Isnin, 7 Jun 2010

PENDINDING JIN DARI ASAR KE ASAR...

Iaitu amalan yang berkhasiat untuk menjauhkan
seseorang daripada di dekati jin dari Asar ke-
Asar keesokan harinya...

Maka ia diamalkan pada waktu Asar dan sebaik-
baiknya selepas Solat asar...

Amalannya :

1.Baca Suroh Al fatihah 1 x.

2.Baca Salawat 3 x.

3.5 Ayat awal Suroh Al Baqoroh.

4.Ayat Kursi.

5.Ayat-Ayat penutup Suroh Al Baqoroh ber-
mula ...Aamanarrosuul....hingga tamat.

6.Baca Doa ini sekurang-kurangnya 3 x.

...A uuzubillaahissamii el Aliimi minash syaitoonirr-
rojiim...3x( Ertinya...saya berlindung dengan Allah yang
Maha Mendengar lagi maha mengetahui dari gangguan
syaitan yang direjam...)
( sila belajar dari orang yang tahu sebutan betulnya...)

7.baca Ayat Lau Anzalna 1 x.

Sekiranya anda dalam keadaan memerlukan maka
Doa no 6 dibaca 21 x dan Ayat lau Anzalna dibaca
3 x.

Al kisahnya...seorang rakan yang kebetulan ditemani
tidur oleh anak saudaranya...ketika seekor jin mendatangi
biliknya dengan maksud jahat terhadap rakan tadi...
jin itu mendapati hanya ada seorang budak lelaki asing
saja dalam bilik itu...maka dipijak kepalanya kerana geram
hinggakan budak itu merasa ada benda berat menghimpit
kepalanya...tapi tak sampai cedera atau gangguan lanjut...
Namun yang pastinya...jin itu tak melihat rakan yang baring
bersebelahan tilam dengan anak buahnya...

wallohu a'lam.

Nota :

1.Susunan Ayat-Ayat di atas juga boleh digunakan sebagai
Rukyah atau Air Doa...guna minum...mandi...juga pagar sesuatu
ruang seperti bilik dengan merenjis 4 penjuru bilik dan sebagainya
atau direnjis sepanjang tepi bilik sambil membaca Fatihah atau
Ayat Kursi.

Arah pusingan semasa merenjis...dari pintu ke arah lawan jarum
jam...hngga kembali ke pintu...dan renjiskan ke daun pintu...juga
ke cermin jendela...atau tabir jendela jika dirasa perlu.

PELENGKAP AMALAN ASAR...

IAITU SEBAIK-BAIKNYA...SELEPAS AYAT KURSI ITU ANDA BACA DUA PULA
AYAT SELEPASNYA..
BERMULA ..LAA IKROOHA FIDDIIN...HINGGA...ULAA IKA
AASHAA BUNNAARIHUM FII HAA KHOOLI DUUN....(ayat ini antara lainnya
sangat baik di tambah jadi rukyah untuk orang kerasukan...dan ber-
sifat peringatan keras...dan bersifat menyerang jin).

Maka walaupun tak termasuk pada amalan khusus ini...tapi sekurang-
kurangnya selepas Ayat Lau Anzalna...hendaklah di tutup dengan
3 Qul...tapi lebih utama dengan 4 Qul...iaitu

Al Kafirun sekali...antara lain khasiatnya...menjauhkan jin...

Al Ikhlas...3 kali.

Al Falaq...3 kali.

An Naas...3 kali.

Salawat...3 kali.

Ayat...Laa haula walaa quwwata illaa billaah...3 kali...dan hendaklah
anda melepaskan hati anda dari kekeliruan dengan menganggap amalan ini
berkuasa melindungi anda...sedangkan segala kekuasaan dan kekuatan itu
adalah milik Allah secara mutlak...IA yang menjadi pelindung dan Maha
Berkuasa ke atas makhluk-makhluknya....Insya Allah.

3 ulasan:

  1. Selain dari Asar ke Asar boleh jugak ke tuan?

    BalasPadam
  2. Saudara musafir...

    Sebenarnya ia boleh diamal bila-bila masa saja
    cuma petuanya kalau dibaca masa Asar...maka tempoh pendindingnya sampai ke Asar esoknya.

    ...kalau di baca masa maghrib maka tempohnya masa Subuh...kalau dibaca masa Subuh...tempohnya sampai Maghrib.kalau dibuat pada kedua-dua masa...Insya Allah lebih baik.

    ...tapi pada hakikatnya...kalau sesuatu amalan itu sudah biasa dibuat maka 'kesan pagarnya' akan semakin panjang dan tak terbatas dari satu waktu ke satu waktu seperti pada awalnya.

    Dan seperkara kita perlu berhati-hati...bila kita beramal ikhlas kerana mencari keredhaan ( kasih sayang )Allah semata-mata ( sambil selalu memohon pertolongan dan perlindunganNYA juga dengan tujuan memncari keredhaan Allah )...maka kesan sesuatu amalan itu akan menjadi lebih kuat...
    berbanding kita beramal semata-mata nak 'buat pagar'...malah yang ditakuti kita hanya dapat 'pagar' tapi tak ada ganjarannya di Akhirat kelak.

    Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan (istiqomah)walau sedikit...berbanding banyak tapi hanya sekali.kalau kita ada masa-masa tertentu nak beramal dalam sehari maka sesuatu amalan itu lebih dapat diharap istiqomahnya.ini adalah salah satu tujuan utama penetapan masa beramal dalam sehari-hari.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam