Selasa, 24 Mac 2015

...SESI RAWATAN JARAK JAUH ( IT ) 26 MAC 2015...

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada para
pengunjung yang sudi dan terus menerus mengikuti
perkembangan blog saya yang tak seberapa ini
( blog rnj dan nh ) .

Saya sampaikan juga salam maaf dari Tuan Guru
Utama saya Yang Berbahagia Ustaz Muhammad
Abdullah ( UM ) kerana kelewatan membalas
wassap juga sms dari para pembaca disebabkan
kerana kesibukan rutin harian program-program
rawatan...namun Insha Allah...akan dibalas juga
apabila ada kesempatan.

Saya telah berbincang dan Tuan Guru UM...
dan kami akan mengadakan program rawatan
jarak jauh...memandangkan ramai pembaca
yang minta rawat namun menghadapi masalah
jarak dan masa.

Dengan program ini...anda boleh duduk dalam
rumah atau di mana-mana saja...samada anda
dalam malaysia atau luar negara.

Kaedahnya..kumpulan perawat IT termasuk
UM sendiri akan membuat rawatan dari klinik
atau pejabat IT..dan dalam masa yang sama...
anda yang minta rawat juga duduk beramal
di tempat anda sendiri.

Amalan-amalannya berupa suroh dan zikir-
zikir mudah akan di wassap atau di sms pada
anda lebih awal.

Untuk program pertama...rawatan ini akan
kami adakan pada hari khamis malam jumaat
bersamaan 26 haribulan mac 2015....iaitu
dari jam 9 malam hingga 9.30 malam ( lepas
solat Isya' waktu semenanjung )...Insha Allah.

Kemudian anda akan terus beramal merawat
diri seperti yang telah diberikan...hingga malam
jumaat berikutnya di mana rawatan jarak jauh
akan di buat untuk kali kedua dan ianya hingga
3 malam jumaat berturut-turut.

Pada pengalaman terdahulu...pesakit mungkin
akan rasa pening...muntah atau ke tandas dan
sebagainya...mengikut   tahap   serta   bentuk
gangguan  atau  sakit biasa masing-masing.

Hanya 50 pesakit akan diambil untuk setiap
sesi  rawatan  ( tiga jumaat berturut-turut...)
agar  pemantauan  secara  berterusan dapat
dibuat  dengan   lebih   teratur   pada  setiap
pesakit .

Untuk  program  ini...anda hanya perlu
menyumbang  rm350 ( tiga ratus lima puluh
sahaja )  bagi pengurusan umum pusat rawatan
dan  anda bukan sekadar dirawat dan  diberi
amalan merawat  diri  tapi  juga   mendapat
pengijazahan   amalan...dan  anda  mungkin
berpeluang   untuk mengembangkannya....
sekurang-kurangnya untuk merawat keluarga.

Kelebihan   ijazah  amalan  ini  adalah kalau
kita   katakan   ada 10 orang pengamal IT
maka setiap dari kita akan  mendapat doa
dan rawatan secara tidak langsung dari 9
orang rakan lain...dan ini adalah kelebihan
hariannya.

...berbanding  kalau   kita  ambil  amalan-
amalan biasa...setakat  mana amalan kita
maka sekadar itulah bekalan dan kekuatan
kita...tanpa  sokongan  dari   rakan-rakan
lain.

Insha Allah.....kesembuhan  itu  akhirnya
datang dari Allah jua...namun pada adat
kebiasaannya.....sebaik-baik  ikhtiar  itu
akan  membuahkan   sebaik-baik   hasil
dan kesembuhan.

Kepada anda yang berminat sila hubungi
Tuan Guru UM...melalui wassap...atau
sms...

....dan boleh mendaftar secara langsung
untuk Program Rawatan Jarak Jauh sesi
pertama ini....Insha Allah...

Wallohu a'lam

27 ulasan:

  1. trimakasih infonya gan...
    sangat bermanfaat..
    mantap..

    BalasPadam
  2. Assalam. Boleh sy dptkan no.telefonnya utk kemudahan whatsapp. T.ksh

    BalasPadam
  3. Wa alaikum salam wbkth saudara...silah hubungi pada guru utama saya ya...
    seperti nombor telefon yang saya sertakan pada profil...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  4. Salam lebaran kak...semoga Tuhan merahmati kita semua...dan mendapat keberkatan
    dalam segala urusan....

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum tuan..bagaimana kan berjumpa tuan di kk..

    BalasPadam
  6. Wa alaikum salam wbbkth tuan...

    Maaf ya saya jarang ke kk...tapi kalau tidak keberatan lebih baik jumpa terus
    guru utama saya Yg Berbahagia Ust Muhammad Abdullah yang tinggal di
    Putatan...berbanding saya yang masih merangkak dalam mendalami ilmu
    perubatan ini.

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tuan
    Malam tadi sy dan kawan pergi ke taman untuk melihat keindahan lampu2 malam sambil merehatkn diri. Ditempat itu ramai juga oengunjung. Itu kali pertama kami ke taman itu menaiki motosikal. Pagi esoknya kawan sy cerita dia mimpi kami pulang dr taman tersebut, dan dlm perjalanan, dia ternampak sepasang kaki diatas bahunya .dia dpt lihat pada cermin sisi motsikal. Sy fikir itu mainan tidyr.tp yg peliknya, pagi itu lepas bagun tidur ad kesan calar dibahu kanannya.. Adakah ini gangguan jin?

    BalasPadam
  8. Wa alaikum salam wbkth Emi...

    Ia nyata gangguan jin....sebaiknya ia minta 'scan' untuk memastikan jin berkaitan
    tidak terus mengekorinya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  9. Terima kasih tuan.semoga akn dpt penyelesaiannya..

    BalasPadam
  10. Assalamu'alaikum ustaz, maaf tuan sekadar bertanya info tuan guru ustaz Muhammad di putatan sebelah mana ya tuan?

    BalasPadam
  11. Assalamu'alaikum ustaz, maaf tuan sekadar bertanya info tuan guru ustaz Muhammad di putatan sebelah mana ya tuan?

    BalasPadam
  12. Wa alaikum salam wbkth tuan...

    Ustaz di Pasir Putih tapi baik sekiranya nak jumpa...hubungi ustaz terlebih dahulu
    tuan ya...kerana ustaz mungkin kebetulan ada urusan di luar...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum ustaz, boleh doakan saya dari jaih ustaz? Kebelakangan ini saya kerap marah2 dan cepat melenting.. saya rasa terdapat perubahan dalam diri saya ustaz. Mohon ustaz doakan saya.. boleh saya dapatkan contact ustaz?

    BalasPadam
  14. Wa alaikum salam wbkth kasturi...

    Insha Allah...namun kasturi pada keadaan ini juga memerlukan rawatan...silalah
    ya hubungi tuan guru utama saya...Wallohu a'lam

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum....sy nk tnya pndgn encik bleh....sy ad pegi berubat dgn seorg ustaz tjuannya adlh untk memulihkn diri drpd saka kturunan....tp kaedh ustz ni agk pelik die mggunkn air kelpa telur dan aggota bdn (rmbut, kuku dan drh)....pd pdgn encik adkh kaedh tersbut bleh digunkn...

    BalasPadam
  16. Wa alaikum salam wbkth Siti..

    Wallohu a'lam...mungkin juga ianya petua...namun sebenarnya semua
    benda itu tidak diperlukan...apalagi dalam kebiasaan rawatan Islam
    dan sebaliknya kaedah-kaedah tersebut...lebih kepada kebiasaan
    ilmu berkaitan sihir...maka sebaiknya di elakkan...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Assalamu'alaikum Tuan,

    Bagaimana pula dengan perawat yang minta bawakan daun bidara dan limau untuk kaedah rawatan mandi pelalau.
    Apa itu?

    Adakah ini ada kaitan dengan sihir atau saka atau gangguan lain?

    BalasPadam
  19. Wa alaikum Salam wbkth tuan.wali atau khadam itu adalah jin dan ia bukan cara perubatan Islam.wallohu a lam

    BalasPadam