Ahad, 20 Mac 2011

DUNIA MISTERI...5 Tanda besar Ada Saka...

Ada orang kata...nenek yang buta itu seorang
ahli sihir...tapi saya sendiri tak pasti men-
genainya...

Satu petang...saya dan beberapa orang anak
buah duduk 'lepak' di kaki lima gerai salah
seorang adik...

Dari jauh...kelihatan nenek buta itu datang
sambil memegang bahu seorang cucu lelakinya
yang berumur dalam lingkungan 7 tahun...dan
bertindak sebagai pemandu jalan...

Sebaik sahaja mereka sampai pada tepi kaki
lima gerai...tiba-tiba nenek buta itu mengeluh
dengan suara yang agak kuat "..aduui...panas!"

Salah seorang anak buah berbisik kepada saya
..."pakcik...nenek itu tiba-tiba kepanasan..."

Saya sekadar mengangguk dan terus diam memer-
hatikan nenek tadi...

Nenek itu berdiri sambil memegang salah satu
tiang kaki lima gerai...dan diam seolah-olah
sedang memberi perhatian kepada seseorang
yang sedang berkata sesuatu kepadanya...

Tiba-tiba nenek itu tersenyum...dan ia mula me-
langkah dan masuk ke dalam gerai...

Beberapa bulan kemudian...ibu budak tadi jatuh
sakit dan ditahan di Hospital daerah Ranau...
dan semua jiran-jiran tahu...nenek itu menemani-
nya di hospital...

Tapi paginya...ketika budak lelaki itu datang
ke gerai...salah seorang adik saya bertanya
kepadanya...beranikah ia tidur seorang diri di-
rumahnya...

Budak lelaki yang memang petah bercakap itu mem-
beritahu ia tak keseorangan...ia ditemani oleh
neneknya...

Cuma neneknya itu agak aneh...ia datang pada le-
wat senja tanpa bercakap satu patah pun...

Neneknya itu juga tak memasang pelita sebagai ma-
na biasanya...tak makan atau minum...dan lehernya
kaku...

Neneknya itu tak dapat menoleh ke kiri atau ke-
kanan..sebaliknya apabila ia berpaling kesatu arah
...seluruh tubuhnya juga akan turut bergerak...

Sepanjang malam neneknya itu tak tidur...sebaliknya
duduk diam di samping budak lelaki itu...dalam kege-
lapan...

Awal subuh lagi...neneknya itu turun dari rumah dan
menghilang begitu sahaja...

Nota...5 antara tanda besar anda ada jin saka...

...badan rasa panas tanpa sebab munasabah...

...anda melihat atau berdamping dengan makhluk-makh-
luk halus (jin)...

...anda dilihat lebih daripada satu tempat pada satu
masa...(kecuali ada beberapa keadaan atau sebab-sebab
tertentu...)

...ada makhluk yang dapat meniru rupa anda...menunjuk-
kan ia dah sangat akrab dan mengenali anda...

...dan anda ditemani atau dijaga makhluk-makhluk yang
menyamar...menunjukkan bahawa...anda adalah bakal pe-
warisnya...

wallohu a'lam

32 ulasan:

  1. assalamualaikum,
    menarik kisah tuan ni. saya nak kongsi sikit pengalaman saya ketika saya masih belajar di sebuah kolej di sarawak. kadangkala pada waktu tertentu terutamanya selepas maghrib, rakan sebilik nampak saya sedang duduk/ baring/ makan di dalam bilik padahal waktu tersebut saya keluar. pernah sekali terjadi rakan tadi tertidur dan ketika terjaga dia nampak saya sedang makan maggie...dia pun berseloroh "oh makan sorang2 la"...tapi yang peliknya saya tak menjawab sepatah pun....dia kehairanan dan menyambung tidur nya semula...keesokan harinya dia bertanya kenapa saya diam saja semalam...saya pun kehairanan padahal pada malam tersebut saya tidak tidur di asrama pun...
    saya tak tau pun jika itu adalah saka @ tidak dan tidak ada sorang pun ahli keluarga saya yg bersaka....
    tspi al-hamdulillah bila dah kahwin benda tu dah tak mengganggu lg...wallahuallam....

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam PedangSkan...

    Kadang-kadang benda yang menyamar tu hanya
    tinggal satu tempat dengan kita...malah
    ada juga berlaku....jin luar rumah men-
    yamar...

    Contohnya...jin itu ternampak kita keluar
    rumah...maka ia menyamar sebagai diri kita
    dan datang ke rumah...

    Cuma yang pasti...jin sebegini biasanya jin
    memiliki 'kepandaian' atau sihir...dan tak
    semua jin mampu menyerupai manusia kemudian menampakkan diri...

    Seorang budak perempuan...ia melihat pakcik-
    nya hanya bertuala keluar dari kamar mandi...

    Pakciknya itu senyum..tapi tak mengucapkan sesuatu dan naik ke tingkat atas...

    Kemudian ia tahu...pakciknya baru balik dari
    pejabat kemudiannya...

    Dalam kebanyakan kejadian...paling sering be-
    rlaku...biasanya penyamaran itu cuma diam...
    atau 'paling kuat' pun batuk...

    Jadi nampaknya kalau 'orang' itu terus diam
    membisu...kita kena 'siasat' sikit...

    Terima kasih PedangSkan atas perkongsiannya..
    dan manalah tahu ada rakan-rakan lain yang
    sedang mengalami pengalaman sedemikian...
    bolehlah berhati-hati...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. Bila den baca pasal saka nie..den nk mintak pendapat ataupun nasihat.

    Bakal adik ipar den, dia selalu saja pengsan. Kadang2 masa dia tak sedarkan diri, dia akan bersilat. Tetapi selalunya dia akan pengsan tak sedarkan diri. Simptom sebelum dia pengsan ialah dia mengadu sakit kepala. Maka ahli keluarga akan fahamlah, benda tu dah singgah.

    Pernah satu ketika, diceritakan kepada saya ada ular sebesar betis masuk kerumah..dan ular itu diam saja ketika si ayah tadi cuba mengeluarkannya dari rumah..

    Ada juga yang kata, mereka terdengar suara harimau ketika dia sedang pengsan.

    Dahulu, arwah atuknya / moyangnya ada mengamalkan silat. arwah tersebut berasal dari banjar.

    Selalu dibuat rawatan berjumpa doktor tapi doktor mengatakan dia sihat. Pernah juga hantar dia ke darus syifa..tetapi ia masih begitu juga.

    Saya merasa kasihan melihat dia. Justeru, kadang2 terfikir juga ingin mempelajari ilmu perubatan islam.

    Paling tidak pun biarlah untuk diri sendiri.

    BalasPadam
  4. Dr Lee...

    1.Berpandukan gejala-gejalanya maka kita
    boleh membuat kesimpulan...

    Ia ada saka harimau...yang biasanya jadi
    kebatinan dalam jenis silat harimau...
    (iaitu mana-mana jenis silat harimau yang
    guna jin pendamping...)

    Jin itu masuk ke bahagian otak...dan meng-
    awal segala pergerakan...malah mungkin
    kesedarannya...dari bahagian otak tertentu.

    Sakit kepala itu tandanya jin nak masuk...
    atau jin itu dalam proses mengawal bahag-
    ian otaknya...

    Tapi seperti biasa...semua di atas cuma
    andaian berpandukan kepada kebiasaan bagi
    semua kes yang mempunyai gejala sama...

    ...maka ia hanya untuk panduan...sedangkan
    setelah di'scan' atau dirawat...barulah
    mungkin kita akan tahu hal sebenarnya...

    Selagi jin itu dapat masuk seperti biasa...
    maka selagi itu keadaannya akan akan berte-
    rusan...dan biasanya memerlukan rawatan
    rawatan berulang-ulang tanpa suatu had tem-
    poh...mungkin berhari...berminggu...bertahun
    ...atau beberapa minit ( tapi jarang sangat )
    dan sebagainya...

    Ia juga amat bergantung kepada diri orang
    yang diganggu...iaitu kalau ia dapat beramal dan mempertahankan dirinya sendiri...biar
    jin saka itu masih bebas pun...tak ada masalahnya...

    Ertinya...tak boleh bergantung kepada perawat
    semata-mata...

    Tentang ular itu...wallohu a'lam...tapi kata
    orang...petuanya kalau mata ular itu berkel-
    ip...maka ia dalah ular jelmaan jin...kerana
    mata ular biasa tak berkelip...

    2.Ketika saya menziarahi seorang jiran di-
    hospital...saya dapat kesimpulan berikut...

    - Daripada 9 orang pesakit dalam wad terse-
    but...3 0rang mengalami gangguan jin sepen-
    uhnya tanpa sebarang penyakit biasa...

    ...antaranya ada yang dah 10 hari...2 hingga
    3 minggu...dan kebetulan yang seorang lagi
    ditahan pada hari kedua saya datang ke sana.

    ...seorang panyakitnya bercampur...antara
    sakit biasa dengan gangguan...

    Dan 5 orang lain...wallohu a'lam...saya tak
    'scan' atau rawat kerana tak diminta oleh
    empunya diri...maka saya tak tahu 'status'-
    nya...

    Saya mengambil contoh...seorang ibu sudah
    10 hari ditahan tanpa sebarang penyakit yang
    dapat dikesan...

    ...tapi gejalanya...ia merasa angin sejuk ma-
    suk dari semua hujung jari kakinya...dan ke-
    mudain ia merasa sangat kesejukan...

    Lehernya juga sakit...tapi tiada sebarang pe-
    nyakit dikesan...

    Hanya daripada 2 gejala di atas...tak perlu
    di'scan' pun kita dah tahu ia adalah ganggu-
    an jin...

    Maka saya bersetuju sangat dengan apa yang
    doktor fikirkan...kedua-dua jenis pengeta-
    huan perubatan ini penting...

    Bagi saya banyak kebaikannya kalau seorang
    doktor faham tentang kedua-dua jenis penya-
    kit ini..iaitu sakit biasa dan gangguan...

    Sekurang-kurangnya tahu serba sedikit tent-
    ang pengetahuan 'scan'...di mana biasa kita
    dapati seseorang doktor yang rasa keliru te-
    ntang sesuatu penyakit yang gejalanya 'tak
    menentu'...sedangkan kalau ia tahu ilmu 'scan'
    ia akan dapat mengesan punca sakit tersebut
    jauh lebih cepat daripada peralatan moden...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamu'alaikum w.b.t...

    Blh x saya nk dptkn alamat e-mail saudara Junied?

    Terima kasih

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam w.b.t surihoney...

    Saya minta maaf banyak-banyak ya...rasa-
    nya saya belum bersedia mendedahkannya
    kerana kebetulan masa biasanya agak ter-
    had...malah saya belum sempat pereksa
    email sejak dua tiga minggu ni lagi...

    ...bagaimana pun Insya Allah...bagi tujuan
    rawatan...ijazah atau mungkin nak bertanya
    sebarang kemusykilan...saya sedang menghu-
    bungi guru saya di K.Kinabalu...dan kalau
    tak ada masalah...saya akan beri no hpnya
    untuk kegunaa rakan-rakan pembaca di mana-
    mana sahaja...

    Insya Allah surihoney Ya...

    BalasPadam
  7. Kalau mcm tu,ok lah. Sy nk tnya, boleh ke sy nk amalkan ayat2 dan amalan2 yg saudara paparkan dlm blog ni? Sy ada terbaca d page lain yg mn saudara ada menceritakan seorang perempuan yg mengamalkan membaca sesuatu ayat al-quran sebyk 100x (maaf sy lupa ayat apa), kemudian dia didatangi oleh jin yg akhirnya mengganggu dirinya. Bagaimana nk elakkan perkara ni dpd blaku?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. Insya Allah surihoney...boleh...

    Ia baca Fatihah 100 kali setiap malam
    tapi dalam masa yang sama ia simpan
    tangkal dan percaya kekuasaan jin...

    Bagi saya kalau nak amal baca sebegitu
    banyak...tak ada salahnya cuma mesti at-
    as pengawasan dan panduan orang yang be-
    nar-benar tahu..dan saya tak galakkan...

    Apa yang saya nyatakan dalam blog ini se-
    cara umumnya adalah amalan-amalan mudah
    dan untuk mengelakkan perkara sedemikian
    elakkan niat nak berdamping dengan mana-
    mana makhluk halus serta amal Ayat Kursi.

    Insya Allah ya...

    BalasPadam
  9. Terima kasih di atas penjelasan saudara. Sy menghormati keputusan saudara untuk tidak mendedahkan sebarang medium untuk kita berhubung kerana sy pasti saudara ada sebab2 yg tersendiri. Apapun, sy sgt berterima kasih kpd saudara yg tdk lokek mencurahkan sedikit sebanyak ilmu untuk dikongsi di sini. Semoga Allah merahmati dan memberkati saudara. Sy sbnrnya mempunyai mslh gngguan yg sgt serius. Sudah puas berubat di sana sini namun masih menemui jln buntu. X ramai perawat yg dpt memahami mslh yg sy hadapi lantaran sy tdk pernah kerasukan setakat ini.Simptom2 yg ada pd diri sy adalah kombinasi daripada simptom gngguan saka, sihir & jin asyik. Sy terpaksa berhenti belajar di universiti, tdk dpt bekerja dan tdk dpt berinteraksi/bersosial spt insan lain kerana gngguan yg teruk.Sekali pndg, org akan menyangka sy sama shja spt insan lain yg normal & sihat. Pd hakikatnya, sy terpksa bertarung dgn pelbagai jns kesakitan, ketidakselesaan dan halangan dlm beribadat dan meneruskan hidup setiap hari.

    BalasPadam
  10. Dlm blog ini, saudara ada menyebut mengenai istilah ‘semut2’ (sy pggl spider), ‘cacing2’ dan ‘angin bisa’ berulang kali. Sy agk terkejut krn kebanyakan simptom gngguan yg diceritakan di dlm blog ini menyamai dgn gngguan yg sy alami di mana tdk semua perawat dpt mengerti hakikat ini. Sy andaikan saudara mmg agak berpengalaman dlm bab2 rawatan berdasarkan cerita yg dipaparkan secara detail ttg helah2 jin yg sememangnya licik yg selalunya mengaburi persepsi perawat ttg perkara sbnr yg berlaku. Antara simptom2 gngguan yg sy hadapi adalah: angin bisa yg memenuhi segenap tubuh spt ada aliran elektrik yg mengalir di seluruh bdn, meremang2 pd muka dan bdn, rasa berat spt ada benda yg bergantungan di leher, di atas bahu dan belakang bdn, rasa otot2 di getarkan, rasa sesuatu mengeram di perut, punggung dan pangkal peha, semut2 di kepala (mula2 di sangkakan kutu-ada yg keluar masuk melalui hidung, mata & telinga), cacing2 di dlm saluran telinga (klau beramal mereka akan berlari keluar & berkumpul di lubang telinga, selesai beramal, masuk blk), anxiety/panic disorder (x blh jumpa org, klau x jd takut & menggelabah tnpa sbb smpi nk pengsan), senak & sakit mata bila bertentangan dgn mata org lain, dada rasa sempit (terutama selepas Asar ke atas), muka rasa bisa2 & sakit (mcm ada org tenyeh2 nk ubah bentuk muka), rasa ada benang mengikat muka, sakit di tgh dahi (mcm kena sedut dgn vacuum & di tekan2), di ‘sentuh’ ketika tidur (byk kali setiap bln), asyik nk tdo, bdn rasa lemah, x berdaya, hilang semangat, etc2. Sbnrnya byk lg tp takut jenuh saudara nk membacanya. Seperkara lg, pernah seorang lelaki yg mempunyai penglihatan tembus pandang (ini pun sbb dia ada gngguan), memberitahu yg di wajah sy ada byk cangkuk spt mata kail di cucuk2 diseluruh muka. Dia jg memberitahu, ada byk benang yg berselirat di ikat pd wajah sy. Dlm tubuh sy pula kelihatan spt benteng yg hitam berceracak dan bila dia melihat dgn lbh jauh, kelihatan jin berada di dlmnya. Katanya, tulang temulang sy sudah hitam & di dlm telinga serta tubuh sy penuh dgn makhluk spt spider (semut2). Sy jg sgt hairan krna selalu tekena srg lbh2 ghaib tepat pd wajah sy apabila sy melintasi sesuatu kwsn/dlm rumah (wpun kwsn itu lapang spt pdg yg luas/tmpt yg orang lalu lalang). Jika difikir logik, mustahil sarang lbh2 itu tdk rosak krn ramai yg telah melalui kwsn itu setiap masa (kdg2 kena masa buka pintu kereta). Bila di raba2, x ada pun sarang lbh2 yg melekat, tp bisanya meremang2 sebaik sj kena. Jd, apakah amalan yg sesuai utk sy amalkan? Sy dh cuba beramal bersungguh2, pernah sekali tu sy btl2 istiqamah dlm mengerjakan amalan (masuk waktu je terus solat, dan lps 2 berdoa & mengaji al-Quran), tiba2 ada sesuatu tersentap keluar dari ubun2 kepala, kemudian kelihatan lembaga hitam yg sgt bsr dan tinggi di blkg sy, bila sy toleh, dia terus lari di sebalik dinding dapur. Tp nk maintain beramal sebegitu mmg susah krna halangannya hnya Allah sj yg tahu. Semoga saudara dpt memberikan sedikit pencerahan berkenaan dgn amalan2 dan kaedah2 yg sesuai utk sy amalkan. Terima kasih.

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam surihoney...

    Terima kasih atas ulasan dan komennya...

    Saya memang sangat galakkan ulasan pada
    ruangan terbuka ini...kerana Alhamdu-
    lillah...rakan-rakan pembaca kita yang
    lebih tahu sentiasa dapat membantu...

    Jangan fikirkan sangat gangguan yang ber-
    serabut ya...kerana kita cuma perlu tahu..
    ada dua perkara asas...iaitu...ada jin
    dan angin bisa jin...(namun tak dapat di-
    nafikan...gangguannya memang agak padat...)

    Antara amalannya...( yang ada dalam blog
    ini...)

    1.Fatihah 3 senafas...

    2. Amalan Ayat Kursi...dan Ayat Kursi Per-
    nafasan...

    3. 3 Qul Pernafasan...

    4. Bismillah 6...amal 7 kali setiap lepas
    Solat Fardhu...baca pada tapak tangan...
    ludah syarat (ringan)...tutup muka dan
    tarik nafas dalam-dalam...untuk menghancur-
    kan gangguan dalam badan...

    Untuk permulaan...baca 3 kali sahaja...dan
    kurangkan jika tindakbalas agak berat...dan
    tambah jika boleh 'tahan'...

    5. Bismillah 5...

    6. Ayat-ayat Sihir...

    7. Ayat Seribu Dinar...

    8. Lau Anzalna Penggerun...

    9. Ayat Manzil...perhatikan seluruh cara
    gunanya...samada baca...buat air minum...
    mandi atau minyak wanginya...

    10. Yasin berbisa...

    11. Amal Sunat Tahajjud...dan Dhuha...

    12. Ayat 7 baca 3 kali setiap selesai
    Solat Subuh dan Maghrib...

    13. Rakam bacaan Manzil pada hp atau
    mana-mana..pasang setiap malam...kalau
    boleh sepanjang malam...

    ..juga guna dengar pagi petang...atau
    bila-bila masa cuti?

    Dan sebagainya...

    Kalau nak pilih amalan tetap...keutamaan
    adalah pada ayat atau Suroh-suroh lazim
    dan tambah pada mana dapat...dan kalau
    mampu...amal Manzil secara tetap pagi
    petang...atau pagi malam...

    Perhatikan ya...saya amat memberatkan am-
    alan penafasan...dan telah diuji...Inya
    Allah...pada ayat atau suroh yang sama...
    dengan pernafasan itu...ia lebih berkesan
    setakat mana izin Allah...berbanding dengan
    dibaca begitu sahaja...

    Pantangkan sementara telur ayam atau maka-
    nan yang bercampur telur...daging binatang
    4 kaki...pisang dan sesuatu makanan yang di-
    dapati membawa kepada bertambah kuatnya gangguan...

    Insya Allah surihoney ya...kalau ada kemus-
    ykilan...ruang ini sentiasa terbuka luas...

    Penting sekali...berusaha dan beramal...tapi
    hasilnya...bergantung harap kepada rahmat
    Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Terima kasih byk2 atas segala penerangan yg saudara berikan. Alhamdulillah, kini sy rasa kembali bersemangat untuk berusaha mendapatkan kesembuhan dari Allah... Izinkan sy mengamalkan segala amalan2 yg saudara cdgkan dan juga yg ada di dlm blog ini. Semoga Allah mengurniakan ganjaran pahala yg selayaknya buat saudara Junied atas perkongsian ilmu yg berguna ini. Sy baru shja berlatih mengamalkan 3 QUL Pernafasan, dan mmg tindakbalas dpt di rasakan sebaik shja sy membaca surah2 itu di telapak tgn. Rasa panas membahang dan angin bisa di tmpt2 yg padat gngguan. Mudah-mudahan sy di berikan kekuatan untuk meneruskan segala amalan2 ini wpun terlalu byk dugaan dan halangannya yg hanya Allah shja yg Maha Mengetahui.

    BalasPadam
  13. Sama-sama surihoney...

    Insya Allah...semoga ilmu yang sedikit ini
    bermanfaat untuk kita semua...dengan izin
    Allah...

    wallohu a'lam

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum,

    Sy nk brkongsi pengalaman sy ttg saka. Maaflah jika komentar saya ini trlalu pnjang, tapi saya rasa perlu utk menaipnya agar saudara jelas & faham ttg masalah yg saya hadapi skrg ni…

    Bebrape ari lps, sy mndpt tau drpd makcik sy yg sy diganggu oleh saka. Sy tak tau sape pemilik trdahulu saka trsebut tp menurut makcik sy, saka trsebut asalnya milik salah sorang orang tua dari belah kuarge ayah sy yg dah lama meninggal dunia. Menurut makcik sy lagi, saka trsebut menyukai sy & sentiasa mengikut sy ke mana saja sy pergi. Bila ditanya bagaimana dia tau semua tu, makcik sy telah brtanyakan kpd jiran lamanya ttg saya.

    lepas mendengar cerita trsebut, sy mengucap panjang kerana terkejut. Cerita makcik saya tersebut telah menjawab banyak persoalan yang tersimpan di dalam diri saya selama ini. Tidak hairanlah mengapa sebelum ini, saya sering rasa seperti diperhatikan walaupun saya sedang keseorangan ketika itu.

    Saya ada membaca satu artikel di dalam laman web akhbar Harian Metro. Menurut artikel tersebut, ada 26 petanda yang menandakan seseorang itu mempunyai saka. Daripada jumlah 26 petanda tersebut, saya pernah mengalami 22 daripadanya. Antaranya ialah:-

    Saya jenis yang susah tidur malam. Pernah sekali, saya terdengar bunyi gigi berlaga ketika saya sedang tidur. Bunyi tersebut sangat dekat dengan telinga saya. Saya sering merasa sakit di bahagian kaki kanan saya dan mengalami lenguh pada sendi-sendi utama. Paling teruk, setiap hari saya sakit di belakang terutamanya pada tulang belakang. Saya rasa seolah-olah seperti sedang mengendong sesuatu yang berat sehingga belakang saya terasa amat sakit.

    Selain itu, saya sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut. Saya pernah bermimpi buruk di mana kawan baik saya sendiri cuba nak bunuh saya. Saya juga pernah melihat ular di dalam mimpi saya.

    Saya juga pernah menangis dan menjerit ketika tidur. Baru-baru ini, saya bermimpi kereta yang dinaiki saya terjatuh ke dalam gaung yang dalam. Saya juga pernah bermimpi berada di tanah perkuburan. Saya pernah terasa seperti ada sesuatu di bawah tapak kaki saya tetapi bila diperiksa, tiada apa-apa pun.

    Semua yang saya nyatakan di atas adalah di antara petanda-petanda yang telah meyakinkan saya bahawa sememangnya ada saka yang sedang mengekori saya. Saya juga ada terbaca nota - ‘5 antara tanda besar anda ada jin saka’ di atas. Sekali lagi, saya terkejut, kerana saya memenuhi kesemua 5 tanda besar tersebut. Semuanya pernah berlaku kepada saya.

    Kesimpulan yang saya dapat berdasarkan kajian dan pembacaan saya – saka tersebut sudah agak lama mengekori saya, mungkin lebih dari 2 tahun.

    Saka tersebut bukan sahaja mengganggu saya, malah turut mengusik empat orang kawan rapat saya baru-baru ini. Apa yang pelik, kawan-kawan perempuan saya diganggu ketika di dalam bilik mereka di asrama perempuan sedangkan saya tinggal di asrama lelaki yang agak jauh jaraknya.

    Sebelum ini, saya pernah mendapat sekurang-kurangnya tiga kesan lebam / bengkak yang besar di peha, lengan dan bawah ketiak. Di tengah-tengah kesam lebam / bengkak tersebut, terdapat dua lubang kecil, dipercayai kesan gigitan.

    Makcik saya kata, itu adalah kesan gigitan saka kerana mahukan darah saya. Kesan lebam tersebut agak sakit bila disentuh, hampir seminggu juga nak hilang. Selain itu, saya juga sering mendapat kesan cakaran kuku di badan saya. Mak saya anggap itu mungkin kesan cakaran dari kuku saya ketika saya tidur. Tapi, apa yang saya pasti - kuku saya sentiasa dalam keadaan pendek.

    Saya sendiri pernah ternampak rupa saka tersebut. Saiz badannya kecil. Rupa wajahnya saya tak pernah lihat kerana ditutup oleh rambutnya yang panjang. Saka tersebut jarang memperlihatkan dirinya di hadapan saya.

    Sekarang, saya sedang berusaha untuk berubat dengan berjumpa mana-mana ustaz yang mahir dengan buang saka. Saya memang tak boleh tahan lagi kerana saya dapat merasakan yang saka tersebut semakin lama semakin kuat. Malah, saka tersebut semakin kerap mengganggu saya…

    Apa pendapat saudara…? Apa yang perlu saya lakukan?

    BalasPadam
  15. Wa alaikum salam Izzed...

    Terima kasih atas perkongsian pengalamannya
    dan semoga dapat kita semua sama-sama men-
    ambah pengetahuan daripadanya...

    Berubat itulah sebaiknya...dan kalau mampu...
    amalkan Ayat Manzil...juga mana-mana amalan.

    Angin bisanya agak padat...maka kadang-kad-
    ang kalau kita setakat mengharap rawatan se-
    mata-mata...proses rawatannya agak lebih
    lambat...

    Insya Allah ya...

    BalasPadam
  16. Aslm,
    Sy ingin bertanya...tp maaflah jika tulisan sy ini pjg sangat...
    Ibu mertua sy berusia 69 tahun dan sudah nyanyuk. Waktu ibu mertua sy belum nyanyuk, dia mempunyai tabiat suka mengulang2 percakapan. Sesuatu cerita yang disampaikan, akan diulang2 seperti radio rosak sehingga beratus2 kali. Sama ada dia lupa yg dia telah menceritakan cerita itu pd kami atau itu memang habit dia, sy pun x pasti. Ibu mertua sy juga selalu mandi, kdg kala sehingga 5 atau 6 kali sehari. Alasannya, dia berasa panas, walaupun kami tidak pula berasa panas.

    Apabila nyanyuknya menjadi teruk dan tidak lagi boleh dibiarkan tinggal sendirian di rumahnya sendiri (bapa mertua sy telah lama meninggal dunia), anak2nya akan membawanya ke rumah masing2 mengikut giliran (biasanya setiap 2 minggu, ibu mertua sy akan dihantar @ diambil oleh anak yg lain pula). Keadaan ini telah berlarutan lebih kurang 1 tahun setengah. Sejak setahun yg lepas, ibu mertua sy telah bersikap pelik. Dia sentiasa ingin keluar dr rumah. Dia memaksa anak2nya membawa dia keluar berjalan2 tanpa mengira masa, sebelum subuh, siang, malam, tgh malam, ikut suka2 dia la. Jika permintaannya tidak ditunaikan, dia akan marah, membentak & memaksa anak atau cucunya membuka pintu (pintu selalu dikunci kerana khuatir ibu mertua akan keluar rumah kerana dia pernah melakukannya) untuk dia keluar. Bila ditanya, dia mahu ke mana...dia kata dia nak pulang ke rumahnya semula, kerana dia lebih suka tinggal di rumahnya sendiri. Puas kami memujuk dan cuba menyedarkannya bahawa keadaannya yg nyanyuk dan mata tak nampak (kerana kencing manis dah naik ke mata)tidak membolehkan dia hidup sendiri lagi, tapi dia tidak memperdulikan. Jika permintaannya tidak dilayan, dia akan membaling beg tangan & beg telekungnya (beg2 itu sentiasa berada di sebelahnya, wlupun di dalam rumah). Ada ketika dia akan menghempas atau menerajang pintu kerana marah pintu tidak dibuka. Kami semua rasa sungguh pelik dgn sikapnya, tp sy beranggapan mgkn ibu mertua sy dalam kemurungan kerana ada antara menantunya yg menjaganya tanpa kerelaan hati. Bila berada di dalam rumah pula, kdgkala dia akan duduk diam seperti patung berjam2 lamanya...jika disuruh bangun, baru dia bangun...dan ada ketikanya pula dia akan aktif berjalan ke depan, ke belakang, ke depan dan ke belakang.

    Seperkara lagi, walaupun ada penyakit kencing manis dan beberapa jari kakinya telah dipotong (lama dulu), ibu mertua sy boleh berjalan dgn laju, tidak berpadanan dgn usianya yg tua. Banyak kali dia cuba mencari kunci untuk membuka pintu rumah dan pernah dilihat dia memanjat kerusi untuk mengambil kunci, walaupun selama ini dia seorang yang gayat pada ketinggian. Begitu bersungguh2 dia mahu keluar rumah. Kadangkala, di tgh malam, dia menyuruh kami membuka pintu kerana 'anak saudara'nya ada di luar dan mahu masuk ke rumah. Kdg-kala dia memberitahu bhw tadi ada sipolan-sipolan datang melawatnya...namun org yg dimaksudkan bukanlah org yg sama setiap masa, sentiasa bertukar2 orangnya. Sy menganggap ini adalah imaginasi dia shj kerana dia telah nyanyuk. Sejak kebelakangan ini, dia bersikap lebih pelik lagi iaitu suka mengambil barang2 yg bukan kepunyaannya dan menyorokkannya dalam beg tangannya. Makanan, minuman, tuala lap tangan dll juga disorokkan dalam beg tangannya

    Ada sekali, sy nampak dia masuk bilik air. Lama dia di dalam lalu sy menegur mengapa lama sangat, dia menjawab sesuatu. Bila sudah terlalu lama, sy jadi heran dan sy tegur sekali lagi...sudah tiada jawapan. Pintu bilik air masih tertutup (tapi tidak dikunci). Lalu sy menolak pintu tersebut, namun ibu mertua sy tiada di dalam. Bila sy ke depan, sy lihat dia ada di depan TV. Terus sy terdiam, dan tidak mahu bertanya apa2 kerana seram & naik bulu roma sy.

    Daripada cerita2 sy di atas, adakah ini tanda2 ibu mertua sy ada saka?

    BalasPadam
  17. assalam kalau trjadi sperti yg encik cerita iaitu dia menyerupai orang sebenar bgaimana nak usir atau perangkap dia supaya dia nyah atau panas berada dirumah kita. dan xmau tinggal dirumah ini.

    BalasPadam
  18. adakah dengan mengamalkan bismilah 7 dpt atasi masalah saya? terima kasih

    BalasPadam
  19. Wa alaikum salam wbkth f4rh4n...

    Kalau nak usir..azan atau takbir sekuat
    hati...atau baca Ayat Kursi sambil tum-
    pu perhatian padanya...

    Nak tangkap?...maaf saya belum ada peng-
    laman berkaitan...

    Boleh renjis air Manzil...atau air Yasin
    dan lebih baik ditambah ayat Lau Anzalna
    dan renjis pada setiap penjuru ruang...

    Kalau nak renjis sekeliling tiap ruang
    boleh juga tapi pastikan benda itu tidak
    ada atau sudah dihalau keluar takut-takut
    ia terperangkap...

    Ia sekadar doa dan ikhtiar...lebihnya serah
    pada Tuhan..tapi apabila kita lebih yakin
    dan bersungguh-sungguh...maka Insya Allah
    kesannya lebih baik...dan ia adalah salah
    satu antara amalan yang baik...

    Baca pada tapak tangan...sapu muka dan se-
    luruh badan...

    Kalau mampu amalkan Ayat Manzil...atau
    Fatihah 3 Qul dan ayat Kursi 11 kali
    pagi petang...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  20. assalamualaikum..
    rawatan utk pisahkan saka dr jasmani dan rohani kita ialah minum air zam dan mkn kurma ajwa(tertakluk kpd sejauhmana ganasnya saka tersebut).
    dan amalkan solat tobat dan solat tahajjud.
    jg: baca 33x auzubillahiminasysyaitonirrajiim
    33x dua kalimah syahadah dan
    33x selawat..
    namun saka tersebut masih berada di rumah anda..rawatan membuang saka yg dijalankan di pusat2 rawatan mgkn menyebabkan anda berasa kesakitan semasa rawatan di buat. itupun bkn membinasakan saka, cuma mel;etakkan di tempat lain.
    utk binasakan terus saka tersebut, perawat perlu "lebih kuat" dari saka.
    senang sahaja sebenarnya, tapi itu adalah rahsia.

    BalasPadam
  21. Wa alaikum salam wbkth black rose...

    Alhamdulillah...semoga kita semua sama-sama
    dapat memanfaatkan perkongsian ini...

    ...dan kalau tak keberatan...harap-harapnya black
    rose dapat kongsikan rahsianya ya...

    Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian-
    nya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  22. assalamualaikum..saya ada sorg kwn perempuan..dia org srawak..dia sering gtau sy yg dia diganggu..tadi baru ja berlaku..ada kesan cakaran di tangannya..selepas mndi dia nmpak real ng mata sendiri terjadi kesan cakaran dkt tangan dia..dia penah crita jgk ayah dia pnh nmpak bnda tu menyerupai dia time tgh mlm..dia penah diruqyah sebelum nie..org ruqyah sndiri xpsti samada ada saka, kena sihir atau sebaliknya..tapi yang pasti ada gangguan jin la..dia sering sakit kepala yang sgt2..kkdg time pagi n lepas asar..boleh ulaskan sikit..tima kasih..

    BalasPadam
  23. Wa alaikum salam wbkth sauadara...

    Antara kemungkinan tanda saka...

    1. Terutama kalau gangguannya itu berlaku sejak
    kecil atau sudah bertahun lama...kemudian...
    kadang-kadang ia rasa sihat...dan kadang-kadang
    gangguan datang...

    2. Sering sakit kepala...ada masa-masa datang sakit-
    nya...

    3. Apabila dirukyah...benda itu tidak mahu bercakap
    atau sedikit 'lasak' ...atau ia mungkin lari ketika
    jumpa perawat...

    4. Jin yang mengganggunya sudah dapat meniru rupanya....menandakan ianya memang jin
    yang sudah lama mendampingi...

    cakaran itu menunjukkan jin tersebut juga dari jenis
    jin ilmu...yang mungkin datang dari mana juga
    tanpa dicari...atau kalau gangguan jika mula berlaku
    apabila baru pindah rumah...maka ia jin yang mendiami
    tempat tersebut...

    Tanda diatas menunjukkan ia mungkin saka...tapi yang
    pasti...ia sudah jadi saka kepadanya...

    Ia biasanya memerlukan rawatan berterusan tiada se-
    barang had tempoh masa...iaitu berubat selagi ada
    kesan gangguan...

    Sebaiknya ia amal pendinding....kerana apabila terlalu
    mengharap pada perawat semata-mata...jin ini nam-
    paknya agak cekap menipu helah....atau mengambil
    kesempatan...

    Lebih baik juga kalau ayahnya minta 'scan'... sekadar
    untuk memastikan ayahnya perlu atau tidaknya
    perhatian atau rawatan...

    Rumah juga perlu rawatan dan pagar...dan jadikan air
    doa minuman harian secara berterusan...juga kalau
    mampu guna mandi...

    Perhatikan jika pisang...telur ayam...daging binatang
    4 kaki akan menyebabkan gangguan atau sakit men-
    jadi aktif maka pantangkan sementara...

    Teruskan berikhtiar...setiap sakit pasti ada ubatnya
    termasuk sakit dari sebab gangguan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  24. Assalamualaikm..nak tanya skit.. kenapa ada kesan cakaran kat kaki sy? Dan kenapa sy selalu rasa diperhatikan.. dulu sy berani.. skrg semenjak berlaku perkara itu sy menjadi agak penakut.. mohon pnjlasan

    BalasPadam
  25. Wa alaikum salam wbkth Nik Ithirah...

    1. Cakaran tanpa sebarang sebab biasa biasanya
    bekas cakaran jin...

    2. Rasa selalu diperhatikan termasuk pada tempat
    tertutup tapi tiada orang lain...biasanya tanda
    diperhatikan jin...dan itu juga sebabnya timbul
    perasaan takut...

    Sebaiknyaminta 'scan' ya dan kalau perlu
    minta rawat...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  26. Saya da puas berawat sakit yg sy x pasti ada kata saka ada kata sihir...sy da dirukyah...tp mahluk didalam ni sme handal gan perawat yg mbaca... semua yg mrawat sy cuma bole rawat sy plg lma 3x slbhnya ada bnyk rintangan pd pihak perawat...
    sy sllau amalkan tahlil tahmid tasbih... lg bnyk baca lg kuat sy dicucuk kat dada...apa sbnrnya mahluk didlm ni..sy tidak penah bermimpi dan tidak pulak susah tido...

    BalasPadam
  27. As salam akis...

    Akis sebenarnya perlu amalan yang lebih khusus sebagai rawatan diri dari ganggguan jin seperti Fatihah...Ayat Kursi...3 Qul...dan kalau guna
    pernafasan seperti pada tajuk 'scan' diri sendiri di blog nampak hati

    Dan lebih utama pula amalaan Ayat Manzil...sentiasa minum air doa...
    perhatikan jika ada simpana barang lama seperti cincin...senjata...
    barang antik...apalagi jenis tangkal...semuanya baik di'scan' dan di
    buang jika ada khadamnya...rawat dan pagar rumah sentiasa...selalu
    berwuduk dan sebagainya.

    Tindakbalas dalam dada itu adalah jin biasa...cuma selalunya ia ada-
    lah jin ilmu samada yang kita cari sengaja atau tidak atau yang datang
    sendiri....terutama saka...

    Ringkasnya akis perlu rawatan dan amalan pendinding yang lebih khusus
    dan pula seperkara kalau akis sangka jin dalam badan itu handal...maka
    jin itu akan dapat kekuatan secara langsung dari keyakinan akis sendiri.

    Kita fikirkan ia jin juga makhluk Allah seperti kita dan tidak ada daya upaya
    melainkan apa yang Allah izinkan baginya...maka kita bergantung harap
    pada Allah yang jin itu dalam genggamanNYA juga dan berkuasa meng-
    hilangkan dalam sekelip mata...namun ia satu ujian bagi diri dan akidah
    kita terhadap Allah.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  28. Teruskan berusaha sambil berusaha memperbaiki akidah dan amalan diri....
    semua penyakit ada ubatnya...melainkan mati semata-mata...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  29. Tuan sy jadi kan tu amalan sy sblom sy sambg gan tahlil.... tahmid tasbih... sy da mrata pergi nak buang mahluk ni.... tapi sakit yg sy dapat ni x bhenti2 lg... tiada la pulak myimpan barang2 lme kalo ada suda ditawar .....minta maaf tuan... jauh skali myekutukan yang maha esa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. En akis cuba call 0179508830 (En Zainal ) mgkin dia sedia membantu masalah en akis tu....sbb sy pernah berubat dengan dia....Alhamdulillah da sembuh dengan izin Allah....

      Padam
  30. Jadikan apa juga ujian yang menimpa kita ini sebagai jalan kepada keredhaan Tuhan
    dengan kesabaran dalam berusaha.

    Kalau baca Yasin baca ayat lau anzalna 3 kali sebelum sambung dengan lain-lain
    kebiasaan...baca juga pada air dengan pastikan nafas sentiasa sampai pada air
    ketika membaca semuanya...dan guna minum...mandi..renjis 4 penjuru bilik dan
    sebagainya.

    Saya berpendapat sebaik-baiknya...barang lama atau berkhadam jangan disimpan
    walau sudah ditawar...kerana mungkin ada antaranya masih 'hidup' tanpa kita
    sedari.

    ...malah banyak kesnya seseorang itu didampingi khadam barang-barang yang di
    sangkanya tidak ada lagi khadamnya.

    Apalagi kalau kita buang demi menjaga hati kita dari terpesong kepada selain Tuhan
    Insha Allah...Tuhan akan menilai setiap pengorbanan kita dalam mencari rahmatnya.

    Wallohu a'lam

    Wallohu a'lam

    BalasPadam