu akan menjadi
pendampingnya seumur hidup...kecuali Tuhan mengkhendakinya
terlepas...)

Dan sebagainya...

...SUKAR DAPAT JODOH...

1.Biasanya kalau baru peringkat 'bercinta-cintaan'...semua-
nya indah 'berbunga-bungaan'...

Kalau dah bertunang...mulalah 'bertengkar-tengkaran'...
kalau dah nak kawin...'hancur'...putus oleh sebab sakit hati
yang tak munsabah...ada-ada saja halnya...termasuk yang sebenar-
nya bukan jadi hal...(hasutan jin)...

2.Kalau ia suka seseorang...orang tu tak suka dengannya...
tapi kalau orang suka padanya...ia pula meluat...

...SOLAT...

1.Sentiasa ada suara atau bisikan yang menghalangnya dari
mengerjakan solat...

2.Asal saja ia niat nak solat...badan rasa letih lesu tanpa
sebab munasabah...

3.Fikiran sentiasa melayang dalam solat...

4.Sentiasa rasa sangat mengantuk semasa solat...kadang-kadang
baru saja seseorang itu berniat nak solat..tiba-tiba ia rasa
sangat mengantuk dantertidur...

5.Ia merasa badannya panas apabila mengerjakan solat...

Dan sebagainya...

...LAIN-LAIN...

1.Selalu kerasukan jin...

2.Nampak jin...

3.Dapat berhubung dan berbual-bual dengan mereka...dengan kepa-
ndaian yang 'datang sendiri' atau belajar sihir...

4.Dapat melihat atau merasa kehadiran jin pada seseorang atau
pada satu tempat...

5.Tanpa belajar...pandai bersilat...atau pandai menilik...atau
pandai mengurut dan mengubat...dan sebagainya...

6.Sangat pantang dicabar atau direndah-rendahkan akan kehebatan
ilmunya...

7.Ada tanda-tanda tinggal serumah dengan jin...

Dan sebagainya...

...KERJA...

1.Sangat sukar mendapat kerja tanpa sebab yang munasabah...

2.Cepat bosan dalam pekerjaan...

Dan sebagainya...

...KALAU ANDA ADA PENDINDING DIRI YANG KUAT...

1.Ia merasa sangat hormat dan segan pada anda...

2.Ia merasa takut pada anda tanpa sebab munasabah...atau
sekurang-kurangnya kalau ia tak takut...mungkin ia merasa
dadanya berdebar-debar...

3.Ia merasa sangat benci atau marah kepada anda tanpa
sebab munasabah...

4.Bila dekat dengan anda...

-matanya mula jadi merah...

-ia merasa mata pedih..atau mengantuk...

-ia merasa pening...atau sakit kepala...

-ia merasa panas...

-ia merasa darahnya mendidih...

-Ia merasa ada benda bergerak dalam badannya...dan kalau
ia rasa semut-semut pada hujung kaki...ertinya jinnya dah
'stand by' nak cabut lari...

-ia merasa tubuhnya bergegar atau menggeletar...

5.Ia mungkin akan merenung tajam pada anda tanpa ia sedari.

Dan sebagainya...iaitu bergantung dengan kuat atau lemahnya
gangguan...

Antara perkara-perkara di atas...mungkin pernah saya tulis-
kan tapi ada sedikit tambahan...

Untuk pengetahuan anda selanjutnya...anda boleh pereksa pada
semua tanda-tanda ada saka dan hal-hal berkaitan sihir...
kerana semua itu adalah tandanya seseorang ada pendamping...

Kemudian gejala-gejala gangguan jin...termasuk pada kanak-
kanak...maka mana saja tanda-tanda yang berlaku pada sese-
orang secara berterusan...maka ia adalah tanda orang itu ada
pendamping...

Wallohu a'lam.

Isnin, 4 Oktober 2010

DUNIA MISTERI...Berkat Syaitan...

Ia seorang bintang filem luar negara dan antara
artis wanita yang sangat terkenal...bukan hanya
dalam negaranya...malah di negara-negara Asia
lain termasuk Malaysia...

Pada awal-awal penglibatannya...ketika ia masih
merangkak ke puncak kejayaannya...
sebuah majalah menceritakan bahawa wanita itu
sanggup berdamping suatu makhluk hitam besar
yang 'khasiatnya' agar ia akan cepat naik dalam
kariernya...

Dan ternyata ia sungguh bertekad menjadi orang
yang terkenal...sehingga sanggup menerima syarat
berdamping dengan makhluk tersebut...
iaitu melayan nafsu seks benda itu sekali dalam
setiap empat jam...

Beberapa tahun kemudian timbul pula beritanya...
wanita itu juga memelihara 'toyol...
dan yang dimaksudkan toyol itu adalah makhluk-
makhlik jin bersaiz kecil seperti jenglot...

Ada antara rakan-rakan yang menasihatinya agar
membuang semua dampingannya itu...tapi ia terus
berkeras tak mahu menerima nasihat orang lain....

Beberapa tahun kemudian...timbul pula berita baru
bahawa wanita itu menghidap barah rahim...
dan pada masa yang hampir sama...ia cuba membuang
atau memisahkan diri dari makhluk-makhluk yang men-
dampinginya...dan disebutkan...makhluk-makhluk itu
tak mahu melepaskannya...dan ia terus menderita...

Beberapa lama kemudian...beritanya...ia meninggal
dunia disebabkan oleh barah rahim...

Salah seorang Ustaz perawat handalan dalam negara
kita pernah berkata...bahawa gejala barah dalam
tubuh manusia itu adalah dari sebab bisa jin...
(gangguan jin) yang sudah cukup padat (parah).

Rasanya...barah rahim itu ada kaitan dengan makhluk
hitam yang jadi 'tukang berkat' rezekinya sejak se-
kian lama...

Cepat terkenal...cepat sakit...dan cepat pula mati-
nya...Suatu kelebihan yang tak berbaloi dengan
derita penyakit dan hidup yang singkat...

Biar pun...apa pun khasiatnya makhlus-makhluk halus
yang mendampingi anda...namun jin tetap jin...atau
lebih tepat...syaitan tetap syaitan...

Wallohu a'lam

Sabtu, 2 Oktober 2010

ILMU...'Tak Sempat Amal'...

Seorang rakan berkata...
"...saya tau...petuanya kalau rasa
marah...ambil wuduk...atau kalau sedang
berdiri...cepat-cepat duduk...malah saya
ada menonton rancangan-rancangan motivasi
cara menangani perasaan marah di Astro...

...tapi kalau dah saya rasa marah...semua
itu saya tak pedulikan...sampai habis semua
rasa marah saya hamburkan langsung tak
terkawal..."

...rakan itu ada gejala lain semasa marah
iaitu sesak nafas dan sakit dada...
kalau begitu...macamana nak kawal rasa marah?
Kerana ada bisa jin dalam dadanya...

Bukan hanya motivasi...tapi rakan itu juga per-
lu rawatan gangguan jin...

Wallohu a'lam

...TEMPAT MATI...

Ada orang...
ia keluar rumah...
kerana nak pergi pekan...

Ada orang...
ia keluar daerah...
kerana nak pergi melawat
teman...

Ada orang...
ia pergi ke negeri lain...
kerana nak membeli belah...

Ada orang...
ia pergi ke negara lain...
kerana nak melancong...

Tapi seperkara...
mereka tak tahu...

Di tempat yang dituju
itu...
Malaikat maut sedang
menunggu....

Mereka itu...
keluar rumah dengan
gembira...

Padahal...sebenarnya...

Mereka sedang menghantar
nyawa...
kerana di situ...
adalah tempat matinya...

Dan ketika engkau melangkah...
adakah engkau pasti...?

...bahawa engkau itu...
bukan sedang menuju ke-
tempat kematian...?

( Seandainya Allah menentukan seseorang
itu mati pada suatu tempat yang jauh...
...nescaya...diadakan kepadanya sebab...
agar ia pergi ke tempat tersebut...
Maksud Hadis ).

Wallohu a'lam

Nota

Sungguh aneh...kita tahu bahawa suatu ketika
nanti..kita akan mati...
tapi kita berlagak...seolah-olah kematian itu
tak akan pernah terjadi...
dan kita terus menerus menunda taubat dan ke-
isafan...mungkin...sehingga segala-galanya
sudah terlambat...

Jumaat, 1 Oktober 2010

AMAL SIHIR...BERERTI MENYIHIR DIRI...

Iaitu...kalau anda mengamalkan ilmu sihir bererti
anda memberi jin ruang masuk dalam jasad anda sen-
diri...

Dan malah anda mendedahkan keluarga anda...ketu-
runan anda dan orang-orang lain yang rapat dengan
diri anda...kepada gangguan atau serangan jin...

Sungguh aneh..ada orang yang mencari-cari ilmu
untuk memanggil dan memasukkan jin ke dalam
tubuhnya...sedangkan mereka tak faham atau tak tahu
betapa ramai manusia yang menderita disebabkan jin
yang tinggal dalam jasadnya...

Semuanya demi kerana serba sedikit kelebihan 'ajaib'
yang mereka impi-impikan...

Ada seseorang yang memelihara dan sentiasa memberi
makan kepada makhluk-makhluk halus peliharannya...
tapi ternyata ada antara makhluk itu yang masuk dan
tinggal dalam perutnya sehingga ia selalu sakit
perut dan akan muntah sebaik saja memakan nasi atau
lauk...hinggalah ia meninggal...

Ada seseorang lain mengamalkan ilmu batin yang hebat
iaitu setiap kali orang lain yang memiliki ilmu sihir
cuba menganiayanya...nescaya ilmu orang itu akan lum-
puh tak berguna...

Ketika ia meninggalkan amalannya...ternyata jin itu
masuk dan tinggal dalam perutnya..sehingga timbul
padanya kanser perut yang tak sembuh-sembuh oleh
rawatan Hospital...dan sakit itu juga sampai kepada
meninggalnya...

Seseorang lain pula akhirnya menghidap sakit dada
dan sesak...disamping rasukan-rasukan singkat tapi
berulang kali ketika sakit tuanya...

Kemudian tak mustahil pula...apabila seseorang itu
meninggal...maka penyakitnya akan menurun pada anak
serta cucu cicitnya...malah mungkin menjadi penyakit
turun temurun selama berpuluh..beratus...atau ber-
ibu tahun...

Kemudian anda yang sengaja menjadi sebagai 'pengasas'
penyakit atau gangguan jin...akan mendapat tuntutan
dari anak cucu dan keturunan anda...di Akhirat kelak.

Nampaknya...anda ada banyak hutang yang perlu dibayar
dan itu baru kepada keturunan anda sendiri...

Kalau anda menyihir orang lain...dan menjadi saka ke-
pada keluarga tersebut...anda ada banyak lagi 'hutang'
yang perlu anda 'langsaikan'...

Wallohu a'lam

Nota

1.Begitu juga apabila anda mengambil jin pendamping
( mengamal atau sengaja menyimpan alat sihir ) maka
rakan atau malah orang yang tak anda kenali menghadapi
risiko serangan dari jin anda...

Saya sendiri pernah mengalami serangan dari jin peli-
haraan orang lain tanpa di ketahui oleh orang tersebut
juga serangan dari jin batu hitam simpanan seorang
rakan...

Serta serangan dari jin tangkal 'penjaga rumah' orang
lain...

Semua orang itu baik-baik belaka...dan tak tahu pun
tentang ulah jin pegangan mereka...dan hubungan kami
tetap baik kerana saya sedar...semua itu adalah di-
luar kawalan juga pengetahuan mereka sendiri.

Tapi pasti...kalau tak dimaafkan seikhlas hati...ia
pasti akan jadi tuntutan di Akhirat kelak.

2.Abang seorang rakan sekelas sekolah pada suatu
masa dulu...ia mempelajari berbagai ilmu kebatinan
dan dikatakan boleh melompat setinggi tiang letrik
( wallohu a'lam )...

Abang itu terpisah dengan isterinya kerana pertengka-
ran yang sering berlaku...
dan akhirnya...dalam umur awal 40an...abang itu men-
jadi lumpuh dan menghidapi berbagai penyakit lain
seperti buah pinggang...sakit jantung..darah tinggi
...kencing manis juga 'penyakit yang tidak diketahui'
dan meninggal dunia setelah beberapa bulan sakit
tenat.

3.Seorang ibu tunggal pula menghidap sakit misteri
iaitu semua sendi badannya terasa bisa-bisa...tak
sembuh walaupun puas memakan ubat juga minta rawat
pada bomoh...sehingga meninggalnya...

Suaminya yang terbunuh dalam kemalangan adalah se-
orang guru silat dan mengamalkan ilmu kebatinan...
penyewa rumahnya pula menyimpan berbelas jenis
tangkal yang disembunyikan di atas siling...