Pada umur 20'an...saya sudah menghidapi penyakit
jantung...ianya terasa sakit seperti ada satu salur di-
dalamnya yang dipicit...
Walau hanya seminit dua..tapi sakit itu datang bebe-
rapa kali dalam sehari dan biasanya ia akan membuat
saya duduk sambil menekan dada menahan sakit...
Kadang-kadang terlintas dalam hati saya..mungkin
saya akan mati dari sebab penyakit ini...
...tapi saya terus bertahan dari meminta pemeriksaan
hospital....kerana saya merasakan seperti ada sesuatu
yang bukan perkara biasa dengannya...
Selain itu ...saya mengalami beberapa gejala penyakit
lain...
1. Sering pening dan biasanya apabila saya berdiri
setelah duduk agak lama...kepala terasa sangat pening
...pandangan menjadi gelap dan hampir-hampir hilang
keseimbangan (pitam)...
2. Saya selalu merasa letih lesu tanpa sebab...
3. Saya selalu merasa sakit pada leher kiri terasa sangat
ada satu urat leher seperti dipicit dan menyebabkan sakit.
Biasanya saya akan menekan dagu ke bahu kiri...sehingga
sakit itu hilang...
4. Jantung saya selalu berdebar- debar tanpa sebab...
Ketika saya mula mengamalkan Ayat Manzil...pada hari
pertama lagi...badan saya terasa panas membahang sebaik
saja masuk waktu Maghrib..dan ia hilang menjelang waktu
Subuh...
Rasanya seperti ada bahang panas dari dalam badan..maka
walaupun saya mandi atau duduk depan kipas meja...
ternyata sia-sia saja...kerana panas itu terus membahang
dari dalam...
Ia berterusan setiap malam hingga hampir sebulan..apabila
tiba-tiba saja pada suatu petang...rasa panas itu tak terasa
lagi...dan bersamaan itu beberapa gejala penyakit juga
hilang...seperti sakit leher...berdebar dan sakit jantung.
Namun saya masih merasa letih lesu tanpa sebarang sebab.
Setahun lebih megamalkan Ayat Manzil...saya kemudian-
nya mengambil ijazah amalan fatihah 9 dan pernafasan
dari Ustaz Muhammad (Guru Utama Pusat Rawatan Iman
Theraphy)...dan saya teruskan juga amalan ayat Manzil...
Baru beberapa hari kemudiannya...saya mula mengalami
gejala baru...iaitu berpeluh seluruh badan ketika beramal
berserta pernafasan...
Cuma yang saya rasa pelik...peluh sebelah kanan badan...
kelihatan normal...tapi pada bahagian sebelah kiri badan
titik peluhnya besar-besar dan malah kadang-kadang
hingga mengalir...
Saya tak faham apa yang sedang berlaku...tapi saya terus-
kan juga amalan...dan lebih kurang sebulan dua kemudian
gejala peluh aneh itu kembali menjadi normal...dan apa
yang pasti...gejala letih lesu tanpa sebab juga turut hilang.
Nota...
1. Gejala berdebar dan sakit jantung itu sebenarnya dari
sebab angin bisa jin...begitu juga pada sakit leher dan letih
lesu...
Kerana itu ia sembuh dengan izin Tuhan walaupun tanpa
rawatan hospital...
2. Saya dapat perhatikan beza antara amalan Ayat Manzil
sebelum dan selepas ijazah...
Walaupun dengan amalan Manzil beberapa gejala penyakit
telah hilang...tapi masih ada angin bisa dalam badan yang
belum memadai dengan amalan manzil semata-mata...
Setelah mengambil ijazah amalan Iman Theraphy...dengan
izin Tuhan...amalan Manzil tadi semakin berkesan dimana
angin bisa mula keluar melalui peluh...iaitu amalan Manzil
itu semakin meresap kedalam badan...
Setakat yang saya fahami...ia adalah gejala angin bisa pada
sebelah badan yang akhirnya boleh membawa kepada mati
atau lumpuh sebelah badan (stroke)...
Saya terus memandang mudah atau remeh kepada gejala
penyakit ini...apalagi apabila seorang rakan tiba-tiba mula
merasa lemah dan kebas sebelah badan dengan izin Tuhan
sehari selepas dirukyah berserta penafasan...ia sembuh...
Hinggalah pada tahun lalu semasa meziarahi seorang rakan
di hospital...saya kurang ambil tahu pada seorang pesakit
baru lelaki dikatil sebelahnya...
Seorang Doktor wanita memeriksanya " mana tempat yang
sakit...yang ada naga ni? " tanyanya...
...perkataan naga itu buat saya mengangkat muka...dan sa-
ya perhatikan pada sebelah kiri badan lelaki tersebut ada
tato naga...
Apabila doktor itu meminta ia mengangkat tangan kanan-
nya...ia normal dan kuat seperti biasa...tapi apabila ia cuba
mengangkat tangan sebelah kirinya...ternyata ia sangat
lemah tak bertenaga...
Lima hari saja kemudiannya...lelaki itu tak lagi memberi
sebarang tindakbalas apabila dipanggil...ia mengalami lemah
dan lumpuh seluruh tubuhnya...
Apabila saya imbas semula...sebenarnya saya sudah ada 'per-
sediaan' untuk gejala penyakit sedemikian..angin bisa sebelah
badan...dan sering letih lesu tanpa sebab...serta pening dan
pitam...dan khabarnya...lelaki itu tak lagi memberi sebarang
tindakbalas perhatian apabila dipanggil...ia terus memandang
ke satu arah...seolah-olah tak mendengar...iaitu gejala angin
bisa pada bahagian otak...
Kerana itu...apabila ada rakan-rakan yang nak minta rawatan
pada Ustaz...saya biasanya akan mengingatkan...lebih baik
terus saja ambil ijazah amalan...kerana kita mungkin terus
boleh merawat diri sendiri tanpa terlalu bergantung pada
perawat...dengan izin Tuhan...malah mungkin boleh menjadi
perawat sekurang-kurangnya pada keluarga sendiri...
Syukur pada Tuhan...dan saya berterima kasih banyak-banyak
pada Ustaz....
Wallohu a'lam
Salam Saudara Juneid,
BalasPadamDimanakah saya boleh mendapatkan ijazah fatihah 9 itu? Saya sebenarnya juga mula mengamalkan manzil kerana terdpt gaangguan jin yg amat teruk yg saya alami. Harap saudara dpt bantu saya. Saudara boleh hubungi saya melalui email saya, afiq125zr@gmail.com Terima kasih
Wa alaikum salam wbkth Afiq...
PadamSila rujuk pada ulasan di tajuk Rawatan ...Dan Ijazah (catitan April 2011...)
ada telefon perguruan yang saya ikuti
iaitu Pusat Rawatan Iman Theraphy...
Insya Allah ya...
Salam Saudara Junied,
PadamSaya ada beberapa soalan:
1) Antara bacaan ruqyah yg diperdengarkan melalui Mp3/CD dan bacaan ruqyah yg dibaca sendiri atau org lain, yg mana satukah yg lebih memberi kesan kepada jin?
2) Bagaimana kita dpt membezakan seseorang itu mengamalkan ilmu LADUNI atau semata-mata melalui pendamping?
3) Adakah kemungkinan perawat2 perubatan islam juga menggunakan jin?
4) Adakah proces pengijazahan juga melibatkan jin?
5) Benarkah REBUNG boleh menyakitkan jin apabila dijadikan makanan? Dan apakah makanan lain yg boleh menyakitkan jin?
6) Antara daun bidara dengan limau purut/limau nipis manakah yg lebih menyakitkan jin?
Terima kasih atas penjelasan.
Wa alaikum salam wbkth Afiq...
BalasPadam1.Ia bergantung kepada 'kualiti' atau
kekuatan diri masing-masing...maka ia
tak semestinya satu-satu cara itu lebih
berkesan dari cara lainnya...
Tapi kalau semuanya 'berkualiti'...maka
yang terbaik adalah membaca sendiri...
kemudian dirukyah...dan kemudian mendengar
mp3...
Cuma kalau contohnya kita kurang yakin dan
pengalaman berbanding orang lain...maka di-
bacakan itu akan lebih besar kesannya...
Dan begitu pula...kesan mp3 itu akan semakin
besar apabila ia dengan ayat-ayat pilihan
untuk pendinding jin...juga didengar pada
suatu jangka masa yang lebih lama...
2.Saya minta maaf...saya kurang faham apa
maksudnya ilmu laduni...
...bagaimanapun tanda-tanda menggunakan
jin pendamping...antaranya...
- seseorang itu yakin kepada bantuan mak-
hluk-makhluk halus termasuk apa yang ia
katakan sebagai malaikat...roh para nabi
atau wali-wali dan sebagainya...
- kelebihan guna jin pendamping dari segi
'scan' kadang-kadang lebih menyerlah...
tanya saja...tau-tau ia dah tau...malah
ia boleh nampak jelas...
Kadang-kadang ia nak tahu sesuatu itu...
melalui mimpi...
- amalan wajibnya terutama solat kurang
atau tiada...atau mungkin ada pantang lain
yang sepatutnya tak sesuai...contohnya...
tak boleh solat di masjid...tak boleh lawat
jenazah...tak boleh ke kubur...dan sebagai-
nya...
- ada sebarang syarat ilmu atau perubatan
yang tak sesuai pada hukum...contohnya
menghalalkan yang haram...atau sebaliknya.
...dan sebagainya...
3.Ya serba sedikitnya memang ada...malah
kadang-kadang tanpa ia sengaja atau sedari.
Antara sumber jin ini...
- dari guru...
- dari jin saka keluarga atau keturunan sen-
diri...
- dari jin yang suka padanya..dan nak menum-
pang 'tuah'...
- dari jin yang mencari tuan...
- dari jin yang sengaja mahu merosak atau
menyesatkannya...
...dan sebagainya...
4.Ia terpulang pada ilmunya...kalau guna
jin maka pengijazahan juga biasanya akan
melibatkan jin...
Kalau ilmu tak guna jin...maka tak melib-
atkan jin...
5.Wallohu a'lam...saya tidak tahu...tapi
setiap makanan dan minuman yang di doa
dengan doa atau ayat-ayat pendinding jin
mungkin akan menyakitkan jin...
Ada petua rakan-rakan yang menyarankan
air doa di simpan dalam peti ais...biar
ia sejuk kerana ia akan menambahkan kesan
pada jin tersebut...wallohu a'lam...
(namun air sejuk kurang sesuai untuk di-
jadikan minuman biasa...takut pula kesan
lain timbul contohnya masuk angin...dan
sebagainya...)
6.Wallohu a'lam Afiq...malah daun bidara
pun saya tak kenal...
Silala tanya pada orang yang lebih tahu
ya...
Wallohu a'lam
Terima kasih atas penjelasan saudara. Semoga Allah merahmati anda.
PadamSama-sama Afiq...amin...
BalasPadam