Jumaat, 5 Oktober 2012

KURSUS 07Oktober 2012 Sessi KK/2012

Iaitu KURSUS ASAS MENJADI PERAWAT IMANTHERAPY...
pada 07.10.2012 ( Ahad ) sessi K.Kinabalu bermula 9 pagi
hingga 5 petang...perserta terhad kepada 20 0rang...

Anda yang berminat bolehlah menghubungi Yang berbahagia Guru
Utama Ustaz Muhammad 013 207 3001 atau 016 880 3001...
( sms Nama / KP / no telefon )...

Sumbangan Rm 350.00...boleh di bank-in sebelum kursus (harap-
nya anda dapat ambil maklumat lanjut di blog perguruan Iman
Therapy ).

Secara peribadi bagi saya pengalaman yang akan anda perolehi
tak akan ternilai...kerana ia anda boleh guna untuk diri..keluarga
...saudara mara...rakan-rakan dan orang lain....

Walaupun secara ketaranya IT ( Iman Theraphy) menitik berat-
kan pada bidang perubatan...namun sebenarnya pada amalan
yang sama dengan izin Tuhan menjadi amalan pendinding diri
dari bahaya yang nyata atau tidak terlihat oleh mata kepala
samada secara sedar atau tidak (terutamanya dari bahaya yang
halus)...Insya Allah...

Saya menulis secara peribadi...tapi amat galakkan anda tentang
perkara ini kerana telah memperolehi serba sedikit pengalaman
dengannya...

Wallohu a'lam

Khamis, 27 September 2012

IMANTHERAPHY...Rawatan Tanpa Sempadan...

Baru dua hari balik ke sekolahnya di Keningau
anak buah saya itu menghubungi bapanya...
....tangan kanannya bertambah sakit...

Ia  bermula  sejak  ia  membelek talipinggang
lama yang dijual di Tamu Ranau...namun sakit
itu datang hilang...sehinggalah ia balik ke sekolah-
nya..sakit itu semakin kuat malah melarat hingga
ke bahu...

Antara pilihannya...suruh ia pulang Ranau untuk
dirawat...atau kirim air doa dengan bas...atau
suruh cari sendiri perawat di sana....

Tapi seperti yang Guru Utama sebutkan dalam
blog perguruan tentang istilah rawatan tanpa
sempadan...ia adalah pilihan yang paling prak-
tikal...

Walau sekadar pengkaji dan penulis bebas
tapi seperti yang saya selalu katakan kepada
rakan-rakan...dengan keluarga selagi anda
dapat berusaha maka ikhtiarkan...

Saya pesan pada bapanya agar memberitahu
budak tersebut agar menyediakan sebotol air
dan malam itu saya bacakan Fatihah...Bismillah
7 ...Bismillah 3...Ayat 7...ayat Laqud ja akum...
Ayat Kursi...Lau Anzalna 3x...dan 4 Qul...

Dengan izin Tuhan...esok pagi bapanya meng-
hantar sms...sakit tangannya sudah hilang...

Satu pengajaran lain...mungkin dengan ' silap-
beli ' barang lama yang dijual di pasar...
anda mungkin dapat hadiah percumanya..
iaitu jin saka...

Kaedah rawatan di sini adalah mengikut kajian
dan latihan saya semata-mata...dan saya masih
kurang tahu cara yang Ustaz gunakan yang
tentunya lebih lengkap dan terperinci...

Tapi itulah kenyataannya...ketika baru ambil
ijazah amalan peringkat pertama dengan guru
utama...Ustaz ada tunjukkan beberapa kaedah
asas juga amalan mudah sehari-hari...dan yang
paling berkesan pada hati saya apabila ustaz
menyebutkan...terpulanglah pada Tuhan kalau
IA mahu memberi kamu sebarang kelebihan
dengan amalan ini...

...terdetik pada hati saya...tentu amalan ini
lebih banyak kelebihan daripada sekadar asas
yang ustaz ajarkan tadi...

Dari detik hati ini...maka saya kaji dan coretkan
sekedar mana mampu dalam blog rnj dan nh....
dengan harapan...semoga ia serba sedikit ber-
manafaat kepada orang lain...

Terima kasih ustaz...juga kepada rakan serta guru
ke peringkat dua iaitu Ustaz Salehuddin...

Wallohu a'lam

IMANTHERAPHY...Amalan Penawar Bisa...

Ketika  rakan  itu  duduk menghadapi makanan
yang  dihidangkan  di gerai  yang masih baru itu
ia merasa ada yang tidak kena dengan makanan
tersebut...

Sepanjang masa dalam gerai tersebut...rakan itu
terus berpeluh dengan banyaknya...

Apabila ia sampai di rumah..tiba-tiba perutnya
terasa sakit dan bergegas ke bilik tandas...
barulah ia merasa lega...

Dari ceritanya...saya simpulkan gerai tersebut
kemungkinan besarnya menggunakan ilmu pelaris
...dan kerana itu ia ke tandas membuang bisa-
bisanya...

Ini  adalah  satu  cara  yang  paling cepat bisa
dalam makanan dibersihkan dari perut sebelum
ia meresap dalam darah daging...

Cara lainnya ialah melalui muntah...

Lain kisahnya dengan seorang rakan lain...gelas
minuman  plastik  yang  dihidangkan  kepadanya
tiba-tiba  rebah  dan  tertumpah  setiap  kali
minuman itu  diletak atas mejanya...akhirnya
rakan itu  membatalkan  niat  untuk minum di-
situ...

Ada juga yang menyediakan sendiri minuman di-
rumah dan tiba-tiba gelas minumannya pecah
tanpa sebarang sebab munasabah...

Biasanya kerana ada bisa atau racun pada ma-
kana atau minuman tersebut...termasuk yang
dikirim melalui angin...dan itu adalah
salah satu caranya amalan pendinding racun
itu berfungsi dengan izin Tuhan...

Berbalik kepada pelaris (jin)....apabila ia masuk
dan meresap dalam badan...maka apa saja pen-
yakit boleh timbul...seperti sakit kepala...
bingung...badan rasa lesu lemah...bisa-bisa...
sakit perut....dan sebagainya...

Bisa jin itu perlu ada dalam badan agar jin pelaris
itu dapat memangggilnya bila-bila masa masuk
ke kedai tersebut...dan dalam masa yang sama
bisa itu akan semakin banyak dan padat...

..kemudian apa saja penyakit ganjil juga ganguan
boleh timbul ( dengan izin Tuhan )...

Berbalik kepada rakan awal tadi..ia memberitahu
sudah ada beberapa orang rakannya yang selalu
datang ke gerai tersebut tiba-tiba jatuh sakit
demam...

Wallohu a'lam



Khamis, 20 September 2012

...Bakal Jin Saka ?

Ketika saya 'scan' Rz yang selalu mengalami
gangguan semasa di sekolah...tiba-tiba ia
merasa kosong fikirannya...dan ada suatu
tekanan dari dalam agar ia diam dan meng-
asingkan diri dari rakan-rakan....

Saya dapati ada laluan keluar masuk jin pada
ibujari tangan kanannya...terus ke belikat
kanan kemudian meresap ke bahagian dada
serta ke kepala...

Ketika itu juga Rz merasa sesak nafas...iaitu
pada jangka masa panjang tanpa rawatan ia
mungkin akan mengalami gejala lelah buatan
iaitu lelah dari sebab gangguan jin...tanpa
kahak...

Rz tidak dapat merasakan asal usul benda
yang mengganggunya...tapi ia beritahu suka
duduk bersendirian dekat sebuah batu hitam
yang terletak dalam kawasan belukar ber-
hampiran rumahnya...

Dulu ia mungkin sering ke situ untuk mema-
ncing...tapi sekarang...ia merasa hatinya
tenang dan gembira bersendirian di situ....

Ini adalah kesan angin bisa jin yang ada dalam
dadanya...malah biasanya dalam keadaan
sedemikian...dalam duduk bersendirian itu 
sebenarnya ada makhluk yang tidak kelihatan
akan menemani...

Sudah ada beberapa kisah mengenai kawasan
tersebut..yang pernah dilihat ada orang tua...
suara halus perempuan menegur...budak-budak
dan sebagainya...

Maka benda yang mengganggu itu besar kem-
ungkinannya berasal dari situ..dan saya tahu
ia adalah kawasan jin buangan...

Nampaknya jin itu bakal jadi saka kepadanya
kecuali ia di rawat dan di pisahkan...

Kalau jin itu betina...maka ia adalah tanda jin
itu sudah jatuh cinta kepadanya....

Wallohu a'lam


Jumaat, 7 September 2012

IMANTHERAPHY di KL...20 hingga 30 Sept 2012

Kalau tidak ada halangan..guru utama iaitu Yang Berbahagia
Ust. Muhammad Abdullah akan berada di KL dari tarikh
20 hingga 30 Sept ini untuk tujuan rawatan...pengijazahan
pelajar baru dan sebagainya...Insya Allah...

Untuk keterangan lebih lanjut silalah anda layari ke laman
rawatanimantheraphy.blogspot ya...disamping untuk meng-
tahui lebih lanjut tentang pusat rawatan juga perkhidmatan-
nya...serta mengenai Yang Berbahagia Ustaz sendiri...

Antara perkhidmatan lain adalah rawatan tanpa sempadan
iaitu tanpa kehadiran pesakit atau sebagainya secara 
langsung di mana ianya akan dibuat secara majlis berkum-
pulan...Insya Allah...

Cuma sekadar pandangan peribadi...saya galakkan sangat
anda ambil ijazah amalan...samada untuk kegunaan diri..
keluarga atau anda seorang perawat termasuk perawat
rukyah...Insya Allah...pasti serba sedikit anda akan merasai
kelebihannya...

Wallohu a'lam


Jumaat, 20 Julai 2012

...penutup...

Umumnya kita berpendapat...kita tak akan
mengetahui adanya gangguan jin pada diri....
atau orang lain...melainkan kita telah belajar
ilmu-ilmu mistik...

Namun apa yang saya cuba ketengahkan
dalam blog ini...bahawa pendapat itu tidak
benar...

Kita masih dapat mengetahui adanya gang-
guan jin melalui gejala atau simptom-
simptom yang kita alami sehari-hari...

Untuk ini...kita cuma memerlukan kefaha-
man dan pemerhatian yang teliti...

Saya harap maklumat-maklumat ini dapat
anda gunakan untuk mengesan gangguan
jin pada diri...keluarga dan sesiapa yang
berkaitan...agar anda tahu apa yang perlu
buat....

...contohnya mungkin amalan pendinding...
'scan' atau mungkin rawatan...

Begitu pula...anda mungkin menghadapi
sesuatu masalah...dan penyelesaiannya
ada dalam rawatan gangguan...bukan
kaunseling...atau rawatan hospital dan
sebagainya semata-mata...

Apa  juga  amalan  dan  maklumat  yang
saya terangkan setakat serba sedikit dalam
blog ini..saya izinkan anda mengambil
dan mengamalkannya tanpa perlu minta
kebenaran saya...Insya Allah...silakan
semoga bermanfaat dengan izin Tuhan..

Ia adalah untuk masyarakat umum...dan
untuk semua golongan yang mahu mema-
nafaatkannya...

Saya masih ingat janji saya pada seorang
rakan...blog ini akan saya tinggalkan
untuk tatapan umum...
semoga bermanafaat dengan izin Tuhan.

Saya minta maaf atas segala salah silap
atau kekasaran pada mana-mana juga
penulisan dalam blog ini...terutama dalam
ulasan pada setiap anda yang bertanya
atau memberi pendapat...dan terima
kasih atas semuanya...

Saya akan masih menulis pada bahagian
ulasan selagi mampu..atas izin Tuhan...
dan sebarang perkongsian dari anda
...saya sentiasa alu-alukan...

Terima kasih juga atas perhatian anda...
dan saya harap kita faham seperkara...

...tanpa Tuhan..kita tidak ada apa-apa...

Wassalam...

1.23 pagi Jumaat...


Selasa, 17 Julai 2012

SMTD (04)...Mengesan Saka Tinggal Di Belakang...

...sambungan dari SMTD (03)...

Tapi apabila seseorang itu merasakan panasnya
dibawah kulit...terutama pada bahagian belakang
maka ia menunjukkan ada penempatan padat
jin padanya...

Ia biasanya bersembunyi di bawah 'tulang sayap'.

Gejala biasanya...ada masanya anda rasa letih
lesu tanpa sebab...dan rasa semut-semut pada
bahagian tersebut..atau rasa kebas terutamanya
jika anginnya sudah cukup padat...

Lain-lain kesannya...badan rasa lesu seperti
mengangkat beban berat semasa solat...atau ka-
lau sudah padat...ada yang baru niat nak solat
saja..badan jadi letih lesu tanpa sebab...

Ada juga orang yang tak dapat Solat Jumaat...
kerana setiap kali sebelum masuk waktu...tiba-
tiba ia rasa letih lesu dan tertidur...tiba-tiba
segar pula kalau Jumaat dah selesai...

Maka boleh jadi panas itu cuma di luar...tanda-
nya tempat jin bertenggek...atau di luar dan
di dalam...

Dan boleh jadi panas luar itu di bahu kiri...
panas dalam di bahu kanan...dan sebagainya...

Jin yang bertenggek pula boleh jadi dari luar
atau mungkin pula ia dari dalam...keluar dan
bertenggek...


Atau bertenggek kemudian ia masuk dalam
dan sebagainya...


Namun kedua tanda itu menunjukkan ia jin
saka...


Kalau belakang sebelah kanan rumahnya...
maka biasanya laluan masuk adalah dari
hujung-hujung jari tangan kanan...


..kalau kiri...maka dari hujung jari kiri...


Tapi kadang-kadang pula laluannya itu dari
tangan kiri...tembus ke tangan kanan....dan
sebaliknya...


Agaknya jin itu buat laluan untuk lari selamat-
nya...atau memang dah begitulah 'kenakalannya'.


Ini tidak bererti...tiada laluan lain...contohnya
mungkin dari kepala...mata...kaki dan sebagai-
nya...cuma laluan hujung jari tangan itu yang
menjadi laluan kebiasaannya...


Maka jin tersebut antaranya boleh ditarik ke-
luar melalui hujung-hujung jari yang menjadi
laluannya...


Wallohu a'lam