Jumaat, 20 Julai 2012

...penutup...

Umumnya kita berpendapat...kita tak akan
mengetahui adanya gangguan jin pada diri....
atau orang lain...melainkan kita telah belajar
ilmu-ilmu mistik...

Namun apa yang saya cuba ketengahkan
dalam blog ini...bahawa pendapat itu tidak
benar...

Kita masih dapat mengetahui adanya gang-
guan jin melalui gejala atau simptom-
simptom yang kita alami sehari-hari...

Untuk ini...kita cuma memerlukan kefaha-
man dan pemerhatian yang teliti...

Saya harap maklumat-maklumat ini dapat
anda gunakan untuk mengesan gangguan
jin pada diri...keluarga dan sesiapa yang
berkaitan...agar anda tahu apa yang perlu
buat....

...contohnya mungkin amalan pendinding...
'scan' atau mungkin rawatan...

Begitu pula...anda mungkin menghadapi
sesuatu masalah...dan penyelesaiannya
ada dalam rawatan gangguan...bukan
kaunseling...atau rawatan hospital dan
sebagainya semata-mata...

Apa  juga  amalan  dan  maklumat  yang
saya terangkan setakat serba sedikit dalam
blog ini..saya izinkan anda mengambil
dan mengamalkannya tanpa perlu minta
kebenaran saya...Insya Allah...silakan
semoga bermanfaat dengan izin Tuhan..

Ia adalah untuk masyarakat umum...dan
untuk semua golongan yang mahu mema-
nafaatkannya...

Saya masih ingat janji saya pada seorang
rakan...blog ini akan saya tinggalkan
untuk tatapan umum...
semoga bermanafaat dengan izin Tuhan.

Saya minta maaf atas segala salah silap
atau kekasaran pada mana-mana juga
penulisan dalam blog ini...terutama dalam
ulasan pada setiap anda yang bertanya
atau memberi pendapat...dan terima
kasih atas semuanya...

Saya akan masih menulis pada bahagian
ulasan selagi mampu..atas izin Tuhan...
dan sebarang perkongsian dari anda
...saya sentiasa alu-alukan...

Terima kasih juga atas perhatian anda...
dan saya harap kita faham seperkara...

...tanpa Tuhan..kita tidak ada apa-apa...

Wassalam...

1.23 pagi Jumaat...


24 ulasan:

  1. salam tn, sy sentiasa mengikuti blog tn ni. terima kasih atas segala info/maklumat yfg tn kongsikan

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas perkongsian ilmu di sini. saya pun ikut jugak blog ni :). ada juga macam nak tanya, tp tak jadi :). insyaAllah lain kali.

    BalasPadam
  3. Salam Ummi...

    Sama-sama...dan terima kasih kembali
    atas perhatiannya...

    ...semoga serba sedikit ianya berma-
    nafaat untuk kita semua...Insya Allah.

    ...Saya juga rasa macam nak jawap...
    tapi tak jadi...kerana pertanyaannnya
    belum ada...

    Insya Allah...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum saudara Junied. Ummi dah ada soalannya, mohon jawapan :) insyaAllah.

    1. seorang gadis bermimpi diserahkan 3 orang bayi. Apakah mungkin ada kaitan dengan saka? Gadis yg sama sikapnya cepat marah, suka melawan dan satu tabiat aneh ialah suka menderam (macam org tengah gatal tekak) semasa tidur dengan begitu kuat dan bunyinya menggerunkan.

    2. diri ummi mengalami sakit tengkuk yg sangat tak selesa dalam sebulan kebelakangan ini. bermula dengan sakit belikat kiri, berpindah ke kanan dan akhirnya di tengkuk. macamana nak scan?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  5. Wa alaikum salam wbkth Ummi..

    1.Biasanya ia tanda ada saka...begitu
    juga pada keanehan tidurnya...

    Dan panas baran juga boleh disebabkan
    pengaruh jin saka...

    2.Silalah Ummi ya amal 3 Qul pernafasan
    dan ia boleh juga dirujuk pada catitan
    mac 2011...dan jika ada sebarang rasa
    atau tindakbalas pada bahagian-bahagian
    yang kadangkala terasa sakit itu...men-
    unjukkan kesan tinggalan aura angin bisa
    padanya...

    Atau baca pada minyak wangi Fatihah 1x...
    salawat 3x...Ayat Kursi 1x kali tapi
    ayat akhirnya ulang 11 x...(iaitu mula
    ayat walaa yau duhuu...hingga akhir)...
    3 Qul tiga-tiga kali...dan sapu pada ba-
    hagian- bahagian tersebut...

    Sebarang tindakbalas menunjukkan adanya
    angin bisa...contohnya panas...meremang
    dan sebagainya...

    Begitu juga kalau Ummi ambil wuduk atau
    sedang solat...mungkin rasa sesuatu pada
    bahagian tersebut...seperti berat...rasa
    tebal...panas...semut-semut dan sebagai-
    nya...

    Kalau Ummi amalkan Ayat Manzil juga...
    mungkin akan ada tindakbalas pada bahagian
    yang ada gangguan...dan sebagainya...

    Kalau ia ada kaitan dengan gangguan...biasa-
    nya ia disebabkan oleh 'sesuatu' yang duduk
    atau mencengkam padanya...maka Ummi boleh
    amalkan juga sapu minyak wangi padanya juga mandi air doa...

    Di samping itu...sebaiknya Ummi minta rawat
    ya...dan tambah amalan pendinding...
    Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  6. terima kasih saudara Junied. soalan seterusnya -

    1. bagaimana dapat dipastikan kesahihan gangguan saka pada gadis ini, dan bagaimana cara untuk merawatnya? boleh saudara Junied cadangkan mana2 tempat di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan untuk rawatan saka, sekiranya benar ia gangguan saka? atau sekiranya saudara Junied boleh membantu?

    2. sejak beberapa ketika kebelakangan ini ummi mula mengamalkan zikir pagi petang dan al-mathurat (yg dah lama tak diamalkan sejak tamat belajar). Tetapi sejak sebulan lepas atas cadangan seseorang, ummi berhenti membaca al-mathurat dan beralih kepada Manzil, Munjiyat dan Syifa pagi petang . Dalam tempoh itulah ummi mula rasa sangat sakit di belikat. Kini tengkuk pula. Bila solat dan mengaji memang terasa sgt tak selesa. Atau sebarang aktiviti yg perlu tunduk seperti menyapu.

    InsyaAllah ummi akan lakukan saranan saudara Junied di atas. Terima kasih.

    BalasPadam
  7. Sama-sama Ummi...

    1.Dari gabungan 3 tanda tadi...ia ada 99
    peratus kemungkinan adanya saka...dan
    biasanya kalau nak lebih pasti...minta
    'scan'.

    Cara lainnya...oleh kerana Ummi amal ayat
    Manzil..buat air doa dan minyak wangi ayat
    Manzil untuknya...

    Dan lebih baik...bacakan juga pada garam
    bukit..campur pada air minum doa dan mandi
    serta buat pagar ruang bilik atau dalam
    rumah...

    Sebaiknya juga minta rawat pakar...dan Ummi boleh rujuk pada blog-blog perawat Islam...
    manalah tau ada yang dekat ya...

    2.Manzil lebih khusus bagi rawatan gangguan
    maka kerana itu Ummi merasakan kesannya...
    dan yang demikian itu juga bererti makhluk
    yang mengganggu Ummi juga lebih kesakitan
    dan kepanasan...maka ia tindakbalas positif.

    Lebih cepat angin bisanya tawar maka semakin
    cepat kesannya berkurang atau hilang...

    Kalau rasa agak berat...bacakan pada air baru
    yang kosong...salawat 11 kali minum dan
    sapu muka...

    Buat air juga minyak serta kalau boleh garam
    bukit manzil...dan guna minum...mandi...
    sapu dan pagar...

    Semasa baca Manzil...Lau Anzalna...kalau
    boleh...baca 3 kali ya...dan 4 awal...
    sambil amal 3 Qul Pernafasan...

    Kalau bacakan sesuatu...dekatkan bibir
    supaya nafas sampai pada air atau minyak
    dan sebagainya...


    Insya Allah Ummi...sama-sama...silakan
    ya kalau ada sebarang persoalannya lagi.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  8. terima kasih SJ.

    ummi dah baca sebahagian entri mac 2011 tu. insyaAllah ummi akan cuba buat 3 Qul pernafasan. Ummi dah buat saranan al-Fatihah, ayatul Kursi dan 3 Qul pada myk wangi dan dah 2 kali sapu di tengkuk. Mcm ada keringanan sdkt alhamdulillah.

    Ummi perlu telitikan 3 Qul pernafasan tu utk melakukannya. Hari ni ummi mula membaca Bismillah 7 insyaAllah mahu cuba menghafal dan istiqamah mengamalkannya.

    tentang gadis tu (anak ummi) lebih praktikal menggunakan air doa utk minum dan myk wangi sbb dia tinggal di asrama.

    InsyaAllah ummi akan usahakan mencari perawat berdekatan. Sebenarnya ada beberapa hal serius yg melanda ahli keluarga tetapi tak ada yg cuba mengaitkan dengan saka. Semoga Allah izinkan dan bantu ummi dalam hal ini. Mohon doa ya.

    BalasPadam
  9. Sama-sama Ummi...Amiin...
    semoga Tuhan mempemudahkan segala urusan
    kita...dan kalau boleh...Ummi amalkan
    juga Tahajjud ya...Insya Allah...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  10. assalammualaikum..saya ingin bertanya.apa kah maksud pendamping wali?..adakah ianya baik atau sebaliknye?..sekarang saya berusia 24 tahun.terus terang saya katakan saya tidak tahu menahu pada diri saya ini ada pendamping wali.sehingga kawan saya memberitahu pada saya selepas dia memarahi adik nye tanpa sebab semasa kami bertiga makan di kedai emaknye.

    selepas esoknye dia memberitahu saya.adakah saya tahu.saya didampingi wali.saya berkata..tidak tahu dan terkejut..dan tidak faham apa yang dikatakan olehnye.dan meminta dia menerangkan pada saya.

    dia bercerita kepada saya satu persatu.semasa dia memarahi adiknye tanpa sebb adalah kerana dia ternampak wali tersebut berada disamping saya.kawan saya tu berketurunan saka/pendamping harimau putih dari keturunan.masa tu dia marah secara tibe-tibe.

    tetapi setahu saya..saya tidak pernah tahu..atau bersemuka dengan mana mana makhluk halus atau pendamping.kerana ibu saya sentiasa suruh saya mengamal ayat 3 khul dan qursi serta dari kecik sekiranye saya terasa ancaman atau tidak sedap hati.

    saya merupakan anak tunggal.selepas kematian ayah saya semasa umur saya 6 bulan..ibu saya pernah menceritakan pada saya.bahawa saya pernah tidak berhenti menangis selama sebulan.tetapi ibu saya tidak memberitahu saya apa terjadi selepas itu.

    tetapi saya tak nafikan semasa saya menghadiri pusat pengajian swasta di kuala lumpur..semester satu semua pelajar di beri tempat utk tinggal bersama 10 pelajar dlm satu apartment.apartment tu mmg suram tetapi pada mulanye saya membuat tak endah..rupa-rupanye aparment itu ada pontianak yg tinggal.kesemua pelajar nampak.dan ada seorang pelajar yg selalu kene rasuk.tetapi timing dia kene rasuk selalu berlaku bila saya tiada dirumah itu.

    dan mcm-mcm lagi yang berlaku..tetapi terus terang saya cakap..saya mmg tidak dpt melihat.tetapi hanya merasa kehadiran makhluk itu sahaja..sekiranye benda2 ini berlaku..saya terus membaca ayat qursi dan 3 khul tanpa pikir panjang.sudah menjadi tabiat...

    kalau betul saya mmg didampingi...tetapi saya tak nampak..adakah itu perkara baik?..dari nampak..perlukah saya membuang nye?..ibu saya tidak membenarkan saya pergi berubat atau mana mana taditional rawatan..sebb beliau tidak mahu saya bergantung pada berubat..kerana ragu-ragu..sampai sekarang saya masih mengamal mmbaca ayat qursi tak kira dimana...

    BalasPadam
  11. Wa alaikum salam wbkth amy...

    1.Maksudnya penampilan jin itu seperti
    wali-wali...seperti berserban jubah...
    berpakaian serba putih berketayap...dan
    sebagainya...ringkasnya macam orang-orang
    soleh...

    Hanya itu sebabnya ia dipanggil pendamping
    wali-wali...kemudian siapa sebenarnya jin
    tu...samada jin Islam fasik...jin kafir...
    jin munafik...itu lain ceritanya...

    Setiap jin pendamping seumpamanya...biasa-
    nya pasti ada rahsia berkaitan gangguan
    atau kejahatannya yang mungkin kita tidak
    ketahui...atau tidak faham...

    2.dilarang pergi berubat maksudnya benda itu
    menyebabkan amy 'sakit'...dan dan benda itu
    perlu dibuang..

    Cuma untuk seterusnya...diharap amy amalkan
    terus menerus amalan lazimnya ya...Insya
    Allah...mungkin serba sedikitnya benda itu
    rasa terhalang dari mendekati amy...

    Kalau ianya jantan (biasanya)...antara
    gangguan yang mungkin timbul..halangan men-
    cari jodoh...walau bagaimana pun...kita
    belum pasti tentang 'wali' yang satu ni...
    cuma sebaiknya amy hati-hati..dan cuba amati
    jika ada sebarang perkara yang meragukan.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  12. Salam Tuan, Saya selama ini saya mengikuti blog tuan ini dan pernah saya praktikkan cara scan jin pada beberapa orang dan memang berkesan. Saya juga belajar syifa secara sampingan daripada kawan dan seorang guru, walaubagaimanapun hasrat saya terhenti buat masa ini kerana saya dapati diri ada SAKA..Setiap kali menghafal ayat-ayat ruqyah saya akan mengalami gangguan.Untuk itu saya ingin berjumpa tuan untuk membuang saka(dari nenek yang sudah meninggal dunia). Kebetulan saya adalah orang Ranau dan ingin sangat berjumpa tuan. Mohon tuan emailkan maklumat/no.telepon tuan di email saya: jayse2000@hotmail.com. Blog tuan ini sangat menarik dan mudah-mudahan tuan dilimpah rahmat dari Allah SWT..wasalam..Selamat menyambut Aidilfitri..

    BalasPadam
  13. Salam Tuan, apakah syarat utama jika memepelajari ilmu aura metafizik?Adakah pre-requisite untuk mempelajarinya mesti bertasbih/berzikir La ila ha illallah sebanyak 70k kali?minta tuan bagi penjelasan.

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth Js...

    Syarat utamanya adalah ilmu dan latihan
    pernafasan...dan selain daripada itu...
    terpulang pada diri masing-masing...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Assalamu'alaikum encik Junied,
    Saya agak confius skit, apakah pendamping dan saka sama atau berbeza. Kedua ini adakah jin juga?
    Ada seorang anak lelaki berusia 13thn, katanya ada seekor harimau putih selalu datang nak berkawan denganya....apakah ini saka? bagaimana utk menghalau nya?
    terima kasih.

    BalasPadam
  16. Wa alaikum salam wbkth NaD...

    Sama saja....semuanya jin...harimau itu
    juga oleh sebab tidak dapat dilihat
    oleh mata kasar...atau hanya oleh orang
    tertentu saja...juga dari bangsa jin.

    Biasanya yang membezakan adalah asal
    usulnya...juga cara serta tujuan jin
    itu mendampingi...

    Apabila seseorang selalu didatangi biasa-
    nya ia bererti ada angin bisa jin tersebut
    dalam badannya...kerana itu bendanya
    berani menunjukkan diri...

    Apabila angin bisanya dapat bertahan dalam
    badan maka bererti ia mungkin dapat meng-
    uasai seseorang...tapi kalau angin bisanya
    dapat dimusnahkan...atau tidak dapat ber-
    tahan...maka bererti ia tidak dapat meng-
    uasai dan akan berfikir banyak kali walau
    sekadar nak menampakkan dirinya...

    Sebaiknya cari perawat yang berpengalaman
    atau kalau sementara belum dapat...amal
    pendinding diri...atau bacakan pendinding
    dan beri minum serta mandi air doa...
    serta pagar tempat yang selalu didatangi-
    nya...atau cuba elakkan diri dari berada
    pada tempat tersebut terutama pada masa
    biasa ia datang...

    Antara amalan Pendinding mudah adalah
    Fatihah...3 Qul...dan Ayat Kursi 11 kali.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Assalamualaikum En junied,
    Bagaimana cara utk merawat sihir penghalang rezeki(pekerjaan)?sudah 4 tahun sy menganggur..sy diberitahu ada jin berupa kera/monyet dalam badan sy.sy telah berubat di darul syifa dan diberi air y tlh dibacakan doa.Tetapi keadaan sy masih tidak berubah.mohon diberi tunjur ajar utk sy amalkan.kalau boleh dihapuskan itu lebih baik.

    BalasPadam
  18. Wa alaikum salam wbkth Nurul...

    Sebaiknya amal Ayat Manzil...3 Qul
    pernafasan...Ayat Kursi...juga mana-
    mana yang termampu...dan jangan sekadar
    bergantung kepada perawat semata-mata..

    Kita sembuh apabila jin tersebut sudah
    keluar dari badan dan tidak dapat masuk
    semula atau tidak dapat bertahan tinggal
    dalam badan...

    Maka itu adalah antara gunanya amalan
    pendinding diri...

    Boleh jadi masa rawatan...jinnya dah keluar
    tapi kemudian dapat masuk semula...maka ia
    kelihatannya seperti rawatan tersebut tidak
    berkesan...sedangkan sebenarnya ia disebab-
    kan oleh kerana masih ada laluan masuknya.

    ...atau jinnya hampir-hampir nak keluar
    tapi oleh kerana kita hentikan rawatan....
    maka ia menjadi 'sihat semula'....

    Rawatan biasanya bukan hanya untuk sekali
    dua...tapi hendaklah berterusan selagi
    ada perkembangan baiknya walau sekadar
    sedikit demi sedikit...

    ..kerana jin itu bukannya dengan sekelip
    mata saja sudah ada dan tinggal selesa
    dalam badan...sebaliknya dengan ber-
    peringkat dan mengambil masa...maka
    rawatannya juga akan berperingkat serta
    mengambil sedikit masa...

    Insya Allah...kalau ada kesempatan nanti
    saya kan beri panduan kepada Nurul menge-
    nai tajuk berkaitan amalan di atas dalam
    blog ini...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  19. Assalamualaikum En junied..
    Terima kasih kerana luangkan masa jawap soalan saya..
    sy pon rasa mcm tu jugak..skrg sy amalkan surah al-baqarah 102,adik sy kata mmg utk sihir penghalang..sy baca 7kali dgn niat sembuh,kemudian sy baca 4 Qul,surah al-jin 4 kali,last sekali sy baca as-shoffat y sy dpt dr blog en junied..mmg mcm en junied cakapkan,sy rasa jin itu pandai,ia keluar waktu kita baca kemudian msk balik lps habis,sy mcm boleh rasa tp tak tahu kalau perasaan sendiri saja maklumlah sy tidak ada ilmu mengenai jin2 ini..waktu baca mmg kebas2 kaki lps habis baca hilang terus kebas itu..wallohu a'lam..
    En Junied kalau boleh sy jugak ingin mintak dikongsi apa yang apa patut sy amalkan utk buka kembali rezeki agar sy dpt temuduga/pekerjaan..utk sy buka kembali pintu rezeki y kena halang oleh sihir ni..
    Terima Kasih byk2 En Junied..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth Nurul...
      ...sama-sama...

      1.Untuk tambahan...masa baca tu Nurul
      baca pada air sebotol...pastikan nafas sampai pada air semasa membacanya...

      Air itu guna minum dan mandi serta
      renjis pada 4 penjuru bilik...

      Kalau air sudah habis...bacakan lagi
      ...dan baca juga pada minyak wangi
      untuk sapu tempat kebas atau sakit...

      Yang kita baca itu ada kesannya...dan
      air serta minyak doa itu juga ada kesannya...Insya Allah...

      2.Rasa tahu keluar masuk bererti serba
      sedikit mungkin benda itu juga
      mengganggu perasaan...

      3.Teruskan berubat dan beramal sehingga
      jin itu keluar atau semakin lemah....
      apalagi kalau pasti ianya jin sihir...

      Lain-lain amalan murah rezeki...ialah
      seperti...amal Sunat Tahajjud...Sunat
      Dhuha...baca Al Waqiah setiap malam...
      amal Ayat Seribu Dinar 3 kali setiap
      lepas solat...banyakkan baca salawat
      sekurang-kurangnya pagi petang dan sebagainya...

      Baca Ayat Kursi lepas solat...ketika
      akan tidur...ketika bangun...ketika
      akan keluar rumah dan ketika sampai
      pada sesuatu tempat yang dituju...
      dan doa agar mudah segala urusan...

      Dan amalkan doa...minta ampun dosa
      diri...ibubapa...guru-guru...keluarga
      dan semua orang Islam yang masih hidup
      atau sudah meninggal dunia...

      ....dan teruskan dengan berdoa minta
      luas rezeki dan mudah segala urusan
      samada yang berkaitan dunia atau
      Akhirat untuk diri dan semua orang
      Islam...

      Sekurang-kurangnya amal setiap lepas
      solat fardhu...atau pagi petang
      semasa cuti...dan ketika akan tidur
      malam...

      Insya Allah ya...

      Wallohu a'lam

      Padam
  20. Assalamualaikum.
    Tuan,
    Mohon maaf terdahulu daripada pihak saya.
    Saya ingin bertanya serta sangat berminat untuk mempelajari lebih mendalam segala ilmu yang telah tuan paparkan serta huraikan pada tahun-tahun terdahulu.
    Adakah pada tahun 2017 serta selanjutnya kehadapan,
    tuan masih atau akan menyambung huraian pelajaran seterusnya kepada saya dan ahli yang mengikutinya.

    Terima kasih.
    wassalam.

    BalasPadam
  21. Wa alaikum Salam wbkth uk.pada niatnya ingin menyambung hingga semampu mana namun Allah lebih mengetahui tentang segala sesuatu.Terima kasih atas perhatian nya.Wallohu a lam

    BalasPadam