Jumaat, 31 Disember 2010

TAHUN BARU DATANG LAGI...

Saat-saat ini...sedetik perpindahanmu ke tahun
baru...
ternyata...engkau masih diberi kesempatan oleh
Penciptamu...suatu umur...suatu peluang yang
masih terbuka...agar...?

Seperti tahun-tahun lalu...engkau masuk ke tahun
baru...
...dan begitulah sejak bertahun lamanya...

Maka engkau dalam kegembiraan ini...terus merasa
...bahawa engkau pasti menghabiskan tahun ini..
dan berpindah ke tahun hadapannya pula...

Ternyata...kesempatan demi kesempatan...yang Tuhan
beri padamu...
sebaliknya membuat engkau lalai...dan bertambah
panjang angan-angan hidupmu...

Maka...engkau lupa...atau malah mungkin...engkau tak
pernah peduli akan segala persediaanmu...
untuk perpindahan ke alam...selepas kehidupan dunia-
mu ini...

Engkau terus menunda taubat dan ketaatanmu terhadap
Tuhan...kerana engkau merasa...ada lagi peluangmu
...pada tahun hadapan...

Sedangkan pada hakikatnya...engkau sendiri tak pasti
...samada esok petang sahaja pun...engkau akan masih
hidup...

...dan begitulah yang disangkakan...oleh si anu itu
dan si anu ini...yang kemudian...Malaikat maut men-
datanginya...sedangkan ia dalam keadaan terkejut...
kerana ia sudah lama lupa kepada kematian...atau ke-
rana menyangka...ia akan hidup masih lama lagi...

Maka...dangan sejujurnya...aku ingin mengucapkan kepada-
mu sesuatu...kerana aku sendiri tak tahu...masih adakah
kesempatan untukku selepas ini...

Iaitu...

Selamat menyambut tahun baru...dan mungkin...ini tahun
terakhir dalam hidupmu...

Wallohu a'lam

Selasa, 28 Disember 2010

...rahsia nampak jin...

Ia adalah mengenai titik 2...iaitu bahagian dahi
atau otak hadapan yang juga disebut mata ketiga.

Kaedahnya...

1.'Pesakit' menutup mata...

2.letakkan hujung jari telunjuk ke dahinya...dan
kalau perlu...juga hujung jari telunjuk tangan
kiri ke bahagaian belakang kepalanya...

3.Buat satu set pernafasan sambil tumpukan perha-
tian kepada 'semut-semut' yang dirasa 'pesakit'
bergerak dalam dahi atau dalam mana-mana bahagian
kepalanya...

Anda pula boleh membuka atau kalau rasanya nak bu-
at tumpuan lebih kuat...boleh dengan menutup mata
semasa melakukan pernafasan...

Kadang-kadang satu set penafasan dah boleh buat
'pesakit' nampak jin...dan kalau tak nampak...boleh
anda buat sebanyak tiga set pernafasan...

Ada juga kesnya...ia memerlukan lebih banyak perna-
fasan dan tumpuan...terutamanya apabila 'pesakit'
tak nampak sesuatu...tapi merasa akan nampak sesuatu
atau...ia merasa ada sesuatu nak datang...atau ia me-
lihat latar belakang penglihatan semasa menutup mata
yang sepatutnya gelap jelas bertukar-tukar warna ke
merah....hijau...dan sebagainya...

Syarat-Syarat Nampak Jin...

1.Ada angin bisa jin pada bahagian otak hadapannya...

2.Ada 'semut-semut' atau sesuatu benda bergerak pada
bahagian tersebut...tapi tak mustahil juga jika 'se-
mut-semut' itu bergerak dalam mana-mana bahagian da-
lam kepalanya...

...dan sebagainya...

Lebih banyak angin bisa jin pada bahagian otak hada-
pannya...maka lebih besar peluangnya ia nampak jin...
dan tak mustahil pula walaupun ketika itu...jinnya
ada diluar kepala...contohnya dalam badan...lari kel-
uar dan sebagainya...

Maka hakikatnya...jika seseorang itu nampak jin pada
ketika itu...ia kerana jin itu ada pada otaknya sen-
diri...

Kadang-kadang bukan sekadar jinnya...seseorang itu
mungkin nampak kediaman asal jin tersebut...atau wa-
jah seseorang manusia kalau sekiranya jin itu adalah
jin sihir...dan sebagainya...

Dan yang paling penting...tak akan terjadi sesuatu
kecuali dengan izin Tuhan...Wallohu a'lam...

KISAH-KISAH NAMPAK JIN...

Kisah 1

Budak perempuan berumur 10 tahun itu dah dua kali ter-
nampak ibunya di dalam rumah...sedangkan semua ahli ke-
luarganya tahu...si ibu itu dah hampir seminggu tinggal
di hospital menemani bayinya yang lahir tak cukup bulan.

Apabila di'scan' bahagian kepala...ternyata ia mengalami
gangguan yang agak kuat...

Baru saja saya letakkan hujung jari telunjuk ke ubun-ubun-
nya...ia mengadu kesakitan...

Apabila di'scan' pada Titik 2...ia memberitahu ternampak
suatu lembaga bertanduk...dan juga beberapa lembaga lain.

Apabila saya bertanyakan tentang lembaga lain itu...ia
menangis...ia tak dapat berkata sesuatu tapi nyata ia ke-
takutan...maka saya menyuruhnya membuka mata...

Ketika ia dah tenang...saya bertanya padanya...samada ia
dapat merasakan...asal-usul makhluk-makhluk tersebut...
dan ia berkata penuh yakin...dari kubur datuknya yang dah
meninggal sejak beberapa tahun lalu...

Maka ia menunjukkan kemungkinan yang sangat besar bahawa
makhluk-makhluk itu adalah jin saka ilmu daripada datuk-
nya.

Saya kenal rapat datuknya...ia mengamalkan suatu ilmu per-
ubatan dari tanah seberang...serta menyimpan berbagai je-
is tangkal...

Beberapa hari setelah datuknya dikebumikan...radionya ter-
pasang sendiri...iaitu seperti kebiasaan arwah yang suka
memasang radio setiap jam 4 pagi...

Begitu juga...ada bunyi-bunyi aneh dalam biliknya pada wa-
ktu malam...

Ketika hidupnya...salah seorang ahli keluarga saya pernah
minta rawatan padanya dan diberi tangkal pendinding diri.

Sejak itu ia sentiasa merasa seperti ada sesuatu yang tak
kelihatan sering mengikutnya ke mana-mana...dan pernah ber-
mimpi melihat seorang lelaki tampan berbadan tegap dan tin-
ggi seperti orang Arab...tapi bagi orang lain yang melihat-
nya...lembaga itu berupa suatu bayangan lembaga hitam besar
yang tinggi mengekorinya masuk ke dalam bilik...

Ketika ia meminta tolong simpan tangkal tersebut...saya ha-
pir terlupa...tangkal itu saya simpan dalam laci almari...

Untuk beberapa bulan saya merasakan tangan saya menjadi pa-
nas sehingga ke bahagian siku pada setiap Asar dimana saya
membuat Amalan Asar...hinggalah saya tahu puncanya dan mem-
buang tangkal itu ke sungai...

Setelah bahang panas dan semut-semut itu dibuang daripada
kepalanya...ia tak dapat melihat lembaga-lembaga itu lagi.

Kisah 2

Dalam sebuah kelas...7 orang pelajar lelaki Tahun 3 seda-
ng sibuk 'bermain'...dan bermain di sini maksud saya ber-
tumbuk...bersepak terajang...dan sebagainya...
Kelas kem bistari Solat..dah jadi Kem Bistari Silat...

Patutlah tak ada Guru Perempuan yang nak ambil mereka ma-
suk pada kerja berkumpulan masing-masing...

Ketika saya memanggil salah eorang daripada mereka dan
buat 'scan' Titik 2...seronoknya budak tu...dia kata nam-
pak muka lembaga bertanduk...

Rakan-rakan lainnya kemudian berebut-rebut nak minta
'scan'...

Daripada tujuh orang budak...hanya seorang yang tak ada
sebarang tindakbalas...manakala yang lainnya...semut-
semut dalam dahi atau berlari ke sana sini dalam kepala
serta ternampak lembaga-lembaga aneh...

Paling jelas adalah pada salah seorang budak...ia nampak
satu makhluk aneh bertanduk bercawat kulit binatang se-
dang berjalan pada satu kawasan timbunan batu-batu besar.

Makhluk itu memegang satu alat seperti senjata...ia sep
reti tongkat pendek yang hujungnya ada bola besi berduri.

Walaupun kawasan berbatu besar yang dilihat oleh budak
tersebut sebenarnya terletak di kawasan belakang rumah-
nya...tapi pada hakikatnya...makhluk itu ada dalam otak
hadapannya...

Bila 'semut-semut' padanya saya tarik keluar...maka ia
tak nampak lagi pandangan-pandangan tadi...

Begitulah sifatnya bisa jin...seseorang itu mungkin akan
nampak sesuatu yang di luar dugaannya...

Kisah 3

Seorang rakan mengesyaki dianiaya tuan kantin apabila e-
baik saja ia makan mee goreng yang dibelinya...menyebab-
kan ia sakit kepala bagai nak pecah sehingga terpaksa di-
kejarkan ke wad kecemasan...

Kebetulan ia masih belum habis membayar hutangnya sejak
beberapa bulan lalu...dan mengandaikan tuan kantin senga-
ja membalas dendam kerana sakit hati...

Tapi...apabila di'scan' dada...ia tak merasakan sebarang
tindakbalas pada perutnya...menunjukkan sakitnya tak ada
kaitan dengan makanan...juga menunjukkan...jika ada sihir
maka sihir itu kemungkinan besarnya dikirim melalui angin.

Bila di'scan'pada Titik 2 kepalanya...ia tak nampak se-
barang bayangan tuan kantin...maka ia tak ada kena men-
gena pula dengan tuan kantin...

Sebaliknya ia terbayang wajah 3 orang rakan kerjanya...
termasuk salah seorangnya yang telah bersara sejak seta-
hun lebih lalu...

Ia lebih sesuai dengan fakta bahawa sakit kepalanya itu
bermula sejak setahun lebih...ketika ia merasa sesuatu
masuk melalui mata kanannya ke dalam kepala dan mula
merasa sakit...

Sejak itu ia dah beberapa kali berubat ke hospital...
tapi kali ini adalah yang paling teruk...

Ia bukan sahaja merasakan kepalanya sakit seperti di-
hayun tukul...atau nak pecah...malah ia merasa beratus-
ratus jarum terbang menyucuk menembusi dahinya...

Perkara ini boleh terjadi disebabkan ia ada angin bisa
jin pada dahinya...maka serangan makhluk-makhluk halus
itu 'memanafaatkan' angin ini dan menjadikan ia laluan
serangan...

Maka 'scan' ini dengan izin Allah...mengelakkan ia dari
bermusuh tak tentu pasal dengan tuan kantin...

Bagaimana pun kerana merasakan 'scan' ini masih pada pe-
ingkat ujian...saya sengaja melarangnya dari menuduh ra-
kan-rakannya...sebaliknya hanya perlu berhati-hati ter-
utamanya kalau mereka memberi padanya sebarang makanan
atau minuman...

Cuma setakat ini saya berpendapat...bahawa setiap perkara
yang dilihat oleh seseorang itu semasa 'scan'...sangat
besar kemungkinannya...ia ada kaitan...

Kisah 4

Seorang budak lelaki tiba-tiba mengamuk apabila disuruh
solat oleh ibunya...

Apabila di'scan' pada Titik 2...ia memberitahu ternampak
suatu kawasan seperti sebuah perkampungan yang luas...

Apabila saya bertanya di manakah letaknya kampung itu...
dengan spontan dan yakin ia mengisyaratkan ke arah dada-
nya...sambil berkata...ia dalam dada...

Saya membuat pengisian dengan Manzil...dengan mengulang-
ulang Ayat Afahasibtum...dan budak itu memberitahu ia
merasa letupan-letupan kecil yang banyak dalam dadanya.

Setelah beberapa lama membuat pengisian dan serangan...
budak itu memberitahu...perkampungan itu dah musnah...

Selepas itu...ternyata ia dapat solat tak seperti sebe-
lumnya...apabila tiba-tiba ia merasa sangat marah dan
sakit hati tanpa sebarang sebab yang diketahuinya se-
baik saja disuruh solat...


Kisah 5

Seorang ibu merasa sakit kepala dan semua sendi-sendi
badannya...

Apabila di'scan'...ia ternampak satu lembaga perempuan
berambut panjang dan berpakaian serba putih sedang ber-
diri dibawah pokok...jauh ditengah hutan...

Begitu sifatnya 'scan' ini...kadang-kadang anda bukan
hanya akan nampak makhluk yang mengganggu anda..tapi
juga tempatnya...

Kisah pada DUNIA MISTERI...Dilawati Roh Orang Mati juga
menggunakan kaedah ini...menunjukkan kemungkinan besar
gangguannya itu adalah dari jin saka...

Kadang-kadang pula seseorang itu tak nampak tempat asal
makhluk yang dilihatnya...tapi ada suatu perasaan secara
spontan yang buat ia merasakan tahu asal usulnya...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Khamis, 23 Disember 2010

ANALISA KEPUTUSAN 'SCAN' KEPALA 1...

Apabila anda meletakkan hujung jari telunjuk pada
ubun-ubun 'pesakit'...dan membuat satu set perna-
fasan...( setakat ini...ada 7 titik atau tempat
yang boleh di'scan'...)

...maka anda dapat mengetahui samada ia mengalami
gangguan jin melalui beberapa tindakbalas yang di-
rasainya...
...( kalau gangguan kuat...tak perlu pernafasan...
baru sahaja diletak jari pun...ia biasanya merasa
sakit...)

TITIK 1 -Ubun-ubun...

Apabila jari telunjuk diletak padanya...ia ada ga-
ngguan jin bila ia merasa antara tindakbalas beri-
kut...

1-jari telunjuk dirasanya panas...lebih panas...
menunjukkan tahap gangguan lebih kuat...

2-jari telunjuk itu dirasanya berat...lebih berat
...menunjukkan tahap ganguan lebih kuat...

3-ada jarum menyucuk di ubun-ubunnya...labih tajam
atau sakit...atau lebih banyak...menunjukkan gang-
guan lebih kuat...

4-rasa sakit pada ubun-ubunnya...lebih sakit...menu-
njukkan tahap ganguan lebih kuat...

Semua di atas adalah kesan angin bisa dalam kepala-
nya.

5-ada semut-semut atau sebagainya bergerak di hujung
jari telunjuk itu...dan ia adalah jin dalam kepala.

6-kepala rasa pening...kesan angin bisa jin...

7-kepala rasa berat...kesan angin biasa jin...

8-kepala rasa mengembang...mungkin ia mengalami satu
keadaan dilapisi 'aura' jin...

...dan mungkin ia pernah atau ada masanya dilihat
sebagai 'makhluk lain'...
atau...anda memandangnya denga perasaan anda seperti
memandang 'makhluk lain'...
dan anda mungkin takut...atau benci...dan sebagainya.

...terutamanya kalau anda sendiri juga sedang mengal-
ami gangguan pada bahagian kepala (otak)...

9-fikiran menjadi bingung...kesan angin bisa jin dalam
otak...dan kadang-kadang yang bingung itu jinnya...

10-rasa macam nak pitam...kesan angin bisa jin dalam
otak...

...kadang-kadang rasa nak pitam itu menunjukkan per-
mulaan kepada rasukan...iaitu ia hilang ingatan...
dan pada masa yang sama ia akhirnya kerasukan...

11-rasa marah dan nak alihkan jari telunjuk itu tanpa
sebarang sebab munasabah...menunjukkan jin itu nak
melawan...

Semua gejala di atas menunjukkan ada gangguan pada
kepala...dan antara gejala yang mungkin dirasanya...

1.ia mungkin selalu atau kadang-kadang merasa pening
kepala tanpa sebarang sebab...atau panas kepala tan-
pa sebab...

2.mungkin selalu sakit kepala...samada ringan atau
berat termasuk 'migrine'...

3.mungkin ada gejala-gejala nak pitam...atau selalu
pitam...

4.mungkin ia selalu atau kadang-kadang merasa berat
kepalanya...dan letih...malas dan sebagainya...

5.Ia mungkin kadang-kadang atau selalu rasa bingung
...sangat pelupa...fikiran sering melayang-layang...
dan sebagainya...

6.Selalu merasa takut kerana suka membayangkan sesu-
atu yang menakutkan...atau merasa seperti ditemani
oleh makhluk-makhluk halus...

...maka biasanya ia mearasa takut tanpa sebarang se-
bab yang munasabah...

7.Ia mungkin sentiasa merasa sakit pada ubun-ubun
tanpa sebarang sebab munasabah...

...dan sebagainya...


TITIK 2 -Dahi ( otak hadapan ).

Iaitu hujung jari telunjuk diletakkan pada dahi...
( maka aura dari hujung jari masuk ke bahagian otak
hadapan )...

Kalau 'pesakit' rasa panas pada dahi...( dalam dahi )
maka tandanya...

1-Ada bisa jin dalam dahi ( otak hadapan )...

2-Mungkin tempat persinggahan jin...

3-Atau mungkin juga penempatan jin...

4-Kalau ada benda bergerak...atau semut-semut...dan
sebagainya...maka ia adalah jin pada otak hadapan...

Kalau dengan izin Allah...ada caranya anda boleh buat
ia nampak jin dalam kepalanya...Insya Allah akan saya
lanjutkan tentangnya pada tajuk besar...rahsia nampak
jin...

Antara gejala yang mungkin dirasanya...

1.Ia mungkin menghadapi gejala penumpuan...contohnya
pelajar dalam kelas...

2.Ia mungkin suka berkhayal...dan tak berminat belajar
bagi pelajar...

Kadang-kadang seseorang itu kelihatan seperti sedang
menumpukan perhatiannya kepada sesuatu yang jauh atau
tak kelihatan...

3.Ia terlebih aktif...atau banyak tertumpu kepada ber-
main-main terutama bagi kanak-kanak...bergantung kep-
ada kekuatan dan bentuk gangguan...

4.Selalu mengantuk tanpa sebab...dan bagi pelajar...
mungkin tertidur dalam kelas...

5.Selalu pening atau mungkin sakit kepala...terutama
jika bisanya telah lama dan sebati...

...Kalau sakit...samada pada dahi atau tepi kanan kiri
dahinya...

...dan boleh jadi hingga kepada kedua-dua atau sebelah
matanya...kadang-kadang ia mungkin mengalami suatu ke-
adaan di mana matanya bergerak-gerak atau ada sesuatu
yang bergegar dekat matanya tanpa kawalan...iaitu apa-
bila angin bisa dari otak hadapannya bersambung ke be-
bola matanya...

6.Ia mungkin selalu atau kadang-kadang nampak lintasan
bayang-bayang hitam terutama pada pandangan ekor mata
terutamanya jika angin bisa jin itu turut memasuki ke-
bebola matanya...

7.Ia mungkin dapat melihat jelmaan jin pada masa-masa
tertentu semasa menutup mata...atau sekilas semasa
mengedipkan mata...dan biasanya jelmaan jin itu dalam
otak hadapannya sendiri...

dan kadang-kadang pula...jin itu di hadapannya...iaitu
ia nampak jelmaan jin kerana jin itu sengaja memperli-
hatkan dirinya...

8.Ia mungkin selalu atau kadang-kadang nampak jin pada
masa antara tidur dan jaga...terutama diwaktu malam..

...dan sebagainya...

Adapun gejala gangguan itu banyak bergantung kepada se-
jauh mana jin itu sebati dalam otak hadapannya...
kemudian pada kepandaian dan tujuan jin itu mengganggu-
nya...

Untuk jangkamasa panjangnya...gangguan pada otak hadapan
itu samada menimbulkan gangguan pada fikirannya...atau
menjadi penyakit 'sakit kepala'...atau sakit mata jika
angin bisanya bersambung ke bebola mata...sakit misteri
atau kesemuanya sekali...dan sebagainya...


TITIK 3 -Bahagian belakang kepala (otak belakang)...

Sebarang tindakbalas yang dirasanya seperti pada 'scan'
titik 1 dan 2...maka menunjukkan ia mungkin mengalami
antara gejala berikut...

1.Seperti pada titik 2...suka berkhayal...menghadapi ma-
salah tumpuan...mengantuk tak tentu pasal...rasa berat
...pening..sakit..dan mungkin selalu sakit dalam kelas
bagi pelajar terutamanya apabila cuba menumpukan perha-
tian kepada pengajaran guru...

2.Namun ciri-ciri utama gangguan pada otak bahagian ini
adalah selalu...atau kadang-kadang bermimpi aneh...atau
mimpi buruk bergantung kepada sebati tidaknya angin bisa
jin padanya...

Kalau sekali sekala...atau jarang-jarang bermimpi aneh
atau buruk...maka ia mungkin perkara biasa terutamanya
bila seseorang itu tidur selepas asar atau selepas Subuh
atau tidur tak solat Subuh...atau mengalami sesuatu pen-
galaman yang meninggalkan kesan dalam pada hatinya...

..tapi apabila kerap bermimpi aneh atau buruk...maka sa-
ngat besar kemungkinannya seseorang itu mengalami gangg-
uan jin pada otaknya di bahagian ini...

Biasanya apabila jin itu tinggal tetap padanya...maka
ia akan kerap bermimpi aneh atau mimpi buruk...
tapi kalau sekadar tempat persinggahan...maka ia akan
sekali sekala sahaja mengalaminya iaitu ketika jin itu
datang padanya...

3.Gejala lain adalah sakit seperti dipukul dengan benda
tumpul...iaitu bergantung kepada bentuk gangguan...

...dan sebagainya...


TITIK 4 -Bahagian kepala belakang daun telinga kanan
kiri.

Apabila ia mengalami sebarang tindakbalas seperti rasa
panas semasa disentuh jari...maka ia menandakan adanya
angin bisa jin padanya...

...maka antara gejala gangguan yang mungkin dialaminya
iaitu...

1.Selalu atau kadang-kadang merasa panas pada bahagian
kepala belakang daun telinga...

2.Kalau angin bisa jin sebati padanya..mungkin rasa tak
selesa atau sakit...

3.Ia mungkin selalu atau kadang-kadang mendengar bisikan
atau suara aneh...

...kadang-kadang satu...atau ramai...samada pada masa-
masa tertentu atau sepanjang masa...

Ia terutamanya apabila bahagian tersebut menjadi penem-
patan jin...

Nota.

Kadang-kadang semasa di'scan'...ada semut-semut atau la-
lat-lalat padanya...maka ia mungkin sekadar jin dari ba-
hagian lain yang lari bersembunyi padanya...atau mungkin
jin yang membuat penempatan padanya...

Kalau ia selalu atau kadang-kadang mendengar bisikan...
atau suara...maka kemungkinan besarnya jin tersebut tin-
ggal padanya...

Kalau cuma rasa panas...tapi seseorang itu selalu mend-
engar bisikan atau suara...maka kemungkinannya...jin itu
berbisik padanya dari luar.

Contohnya...anda sedang duduk...maka jin itu duduk di-
samping anda sambil membisikan sesuatu pada telinga
anda...

Kalau panasnya itu pada saluran telinga...maka kemun-
gkinannya...jin itu duduk pada lubang telinganya dan
berbisik atau bercakap padanya...

3 bentuk suara jin...

1.Ia berbentuk bisikan-bisikan...dan anda dapat men-
dengarnya dengan jelas...satu atau ramai...

2.Ia berbentuk suara...mungkin dalam nada rendah...
sederhana atau nada tinggi hingga membingitkan teli-
nga...satu atau ramai...

