Ketika bertemu seorang rakan seperguruan yang
sudah lama berpisah...ia menceritakan keadaan
rumahtangganya yang hampir tak pernah aman...
Ia suami isteri sering bertengkar dan kadang-
kadang hingga hampir-hampir bercerai...
malah ketika itu pun mereka tinggal berasingan
rumah...
Pada pandangan rohaninya...ia melihat rumah me-
reka diliputi oleh perisai sihir yang berbentuk
tudung makanan...
Sudah beberapa kali ia cuba memecahkan perisai
itu dengan mengerah 300 tentera jin...
namun setiap kali tentera jin itu menghayun pe-
dang untuk memecahkannya...
perisai itu serta merta bercantum semula sehing-
galah tentera jin itu berhenti kelelahan.
Saya cadangkan ia menggunakan tenaga dalam berserta
3 Fatihah senafas dan mengelakkan diri dari sengaja
terlibat dengan penggunaan jin...
Syukurlah...rakan itu berjanji akan cuba memecahkan
perisai sihir itu tanpa menggunakan jin...
Seminggu kemudian...rakan itu datang menceritakan
perisai sihir itu sudah musnah sepenuhnya...
malah jin yang membinanya tak mampu lagi membina pe-
risai baru...
Rakan itu cuma menggunakan pukulan tenaga dalam jarak
jauh dan 3 fatihah senafas...
Maknanya..kalau ada 300 tentera jin yang menjaga anda
...tak ada apa-apa yang dapat anda banggakan...
kerana kalau anda tahu menggunakan kekuatan roh anda
...anda sendiri lebih hebat daripada mereka...
Wallohu a'lam
assalamualaikum..
BalasPadammacam mana mhendak menggunakan tenaga dalam..?
ape itu zikir nafas..? dan bagaimanakah cara pernafasannya..?
bolehkah kita bersahabat dengan jin..? kalau saya pergi ke blog tuan kelarias.. dia cakap boleh kawan..tapi yang baik2 je..
Wa alaikum salam -xdeath...
BalasPadamSecara umum...untuk menggunakan tenaga
dalam biasanya pasti dengan pernafasan....
Cara pernafasan itu banyak caranya..dan
mungkin berbeza dari satu ke satu perguruan
lain...
Cara yang kami gunakan...setiap kali menarik
nafas...terus berzikir Allah..Allah dalam hati
dan begitu pula ketika melepaskannya...
Semasa menahan nafas tu...baca Fatihah 3 kali
dalam hati...dan masa itulah kekuatan tenaga
dalam terkumpul...
Ketika melepaskan nafas...ketika itu serangan
dibuat...
Saya kurang tahu mengenai perguruan lain...tapi
setakat yang saya faham...dalam perguruan ini..
kalau setakat tahu tapi tak ada ijazah (kebenaran dari pengasas)untuk mengamalkannya
maka kekuatannya sangat kurang...kerana dikata
kan tak ada berkat perguruan (iaitu setiap ahli
saling mendoakan antara satu sama lain)...
Tapi saya yakin...banyak lagi perguruan lain
yang mengamalkan konsep yang sama...dengan kekuatan yang sama atau lebih hebat lagi...
Yang penting..jangan salah pilih perguruan...
kerana ada segelintir perguruan...kekuatan
tenaga dalamnya adalah dari sebab penglibatan
jin...
Mengenai blog tuan kelaris...saya bersetuju
...kita boleh kawan jin yang baik-baik...
Malah bila kita berdoa memohon keampunan untuk
sesama saudara seagama...ia bukan untuk manusia
sahaja...kerana jin juga banyak yang Islam...
Cuma masalahnya...kalau jin datang...atau kita
jumpa jin...dari mana kita tahu..ia baik atau
tak baik...
Jin itu benda ghaib...kalau ia ada seribu ke-
jahatan..dan cuma ada satu kebaikan...
dan ia cuma memperlihatkan kebaikannya
yang satu itu sahaja...kita akan mengatakan
ia jin baik...tapi siapa akan beritahu kita
tentang kejahatannya yang seribu itu...
Pastinya tak ada siapa...kecuali apabila kita
mula menerima padahnya...
Begitu pula kalau jin itu mengaku Islam...dari
mana kita tahu ia benar-benar Islam...
sedangkan manusia itu...kalau mengaku Islam...kita boleh pereksa kad pengenalannya
atau bertanya di Jabatan agama...
kalau jin...mana nak pereksa?
Kalau kita cuma bergantung kepada penampilan
Islamnya...betapa banyak jin Ifrit yang datang
berserban jubah...sedangkan ia seekor penipu..
yang menyebarkan ajaran sesat...menyakiti kanak-kanak...dan memperkosa kaum wanita?
Kalau ada jin yang kita katakan baik...maka ia
adalah jin yang mengajarkan Abu Hurairah Ra...
agar mengamalkan Ayat Kursi untuk mengelak
gangguan jin...
Jin itu telah mengajarkan suatu ilmu yang se-
hingga sekarang diamalkan oleh jutaan manusia
...sedangkan Rasulullah SAW tetap mengatakan
jin tersebut adalah penipu...malah disebut
syaitan...iaitu jin kafir...
Tapi saya nak tambah sedikit...kalau kita mampu
dan ada jin nak berkawan...nak mendamping...
maka tolak saja...tapi kalau tak ada cara lain
...bunuh saja...dan jangan takut..kerana Islam
cuma ajar bunuh orang balas hukum bunuh...
dan tak ada undang-undang bunuh jin...kena denda atau kena hukum bunuh...ertinya bunuh jin
itu bukan satu jenayah...tentu ada sebabnya
begitu?
Kita cuma sebaiknya tak membunuh tak tentu
pasal...kerana jin itu juga makhluk Allah...
Ada jenisnya bangsa jin itu...kalau ia Islam...
maka secara semula jadi ia akan menngasihi
orang-orang dan keluarga Soleh...
Bagaimanapun kalau kita harap jin itu akan me-
lindungi kita...maka kita jatuh syirik...
atau mengharap sebarang faedah darinya...
Semuanya akan berlaku secara semulajadi meng-
ikut kehendak Allah...maka balik pada asasnya
iaitu...segala yang baik itu dari Allah se-
mata-mata...
Maka ia akan tinggal serumah cara bersih...dan
manusia itu sekali-kali tak akan tahu atau se-
dar kehadirannya...
Jin itu akan menumpang makan...dan menjadi
makmum kepada setiap solat...serta akan men-
jadi pembenteng sihir secara semula jadi...
Tapi kalau sebuah keluaraga atau dalam sebuah rumah itu ada tanda-tanda kehadiran jin seperti
seram...bunyi-bunyi...sejuk...panas dan sebagai
nya....maka ia biasanya menunjukkan kehadiran jin kafir...
Wallohu a'lam
terima kasih junied...banyak sy dapat dari blog ni
BalasPadamSama-sama...Alhamdulillah...
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAs-salamualaikum..saudara,saya ada seorang sahabat sedang menderita menjadi mangsa sihir..setiap hari ada saja sesuatu yang bergerak-gerak yang menusuk-nusuk di muka,didalam mata,dalam rongga hidung,telinga,kemaluan dan dipunggung..dia juga mendengar perbualan tukang sihir..saya mohon nasihat daripada saudara
BalasPadamWa alaikum salam wbkth Suzeli....
BalasPadamSecara umum...setiap orang yang kena sihir
sebaiknya minta rawat...kerana penyihir
juga jin sihir itu biasanya sangat berpengala-
man...maka perlu seseorang yang ber-
pengalaman pula untuk merawatnya...
Namun dalam pada itu...ia juga sebaiknya ada
amalan pendinding dan antara yang terbaik
adalah amal Ayat Manzil...
Tapi kalau tidak mampu...boleh amal...
Baca fatihah 1x..salawat 3x...Ayat Kursi 11x
yang dibaca pada tapak tangan seperti berdoa.
Ludah angin pada tapak tangan...tutup muka
kemudian tarik nafas perlahan-lahan melalui
hidung...tarik nafas lembut dan dalam sehingga
terasa nafas memenuhi segenap tubuh termasuk
bahagian kepala dan anggota...
...tahgan nafas...sambil menutup mata...sapu
kedua tapak tangan tadi dari muka naik ke atas
kepala ...turun melalui bahagain belakang kepala
dan spu tubuh setakat mana sampai...hingga
ke hujung jari kedua-dua kaki...
...duduk 'relaks' baru lepas nafas perlahan-lahan
melalui hidung...
Dan lebih baik....ketika membaca ayat-ayat ke-
tapak tangan yang dibuat seperti sedang me-
nakung tadi...pastikan nafas sampai ke kulit...
dan bayangkan tapak tangan penuh dengan
cahaya putih yang bersifat panas membakar
jin....sihir dan angin bisa...
...maka cahaya putih itu yang disedut...me-
menuhi tubuh...menghancurkan segala
gangguan dalam badan...dan bakinya wap
cahaya putih sapu ke luar tubuh...dan bayang-
kan lapisan putih itu juga menyelimuti tubuh
jadi perisai...
Adapun mengenai kita membayangkan cahaya
BalasPadamputih ia tidak nampak pada mata kepala kita
tapi sesuatu yang kita bentuk melalui bayangan
adalh nyata pada pandangan jin...maka kita
usaha pergunakan kelebihan ini...
Kemudian tambah 3 atau labih baik 4 Qul termasuk
Qulya...baca tiga-tiga kali kesemuanya...juga
pada tapak tangan kemudian sapu seperti cara
tadi...
Amal pagi petang atau pagi malam...selalu ber-
usaha ada wuduk setakat mana mampu kerana
biasanya ambil wuduk mungkin akan buat
kita buang angin (bisa)...sedangkan wuduk
juga jadi perisai...
Elakkan dengar muzik...pantangkan telur ayam
juga pisang serta daging binatang 4 kaki apa-
bila gangguan terasa...
...dan sangat penting...jaga solat....
Bacakan amalan di atas pada air dalam botol...
pastikan nafas sampai pada air selama mem-
bacanya guna minum sapu muka...campur
air mandi...juga renjis 4 penjuru bilik juga
mana-mana ruang yang terasa ada gangguan.
Sentiasa berzikir Laa ilaaha illallooh walau se-
kadar dalam hati bila-bila masa juga...atau
pun Allah...Allah...
Kalau badan rasa panas...baca salawat.ber-
ulangkali samapi rasa lega...atau baca pada
air kosong 11kali salawat guna minum dan
sapu muka...Insha Allah...
Dan kalau mampu...sebaiknya minta juga rawat
sebagai sampingan...
Wallohu a'lam