Rabu, 27 Januari 2010

DUNIA MISTERI...Tendangan Jarak Jauh...

Ketika seorang rakan mula membuka langkah
dan bersilat di hadapan Ustaz...saya tak pasti...
samada rakan itu...atau jin saka yang merasuknya
...yang mahu menguji...

...tapi yang pasti...
menguji ilmu seseorang yang mampu menjadi pen-
gasas kepada sebuah pertubuhan tenaga dalam
bukanlah suatu idea yang bagus...

...pada jarak 10 kaki dari Ustaz yang sedang berdiri
lurus sambil berpeluk tubuh...rakan yang sedang ker-
asukan jin silat itu tiba-tiba terhumban kuat kebelak-
ang...dan jatuh terlentang...

...sebaik saja rakan itu terhempas ke lantai...ia pulih
serta merta dari rasukan jin saka silatnya...

...beberapa hari kemudian saya dapat tahu ceritanya
pada rakan-rakan lain...

...sebelum ia sempat menyerang Ustaz...ia merasa satu
tendangan yang cukup kencang ke dadanya menyebab-
kan ia terhumban...

...dalam keadaan kerasukan pun ia sedar sepenuhnya...
cuma segala pergerakannya dikawal oleh jin saka...tapi
ia gagal melihat 'benda' yang menyerangnya...

...dan tak cukup setakat itu...sebaik ia jatuh terlentang...ia
merasakan satu tekanan pijakan tumit yang keras tepat ke
bahagian jantungnya...cukup sakit...hinggakan jin sakanya
keluar serta merta tak sanggup bertahan...

Nota :
Ada orang berpendapat...kalau seseorang itu bersilat
sendiri dalam keadaan tak sedar diri...maka ia adalah rasukan
jin...

...tapi kalau dalam keadaan sedar...maka bukan rasukan jin...

...sebenarnya...bersilat sendiri oleh sebab rasukan jin boleh
terjadi dalam keadaan seseorang itu sedar sepenuhnya...
dan boleh jadi dalam keadaan ia hilang kesedaran...

...maka sedar tak sedar itu bukan pengukurnya...tapi amalan
apa yang seseorang itu amalkan...samada ia bersih...atau ada
campurtangan dari bangsa jin...

Wallohu a'lam.

3 ulasan:

  1. saudara junaid tahu tak pasal Silat Cekak Malaysia or Silat Cekak Hanafi...saya menuntu silat tu.mula2 nak belajar silat cekak malaysia tu kena melalui sesi ijazah yang mana masa ijazah tu kena bersalaman dengan guru utama dan sambil mengucap 2 kalimah syahadah and kena ikut 5 pantang larangnya :-

    1)Tidak boleh derhaka kepada guru
    2)Tidak boleh derhaka kepada ibu
    3)Tidak boleh derhaka kepada bapa
    4)Tidak boleh bergaduh sesama ahli
    5)Tidak boleh mencaci silat Melayu yang asli

    (maaf kalau silap tulis sesi ijazah,coz ana ingat itu je haha)

    pastu lepas tu saya diberi satu kain putih and diminta baca satu ayat,saya disuruh gunakan kain putih tu sebgai cadar and baca ayat tu sebelum tidur,ayatnya lebih kurang macam ni " Assalamualaikum ya ie'badallah,la ilaha illallah"

    (saya rasa maksudnya "sejahteralah ke atas kamu wahai hamba Allah,tiada tuhan melainkan Allah S.W.T",and tak dek nampak syirik dalamnya kan,betulkan saya kalau saya salah mengenainya).

    lepas tu saya belajarlah silat tu then bila sampai peringkat kelas potong rasanya..saya kena mandi air yang dibaca orang guru2 lain..katanya air tu dibacakan doa untuk orang mati,ana tak surelah.katanya kalau mati masa berjuang kerana ALlah macam tak perlu mandikandah lah..pahadal kalau mati syahid memang tak mandikan pun kan?memang orang tanah gitu je haha,entah ana pun pening..okay masa nak mandi tu..saya diberi limau purut rasanya yang telah dibacakan orang guru utama then dibelah 2..pastu kena picit skit then sapukan daripada pusat pusing satu pingging(lupa berapa kali sambil baca ayat tadi tu..yang "Assalamualaikum ya ai'badallah,la ilaha illallah" pastu campakkan ke belakang limau purut tu..then baru dijiruskan air yang dibacakan orang guru tu....masa tamat pun sama rasanya,tapi kami diberi "doa tawassul"...nak tulis doa tawassul tu pun tak berapa ingat..coz ana tak buat pun,sebab busy and lupa lalaalalala~".


    so suadara junaid ada kesan apa2 yang syirik dalam belajar silat cekak ni?.
    doa tawassul yang kami dapat tu nanti saya e-mailkan ya :D

    p.s - maaf kalau ada penuntu silat cekak jugak yang baca ni,and maaf kalau ada ana salah tulis coz ana tulis apa yang ana ingat je..minta dibetulkan process yang ana salah tulis tu.

    BalasPadam
  2. tambahan...terlupa plak,masa mandi tamat tu mandi sekali dengan kain putih tu..pastu diberikan terus kain putih pada saya,katanya jangan dilangkah2 sebab dibacakan ayat al-quran hmm

    BalasPadam
  3. Saudara Hafiz...

    Saya serba sedikit mengikuti perkembangan
    silat ini sejak zaman pimpinan Ustaz utama
    lagi...dan mengganggapnya antara silat ter-
    baik...seperti Silat gayong...Silat lincah
    ...Silat Sendeng dan sebagainya...

    Mengenai pantang larang..larangan derhaka
    kepada guru...ibubapa...larangan bergaduh
    atau mencaci...dan sebagainya selagi tidak membawa kepada dehaka kepada Tuhan...pada
    asasnya adalah larangan agama...iaitu la-
    rangan Tuhan kita...

    Maka apabila kita taat kepada guru...dan
    ingat kepada nasihat guru agar tak mende-
    rhaka kepada ibu bapa...tak bergaduh atau
    mencaci...niatkan sebagai mematuhi ajaran
    Tuhan...

    Maka mudah-mudahan ia jadi amalan akhirat
    dan bekal kita ke sana...

    Tapi apabila kita tak derhaka kepada guru
    dan sebagainya itu dengan niat mematuhi
    pantang larang ilmu semata-mata...bukan
    kerana mencari keredhaan Tuhan...maka amal
    itu akan jadi amal dunia...iaitu mungkin
    berfaedah di dunia tapi tak ada nilainya
    di akhirat kelak...

    Kerana hanya amal yang ikhlas kerana men-
    cari keredhaan Tuhan itu saja yang akan di terima Tuhan...

    Maka sangat penting...jaga niat kita...

    Perkara-perkara lain kebanyakannya kita li-
    hat pada zahirnya...tapi oleh kerana kita
    tak tahu rahsia di sebaliknya...maka rasa-
    nya kurang sesuai untuk mengulas lebih lan-
    jut mengenainya...termasuk salam itu sebe-
    narnya untuk siapa...

    Cuma pada mandi syahid itu...biasanya tak
    perlu mandi...

    Lain-lain perkara Insya Allah...saya akan
    nyatakan sekira rasanya ada perkara yang
    sebaiknya kita ambil perhatian...

    (Harap sebarang salah silap ulasan saya di-
    sini..dapat dibetulkan oleh mana-mana juga
    rakan pembaca ya..)

    Wallohu a'lam

    BalasPadam