3.Anda tak mendengar sebarang bisikan atau suara...
tapi anda merasa bingung seperti seseorang yang
mendengar bisikan-bisikan yang banyak dan bercampur
aduk...maka anda menjadi bingung kerana tak faham...
atau tak tahu mana yang anda nak dengar...

Kadang-kadang...seseorang itu mungkin tersenyum se-
orang diri seolah-olah mendengar bisikan-bisikan
yang melucukan...sedangkan sebenarnya ia tak mend-
engar sesuatu...tapi 'bisikan lucu' jin itu memberi
kesan kelucuan kepada perasaannya...

Begitu juga jika ia 'merasa' bisikan-bisikan mena-
kut-nakutkan...maka ia merasa takut tanpa sebab
yang munasabah...

Ini adalah antara kesan angin bisa jin pada manusia.

Hakikat bisikan itu...ia mungkin dari luar...atau
dari belakang telinga...dalam kepala (otak)...atau
dalam dada...atau dalam rusuk seseorang itu sendiri.

TITIK 5 -Bola Mata...

Iaitu biji mata...kalau seseorang merasakannya panas
sejuk...pedih...sakit...atau sebagainya semasa di-
'scan'...maka menunjukkan ada angin bisa padanya.

Antara gejala yang dirasainya...

1.Ia mungkin menghidapi suatu penyakit dalam matanya
seperti pedih...ada benda menyucuk...dan sebagainya.

2.Ia mungkin mengalami suatu keadaan..samada selalu
atau kadang-kadang ada rasa aneh pada matanya...
contohnya mata bergerak-gerak..atau ada sesuatu yang
bergegar...berkelip-kelip tanpa terkawal dan sebagai-
nya...

Kadang-kadang gejala-gejala mata bergerak-gerak dan
sebagainya ini...dianggap oleh sesetengah orang se-
bagai petanda akan ada perkara buruk berlaku...
contohnya kemalangan...keluarga sakit dan sebagainya
sedangkan sering gejala ini adalah tipudaya jin yang
cuba membuat seseorang itu runsing..atau bersangka
buruk terhadap takdir Tuhan...

3.Kalau ada rasa semut-semut...maka ia adalah jin da-
lam bola mata...

4.Kalau jin tinggal atau keluar masuk pada bola mata-
nya...maka ia mungkin dapat melihat jelman jin dalam
keadaan sedar...samada selalu aau kadang-kadang saha-
ja bergantung kepada sejauh mana sebatinya jin atau
angin bisa jin dalam bola mata...

Maka jin itu samada dalam matanya...dihadapan kanta
matanya...atau di luar mata (di hadapan)...

Kalau jin keluar masuk sahaja tanpa meninggalkan se-
barang bisa dalam bola mata...atau hanya merayap di-
atas bola mata...maka ia biasanya tak akan nampak se-
barang jelmaan jin...

Ada rakan yang sudah berbulan-bulan berubat di Hos-
pital kerana merasa gatal yang amat sangat pada bola
matanya...seperti ada pasir terperangkap dam merayap
dibelakang bola matanya...tapi tak pernah dapat di-
ketahui puncanya atau bendanya...

...rakan itu beritahu...pasir sebutir itu biasanya
akan bergerak masuk dalam kepalanya hingga ke bahag-
ian belakang dalam kepala...dan ada masanya ia ber-
mimpi aneh...

5.Biasanya bagi mata yang ada angin bisa jin padanya
kalau tak nampak jelmaan jin...maka ia akan selalu...
atau kadang-kadang nampak lintasan-lintasan aneh...
seperti bayang hitam dan sebagainya terutama pada pa-
dangan ekor mata...

6.Kadang-kadang masalah penglihatan juga berpunca da-
ripada angin bisa pada bola mata..atau sekitar bola
mata...contohnya sakit...kabur dan sebagainya...

7.Bagi sesetengah orang...dengan adanya angin bisa pa-
da bola matanya...mungkin ada keistemewaan...iaitu no-
leh nampak sesuatu yang berlaku pada tempat lain dan
sebagainya...

Ia nampaknya seperti suatu keistimewaan...tapi yang de-
mikian itu menunjukkan angin bisa padat...dan lebih ba-
nyak kemungkinan lain boleh berlaku...contohnya berba-
gai tipudaya jin...dan gangguan pada kesihatan dan peng-
lihatan mata...

...dan sebagainya...


TITIK 6-Tengkuk...

Iaitu pada bahagian tengkuk...

Sebarang tindakbalas menunjukkan adanya angin bisa jin
tapi kesannya bergantung kepada samada ia menjadi pen-
mpatan jin...atau sekadar tempat persinggahan...atau
tempat persembunyian...

Kesannya paling kuat bila ia menjadi penempatan...dan
antara gejalanya...

1-Rasa kurang selesa pada tengkuk...

2-Rasa berat...

3-Rasa sakit...lenguh-lenguh...bisa-bisa dan sebagai-
nya.

4-Rasa panas...

5-Rasa sakit seperti dipukul...

6-Rasa kurang selesa atau sakit pada bahagian urat.

7-Rasa ada makhluk yang tak kelihatan bertenggek...

...dan sebagainya...

Kalau ianya sekadar menjadi tempat persinggahan atau
persembunyian...maka jin itu mungkin berada pada ba-
hagian tersebut semasa bersembunyi atau melarikan
diri dari perawat...

Dan untuk masa-masa biasa...ia mungkin tak ada sebar-
ang gejala tak selesa atau sakit...maka titik terse-
but sebaiknya dipereksa juga semasa 'scan'...sekura-
ng-kurangnya untuk dibuang bisanya jika ada...

TITIK 7-Pangkal Leher...

Kesannya seperti pada TITIK 6...

7 titik di atas adalah 7 titik gangguan untuk setakat
ini...dan saya akan menambahkannya kalau ada ada titik
lain yang dirasakan penting...

Wallohu a'lam

Nota

1.Adapun gejala pitam...kerasukan penuh atau sebahagian
dan sebagainya....ia boleh terjadi dari sebab gangguan
jin ke mana-mana bahagian otak yang berkaitan...

...dan boleh jadi juga pada gangguan lumpuh separuh ba-
dan...di mana jin itu mengganggu saraf-saraf berkaitan
pada otak dan menghalangnya daripada berfungsi sebagai-
mana sepatutnya...

2.lain-lain gejala gangguan tidak bersifat penyakit fi-
zikal...tapi berbentuk gangguan fikiran...termasuk san-
gat pelupa...

Maka tiap-tiap gejala yang berpunca dari sebab angin
bisa jin...maka ia akan hilang dengan membuang angin
bisa itu (juga jinnya) dari bahagian otak...

Isnin, 20 Disember 2010

ANALISA KEPUTUSAN ' SCAN ' DADA ( 1 )...

Iaitu kalau seseorang itu merasa sebarang tindak-
balas semasa di 'scan'...maka ia menunjukkan sese-
orang itu ada gangguan jin pada bahagian dadanya.

Gangguan itu samada berkaitan dengan gangguan atau
tekanan perasaan ( atau jiwa )...
atau fizikal...iaitu sebarang penyakit dalam baha-
gian dadanya...

Dan boleh jadi juga pada kedua-duanya sekali...ia-
itu gangguan rohani dan fizikal...

Saya biasanya melekapkan tapak tangan kanan di be-
lakang 'pesakit' yang saya fikirkan kedudukannya
bertentangan dengan jantung...

Selepas selesai satu set nafas iaitu...tarik...tahan
dan lepas nafas...saya akan bertanya kepada 'pesakit'
beberapa soalan...iaitu...

1. Samada ia tiba-tiba merasa berdebar-debar...iaitu
jantungnya berdegup lebih kuat daripada biasa...

kalau ada...maka tandanya...

-Ia ada gangguan jin...

-Ada gangguan jin pada bahagian dadanya...

-Ia ada gangguan pada perasaan...iaitu tekanan pera-
saan atau tekanan jiwa dari sebab gangguan jin...

-Gangguan itu kemungkinan besarnya sudah lama...

-sangat besar kemungkinannya...ia ada gangguan jin
saka...

2. Samada ia ada merasa sesuatu bergerak dalam dadanya
seperti semut-semut...cacing-cacing...lalat-lalat...
ulat-ulat dan sebagainya...

Kalau ada...maka yang bergerak itu adalah jin...

3.Samada ia ada merasa dadanya menjadi panas keseluru-
hannya atau hanya pada bahagian-bahagian tertentu...

Kalau ada...maka semua tempat yang dirasanya menjadi
panas itu ada angin bisa jin...

4.Samada ia merasa sesak nafas...

kalau ada...maka itu menunjukkan ada angin bisa jin
dalam dadanya...

...dan kalau ada masa-masanya ia merasa berat atau
sesak nafas tanpa sebarang sebab yang dapat dikesan
Hospital...maka kemungkinan besar sesak nafas itu
adalah daripada sebab gangguan jin...

5.Samada ia tiba-tiba merasa sakit pada keseluruhan
dada atau hanya pada tempat-tempat tertentu dalam
dadanya...

-kalau ia ada sebarang kesakitan dalam dada...maka
ini menunjukkan kesakitan itu adalah dari sebab gan-
gguan jin...

...kalau sakitnya pada keseluruhan bahagian dada...
maka gangguan itu memenuhi dadanya...

...kalau hanya pada tempat-tempat tertentu...maka te-
mpat yang sakit itu ada gangguan jin...dan boleh jadi
laluan..tapi kemungkinan besarnya adalah penempatan
jin dalam dada...

6.Samada ia merasa ada angin timbul atau muncul dalam
dadanya...

-kalau ada...maka itu adalah angin bisa jin...

7.Samada Ia tiba-tiba merasa marah...takut...sedih...
gelabah...sedih dan sebagainya tanpa sebarang sebab.

-kalau marah...menunjukkan jin dalam badannya marah
pada perawat...

-kalau takut...jin dalam badannya takut pada perawat...

-kalau gelabah...jin dalam badannya gelabah...mungkin
kerana takut atau segan pada perawat...

-kalau sedih...jin dalam badannya sedih untuk berpisah
dengan badan 'tuannya'...

...ertinya jin itu mengganggap perawat berpotensi untuk
memisahkan ia daripada 'tuannya'...

Perasaan sedih itu biasanya menunjukkan bahawa jin itu
adalah jin saka...dan kemungkinan besarnya adalah jin
saka keturunan...

Kadang-kadang kesedihan yang kuat itu kalau dirawat se-
cara agresif...tapi lambat memisahkan kesedihan itu(an-
gin bisa jin) dari dada manusia dampingannya...
tak mustahil membawa kepada gila...iaitu tekanan sedih
melampau tanpa sebarang sebab yang munasabah...

8.Ada bisikan atau suara dalam dadanya...

...dan sebagainya...

Kalau seseorang itu sedang mengalami atau mengidap se-
suatu penyakit dalam dadanya...termasuk sakit jantung
atau barah...sesuatu yang tak dapat dikesan puncanya
oleh Hospital...atau sebagainya...dan merasa sebarang
tindak balas pada tempat yang sakit semasa di'scan'
dada...menunjukkan ada penglibatan gangguan jin pada-
nya..

Maka penyakit itu samada hanya perlu rawatan rohani
sahaja...atau juga memerlukan rawatan Hospital...dan
ini yang sebaik-baiknya...

Antara tindakbalas yang mungkin dirasainya semasa 'scan'
dada...

-tempat sakit menjadi panas...

-jantungnya tiba-tiba berdebar-debar...

-tempat sakit terasa ada semut-semut atau sebarang benda
bergerak...

-dada terasa berangin...

-tiba-tiba batuk-batuk...dan mungkin rasa gatal pada ten-
ggorok atau dada...

-sesak nafas...atau dada rasa berat...

-ada benda meletup...

...dan sebagainya...

Ada perkara lain yang kita boleh ketahui dari 'scan'
dada ini...Insya Allah...kalau ada rezeki...saya akan
nyatakannya perkaranya...

Wallohu a'lam

Ahad, 19 Disember 2010

'SCAN' CARA SAYA...'Scan' Mudah TD...

1.Untuk tujuan 'scan'...biasanya saya cuba mengelakkan
Rukyah terlebih dahulu...
cukup sekadar Bismillah..1x dan salawat 1x...

Atau...Istighfar 3x...Bismillah 3x...Salawat 3x...dan
syahadat 1x...

2.Kemudian menarik nafas perlahan-lahan melalui hidung
sambil berzikir...Allah..Allah 11x dalam hati...

3.Tahan nafas...dan berzikir Allah...Allah 11x dalam
hati dan niat..saya 'scan'untuk tujuan perubatan ker-
ana Allah ( iaitu untuk mencari keredhaan Allah kerana
kita berusaha membantu orang lain ).

Kemudian lekapkan tapak tangan kanan ke belakang 'pesa-
kit' jika 'scan' dada...
atau letak jari telunjuk tangan kanan ke ubun-ubun 'pes-
akit' jika 'scan' bahagian kepala...

4.Lepas nafas melelui hidung perlahan-lahan sambil ber-
zikir Allah..Allah 11x dalam hati...

5.Tanda mudah seseorang itu ada gangguan jin...jika pada
dada...'pesakit' merasa berdebar-debar..iaitu jantungnya
tiba-tiba berdengup lebih kuat...

..jika pada kepala...ia merasa ubun-ubunnya sakit...atau
rasa jarum menyucuk...atau merasa jari telunjuk itu sangat
berat...atau ada semut-semut bergerak di bahagian yang di-
sentuh jari...dan sebagainya...

6.Kalau 'pesakit' tak merasa sebarang tindakbalas...maka
untuk kali keduanya...semasa menahan nafas...

a.saya akan membaca Fatihah 1x...atau kalau rasa perlu...
3x ( Fatihah 3 senafas ) dalam hati...

b.Atau fatihah 1x dan Ayat Kursi 1x...

...dan kalau rasa perlu...walaa ya uudhuh...itu dibaca 7x
baru sambung ayat...Wahuwal Aliyyul Aziiim...

...saya pernah terbaca pada suatu buku...itulah perkataannya
antara yang paling panas dalam Ayat Kursi untuk membakar jin.

...dan petua membacanya saya dapat dari seorang ustaz ahli
Rukyah pada hujung 90 an...yang pernah mengajar di Sekolah
Agama Toh Puan Rahmah KK...beliau dah lama pencen dan balik
ke semenanjung...semoga jadi Amal jariah baginya...

c.Atau ayat Kursi 1x...dengan ayat...walaa ya uudhuhuu hif
zhuhumaa wahuwa Aliyyul aziim dibaca 7x sebelum melepaskan
nafas...

( nota : Ayat Qur'an hendaklah di baca mengikut sebutan
atau tulisan arabnya...)

7.Kalau 'pesakit' tak merasa sebarang tindakbalas...maka
samada ia tak ada gangguan...atau mungkin kaedah 'scan'
kita tak cukup untuk memecahkan perisai jin dalam badan.

8.Untuk setakat ini...95 peratus 'scan' dapat mengesan
gangguan jin pada peringkat awal lagi...

...dan ada dalam satu kes pula...perisai jin dalam badan
hanya pecah setelah 20 minit diRukyah...

Ia diRukyah apabila tak menunjukkan sebarang tindakbalas
semasa di'scan'...sedangkan banyak kudis tumbuh pada me-
rata tempat terutamanya di bahagian kakinya.

...ubat hospital atau farmasi lansung tak berkesan...dan
ada masanya ia merasa kudis-kudus itu sangat gatal terasa
banyak ' semut-semut ' merayap...

Sebenarnya tak payah ' scan ' mudah...ia dah boleh diket-
ahui kerana itu adalah tanda-tanda gangguan jin...maka
ia perlu diRukyah walaupun keputusan ' scan ' negatif.

Sebab tak ada tindakbalas awal...kerana perisai jin agak
kuat...dan didapati daripada saiz ' semut-semut ' itu...
hampir semuanya adalah jin saka ilmu...

Setelah perisai jin itu pecah...' semut-semut ' bergerak
di merata tempat pada badan serta kaki tangannya...

8.Di atas..adalah ' scan mudah ' yang biasa saya buat...
dan telah banyak kali diuji ( ia tak membahayakan ) ...
atau diguna dalam ' scan ' bagi tujuan rawatan sebenar...

Diuji maksudnya...dibuat pada budak-budak...seperti anak-
anak buah...rakan-rakan juga keluarga-keluarga terdekat.

Didapati juga..bahawa ramai orang terutamanya kanak-kanak
yang mengalami gangguan jin...sedangkan mereka nampak si-
hat tak ada sebarang masalah kesihatan...tapi ia seperti
banyak mempengaruhi sikap dan tingkah laku mereka sehari-
hari...

NOTA

1.Kalau anda bukan ahli tenaga dalam...dan kebetulan
'scan' awal tak memberi sebarang keputusan...dan sebagai-
nya...

...maka anda boleh guna kaedah-kaedah membaca Fatihah...
Ayat Kursi dan sebagainya semasa menahan nafas.

KENAPA SAYA MENGELAK RUKYAH PADA AWAL 'SCAN'.

Iaitu kenapa saya seboleh-bolehnya mengelak daripada me-
rukyah ketika hendak 'scan'...

1.Untuk mengelakkan jin daripada berpindah tempat...

Seorang budak lelaki..ada jin dalam kepalanya...tapi sele-
pas di rukyah...ubun-ubunnya disentuh oleh jari telunjuk
perawat...ia tak merasa sebarang tindakbalas...
maka perawat berkata kepadanya...engkau tak ada gangguan.

Saya bertanya pada budak tersebut...ia beritahu 'semut-
semut' dalam kepalanya itu dah lari ke kaki semasa dirukyah.

Apabila jin berpindah tempat...kita mungkin silap membuat
keputusan 'scan'...contohnya jika ia dalam dada...lari ke-
rusuk semasa di rukyah...maka kita mungkin menyangka tak ada
gangguan pada bahagian dadanya...

2.Untuk mengelakkan jin itu lari keluar...

Mungkin semasa dirukyah...sebahagian jin lari keluar kerana
tak tahan menanggung sakit atau sebagainya...
maka apabila di'scan'...jumlah jin yang dikesan kurang sedi-
kit daripada yang sepatutnya...

Maka kita mungkin menyangka bahawa gangguan itu kurang...
sedangkan ia lebih kuat atau banyak daripada yang kita sang-
kakan...

Malah kadang-kadang kalau lebih rukyah...ada penempatan-pen-
mpatan jin yang mungkin menjadi kosong...samada kerana lari
keluar atau bersembunyi di tempat lain...

Maka jumlah 'semut-semut' atau sebagainya...atau tempat-tem-
patnya dalam badan...mungkin boleh mempengaruhi keputusan
'scan'...

3.Untuk mengelakkan angin bisanya dari berkurangan...

Mungkin semasa dirukyah...sebahagian angin bisanya keluar...
maka apabila di'scan'...'pesakit' mungkin tak merasa panas
atau sakit sebagaimana sepatutnya...( jika berkenaan...tapi
sangat jarang...biasanya tak sakit...kecuali rasa menyucuk
atau sedikit sakit jika 'scan' pada bahagian kepala bergan-
tung kepada gangguan ).

Apa saja kesan seperti ringan atau beratnya tindakbalas
maka ia boleh menjadi ukuran berat atau ringannya gangguan.

...dan sebagainya...

Ia bereti...bahawa 'scan' mengejut akan memberi keputusan
yang lebih tepat pada cara 'scan' mudah TD ini...

POSISI 'PESAKIT'...

Kalau 'scan' dada...maka kedudukan 'pesakit' adalah di ha-
dapan dengan membelakangi 'perawat'...

Maka 'pesakit' itu boleh duduk bersila atau bersimpuh...at-
au sebagainya di atas lantai...atau duduk atas kerusi yang
sesuai...dan sebagainya...

Kalau 'scan' kepala...maka 'perawat' berada pada bahagian
tepi 'pesakit'...bergantung kepada keadaan dan kesesuaian
masing-masing...

...atau terpulang kepada mana-mana cara serta keadaan yang
sesuai....

MENUTUP MATA...

Sebaiknya orang yang di'scan' itu menutup mata semasa 'scan'
agar ia lebih peka kepada sebarang tindakbalas dalam diri...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Nota ( 2 )

1.Seperkara yang sangat penting...bahawa kita hanya berusaha
dan hasilnya...terpulang kepada Allah...

Yang pasti...tak akan berlaku sesuatu...kecuali dengan izin
NYA...dan tak akan terhindar sesuatu...kecuali atas izinNYA
juga...Wallohu a'lam

2.Kalau anda merukyah sebelum 'scan'...sebaiknya anda dapat
bertanya pada 'pesakit' sekiranya semasa rukyah itu...ada se
-suatu yang keluar dari ubun-ubun atau sebagainya...

...atau kalau ada sesuatu yang berpindah tempat...contohnya
dari kepala ke kaki...dan sebagainya...yang biasanya ia ber-
pa semut-semujt atau cacing-cacing...

Ini untuk mengelakkan sebarang maklumat daripada 'terlepas
pandan'...

Rabu, 15 Disember 2010

"SCAN' MUDAH TD...Persediaan..

Iaitu 'scan' mudah dengan menggunakan Tenaga Dalam
maka syaratnya...

1.Oleh kerana ia menggunakan Tenaga Dalam maka hendak-
lah anda itu seorang ahli Tenaga Dalam...

2.Aura anda hendaklah aktif..iaitu anda bukan sekadar
ahli..tapi juga mengamalkannya...

Kalau aura anda tak aktif sebagaimana sepatutnya...
ia akan mempengaruhi masa dan keperluan 'scan'...
contohnya anda mungkin perlu lebih banyak doa sebelum
'scan'...ia akan saya jelaskan kelak Insya Allah...

3.Sebaik-baiknya anda mengamalkan pendinding diri de-
gan doa atau ayat-ayat Qur'an...samada secara langsung
atau tak langsung...

4.Namun yang terbaik adalah Tenaga Dalam yang mengguna-
kan zikir dan Rukyah...

Bagi Tenaga dalam yang langsung tak menggunakan zikir
atau Rukyah...mungkin akan dapat mengatasi jin dalam
beberapa perkara...tapi Tenaga Dalam berserta zikir dan
Rukyah sangat jauh lebih berkesan dalam menangani jin...

ANDA BUKAN AHLI TENAGA DALAM...?

Apabila saya menyatakan antara syarat 'scan' mudah TD
maka hendaklah ia ahli Tenaga Dalam...
tapi ahli Rukyah (bukan tenaga dalam) juga boleh'scan'
dengan cara ini...

'SCAN' MUDAH AHLI RUKYAH...

Beberapa tahun lalu...
rombongan anak-anak buah Ustaz Haron Din datang ke-
masjid Daerah Ranau...

Berpuluh orang lelaki dan perempuan menunggu samada mi-
nta 'scan' atau rawatan...dan saya juga tak lepaskan
kesempatan ini...

Saya bukannya ragu dengan Ustaz (guru)...tapi peluang
ini mungkin hanya sekali seumur hidup...dan bukan soal
kerana menuntut atau tak menuntut...

Tapi kalau keputusan 'scan' menunjukkan saya mengguna-
kan jin tanpa sedar maka saya boleh minta rawatan dan
juga berbincang dengan Guru tentang puncanya serta ra-
watan selanjutnya...

Sebenarnya bukannya rahsia...ada ilmu-ilmu yang diajar
...tak menggunakan jin...tapi apabila dah sampai ke-
tangan anak-anak murid...
ada yang menggunakan kelebihan jin sakanya agar ilmu
yang diterima itu jadi 'lebih hebat'...samada secara
sedar atau tak sedar...

Golongan lelaki dan wanita diminta duduk dilantai
masjid dalam bentuk barisan memanjang yang diasing-
asingkan mengikut jantina...

Kemudian seorang Perawat yang masih muda membacakan
Rukyah dengan suara lantang dan jelas teratur...

Tak silap saya..susunan Rukyahnya...

1.Suroh Al Fatihah...

2.5 ayat pembuka al Baqoroh...

3.Ayat Kursi...

4.2 Ayat selepas ayat Kursi...

5.3 Ayat penutup Al Baqoroh...

6.Kumpulan Ayat-Ayat Sihir...

7.3 Qul...

(kalau silap...harapnya rakan pembaca yang tahu
dapat membetulkannya..)

Kemudian perawat muda itu menekan hujung jari te-
lunjuknya ke ubun-ubun ke seorang demi seorang.

Kalau seseorang itu mengalami gangguan jin...maka ia
akan merasai sakit atau ada jarum menyucuk bila jari
telunjuk perawat itu ditekan sedikit pada ubun-ubun.

Malah beberapa orang wanita tak payah menunggu lama...
semasa Rukyah dibaca..dah ada yang menangis atau se-
paruh kerasukan oleh jin dalam badan...

Dalam masa yang singkat..perawat muda itu mengasing-
kan antara orang yang sihat dan orang yang mengalami
gangguan...

Alhamdulillah...apabila perawat muda itu menekan jari
telunjuknya...saya tak merasa sebarang kesakitan atau
jarum menyucuk pada ubun-ubun...

Perawat itu masih muda..tapi kebolehannya mengendali-
kan 'scan' dan rawatan untuk orang ramai secara
seorang diri itu sangat mengagumkan...

Malah ada pesakit lelaki yang termangu-mangu kehair-
an...tak sampai seminit sakit badannya dah hilang
apabila ditepuk-tepuk oleh perawat muda tadi...
dengan izin Allah...

Pesakit-pesakit yang dirawat juga ada yang diminta
datang pagi esoknya untuk rawatan lanjut...

Dari sini...saya yakin...ahli Rukyah semata-mata
juga boleh 'scan' dengan kaedah yang akan saya ny-
atakan nanti...(malah mungkin dah biasa dibuat...)

PENGAMAL AYAT MANZIL

Ketika saya mengamalkan Ayat Manzil (tanpa sebarang
ijazah khusus daripada mana-mana guru atau perguruan
dan saya belum mengenali tenaga dalam)...

..saya pernah meletakkan tapak tangan ke ubun-ubun
seorang bayi...dan secara spontan bayi itu tersentak
seperti terkejut kemudiannya saya tahu ada gangguan
padanya..

Iaitu setiap tindakbalas spontan ketika itu termasuk
mata berkedip..terkejut..jari-jari bergerak...
menangis dan sebagainya menunjukkan bayi itu ada ga-
ngguan...

Pengalaman lain...apabila seorang rakan menegur...
" panas betul la kau ni.."
Ketika saya masuk kelas di sebuah sekolah komputer
tiba-tiba pekerjanya melenting..." siapa ba kamu
yang panas ni..."
...ia adalah satu tindakbalas spontan dari seorang
pekerja yang terkenal dengan mulut 'lazer'nya...

Maka bagi anda...juga boleh mencuba dengan cara
'scan' yang akan saya nyatakan kelak..Insya Allah.

Wallohu a'lam

Isnin, 13 Disember 2010

KOS RAWATAN TENAGA DALAM...?

Pihak hospital cuma menyediakan kemudahan
pengangkutan percuma...

Tapi kos 'scan' dan rawatan ditanggung se-
diri...

Rakan yang mengalami sakit seluruh tubuh...
terutamanya pada bahagian kepala itu sudah
berada di hospital sejak beberapa hari lalu.

Oleh kerana kemudahan yang belum lengkap...
maka urusan 'scannya' dibuat diklinik swa-
asta...

Untuk 'scan' bahgian kepala sahaja...kosnya
lebih kurang Rm 400.00...bahagian perut Rm
200.00...dan itu belum termasuk 'scan' bah-
agian dada...

...juga tak termasuk kos ubat-ubatannya...
serta keperluan perbelanjaan makan minumnya
yang semuanya ditanggung oleh pesakit sen-
diri.

Masa yang diambil...untuk satu perjalanan
Ranau-KK...2 jam...maka pulang balik 4
jam...dan tak termasuk masa yang diambil
untuk seluruh proses 'scan' dan rawatan.

Rakan itu dikatakan mengalami jangkitan
virus pada bahagian kepalanya...

Tapi ada kisah lain...3 hari selepas rakan
itu ditahan di hospital...saya cuba 'scan'
dengan tenaga dalam...dengan menggunakan
tapak tangan melalui bahagian ubun-ubunnya.

Ketika itu ia mengalami sakit kepala yang
agak kuat...tak dapat berbaring...
malah baru disentuh sedikit dengan hujung
jari sahaja pun...ia dah mengerang kesakitan.

Tiga minit 'scan'...rakan itu merasakan ke-
palanya berlubang besar...iaitu pada semua
bahagian yang sakit...dari ubun-ubun ke ba-
hagian tengkuk...malah ia merasakan tempur-
urung kepalanya tak ujud...

Dari lubang itu...saya dapat merasakan wap
panas keluar dan terasa pedih apabila ia
menyentuh kulit tapak tangan...

Saya menggunakan Rukyah...dan pernafasan
tarik untuk menarik angin bisa itu terus
keluar...

Untuk beberapa minit awalnya...saya ter-
paksa mengangkat tangan beberapa kali un-
tuk melegakan rasa pedas angin bisa...

Dua puluh minit pengisian dan rawatan...
saya menekan hujung jari kebahagian bel-
akang kepalanya...ternyata rakan itu tak
mengaduh sakit lagi...

Lubang itu juga tinggal sebesar duit syi-
ling 50 sen...menunjukkan laluan anginnya
masih terbuka...dan masih ada angin bisa
dalam badan serta kepalanya walaupun ia
dah jauh berkurangan...

Ia memerlukan rawatan yang berterusan...
dengan air doa dan pengisian Rukyah serta
pernafasan...

Petangnya...rakan itu dah boleh berbaring
dengan lebih selesa...

Tapi rawatan saya hentikan...apabila ibu-
bapanya memilih bomoh sebagai perawat...
dan bomoh itu mengingatkan bahawa ia tak
mahu ada sesiapa orang lain yang merawat
rakan itu selagi ia merawatnya...

Rupanya pada hari sebelum itu...sebaik sa-
ja bomohnya keluar...saya pula merawatnya.

Dan jam 1 pagi...ada sesuatu melanggar jen-
dela bilik saya...tak lama kemudian rumah
terasa bergegar seperti dilanggar benda
besar...

( Ia adalah tanda ada jin cuba masuk rumah
tapi terlanggar 'pagar'...biasanya menun-
jukkan ia tak berjaya tembus ke dalam...
maka saya maklum dengan syarat bomoh itu )

Lima hari kemudian...kepala rakan itu ma-
sih belum pulih sepenuhnya...ia masih me-
rasa pening...dan air mukanya seperti agak
kebingungan...

Ia bermimpi aneh...dan mula terkejut masa
tidurnya kerana nafas tertahan...

Ia menunjukkan ada gangguan pada bahagian
kepala dan dadanya...

Secara peribadi...saya yakin rakan itu...
( yang sebenarnya adalah keluarga terdek-
at )...ada ubatnya yang bukan pada rawat-
an hospital...dan sekiranya ia dilepaskan
kepada hospital sahaja sejak awal-awal
lagi...maka semakin banyak ubat...proses
rawatan...masa dan perbelanjaan terpaksa
dikeluarkan...

Maka bagi mana-mana penyakit...yang bukan
bidang hospital...maka risiko lain akan
timbul seperti ubat dan ujian yang tak
diperlukan...

Wallohu a'lam

NOTA

' SCAN ' MUDAH..Bukan Tenaga Dalam...

Iaitu bagaimana nak tahu seseorang itu ada angin
bisa jin ( atau mugkin ada jin dalam badannya ).

TANDA PADA MATA...

1.Matanya merah...kemerahan atau sederhana atau
sangat merah dan bercahaya...dan kadang-kadang
nampak seperti berair...

Tapi jangan sekali-kali anda cepat-cepat 'meng-
hukum' bahawa orang yang matanya merah itu ada
angin bisa dalam badannya...kerana masih banyak
sebab mata merah...seperti semulajadi...kurang
tidur...sakit mata...alahan pada cahaya atau
angin...baru digosok...baru dari menyelam...
kurang sihat...dan sebagainya...

Maka apabila anda melihatnya di mana-mana sedang-
kan anda tak ada sebarang urusan dengannya...
saya menegah keras pada anda daripada bersangka
buruk terhadap orang lain...kerana kadang-kadang
sangka buruk itu jadi dosa...

Jka anda ada urusan pula...kalau anda rasa per-
lukan 'scan'...atau rasa ada keperluan nak scan'
maka ia satu daripada perhatian awal untuk anda
terus mempertimbangkan 'scan-scan' seterusnya...

Contohnya anda ada urusan...atau mungkin melawat
keluarga..saudara mara atau rakan yang sedang
sakit...dan sebagainya...

Contohnya...dari mata si sakit...dan beberapa ka-
edah lain anda mungkin dapat sebarang tanda baha-
wa ia bukan hanya perlukan rawatan hospital semata
-mata...dan sebagainya...

2.Matanya sentiasa meliar...tanpa sebarang kepe-
rluan yang nyata...

3.Matanya sentiasa cepat mengelak daripada ber-
tentang dengan orang lain...

4.Ada cahaya aneh...atau sesuatu yang menggerun-
kan pada pandangan matanya...

5.Pandangan matanya aneh dan sangat tajam atau
dalam seolah-olah menembusi ke dalam diri anda.

6.Suka merenung tajam dari belakang kepada sese-
orang lain...tanpa sebarang sebab yang munasabah.

...tapi apabila orang yang dipandang itu melihat-
nya...cepat-cepat ia memalingkan muka ke arah
lain.

7.Orang itu mempunyai ciri-ciri pandangan kosong
iaitu satu cara memandang...ia merenung seseorang
tanpa sebab...pandangannya itu nampak kosong
tak ada sebarang niat atau tujuan...

Ia juga boleh dipanggil pandangan bingung...iaitu
ia merenung tepat ke arah anda...sedangkan air mu-
kanya kelihatan bingung atau kaku...terpaku tanpa
sebab...

Pandangan matanya tepat ke mata anda..atau ke muka
anda tapi sangat jelas pandangannya itu tak ada
sebarang niat...atau seperti sedang mencari-cari
sesuatu yang ia sendiri tak tahu pada diri anda...

8. Pandangan matanya memancarkan cahaya kemarahan
dan kebencian...sedangkan ada tak ada sebarang ur-
san dengannya...

...dan sebagainya...

TAPAK TANGAN...

Kalau seseorang itu dalam keadaan sihat...tapi apa-
bila anda bersalaman dengannya...anda merasakan
tapak tangannya panas...iaitu panasnya kita dapat
andaikan lebih panas daripada suhu badan biasa...
maka ia antara dari beberapa sebab...

1. Ada angin bisa jin pada dirinya...

2. Rakan itu ada pendinding diri bersih...tak guna
jin...maka bererti...pada diri anda ada angin bisa
jin...

Ada angin bisa jin itu bererti...hanya kemasukan
angin bisa jin...atau tak ada jin pada masa itu...
tapi ada laluan atau tapak keluar masuk...atau
persinggahan jin...atau ada jin di dalamnya.

Tapi bila pada pandangan matanya ada tanda-tanda
angin bisa jin...panas tapak tangannya itu meng-
uatkan kemungkinan tersebut...

Saya biasa gunakan cara melekapkan belakang tapak
tangan...ke tapak tangan seseorang...contohnya
bila nak 'scan' mudah bayi atau kanak-kanak...
atau orang yang minta 'scan'...

Apabila suhu badannya normal...tapak tangannya
pula panas membahang atau suam bila anda lekap-
kan kebelakang tangan anda...maka besar kemungk-
inan ia ada angin bisa jin...dan kalau anda nak
'scan' kehadiran jin dalam badannya...bolehlah
anda teruskan...

Dari awal-awal blog ini...saya mencatitkan ber-
bagai gejala atau tanda kehadiran jin...serta ga-
ngguan jin pada diri kita sendiri...juga orang
lain yang boleh kita lihat dengan mata...setakat
mana pengetahuan yang Tuhan berikan...

Ia bererti...kalau anda faham tentang gejala
atau tanda-tanda tersebut...tanpa perlu mem-
pelajari sebarang ilmu kebatinan atau ilmu
ghoib...atau tenaga dalam dan sebagainya...
anda boleh mengetahui kehadiran gangguan da-
lam diri seseorang seperti anak-anak anda...
suami atau isteri...ahli keluarga lain...
malah rakan-rakan atau mungkin kebetulan or-
ang lain yang tak pernah anda kenali...

Paling penting...anda tahu kalau seseorang
itu sebenarnya memerlukan rawatan rohani...
samada ia tampak sihat atau sedang sakit...
dan anda tahu kemungkinan yang bakal dihad-
api oleh seseorang jika ia terus terbiar
tanpa sebarang rawatan...

Sasaran paling utama jin pada seseorang man-
usia itu ialah pada bahagian kepala dan dada-
nya...maka sebaiknya anda fahamkan tentang
gejalanya yang ada pada catitan-catitan awal
blog ini...kemudian berbagai sumber dan tanda-
tanda ada pendamping...juga saka...

Kadang-kadang jin tidak merosakkan seseorang
itu dengan menyakiti jasadnya...tapi membuat
gangguan dan tipudaya pada fikiran dan pera-
saannya...

...contohnya...menjauhkan hati dari Tuhan...
membisik berbagai kejahatan...berlaku syirik
sesat malah murtad...memusuhi orang lain walau
dengan cara apa sekalipun...
...menganiaya malah mungkin mem-
bunuh orang lain atau diri sendiri...cinta
kepada maksiat dan kezaliman...berbagai keke-
liruan fikiran...tekanan jiwa...dan sebagainya.

...dan apabila ia turut merosakkan jasad...
maka segala tandanya akan lebih jelas lagi...

Wallohu a'lam

AL HIKAM...Pada Tuhan...Pada Ibubapa...

kalau engkau merasakan dirimu termasuk dalam
golongan manusia yang bersyukur kepada Tuhanmu
..maka sesungguhnya engkau termasuk dalam go-
longan manusia yang tidak tahu bersyukur...

Kalau engkau merasa telah membalas segala jasa
ibubapamu...
maka sesungguhnya...engkau adalah seorang anak
yang derhaka...

wallohu a'lam

Khamis, 9 Disember 2010

' SCAN ' MUDAH TENAGA DALAM...?

Dalam masa ada rakan-rakan seperguruan yang boleh
' scan ' jin hanya dengan melihat sahaja...
atau sebagainya...saya termangu-mangu tak tau ma-
camana nak buat...

Yang saya maksudkan adalah bagaimana nak mengguna-
kan tenaga dalam ( bercampur Rukyah ) ini untuk
mengesan kehadiran dan kedudukan jin dalam badan
seseorang...

Dalam kajian yang mengambil masa agak lama...
Alhamdulillah...saya mendapat cara yang agak mudah
di mana dengan kaedah ini saya tak perlu sama se-
kali untuk ' melihat ' jin walau dengan cara apa
sekali pun...

Dengan kaedah ini...bukan anda...tapi ' pesakit '
yang akan memberitahu anda hadir tidaknya jin dalam
badannya sendiri...serta kedudukannya..

Malah kalau jin itu cuba lari...bersembunyi...atau
berpindah tempat...maka ia boleh memberitahu anda
mengenainya...dan sebagainya...

Saya akan memberi panduan sedapat mana cara mengg-
unakannya...

Dengan mengetahui kedudukan jin dalam badan...anda
akan tahu serba sedikit gejala atau gangguan yang
ditanggung oleh seseorang itu...Insya Allah...

SAYA TAK NAMPAK JIN...

Pada dasarnya...mata saya tak dapat atau mampu
melihat jelmaan jin...tak kira samada ia berkaitan
dengan diri saya...diri orang lain...atau malah
apabila saya menghadapi serangan jin dari mana-mana
juga dan sebagainya.

Apabila saya menceritakan anda tentang sesuatu ten-
tang jin...kecuali mana-mana yang menjadi pengalaman
saya sendiri...
saya akan mengumpul maklumat dari berbagai sumber
yang saya yakin penuh akan kebenarannya...( tapi
kalau anda mampu mengkajinya...saya sangat galakkan
daripada menerima begitu sahaja terutama kalau anda
merasa ragu akan ketepatannya...)

Saya seboleh-bolehnya tak mahu menceritakan sesuatu
dalam keadaan tergantung...kecuali apabila ianya
di luar kemampuan dan pengetahuan saya sendiri...

Maka apabila saya melihat jelmaan jin...ia berpunca
dari beberapa perkara...

1. Gangguan jin yang ' agak parah ' yang sampai ke
tahap ' sakit jantung buatan '...malah setiap kali
saya berdiri selepas duduk beberapa lama...saya
mengalami keadaan pening yang kuat seperti gejala
penyakit darah rendah atau darah tinggi...

Saya tak pernah mengambil sebarang ubat hospital
atau mana-mana farmasi...kerana sejak dulu seolah-
olah jauh dalam hati kecil...saya tak yakin ia
penyakit biasa...

Dengan amalan Fatihah...5 ayat pembuka Al Baqoroh
...ayat Kursi dan 3 ayat penutup Al Baqoroh serta
4 Qul...dengan izin Allah walaupun ia tak sembuh
tapi berkesan sebagai pencegah gangguan lebih
teruk.

Apabila saya mula mengamalkan Ayat Manzil pagi
petang...hanya dalam masa kurang sebulan...saya
menyedari kedua-dua penyakit itu hilang begitu
saja...dengan Izin Allah...

Dalam masa mula beramal itu...setiap Maghrib
badan saya akan mula terasa panas membahang
hingga menjelang tidur...

Saya biasanya mengambil kain basah kemudian
menutup badan dengannya...dan duduk depan
kipas angin...

Sebaik saja kain itu kering...panas itu mula
menguasai badan semula dan tak berkurang se-
dikit pun...

Ia adalah suatu bahang panas jelas yang datang
dari dalam badan...

Maka beberapa penampakan jelmaan jin ketika itu
adalah kerana jin sengaja menampakkan dirinya...
samada ia adalah jin pengganggu..atau jin lain
yang sekadar nampak laluan dan cuba mengambil
kesempatan...atau bermusuh dengan jin pengganggu
dan sebagainya...

2. Kerana meminum air sihir...antaranya apabila
saya meminum air yang dibuat oleh seorang bomoh
yang handalan...saya dapat merasakan kehadran
satu terowong gelap ( lubang )yang pintunya di
bahagian ubun-ubun dan turun memanjang hingga
ke bahagian perut...

Di dalam terowong gelap itu ada tiupan angin
sejuk...
dan saya rasakan ia adalah laluan jin yang ter-
buka ke dalam badan dari sebab meminum air
sihir...

Apabila saya meminum Air Yasin...terowong gelap
itu hilang serta merta...

Alhamdulillah...rasanya saya belum pernah di-
masuki jin dari sebab meminum air sihir...
yang pernah terjadi adalah serangan jin...cubaan
nak masuk badan dan ' yang seronoknya ' nampak
jelmaan jin yang berupa lembaga-lembaga hitam
setinggi 3 kaki...

Iaitu dengan meminum air sihir...seseorang itu
mungkin ( mungkin sahaja...tak jamin...) akan
nampak jelmaan jin...dan ia adalah salah satu
daripada kesan keracunan air sihir...

Tapi kalau ia menyebabkan rasukan...atau jin
masuk tingggal dalam badan...kadang-kadang ia
menyebabkan seseorang itu nampak jelmaan jin
terang macam nampak orang...

Dari dulu...saya mungkin seperti segelintir
anda...nak sangat nampak jin..atau mungkin
nak berhubungan dengan jin sebagai suatu ke-
ajaiban...suka-suka... atau atas sesuatu
maksud...

...dan setelah mengalami berbagai pengalaman
saya dapat kesimpulannya...ia ada kebaikannya
dan ada keseronokannya...tapi semua itu tak
bermakna langung kalau anda bandingkan ia
dengan akibat dan kesan buruknya...

Akhirnya samada anda akan sembuh...atau hidup
dalam keadaan teraniya oleh makhluk-makhluk
halus sampai mati...

Wallohu a'lam

Rabu, 8 Disember 2010

' KHASIAT ' BISA JIN...Pada Otak Dan Mata...

Iaitu apabila bahagian otak dan mata anda di-
masuki atau dikuasai angin bisa jin...
maka antara kemungkinan yang akan anda rasai
adalah...

1. Anda mungkin dapat membayangkan sesuatu
kejadian yang sedang berlaku di tempat lain.

2. Anda mungkin dapat membayangkan sesuatu
kejadian yang telah berlaku pada sesuatu
tempat..atau pada seseorang...

...termasuk kejadian yang telah berlalu sejak
bertahun-tahun lalu...

3. Anda mungkin dapat melihat makhluk-makhluk
halus atau terbayangkan makhluk-makhluk halus
ketika anda menutup mata...

4. Anda mungkin dapat melihat makhluk-makhluk
halus yang mendampingi anda...atau orang lain
atau yang mendiami pada sesuatu tempat...

5. Anda dapat berhubung dengan makhluk-makhluk
halus...termasuk jin yang mengaku sebagai roh
orang mati...atau roh orang hidup...

6. Anda dapat mengetahui sesuatu tempat itu sa-
mada ia dihuni oleh makhluk-makhluk halus atau
tidak...

7. Anda dapat mengesan sesuatu benda itu samada
ia benda sihir atau tidak...samada tulin atau
tidak...dan sebagainya...

8. Anda dapat membayangkan tempat..atau mengesan
benda-benda yabg hilang...disembunyikan...atau
ditanam ( sihir ) dan sebagainya...

9. Anda dapat menilik orang atau barang-barang
hilang...

10. Anda dapat menilik punca sakit seseorang ter-
utama apabila sakitnya itu dari sebab gangguan
jin...

11. Anda dapat mengesan cubaan...atau serangan
jin dengan cepat...


' KHASIAT ' LAIN...

12. Anda sangat pelupa...

13. Anda selalu bingung tanpa sebab munasabah...

14. Anda selalu merasa berat kepala...seperti
menanggung benda berat...

15. Anda selalu atau sentiasa rasa mengantuk ta-
npa sebab munasabah...

16.Anda selalu merasa sakit kepala...

17. Anda sukar menumpukan perhatian pada pela-
jaran..dan mungkin sangat malas belajar dan per-
gi ke sekolah...

18. Anda mungkin selalu hilang ingatan atau kese-
daran...

19. Anda selalu pitam tanpa sebab munasabah...

20. Anda selalu kerasukan...

21. Anda sangat suka berkhayal dan melamun...

22. Anda mungkin merasa melakukan sesuatu...sedang-
kan anda hanya berdiam pada satu tempat tanpa me-
lakukan apa-apa...

23. Anda merasa pergi ke mana-mana sedangkan anda
hanya duduk diam...

24. Anda mungkin merasa pergi ke suatu tempat yang
indah...padahal anda sebenarnya pergi ke hutan...
atau sebagainya...

25. Anda mungkin merasa ditemani oleh seseorang..
atau ramai orang...sedangkan anda hanya sendirian.

26. Anda mungkin merasa mengalami sesuatu kejadian
buruk...sedangkan itu semua hanya sesuatu yang ber-
main dalam fikiran anda sendiri...

27. Anda sangat pintar...ada-ada saja idea yang men-
curah-curah datangnya semasa anda bercakap termasuk
sesuatu yang tak anda sangkakan sebelumnya...

...kerana anda merasa ada sesuatu yang terus membi-
sikkan anda berbagai idea yang tak putus-putus...


' KHASIAT ' LAIN...

28. Anda mendengar suara atau bisikan dalam kepala
anda sendiri...

29. Anda merasa gerak fikiran buruk...atau ganjil...

30. Anda selalu bermimpi aneh...

31. Anda selalu bermimpi buruk...


' KHASIAT ' LAIN...

32. Anda selalu lupa solat...

33. Ada bisikan atau hasutan dalam fikiran yang ser-
ing menyuruh menunda atau meninggalkan solat...

34. Anda rasa bingung setiap kali masuk waktu solat
tanpa sebarang sebab munasabah...

35. Anda merasa sangat mengantuk apabila berniat nak
solat...

36. Fikiran anda melayang-layang semasa solat...

37. Anda sangat mengantuk atau pening semasa solat...
dan mungkin tertidur semasa solat...

38. Anda merasa sangat letih semasa solat...

39. Anda selalu lupa rakaat solat...

40. Anda sentiasa dikuasai oleh rasa was-was sebelum
...semasa atau selepas solat...

41. Anda sentiasa memikirkan solat anda tak sah...
atau sia-sia...atau membuang masa..atau hanya meng-
undang kemurkaan Tuhan dan sebagainya...

' KHASIAT ' LAIN ....

42. Anda suka membayangkan bermacam-macam perkara yang
bukan-bukan...tentang diri anda..tentang apa yang anda
nak buat...atau mengenai orang lain...

43. Anda suka bersangka buruk terhadap orang lain...

44. Anda suka menyangka buruk terhadap takdir Tuhan...

45. Dalam fikiran anda penuh perkataan-perkataan atau
ayat-ayat yang kasar...kejian...hinaan...dan sebagai-
nya yang berpunca dari bisikan jin dalam otak...

46. Anda dapat membayangkan sesuatu yang sedang atau
telah dibuat oleh seseorang samada orang itu dekat
atau berada jauh dari anda..

47. Anda suka memikirkan apa saja perkara yang buruk.


' KHASIAT ' LAIN...

48. Mata anda merah bercahaya...

49. Pandangan mata anda sentiasa meliar tak tentu arah.

50. Anda tak tahan memandang cahaya terang...

51. Anda tak dapat menentang mata orang lain...

52. Pandangan mata anda menakutkan atau menggerunkan
orang lain...

53. Anda sering memandang ke satu-satu arah tanpa se-
barang niat...kadang-kadang secara spontan...

54. Mata anda rasa pedih tanpa sebab munasabah...

55. Anda boleh melihat tembus isi badan manusia.

56. Anda dapat melihat jin pada badan manusia...

57. Pandangan mata anda dapat memukau...membuat orang
merasa pening...pitam atau kerasukan...

58. Pandangan mata anda dapat membuat orang jatuh sakit.


LAIN-LAIN...

59. Anda sentiasa berfikir nak buat benda buruk...

60. Anda suka mengasingkan diri...

61. Anda merasa bingung semasa berada di khalayak ramai
tanpa sebab munasabah...

62. Anda sentiasa mendengar suara atau bisikan yang men-
yuruh anda melakukan sesuatu...terutamanya perkara buruk.

63. Anda sentiasa mendengar bisikan atau suara yang meng-
ajar anda berbagai ilmu...atau memberitahu anda berbagai
perkara terutamanya yang anda tak tahu...

64. Anda sukar tidur malam...tanpa sebab munasabah...

65. Secara lebih khusus untuk pelajar dalam kelas...

a. Anda selalu berkhayal...atau hanyut dalam khayalan
hingga anda tak dapat memberi perhatian kepada peng-
ajaran guru...

b. Anda tak ada minat nak belajar...rasa bosan...

c. Anda selalu mengantuk...atau mungkin tertidur dalam
kelas...

d. Anda merasa pening atau sakit kepala tanpa sebab...

e. Fikiran anda ' sibuk ' nak bermain atau nak buat
hal dalam kelas...

f. Fikiran anda berat nak berfikir...maka anda sukar
faham...

66. Anda merasa pening atau sakit kepala...atau rasa
nak pitam...atau rasa akan kerasukan...apabila anda
anda mendekati orang yang ada amalan pendinding diri
yang kuat...atau orang yang ada gangguan jin yang kuat
dalam dirinya...

67. Anda merasa bingung...pening...atau sakit kepala
...atau akan kerasukan berada di hadapan orang ramai
atau berada di khalayak ramai...

...atau berada di suatu tempat yang di huni oleh jin
yang banyak...( tempat keras ).

68. Anda pening...atau sakit kepala...atau nak pitam
apabila anda solat...

69.Anda merasa pening atau sakit kepala...tertidur...
atau rasa akan kerasukan apabila mendengar bacaan Ayat-
ayat Al Qur'an...

70. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau nak
pitam...tertidur...atau rasa akan kerasukan apabila
membaca Ayat-Ayat Qur'an terutama suroh atau ayat-ayat
yang biasa digunakan sebagai Rukyah...

71.Anda merasa pening...atau sakit kepala..atau nak
pitam...atau akan kerasukan apabila bertentang mata
dengan orang yang ada amalan pendinding diri yang
kuat...atau ada gangguan jin yang kuat...

72. Anda merasa pening atau sakit kepala apabila ter-
ingat kepada seseorang yang ada gangguan jin yang
kuat.

73. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau ra-
sa akan kerasukan apabila bercakap dengan seseorang
yang ada gangguan jin yang kuat..samada melalui tel-
efon...atau internet...atau sebagainya...

74. Anda merasa pening atau sakit kepala apabila anda
terkena cahaya matahari...atau mungkin pitam apabila
berjemur di bawah sinar cahaya matahari pada masa
yang agak lama...

75. Anda merasa pening...atau sakit kepala...atau
rasa panas kepala...atau merasa bingung...atau rasa
nak pitam apabila meminum Air doa...( terutama air
doa ayat-ayat Qur'an

...dan sebagainya...

ASAL-USUL JIN DALAM KEPALA...

1. Jin saka keturunan...

2.Jin saka ilmu sihir atau ilmu bersih yang tak
cukup kuat pembenteng jinnya...

Contohnya...banyak ilmu yang berkaitan dengan zikir-
zikir atau doa...atau ayat-ayat mudah...yang mungk-
in tujuannya untuk perubatan...pengasih...pendinding
diri dari kejahatan manusia...dan sebagainya tapi ia
bukan untuk pembenteng segelintir ' jin lasak '...

3. Jin tangkal keturunan...atau tangkal yang anda
jumpa...atau ambil di mana-mana...

4. Jin barang-barang terutamanya barang lama atau
antik...yang diisi pendamping...atau...

Kadang-kadang manusia membuang sesuatu...atau ter-
cicir sesuatu...contohnya senjata...gelang...cincin
atau sebagainya...

...dan ketika masa ia terletak...atau terperosok...
atau terkubur di mana-mana...masa itu ada jin yang
datang dan menjaganya...

Maka apabila dikutip oleh seseorang...jin itu akan
mengikutnya...

5. Jin ilmu yang tiada atau kehilangan tuan...dan
nak cari tuan atau ' rumah ' baru...

6. Jin sihir yang dikirim kepada anda...

7. Jin yang anda dapat daripada rawatan ilmu sihir.

8. Serangan dari jin sihir atau jin saka orang lain.

9. Jin yang berkeliaran di sekkitar anda di mana-
mana juga...

10. Jin yang tinggal serumah dengan anda...

11. Jin yang tinggal di sekitar rumah anda...

12. Jin yang lalu lalang melalui rumah..atau ber-
hampiran rumah anda...

13. Jin yang membalas dendam kepada anda atas ses-
uatu perkara...kerana anda mungkin menyakitinya...
menyakiti atau membunuh keluarga...rakan-rakannya
dan sebagainya...

14. Jin dari pesakit yang anda rawat...

15. Jin dari bomoh yang turut merawat pesakit
anda...

16. Jin liar yang secara kebetulan masuk ke dalam
diri anda atas sesuatu kebetulan atau peluang...

17. Jin saka orang lain yang lebih suka kepada
anda...maka ia berpindah...

18. Jin yang mendampingi anda atas dasar kawan
atau jaga dan sebagainya...

...dan sebagainya...

RISIKO ADA BISA JIN DALAM KEPALA...

1. Jin dalam badan anda akan menjadikan kepala
anda sebagai tempat diamnya...maka apa saja pen-
yakit boleh timbul padanya...( penyakit dalam
kepala...termasuk berkaitan gangguan pada baha-
gian otak...)

Ia mungkin sekadar pening...tapi boleh pula ke-
tahap menjadi kanser otak...atau koma...atau
sebagainya...

2. Kalau anda diserang jin...tak kira dari mana
asal usulnya...maka sangat besar kemungkinannya
kepala anda akan turut menjadi sasaran..atau
malah hanya kepala anda saja menjadi sasarannya.

3. Sebagai adat berdamping dengan jin...ke mana-
mana pun anda berkemungkinan besar menjadi sasa-
ran serangan jin dari mana juga...samada yang
mendampingi manusia lain...yang berkeliaran...
yang diam pada mana-mana tempat...atau jin liar
...dan sebagainya...dan kemudian...kepala anda
berkemungkinan besar menjadi sasaran serangan-
nya...

Ia mungkin sekadar menguji ilmu...dengki...benci
...' lain geng '...kebetulan atau sebagainya...

...dan sebagainya...

BENTUK-BENTUK SAKIT KEPALA KERANA GANGGUAN JIN

1. Kepala rasa seperti dihimpit...

2. Kepala seperti rasa di picit..atau ditekan
pada mana-mana bahagian...

3. Kepala rasa seperti dikorek...

4. Kepala rasa seperti dipukul benda tumpul...

5. Kepala rasa seperti ditikam atau dicucuk
benda tajam...

6. Rasa jarum menyucuk di luar kepala...

7. Rasa jarum menyucuk di dalam kepala...

8. Kepala rasa macam nak pecah...

9. Kepala rasa macam nak terbelah...atau rasa
terbelah...

10. Kepala rasa macam nak meletup...

11. Sakit berdenyut-denyut dalam kepala...

12. Otak rasa macam nak pecah...nak meletup...
dan sebagainya...

13. Kepala terasa berlubang...atau hilang tem-
purung...maka baru di sentuh sahaja pun...rasa
amat sakit...

14. Rambut terasa seperti di tarik...

...dan sebagainya...

Kepala mungkin rasa sakit keseluruhannya...
atau hanya sebelah...atau hanya pada bahagian-
bahagian tertentu sahaja...


Dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Isnin, 6 Disember 2010

DUNIA MISTERI...Migrine Atau Gangguan Jin...?

Tengahari itu...salah seorang adik perempuan
menelefon...seorang jiran ada di rumahnya
sedang menunggu...

Jirannya itu mengalami sakit kepala yang agak
teruk sejak seminggu lebih lalu...

Sudah beberapa kali ia ke Hospital dan sepatut-
nya ia dah kena tahan tapi rakan itu lebih san-
ggup berulang alik dari rumahnya daripada ting-
gal terlantar di katil Hospital...

Yang ' kurang sedapnya '...adik saya dah jan-
jikan pada jirannya itu bahawa saya boleh cuba
merawatnya...sedangkan saya sendiri belum tahu
apa-apa tentang penyakitnya...

Seluruh kepala dan badan rakan itu panas mem-
bahang...dan yang Doktor katakan padanya ada-
lah demam dan ' Migrine masak '...

Oleh kerana sudah dijanjikan...saya cuba juga
' scan ' samada sakit kepalanya itu ada kaitan
dengan gangguan jin...

Kesimpulannya...

1.Ada berpuluh ekor jin tinggal dalam kepalanya.

2.Penempatan utama makhluk-makhluk itu...pada
bahagian ubun-ubun...otak depan...tepi kepala
kanan kiri...dan belakang kepala...

Atas izin Allah...dengan Rukyah amalan Asar
dan Ayat-Ayat Sihir serta penafasan...semuanya
mudah ditarik keluar...

3.Saya hampir berpuas hati sebelum menyedari
belum ' scan ' pada bahagian belakang telinga-
nya ( bahagian dalam kepala ).

Ternyata rakan itu dapat merasakan berbelas
' anai-anai ' bergerak pada bahagian tersebut
iaitu makhluk-makhluk halus yang masih tinggal
cuba bersembunyi...

Kalau yang lainnya cuma sebesar ' semut-semut '
...menunjukkan bahawa makhluk-makhluk yang ber-
sembunyi di bahagian belakang daun telinga itu
adalah Jin Ilmu...

Apabila saya cuba menariknya...makhluk-makhluk
itu dapat mengelaknya dengan lari ke bahagian
ubun-ubun...

Ketika itu...rakan tadi merasakan ada satu lub-
ang dalam kepalanya yang memanjang dari ubun-ubun
ke bahagian dahi ( dalam dahi ).

Ia seperti satu terowong gelap dan ia samada lal-
uan atau penempatan jin...atau kedua-duanya seka-
li.

Apabila saya cuba menariknya...' anai-anai ' itu
berjaya mengelakkan diri dengan lari ke bahagian
dalam dahi melalui terowong gelap itu...

Kali ini saya tak cuba menariknya lagi...tapi men-
ggunakan kaedah tangkap letup...

Rakan itu merasakan satu letupan kecil pada bahag-
ian dalam dahinya...dan rakan itu tak terasa seba-
rang pergerakan lagi.

Meletup itu seperti kata ustaz...samada jin itu
cedera...cedara parah dan mungkin akan pulih sem-
ula...atau terbunuh...maka saya tak menganggapnya
sudah selesai...

Cuma yang pasti...sakit kepala serta demamnya dah
agak kurang berbanding sebelum rawatan tadi...

Saya membekalkan air doa...tapi menggalakkan rakan
itu terus juga menghabiskan ubat sebagaimana yang
Doktor syorkan...

Jam 10 pagi esoknya...adik perempuan itu menelefon
..jiran itu ditahan di wad kecemasan...

...tengahari itu saya datang menziarahinya...

Rakan itu sedang terlantar kesakitan...kedua-dua
tangannya memegang kepala dengan muka berkerut me-
nahan kesakitan...ia merasa bahagian ubun-ubun ke-
palanya sangat sakit seperti diketuk-ketuk dengan
tukul...

Beberapa orang petugas duduk di kaunter...dan be-
berapa orang lain sibuk memeriksa pesakit lain...

Sebenarnya bukan mereka tak pedulikannya...Doktor
dah memeriksa tadi dan darahnya telah diambil untuk
pemeriksaan lanjut...

Pil ubat telah diberi...tapi langsung tak berkesan.

Oleh kerana 'di tengah ' khalayak '...saya cuma mel-
etakkan tapak tangan atas kepalanya dan menggunakan
pernafasan untuk menarik angin bisanya keluar...

Dua puluh minit kemudian...rakan itu mula merasa
lega...rasa diketuk-ketuk tukul dah hilang...

Petang kelmarin ia dah merasa agak sihat...tapi
malamnya ia bermimpi diserang tiga ekor beruk...
kemudian ia nampak kelibat muka seorang lelaki
yang tak pernah dikenalinya...

Lelaki itu meniupnya...dan serta merta kepalanya
sakit semula hingga ia terjaga...

Paginya ia dihantar ke hospital..dan ditahan di-
wad kecemasan...

Dari hospital saya terus ke rumah rakan tadi...
dan mengambil serta membuang tiga biji botol ber-
isi air sihir dari tiga penjuru rumahnya...

Sepatutnya empat biji...tapi yang satu itu dah
lama pecah...

Saya tak tahu samada tiga biji botol itu ada kai-
tan dengan tiga ekor beruk dalam mimpinya...tapi
saya pasti botol itu tak ' kosong '...

Petang itu...ia dah dibenarkan pulang...

Esok petangnya...rakan itu minta ' scan ' kepala-
nya...masih ada ' makhluk ' yang menceroboh semula
tapi tak sebanyak sebelumnya...cuma yang terasa
seperti anai-anai itu dah tak ada lagi...

Satu lagi masalah rakan itu...sudah beberapa la-
ma ia merasa sakit pada belakang pinggang kanan-
nya...dan bila saja sakitnya timbul...seluruh
tubuhnya akan menjadi panas...

Bila saya letak hujung jari pada bahagian ping-
gangnya...rakan itu memberitahu ada satu benda
seperti semut di dalamnya yang ' berlari-lari '
ke tengah dan ke tepi...

Kalau begitu ia bukan sakit biasa...

Bila saya menariknya keluar...benda bergerak
itu hilang...

Hampir dua minggu berlalu...baru tadi saya ter-
jumpa rakan itu di hospital...ia bertugas di-
sana...

sakit kepalanya dah sembuh...dan ia masih minum
air doa yang saya bekalkan dulu...

Ketika saya merasa tapak tangannya panas...
ia adalah tanda...masih ada angin bisa dalam
badannya...

...tapi saya tak dapat mencadangkan padanya
sebarang amalan atau doa...kerana rakan itu
bukan Muslim...

Empat hari kemudian...ketika menziarahi ra-
kan yang sakit di hospital...saya berjumpa
dengannya...wajahnya cukup ceria...tapak
tangannya dah normal..tak seperti sebelum-
nya ia terasa panas...

Ia memberitahu air doa itu belum habis...
dan meminumnya setutup botol serta disapu
ke muka dan kepala setiap hari pagi dan
petang...

Walaupun ia bukannya Islam...tapi ternyata
ia yakin dengan perubatan menggunakan doa
dan ayat Qur'an...

Apa-apa pun...hakikat kesembuhan itu dari
Allah semata-mata...

Wallohu a'lam

Nota

1.Ada satu perkara yang menarik...rakan itu
mula sakit kepala apabila ia memakan mee
goreng kantin hospital...

..dan kebetulan ia masih berhutang di situ
maka rakan itu mensyaki ia telah di beri ma-
kan sihir oleh tuan punya kantin kerana marah
hutangnya yang lambat dibayar...

Tapi kesimpulan scan menunjukkan sihir itu
tak ada kaitan dengan makanan atau tuan
kantin...sebaliknya dikirim melalui angin.

Ia adalah satu daripada cara syaitan yang pa-
ling popular...' menyelam sambil minum air '
iaitu menyakiti sambil menimbulkan fitnah...

Ahad, 5 Disember 2010

DUNIA MISTER..Jin Penjaga...

Ketika jin jantan itu melalui rasukannya pada
seseorang mengisytiharkan bahawa ia menjadi
pelindung...
jin itu mengenakan peraturan bahawa saya di-
larang pergi ke rumah lama keluarga kami...

Sebabnya...rumah itu banyak jin (jin yang
'seekor'ini tak mengaku sebagai jin...
tapi sebagai roh orang mati)...

Peraturannya itu tak saya endahkan...malah
saya tak mengakui bahawa makhluk halus itu
adalah pelindung saya...

Suatu petang apabila saya pulang dari rumah
lama itu...saya menghadapi serangan jin...

Pelik...sejak dulu saya tak pernah merasa
jenis serangan tusukan-tusukan jarum yang
menyasarkan ke bahagian kepala...

Apabila saya kaji...saya dapati serangan itu
adalah daripada jin 'pelindung' itu sendiri.

Kalau saya keliru...tak faham...maka saya
akan meminta rawatan pada jin 'pelindung' itu
dan ia akan menambahkan lagi 'perisanya' (ke-
sakitannya)...
agar menjadi pengajaran kepada saya...
bahawa pantang larang jin 'pelindung' itu tak
boleh dibantah...atau saya akan menerima padah-
nya...

Nampaknya jin itu sangat-sangat tak berpuas ha-
ti...

Suatu ketika apabila adik saya merawat seorang
lelaki dari Tambunan...dan kami tak pernah ber-
jumpa...

Jin dalam badan lelaki itu memberitahu...bahawa
sebelum itu ia dah beberapa kali datang ke Ranau
kerana di panggil oleh ketuanya untuk menyerang
saya (jin itu kenal saya...padahal lelaki yang
dirasuknya tak pernah mengenal saya).

Perkara lain yang jin itu sebutkan adalah nama
orang yang di dampingi oleh ketua mereka...
dan kampungnya...

Wallou a'lam

Nota

1.Kalaulah jin dari Tambunan itu tak menyebut-
kan perkara-perkara berkaitan pun...kami semua
dah maklum tentang serangan dan kedudukan jin
'penjaga' itu....

Asalnya dari negara jiran seberang laut...dan
jin itu telah datang sejak tahun 50 an lagi.

Ia mengembangkan 'orang-orangnya' ke merata
tempat melalui iimu dan perubatan...

2.Untuk sebahagian besarnya...jin yang ter
desak biasanya akan bercakap bohong..terut-
amanya untuk menyebarkan fitnah dan permusu-
han antara manusia...maka jangan sekali-kali
anda terlalu mudah percayakannya...

Khamis, 2 Disember 2010

JIN PENDAMPING...PERLUKAH ?

PANDANGAN GURU...

Saya pernah bertanya pada Ustaz ( guru )...baik buruknya
berdamping dengan jin...

Ustaz menjawab...seandainya ia nak gunakan jin...dah lama
ia melakukannya...kerana sudah banyak jin yang datang me-
nawarkan diri jadi pendamping...

Pengalamannya selama berbelas tahun...menyimpulkan...ba-
hawa berdamping dengan jin itu pada mulanya saja baik...
tapi akan sampai masanya anda akan jadi 'makanan' kepada
jin pendamping anda sendiri...

PANDANGAN SEORANG RAKAN...

Sejak kecil ia didampingi tiga Jin Islam Ilmu...dan pada
umurnya belasan tahun...baru ia tahu mengenainya...
( macam biasa...kita tak tahu benarkah ia Jin Islam )

Masuk umur dua puluh'an ia berguru demi guru...dan berusa-
ha menyingkirkan jin pendampingnya itu...

Ia mengambil masa beberapa beberapa tahun...itu pun ia se-
mpat mengalami berbagai pengalaman di serang jin semata-
mata kerana ada pendamping...

Seingat saya paling teruk apabila beberapa kali rakan itu
diusung ke Hospital di tengah malam kerana serangan sakit
jantung mengejut yang sebenarnya adalah serangan jin...

Mujur dengan izin Allah...dalam ubat sakit jantung itu
ada bahannya yang menjadi pantang kepada jin-jin tersebut
menyebabkan 'mereka' terpaksa lari keluar...

Dan kini...rakan itu ada pendekatan yang agak ekstrem...
kalau ada jin datang menawarkan diri jadi sahabat atau
pendamping...tapa usul pereksa lagi...rakan itu akan meng-
usirnya...

"...saya tidak mau...pergi...kau tu syaitan ! "

"...saya bukan syaitan..saya Jin Islam..."

"...aaah...kau syaitan...pergi...pergi!!!"

Kalau jin itu tak berganjak...tanpa bertangguh rakan itu
menghayun penampar sekuat hati menyebabkan jin itu ter-
pelanting...( bukan penampar Jepun...tapi penampar ori...
made in Malaysia...)

'Sekor' jin yang tak puas hati menyapu pipinya sambil mer-
ungut..."...garang betul..." kemudian ia menghilang...

Saya bertanya pada rakan itu tentang jin yang mendampingi
manusia...ia memberitahu...tak akan ada jin yang berbuat
sedemikian...kecuali pasti ada niatnya yang tak kita keta-
hui...

Jin Islam sebenarnya tak akan mendampingi manusia...kerana
akan melibatkan bahaya pada akidah manusia tersebut...

JIN PAKISTANI...

Ketika saya dan beberapa orang rakan sedang berbual tentang
gangguan jin...seorang rakan lain berbangsa Pakistan senyum
sinis..." sini orang sibuk pasal kena kacau jin...kalau
pakcik saya di Pakistan...jin dia suruh jadi tukang angkat
kayu api dia saja...".

Beberapa bulan kemudian rakan dari Pakistan itu memberitahu...
pakciknya itu dah jadi gila...

...Yalah...kalau dah jin tu...'sebijik' macam jin jugalah
perangainya...

Wallohu a'lam