Isnin, 14 Februari 2011

S 'S'...Jin Saka Dan Sakit Lutut...

Ibu itu nampaknya dalam keadaan cukup terdesak.

Baru petang tadi ia dimasukkan ke wad kerana me-
ngalami sakit lutut yang agak teruk.

Ia bukan hanya tak dapat berdiri...malah ketika
ia duduk di atas katil pun...kesakitannya jelas
'menyeksakan'...

Sebaik saja saya selesai 'scan' seorang rakan...
ibu itu memanggil saya dan berterus terang minta
rawat...sedangkan kami saling tak mengenali...

Rakan tadi sempat membisikkan saya...ibu
itu non Muslim...tapi saya memberitahunya...tak
ada masalah...

Masalahnya ialah...saya tak ada pengalaman dengan
orang yang sakit lulut...cuma sekadar ada teori
semata-mata...

Saya sebenarnya datang ke wad hanya kerana untuk
memenuhi permintaan seorang jiran semata-mata...
tapi apabila diminta oleh beberapa orang pesakit
yang rata-ratanya tak dapat dikesan oleh hospital
punca sakitnya...termasuk ibu yang sakit lutut ini
...saya ikhtiarkan juga setakat mampu...

Banyak punca lutut sakit...dan untuk memastikan
samada lutut ibu itu sakit biasa atau kerana gan-
gguan jin...saya meletakkan hujung jari kelutut
kanannya...dan dengan menggunakan nafas...menarik
keluar sekiranya ada angin bisa di dalamnya...

Ternyata...sakitnya jauh berkurang..dan ibu muda
itu dah boleh membengok dan meluruskan lututnya
dengan mudah...

Ini adalah salah satu cara 'scan' untuk menentu-
kan samada seseorang itu memerlukan rawatan hosp-
ital...atau rawatan gangguan jin...

Oleh kerana tak cukup masa...jam dah hampir pukul
6 petang...saya memintanya meletakkan sebotol ke-
cil air mineral di atas meja kecil tepi katilnya
...dan berpesan agar meminum air tersebut pada jam
10 malam...

Mula jam 9.30 malam...saya membuat pengisian jarak
jauh pada air tersebut dengan menggunakan Ayat Ma-
nzil...

Jam 10.45 malam...ibu itu menghantar mesej pesanan
ringkas (sms)..."Teruk betul lutut saya sakit ni...
rasa nak nak menangis menahan sakit..."

Saya memintanya bersabar...dan selepas itu tak ada
lagi sms nya...

Jam 7.30 pagi...saya menghantarnya air doa lain...
yang tak 'sepanas' Air manzil...

...tapi ternyata ibu itu dah boleh tersenyum.

Selepas menghantar sms semalam...ia tertidur dan
apabila bangun pagi...sakit lututnya dah jauh ber-
kurangan...malah ia dah boleh menggerakkan kakinya
dengan mudah...

Namun ibu itu nampaknya dah ragu-ragu meminum air
Manzil kerana takut sakit seperti semalam berulang
...dan akan meminum air yang baru saya hantarkan
sahaja...

Malamnya...ibu itu menghantar sms...pagi tadi dok-
tor yang memeriksanya telah mengambil keputusan un-
tuk menghantar si ibu itu ke hospital besar
(di Kota Kinabalu)...dengan sebab punca penyakit
lutut itu tak dapat dikesan...dan hospital daerah
tak ada ubat untuknya...

Tapi si ibu meminta tangguh dan doktor itu membe-
ri syarat...kalau ia melihat si ibu dapat berdiri
dan berjalan tanpa bantuan...ia akan di benarkan
pulang...

Pagi esoknya...si ibu mengambil keputusan meminum
Air Manzil itu semula...walaupun menyebabkan kep-
ala...dada dan kakinya sakit...
(tandanya pada bahagian-bahagian tersebut padat de-
ngan angin bisa jin)...dan mencampurkan dengan air
mandi tengah harinya...

Jam 4.45 petang saya menziarahinya...si ibu keli-
hatan gembira...dan turun dari katil serta berjalan
tanpa bantuan suaminya...

Tengah hari esoknya...si ibu menghantar sms...dok-
tor telah membenarkan ia pulang setelah doktor itu
sendiri melihatnya berdiri dan berjalan...

Kampungnya terletak di Jalan Sandakan...dalam per-
jalanan hampir sejam dari Bandar Kecil Ranau...

Sekadar Analisa...

1.Ibu itu mula sakit lutut sejak umur anaknya
3 bulan...dan sekarang umur anak tersebut 13
tahun...dan inilah sakit lututnya yang paling
'teruk'...
hingga tiba-tiba ia tak dapat berjalan...tak
dapat berdiri...malah sakitnya berdenyut-den-
yut...

Dalam berbelas tahun 'terbiar' itu...angin bisa
jin sudah sebati pada beberapa tempat...

1- pada bahagian kepala...terutama pada bahagian
ubun-ubun...otak kanan...dan otak kirinya...

2- pada bahagian lutut kaki kanan dan lutut kaki
kirinya...

3- pada bahagian atas lutut...dan bahagian bawah
lututnya...di kaki kanan dan di kaki kiri...

Ada tanda ianya adalah dari gangguan jin saka
iaitu...

- ia dan kalangan adik beradiknya mengalami sakit
lutut tanpa sebarang sebab yang diketahui...

...dan si ibu itu adalah yang paling sering sa-
kitnya sejak dahulu...

- ada kalangan keluarga tuanya yang suka menyi-
mpan berbagai jenis tangkal...dan seperti yang
kita faham...sia-sia saja kalau menyimpan tangkal
kalau tak 'power'...dan tentu sekali jinnya juga
'power sakan'...

Lain-lain...

1- ada angin bisa jin pada dadanya...

2- ada angin bisa jin pada belakang...

3- dan ada tanda-tanda aura jin pada mukanya...

Laluan Masuk Jin ke dalam badan...

1- ubun-ubun...

2- liang rambut bahagian belakang kepala...

3- liang roma bahagian belakang tubuh...malah
ada penempatan jin pada 'satu titik' tulang
belakang...

4- dan melalui beberapa batang jari kaki kanan
dan kaki kirinya...

Laluan Jin Dalam Badan...

1- dari jari-jari kaki ke bahagian kepala...

2- dari bahagian otak kanan dan otak kiri...
ke kaki terutamanya ke bahagian lutut...

3- dari tulang belakang...ke lutut kaki kanan...

...dan beberapa bahagian dalam kaki serta badan
di mana jin-jin itu bebas bergerak dan bersembunyi.

Punca Sakit Lutut...

1.Angin bisa jin padat dalam lututnya menyebabkan
ia sangat sakit untuk digerakkan...

2.Ada laluan secara langsung dari otak kiri dan
otak kanan ke bahagian lutut...
maka saya berpendapat ia juga melibatkan gangguan
pada bahagian saraf yang menghubungkan antara otak
dan bahagian kaki...
serta gangguan pada saraf otak sendiri...yang men-
yebabkan 'arahan' dari bahagian otak ke bahagian
kaki terganggu...dan menimbulkan gejala rasa tak
berdaya dan gejala bergegar (gerakan di luar kawa-
lan)pada bahagian kaki...

Tapi untuk masa penempatan jin dalam tempoh hampir
13 tahun...rasanya rawatan dua tiga hari...malah
tanpa rukyah lengkap...sangat-sangat tak memadai...

Apabila ibu itu pulang...kampung atau malah kemu-
ngkinan besar rumahnya jadi kediaman jin saka...
(iaitu tempat keras)...tanpa sebarang perawat...
tanpa sebarang pendinding diri...nampaknya...ia
bakal mengalami keadaan sukar...
kecuali kalau Tuhan berkehendak membantu dan me-
lindunginya walau atas cara...dan sebab apa jua...

Wallohu a'lam

38 ulasan:

  1. Assalamualaikum ustaz...macm mna sy nk hubungi ustaz?sy ada mslh gangguan

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam HIJAU DAUN...

    Sebenarnya saya bukan ustaz ya...hanya
    sekadar pengkaji dan penulis bebas...

    Kalau HIJAU DAUN tak keberatan...boleh
    kemukakan sebarang masalah di blog ini
    dan Insya Allah...mungkin kita boleh
    berkongsi pengetahuan dan pengalaman..
    ...semoga bermanafaat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. sebenarnya sy rasa seperti di ganggu..sering mendengar bunyi hujan...phone..org berjalan...tpi bila sy toleh...semua seperti biasa....sy jugak sering melihat kelibat lembaga berjalan di belakang...

    mcm mna sy nk hubungi saudara?

    BalasPadam
  4. Tanda-tanda di atas biasanya adalah gejala
    seseorang yang didampingi makhluk halus.

    ...dan serba sedikitnya...mungkin ada angin
    bisa dalam badan...terutama bahagian kepala.

    Saya sebenarnya jarang merawat...maka pen-
    galaman juga tak seberapa...dan kalau me-
    rawat pun...kerana saya dah pastikan...
    sesorang itu tak mampu mencari perawat...
    kecuali perawat yang menggunakan jin...

    Saya sangat galakkan...kalau nak minta ra-
    watan...biarlah pada perawat sebenar ya...

    Saya menulis tentang perkara-perkara yang
    saya tahu...tapi saya tahu...sangat banyak
    perkara yang saya tak tahu...maka kalau nak mula berawat...biarlah pada orang yang betul-betul tahu...

    Cuma dalam blog ini...saya harap HIJAU DAUN
    dapat merujuk kepada amalan Ayat Manzil...
    amalan Ayat Kursi dan sebagainya...tapi ka-
    lau ada apa kemusykilan...mudah-mudahan kita
    dapat kongsikan...

    Tentang perawat tu...saya harap HIJAU DAUN
    cuba ikhtiarkan dulu ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. saya pernah memanggil perawat datang ke rumah untuk merawat diri saya...ternyata memang ada yang mengganggu...setelah dirawat..saya merasa sihat...tapi setelah beberapa minggu, gangguan tu datang balik..ketika itu saya dalam keadaan kotor(period)gangguan tu terlalu kuat..sehingga sekarang saya rasa diri terganggu

    BalasPadam
  6. Perawat itu boleh dikatakan serasi...
    cuma nampaknya HIJAU DAUN mungkin perlu
    ada amalan sendiri sebagai perisai...

    Untuk tindakan sekarang...mungkin perawat
    itu boleh di panggil semula dan terangkan
    keadaannya sekarang...

    ...manalah tahu...perawat itu ada ikhtiar
    lain...

    Insya Allah...saya akan terbitkan satu ta-
    juk...mengenai amalan pendinding diri dan
    'scan' mudah...dalam sehari dua ini...

    Saya harap HIJAU DAUN dapat merujuknya kel-
    ak...mudah-mudahan bermanafaat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan junied, saya amat berminat mengikuti dan mendalami ilmu yang tuan perturunkan di laman ini ,muga-muga allah memberkati usaha murni tuan dalam perkongsian ilmu tuan.boleh kah tuan perturunkan cara bagaimana untuk membuat pengisian jarak jauh pada air sepertimana tuan catatkan di atas.Apakah dengan saya menjadikan amalan harian seperti ayat manzil,3 fatihah senafas,petua membaca surah alikhlas selepas solat subuh,amalan tiga qul,petua membaca ayat kursi,bismillah lima,bismillah 6,ayat 7,ayat 15,surah alhadid ayat 1 -6,amalan sunat seperti solat tahajud,puasa sunat isnin dan khamis boleh membuat pengisian jarak jauh atau kena perbanyakkan lagi amalan-amalan lain.tima kasih

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam Kilat...

    Biasanya pengisian jarak jauh itu ber-
    kaitan dengan tenaga dalam iaitu ijazah
    dan latihan pernafasan...

    Tapi saya boleh nyatakan antara caranya
    iaitu...

    ...Contohnya nak buat pengisian fatihah 7
    kali...

    - Baca Fatihah 7 kali...

    - Tarik nafas dalam-dalam...

    - Tahan nafas...

    - Kemudian lepaskan nafas perlahan-lahan...serta bayangkan aura yang kita
    bentuk di alirkan kepada tangan dan ke-
    luar melalui tapak tangan...

    ...dan bayangkan...botol air yang kita
    nak buat pengisian itu ada di hadapan
    kita...dan aura itu alirkan ke dalamnya.

    ...niatkan ia jadi air penawar...

    Ia tak ada disyaratkan memperbagaikan
    amalan...yang penting sebaiknya ijazah
    khusus kepada guru yang berkelayakan...
    dan lathan pernafasan...

    Tapi apabila sesorang itu lebih banyak
    amalannya...maka biasanya lebih 'bisa'
    pengisiannya...

    Adapun saya bukan guru...dan tak ber-
    kelayakan untuk mengijazahkan tenaga
    dalam secara khusus...iaitu antara
    kelebihannya...mengaktifkan tenaga da-
    lam dari sebab amalan doa-mendoakan anta-
    ra sesama ahli...

    Namun...3 fatihah senafas...dan 3 Qul
    pernafasan adalah petua tenaga dalam
    mudah yang boleh di amalkan sesesiapa
    juga...dan saya yakin jika ia jadi ama-
    lan berterusan...boleh menguatkan lagi
    tenaga dalam diri...

    Cuma adakah ia sampai keperingkat boleh
    membuat pengisian jarak jauh...rasanya
    saya tak dapat mengkajinya sendiri...
    kerana sudah mengambil ijazah secara
    khusus...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Salam tuan tima kasih bebanyak atas pengkongsia itu,izinkan saya mengamalkannya

    BalasPadam
  10. Wa alaikum salam Kilat...
    Insya Allah...silakan...

    BalasPadam
  11. salam, ayah saya ini ddikatakan mengalami sakit gout tetapi selepas membuat pemeriksaan doktor tiada kesan bisa ditemui dalam lututnya.malahan, lutut ayah saya membengkak lebih besar,ada angin disekeliling dalam kakinya itu, dan betis kaki ayah saya menjadi hitam. dh bermacam ahli perubatan telah ditemui dan ubat, malangnya masih sama.boleh encik berikan saya beberapa kaedah untuk saya mengubati penyakit ayah saya ini

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam alexandria922...

    Kalau ianya bukan sakit biasa...maka kemungkinan besar ia dari gangguan
    angin bisa...

    Secara ringkasnya..minta 'scan' iaitu
    dalam bidang perubatan gangguan jin...
    dan jika ia gangguan...ia memerlukan
    orang yang agak pakar untuk merawatnya.

    Antara anda lainnya...ia mungkin rasa
    panas..sakit berdenyut-denyut...rasa
    lemah dan sebagainya...atau ada benda
    bergerak dalam mana-mana bahagian kaki
    ...terutama bahagian yang sakit...

    Rawatannya...sebaiknya dirukyah...atau
    guna Air Manzil...Air Ayat Kursi 11x...
    Air Bismillah 7 tujuh kali atau sebag-
    ainya...untuk diminum serta sapu tempat
    sakit...dan air doa itu boleh buat sen-
    diri...(mengikut kemampuan)...

    Kalau sukar nak dapat air doa...boleh
    guna air Yasin Malam Jumaat...

    Pantang sementara telur ayam...daging
    binatang 4 kaki...pisang...kacang tanah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. saudara junied,boleh saudara terangkan kenapa ada pantang bagi kes saudara alexandria tu?tak faham..boleh terangkan tak?

    BalasPadam
  14. Saudara HafizxDD...

    Telur daging dan pisang itu boleh menguatkan
    jin yang tinggal dan menumpang makan dalam
    badan...ia sebenarnya pantang oleh seorang
    ustaz perawat di KK...dan saya dapati ada
    kesnya...sakit bertambah atau berulang sete-
    lah memakannya...

    Kacang tanah pada sesengah pendapat kurang
    sesuai untuk penyakit sendi termasuk lutut
    kerana boleh menyebabkan lebih banyak air
    berkumpul padanya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum ustaz,
    saya cuma ingin bertanya,kebelakangan ini lutut saya sering bisa dan menyucuk nyucuk,tp cuma lutut sebelah kiri.Bagaimana na pastikan bkn gangguan jin iaitu hanya sakit sendi biasa yang memerlukan perawatan di hospital? saya ibu anak 3 berusia 31 tahun.

    Terima kasih

    BalasPadam
  16. Wa alaikum salam wbkth N.A...

    Ada beberapa cara nak pastikan...

    1.Minta 'scan' dengan perawat...

    ...atau kalau ke hospital...

    2.Punca atau sebab sakit tidak dapat
    dikesan...atau mungkin doktor katakan
    anda tidak ada sebarang masalah...

    3.Kalau ada ubatnya pula...kurang atau
    tidak berkesan...atau sembuh sekejap
    kemudian sakit semula...

    ...tanda-tanda lain...

    4.Mungkin sakit itu datang dan hilang
    (tapi tidak semestinya)...

    5.Biasanya ia dirasa panas...

    6.Rasa berbisa...(namanya pun saja
    angin bisa...)

    7.Air bertindakbalas dengan meminum
    air doa...atau minyak doa...samada
    bertamabh sakit atau kurang...

    8.Baca ayat Kursi pada tapak tangan
    kanan...tiup perlahan dan dekatkan
    tapak tangan tadi ke atas kulit
    lutut...kalau kulit rasa panas...
    menunjukkan ada angin bisa jin...

    9.Atau...baca Fatihah 1x...dan 3 Qul
    pada kedua tapak tangan...tiup per-
    lahan...dan sapu lutut tadi...kalau
    ada apa juga tindakbalas...maka ada
    angin bisa jin...

    Amalan ini boleh dibuat sekurang-
    kurangnya pagi petang untuk merawat
    sekiranya ia gangguan...disamping
    guna air doa atau munyak doa....

    ....dan sebagainya...

    Kalau ada tanda gangguan...sebaiknya
    N.A minta rawat pada perawat yang di-
    yakini..pantangkan sementara makan
    telur ayam...daging binatang 4 kaki
    ...pisang dan perhatikan jika ada se-
    barang jenis makanan lain yang memberi
    kesan tambahnya sakit ya...

    Wallohu a'lam

    10.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum ustaz,
      saya juga mempunyai masalah sakit lutut yg sama seperti N.A.dan juga sebelah kiri saja. Saya dah pegi hospital buat blood test dan x-ray tapi xde apa2. kadang2 lutut dan kaki kiri saya rasa panas, rasa seperti ada sesuatu yang memberati lutut saya dan kadang2 rasa mcm ada benda bergerak dalam lutut. ia mengganggu pergerakan seharian saya. kena pakai bandage lutut dan sapu balm panas baru boleh berjalan dengan selesa. kalau x pakai bandage rasa macam skrew lutut longgar dan rasa sakit merebak sampai ke peha dan bawah kaki. badan juga selalu rasa panas dan lemah serta cepat penat.saya masih bujang dan berumur 32 tahun. mengalami masalah lutut ni sejak akhir tahun lepas (2011).tindak balas jenis apa yg akan diperolehi apabila kita baca ayat2 yg dicadangkan di atas jika ada gangguan?saya tak tahu perawat mana yang boleh dirujuk.

      Padam
  17. Wa alaikum salam wbkth NZA...

    Tindakbalas itu kadang-kadang ia semakin
    sakit untuk peringkat awalnya...(tapi
    tidak semestinya)...dan biasanya ia juga
    bergantung kepada kuat lemahnya gangguan
    serta amalan pendinding empunya diri...

    Cuba belek-belek pada blog perawat Islam
    ya...manalah tau ada perawat terdekat...

    Tanda-tanda pada NZA sekarang menunjukkan
    gejala angin bisa yang agak sedikit berat
    dan benda itu sedang cuba nak kuasai satu badan...

    maka berusahalah ya mencari perawat...

    Untuk sampingan...NZA boleh cuba cari garam
    bukit yang sudah dirukyah...rasanya ia boleh
    dicari melalui intnt...

    Kalau boleh dapat air Yasin...maka gunakan
    untuk minum...mandi...dan kalau mampu...
    NZA amal Ayat Manzil dan bacakan pada air
    ...minyak gosok dan minyak mandi...

    Pantangkan juga sementara telur ayam...
    pisang dan daging binatang 4 kaki...

    Insya Allah ya...setiap sakit itu pasti
    ada penawarnya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  18. salam...ustaz, sya jga rasa sakit lutut seperti nza kata kn,sakit2, panas2 dn kadang2 cam di tusuk benda tajam pada balakang sya....sya pg hospital doktor ckp tulang repuk tpi doktor ckp knaparr sya ada dpt sakit cam ne sedang kn ne sakit org tua2 yg brumur 50-80 dn sya skrg bru brumur 26 thn...boli kh ustaz tolong sya camna nak rawat sakit ne..klu boli sya nak jumpa ustaz sendiri dn minta rawatan dgn ustaz boli kh..klu boli sya tinggal kn no tfon sya dcni ya..0168190189

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth zila...

    Memang kadang-kadang gejala gangguan itu
    menunjukkan seolah-olah penyakit biasa...
    namun rasanya sesuai sangat zila minta
    rawatan gangguan...

    Silalah zila rujuk pada blog Pusat Rawatan
    Iman Theraphy...dan boleh hubungi guru
    utama kami...Yang Berbahagia Ustaz Muhammad
    atau jika boleh juga pada guru juga rakan
    saya Ustaz Sallehuddin terutamanya kalau
    zila berada dalam Daerah Ranau atau KK...

    Insya Allah ya...

    BalasPadam
  20. Salam, ustaz sebenarbya masalah kaki yg saya hadapi adalah sama dgn apa yg makcik diatas lalai. Saya, ibu saya, kakak saya semua mengalami sakit kaki yg sama, ustaz boleh tolong ke?

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam wbkth Ummi...

    Untuk rawatan kalau pada IT bolehlah hubungi guru
    saya Ustaz Muhammad Abdullah ( Putatan kk )...
    0132073001 atau Ustaz salehuddin juga di KK
    0148656007...

    Saya bukan perawat bertauliah...biasanya sekadar
    merawat rakan...dan keluarga atau dalam keadaan
    yang kebetulan mendesak...

    Cuba pantangkan makan telur ayam...daging binatang
    4 kaki....dan pisang terutama semasa dalam rawatan
    juga sekiranya makanan tersebut menyebabkan sakit
    lebih kuat...

    Biasanya rawatan akan mengambil sedikit masa maka
    banyakkan bersabar dan terus berusaha...

    Insha Allah Ummi ya...

    BalasPadam
  22. AS SALAM En.Junied...
    Saya berminat dengan pengisian dalam blog ini.Mohon keizinan En.Junied agar dapat saya gunakannya sebagai rujukan atau subjek untuk dimuatkan dalam blog saya kelak.

    BalasPadam
  23. W alaikum salam wbkth puan...

    Alhamdulillah...silakan...semoga bermanaat untuk kita dan umumnya dengan
    izin Tuhan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum. Saya di sini ingin meminta pendapat saudara tentang apa yang saya alami. Saya seorang remaja 16 tahun dan akan menduduki SPM tahun hadapan. Pertamanya, saya ingin membuat pengakuan bahawa saya seorang yang kaki lancap(onani) dan sudah ketagih dengan aktiviti itu sejak beberapa tahun yang lepas. Saya juga ada mengalami masalah:
    1. Selalu mengantuk
    2. Rasa kehidupan ini tak bermakna
    3. Selalu mimpi(setiap kali tidur)
    4. Rasa ada sesuatu bergerak di kaki
    5. Cepat marah
    6. Letih lesu sepanjang hari
    Dan berbagai lagi. Saya pada dulunya seorang pelajar yang baik, pintar, kuat beribadah tapi kini tidak lagi. Saya ingin meminta pendapat saudara sama ada apa yang berlaku kedapa saya disebabkan perbuatan sendiri atau terdapat gangguan? Saya juga ada rakan yang suka melancap tetapi dia tidaklah mengalami seperti yang saya alami.
    #Saya berharap agar saudara sudi menolong saya kerana saya mempunyai niat untuk berubah menjadi baik seperti dahulu
    Sekian

    BalasPadam
  25. Wa alaikum salam wbkth farid...

    Gejala 1...3...tanda gangguan pada bahagian kepala ( otak dan fikiran ).

    Gejala 2...5 tanda gangguan pada bahagian dada ( juga perasaan ).

    Gejala 5 tanda jin bertenggek atas badan...atau jin berumah di bahagian
    belikat..atau kedua-duanya sekali....

    ...dan semua tanda di atas biasanya gangguan jin saka....atau yang sudah
    lama mendampingi...

    Gejala 4 itu adalah jin...biasanya jin akan naik ke atas...dan pada suatu
    jangka masa ia boleh sampai hingga ke bahagian kepala.

    Bagi perbuatan onani...ia boleh jadi kerana tersilap langkah pada awal-
    awalnya...iaitu dorongan naluri yang tidak terkawal terutama bermula
    dengan tidak menjaga pandangan mata juga fikiran...

    ...dan boleh jadi selain bisikan syaitan asli...ada gangguan jin yang masuk
    dari kaki dan singgah atau menetap dibawah perut menimbulkan suatu
    gerakan...atau rasa yang mendorong kepada perbuatan tersebut.

    Berbagai gejala di atas menunjukkan ada gangguan atau angin bisa...atau
    penempatan jin pada bahagian kepala...dada...belakang serta bahagian
    bawah perut.

    Laluan utama dari ubun-ubun dan hujung jari kaki...

    BalasPadam
  26. Maka selain bermujahadah...sebaik-baiknya...farid perlukan rawatan...dan amalan
    pendinding secara berterusan.

    Paling penting...jaga pandangan mata dan fikiran...sebaik-baiknya amalan Ayat
    Manzil...Fatihah...Ayat Kursi...3 Qul pernafasan dan sebagainya.

    Gunakan air doa jadi minuman...mandian dan pagar bilik..boleh pula minyak
    wangi doa sapu bawah perut...dan dahi...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada hakikatnya adakah saya didampingi jin atau cuma kesan2 onani? Saya pernah juga pergi jumpa bomoh air atau ustaz tahun lepas tapi dia cakap tiada apa2 yg pelik pada saya cuma saya perlu berhenti perbuatan onani. Tapi bagi saya apa yg berlaku kpd saya adalah pelik. Saya juga nak tanya, jika benar ada gangguan bolehkah saya mengetahuinya atau merawatnya sendiri tanpa meminta bantuan daripada orang lain?

      Padam
  27. Gejala 1 2 3 5 dan 6...juga boleh turut berpunca dari perbuatan tersebut yang kerap
    tapi ia juga gejala biasa bagi gangguan jin...

    Insha Allah farid...nanti saya akan menulis tajuk utama 'scan' diri sendiri pada
    masa terdekat ini di blog nampak hati...sesiapa juga akan boleh 'scan' diri sendiri
    dengan kaedah mudah ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih bnyak2..dan tolong beritahu juga cara untuk merawatnya

      Padam
  28. Boleh saya minta nma fb,wechat atau whatsapp abg??

    BalasPadam
  29. Sama-sama farid...maaf ya...mungkin agak terlewat sedikit saya tuliskan
    mengenai tajuk di atas...ia untuk 'scan'...pendinding dan rawatan diri.

    Tentang fb dan sebagainya itu maaf...Insha Allah kalau Tuhan izinkan
    dapat hp canggih sedikit...mungkin saya akan beri...sekarang masih guna
    pc...masa agak terhad nak buka-buka...

    Wallohu a'lam

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  30. Assalamualaikum tuan.bagaimana cara nk jd kn manzil sebagai rawatan tuk diri? Sy mengalami sakit lutut sebelah kiri..hampir sebln..sy mahu usahakn dgn manzil..mohon dberi tunjuk ajar,tuan

    BalasPadam
  31. Wa alaikum salam wbkth nur ashiqin...

    Caranya amal pagi petang...dan baca dengan nafas sampai pada air jadikan minuman harian serta sapu pada kedua-dua lutut hingga hujung
    jari kaki.

    Dan lebih baik pula amal Fatihah dan 3 Qul pernafasan...serta ayat Kursi
    pernafasan...seperti pada tajuk 'scan' diri sendiri dalam catitan januari
    blog nampak hati.

    Dan baca pada tapak tangan fatihah 1x dan Al Ikhlas 1x...al Falaq...An Naas
    sekali-sekali...tiup dan sapu pada lutut yang sakit hingga hujung jari kaki
    bayangkan kita menarik jin dan angin bisa keluar melalui hujung jari kaki.

    Kemudian baca lagi cara yang sama 3 Qul sahaja sekali-sekali serta sapu
    seperti tadi dan ulang lagi untuk ke tiga kali sekurang-kurang pagi petang
    atau setiap malam.

    Pantang sementara telur ayam...daging binatang berkaki 4 dan buah
    pisang hingga terasa semakin pulih Insha Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  32. Saya ada berjumpa seorang perawat untuk merawat anak saya yg hiperaktif berumur 5 tahun..kebetulan saya ceritakan kepada perawat tersebut tentang anak saya yg berumur 3 bulan sering menangis.lalu dia minta nama dan tulis diatas sekeping kertas.dengan bacaan tertentu dia maklumkan bahawa anak saya terkena gangguan jin.lalu dia meminta gambar anak saya untuk membuat rawatan jarak jauh.adakah cara ini dibenarkan dalam islam.

    BalasPadam
  33. As salam saudara...

    Ia boleh dibuat samada dengan ma'rifat...atau cara bersih atau boleh juga berlaku
    dengan penggunaan jin...maka terpulang pada perawat ianya pada kategori mana.
    maka kita kena hati-hati memilih perawat berkaitan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  34. Assalam ustad..Alhamdulillah diketemuan blog ustad..sejak selepas bersalin kaki saya pernah didatangi panasss seperti darah tidak mengalir..bukan itu sahaja sekarang saya terasa lutut kaki seperti sukar nak berjalan..seperti ada yang tidak kena..pernah ke tabib cina katanya masalah buah pinggang...dan saya rasa lemah sangat apabila ketika duduk terus berdiri...sangat memerlukan pertolongan ustad..sebab sy kesiankan anak sy masi kecil lagi...

    BalasPadam
  35. Wa alaikum salam wbkth puan...

    1. Saya kurang tahu samada ia berkaitan buah pinggang namun jika ada gangguan
    jin maka angin bisa itu masuk dari hujung jari kaki...dan agak 'pekat'...sehingga
    terasa darah tidak mengalir....kemudian angin bisa itu berkumpul padat sehingga
    lutut....dan angin bisa itu juga yang puan rasa panas.( angin bisa jin ).

    Silalah lihat pada blig nampak hati pada tulisan sebulan dua lalu...amal 3 Qul
    pernafasan dan sentiasa buat air doa sendiri tanpa putus...dan kalau baca
    Qur'an masa cuti maka niatkan sebagai membaca doa.

    Untuk lutut boleh cuba baca Ayat Kursi sambil tepuk perlahan-lahan dari se-
    keliling lutut dan turun ke pergelangan kaki niatkan menghancurkan jin dan
    angin bisa pada lutut ke kaki...kemudian baca takbir 7 kali sambil sapu
    dari lutut ke hujung jari kaki beberapa kali sahaja...niatkan membuang angin
    bisa dan jin yang mungkin ada dan hancur...buat pada kaki kanan kemudian
    kiri.

    Namun kaedah tepuk sapu itu mulakan setelah 3 hari minum air doa
    buatan sendiri ...sambil amal 3 Qul pernafasan....kalau boleh campur juga
    air doa pada air mandi...dan apabila kurang tindakbalas pada rawatan
    sendiri baru mula kaedah tepuk sapu.

    Kalau mampu lebih baik amal Ayat manzil...dan sambil tu minta rawatan pada
    yang pakar...secara berterusan walau tak setiap hari...pantangkan juga
    sementara makan telur ayam buah pisang dan daging binatang berkaki 4
    sehingga rasa lebih sihat...Insha Allah.

    Anak kecil tu juga kalau minum susu tambahan maka campur air doa...dan
    air doa kalau minta suami atau orang lain buat juga boleh tapi dengan
    petua yang sama...renjis juga dalam bilik tidur 7 hari berturut-turut krmudian
    selang 3 atau lima hari sekali secara berterusan...Insha Allah puan ya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam