Jumaat, 25 Februari 2011

RUPA-RUPANYA... ( 6 ALKISAH... )

1. Jin Saka Dan Masjid...

Seorang rakan...sentiasa merasa sedih..pilu
tanpa sebarang sebab...

Tapi perasaan itu hilang...sebaik sahaja ia
masuk ke dalam masjid...solat berjemaah...
serta belajar mengaji...

Rupa-rupanya...rakan itu ada jin saka perem-
pua tua yang sentiasa mengekorinya ke mana-
mana...

Jin itu tak berani mengekorinya masuk ke-
dalam masjid...maka tekanan perasaan dari se-
bab gangguan jin saka itu hilang...

Bagaimana pun...perasaan sedih dan pilu itu
akan terasa semula apabila ia keluar dari
masjid...

2. Saka Menghalang Jumaat...

Seorang rakan...setiap pagi Jumaat tubuhnya
menjadi lesu...letih tanpa sebarang sebab...

Ketika menjelang waktu tengah hari...ia akan
tertidur...dan tiba-tiba terjaga dan menjadi
cergas semula apabila Solat Jumaat di masjid
selesai...

Begitulah keadaannya setiap Jumaat...

Rupa-rupanya rakan itu ada jin saka silat...
dan jin itu sentiasa menghalangnya dari Solat
Jumaat...

3. Saka Isteri Halang Ke Surau...

Seorang suami...isterinya asyik marah-marah ta-
npa sebab munasabah apabila si suami itu hendak
ke surau solat berjemaah...

Rupa-rupanya...si isteri ada jin saka...dan jin
itu tak suka si suami pergi ke surau...

4. Sombong kerana Saka...

Dua orang rakan...pantang saja bertemu di mana-
mana...tak sah kalau mereka tak berdebat dan sa-
ling menunjuk-nunjuk...kononnya yang satu itu
lebih tahu dan banyak ilmu daripada yang satunya
lagi...malah kadang-kadang hinggga ke tahap ber-
tengkar tak tentu pasal...

Rupa-rupanya...masing-masing mereka ada jin ilmu
dan jin itu saling meluat dan menyombong antara
satu sama lain...kerana jin-jin itu masing-masing
merasa diri lebih hebat...

5. Ilmu Saka...

Seorang anak buah...tiba-tiba ia mendapat kepan-
daian 'semula jadi' tanpa menuntut sebarang ilmu.

Apaila ia menyentuh saja tubuh seseorang yang sakit
kerana gangguan jin...ia serta merta dapat merasa-
kan punca sakit itu...

Contohnya ia akan berkata...petang kelmarin tu ka-
mu memotong rumput di kebun...dan kamu tanpa seng-
aja...telah mencederakan sesekor anak jin...dan
sekarang...bapa jin itu sedang membalas dendam...

...apalagi..ternganga 'sakanla' si sakit itu...
kerana kebunnya itu terletak beberapa kilometer
jauhnya dari situ...

Rupa-rupanya...anak buah itu ada jin saka yang dat-
ang kepadanya...dan pernah sekali ketika ia kera-
sukan...saya bertanya pada jin itu setinggi mana
tubuhnya...dan jawabnya...setinggi pokok kelapa.

Ketika saya membacakan kepadanya salawat...dia
berkata..."aduh...aduh...jangan baca...sakit.."

Kini jin itu telah keluar...tapi 'biasala'...ka-
lau dah jin saka...lalai saja...ia akan kembali
atau mungkin akan mencari kesempatan kepada ahli-
ahli keluarga lainnya...

Kalau ada jin saka dalam kalangan ahli keluarga
...maka anda berpeluang menjadi pilihannya...
atau mungkin dalam rasa aman...sebenarnya ada jin
saka...dalam badan anda...

6. Jin Anjing Dalam Badan...

Saya pernah mendengar rakaman seseorang yang sed-
ang kerasukan jin anjing hitam dirawat oleh Ustaz
( guru utama )...

Ustaz bertanya padanya..."berapa besar badan kamu
ni...?"

Jin dalam badan itu menjawab..." besar macam pin-
tu "

Ustaz berkata " besar juga tu.."

" Tidak...kecil " jawab jin tersebut...

Rupa-rupanya...mungkin dalam kalangan jin...kalau
setakat sebesar pintu...masih saiz kecil...atau
sekadar saiz biasa?

...Wallohu a'lam...akan bersambung...

6 ulasan:

  1. salam, betol 2 byk halangan bila hendak pergi solat jumaat, mcm yg saya lalui tiba-tba deman, rasa nk tido, abis panas bdn, mula dari kaki tp kdg2 terdengar suara halang pergi solat jumaat, klau saya pergi jugak selepas solat jumaat, suara itu ugut nak bunuh dan cedera saya.encik junied saya ada saka,dan terkena ilmu pelalau dari org yg buat utk ayah saya, hidup saya penuh dngan gangguan,saya pnh berubat dng tok bomoh dan ustaz tp x berkesan, kdng2 saya takut dah nk berubat, mungkim ini ujian allah pada saya

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Kenu...

    Sebenarnya jin saka adalah perkara biasa
    untuk kebanyakan orang...cuma bentuk dan
    gangguannya saja yang berbeza...

    Biasanya bagi gangguan jin saka...mengharap
    rawatan semata-mata tapi tak beramal atau
    berikhtiar mempertahankan diri sendiri...
    masalah tak akan selesai ( kecuali atas izin
    Allah...)

    Ia terutamanaya kerana jin saka ini biasanya
    jin ilmu...agak liat dan banyak pengalaman...

    Katakan kita berubat...jin saka itu boleh me-
    lawan perawat...atau kalau ia tahu tak mampu
    ...ia boleh cabut lari ke mana-mana...

    Kalau perawat dah pulang...atau kita pulang
    ke rumah...jin itu boleh datang semula...

    Saya pernah meminta rawatan perawat Rukyah
    handalan...perawat tenaga dalam...malah
    perawat jin handalan...dan pernah meminum
    air doa bersih...air sihir rawatan...malah
    minum air bercampur darah ayam..darah kerbau...mandi air bunga bercampur darah bi-
    natang...makan daging binatang sembelihan sihir...yang sebenarnya termasuk sebagai bangkai...( kerana tak faham...dan tak tahu )
    ...dan saya mendapat kesimpulan...mengharap
    perawat semata-mata...mungkin boleh sembuh...
    tapi hanya untuk sementara...atau langsung
    tak berkesan...

    Saya harap Kenu tak berputus asa...dan ingat
    seperkara...hidup mati kita di 'tangan' Allah.

    Semakin kita memandang tinggi...takut...gerun
    dan percaya jin berkuasa memudaratkan kita...
    keyakinan kita itu akan menguatkan penguasaan
    jin itu terhadap kita...

    Ada kalangan rakan yang pernah menghentikan
    serangan jin hanya dengan menghayati...
    bahawa hanya Allah yang berkuasa...dan jin
    itu tak berkuasa mendatangkan kebaikan atau
    kemudaratan...kecuali atas izin Allah se-
    mata-mata...

    Yang penting...dekatkan hati dan diri kepada
    Allah...dan amal pendinding diri dari gangg-
    uan jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. salam, apa yg saya alami sejak kecil lg, sungguh menakutkan, saya penah 2,3 kali bunuh diri, mkn pil ubat gara-gara gangguan tu, keinginan untuk mati adalah tinggi semasa saya kecil,sampai saya takut dengar azan dan jadi takut, gagap bila mengaji al quran,sekarang umur saya 25 tahun, saya dah boleh kawal gangguan ini,sungguh sedih kedua org tua saya tidak ada saka, hanya kerana seseorg penah memberi keris kepada ayah dan itu punca gangguan keluarga kami,

    BalasPadam
  4. Wa alaikum salam Kenu...

    Sebarang tekanan perasaan dari sebab-sebab
    biasa...kalau nak dibandingkan dengan tek-
    anan perasaan dari sebab gangguan jin...
    umpama beza antara pedih luka semata-mata
    dengan pedih luka dibubuh pula racun...

    Iaitu tekanan dari sebab gangguan jin itu
    lebih berat nak ditanggung...dan pula...
    kadang-kadang rasa nak mati itu juga ada-
    lah daripada hasutan jin...

    Kalau kerisnya masih ada...mungkin boleh
    diguna perawat untuk menarik jin itu masuk
    dan mengikatnya pada keris...

    Kalau tak ada...sebaik-baiknya beramal dan
    juga meminta rawatan...kerana untuk jangka
    masa panjang...mungkin jin itu akan menimb-
    ulkan 'ulah' lain pula...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. bagaimana untuk mengenalpasti najis jin? terdapat kesan air najis yang baunya cukup hancing di satu bahagain rumah walaupun kami tiada membela haiwan peliharaan ataupun kesan2 tikus/cencorot. adakah ini najis jin dan jika benar, bagaimana untuk mengelakkannya berulang?

    BalasPadam
  6. Salam sejahtera hafiz...

    Saya tak ada cara khusus nak kenal najis
    jin...tapi kalau dah pasti tak ada bina-
    tang atau sebarang sumber biasa...maka
    ada kemungkinannya...

    Hafiz boleh cuba renjis air Yasin atau
    sabagianya pada 4 penjuru...agar ruang
    itu jadi 'panas'...

    Kalau ada perubahan..bertambah atau ber-
    kurang...maka 'ada harapan'...kencing
    jin...

    Dan kalau ruang itu ada jinnya...mungkin
    baunya dapat dihidu terutama pada mana-
    mana penjuru...bau hamis darah...hamis
    kambing atau sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam