Isnin, 31 Januari 2011

'SCAN' MUDAH TD...'Scan' Kepala...Laluan Masuk Jin...

Iaitu cara mengesan laluan masuk jin ke dalam
kepala dengan cara 'scan' kepala...

Secara umum...laluan utama masuk jin ke dalam
kepala biasanya adalah melalui ubun-ubun...

Bagi seseorang yang agak berat gangguannya...
laluan itu mungkin dapat di ketahui walaupun
tanpa 'scan'...kerana ia ada beberapa gejala
dan antaranya...

1.Anda selalu...atau kadang-kadang merasa ada
semut-semut bergerak di atas atau di dalam ub-
un-ubun...

2.Ada benda bergegar dalam ubun-ubun...

3.Ubun-ubun terasa sakit...samada sakitnya itu
hanya pada ubun-ubun...atau turut terasa pada
pada sekitar bahagian kepala...

Dalam kes ini...bukan hanya laluan...tapi sang-
at besar kemungkinannya bahagian kepala telah
menjadi penempatan jin...

4.Ada angin dalam ubun-ubun...

5.Ubun-ubun terasa sejuk...

6.Ubun-ubun terasa berat...

7.Ada rasa menyucuk dalam ubun-ubun...

8.Pada setengah kes...anda selalu atau kadang-
kadang merasa kepala anda mengembang...

...dan sebagainya...

Kadang-kadang seseorang itu mengalami gangguan
melalui kemasukan jin pada laluan ubun-ubunnya
menyebabkan rambut gugur dengan banyak...

Kadang-kadang pula...ia menyebabkan kulit kepala
menjadi kotor...seperti banyak kelemumur...atau
mugkin menimbulkan kudis-kudis atau 'jerawat-je-
rawat' kecil bernanah...

Apabila anda sentiasa merasa sakit kepala...atau
rasa tak 'sihat' pada bahagian kepala dan hospi-
tal mengesahkan anda tak ada sebarang masalah...
maka sebaiknya anda minta 'scan' atau kalau per-
lu...terus minta rawatan bagi gangguan jin...

LALUAN-LALUAN LAIN...

1.MATA...

Kadang-kadang jin masuk ke dalam kepala melalui
mata...maka anda mungkin merasa gejala gatal-gatal
pada mata...atau rasa seperti ada habuk...atau
semut-semut bergerak di dalam atau luar bebola
mata.

Kadang-kadang ia menimbulkan kesan sangat gatal..
tapi pasti pemeriksaan hospital akan mendapatinya
tak ada sebarang masalah...

Kalau jin masuk ke dalam bebola mata...maka anda
mungkin akan nampak jin...dan menjadikan mata
anda sentiasa merah bercahaya juga mengalami ge-
jala lain...bergantung kepada kuat lemahnya gang-
guan...

Dari mata...anda juga mungkin dapat merasakan
semut-semut atau 'pasir-pasir' itu bergerak masuk
ke dalam kepala...

Kadang-kadang jin masuk melalui mata melalui aura
maka tandanya sakit mata...pening dan hilang kese-
daran...

2.TANGAN...

Jin juga boleh masuk ke dalam kepala melalui laluan
pada tangan...

3.KAKI...

Jin juga boleh masuk melalui kaki...hingga ke kep-
ala...

4.TELINGA...

Kalau jin masuk melalui telinga...biasanya jin itu
akan menempati mana-mana bahagian dalam saluran tel-
inga...

...dan sebagainya...

Boleh jadi juga dalam satu masa...jin itu masuk me-
lalui lebih daripada satu laluan ke kepala...
contohnya dari ubun-ubun dan kaki sekaligus...

5.HIDUNG...

Ia boleh jadi laluan terutamanya kalau jin itu masuk
melalui angin...ke kepala atau mana-mana bahagian
juga.

...dan sebagainya...

'SCAN' MUDAH...

Caranya...letak hujung jari telunjuk ke ubun-ubun
dan buat satu...dua atau tiga set pernafasan seperti
biasa...bergantung kepada keperluan dan keadaan...

1.UBUN-UBUN...

Kalau 'pesakit' merasa sebarang tindakbalas pada ba-
hagian ubun-ubun seperti tanda-tanda laluan jin yang
telah disebutkan di atas...maka ia adalah tanda...
ubun-ubun menjadi laluan masuk jin ke dalam kepala...

'Scan' itu perlu untuk 'mengesahkan' samada ubun-ubun
itu benar-benar menjadi laluan jin...atau sakit biasa
...atau mengesan laluan jin jika seseorang itu tak me-
rasa sebarang tanda laluan jin pada ubun-ubunnya...

2.MATA..

Kalau 'pesakit' merasa sebarang tindakbalas pada mata
semasa di 'scan'...maka menunjukkan ia mungkin menja-
di laluan jin...terutama kalau ia merasa 'semut-semut'
lari melaluinya...

3.KAKI DAN TANGAN...

Kalau 'pesakit' merasa sebarang tindak balas pada ma-
na-mana bahagian tangan atau kaki semasa di'scan'...te-
rutama pada bahagian tapak atau jari-jari...maka menun-
jukkan ada laluan jin padanya yang terus naik ke bahag-
ian kepala...dan antaranya...

1.Rasa semut-semut bergerak...

2.Ada benda bergegar...

3.Rasa seperti ada aliran letrik...

4.Rasa berat...

5.Tapak tangan menjadi panas...atau sejuk...

6.Berpeluh...samada pada bahagian tapak atau hingga ke-
bahagian jari...

7.Sakit...

8.Berdenyut...

...dan sebagainya...maka ia adalah tanda ada laluan jin
masuk hingga ke kepala...

Kalau sebarang tindakbalas itu terasa pada bahagian jari-
jari...samada keseluruhannya atau mana-mana jari...maka
secara khususnya...jari itu adalah laluan masuk jin...

JIN LARI...

Kadang-kadang semasa 'scan' kepala...ada benda seperti
semut-semut...cacing-cacing...angin...dan sebagainya ter-
rasa 'lari' ke bahagian kaki atau mungkin tangan...maka
ia menunjukkan ada laluan jin pada anggota tersebut...

...dan sebagainya...

Wallohu a'lam

Sabtu, 29 Januari 2011

...Hujung Perjalanan...

Ketika saya sedang duduk santai dipejabat
...seorang rakan dari Telupid masuk ke-
dalam keretanya...Isuzu Invader d/c...
yang diletakkannya betul-betul di hadapan
pejabat.

Saya sempat menegurnya...dan rakan itu me-
balas...melemparkan senyum sambil mengan-
gkat tangannya...

Saya tak menyangka ia adalah sebuah pert-
emuan akhir daripada persahabatan sejak
sekolah rendah...

Saya tak terfikir...ia adalah kali ter-
akhir saya melihatnya...

Pagi tiga hari kemudian...ketika saya
sedang menulis draf catitan..Perjalanan
Maut...jam 10.pagi...
saya mendapat berita...rakan itu baru
sahaja mati dalam kemalangan jalanraya
jam 7.30 pagi tadi...

Sejak seminggu rakan itu dikebumikan...
saya masih terasa sebaknya...

Dari cerita isterinya...rakan itu ban-
gun di awal pagi...jam 5.30 ia lebih
ceria daripada biasa...bergurau...ber-
main dengan anak-anak...sambil bergam-
bar...

Siapa pun tak akan menyangka...itu ada-
lah pertemuan akhirnya bersama anak-
anak dan isteri...sebelum ia sampai
ke jadualnya...bertemu Malaikat Maut...

7.30 pagi kemudiannya...ia terlibat da-
lam kemalangan maut semasa dalam perja-
lanan bertugas ke Beluran untuk mengha-
diri mesyuarat...

Kemalangan dalam cuaca berkabus...ker-
eta Invader yang dipandunya melanggar
sebuah Hilux yang sarat dengan besi pe-
ralatan mesin apabila Hilux itu membe-
lok masuk kesimpang kanan tanpa dapat
mengesan sebuah kereta datang dari ha-
dapan dalam keadaan memecut...sehingga-
lah segala-galanya sudah terlambat...

Tiga hari sebelum kemalangan itu...ia
datang ke pejabat bahagian...dan bebe-
rapa orang rakan mengesan ada sesuatu
yang tak kena padanya...

Rakan itu yang biasanya sangat ceria
dan peramah...banyak berdiam diri...
dan apabila ada rakan yang menegutnya
ia memberitahu merasa kurang sihat...

Saya berpendapat bahawa rakan itu su-
dah merasakan dalam hati kecilnya...
bahawa ini adalah kali terakhir ia
datang ke sini...dan ia adalah salah
satu daripada tanda akan mati...

Saya masih ingat...
ketika saya menemani nenek ke kebun
pisangnya...nenek berkata kepada sa-
ya...itu adalah kali terakhir ia da-
tang ke kebun...dan seminggu kemudi-
an...nenek meninggal dunia kerana
sakit mengejut...


Di saat ini...Saya...dan anda...masih
berada di alam sementara ini..
tapi 100 tahun dari sekarang...kita
tak tahu...samada kita sedang berada
di taman Syurga...atau di lubang Ner-
aka di Alam Barzakh sana...

Yang pasti...kita akan menemui send-
iri akan jawapannya...

Wallohu a'lam

Selasa, 25 Januari 2011

MANZIL...Dan ' Hantu Penanggal ' ?

Sehingga jam 2 pagi....ibu yang sedang sarat
mengandung itu tak dapat melelapkan mata...

Ia terus merasa resah gelisah...seperti ada
sesuatu yang tak kena...tapi ibu itu sendiri
tak tahu sebab atau puncanya...

Ketika akhirnya ia terlelap...ia bermimipi
seorang perempuan yang tak pernah dikenali-
nya masuk ke dalam bilik...

Paginya...seorang wanita jiran sebelah mem-
beritahu...hampir sepanjang malam tadi...ia
melihat ada satu lembaga seperti kepala ma-
nusia dengan tali perut yang berjurai...
melayang-layang di luar jendela bilik ibu
tadi...

Malah wajah makhluk aneh itu sangat jelas...
kerana pada dinding luar di atas jendela itu
...lampu dipasang sehingga pagi...

Ketika ibu itu minta dibuatkan air doa...
saya memberinya Air Manzil...untuk diminum
dan direnjis di empat penjuru bilik...

Dengan izin Tuhan...sehingga ia bersalin
...makhluk aneh itu tak pernah muncul lagi.

Selama saya mengamalkan ayat Manzil dengan
hanya sekadar membacanya dari buku...tanpa
sebarang ijazah...saya dapati ia sangat
ampuh sebagai amalan pertahanan dari sihir
dan malah ia memberi kesan kepada sesiapa
saja orang lain yang sedang mengalami gang-
guan atau berdamping dengan jin...bergant-
ung kepada kuat atau ringannya gangguan itu.

Bagi anda yang sedang mengalami masalah be-
rkaitan gangguan...jika tanpa sebarang ija-
zah...maka sebaiknya anda amal membacanya
sambil dibaca pada air untuk diguna minum
...renjis empat penjuru bilik dan guna ma-
ndi.

Penting sekali...berusaha sambil menyerah-
kan segala urusan dan keputusannya itu ke-
pada Allah...dan jangan sekali-kali tersi-
lap niat...bergantung harap kepada amalan.

Wallohu a'lam

Ahad, 23 Januari 2011

...Perjalanan Maut...

Engkau...
keretamu terjun ke dalam gaung...cermin depan
kereta pecah seribu...menikam di merata mukamu...
beratus serpihan terbenam dalam matamu...mukamu
hancur...tulangmu patah berantakan...darah meng-
alir dari segenap lukamu...
dan ia sesuatu yang tak pernah engkau fikirkan
...engkau bermandikan darahmu sendiri...

..dan engkau pula...
dibawah terik matahari...engkau dengan motosikalmu...
terpelanting ke tengah jalanraya...topi keledarmu
terlepas...kepalamu terbelah...bagaikan tempurung
kelapa tua dibelah kapak...
otakmu bersepah di atas jalan...tulang belakangmu
patah tiga...sebuah lori tergilis tubuhmu...putus
dua...tali perutmu terburai merata...

...dan engkau...
keretamu melanggar belakang kontena lori...
cermin dan depan keretamu hancur...lehermu hampir
putus...biji matamu terkeluar...tubuhmu terperosok
seumpama kain buruk...mayatmu...menyeringai ngeri...

...engkau lagi...
kerana selaju angin...tayar keretamu tergelincir...
dari kiri...haluanmu beralih ke kanan...
dan...sebuah kereta yang datang dari depan...juga
meluncur laju...menuju ke arahmu...mata engkau ter-
beliak...
terbeliak saja-saja...kerana tak ada gunanya...
kalau engkau nak menjerit ketakutan sekuat-kuatnya
...silakan...
sebentar lagi...jeritanmu akan tenggelam...dalam
dentuman dahsyat...besi dengan besi berlanggar...
berserta bunyi tulang rusukmu...tulang-tulang dada-
mu yang patah remuk...yang menikam dan menghancur-
kan jantungmu...paru-parumu...limpa dan perutmu...
dan engkau terbunuh dengan mata terbeliak...
...juga terbeliak saja-saja ...kerana tak ada gu-
nanya...

...kemudian engkau yang seorang lagi...
dengan anak bini engkau bawa sekali...
keretamu terbabas melanggar hujung besi penghadang
jalan...engkau terpelanting keluar kereta...
tubuh isterimu...anak-anakmu...berkecai...diradak
besi tumpul...yang menjadi setajam pisau...
cebisan-cebisan daging...tulang-tulang berkecai...
keretamu sepeti dilanda sungai darah...
yang mana cebisan daging isterimu...yang mana
cebisan daging anak-anakmu...tak ada orang yang
dapat membezakannya...
seandainya engkau diberi pilihan...samada engkau
ingin terus hidup dan menanggung derita penyesalan
...atau engkau ingin turut sama terbunuh...mana satu
pilihanmu...?
...yang pasti...Tuhan pasti akan mempertanggung-
jawabkan engkau ke atas segala-galanya ini...

Mereka itu...dulu...mungkin seperti engkau...
engkau melihat kemalangan..atau melihat gambar
kemalangan...hati engkau berbisik...saya tak akan
jadi seperti mereka...

Sehinggalah engkau.................ketika nafasmu
tinggal satu-satu...terlintas pada hati kecilmu...
alangkah baiknya...kalau aku dapat mengundurkan
waktu...namun seketika...pandanganmu menjadi gelap
...nafasmu terhenti...

Selagi engkau masih dapat membuat pilihan...
kehebatan kenderaanmu...dan keterburuanmu dalam
sesuatu urusan...janganlah engkau jadikan alasan...
untuk engkau memulakan...satu Perjalanan Maut!

Wallohu a'lam

Rabu, 19 Januari 2011

S'S'...Penyakit Aneh...?

...iaitu Siri 'scan'...penyakit aneh...?

Saya diberitahu...pakcik tu badannya bertambah
lemah...dan alat sulitnya sakit serta membeng-
kak...

Sudah ke hospital besar KK...dan untuk semen-
tara pakcik itu diberitahu...bahagian paru-paru-
nya mungkin ada masalah...tapi punca alat sulit-
nya sakit dan membengkak belum diketahui...

Apabila di'scan'...saya dapati bukan sahaja
bahagian ubun-ubun...dan tangan kanan...

...malah setiap jari kaki kanan...dan jari-jari
kaki kiri pakcik itu menjadi laluan masuk jin ke
merata tempat dalam kepala dan badannya...

Bermula dari ubun-ubun...

- bahagian belakang kepala...

- belakang daun telinga kanan...

- dada yang menyebabkan gangguan pada bahagian
jantung dan paru-paru...

- rusuk kanan...

- belakang...

- atas bahu kanan...

- pinggang kanan...

- perut kanan...

- pangkal paha kiri...

- alat sulitnya...

...semuanya menjadi penempatan jin...iaitu dalam
jangka masa panjang...tanpa pertolongan Tuhan...
selain daripada kesakitan yang pakcik itu rasakan
sekarang...sangat besar kemungkinannya semua pen-
empatan jin itu bakal dihinggapi penyakit misteri.

Saya pernah membaca laporan hospital salah seor-
ang jiran yang gigih belajar ilmu batin...kemudi-
an tiba-tiba badannya menjadi kurus dan lemah...

Dalam laporan itu menyebutkan...antaranya...sakit
jantung...masalah paru-paru...masalah tekanan da-
rah...masalah buah pinggang...dan dihujungnya ber-
tulis...dan yang tak diketahui...

Akhirnya jiran itu meninggal dunia...

Apabila saya tanyakan...pakcik itu mengaku pernah
belajar beberapa ilmu kebatinan...seperti ilmu
gagah...dan memasang susuk tapi dah dibuang...
serta beberapa ilmu batin lain yang 'baik-baik'...

Apabila pakcik itu bertanya punca sakitnya...saya
berterus terang...ia lebih kepada ilmu makan tuan.

...kerana ilmu yang dipelajari oleh pakcik itu me-
nggunakan jin (pakcik itu bukan Islam) dan tak ada
jin ilmu yang baik kerana makhluk-makhluk itu...
kalau tak cepat pun...lambat laun pasti jin itu
akan 'makan' juga badan tuannya...

Sebahagian jin masuk melalui ibujari kaki kirinya
...dan terus masuk dan tinggal dalam alat sulit...
menyebabkannya sakit dan membengkak...

Oleh kerana sekadar jadi 'perawat terjun' dan tak per-
nah berjumpa penyakit sebegini...segan pula saya nak
tanya lebih lanjut...
tapi saya melihat tanda-tanda pakcik itu ada megamal-
kan 'ilmu kuat' berkaitan wanita...

...kerana itu alat sulitnya menjadi sasaran penempatan
jin...saya juga ternampak ada tato gambar wanita pada
pakcik itu...

Apabila pakcik itu meminum air doa...ia merasa sejuk
pada bahagian tengah dan kanan dadanya...iaitu satu-
satunya bahagian yang dapat dikesan oleh hospital
sebagai ada sedikit masalah...menunjukkan angin bisa
jin itu memberi sedikit kesan seolah-olah gejala pe-
nyakit biasa...sedangkan ia adalah gangguan jin...

wallohu a'lam

Jumaat, 7 Januari 2011

AL HIKAM...Alam Kubur...

Alam Kubur dengan kesempitan dan kegelapannya
lebih hebat dari segala bencana yang ada di-
atas muka bumi ini...

Munkar dan Nakir lebih dahsyat daripada se-
gala makhluk yang engkau temui di atas muka
bumi ini...

Alam Kubur dan kengeriannya...tak dapat di-
bandingkan dengan segala azab seksa di atas
muka bumi ini...

Kematian itu sangat dekat denganmu...umpama
dekatnya tapak kaki dengan tanah yang bakal
menjadi perkuburan jasadmu...tapi...anehnya
...kematian itu menjadi perkara yang paling
mudah di lupakan...

Wallohu a'lam

Rabu, 5 Januari 2011

Jangan Mati Kebulur...

Bayangkan engkau sengaja berbaring pada satu
tempat di khalayak ramai...

Engkau merasa sangat lapar...dan ada makanan
di sisimu...tapi...engkau terus berdiam diri
menunggu agar ada seseorang berhenti dan me-
yuapkanmu...dengan keyakinan bahawa...kalau
Tuhan mengkhendaki...pasti akan ada orang
yang akan menyuapkanmu...tanpa engkau perlu
berusaha dan bersusah payah...

Ditakdirkan...tak ada orang mahu menyuapkanmu
makanan...sehingga engkau kebulur...maka ja-
nganlah engkau menyalahkan Tuhan kerananya...

Apabila Tuhan mengurniakan engkau akal fiki-
ran...dan kelengkapan tubuh badan...maka itu
bererti...Tuhan mahu engkau mempergunakannya.

Kalau engkau sengaja tak mahu mempergunakan-
nya...maka engkau menpersia-siakan kurniaan
Tuhanmu...dan engkau mempersia-siakan diri
engkau sendiri...

Wallohu a'lam

Selasa, 4 Januari 2011

AL HIKAM...Makhluk Tak Memberi Bekas...

Ujudnya setiap sesuatu di alam ini...pada ketika
ini...kerana Tuhan mengujudkannya di saat ini...

Bergeraknya setiap sesuatu di alam ini...pada ke-
tika ini...kerana Tuhan menggerakkannya di saat
ini...

Diamnya setiap sesuatu di alam ini...pada ketika
ini...kerana tuhan mendiamkannya di saat ini...

Hidupnya setiap sesuatu di alam ini...pada keti-
ka ini...kerana Tuhan menghidupkannya pada saat
ini...

Matinya setiap sesuatu di alam ini...pada ketika
ini...kerana Tuhan mematikannya di saat ini...

Terangnya setiap sesuatu di saat ini...kerana
Tuhan menjadikannya terang di saat ini...

Gelapnya setiap sesuatu di saat ini...kerana
Tuhan menjadikannya gelap di saat ini...

Apabila Tuhan menjadikan sesuatu itu ada...maka
ia ada...dan apabila Tuhan mengkhendaki sesuatu
itu tiada...maka tiadalah ia...

API itu tak ada kepanasannya...dan api itu tak
berkuasa membakar sesuatu...

Kepanasan dan kebakaran itu kekuasaan Tuhan...
dan bukan dari api...

AIR itu tak sejuk...dan air itu tak berkuasa me-
nyejuk...membasahkan atau melemaskan sesuatu...

Kesejukan...basah dan lemas itu kekuasaan Tuhan
...dan bukan dari air...

PISAU itu tak melukakan...dan tak berkuasa mem-
beri bekas kepada sesama makhluk...sebaliknya...
luka itu adalah kekuasaan Tuhan...bukan dari pi-
sau...

PELURU itu tak berkuasa memberi rasa sentuhan ke-
pada sesama makhluk...maka apalagi nak menembusi
sesuatu walau sekadar helaian kertas...

Rasa sentuhan itu kekuasaan Tuhan...dan tembusnya
sesuatu itu...adalah kekuasaan Tuhan...

GARAM itu tak masin...rasa masin itu adalah dari
kekuasaan Tuhan...dan bukan rasanya garam...

GULA itu tak manis...rasa manis itu adalah dari
kekuasaan Tuhan...dan bukan rasanya gula...

MAKANAN itu tak mengenyangkan...dan tak berkuasa
menghilangkan rasa lapar...sebaliknya kenyang itu
dari kekuasaan Tuhan...hilangnya rasa lapar itu
kerana kekuasaan Tuhan yang menghilangkan rasa
lapar...

Kalau Tuhan tak memberikan rasa kenyang...makan se-
ribu tahun pun..tak akan ada rasa kenyangnya...ker-
rana kenyang itu adalah kekuasaan Tuhan...bukan
dari makanan...

UBAT DAN PENAWAR tak berkuasa menyembuhkan...seba-
liknya kesembuhan itu kekuasaan Tuhan...

RACUN itu tak berbisa dan tak memudaratkan...seba-
liknya bisa dan kemudaratan itu kekuasaan Tuhan...

MAKA KALAU engkau katakan...nak kenyang...tak pa-
yah makan...kerana yang mengenyangkan itu Tuhan...
bukan makanan...

KALAU...nak hilangkan rasa haus...tak payah minum
kerana yang menghilangkan haus itu Tuhan...bukan
minuman...

KALAU nak sembuh...tak payah ubat dan penawar...
kerana yang menyembuhkan itu Tuhan...bukan ubat
atau penawar...

...atau...

TAK APA terjun ke dalam api...kerana api itu tak
berkuasa membakar dan memudaratkan sesama makhluk.

TAK APA menikam diri dengan pisau...kerana pisau
itu tak berkuasa melukakan...sedangkan luka itu
adalah dari kekuasaan Tuhan...bukan dari mata pi-
sau...

...DAN SEBAGAINYA...

Sesungguhnya...kata-katamu mengenai Makhluk yang
tak berkuasa memberi bekas samada manafaat atau
mudarat itu adalah benar...kerana kekuasaan Tuhan
itu meliputi segala-galanya...

Tapi...sesungguhnya Tuhan menjadikan alam ini dan
segala isinya dengan ukuran...dan peraturan...
maka hendaklah engkau hidup...sesuai dengan ukuran
dan peraturan yang telah ditetapkan olehNYA...

Wallohu a'lam