Rabu, 30 Jun 2010

YASIN 'BERBISA'...

Iaitu kalau anda membaca Yasin...dan
nak jadikan ia pembenteng daripada
gangguan jin yang lebih hebat...

...maka sebaik saja tamat Suroh yasin
sebelum anda membaca lain-lain seperti
fatihah atau Suroh Al Ikhlas...
dan sebagainya...

...terlebih dahulu anda baca Ayat Lau-
Anzalna sekali...atau lebih baik kalau
dapat...tiga kali...

Ia juga sangat baik kalau dibaca pada
orang sakit...atau pada air yang akan
digunakan untuk perubatan atau pagar...

Ia seperti yang disebut dalam sebuah
kitab doa...( lupa tajuknya..)

Iaitu kalau yasin dibaca...diikuti Ayat
lau Anzalna...dan tiga Qul...maka jin
akan lari lintang pukang darinya...

Tapi kalau air Yasin (telah dibacakan
Yasin)...maka baca padanya...
Fatihah 1x...salawat 3x...
dan Ayat Lau Anzalna 1x atau 3x...

Wallohu a'lam

4 ulasan:

  1. Salam, Tuan

    1) Boleh tak amalan di atas di bacakan ke atas air dan di gunakan untuk mandikan kenderaan yang baru di beli?

    2) Selain manzil, amalan di atas juga boleh di gunakan untuk pagar rumah ( caranya macam amalan manzil juga la).

    3) Berkenaan cara meniup(hembus) pada bayi/ kanak2...dengan sesuatu amalan.. adakah memadai kita meniup pada mukanya kah? atau pada badannyakah? atau tiup macam tu je...

    Mohon pencerahan.

    BalasPadam
  2. Walaikum salam Saudara musafir...

    1.Boleh...dan juga kereta lama yang
    sudah sekian lama digunakan...

    2.Boleh...Sama saja cara gunanya...

    3.Tiup saja...yang penting sambil niat
    memohon perlindungan Allah...

    Tapi kalau nak lebih baik...tiup dari ubun-ubun...muka...hingga ke hujung
    jari kaki dengan sekali tiupan...

    Tiupan yang lebih lembut dan panjang
    masanya biasanya lebih baik....
    Insya allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Salam saudara...

    boleh tak ayat manzil + yasin berbisa + ayat2 al-quran yang lain dibacakan dalam satu bekas air sahaja....atau setiap amalan memerlukan bekas air yang berbeza..

    tq

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam puan...

    Boleh...tak ada masalahnya..malah boleh
    dibacakan pula berulang-ulang pada bila-
    bila masa...

    Kalau untuk guna sendiri...pastikan nafas
    sampai ke air kalau membacanya...ia lebih
    berbisa...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam