Seorang rakan yang sedang dirasuki jin
silat...untuk beberapa saat ia merenung air
dalam gelas...tiba-tiba ia senyum...geleng
kepala dan menghulurkan semula air yang
saya beri kepadanya tadi...
...ternyata ia tidak mahu meminumnya
walaupun setahu saya...ianya adalah air
kosong...
Seorang rakan lain yang lebih berpengala-
man menerangkan...bahawa semasa saya
memegang gelas tadi...maka aura dari
tapak tangan masuk ke dalamnya walau
tanpa saya niatkan...
Oleh kerana saya amal Fatihah...juga zikir
amalan IT serta Ayat Manzil maka...air
itu dengan izin Tuhan jadi orang doa...
mengikut amalan-amalan tersebut...
Ini menunjukkan aura yang aktif pasang
siap walau tanpa kita niatkan atau kita
bersedia...
' Aura pasang siap ' ini adalah antara
ciri-ciri utama kesan amalan IT...di mana
ia sangat penting terutamanya kerana
anda mungkin menghadapi kejadian-
kejadian yang di luar dugaan...seperti
serangan...gangguan...kemalangan dan
sebagainya...
Maka walaupun Ustaz lebih menekankan
perkara berkaitan perubatan...namun se-
benarnya amalan IT ini mempunyai ke-
gunaan atau fungsi umum...terutamanya
mengikut kehendak atau keperluan
masing-masing...
Ianya termasuk dalam berurusan dengan
orang lain seperti temuduga...urusan kerja
...urusan perniagaan...atau tugas-tugas
anggota keselamatan yang seringkali
menghadapi situasi bahaya...dan sebagai-
nya...
Iaitu aura itu akan bertindak mengikut
niat atau usaha anda...atau ia bertindak-
balas tanpa niat atau mungkin tanpa
pengetahuan anda...bergantung kepada
keperluan serta keadaan...
Contohnya anda disihir...tanpa dilihat
malah tanpa pengetahuan anda...namun
aura anda akan bertindakbalas terhadap
serangan itu ( jin sihir atau angin bisanya )
sehingga serangan itu terhenti...menjadi
lemah...atau mungkin musnah sekadar
mana izin Tuhan...
Rakan-rakan ada yang berpengalaman
gelasnya meletup atau tertumpah tanpa
diketahui puncanya ketika akan minum
di rumah juga di gerai...
Begitu pula...kalau ada orang berniat
jahat kepada anda...ia mungkin merasa
pening...lesu...lemah tanpa anda sedari
sehingga niat jahatnya tadi hilang...
Kadang-kadang pula...apabila kejahatan
seseorang itu dari sebab hasutan jin saka
atau jin sihirnya...ia ' menjadi baik '
dengan anda apabila jin pendampingnya
lari menjauh daripada diri anda...
...atau mungkin jin itu akan ' membawa
tuannya ' menjauh dari anda...
' Aura pasang siap ' ini juga antara sebab-
nya rukyah menjadi lebih berkesan...
kerana apabila anda mula berniat merukyah
maka aura anda mula bertindak sebelum
anda mula membacanya lagi...
Ada juga terjadi seseorang yang tidak di-
kenali tiba-tiba sakit kepala sebaik berada
di sebelah seorang rakan....
Ia biasanya kerana ada gangguan pada
orang tersebut...dan aura anda menyerang
pendampingnya untuk mencegah sebarang
serangan...
Namun orang tadi turut merasa kesannya
kerana jin atau angin bisa jin itu ada dalam
badannya...
Begitu pula...serangan ' aura pasang siap '
juga boleh berlaku kepada jin luar badan
contohnya jin yang cuba mengganggu di-
tepi jalan...di rumah kosong...laut...jin
dalam hutan dan sebagainya...bergantung
kepada amalan anda serta pagar kalau
anda juga buat pagar khas...
Namun semuanya itu hanya akan terjadi
atas izin Tuhan...tapi ianya telah terbukti.
Wallohu a'lam
Salam Lsp...
BalasPadamIaitu nama perguruan yang menggabungkan
antara rukyah dengan ilmu pernafasan...
Silalah buka blognya ya...pada profil
saya...RAWATAN IMANTHERAPHY...
Assalamualaikum saudara..
BalasPadamSaya ingin tahu beberapa perkara iaitu:
1) ayat manzil
2) bismillah 7
jazakumullah khair... semoga Allah memberi ganjaran pahala atas perkongsian saudara insyaAllah..
Wa alaikum salam wbkth nurdeena...
BalasPadam1.Silalah lihat ya...catitan berkaitan Manzil pada
tajuk-tajuk catitan bulan Mei dan April 2010...
2.Kemudian berkaitan Bismillah 7 pada catitan
Mac 2011...
dan tambahan..kehebatan ayat-ayat dalam Suroh
Al A'rof...catitan dalam bulan Julai 2010...
...serta Senarai amalan pendinding catitan Bulan
September 2010...
In-shaa Allah nur ya...
Assalamualaikum...
PadamJazakumullah khair..bagaimana saya dapat ikuti semua catitan catitan yg saudara junied maksudkan? Adakah saya perlu subscribe ? Jika yg,bagaimana caranya? Jazakumullah sekali lagi..
Wa alaikum salam nurdeena...
BalasPadamCuma perlu rujuk pada tahun dan
bulannya...
Wallohu a'lam
Salam.. saya nak tanya, saya akan rasa marah dan benci pada suami tanpa sebab. kdg2 sampai rasa nak tgl, pada waktu malam hati sy akan rasa berdebar2. penah satu malam saya dan suami mendengar ada sesuatu yg membuka almari baju bila suami tengok tiada sesiapa pun. sy hanya tgl berdua dgn suami..minta pendapat.. buntu sangat2..
BalasPadamWa alaikum salam wbkth puan...
BalasPadam1. Rasa berdebar dan benci suami itu dari satu
punca...iaitu ada jin atau angin bisa dalam
bahagian dada...dan kalau ianya sudah lama
maka kemungkinan ia sudah jadi saka....
2. Almari baju itu tandanya ada jin yang sudah
biasa atau selalu masuk ke dalam bilik sejak
sekian lama...tapi...
Kalau rumah puan itu baru...atau baru saja
puan masuk tinggal dan timbul masalahnya...
maka mungkin gangguan itu berpunca dari
jin yang menghuni atau singgah-singgah
di situ...
Puan perlu rawatan...juga sebaiknya rumah
itu juga dipagar...dan sesuai juga kalau
suami puan di 'scan' untuk memastikan
benda yang ikut puan itu benci pada suami
atau sesuatu yang juga ikut suami...
Kalau mampu amal Manzil...3 qul pernafasan
Ayat Kursi sehari-hari dan sebagainya sambil
berusaha mencari perawat pakar yang diyakini...
dan dapatkan nasihat juga rawatan...
Jadikan air doa minuman hari-hari serta
renjis empat penjuru bilik dan setiap ruang
dalam rumah kecuali tandas...
In-shaa Allah puan ya...
Wallohu a'lam
salam tuan...
BalasPadammohon pendapat, apabila sy merukyah isteri sy yg sakit, terasa di tapak tangan saya sakit bagai di cucuk cucuk jarum, panas dan seolah2 ada arus elektrik d sekitar tapak tangan...mohon pandangan, terima kasih.
Wa alaikum salam wbkth saudara...
BalasPadamIa menunjukkan orang yang dirawat agak kuat
gangguannya...(agak padat angin bisa)
...terutama contohnya kalau kita hadapkan ke-
bahagian perut...ada tindakbalas yang agak kuat
pada tapak tangan maka ada gangguan yang
agak kuat pada bahagian tersebut ( ada jin atau
anginbisa jin )...
Kalau tapak tangan kita di atas ubun-ubunnya...
maka angin bisa atau gangguannya boleh jadi
dari mana juga...iaitu mana-mana bahagian juga
atau memang di seluruh tubuh...
Tindakbalas semakin kurang menunjukkan angin
bisa atau gangguan semakin kurang juga...
Wallohu a'lam
...kemudian...
BalasPadam..ia juga menunjukkan ada lapisan aura di tapak
BalasPadamtangan kita yang menghalang jin atau angin
bisa masuk tangan...
Wallohu a'lam
semalam sy terus merawat dn selepas sj sesi rawatan, bahagian bahu sy sakit seperti terseliuh..sblm itu bhg hujung jari jari sy sj yg semacam dicucuk jarum dan tengah tapak tangan yg panas dn gatal...mohon pandangan.
BalasPadamsy mencuba kaedah (jurus) musnah dan tarik keluar, tp tidak tahu adakah kaedah sy betul..al maklum masih belajar.
BalasPadam..nampaknya ada serangan...dan serba sedikit ada
BalasPadamyang tembus masuk...
Kalau begitu sebelum mula rawatan cuba bacakan
ayat Kursi sekali pada tapak tangan...dengan ayat
mula..walaa yauuduhu...sampai habis ulang 11
kali...ludah ringan pada tapak tangan kedua-duanya
atau yang akan guna untuk rawatan...
Sesuatu kaedah itu biasanya akan bertambah mantap
apabila sering dilatih atau digunakan..dan sentiasa
dapatkan maklumat tindakbalas yang dirasa oleh
yang dirawat...
In-sha Allah ya...
terima kasih atas perkongsian...mudah2n banyak manafaatnya...
BalasPadamSama-sama mys himra...
BalasPadam...In shaa Allah...
assalam....bersua kembali, baru2 ini sy merukyah seorang kawan yg menghadapi jantung selalu berdebar secara tiba2, apabila sy letakkan tangan di belakang dia, terasa gatal di telapak tangan dn pabila letak di atas kepala terasa panas..mohon bantuan penjelasan dr tuan..terima kasih
BalasPadamWa alaikum salam wbkth mys himra...
BalasPadam1.Gatal tapak tangan...tandanya ada jin dalam bahagian
dada kawan tersebut...kalau berdebar...samada jin
itu dalam atau duduk atas...atau bergayut pada
jantungnya...
Gatal-gatal itu maksudnya...secara 'aura' tapak tangan
kita 'sudah sampai' kepada jin tersebut...
2. Angin bisa dari dalam badannya keluar ikut ubun-
ubun...termasuk angin bisa jin dari dalam bahagian
dadanya..
..iaitu tapak tangan kita sedang menarik keluar angin bisanya...maka boleh dirukyah bersama pernafasan...
...angin biasanya akan semakin kurang...dan kalau
boleh buat berterusan sehingga angin itu tidak rasa lagi...
bererti...sebanyak itulah angin bisa yang sudah kita
tarik keluar...In-sha Allah...
3.Kalau seseorang itu sakit apa juga termasuk yang
kelihatan seperti sakit biasa...maka letak tapak
tangan atas kepalanya...kalau ada angin panas...
tandanya sakit itu ada penglibatan gangguan jin.
Ini salah satu dari cara 'scan'...untuk mengetahui
samada seseorang itu sakit biasa semata-mata
atau ada gangguan jin...
Wallohu a'lam
t.kasih atas penjelasan, insyaallah byk manafaatnya..
BalasPadamAlhamdulillah...
BalasPadamSama-sama mys himra...
ada berapa jeniss rasa yer contoh sejuk panas mencucuk dan selain tu apa lg dn maksud nye..
BalasPadamRingkasnya..rasa sebarang tindakbalas...tidak kira
BalasPadampanas...sejuk...rasa wap..angin...letrik...gatal...
semut-semut...mencucuk...menolak ...menarik..
kesans...lemah tangan...rasa berat dan apa juga
bergantung pada amalan diri serta latihan masing-
masing...
Ia berlaku dari sebab adanya angin bisa yang keluar
dari ubun-ubun...atau tindakbalas aura pada diri kita...
atau ada angin bisa pada tapak tangan kita...iaitu
ada gangguan pada diri kita sendiri..dan sebagainya.
Tanda mudah ada angin bisa jin pada tapak tangan
kita...angin bisa atau jin dari pesakit mudah masuk
dan meresap ke dalam tangan atau malah hingga
ke dalam tubuh kita...
Wallohu a'lam
Thank you sir...Wallohu a'lam
BalasPadamAssalam ustaz junied, boleh tak ajar amalan doa dan zikir aura pasang siap?
BalasPadamJazakallah khairan kasira.
Wa alaikum salam wbkth SJ...
BalasPadamSemua amalan fatihah pernafasan dan 3 Qul pernafasan adalah
analan aura pasang siap...kalau nak lebih khusus maka silalah
hubungi guru utama saya ya...amalan fatihah dan 3 Qul itu
juga ada pada blog nampak hati...Wallohu a'lam