Selasa, 27 November 2012

IMAN THERAPHY...Bukan Mati...Tapi ke Alam Ghoib...

Ketika  anak  lelakinya  berumur lima tahun
...anak itu meninggal dunia kerana sakit...

Walaupun jenazahnya dikebumikan...namun
ia sebenarnya tidak mati...sebaliknya terus 
hidup dan membesar di alam ghoib...

Sepertimana kanak-kanak biasa...ia juga ber-
sekolah  di  alam  ghoib.....sehinggalah ke 
peringkat universiti sebagaimana di dunia ini.

Ketika umurnya dalam lingkungan dua puluhan
maka teringatlah ia kepada ibunya yang masih
hidup di dunia...dan ia mengambil keputusan
untuk kembali ke dunia dan mencari ibunya...

Maka datanglah si anak itu lalu merasuk serta
bercakap melalui lidah ibunya...

Masa itulah si anak itu menceritakan asal-usul
serta kisah hidup juga tujuannya datang...

Ibu mana yang tidak gembira...ia sesuatu yang
tidak pernah di sangka-sangkakannya...dan si 
ibu menerimanya dengan penuh kepercayaan 
dan kesyukuran...

Ketika itu si ibu selalu ke pasar menjual sayur
dan hal ini nampaknya kurang menyenangkan
si anak...

Si anak meminta ibunya agar berhenti ke pasar
kerana tidak sanggup melihat ibunya kepenatan
sebaliknya duduk berehat di rumah saja....

Begitu mulia hati si anak yang baru pulang dari
alam ghoib itu....

Dan  sebagai  ganti  punca  pendapatan....si ibu
mendapat hasil pendapatan hadiah dari keboleh-
annya merawat juga berhubung dengan makhluk-
makhluk halus...

Ini adalah kebolehan sampingan dari dampingan
anaknya yang juga telah bertubuh halus itu....

Begitulah ia berterusan selama bertahun-tahun
lamanya....dan dalam pada itu...nampaknya si-
anak itu ' kadang-kadang derhaka juga ' pada
ibunya...

Setiap  kali  tibanya hari raya korban...si anak
minta si ibu menyembelihkan untuknya seekor
kambing...di samping menyediakan juga 
sepasang pakaian melayu serta songkok serba
merah...

Si ibu pernah terlupa...dan akibatnya ia jatuh
sakit agak lama...dan si anak memberitahu
itu adalah pengajaran kerana tidak patuh 
kepada kehendaknya...

Malah si ibu yang bersifat mudah kasihan pernah
merawat seseorang bukan Islam yang menjadi
antara pantang larang besar si anak...

Akibatnya si ibu jatuh sakit....dan si anak mem-
beritahu...itu adalah pengajaran kerana tidak
patuh kepada larangannya...

Dan seperkara  yang  saya perhatikan antara lain
yang menunjukkan betapa ' tak gunanya si anak
itu '...si ibu selalu sakit..dan si anak memberitahu
itu adalah dari sebab serangan atau gangguan
dari penunggu itu dan ini...atau di sihir oleh si-
anu itu dan ini terutama orang yang tidak di sukai
oleh si anak tersebut...

...sedangkan ada tandanya ia adalah ulah daripada
si anak itu sendiri...

Sebenarnya si anak itu adalah jin...samada jin ilmu
saka keturunan...atau jin ilmu yang baru datang
dan bijak mempergunakan keadaan...

Jin itu juga mempergunakan si ibu untuk cuba men-
guasai seluruh ahli keluarganya...agar yakin serta 
patuh kepadanya...

...dan jin itu telah membuktikan...siapa sahaja yang
berani membantah...akan menerima padah sakitnya.

Ini adalah antara taktik jin memperdayakan manusia
dan jin yang berpengalaman tidak akan memaksa
anda kepada sesuatu yang anda tentang...atau anda
tidak percaya...

....tapi ia akan menyelinap ke dalam kepercayaan
dan cita-cita murni anda...dan akan memastikan 
anda jatuh ke dalam jeratnya dengannya...

Wallohu a'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan