Isnin, 22 Jun 2009

...nampak jin...ada syoknya..tapi risikonya pada anda..?

kalau gangguan jin kuat,kita boleh nampak jin
terang macam nampak orang...
...dan kita tidak dapat bezakan ia jin atau
manusia bila ia menyerupai seperti manusia...

...atau kadang-kadang kita boleh nampak bayan-
gan jelmaan jin...bagaimana ia terjadi...?

Iaitu jin masuk ke dalam mata (mungkin juga ke-
otak depan)...kalau bisanya meresap di dalam
mata...maka kita boleh nampak jin...

...kemudian jin itu akan masuk ke dalam kepala...
lalu berumah di bahagian belakang telinga...

kalau masuk mata kanan......biasanya ia membuat
laluan tembus ke belakang telinga kanan...jadi
kita juga akan dapat dengar suara jin...

...kadang-kadang suara halus,kadang-kadang suara
perempuan...kadang-kadang suara lelaki...dan ka-
dang-kadang seperti orang yang ramai bercakap
serentak...

Kemudian seringkali ia juga masuk ke dalam otak...
maka jadi penyakit dalam kepala...iaitu penyakit
yang tak dapat di ubati di hospital..

...seperti pening memanjang...sakit kepala...
kadang-kadang sakit berdenyut-denyut ...kadang-
kadang rasa ada jarum menyucuk...kadang-kadang
sampai rasa nak pecah kepala...dan sebagainya...

Namun yang paling sering terjadi...adalah ganggu-
an dalam hidup sehari-hari..

..seperti bingung memanjang,terlebih aktif...tak
dapat menumpukan perhatian bagi pelajar-pelajar...
tekanan perasaan kerana sering nampak lembaga atau
jelmaan yang menakutkan...juga suara-suara asing...

...dan jika jin nya suka bermusuh...maka kita juga
akan rasa suka bermusuh....sangka buruk... atau me-
lakukan kejahatan dengan lidah ...atau perbuatan...
kerana jin yang menempati belakang telinga itu akan
terus menerus menghasut..

...hingga tak mustahil mengakibatkan kehancuran ru-
mah tangga...juga keluarga...dan merosakkan hubungan
baik kita dengan orang lain...

..dan tak kurang juga orang yang disangka gila
kerana bercakap malah bertengkar dan bergaduh
seorang diri semata-mata...
kerana orang lain tak nampak dengan 'teman'nya...

...saya pernah berjumpa budak-budak yang berhenti
sekolah semata-mata kerana sering mendengar suara
yang melarang...malah menyuruh ponteng ke tempat-
tempat lain...

...juga yang berhenti sekolah ...kerana nampak or-
ang yang selalu menghalang di tengah perjalanan...

... semua ini adalah kemungkinan...
dan kita akan menanggung mana-mana saja akibatnya
bergantung kepada bangsa jin,jantina,perangainya...
dan sebab apa ia masuk ke dalam diri(kepala/otak)
kita...

Seperkara yang perlu kita ingatkan...mula-mula ia
mungkin terasa seronok dan buat kita rasa hebat diri..
...tapi akhirnya pasti akan memakan diri...

Jadi elakkan...dan mana-mana yang memang dah ada gej-
ala gangguan sebegini...berubatlah dan jangan putus
asa...

...penting sekali ,ingat Allah....
dan selalu mengharap pertolongan NYA dalam berusaha..

...wallohu a'lam...

10 ulasan:

  1. Assalammualaikum...saya ingin menceritakan perkara yang pernah saya alami..saya merupakan anggota keselamatan dan pernah bertugas sementara di daerah semporna...ada sebuah pulau di daerah semporna yang mana rakan2 yang sebelum ini yang menjaga pulau berkenaan mengatakan sering di ganggu oleh makhluk halus...kena pulak di sekitar rumah di kelilingi oleh kubur...jadi tiba pulak giliran saya menjaga pulau berkenanan...setelah sampai saja di transit kami di semporna,malam harinya setelah selesai solat isyak saya sedekahkan alfatihah kepada penghuni kubur di pulau berkenaan secara jarak jauh...selepas itu saya pergi makan ngan member..saya balik makan jam 10 mlm dan terus ke bilik transit..masuk saja ke dalam bilik saya rasa sesak nafas...saya rasakan seperti terlalu ramai orang di dalam bilik..padahal tidak ada orang...agak2 junied apa sebenarnya yang terjadi..

    BalasPadam
  2. Wa alaikum salam Yus...tandanya banyak
    jin dalam bilik...

    Sesak nafas itu kerana tindakbalas da-
    laman dengan ruang sekitar yang penuh
    angin bisa jin...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  3. tapi masa saya mula2 sampai memang tidak ada rasa apa2...selepas saja saya sedekahkan al-fatihah kepada penghuni kubur di pulau tu mula sudah rasa seram sejuk...balik saja makan ,masuk bilik terus saja terasa seperti ramai org...adakah jin di pulau tu yang datang?saya pernah suruh kawan saya bertanya pada mereka yang arif...jawapan nya kemungkinan sedekah al-fatihahnya tidak cukup...betul ke?

    BalasPadam
  4. Salam Yus...

    Ia tak ada kena mengena dengan roh orang
    mati tapi lebih kepada jin penghuni
    kawasan perkuburan...

    Dan bukan sedekah Fatihahnya tak cukup...
    tapi amalan pendinding yang perlu di tam-
    bah...

    Kadang-kadang apabila kita baca sesuatu
    maka auranya akan dikesan oleh jin sete-
    pat...maka mereka datang nak tengok atau
    siasat dari mana puncanya...

    Tapi kalau amalan kita itu cukup 'panas'
    untuk mereka sebaliknya mereka akan men-
    jauhkan diri...malah ruang jika penuh jin
    pun boleh jadi kosong apabila kita masuk
    ke dalamnya...iaitu jin menghindar keluar
    kerana kepanasan atau takut...

    ...dan sebagainya...

    Wallohu a'lam

    BalasPadam
  5. ya kan betul juga..baru pulak saya saya ingat, roh manusia ni kalau dah meninggal dunia roh nya tidak akan berada di dunia dan berada dialam lain..mgkin ni qorin/jin2?betul tak junied?

    BalasPadam
  6. ok..terima kasih diatas infonya ya...tidak ada script baru?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum tn junied,atas segala tulisan serta jawapan terhadap pertanyaan.jawapan yg diberikan adalah sangat ikhlas dan membantu dan jarang diperolehi dari sumber2 lain.tw

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa alaikum salam wbkth saudara...Alhamdulillah...semoga
      yang sedikit ini bermanafaat untuk kita semua dengan izin Allah...Wallohu a'lam

      Padam