Selasa, 6 Oktober 2009

...ROH ZIARAH KE ALAM DUNIA???

..Ada Hadis Nabi SAW yang menyebutkan...
bahawa roh orang yang baru meninggal itu
...pada masanya akan di izinkan Allah untuk
melihat keluarga yang masih hidup ...
dan apa yang telah mereka buat dengan
harta peninggalannya ...

...dan ia akan berdiri di pintu rumah...
...tapi ia bukan di dalam... atau pun di luar...
kemudian ia akan berseru....
...tapi tidak ada sesiapa pun manusia akan
dapat mendengar suaranya...dan seterusnya...

Persoalannya...
adakah roh orang mati itu
telah kembali semula ke Alam Dunia???

...Kita perhatikan beberapa perkara...

Pertama sekali...
...tujuannya sekedar di izin melihat...
dan tak lebih dari itu...maka
apalagi kalau nak balik tinggal semula di
Alam Dunia...

dan kedua...
...di antara Alam Dunia dan Alam Barzakh ( Alam
Kubur ) itu...
ada dinding pemisah yang kukuh dan terjaga...
...dan hakikatnya mungkin tak dapat kita fahami...
kerana ia berkaitan alam Ghoib...

...namun kita boleh mengambil perbandingan mudah...
yang sesuai dengan kemampuan akal kita...

1...kita katakan...
...si Mamat turun ke laut untuk melihat ikan lumba-lumba...
tapi kita tak boleh kata Mamat itu dalam laut...
kerana Mamat naik bot...
...maka walaupun Mamat ke laut...
tapi Mamat bukan dalam laut...

dan...

2...Mamat masuk akuarium raksasa...
untuk melihat ikan...
...tapi kita tak boleh kata si Mamat itu dalam air...
kerana Mamat masuk mengikut lorong laluan darat...

...dan mungkin kita boleh katakan dalam ayat mudah...
iaitu... roh itu menziarah keluarganya di Alam Dunia...
melalui lorong Alam Barzakh...

...maka ia tak akan dapat menyentuh suatu apa pun
di Alam Dunia...
...dan ia tak akan dapat membantu atau memudaratkan
sesiapa pun...


Wallohu a,lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan