SAKA ialah jin warisan...
...iaitu apa saja bangsa jin
yang mendampingi manusia...
dan ia berpindah dari seorang...
keseorang yang lain...
Anda boleh mewarisi saka
dari mana-mana saja...
...dari keluarga-keluarga tua...
saudara mara..
atau orang lain...
seperti tempat anda menuntut
apa juga jenis ilmu...
terutama yang melibatkan kebatinan...
dari kawan-kawan...kenalan...
malah orang yang tak anda kenali...
Saka ini boleh berpindah
dari seorang keseorang yang
lain...
samada dengan bersyarat...
atau tidak...
malah ia boleh berpindah tanpa disedari...
Berbanding dengan sihir...
...saka ini lebih banyak
didapati di mana-mana...
malah lebih ramai orang yang mewarisi saka
ini yang tidak tahu...
atau tidak faham ...
apa yang sedang mereka
'tanggung'...
...maka mereka langsung tak ada kawalan malah
pengetahuan tentang saka mereka sendiri...
Nota : Kadang-kadang saka itu bukan jin warisan
orang-orang tuanya...
tapi jin yang seseorang dapat dari sebab disihir...
dari tangkal...dan sebagainya...
iaitu ia adalah orang pertama dalam keluarga atau
keturunannya yang mula 'didiami' oleh jin saka...
GEJALA-GEJALA BURUK DARI DAMPINGAN SAKA...
1.PENYAKIT...
...iaitu berbagai jenis penyakit...
luar atau dalaman...
samada yang ganjil...
atau seolah-olah penyakit biasa...
Contohnya...
penyakit barah...jantung...
darah tinggi...lumpuh...lemah...
kudis...sakit kepala...mata...telinga...
perut...demam..serangan kuman...
...dan berbagai jenis penyakit lain yang tidak
ada penjelasannya bagi perubatan hospital...
2.PERANGAI-PERANGAI BURUK...
...seperti sombong...bongkak...pemanas...
pendendam...penakut...pencuri...
suka bergaduh...suka menganiaya...
jahat mulut...kaki botol...kaki perempuan/lelaki...
kaki judi...dan sebagainya...akibat dari pengaruh
saka...
3.PELAJARAN...
...seperti tiada tumpuan...mudah bosan...
tak berminat...malas belajar...
ponteng dan sebagainya...
4.REZEKI...
...cepat bosan dengan satu-satu kerja...
bisnes tak lancar...ada-ada saja masalah...
boros...selalu ada masalah dengan orang lain...
dan sebagainya...
5.MIMPI...
...selalu mimpi buruk...menakutkan...atau mimpi yang
menimbulkan kegelisahan...ketakutan...sangka buruk
...dan malah kadang-kadang mimpi itu menandakan
anda bakal ditimpa penyakit...dan sebagainya...
6.SUKAR KAHWIN...
...ada sebab utama kenapa saka tak benarkan anda
kahwin...
a.Nak jaga anda...
...dari segala bahaya kejahatan orang lain...
maka ia akan memastikan anda selalu bersama-samanya...
tak ada orang lain...termasuk suami atau isteri...
...satu dari caranya...
anda rasa dah bermanis muka...
tapi orang lain nampak anda sentiasa dalam
keadaan marah...dan garang...
kebaikannya...
...orang 'jahat' akan berfikir 2 kali kalau nak
cari pasal dengan anda...
kerana anda ada aura yang lain daripada
yang lain...
...tapi bukan itu sahaja...
orang yang nak berkenalan dengan anda pun akan
berfikir 2 kali...
b.Saka ini sayang kepada tuan asalnya (yang sudah
meninggal samada baru...atau beratus tahun lalu)...dan
keturunannya juga...
maka ia akan menjaga anda 'sebaik-baiknya'...
sampai 'terlebih jaga'...
...dan saka itu mungkin
tak faham ia sangat menyusahkan anda...
c.atau...kalau anda lelaki...saka betina...
kalau anda perempuan ...saka jantan...
iaitu saka ini jatuh cinta pada anda...
atau mungkin ia 'boking' anda untuk
anaknya...
dan...ada akibat lain...
kalau anda ada saka jantan...
...mudah saja jin betina di mana-mana
jatuh cinta pada anda...
( tapi saya tak pasti...pada hakikatnya
jin betina itu suka pada anda ...
atau pada saka anda...
...tapi pasti ada kaitannya )
NOTA : Bukan semua jenis saka akan menghalang
tuannya dari berkahwin...
tapi akan ada masalahnya dan ia
bergantung kepada perangai dan kepakaran saka ...
7.SUKAR BERANAK...
...biasanya ini jenis saka yang tinggal dalam perut...
atau dalam rahim...
samada ia merosakkan rahim...atau memakan ...atau
membunuh sperma...
...biasanya yang merosakkan peranakan itu adalah
jin saka perbidanan...
NOTA : Tidak semua...
kadang-kadang tiada masalah untuk mendapatkan
anak...
tapi biasanya bakal menjadi 'rumah baru' saka...
terutamanya saka yang sudah beranak pinak
dalam tubuh tuannya...
8.GANGGUAN 'TENAGA BATIN'...
...bagi lelaki...
biasanya jin ini tinggal di perut...
di bahagian bawah pusat...
...maka 'paipnya tak naik'...
atau sangat cepat kebocoran...
...atau asyik naik....
dan mencari sasaran tak
tentu hala...
rahsianya kerana saka itu juga 'ikut sama'..
jadi yang 'mengganas ' itu sebenarnya si saka..
dan 'rumahnya' jadi alat...
8.KERASUKAN...
...iaitu berbagai jenis kerasukan...
samada kerasukan masa jaga atau kerasukan
masa tidur...
...atau sekurang-kurangnya selalu pening...
sakit kepala...atau pitam...atau mudah pitam...
9.MASALAH KELUARGA...
...saka biasanya jin kafir...atau jin Islam fasik...
atau jin Munafik yang mengaku Islam...
( tapi sebenarnya ia jin Kafir )...
...kehadirannya membawa banyak kesan buruk
kepada manusia...
Ia tinggal serumah dengan manusia...
Dan antara kesan saka dalam rumah...
a.Isi rumah...
selalu bergaduh atau bertengkar...
b.Anak-anak nakal...
c.Berbagai penyakit akan timbul...
dan biasanya pasti ada seorang dua atau lebih
yang akan menjadi sasaran utama...
dan...
merekalah yang paling banyak menanggung
kesannya...
terutamanya penyakit...
d.Rumah juga mudah ditembusi sihir...
kerana aura dalam rumah sudah tersedia
untuk penempatan jin...
malah...
...kadang-kadang jin-jin dari luar juga akan ikut
tinggal dalam rumah...
...penyakit yang paling biasa...
seringan-ringannya selalu pening
...berat sedikit ,
sakit kepala...
lebih berat lagi , demam...pitam...
dan...
apa saja hingga ke penyakit-penyakit berat
seperti sakit jantung...
darah tinggi...hilang darah...
dan...apa saja boleh jadi...
...dan antara kesan yang sangat buruk ...
jin saka jantan...
akan mengganggu orang perempuan dalam rumah
tak kira kanak-kanak...
orang dewasa...atau orang tua...
...dan sebaliknya...
jin saka betina akan mengganggu orang
lelaki...
Antara tandanya bagi perempuan...selalu atau kadang-
kadang mimpi didatangi lelaki tampan...
...malah saka juga tak sedikit yang ikut dalam
pergaulan suami isteri...
dan anak yang terbenih akan turut menjadi
sasaran saka seterusnya...
10.MEMBUKA LALUAN JIN...
...saka biasanya masuk ke dalam badan...
dan seperti masuk rumah...
ada pintunya...dan ada laluannya...
...kerana pintu dan laluan yang sudah tersedia...
anda terdedah kepada serangan jin liar dan jin sihir...
dan...
anda akan dianggap sebagai sasaran mudah...
...malah jin-jin yang mendampingi tukang-tukang
sihir mungkin akan menghasut tuannya...
contohnya...
mungkin orang itu akan merasa benci...sakit hati...
atau...
sekedar terlintas nak ' test power '...
...supaya jin tadi dikirim pada anda...
...kerana itu...
kalau anda tak kacau orang pun ,
jangan hairan kalau masih ada juga
orang nak aniaya anda...
...pada hakikatnya bukan orang itu...
tapi jin yang mendampinginya...
...ada juga saka yang tak mahu berkongsi ' rumah '
dan...
kebetulannya dia lebih kuat daripada jin lain
yang cuba mengganggu anda...
maka...
...mungkin anda selamat dari jin lain...
tapi tidak pada saka...
kalau saka anda ' power '...maka
sakit yang anda tanggung juga akan ' power '...
...tapi kalau saka anda lemah...
atau 'murah hati '...
kalau tak tambah dua tiga ekor jin...
mungkin tambah sampai dua tiga ribu ekor..
11.BERAT MENGERJAKAN KETAATAN...
...yang paling utama adalah solat...
bukan saja kerana syaitan itu tahu keutamaan
solat...
malah ia akan terseksa kerananya...
...maka anda akan dihalang dari mengerjakan
solat...
Antara tanda-tandanya :
a.Suka bertangguh...
sampai habis waktu solat...
b.Bila niat nak solat...
lemas badan...atau ada juga
yang sampai tertidur...
c.Lupa solat...
kerana disibuk-sibukkan dengan berbagai
alasan ( bisikan jin )...
hinggalah sampai keperingkat...kalau tak solat
pun...tak rasa apa-apa...
d.Kalau solat juga...
dengan rasa malas...fikiran melayang...
atau berkhayal...lupa rakaat...
e.Kadang-kadang kalau solat juga...
ada-ada saja yang berlaku
kepada anak-anak kecil...
seperti bergaduh...
jatuh dan sebagainya...
Wallohu a'lam.
NOTA :
1.Biasanya...
kesan saka pada seseorang itu bergantung kepada
jenis...jantina...ilmu...kebijaksanaan...kepakaran...
dan perangai saka...
...juga...
yang lebih penting...
sejauh mana pengetahuan , pendinding dan juga
sikap manusia tadi...
90% sume ade kat diri saya...
BalasPadamsaya penat dan bosan...kadang2 saya teryanya2 kenape dengan diri saya...
ya Alloh jika benar ini ada kaitan dengan semua itu berikan jalan untuk keluar...
As salam GY...
BalasPadamTidak sedikit orang yang ada saka atau gangguan
daripada orang yang kelihatan sihat tak ada saka
atau gangguan hinggalah orang yang terlantar
sakit di rumah atau hospital dari sebab saka atau
gangguan...
Sentiasalah kita mohon pada Tuhan...dan umpama
orang yang kurang sihat maka sambil minta rawatan
hospital bagi sakit biasa...kita minta juga rawatan p
ada yang tahu sambil beramal sendiri.
Tiga hari lalu seorang ibu minta 'scan'...ada angin
bisa pada jantungnya...tapi ia tak sakit kecuali
mengalami gannguan perasaan sahaja...
Ia bertanya...tak ada apa-apa juga bah tu kan ?...
saya jawab...kalau terus terbiar tanpa rawatan atau sekurang-kurangnya amalan...angin itu akan tambah
padat...dan gangguan perasaan akan tambah kuat..
malah mungkin ia akan mengalami masalah 'kesiha-
tan' pada bahagian jantung atau dadanya...apa juga
boleh jadi...
Gangguan dan saka sudah jadi perkara lumrah...
maka antaranya tujuan blog ini...mudah-mudahan
serba sedikit dapat jadi panduan pada kita yang
kebetulan mungkin mengalaminya tanpa sedar
terutama kerana agak kurang faham mengenai-
nya...
Wallohu a'lam
...benarlah bahwa tipu daya iblis/jin sangat halus.., hinggkan kita malah org2 yg kita anggap 'alim' pun 'tertipu' dgn 'sifat2' & 'gejala2' tipudaya jin/iblis dlm perkara2 harian kita.... samada ibadat, kerja, amalan, pergaulan, keluarga, sakit, rawaatan, sahabat, ilmu amal,....& pelbagai cita2 , nafsu.., keinginan... boleh menjadi tunggangan jin/iblis jika kita lalai ingatan kpd ALLAH.
BalasPadam...Alhamdulillah...terima kasih saudara atas per-
BalasPadamkongsiannya...semoga dapat jadi renungan pada
kita semua...
kadang-kadang Iblis / jin itu biarkan kita betul pada
satu perkara dengan tujuan mempergunakannya
untuk buat kita tak betul pada lain perkara...
Wallohu a'lam
saya pun sama, ada masalah n ciri2 seperti yang blogger kongsi kan. kalau masalah saka ni boleh ke buang terus sbb ianya mengganggu umahtangga dan kesihatan. semua jadi kacau bilau n apa semua kerja buat x menjadi. adakah setiap org dalam dunia ni mmg berisiko terkena saka ini??
BalasPadamSalam ekin...
BalasPadamSemua orang berisiko...memandangkan banyak
jin saka yang beranak pinak...atau jin ilmu
buang yang juga beranak pinak serta punya
naluri kuat untuk mencari tuan...atau tinggal
menumpang dalam badan manusia.
Maksudnya...yang ada keturunan damping jin
itu sudah sedia maklum...tapi bagi yang tidak
ada pun boleh dapat saka dari keturunan
orang lain....atau jin ilmu terbuang atau yang
kehilangan tuan...atau walau secara 'kebetulan'
Cuma sedikit berbeza antara seorang dengan
orang lain...adalah 'daya tarik jin' kepadanya.
Biasanya untuk saka kita kena ada rawatan
dan amalan serta pengawasan berterusan.
Kalau Tuhan kehendaki..jin saka boleh lepas
dengan terbunuh...terkurung atau mungkin
pindah kepada orang lain....atau jin saka
itu tinggalkan kita kerana tidak tahan dari
kesan amalan kita dengan izin Tuhan.
Wallohu a'lam