Isnin, 11 Januari 2010

MENGENAL GANGGUAN...5 Tanda Ada Saka (s 2)...

Iaitu sebahagian tanda ada saka...

1.Anda sangat penakut...
iaitu anda sangat takut pada 'hantu'...
sehingga ketakutan anda kadang-kadang di luar
kebiasaan...

Contohnya...ada yang takut berseorangan di rumah
walaupun di hari siang...

...atau takut ke tandas seorang diri...nak minta teman
anak...

Lainlah halnya kalau takut berjalan seorang diri di -
waktu malam...kerana ia perkara normal...

2.Anda sangat berani...tak takut pada 'hantu'...sedang-
kan anda tak mengamalkan Pendinding Diri...iaitu se-
kurang-kurangnya anda ada sebab atau alasan...

Contohnya...anda berani duduk di tengah kawasan ku-
bur...di tengah malam pula tu...

...anda akan terus berani selagi saka anda tak nampak
sesuatu yang dapat mengancamnya...ertinya kalau ada
jin lain...saka anda rasa dirinya lebih kuat...

3.Anda selalu mengalami rasukan perasaan...
...iaitu apa saja perasaan samada seronok...gembira...
gelihati...cemburu...takut...sedih...marah...meluat...benci
...putus asa dan sebagainya tanpa alasan yang munasabah...
atau tanpa sebarang sebab...

( Tanda besar )

4.Anda ada perangai buruk yang tak dapat anda kawal...
iaitu terutamanya perangai-perangai buruk seperti bongkak
...suka mengumpat...mengutuk...menghina...berbohong...
suka menipu...mencuri...membuli...bertengkar...berkelahi...

...banyak cakap...suka ketawa tak tentu pasal...atau suka
bermain terlebih-lebih bagi kanak-kanak...

...atau kalau lebih berat...seseorang itu mungkin suka melihat
darah yang mengalir...melihat orang lain menderita...atau
malah mungkin suka membunuh binatang atau manusia...

...suka minum arak...berpoya-poya...dan sebagainya...

...ini bererti...bahawa sebahagian manusia itu kejahatannya
adalah daripada hasutan jin saka...atau kalau jin itu sebati
sekurang-kurangnya di dalam dada...

...maka apa saja perangai jin itu seolah-olah meresap atau
bersatu dalam dirinya...
sehingga seseorang itu merasa semua perangai buruk itu
adalah perangai dirinya sendiri...
dan tiada kena mengena dengan gangguan...

...tapi sekiranya jin itu dapat dipisahkan...maka apa saja pe-
rangai buruk dari jin itu akan hilang...
...atau sekurang-kurangnya jadi lemah dan lebih mudah di-
kawal...

( Tanda besar )

5.Anda cepat merasa bosan dengan belajar atau bekerja tanpa
sebab yang munasabah...

Mungkin anda rasa tak tenteram...tiada tumpuan...tak berminat
...suka bersantai atau buat 'kerja lain'....selalu mengantuk dan se-
bagainya...

...maka anda suka ponteng sekolah...atau bertukar-tukar tempat
kerja...

Wallohu a'lam.

12 ulasan:

  1. terima kasih atas info nya...sy ada semua tand2 diatas..

    BalasPadam
  2. Sama-sama Unknown...

    Saya harap rakan-rakan akan dapat memahami
    serba sedikit sesuatu yang sedang mereka
    alami dan sekiranya ia ada kaitan dengan
    gangguan...mudah-mudahan dapat berikhtiar
    mencari rawatan juga amalan pendinding...
    In sha Allah...

    BalasPadam
  3. Assalammualaikum, kalau ada tanda2 seperti diatas apakah yg harus dilakukan?

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam wbkth Farah...

    Minta rawat...amal juga pendinding...minta pagar
    kediaman...dan jadikan air doa sebagai minuman
    biasa sehari-hari...kalau boleh....sekali sekala
    guna mandi....dan sebagainya...

    Kemudian elakkan dari sifat suka memperturut-
    kan perasaan...suka melamun...mendengar
    muzik...tangkal dan sebagainya...

    Sebaik-baiknya jaga solat serta biasakan sen-
    tiasa dalam keadaan berwuduk dan berzikir
    walau sekadar dalam hati...disamping amalan-
    amalan pendinding tetap pagi dan petang...

    Sentiasa amalkan Ayat Kursi selepas solat..
    sebelum dan ketika bangun tidur...keluar
    rumah...naik kenderaan...turun atau ketika
    sampai mana-mana tempat...juga ketika
    akan masuk rumah...

    Rawatan biasanya akan mengambil sedikit
    masa...maka jangan terlalai dan banyak-
    banyak bersabar serta bertawakkal...

    Insha Allah Farah ya...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Ade seorg bdak tgok gmbar sye..dan dye ckp.. Sye Ade saka,org tulang,dan selaput kepala, sye pom tk thu saka dtg dri mane.. Kalau saye bce al-quran.. Sye rase lenguh Kat belakang dan leher.. Kadang2x sye sendawa.. Kalau sye dgr ruqyah..sye rase tak tenang

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbkth fiqa...

    Ada kemungkinan budak itu juga ada dampingan jin ilmu...

    Kalau baca Qur'an rasa lenguh..sendawa maka ianya memang tanda-tanda gangguan jin pada kita...sebaik-baiknya minta rawatan...dan tambah amalan
    pendinding dan amal secara istiqomah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalammualaikum ustaz, sye nak tanye, sejak kebelakangan ni ada beberapa perkara yang aneh berlaku kat rumah saya.. kelmarin paling menakutkan.. ayah saya semasa maghrib katanya terlihat ada seperti seorang 'lelaki' kat depan rumah kami.. saye pun hairan la sebab takkan la kalau pencuri nak curi time maghrib dan waktu tu garage penuh pulak tu.. kemudian malamnya.. banyak sangat semut api muncul entah dari mana.. sehinggakan habis 2 botol shieldtox ayah saye guna tapi tetap tak habis.. banyak betul.. besar2 pulak tu.. kemudian pada hari yang sama jugak dengan kejadian yang 2 tu.. tiba2 pulak malamnya ayah saya pergi nak tengok keadaan rumah dan mendapati 2 daripada 4 kereta kami tak berkunci sedangkan abang saya yang 2 orang tu kata mereka kunci kereta diorang tadi.. takkan la dua2 mereka tu cuai.. dan 4 hari lepas.. keluarga serta saudara saya mengadakan acara BBQ maklumla tahun baru.. kemudian tengah2 seronok tu.. kira2 jam 10.30 malam.. kami terdengar satu bunyi letupan.. kemudian kami fikir takkan la bedil atau bunga api kot.. sebab sekali je letupan tu dan takda orang lain kat kawasan tu selain rumah kami dan saudara kami.. lepastu ayah saya serta adiknya 2 orang membuat rondaan.. tapi takde ape pun.. lepastu kami sambung acara kami.. dan tine tu jugak kami terhidu bau gas.. hairan betul kami.. kami fikir2 mungkin jugak ada orang 'berilmu' yang kami tak nampak.. mohon nasihat. Terima kasih :)

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth Alif...

    1.Kalau ianya benda-benda baru atau kejadian-kejadian baru mungkin
    ianya menunjukkan kedatangan jin baru...atau pengamal sihir.

    2.Ianya seperti juga kerja orang atau jin 'profesional'....maka
    kalau boleh dapatkan perawat yang pakar...cuma untuk tindakan
    kecemasan...baca pada air dalam botol fatihah..ayat Kursi...tiga
    Qul semuanya sebelas-sebelas kali...syaratnya baca dengan suara
    terang bukan berbisik...masa baca dekatkan bibir ke muncung botol
    sehingga nafas sentiasa sampai pada air ketika membacanya...

    ...setiap kali selesai satu suroh dibaca sebelas kali..tiup per-
    lahan pada air dengan tiupan panjang dan lembut sambil niat niat
    dalam hati...Ya Allah...jadikanlah air ini api dan racun yang
    sangat berbisa kepada bangsa jin sehingga dapat membakar...meng-
    hancurkan dan membinasakan mereka semua dengan kekuasaanMU...

    Air itu renjis pada seluruh ruang dalam rumah dari lantai hingga
    ke penjuru setiap ruang kecuali tandas...kemudian kesekeliling
    rumah dari depan balik ke depan ikut arah lawan jam...iaitu pada
    bahagian dinding...kalau rumah teres contohnya maka cukup depan
    dan belakang....kemudian ke empat penjuru pagar...iaitu penjuru
    sahaja...

    ..renjis dalam 11 hari berturut-turut..boleh guna botol spray air
    atau tangan...kalau spray...maka spray kabus...

    BalasPadam
  9. ...pastikan rumah kosong dari sebarang tangkal azimat...kalau boleh
    juga patung selain permainan kanak-kanak...muzik tak halal...
    pasang rakaman rukyah siang atau malam ...

    Sebaiknya isi rumah juga jangan tinggal amalan fatihah..ayat Kursi
    bagi yang tahu...dan amalan tiga Qul tiga-tiga kali...dan kalau
    boleh manzil...juga Bismullah...21 kali setiap kali akan tidur
    malam...sentiasa ada wuduk bagi yang terasa seakan jadi sasaran
    khusus.

    Seperkara mudah-mudahan bermanafaat...iaitu kalau ada antara
    isi rumah yang boleh namapk atau merasakan kehadiran makhluk
    pengganggu itu...maka buat kata pemutus seperti pada tajuk
    tajuk akhir blog nampak hati.

    Caranya baca Istighfar 3x...Bismillah 3 x...shahadat 3x...
    salawat 3x...sambil menutup mata kemudian zikir Allah...Allah
    dalam hati sambil menbayangkan nampak atau merasakan kehadiran
    makhluk tersebut...kalau dapat maka bayangkan ia sedang berdepan
    atau bercakap kepada makhluk tersebut...kerana jin sihir tersebut
    pasti mendengar.

    Sebelum zikir Allah..Allah tu...bisik...Ya Allah saya mahu bercakap
    kepada jin yang mengganggu tersebut...kemudian apabila dapat mem-
    bayangkan...atau nampak...atau dapat merasakan kehadiran jin itu
    barula ucap kata pemutus dengan suara tegas dan memerintah...

    ...tutup kata pemutus itu dengan Ayat Kursi atau fatihah...ke-
    mudian takbir 7 kali...

    Insha Allah alif ya...air tadi boleh juga buat minum dan mandi
    pada sesiapa juga...terutama yang rasa gangguan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sangat ustaz, satu lagi.. kelmarin ada titisan darah kat keliling rumah saya.. kata nenek saya ianya berpunca daripada makhluk halus.. dan sesiapa yang melangkah darah itu khabarnya akan menjadi gila.. macam mana ni ustaz? Terima kasih sekali lagi

      Padam
    2. Terima kasih sangat ustaz, satu lagi.. kelmarin ada titisan darah kat keliling rumah saya.. kata nenek saya ianya berpunca daripada makhluk halus.. dan sesiapa yang melangkah darah itu khabarnya akan menjadi gila.. macam mana ni ustaz? Terima kasih sekali lagi

      Padam
  10. Sama-sama alif...wallohu a'lam tapi sebaik-baiknya jangan
    di langkah...boleh siram air doa lap dan cuci kainnya.

    BalasPadam