Selasa, 10 November 2009

NAMPAK JIN...SEMASA DIRUKYAH...

Dirukyah...
maksudnya anda dibacakan doa-doa
terutamanya doa-doa daripada Rasulullah SAW
atau Ayat-Ayat Qur'an...
dengan tujuan perubatan...atau rawatan dari
sebab sakit akibat gangguan jin...

...kalau anda dirukyah...dan kebetulan ada
gangguan jin pada diri anda...
maka anda akan dapat merasakan berbagai
bentuk tindakbalas...
bergantung kepada bentuk...dan kekuatan
gangguan...
...juga kepada kualiti diri perawat...kaedah
rawatan...doa dan ayat-ayat yang digunakan...

...dan ada keadaannya...anda boleh nampak jin...
iaitu jika ada gangguan pada bahagian mata
dan otak...

Jin yang anda boleh nampak...

1...jin yang tinggal dalam badan anda...

2...jin yang duduk dekat anda...atau yang ada
di kalangan orang di sekeliling anda...

3...jin yang ada di sekitar rumah...atau ladang
anda...

4...atau di mana-mana juga...dan biasanya
yang ada kaitan dengan gangguan pada diri
anda...

Pengalaman-pengalaman pesakit yang
dirukyah...(...antaranya...)

1.Pesakit nampak 'pontianak' yang sedang
duduk di atas pokok...di Tanah Perkuburan
yang jauhnya 1 km dari rumahnya...

2.Pesakit nampak bukit yang terbakar
hangus...dan ia tidak pernah nampak bukit
itu di alam biasa...

3.Pesakit yang mendapati dirinya berada
di sebuah taman jauh di dalam hutan
belantara...

4.Pesakit yang nampak beratus rumah
di dalam dadanya sendiri...
dan rumah itu diserang taufan dan api...
dan dalam masa yang sama...ia merasakan
letupan-letupan kecil dalam dadanya...

5.Pesakit nampak lembaga hitam besar
yang mengganggunya lari ketakutan...
dan masuk ke dalam mata air di bawah
sebuah batu besar...

6.Pesakit nampak jin jantan berserban
jubah putih sedang menggigit pehanya...
kerana mencabar perawat...

7.Pesakit nampak lelaki bersayap
terbang keluar dari badannya kerana
takut ancaman perawat...

8.Pesakit merasa dirinya dikurung
dalam sebuah rumah di kawasan
kampung yang aneh...
...dan dia nampak perawat setinggi balak
datang mengamuk menghancurkan
kawasan itu kerana marah ia tidak
dilepaskan...
...'orang kampung' itu yang ketakutan
bertempiaran lari...tak tentu hala...

9.Pesakit nampak makhluk aneh
bertanduk dua...dan bertelinga runcing
di kawasan berbatu besar berhampiran
rumahnya...

10.Pesakit nampak lembaga hitam
setinggi 4 kaki...keluar dari badannya...
...makhluk itu berjalan menjauh...
tapi kemudian kembali ke arah pesakit...
...dan pesakit itu ketakutan...kerana ia
dapat merasakan...makhluk itu mahu
masuk kembali ke dalam badannya...

...dan sebagainya...

Syarat nampak jin itu biasanya ada
gangguan pada bahagian otak...mata...
dan pesakit hendaklah menutup mata
semasa dirukyah...

...tapi kalau gangguan kuat...
tak payah tutup mata pun ia boleh
nampak jin...

Wallohu a'lam

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam