Jumaat, 12 Mac 2010

DUNIA MISTERI...Tangisan Roh Orang Mati...?

Di malam yang sunyi sepi itu...tiba-tiba terdengar
suara tangisan mendayu-dayu...di luar jendela...
seperti suara tangisan orang yang dalam kesedihan.

Saya yang sedang tidur di atas kerusi malas betul-
betul dekat dengan jendela...terus nyenyak...
tapi datuk dan nenek yang baring di katil sebelah
saja dapat mendengar suara itu dengan cukup jelas...

Suara tangisan itu terus mengelilingi rumah...sambil
kedengaran bunyi cakaran jari-jari lemah mencakar
dinding dan cermin jendela...

Bilik kami itu terletak di tingkat satu...bererti makhluk
itu sedang terapung atau melayang-layang...
kecuali pada bahagian belakang rumah yang terdapat
kaki lima...

Subuh itu...seorang rakan yang merupakan jiran sebelah
rumah datang...neneknya telah meninggal dunia tengah
malam tadi...

Saya terdengar nenek berkata "mungkin semalam itu
dialah yang datang nak bagitau dia dah tak ada lagi di-
dunia ini...".

Ketika itu saya belum pasti kedudukannya...tapi saya
terfikir sesuatu...
baru beberapa hari lalu Jabatan kesihatan menyembur
tepung racun nyamuk malaria di rumah ini...

Saya ke pintu kaki lima...dan saya perhatikan tepungnya
masih tebal melekat di dinding...

Pada beberapa bahagian...memang cukup jelas...seperti
kesan jari-jari manusia yang mencakar daun pintu....

Nota :

1.Ini semua kerja jin semata-mata...kesan cakaran me-
nunjuk ia perbuatan makhluk-makhluk dari Alam Dunia
dan tidak ada kena mengena dengan si mati...
atau roh si mati.

2.Biasanya ia menunjukkan samada ada gangguan jin
pada si mati semasa hidupnya...

...atau ada gangguan jin pada orang yang mendengar...
atau pada rumah itu...

...atau ada jin yang pernah hidup bersama-sama manusia
sekedar mengambil kesempatan untuk mengacau....

Dan...salah satu dari sebab utamanya...
seandainya syaitan mahu menggoda atau mahu berbuat
tipu helah pada sesuatu kaum atau sesuatu tempat itu..
maka yang pertama sekali dibuatnya...ialah mengkaji
kepercayaan dan kebiasaan mereka...

kerana itulah rupa hantu atau bentuk gangguan biasanya
berbeza-beza antara kaum yang berlainan...

Dengan kata lain...syaitan akan mempergunakan segala
ruang kelemahan dan salah faham manusia untuk menye-
satkan mereka...

3.Sebab lain...kalau orang yang meninggal dunia itu ada
saka...mungkin itu tandanya jin saka itu sudah memilih
anda untuk jadi ' tuan '...atau ' rumah barunya '...

Wallohu a'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan