Rabu, 2 Jun 2010

Memanggil 'Roh Orang Mati Bunuh Diri' ?...

Petang itu mayat seorang lelaki dijumpai oleh
ahli keluarganya sendiri di dalam rumah...
dengan kepalanya berlumuran darah di per-
cayai membunuh diri dengan menggunakan
senapang patah...

Kerana tak puas hati memandangkan mereka
tahu si mati tak menghadapi sebarang masalah
keluarganya telah berjumpa dengan seorang
bomoh wanita yang mencadangkan agar roh
si mati dipanggil agar pihak keluarganya dapat
bertanya sendiri puncanya ia membunuh diri...

Malam itu dalam keadaan suram kerana semua
lampu di dalam rumah ditutup...maka pemujaan
roh pun bermula...
hinggalah hampir sejam...tiba-tiba bomoh wanita
itu berubah tingkah...ia bingkas berdiri dan bercakap
dengan alunan suara mendayu-dayu yang memba-
yangkan seseorang yang dalam keadaan sangat sedih
dengan gerakan lemah gemalai...

Ketika 'roh orang mati' yang merasuk bomoh
wanita itu mula tenang...seorang keluarga tua ber-
tanya kepadanya sebab apa ia sanggup membunuh
diri...

Dan 'roh orang mati' itu menceritakan...ia sebenar-
nya bukan membunuh diri...
pada petang kejadian itu sedang ia berehat di rumah
...seorang lelaki yang tak dikenali datang mengajak-
nya pergi memburu...

Ketika tiba di pinggir hutan...lelaki asing itu menunjuk
ke arah seekor babi hutan...dan tak membuang masa
lagi...si mati membidik ke bahagian kepala binatang
tersebut tanpa menyedari sebenarnya ia sedang mem-
bidik ke arah kepalanya sendiri...akhirnya ia mati serta
merta...dengan kata lain...ia sebenarnya tak ke mana-
mana...ia terbunuh dalam rumahnya sendiri...

PENJELASAN :

1.Upacara memanggil roh orang mati adalah salah satu
cabang sihir dan termasuk dalam upacara memuja syaitan.

Semua binatang yang disembelih untuk upacara ini...walau
atas niat apa pun...atau walau dibaca Bismillah...maka bina-
tang tersebut adalah bangkai...iaitu kerana tujuan yang di-
larang dalam Islam.

2.Panggil roh orang mati...

Antara Alam Dunia dengan Alam Kubur itu ada pintu lalu-
annya yang dijaga ketat oleh para malaikat...
maka setiap roh yang masuk ke Alam Kubur tak akan dapat
balik ke Alam Dunia.

3.Yang datang itu bukan roh manusia...

...tapi syaitan samada ia jin kafir...jin Islam Fasik atau jin Mun-
afik...yang membayangkan seolah-olah Alam atau azab Kubur
itu tak ada...dan roh orang mati itu masih merayau atas muka
bumi ini...tak ada Syurga...dan tak ada Neraka...atau tak ada
kenikmatan...atau azab di Alam Kubur...

4.Menembak kepala babi?...

Samada cerita itu sengaja diada-adakan oleh syaitan yang cuba
membawa kita kepada rasa gerun dengan 'apa yang jin boleh
buat'...

Atau jika benar...maka si mati itu...ada jin dalam kepalanya...
iaitu otaknya...hingga ia merasa buat atau berjalan ke suatu
tempat sedangkan ia hanya tergeletak dalam rumah...

Tapi dalam masa yang sama ia mengalami rasukan pada tubuh
yang membawanya kepada perbuatan bunuh diri...

5.Sesungguhnya tipu daya Syaitan itu lemah...jika diperhati atau
dikaji secara ilmu...maka ada-ada saja perkara atau kelemahannya
yang menunjukkan Syaitan itu menipu helah...

TAPI INGAT...salah satu strategi syaitan dalam menipu helah
seseorang atau sesuatu masyarakat itu adalah dengan mengkaji
kelemahan...kepercayaan setempat...maka syaitan itu akan melaku-
kan tipu helah yang sesuai dan 'boleh diterima'....

Wallohu a'lam.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum saudara Junied,
    mohon izin untuk share ilmu2 yang dikongsikan,
    semoga saudara mendapat ganjaran dari Allah swt.

    BalasPadam
  2. saya memang tgh mencari penjelasan tentang org bunuh diri

    BalasPadam
  3. Salam renee...

    Punca utamanya biasanya...

    1.Tekanan perasaan atau sakit jiwa...
    sehingga rasa berputus asa atau hilang
    pertimbangan...

    2.Hasutan atau gangguan jin...terdapat
    jin termasuk jin saka yang menghasut
    manusia dampingannya membunuh diri...

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam